Wednesday, January 12, 2011

♥ Aku bukan tulang rusuk kirimu : Ending ♥

Zainal merenung Qaisyah dari jauh sambil tersenyum. Qaisyah yang sedang berjalan dari arah bertentangan perasan akan lirikan mata jejaka tinggi lampai itu. Kedua mereka berbalas senyuman.

'Memang sah dia tak cam aku.' getus hati kecil Zainal.

Anak mata Zainal mengekori langkah Qaisyah yang berjalan masuk ke restoran makanan Itali bersebelahan dengan kerusi panjang yang sedang dia duduk bersantai bersama beberapa jejaka yang bakal menghiburkan pelancong-pelancong di hotel 4 bintang yang mereka kebetulan sama-sama menginap itu beberapa minit lagi.

"Mujur kau ada bro. Kitorang dah panik lepas dapat tau Hafiz accident. Kitorang semua ni pulak dahlah suara mengalahkan katak. Tak sanggup kitorang nak menyanyi lepas tu tengok orang yang dengar suara sumbang kitorang muntahkan segala isi perut dorang nanti." selamba Iwan berjenaka. Serentak kelima-lima mereka tertawa besar.

"Alah, daripada aku takde benda nak buat dua minggu ni, baik aku tolong korang sambil-sambil asah anak tekak aku ni." Zainal senyum.

"Tapi serious aku cakap bro, suara kau sedap. Boleh jual suara kau tu." puji Khairul ikhlas.

"Ah! Takde maknanya." Zainal merendah diri sambil senyum lebar.

"Eh! Jom wei!" Zamri menepuk perlahan bahu Khairul selepas sedar jarum pendek jam tangan hitamnya tepat menunjukkan ke angka 8.

~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~

Wajah manis itu lama direnungnya. Suara itu seakan-akan suara lelaki yang dirinduinya selama beberapa tahun ini.

'Ah! Tak mungkin.'

'Tapi, mata coklat gelap itu... Senyum yang terukir di bibir itu...'

'Halusinasi? Mungkin! Tapi... ah! tak mungkin.'


Terasa bingung, dia menggeleng-gelengkan kepalanya tanpa sedar. Dia kemudiannya tunduk menatap pinggan kosong di hadapannya. Lama. Sebelum dia memanggung kembali kepalanya menatap wajah yang membuatkan hatinya tak keruan pada waktu itu.

Tidak! Bukan wajah,. Namun, suara... Satu suara yang merdu yang sedang mendendangkan lagu...

Kaulah bidadari dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga yang selalu harungi hariku
Anugerah Tuhan yang sempurnakanku


Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga

Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu








~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~

Zainal duduk diam di tepi laut melayan perasaan. Angin laut membuatkan bulu tangannya berdiri kesejukan. Namun bunyi ombak yang memukul pantai sedap didengar pada halwa telinganya. Dia keliru. Niat asalnya ingin mengenakan Qaisyah. Lebih-lebih lagi, hatinya masih rasa kecewa dengan perkahwinan Haikal dan Batrisyia sebelum ini. Namun kini, Batrisyia semakin pudar dari hatinya. Dan bila memikirkan niat asalnya, Zainal berasa tak sanggup mahu membuatkan Qaisyah menangis kecewa nanti.

'Kecewa? Confident aje aku ni yang Qaisyah tu boleh jatuh hati dekat aku nanti.' Zainal bermonolog di dalam hatinya.

'Berdendam sangat ke aku ni? Patutnya aku berterima kasih pada dia. Kalau tak kerana dia, aku tak berubah jadi macam ni.' serentak kenangan 5 tahun lepas bermain-main di fikirannya.

"Apasal kau tak couple aje dengan si nerd tu Qaisyah?" soal Mazlina pada Qaisyah.

"Ntah. Aku heran apasal kau tak couple aje dengan nerd tu." belum sempat Qaisyah menjawab, Hayati menyampuk. Qaisyah senyum.

"Merepek lah korang ni."

"Eh! Merepek pulak. Aku tengok kau asyik berkepit aje dengan nerd tu setiap masa. Ke library sama-sama. Datang sekolah sama-sama. Balik sekolah sama-sama. Dah macam cerita sembilu aku tengok. Bezanya tak kayuh basikal aje." selamba Hayati berjenaka. Jenakanya disambut tawa Mazlina.

Qaisyah sekadar diam. Fikirannya ligat memikirkan apa yang diperkatakan Mazlina dan Hayati. Dia akui hubungannya dengan Zainal akrab sekali. Lebih setahun mereka mulai rapat dan ternyata mereka berdua sangat serasi berkawan rapat. Dan Qaisyah sendiri senang berada di samping Zainal tanpa menyedari Zainal sudah lama menaruh perasaan terhadapnya namun Zainal tidak mempunyai kekuatan untuk meluahkannya kerana berasa rendah diri dengan kekurangan dirinya. 'Nerd ketot', 'nerd pendek', 'nerd halus'... Bermacam-macam panggilan yang diberikan padanya. Sudah lali dia mendengarnya. Setiap kali rakan-rakan sekolahnya memanggilnya dengan panggilan-panggilan itu, Zainal terasa bagaikan ingin menjerit kuat dan berteriak namun semuanya ditelan begitu sahaja ke dalam lubuk hatinya. Dan pada waktu itu, baginya hanya Qaisyah yang benar-benar ikhlas berkawan dan menerima dirinya seadanya. Qaisyah seorang gadis yang terlalu baik baginya. Betapa dia memuja dan menyayangi Qaisyah pada waktu itu.

"Tapikan Qaisyah, sekalipun nerd tu pun ada hati dekat kau, aku rasa tak payahlah Qai. Macam langit dengan bumi babe. Kau tu lawa, ayu, ramai peminat. Si nerd tu pulak, dahlah sah-sah die tu nerd, ketot, lurus bendul pulak tu." kata-kata dari Hayati bagaikan bisa ular yang meresap ke urat saraf Zainal yang mendengar segala perbualan mereka. Zainal yang kebetulan berdiri si sebalik pintu kelas 5 Bakti berasa amat sedih mendengar kata-kata yang dihambur rakan sekelasnya Hayati. Dan betapa dia berharap Qaisyah akan mematahkan kata-kata Hayati sebentar tadi dengan kata-kata pujian yang sering diberikan Qaisyah sebelum-sebelum ini.

"Ye, memang pun Zainal tu nerd. Ketot. Dah tu lurus bendul. Tak sesuai dengan aku yang lawa dan ramai peminat ni." serentak mata Zainal membulat. Hatinya bagai dihiris pisau tajam tatkala mendengar kata-kata itu pula yang terbit dari bibir Qaisyah. Tanpa membuang masa Zainal cepat-cepat berlalu pergi meninggalkan kelas 5 Bakti dan tanpa dia sedar langkah kakinya laju melangkah keluar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sulltan Syah.

Zainal mendengus perlahan sambil meraup wajahnya dengan kedua belah tangannya saat dia tersedar dari lamunannya.

'Sebab kau aku berubah Qaisyah. Sebab kau.'

'Kenapa kau boleh buat hati aku terluka waktu tu Qaisyah? Aku betul-betul sayangkan kau dulu. Dan sekarang, aku rindukan kau. Kenapa kau suka buat hati aku tak keruan Qaisyah?'
Zainal merintih sambil matanya mendongak ke arah bintang di langit. Saat itu dia teringatkan bait-bait lagu yang sering dinyanyikan pada Qaisyah satu tika dulu.

Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu


~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~

Qaisyah tak senang duduk. Wajah lelaki yang menyanyi di hadapannya tadi mengingatkannya kepada Zainal. Lelaki yang pernah disayanginya satu tika dulu. Lama dia merindui jejaka itu. Sehingga sekarang dia dihantui seribu satu mengenai Zainal. Ki manakah Zainal menghilangkan diri? Diam tanpa sebarang khabar berita. Adakah Zainal membenci dirinya? Adakah sesuatu perkara yang buruk telah menimpa Zainal? Qaisyah yang sedang asyik membiarkan angin lembut menyapu wajah ayunya dan menerbangkan rambut lurus panjangnya mengimbas kembali kenangan bersama Zainal 5 tahun lalu...

"Zain... sorrylah ye terpaksa susahkan Zain temankan Qaisyah malam-malam ni." Qaisyah yang dihimpit rasa bersalah menuturkan kata maaf. Zainal senyum manis sambil membetulkan kaca mata berbingkai hitam kesayangannya. Agak tebal kaca matanya disebabkan rabun jauhnya agak teruk.

'Tak ape. Zain kat rumah tu pun tak buat ape-ape pun." Zainal sengih pula kali ini sambil membetul-betulkan rambutnya yang dibelah tengah. Berasa gementar mendengar suara Qaisyah yang pada waktu itu kedengaran agak manja.
"Thanks tau!" Senyum.

Derap kaki kedua mereka yang sedang melangkah ke arah kelas 5 Bakti kedengaran jelas dan bergema memandangkan suasana malam di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Syah pada waktu malam amat sunyi. Qaisyah yang tertinggalkan nota Geografinya serta kerja rumah yang diberikan Cikgu Normah takut untuk ke kelasnya sendirian, terpaksa meminta Zainal menemaninya. Mujurlah pakcik yang menjaga pintu pagar sekolah melepaskan mereka masuk. Jika tidak Qaisyah sudah dapat membayangkan bagaimana wajah Cikgu Normah menyinga esok jika dia tidak menyiapkan kerja rumah yang ditugaskan.

"Eh! Takde elektrik!" Zainal bersuara perlahan sambil menekan-nekan suis lampu kelas mereka.

"Laaaa... macam mana takde elektrik pulak ni?" Qaisyah mengeluh perlahan.

"Nak buat macam mana lagi. Jomlah kita slowly jalan ke meja Qaisyah ambil nota dan buku latihan Qaisyah." cadang Zainal.

"Okay." Qaisyah senyum. Zainal mengangguk dan berjalan mendahului Qaisyah sementara Qaisyah mengekori dari belakang.

Tiba-tiba Qaisyah tangan Qaisyah memegang erat lengan Zainal sehingga membuatkan Zainal tersentap.

"Zainal. Qaisyah ada dengar satu bunyi pelik tadi." tutur Qaisyah separuh berbisik. Genggaman tangannya semakin erat memegang lengan Zainal. Serentak raut wajah Zainal berubah. Dia terkedu seketika. Qaisyah terasa bulu romanya meremang.

"Qaisyah ada bau apa-apa tak?" soal Zainal lambat-lambat. Jantung Qaisyah bagaikan berhenti berdegup tatkala Zainal menyoalnya begitu.

"Zain..." perlahan Qaisyah menyebut namanya. Nada suaranya bergetar. Jelas kedengaran dia hampir menangis takut.

"Zain terkentut tadi. Sorry."


Qaisyah tergelak kecil saat tersedar dari lamunannya. Wajahnya memerah mengenangkan saat-saat menyeramkan dan memalukan itu.

'Mana awak Zain? I miss you sooo much!'

Saat itu, wajah Zainal dan wajah lelaki yang menyanyikan lagu 'Yang Sempurnakanku' nyanyian lagu asal dari kumpulan '6ixth Sense' bersilih ganti di kotak fikirannya. Sejenak, Qaisyah berjalan ke arah katilnya. Laptop putihnya dicapai dan blog kesayangannya bakal menjadi mangsa dia meluahkan perasaannya.

~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~

'Gilalah!' Zainal menggosok-gosok matanya. Hampir tidak percaya dengan apa yang sedang dibacanya.

Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga


Saat ini, hati Qaisyah terasa rindukan seseorang. Seorang 'teman' yang sangat Qaisyah sayangi satu waktu dulu. Zainal namanya. :)
Entah di mana silapnya, Zainal menghilang dari hidup Qaisyah sekelip mata. Tanpa meninggalkan pesan, tanpa memberi sebarang alasan.

Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu

Ini bait lagu kegemaran Zainal. :)
Zainal sering nyanyikan bait-bait lagu ni untuk Qaisyah.
Zainal pernah berjanji yang dia akan selalu menjadi bintang Qaisyah. Tapi...
Mungkin itu janji remaja belasan tahun kot. So, tak ade makna apa-apa bagi Zainal. Sob sob sob.... ='(

Hmmm... entah kenapa waktu ni Qaisyah sangat rindukan Zainal. Mungkin sebab seseorang telah mengingatkan Qaisyah kepada Zainal.
Waktu Qaisyah layan live band dekat hotel tadi, suara penyanyi lelaki tu mengingatkan Qaisyah kepada Zainal. Bukan suara je, warna mata, senyuman lelaki itu... betul-betul seakan-akan Zainal.

Betapa waktu ni Qaisyah berharap Zainal muncul kembali dalam hidup Qaisyah.

~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~


"Bukan main jiwang lagi engkau tulis blog malam ni ye?"

"Alah Azra, sekali sekala. Hehe. Selalunya aku asyik merapu aje. Malam ni bunga-bunga lah sikit."

"Bunga tak bunga. Betul ke mamat yang nyanyi tadi sama macam Zain?" soal Azra ingin tahu. Boleh dikatakan Azra mengetahui hampir keseluruhan kisah hidup Qaisyah yang dikenalinya semenjak 4 tahun lalu. Dan sememangnya dari awal lagi Qaisyah ada menceritakan tentang Zainal kepadanya. Dia dapat merasakan betapa istimewanya Zainal dalam hidup Qaisyah. Namun kisah tentang Zainal diam sekelip mata semenjak Qaisyah mempunyai kekasih hati iaitu Iskandar. Kini, selepas beberapa bulan Qaisyah berpisah dengan Iskandar, nama Zainal kembali muncul keluar dari bibir Qaisyah.

"Suara, mata dengan senyum dia Azra." pendek Qaisyah menjawab.

"Pendek kata memang samalah?" soal Azra lagi. Kurang berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Qaisyah.

"Hmmm... taklah Azra. Zainal tu, susuk badan die kecil. Mamat ni, tinggi lampai. Badan besar, tegap. Zainal tu comel, mamat ni segak."

"Alah kau ni pun satu. Dah 5 tahun kan korang tak jumpa. Manalah tau kot-kot susuk badan dia dah berubah. Lelaki kan lambat sikit tumbesaran diorang stop berbanding perempuan. Lepas tu, manalah tau dia operate ke, laser ke dekat mata die tu. So sebab tu die dah tak pakai cermin mata tebal dia tu." Qaisyah diam. Hatinya agak bersetuju dengan hujah Azra. Mulutnya yang separuh terbuka untuk bersuara situtup kembali saat terdengar satu suara sayup-sayup menyanyi dari luar biliknya. Perlahan dia berjalan melangkah ke arah pintu.

"Azra, kejap. Kejap."

Sebelah matanya meneropong melalui lubang kecil di pintu biliknya. Berderau laju darahnya saat menyedari lelaki yang mengingatkannya kepada Zainal itu berdiri betul-betul di hadapan pintu biliknya. Asyik menyanyikan sebuah lagu.

Sebelas Januari bertemu,
Menjalani kisah cinta ini,
Naluri berkata,
Engkaulah, milikku
Bahagia selalu dimiliki,
Bertahun menjalani bersama mu
Ku nyatakan bahwa,
Engkaulah, jiwaku
Akulah penjaga mu
Akulah pelindung mu
Akulah pendamping mu
Di setiap langkah-langkah mu
Pernah ku menyakiti hati mu,
Pernah kau melupakan janji ini
Semua karena, kita ini, manusia
Kau bawa -
"Tak takut ganggu orang tengah tidur ke?" soalan yang dilontarkan Qaisyah yang secara tiba-tiba membuka pintu menyentakkan Zainal. Jelas dari riak wajah Zainal, dia terkejut dengan tindakan tiba-tiba Qaisyah itu. Qaisyah hampir tergelak melihat riak wajah Zainal, namun cuba ditahannya.

"Wa'alaikumussalam." spontan Zainal bersuara. Gementar.

'Apa aku cakap ni?' Zainal mengomel sendiri. Mau diketuk kepalanya dengan gitar yang sedang dipegangnya. Serentak Qaisyah tertawa. Jantung Zainal berdegup laju.

"So, indirectly, you sebenarnya nak cakap dekat I, lain kali bagilah salam dulu. Kan? Assalamu'alaikum." Qaisyah senyum. Kali ini jantung Zainal terasa ingin gugur. Zainal angguk. Sesaat kemudian dia menggeleng. Qaisyah senyum.

"Nice voice and nice song. I'll see you tomorrow. Tak manis kalau orang tengok awak depan bilik saya macam ni malam-malam begini. Goodnight." Qaisyah senyum lembut dan sebelah tangannya menarik pintu untuk ditutup.

"Nur Qaisyah!" panggilan dari Zainal membuatkan Qaisyah tersentak. Bibirnya yang tadi melengkung tersenyum secara perlahan hilang lengkungnya.

"Macam mana you ta - "

"Zainal."

"Zainal, Qaisyah. Ini Zainal." kali ini giliran jantung Qaisyah pula yang terasa ingin gugur.

"Betapa Qaisyah berharap Zainal muncul kembali dalam hidup Qaisyah kan? I'm here now. Right on front of you, Qaisyah." Qaisyah terasa mahu pitam!

~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~

"Stalker!"

Zainal sengih.

"Sukalah kan? Buat hidup Qaisyah merana sebelum ni." usik Qaisyah.

"Eh! Eh! Qaisyah lah yang buat hidup Zainal merana."

"Kenapa pulak?"

"Qaisyah cakap dekat Hayati dengan Mazlina yang Zain ni nerd ketot dan lurus bendul. Tak sepadan dengan Qaisya." jujur Zainal berterus-terang.

"Ya Allah. Mana Zain dengar semua ni?"

"Zain dengar sendiri. Qaisyah tak tahu apa perasaan Zain waktu tu." Mendatar suara Zainal. Qaisyah menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Zain, Zain tak dengar ke apa yang Qaisyah cakap lepas tu?" perlahan Zainal menggelengkan kepalanya. Terasa seperti ada sesuatu yang tak kena.

"Qaisya memang cakap macam tu dekat diorang. Sebab Qaisyah geram diorang selalu cakap macam tu dekat Zain. Lepas Qaisyah cakap semua tu, Qaisyah soal diorang, diorang puas hati ke kalau dengar Qaisyah cakap macam tu? Then Qaisyah ceramah dekat diorang dan pesan yang Qaisyah dah taknak dengar diorang cakap apa-apa yang buruk lagi tentang Zainal." penjelasan dari Qaisyah membuatkan Zainal terasa ingin menjerut lehernya sendiri.

"Sebab salah faham tu, Zain terus hilang macam tu je?" Zainal menggangguk perlahan. Rasa bersalah menyelubungi dirinya.

"Selama 5 tahun ni?" soal Qaisyah.

Zainal sengih.

Tak lama kemudian dia mengangguk. " Jangan marah aaaa..." perlahan dia sengih sambil mengajuk dialog Allahyarham P Ramlee.

Qaisyah terasa ingin menghantukkan kepalanya ke dinding!

~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~ TAMAT ~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~

♥ Aku bukan tulang rusuk kirimu : Part 1 ♥
♥ Aku bukan tulang rusuk kirimu : Part 2 ♥

~♥~ Thanks for reading! Mmmwaaahhhh!!! (^^,)

With Love,

8 comments:

Anonymous said...

Hee hee. Ok la jugak ending die. Xpe la. Penat fizikal dan mental kan :). hee hee. Rest well ;>

x-man said...

nice story juliana

susu said...

done reading, good job V..i will folo ur writing, kamsahamida

♥ Juliana Violet ♥ said...

Anony,
~♥~ Thank you so much. :)

x-man,
~♥~ Thanks for reading. :)

susu,
~♥~ Terharu Vee. Thanks a lot tau dear. (^^,)♥
Kamsahamida

muizdsai said...

it made my thoughts to be more vocal towards women especially you, Jue..!

♥ Juliana Violet ♥ said...

muizdsai,
~♥~ That's sweet. :)
Thanks for reading ya! =)

Zul Helmi said...

good one~!keep it up

♥ Juliana Violet ♥ said...

Zul Helmi,
~♥~ Thanks for reading. (^^,)