Tuesday, August 10, 2010

Tekken Trailer...

Siapa yang pernah 'layan' 'King of Fighter', 'Street Fighter', 'Tekken' or X-Men?
Bagi sesiapa yang pernah layan, mesti familiar dengan nama Jin Kazama, Nina Williams, Julia Chang, Marshall Law, Asuka Kazama, Chun Li, Ryu, Vega, Wolverine, Storm, Iori Yagami, Mai Shiramui, Kyo Kusanagi, K, Kula... etc...

Vee pernah menjadi seorang remaja (12 tahun - 15 tahun) yang gemar 'berfoya-foya' di kedai game dengan abang, kakak or kawan baik Vee... =p

Cuma rasanya semenjak 16 tahun memang Vee dah kurang berminat nak habiskan masa dekat kedai game lagi. Maybe sejak dah terbiasa layan PS2 dekat rumah dengan abang rasanya... =)

Cuma sampai sekarang banyak character yang Vee suka (dulu sampai berangan nak ada bf macam Jin Kazama, Iori atau K'!... Hee hee) Fav character perempuan pun banyak yang Vee suka. Terlalu banyak... =)



Anyway, Vee masih tak berpeluang tengok 'Tekken'... Hopefully dapat tengok... Bagi kaum lelaki yang menyambut Ramadhan, Vee sarankan jangan tengok pada bulan yang baik ni, takut pahala kurang... =p


With Love,

Monday, August 9, 2010

Miss... Ain ♥

Adik Vee call Vee lebih kurang pukul 2:30 pm tadi. Dari Penang.
Luckily Vee jawab sebab Vee jarang pick up call time kerja or unknown number.
Adik Vee call guna public phone.

Vee : "Hello…"

Ain : "Kak Anna, Ain ni. Kak Anna tolong sms mak cakap Ain balik pukul 4:15. Ain call mak, mak tak angkat"

Vee : "Okay. Ain takde credit ke?"

Ain : "Ha'ah. Kak Anna tolong ye?"

Vee : "Okay. Take care. I love you"

Ain : "I lap you too" *gelak* "Assalamu'alaikum"

Vee : "Wa'alaikumussalam"



Hmmmm…. I miss her. I miss my sis soo much! She's such a good daughter and sis. Even dia anak bongsu tapi dia agak berdikari dari segi kewangan, disiplin, belajar…
To be honest, Vee sendiri tak sebaik dan sebagus adik Vee a.k.a Jannatul Ain dalam family Vee…

Ain, Kak Anna selalu ingat janji yang K Anna buat pada diri K Anna untuk Ain.
Insya-Allah K Anna sentiasa ingat dan tunaikan.
With Love,

Friday, August 6, 2010

Kids are Us...

Children will not remember you for the material things you provided but for the feeling that you cherished them.






Location : KLCC
Date / Time : 6 Aug 2010 / 08:18 am


P/S : Vee tengok these 2 kids are soo cute! Terus minta permission from their mother untuk snap their pic. And die cakap

"Sure can, but they are not so friendly & very hard to smile"


But kids are kids... If our heart 'sincerely' adore and love them, they can feel it... =)

And kids are us... =)

With Love,

Wednesday, August 4, 2010

♥ Triangle Love ... Dilemma ♥



P/S : Drama bersiri 26 episod 'Lagenda Budak Setan' (LBS), akan memulakan tayangan tidak lama lagi.

Pengarah : Along Kamarudin

Watak Utama : Farid Kamil

Highlight

♥ 95 hingga 98 peratus drama ini adalah sama dengan novel LBS.

♥ Kesemua dialog yang ada di dalam novel turut dimasukkan di dalam drama ini.

♥ Farid Kamil yang dikekalkan manakala pelakon lain adalah pelakon baru.

♥ Masa diambil lebih kurang tiga bulan untuk menyiapkan drama tersebut.

************************************************************************************

Sinopsis

Drama bersiri LBS bermula dengan kenakalan Kasyah (Farid Kamil) yang sering membuli pelajar lain. Namun kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu (Muslina Nasir). Ayu berjaya menambat hati Kasyah, sekaligus membuatkannya jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah.

Hubungan mereka berdua semakin erat. Namun kemunculan bekas kekasih Ayu iaitu Azmi (Nas T) menggugat hubungan intim mereka. Dengan kedudukan dan kemewahan yang dimiliki oleh Azmi, dia berjaya mempengaruhi ibu Ayu hingga tergamak untuk mengahwinkan Ayu dengan Azmi walaupun secara paksa.

Namun perkahwinan Ayu dan Azmi tidak kekal lama, lantaran sikap Azmi yang suka berfoya-foya dengan perempuan lain. Suatu malam, selepas dibelasah teruk oleh Azmi, Ayu telah memandu keretanya untuk mencari kedamaian.

Tetapi dia terlibat dalam satu kemalangan hingga menyebabkan wajahnya mengalami kecederaan yang amat teruk. Akibatnya dia terpaksa menjalani pembedahan plastik dan mengubah sama sekali rupa parasnya yang asal.

Dia turut mengubah namanya menjadi Emilia (Jue Aziz). Ditakdirkan Tuhan, Ayu bertemu sekali lagi dengan Kasyah dan disinilah bermulanya pelbagai konflik dan trgedi cinta antara mereka berdua yang semakin dewasa dalam meniti kehidupan.

**********************************************************************************

Selain Farid, Muslina dan Jue, drama bersiri ini turut melibatkan pelakon terkenal lain seperti Melissa Maureen Rizal, Arifah Damanhuri dan Anne Ngasri.

With Love,

Tuesday, August 3, 2010

Monday, August 2, 2010

Quote... ♥



P/S : Sudah punya 'new love'. Jacob Black... ♥

With Love,