Wednesday, January 5, 2011

Cerpen 5 Peserta "99 Hari Kisah Klasik Kita".


AKU BUKAN SI PENGGODA

Kata orang,
Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai
Kata orang lagi,
Kalau tak sakit dan patah hati bukan cinta namanya,
Haruskah aku percaya apa yang sering diperkatakan orang,
Haruskah aku berpura-pura tidak merasa kesakitan ini,
Mampukah aku hanya kaku melihat kau berlalu pergi,
Sedangkan hati merintih sayu memohon kau kekal saja di sisi,
Oh hati,
Rintihlah dalam sepi...

- Hasil Karya ~> Zulaikha Zuely -


~~> Keseluruhan Cerpen "Aku Bukan Si Penggoda"

♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥

SIRNA CINTA

05/09/06
Semalam dia menelefon. Petang tue aku menghantar mesej padanya mengajak dia keluar, berhajat untuk mengubati rindunya. Aku tau yang dia sibuk, kerja, over time… Tapi aku siapa? Hm…aku cuba mewaraskan fikiran. Apa yang dibualkan malam itu adalah sesuatu yang sangat mengganggu fikiran dan emosi. Apa salah aku, kenapa dia buat aku macam ni? Adakah kerana aku tak selalu disampingnya? Atau kerana aku tak memperdulikannya? Lelaki, sanggup awak?
Dengan lancar dia bercerita mengenai seorang wanita yang dikenalinya di tempat dia bekerja. Aku tak tahu apa yang ada difikirannya saat ini, buat kali pertama aku menangis atas perlakuan orang yang aku sayang.

- Hasil Karya ~> Esya Ecah -

~~> Keseluruhan Cerpen "Sirna Cinta".

♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥

BUNGA KASIH

Angin makin kuat bertiup. Ada rintik hujan mula jatuh ke bumi. Tempiasnya mengenai pipi Hartini. Hartini tersedar dari lamunan. Dia menghulurkan tangan tangannya ke luar jendela, seolah-olah menadah air hujan. Bagaikan puas dengan bukti bahawa hujan akan lebat, barulah dia menarikkan tangannya kembali. Hartini menarik tabir jendelanya, ditutup. Langsir juga dibetulkan dan dilabuhkan. Hartini duduk dibirai katil. Telefon milik…

- Hasil Karya ~> Nurfatimahz a.k.a Puteri -

~~> Keseluruhan Cerpen "Bunga Kasih".

♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥

DUNIA KARIM

Hampir 3000 orang sudah berkumpul diperkarangan masjid Al syakirin. Ada orang berucap… butir ucapannya Karim tidak jelas, tapi Karim terus menyelinap untuk berada dibarisan hadapan. Tiba-tiba Karim terdengar arahan dari pihak penganjur..bahawa perarakan ini hendak dibuat secara aman, tujuannya demo kali ini adalah ingin menunjukkan rasa tidak puas hati daripada keputusan kerajaan menaikkan harga petrol jelas jurucakap tersebut.

"Kita akan bergerak menuju jalan ke jalan ampang dan seterusnya sampai didepan klcc. Faham semua!!!"

- Hasil Karya ~> Besi Berani -

~~> Keseluruhan Cerpen "Dunia Karim".

♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥

KRONOLOGI CINTA SYIHA

Azan berkumandang. Seluruh umat Islam kini menjamu selera.
Selesai kami menjamu selera, tibalah masa untuk kami pulang.
Kami ke tempat parking kereta B2 di mana terletaknya kereta Sarina. Untuk ke tingkat tersebut, kami harus menggunakan lift.
Beberapa minit kemudian, pintu lift pun terbuka dan tiba-tiba...

- Hasil Karya ~> Sadrina Roslan -

~~> Keseluruhan Cerpen "Kronologi Cinta Syiha".

♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥

With Love,

2 comments:

speckurosaklagi said...

wah byk nye cerpen....

♥ Juliana Violet ♥ said...

Spec,

♥ :)
Votelah cerpen yang Spec suka. :)