Friday, June 4, 2010

Komen Vee tentang filem "Lagenda Budak Setan"

Alright. Anyone yang dah tengok filem "Lagenda Budak Setan"? For those yang dah tengok? Ape komen you all? 5 star? 3 star? : )
Vee tak nak komen samada best ataupun tidak sebab you all kena pergi tengok sendiri okay? : )

Cuma secara jujurnya bagi Vee bagi sesiapa yang tak pernah baca novel nie mesti akan komen filem ni agak membosankan, kelam kabut or sekejap sangat. Mungkin…
Ada beberapa faktor kenapa Vee cakap macam ni. Komen Vee secara keseluruhan tentang filem nie ;

Komen 1 :
It's not easy nak filemkan satu jalan cerita yang panjang. And Vee nampak Ahadiat Akashah dah cuba singkatkan jalan cerita tu dengan singkat which is 1 jam 46 minit. Vee memang peminat tegar novel Lagenda Budak Setan and hampir kesemua watak2 dalam novel tu Vee hafal. So Vee agak upset bila banyak babak2 yang Vee imagine Vee dapat tengok dalam filem tu tak ada. Contohnya, babak Ayu masuk ke kelas 5 Seruling untuk minta derma, kenakalan Kasyah dengan Sapi, Cin Cai dan Man serta Lady In Black - Mei Lan, Lili dan Dora tak ade, kisah sedih Sapi, watak Turbo tak ade, tak ade babak di Fresno, watak Katerina yang pada awal kemunculannya dalam novel yang digambarkan agak tegas dan tampak bengis tak ade… But logically kalau semua babak2 tu difilemkan, memang tak dapat imagine berapa lama agaknya filem tu ditayangkan. : )
So, thanks to Ahadiat Akashah di atas 'hadiah' kepada peminat tegar 'Lagenda Budak Setan". It's not easy untuk hasilkan skrip dari sebuah novel yang mempunyai jalan cerita yang panjang dan banyak babak.

Komen 2 :
Watak-watak di dalam filem ini, pilihan yang tepat. For me, 2 thumbs up to Lisa Surihani, Farid Kamil & Que Haidar yang telah berjaya menghidupkan watak ini. Pada awalnya memang takut bila Farid bawa watak Kasyah sebab Vee memang 'tergila-gilakan' dan 'angau' dengan Kasyah. But then lepas tengok filem ni, memang takde orang lain yang lebih sesuai bawa watak Kasyah ni. :) Sebab gambaran Kasyah dalam novel LBS itu sendiri Kasyah seorang yang sederhana sepertimana Farid Kamil. Baik dari segi ketinggian dan rupa. Lisa Surihani memang seorang pelakon yang baik. Lisa berjaya membawa watak Ayu atau nama sebenar Ayu di dalam novel LBS - Sidaratul Dursina dengan baik sekali. Farid dan Lisa satu gandingan yang baik. Que memang tak dinafikan seorang pelakon yang baik juga. Shikin yang membawakan watak Emilia pula, lakonannya agak baik bagi pendatang baru. Fazura yang membawakan watak Kate, tak banyak sangat babak yang Fazura lakonkan.

Komen 3 :
Vee menangis tengok filem ni. Kenapa? Sedih sangatke? Sebabnya, kisah LBS ni memang dah melekat dalam hati Vee dari dulu sampai sekarang. So kesemua watak2 tu memang dah seolah2 wujud dalam hati dan fikiran Vee. Ayu, Kasyah, Azmi, Emilia, Katerina.. Kesemuanya seolah2 Vee pernah kenal atau seseorang pernah ceritakan kisah mereka kepada Vee seolah2 kisah mereka benar2 terjadi dan wujud. Itulah perasaan Vee. That’s why Vee menangis bila tengok (actually dalam wayang semalam Vee perasan ada sorang mamat ni duduk depan Vee menangis jugak. Mamat tu bukan lembut okay? Macho gitu) Filem ni, bagi sesiapa yang dah baca novelnya or berjiwa agak halus macam Vee (halus ke?) mungkin akan menangis. Tapi kalau berjiwa 'macho' macam Besi or Eddie mungkin takkan mengalirkan air mata kalau tengok filem ni (errr… Eddie mungkin boleh menangis sebab tahu jalan ceritanya).

Komen 4 :
Cerita ini mungkin dapat disampaikan dengan baik jika di'drama'kan. Seriously Vee cakap. So, Vee hope one sweet day, drama "Lagenda Budak Setan" akan muncul sebab banyak watak yang tak ade dalam filem ni. Nak jugak tengok watak Turbo, Lady in Black, Sofian and Sofia (cuba teka siapa nie) ... :) ... Pertemuan Hisham dengan Kate, Mimi darling berkahwin dengan mak 'ayam' (yang tak bestnye nama mak ayam tu hampir sama dengan nama Vee... hihihi) bagaimana Kasyah secara spontan memberi idea kepada Kate tentang sempoa... Banyak lagi.
Whatever it is, novel "Lagenda Budak Setan" tetap pilihan Vee. :)

P/S : Banyak yang Vee nak komen actually, tapi tak boleh sebab filem ni baru ditayangkan and komen/pandangan setiap orang takkan sama. :)
With Love,

17 comments:

Fifi Rahmat said...

wow. blh jadi pengkritik industri filem negara neh. hahaha. pnjg btul komen yer? br neh ada promo novel lagenda budak setan. rm100 sebuah buku. tp fie x beli. fie beli buku laen. lps tu, kua plak cter neh kat wyg. rasa nyesal x beli. haha. next week br nk terjah cter neh.

mama_izz said...

semalam saya dah gi tengok.. aduhhh!! saya rasa bosan pulak citer ni..hehhehe...

ezam said...

tak pernah baca novel ni...tapi cinematografinya cantikkan????


dh lama tak tengok muvi....tunggu sex&the city nanti..hehehe

LotsOfLove-Pearls said...

..wah,
penuh penghayatan Vee menceritakan.

baru tadi kwn i cakap dia dh tengok citer ni smlm.
sedih katanya.

nampak gaya kena tengok gak ar.
mesti best..

kepada Vee,
anda memang peminat tegar LBS.

* i like Que..
hehehe..

NeenaAnuar said...

owh! I pun peminat tegar Ahadiat Akashah & LBS... nak pegi tengok kat wayang.. tapi en. teman lak tak minat! isk!! tensoin taw.. but from your review.. I do agreed if they can do it in drama wise kann.. at least leh citer panjang2 sikit! :D

hans said...

belum tgok lagi la vee

p/s : Join Contest Jom. Hadiah Barang Kemas Dari Sabah Beb http://hanspunyablog.blogspot.com/2010/06/jom-join-harvest-festival-2010pesta.html

♥ Vee Violet ♥ said...

Fifi,
hehehe... banyak lagi nak komen actually but since semalam baru ditayangkan, kite tunggu dulu komen2 orang lain dear... :)

Mama Izz,
ye, sebab skip banyak cerita dan nak 'fit'kan keseluruhan cerita dalam 1 jam 46 minit tue... :)

Ezam,
yep! cinematografinya sangat cantik... sehingga membuatkan ayu nampak 'ayu' dan suci gitu. hehehe

Pearl sayang,
pearl kena tengok. sebab sesuai dgn pearl rasanya... hehehe
yes, vee memang peminat tegar LBS.. :)
Que berlakon mantap... :)

Neena,
ajak je encik teman. suruh die bawa bantal and mp3.. tido and dgr lagu dlm cinema nanti. hehehe...
hopefully drama menyusul nanti. :)

Hans,
nanti gi tgk kay... :)
wah! contest! okay, nanti ada masa vee 'terjah' and join ye hans? :)

NeenaAnuar said...

My deary cutie pie Vee... you dah kene TAG ngan I.. let joint da club keh! Muaahhss~~ :D

::cdot the dot:: said...

nak tgk!!! nakkkk tgk!!!

Cik Wanie said...

i dah g tgk beberapa hari yg lps,
mmg best lah citer nie,
cuma ada beberapa part yg rasanya mcm x best skit,
hurm...

huhuhhu..

apapun lakonan farid kamil,lisa surihani & que haidar mmg mantopppppppp...

nangis ok;)

shi3la said...

akak pon peminat tegar Ahadiat Akashah..citer budak setan yang dimoviekannn tak setan sangat macam kat novelllll....itu dah akak jangkakan dari awal lagiii....

tapikan akak belum tengokkkkk lagii terkomen dolu plakkkk nasib tak kasik star jerk lagi..hiks

hans said...

yups
paling gua sedih tu patutnya mesti ada babak si kashah belajar dkt oversea
pastu ayu ikut dia kan
be4 ayu balik
haih
frust maaa togk filem nih sebenarnya

~aSFaLiZa~ said...

salam kenal. i pun setuju dgn u pasal filem ni. hanya siapa yg kenal dgn watak dlm novel saja blh menghayati filem ni. mmg i dgr ramai yg tak puas hati dgn filem ni. hope pas ni ada lbs akan di drama kan. so watak2 yg u sebut tu akan wujud la. ala sofea n sofean mak ayah katerina...

syukrina othman said...

yep yep..semuanya berlalu dengan cepat kan vee? tiba2 saja Ayu nak peluk2 dengan kasyah..hahahaha..waktu kasyah di denda tu..hahahha..but im looking fwrd tunggu LBS 2..but I love watak azmi more then Kasyah seriously yeah..

♥ Vee Violet ♥ said...

Neena,
nanti i join contest tu k dear... :)
Thanks cuz tag Vee tau... :)

Cdot,
cepat tengok! cepat tengok! =D

Cik Wanie,
samalah kite... nangis gitu... hehehe...

Kak Shiela,
nanti dah tengok gitau Vee tau berapa star... hihihi

Hans,
itulah ... takpe, kite tunggu and lihat apa perkembangan LBS lepas nie. Mana tahu ada agenda drpd mana2 pihak penyiaran... :)

Asfaliza,
Salam kenal jugak. Thanks singgah ke blog Vee.
Iutlah dear. Kalau di dramakan best nie... :)

Beito,
hehehe.. betul tue... yeah, Vee pun tunggu LBS 2...
Hopefully they all dapat mantapkan apa yang kurang in future... :)

Anonymous said...

thats good

Farhana said...

i........... x best ah! bnda2 yg kurang ajar dlm tu aku x suka!