"Sayang ingat lagi tak? Dulu kita selalu berangan-angan bila kita dah tua... lepas anak-anak kita dah besar... dan boleh hidup sendiri... kita nak habiskan masa menjelajah ke serata tempat dekat dunia ni atas kapal?" Razman mengenggam erat jari jemari Rania sambil tersenyum.
"Sayang mesti dah lupa kan? Sebab tu sayang buat macam ni dekat abang."
Diam.
"Sayang… Shafiq baru je 5 tahun tau sayang. Panjang lagi masa untuk kita sama-sama kumpul duit sebelum tercapai angan-angan kita tu tau."
Diam. Sebak mula menguasai dada Razman. Razman mengetap giginya.
"Sayang kena bertahan tau. Kuatkan semangat. Sayang janganlah lemah macam ni ye? Abang perlukan sayang. Shafiq pun perlukan sayang."
"Okay sayang? Abang tak boleh hidup tanpa senyuman sayang, tanpa gurauan sayang, tanpa hilai tawa sayang. Tanpa masakan sayang."
Akhirnya air mata lelaki Razman jatuh setelah dari awal lagi dia cuba menahannya. Genggaman tangannya semakin erat, namun Rania tetap tidur kaku di sampingnya. Sedang bertarung nyawa di Hospital Besar Kuala Lumpur selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan untuk mengambil Shafiq pulang dari TASKA.
"Abang tau sayang kuat. Abang tau. Sayang kena cepat-cepat buka mata tau. Abang dah seminggu tak merasa masakan sayang. Nanti abang mati kelaparan macam mana?" Razman tergelak kecil sambil mengesat airmata yang mengalir laju di pipinya yang sedikit berjambang.
"Cepat bangun ye sayang? Abang tunggu..."
Ku ingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani…
With Love,
6 comments:
Hee hee lovely ;)
Anony,
♥ Thanks. :)
printed...
want to spend my time in kampung to read ur works...
;)
Asrul "iLham" Sany,
♥ Auuuwww... you are sooo sweet!Thanks. :)
Nanti komen ye cerpen2 Vee. :)
vee... cerita siri ke?
banyak kena idea ni..
gud cerpen...
Besi,
♥ Ini aje entrynya. :)
Vee tulis apa yang Vee tengah terfikir tadi. :)
Post a Comment