Wednesday, August 4, 2010

♥ Triangle Love ... Dilemma ♥



P/S : Drama bersiri 26 episod 'Lagenda Budak Setan' (LBS), akan memulakan tayangan tidak lama lagi.

Pengarah : Along Kamarudin

Watak Utama : Farid Kamil

Highlight

♥ 95 hingga 98 peratus drama ini adalah sama dengan novel LBS.

♥ Kesemua dialog yang ada di dalam novel turut dimasukkan di dalam drama ini.

♥ Farid Kamil yang dikekalkan manakala pelakon lain adalah pelakon baru.

♥ Masa diambil lebih kurang tiga bulan untuk menyiapkan drama tersebut.

************************************************************************************

Sinopsis

Drama bersiri LBS bermula dengan kenakalan Kasyah (Farid Kamil) yang sering membuli pelajar lain. Namun kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu (Muslina Nasir). Ayu berjaya menambat hati Kasyah, sekaligus membuatkannya jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah.

Hubungan mereka berdua semakin erat. Namun kemunculan bekas kekasih Ayu iaitu Azmi (Nas T) menggugat hubungan intim mereka. Dengan kedudukan dan kemewahan yang dimiliki oleh Azmi, dia berjaya mempengaruhi ibu Ayu hingga tergamak untuk mengahwinkan Ayu dengan Azmi walaupun secara paksa.

Namun perkahwinan Ayu dan Azmi tidak kekal lama, lantaran sikap Azmi yang suka berfoya-foya dengan perempuan lain. Suatu malam, selepas dibelasah teruk oleh Azmi, Ayu telah memandu keretanya untuk mencari kedamaian.

Tetapi dia terlibat dalam satu kemalangan hingga menyebabkan wajahnya mengalami kecederaan yang amat teruk. Akibatnya dia terpaksa menjalani pembedahan plastik dan mengubah sama sekali rupa parasnya yang asal.

Dia turut mengubah namanya menjadi Emilia (Jue Aziz). Ditakdirkan Tuhan, Ayu bertemu sekali lagi dengan Kasyah dan disinilah bermulanya pelbagai konflik dan trgedi cinta antara mereka berdua yang semakin dewasa dalam meniti kehidupan.

**********************************************************************************

Selain Farid, Muslina dan Jue, drama bersiri ini turut melibatkan pelakon terkenal lain seperti Melissa Maureen Rizal, Arifah Damanhuri dan Anne Ngasri.

With Love,

7 comments:

Anonymous said...

yunk drama neh ditayangkan bila tarikh nye? jam brp? channel apa? huhuhu. i skeee!

hans said...

tayang dkt astro
den xada astro
sob sob sob

P/S : Anda Semua Dah Daftar Sebagai Pengundi?

Linglung said...

gua tak pernah bca novel ni. tp dgr cerita tebal gila. kalau drama ni tayang malam2, boleh la gua layan nanti. kalau siang sblm kol 8, xdapat la derr..hehe..

besi said...

hmmmm... wah mesti vee happy ya
al maklumla kashah dia dijelmakan kembali
heheheh

::cdot the dot:: said...

tak sabar nak tgk..

♥ Juliana Violet ♥ said...

Dear,
Yang i baca tu die tak tulis kat mane. but drpd mr hans kite nie, die cakap astro...
Nanti Vee check ye dear?

Hans,
Vee pun takde astro...
=(

Linglung,
tak tebal... cuma ada 3 novel...
kesinambungan semuanya...

Besi,
sangat happy!
tp kalau dekat astro takleh la vee tgk... =(

cdot,
nak tumpang tgk rumah cdot boleh?
=p

NeenaAnuar said...

waaaa... vee memang betol2 peminat setia LBS yek! mesti tak miss each episod nanti nie! :D