Tuesday, January 11, 2011

♥ Aku bukan tulang rusuk kirimu Part 2 ♥

"Abang, boleh tak Sya nak tanya semething?"

"Tanyalah." ujar Haikal sambil sebelah tangannya membelai-belai lembut rambut isteri kesayangannya manakala sebelah tangannya lagi memegang erat buku kegemarannya, 'The Da Vinci Code'.

"Errmmm.... Abang rasa Zain tu terlalu bencikan Sya ke?" lambat-lambat soalan itu dilontarkan namun cukup untuk membuatkan konsentrasi Haikal untuk membaca mati begitu sahaja. Haikal kemudiannya menjeling ke arah isterinya yang sedang memeluknya erat. Perlahan tangannya memegang dagu runcing Batrisyia yang pipinya sedang melekap di dada bidang Haikal.

"Tengok abang sayang..."

Bagaikan dipukau, Batrisyia menurut dan mendongakkan kepalanya memandang ke arah Haikal. Haikal senyum. Namun sebaliknya pula riak wajah Batrisyia. Resah dan muram.

"Cantik isteri abang ni." serentak Batrisyia mengukir senyum. Sedar suaminya ingin menceriakan hatinya.

"Bila senyum bertambah cantik." Batrisyia melebarkan senyumnya. Perlahan tangannya mencubit manja lengan Haikal.

"Hmmm... buah hati abang ni kan... Bangun sayang." Haikal yang sedang berbaring kemudiannya bangun menginjakkan badannya ke belakang sambil menarik Batrisyia dan kemudiannya menyandarkan badannya ke kepala katil yang melekap kemas di dinding. Batrisyia turut sama menyandarkan badannya ke kepala katil.

"Sayang risau sangat ke?" soal Haikal lembut. Batrisyia mengangguk perlahan.

"Kan mama dah cakap, mama dah ceritakan semuanya pada Zain?" perlahan Batrisyia mengeluh.

"Sayang... tak baik mengeluh. Kenapa ni sebenarnya? Apa yang betul-betul buat sayang runsing ni? Meh share dengan abang. Sharing is kiyut." Haikal sengih. Serentak Batrisyia tertawa kecil. Setelah tawanya reda, Batrisyia diam merenung lama anak mata Haikal. Betapa dia rasa bersyukur dipertemukan jodoh dengan Haikal. Lelaki ini terlalu baik, penyayang dan tak pernah gagal membuatkannya tersenyum riang.

"Abang..." perlahan Batrisyia menggenggam jari jemari Haikal dan meremasnya lembut. Haikal senyum lembut dan merenung anak mata Batrisyia.

"Dah sebulan Sya tinggal dekat rumah ni. Tak pernah sekalipun Zain bertegur sapa dengan Sya. Bukan bertegur aje, kalau terserempak sekalipun langsung tak nak pandang muka Sya." Batrisyia akhirnya meluahkan isi hatinya yang sudah hampir sebulan dipendamnya. Haikal senyum.

"Abang perasan benda tu." Diam.

"Dan abang tahu Sya memang berkecil hati dengan Zain."

"Bukan berkecil hati sebenarnya bang. Cuma tak sedap hati. Sya ni dahlah menumpang di sini. Lepas tu, kehadiran Sya dalam rumah ni pulak buat Zain tak senang. Sampai lari dia ke Langkawi 2 minggu. Sya betul-betul rasa tak sedap hati tau abang." Batrisyia mengerutkan dahinya. Jelas dari raut wajahnya dia berasa tidak gembira.

"Sayang..." Haikal memanggil lembut isteri kesayangannya.

"Okay. Dengar sini. Sayang bukan menumpang. Lepas ni jangan nak mengada-ngada lagi nak cakap sayang ni menumpang ke apa okay? Kalau sayang cakap lagi, siaplah mulut comel sayang tu." Haikal sempat mengusik sambil mencubit lembut bibir mungil Batrisyia. Batrisyia senyum manis.

"Dan... abang tahu, Zain memang tak senang dengan kehadiran sayang dekat rumah ni. Memang pada awalnya Zain salah faham pada sayang. Tapi lepas mama dah ceritakan A to Z pada Zain, abang yakin Zain dah faham semuanya. Cuma, Zain tu, ego dia tinggi melangit. Susah nak minta maaf kalau dia sedar dia salah sekalipun Abang dah faham sangat perangai dia tu." Batrisyia diam.

"Lagipun Zain tu nampak aje keras hati. Tapi dia bukan macam tu pada asalnya." Batrisyia mengerutkan dahinya.

"Zain sebenarnya pada asalnya... nerd." serentak Haikal tertawa sendiri.

"Nerd?" soal Batrisyia.

"Ye. Masa sekolah dulu Zain nerd. Susuk badan die kecik aje. Abang yang muda dari dia pun besar dari badan dia. Tapi lepas Zain cecah aje 20 tahun, tiba-tiba susuk badan dia berubah. Kalau sayang perasan, susuk badan dia besar dari abang." Batrisyia angguk.

"Dan Zain berubah jadi keras hati dan ego lepas dia kecewa dengan seorang gadis."

"Berubah? Sebab siapa bang?" soal Batrisyia yang dirodok perasaan ingin tahu.

"Nur Qaisyah."

~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~

'Nur Qaisyah.' spontan nama itu terpacul keluar dari bibir tebal Zainal. Dia kemudiannya tertawa sendiri.

'Kecil sungguh dunia ni.' getus Zainal di dalam hatinya sambil matanya tajam merenung tajam pada satu wajah yang amat dikenalinya. Tanpa sedar hatinya digamit rasa rindu.

'Cantik kau Qaisyah. Secantik nama kau. Tapi sayang, hati kau tak secantik rupa dan nama kau.' Zainal mengomel sendiri sebelum dia membaca blog seorang gadis manis yang pernah disayanginya satu tika dulu.

~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~


"Qaisyah, kau janganlah macam ni. Aku susah hati betul tengok kau macam ni tau tak."

"Kenapa?"

"Kau tu... lama sangat frust kau tu. Dah 6 bulan ni. You have to move on okay?" Qaisyah diam mendengar kata-kata dari Azra. Azra mengeluh perlahan.

"Aku faham, macam mana sakitnya putus cinta. Aku pun pernah frust jugak babe. Tapi aku cuba, cepat-cepat bangun balik. Haaa, sekarang kau tengok betapa bahagianya aku dengan Faizal. Terasa dunia ini, ana yang punya." Azra berseloroh. Kemudiannya dia senyum sendiri saat Faizal terlintas di fikirannya. Qaisyah turut senyum, namun hambar.

"Don't worry. Aku okay." Qaisyah senyum lagi. Azra terdiam. Sudah lali mendengar jawapan dan pernyataan yang sama dari rakan baiknya itu. Hatinya yakin Qaisyah masih belum cukup kuat untuk menerima hakikat yang cintanya telah pun terkubur 6 bulan yang lalu.

"Aku rasa aku nak bercuti panjanglah."

"Haaa! Aku setuju sangat tu!" tiba-tiba Azra menjadi girang.

"Eh! Yang kau seronok sangat ni kenapa? Happy tak jumpa aku dah nanti ye?" Qaisyah sengaja menyakat Azra.

"Kau ni! Ke situ pulak. Aku happylah sebab kau nak buat sesuatu yang baik untuk diri kau. Baguslah kau nak pergi bercuti. Pergi relax, release tension, makan angin, buang angin, shopping shopping... Shopping untuk kau, shopping untuk aku sekali... Ni... muka kau ni!" Azra mengangkat kedua-dua belah tangannya sebelum mencubit-cubit kedua belah pipi Qaisyah.

"Dah hilang seri sebab asyik monyoooookk aje tau!"

"Adeh! Adeh! Kau ni nak bagi muka aku besar ke? Apa kau ingat pipi aku ni tanah liat ke nak picit-picit macam ni?" Qaisyah memegang kedua-dua belah tangan Azra cuba menghentikan perbuatan Azra. Azra tertawa kecil.

"Suka kau ye?" Qaisyah mencebik.

"Jangan buat muka macam tu boleh tak? Kau nak kena cubit lagi?" Azra mengacuh Qaisyah. Laju Qaisyah mengangkat tanganya untuk menghalang perbuatan Azra. Azra tertawa dengan lebih kuat. Qaisyah menggosok-gosok kedua belah pipinya.

"Aku nak pergi Langkawi." ujar Qaisyah sambil senyum.

"Langkawi best!"

"Sebab tu aku nak gi sana." senyum.

"Qaisyah..."tiba-tiba suara Azra kedengaran mendatar. Qaisyah memandang tepat ke anak mata Azra. Berasa hairan dengan perubahan mendadak rakannya itu.

"Sebelum kau pergi..." Diam.

"Aku nak..." Diam.

"Cubit pipi kau puas-puas dulu!" serentak Azra mencubit kuat kedua-dua belah pipi Qaisyah sebelum bangun lari dari dikejar Qaisyah.

"Azra!!!"

~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~

Zainal melirik ke arah jam tangannya. Dia kemudiannya memandang lama ke arah pentas kecil di hadapannya. Berasa hairan, dia memanggil seorang pelayan wanita yang kebetulan lalu di hadapannya.

"Music je ke? Penyanyinya?" soal Zainal selamba.

"Takde encik. Penyanyi live band ni accident dalam perjalanan ke sini tadi. Last minute, so tak dapat cari replacement." Zainal mengangguk sambil senyum manis. Senyuman yang bisa mencairkan hati mana-mana wanita yang melihatnya. Pelayan wanita tersebut turut senyum seayu mungkin dan mengangguk lembut sebelum berlalu pergi.
Mata Zain mengekor langkah pelayan wanita tersebut sebelum anak matanya memandang keseluruhan susuk tubuh pelayan wanita tersebut.

'Hmmm... mantap lagi badan Batrisyia.' Zainal sengih.

'Astaghfirullah hal'azim. Apalah aku ni. Boleh pulak fikir macam tu pulak dekat adik ipar sendiri.' Zainal mengomel sendiri sambil menepuk-nepuk pipinya sendiri.

'Baik aku fikirkan pasal Qaisyah.' Zainal sengih lagi.

'Haaa... terlupa pulak aku nak check blog dia hari ni.' sengihan Zainal semakin menjadi-jadi tanpa menyedari terdapat 2 pelayan wanita yang sedang berdiri tak jauh darinya sedang bergosip tentangnya.

"Hensem gila mamat tu wei." puji Lina.

"Alah. Tak hensem mana pun. Putih ja lebih." balas Tini dengan loghat Kedah yang lebih pekat berbanding Lina.

"Hensemlah wei. Masa dia bercakap dengan aku tadi, macam nak luruh jantung aku hang tau tak? Dup dap dup dap. Tuhan ja yang tau. Mata dia coklat, senyum dia lawa. Suara dia macho." Lina terasa bagaikan berada di awang-awangan.

"Habihlah. Tak tidoq lah kawan aku malam ni. Hensemlah jugak. Tapi awatnya otak macam tak betui ja aku tengok tu? Tersengih ja sorang-sorang dari tadi?"

"Die syok lepaih sembang dengan aku kot?" Lina mula syok sendiri.

Dan mereka berterusan bergosip sehinggalah susuk tubuh Zainal yang tegap hilang dari pandangan mata mereka.

~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~

Jari jemari Qaisyah laju menaip papan kekunci laptop putih miliknya.

Lama betul rasanya tak bercuti. Selalunya Qaisyah bercuti dengan family ataupun dengan minah sewel, Azra tu. Sorry Azra, aku sengaja panggil kau minah sewel sebab aku tau kau pun memang sedar kau sewel kan? Jangan marah. Sapa marah kena jual.
Destinasi Qaisyah kali ni, Langkawi. Kenapa Langkawi. Satu, sebab lama tak pergi. Dua, sebab Qaisyah nak bercuti agak lama so kenalah budget sikit. Tiga, sebab dekat sana banyak chocolate. Azra tu hantu chocolate. So Qaisyah nak makan chocolate banyak-banyak, nak mms pic choc yang Qaisyah makan setiap hari pada Azra. Bikin dia jeles! ....


Dan Qaisyah berterusan menulis tanpa mengetahui ada seseorang yang menantikan setiap perkembangan tentang dirinya melalui blog peribadinya.

~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~

"Yes! Yes! Yes! Hahahah!" Zainal tertawa besar di biliknya tanpa tahu Lina dan Tini yang berada di sebalik pintu bilik hotelnya mula berasa gerun.

"Kan aku dah cakap, otak tak betui." Tini berbisik kepada Lina.

"Habis tu, surat ni?" Lina mengipas-ngipas surat yang ditulis kepada Zainal kepada Tini. Niat hatinya ingin menyelitkan surat tersebut di bwah pintu bilik Zainal.

"Tak payahlah. Jomlah!" cepat-cepat Tini menarik lengan Lina.

Zainal sengih depan laptop hitam miliknya.

'Aku yakin Qaisyah. Kita bertemu lagi tak lama lagi. Kalau bukan sebab jodoh, memang kau ditakdirkan akan menangis nanti sebagaimana aku menangis disebabkan kau dulu.'

~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~

Yaaawwnnn!!! Mnegantuknyee... Bersambung esok ye? * Chewah! Macam drama tv pulak kan? (^^,)♥ *

Mengantuk sangat dah mata Vee nie. (@_@)


♥ Aku bukan tulang rusuk kirimu Part 1 ♥

With Love,

8 comments:

susu said...

waiting for next chpter

Anonymous said...

alahai... ade siri pulak dah =__= tgh syiok baca ni huhu. sambung lagi pelis :P

besi said...

vee...lari ke langkawi? aik mcm real je...hehehhe

♥ Juliana Violet ♥ said...

susu,
~♥~ Malam ni yea? (^^,)

Anony,
~♥~ Sorry lah ye? Vee mengantuk sangat semalam. Tak dapat habiskan. Hopefully malam ni ada idea. Hee hee... tak terfikir lagi apa yang akan jadi seterusnya. :)

besi,
~♥~ eh, cerpen ini adalah rekaan semata-mata. Tak ade kaitan dengan Juliana ataupun Violet. Hihihi

Anonymous said...

Okay xpe take ur time :). enjoyed reading ur writing ;>

Asrul "iLham" Sany said...

nicely done, lagi bagus cerita ni Vee wat novel ;)

sh. said...

Vee, sambung2. Nak baca ni. Hehe xD

♥ Juliana Violet ♥ said...

Anony,
~♥~ Thanks a lot tau for reading my cerpen. :)

Asrul "iLham" Sany,
~♥~ Insya-Allah awak. Ada a few cerpen yang Vee nak buat novel nanti. :)

sh,
~♥~ Sudah publish dear... (^^,)
Mwah! Thanks for reading dear. :)