Monday, June 28, 2010

Thursday, June 24, 2010

Terjemahan Talkin

*Copy & Paste*

♥ Sharing is Caring ♥


Maksud (dalam RUMI) talkin yang selalu dibaca utk orang yg meninggal dunia. Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer...., kalau tak terasa meremang, sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang
mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah WALLAHU A'LAAMM.

Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan
Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan
binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu
Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada
kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyur uh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan iktikad kamu?

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?


Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan, mengeluark an zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal
didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala
menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham
dulillahi rabbil alamin. Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu
nafsin za iqatul maut" Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya
manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr .. Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu
kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya:


TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati

1. Para Nabi

2 Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:"Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hambaKu berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

"Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. " Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah
Al-Baqarah : 237 Untuk renungan dan amalan bersama .. "LAA ILAHA ILLA ANTA
SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"
With Love,

Monday, June 21, 2010

Crees en el amor (Do you believe in love?)

Crees en el amor
Cree usted que es verdad
Crees en el amor
Oh usted puede apostar Yo también lo creo




It's raining outside. Lovely... :)

P/S : Need a beach, need a sunset, need a VACATION...

With Love,

Friday, June 18, 2010

Waiting for True ♥ or True ♥ Waits?




♥ Anyone can catch your eye, but it takes someone special to catch your heart ♥
~Author Unknown~


With Love,

Monday, June 14, 2010

♥ Meowwww..... (^^,) ♥











With Love,

Friday, June 11, 2010

Sincerity...

Lama rasanya tak menulis. Betul2 menulis dengan menggunakan 'hati'. Mungkin disebabkan sibuk dan kurang masa untuk update blog tapi cepat2 nak publish entry untuk kawan2 blogger baca.
Sebab? Tak nak 'silaturrahim' terputus agaknya. :)
Kenapa? Bukankah tak pernah berjumpa antara satu sama lain? Yes, memang tapi cuba you all semua tanya pada diri masin2, sanggup tak tiba2 contohnya hari nie juga terus berhenti ber'blog'ging? Vee yakin 90% of us yang tak sanggup.

Vee ingat lagi, Vee mula ber'blog'ging atas 'nasihat' my dearest best friend, Raja Feena… *oowwwhh… I miss you so much darling!*
Pada awal Vee ber'blog'ging, Vee memang tak reveal nama diri nama and wajah Vee. Sebab tujuan Vee Cuma untuk menulis cerpen dan siarkan karya Vee dekat blog.
*Cerpen2 Vee ;

Kembali Pulang
♥ 7 April
Aku dan Dia - dedicated for Eddie Dewanaga
Rindu itu Ada - dedicated for LotsofLove-Pearl
Andai Itu Takdirnya ... akan ada sambungannya "Kau Pergi Jua"
Ikan Emas, Jom Kawen!
Dollah Loves Joyah
Carnation Putih Untuk Linda

And Vee still ingat commentar pertama Vee… Eddie Dewanaga … Yang sehingga ke hari ni, sentiasa sokong Vee dalam setiap apa yang Vee lakukan. Thanks Eddie. :) Selepas tu, follower Vee semakin ramai. Dari situ, Vee mula rasa seronok dan bersemangat untuk update blog. Vee mula 'bercerita' dan 'berkongsi' suku/sebahagian daripada hidup Vee dengan bloggers/follower Vee.

To be honest, selepas Vee start ber'blog'ging, indirectly Vee lebih explore diri Vee. Vee dapat tahu kekuatan diri Vee, kekurangan/kelemahan diri Vee, apa yang Vee sebenarnya mahukan dalam hidup Vee. Mungkin disebabkan secara tak langsung Vee 'berinteraksi' dengan pelbagai 'kawan2 maya' yang mempunyai pelbagai kisah, pengalaman, sikap yang berbeza. Sebelum mula ber'blog'ging, Vee seorang yang boleh dikira cuma berapa kali sahaja keluar melepak dengan kawan2 Vee. Vee lebih gemar kerja, duduk rumah, buat kerja part time, keluar dengan 'si dia'. :)
Cuma sekarang, kehidupan Vee agak berubah berbanding sebelum ni.

Berbalik kepada 'blog' dan 'kawan-kawan blog'. Vee akui, Vee seorang yang lembut hati dan caring. Cuma sekarang Vee lebih keraskan hati Vee dan mula lebihkan kepentingan diri sendiri. Vee yakin setiap orang pernah lalui pengalaman 'yang kurang sihat' disebabkan terlalu baik dengan orang lain. So am I...

Bila Vee baca blog kawan-kawan, Vee akan komen kalau berkesempatan. Dan setiap komen yang Vee berikan, komen yang betul2 ikhlas dari hati Vee. Kadang2 bila membaca entry kawan2 yang dilanda kesusahan or kesedihan, hati Vee turut rasa sedih dan Vee akan mendoakan they all even though tak pernah kenal or tak pernah jumpa.

Setiap kali Vee baca entry kawan2 yang berkongsi kegembiraan or kejayaan, Vee turut rasa happy dan medoakan they all semakin success.
Dan yang paling penting, Vee hormat kesemua bloggers tak kira apa entry yang they all publish. Kalau yang Vee tak suka baca, Vee tak akan follow dan berikan komen yang tidak jujur. SINCERITY itu penting di dalam setiap aspek kehidupan bagi Vee.

“To be persuasive we must be believable; to be believable we must be credible; credible we must be truthful.”

SINCERITY... Itulah point entry Vee hari ni sebenarnya.
Berapa banyak di kalangan follower Vee yang betul2 ikhlas dan benar2 menyokong, mendoakan Vee setiap kali Vee share kisah Vee dengan you all?
Vee yakin, hampir kesemua yang meninggalkan komen pada Vee 'ikhlas'.
Sebab, Vee ikhlas pada you all… :)

Sorry ye sebab entry Vee today panjang pulak. Alang2 entry panjang hari ni, Vee nak share a few blogs dengan you all.
Lebih afdal rasanya kalau kita sama mengucapkan tahniah kepada Safial Eqbal pelajar Master Engineering yang semalam sudah officially graduated. Bagi yang nak berkenalan dengan lebih dekat dengan empunya blog ni, sila-silalah melawat ke blog 'beliau'. :) Insya-Allah rasa tak rugi follow blog Encik Eqbal Safial kita nie. :) …

Selain dari blog Encik Eqbal kite ni, Vee suka follow blog yang sentiasa buat Vee tersenyum setiap kali baca blog they all. Bersahaja dan mencuit hati… :)
Vee wajib baca. Sebab Vee nak awet muda. Kenapa? Terapi secara tak langsung sebab setiap kali baca akan tersenyum. Selalu tersenyum kan buat kita awet muda. Betul tak Hanie, Ezam and Mimie? :)

Untuk Cik Wanie yang sangat sweettt, comel dan berbakat dalam bidang andaman, cepat2 sembuh ye? Kesihatan tu jaga. Jangan asyik tak cukup tidur. Takut nanti dapat low blood pressure. Tak bagus pada jangka masa panjang.
Jangan lupa ambil vitamin or supplement and APA YANG PENTING! Makaaaannn ubat! *mode wonderpet*

Selain dari tu, blog my sweetie pie - Pearl, si cute and gorgeous Fifi, anak bongsu yang manja tapi macho - Joe dan si kacak Hans Khan adalah antara blog yang Vee suka follow jugak sebab most of the time berinformasi dengan penulisan yang bersahaja… :)

Satu entry yang Vee suka baca baru2 ni dari cik abang yang spec nya selalu rosak, Speckurosaklagi...

Ada juga blog yang lebih menjurus kepada diari empunya blog tapi berinformasi… Antaranya isteri kepada Encik Teman yang vogue Neena dan someone yang boleh menjadi kawan yang sangat baik - Embun, a.k.a Hafiz.

:)

Banyak lagi blog yang Vee follow actually. Kalau nak list kan dekat sini, sampai esok pun tak habis (ok, sila jangan percaya)...

Whatever it is, thanks to all of you yang selalu support and doakan Vee. Vee yakin you all tahu siapa yang Vee maksudkan. Nak sebut takut miss nama nanti... (^_^) ...
Baik yang dah tak aktif blog macam Sis Nita, Afsal, Ieda... and follower Vee yang lama seperti Eddie, Pearl, Besi, Sue... err... okay ramai kalau Vee nak list kan. Thanks... :) Thanks you so much!

Baiklah, gotta go! Running out of time... Kurang dari sejam Vee akan ke Perak... Take care semua! Muuaaacckss!!!

zwani.com myspace graphic comments
Twitter Background


With Love,

Wednesday, June 9, 2010

Kasih abang...

Assalamu'alaikum to all of my dearest bloggers...

Dah lama Vee nak share gambar ni dengan you all semua...
Terasa 'sesuatu' di dalam hati you all semua?
So am I...

“The love of a family is life's greatest blessing”


"Choosing to be positive and having a grateful attitude is going to determine how you're going to live your life"
~Joel Osteen~

With Love,

Friday, June 4, 2010

Komen Vee tentang filem "Lagenda Budak Setan"

Alright. Anyone yang dah tengok filem "Lagenda Budak Setan"? For those yang dah tengok? Ape komen you all? 5 star? 3 star? : )
Vee tak nak komen samada best ataupun tidak sebab you all kena pergi tengok sendiri okay? : )

Cuma secara jujurnya bagi Vee bagi sesiapa yang tak pernah baca novel nie mesti akan komen filem ni agak membosankan, kelam kabut or sekejap sangat. Mungkin…
Ada beberapa faktor kenapa Vee cakap macam ni. Komen Vee secara keseluruhan tentang filem nie ;

Komen 1 :
It's not easy nak filemkan satu jalan cerita yang panjang. And Vee nampak Ahadiat Akashah dah cuba singkatkan jalan cerita tu dengan singkat which is 1 jam 46 minit. Vee memang peminat tegar novel Lagenda Budak Setan and hampir kesemua watak2 dalam novel tu Vee hafal. So Vee agak upset bila banyak babak2 yang Vee imagine Vee dapat tengok dalam filem tu tak ada. Contohnya, babak Ayu masuk ke kelas 5 Seruling untuk minta derma, kenakalan Kasyah dengan Sapi, Cin Cai dan Man serta Lady In Black - Mei Lan, Lili dan Dora tak ade, kisah sedih Sapi, watak Turbo tak ade, tak ade babak di Fresno, watak Katerina yang pada awal kemunculannya dalam novel yang digambarkan agak tegas dan tampak bengis tak ade… But logically kalau semua babak2 tu difilemkan, memang tak dapat imagine berapa lama agaknya filem tu ditayangkan. : )
So, thanks to Ahadiat Akashah di atas 'hadiah' kepada peminat tegar 'Lagenda Budak Setan". It's not easy untuk hasilkan skrip dari sebuah novel yang mempunyai jalan cerita yang panjang dan banyak babak.

Komen 2 :
Watak-watak di dalam filem ini, pilihan yang tepat. For me, 2 thumbs up to Lisa Surihani, Farid Kamil & Que Haidar yang telah berjaya menghidupkan watak ini. Pada awalnya memang takut bila Farid bawa watak Kasyah sebab Vee memang 'tergila-gilakan' dan 'angau' dengan Kasyah. But then lepas tengok filem ni, memang takde orang lain yang lebih sesuai bawa watak Kasyah ni. :) Sebab gambaran Kasyah dalam novel LBS itu sendiri Kasyah seorang yang sederhana sepertimana Farid Kamil. Baik dari segi ketinggian dan rupa. Lisa Surihani memang seorang pelakon yang baik. Lisa berjaya membawa watak Ayu atau nama sebenar Ayu di dalam novel LBS - Sidaratul Dursina dengan baik sekali. Farid dan Lisa satu gandingan yang baik. Que memang tak dinafikan seorang pelakon yang baik juga. Shikin yang membawakan watak Emilia pula, lakonannya agak baik bagi pendatang baru. Fazura yang membawakan watak Kate, tak banyak sangat babak yang Fazura lakonkan.

Komen 3 :
Vee menangis tengok filem ni. Kenapa? Sedih sangatke? Sebabnya, kisah LBS ni memang dah melekat dalam hati Vee dari dulu sampai sekarang. So kesemua watak2 tu memang dah seolah2 wujud dalam hati dan fikiran Vee. Ayu, Kasyah, Azmi, Emilia, Katerina.. Kesemuanya seolah2 Vee pernah kenal atau seseorang pernah ceritakan kisah mereka kepada Vee seolah2 kisah mereka benar2 terjadi dan wujud. Itulah perasaan Vee. That’s why Vee menangis bila tengok (actually dalam wayang semalam Vee perasan ada sorang mamat ni duduk depan Vee menangis jugak. Mamat tu bukan lembut okay? Macho gitu) Filem ni, bagi sesiapa yang dah baca novelnya or berjiwa agak halus macam Vee (halus ke?) mungkin akan menangis. Tapi kalau berjiwa 'macho' macam Besi or Eddie mungkin takkan mengalirkan air mata kalau tengok filem ni (errr… Eddie mungkin boleh menangis sebab tahu jalan ceritanya).

Komen 4 :
Cerita ini mungkin dapat disampaikan dengan baik jika di'drama'kan. Seriously Vee cakap. So, Vee hope one sweet day, drama "Lagenda Budak Setan" akan muncul sebab banyak watak yang tak ade dalam filem ni. Nak jugak tengok watak Turbo, Lady in Black, Sofian and Sofia (cuba teka siapa nie) ... :) ... Pertemuan Hisham dengan Kate, Mimi darling berkahwin dengan mak 'ayam' (yang tak bestnye nama mak ayam tu hampir sama dengan nama Vee... hihihi) bagaimana Kasyah secara spontan memberi idea kepada Kate tentang sempoa... Banyak lagi.
Whatever it is, novel "Lagenda Budak Setan" tetap pilihan Vee. :)

P/S : Banyak yang Vee nak komen actually, tapi tak boleh sebab filem ni baru ditayangkan and komen/pandangan setiap orang takkan sama. :)
With Love,

Thursday, June 3, 2010

Hilangnya Cintamu...

Hilangnya Cintamu? Sape dapat teka apa content entry Vee kali nie... :)
Ramai kot yang dapat teka kan?
Soundtrack untuk filem "Lagenda Budak Setan"
Ini entry Vee pada tahun lepas pasal filem ni... Harus baca kot. Hehehe... "Kasyah My Romeo"




Malam ni Vee akan 'berjumpa' dengan Kasyah. :) Sape nak ikut??!!! ;)

With Love,