Wednesday, January 6, 2010

Sakit Mental Tanpa Sedar

Assalamualaikum dan hello semua!!! (^_*) … Hari ni Vee nak share pasal Sakit Mental Tanpa Sedar. Macam biasalah, Sharing Is Caring kan? =)

Pada 05/03/2009, sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan bahawa lebih 270,000 rakyat Malaysia menghidapi skizofrenia, sejenis penyakit mental tanpa menyedarinya.

2 Kumpulan Penyakit Mental.

Pada umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu yang pertama, penyakit psikosis.Pada tahap teruk, seseorang yang mengalami penyakit mental psikosis mungkin kehilangan hubungan dengan alam nyata. Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik depresif.

Kumpulan kedua ialah penyakit yang bukan psikosis atau neurosis. Mungkin kita pernah mengalami perasaan sedih, resah dan tertekan. Pengalaman ini merupakan pengalaman biasa dalam kehidupan kita. Apabila perasaan biasa ini dan tingkah laku tertentu berlaku secara tidak terkawal dan berlarutan sehingga mengganggu kehidupan harian seseorang dan menjejaskan hubungan dengan orang lain, ia mungkin mengalami salah satu penyakit mental jenis ini. Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah ketakutan yang tidak berasas (fobia), keresahan (anxiety), kemurungan (depression) dan obsesif kompulsif.

Seseorang yang mendapat penyakit mental mengalami gangguan fungsi mentalnya. Penyakit mental boleh berbeza dari segi jangkamasa sakit dan tahap gangguan terhadap aktiviti harian. Jika dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh membahayakan pesakit dan mereka akan menjadi lebih ganas dan boleh membunuh diri atau membunuh anggota keluarga ataupun jiran mereka.

Penyakit mental boleh bersifat sementara dan boleh berulang-ulang di sepanjang hayat seseorang. Kebanyakan pengidap penyakit mental hanya mengalami satu episod sahaja, tidak serius dan pulih dengan sempurna selepas rawatan.

Rawatan Penyakit Mental.

Antara rawatan yang sering digunakan bagi merawat penyakit mental ialah psikoterapi dan kaunseling (membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih mendalam dan rawatan ini diberikan secara pesakit luar), rawatan psikotropik (menggunakan berbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubat psikotropik dan digunakan untuk rawatan penyakit mental), rawatan tingkahlaku dan rawatan elektrokonvulsif

Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis. Sementara ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety) sehingga pesakit dapat mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik.

Rawatan tingkahlaku pula memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau tingkahlaku tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Teknik releksasi merupakan satu contoh rawatan jenis ini.

Rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius.

Faktor Yang Menyumbang kepada Penyakit Mental.

Mungkin ada di antara kita yang melihat penyakit ini sebagai sesuatu yang remeh dan tidak mungkin berlaku kepada dirinya. Namun dengan keadaan ekonomi yang semakin merudum bukan sahaja di negara ini tetapi di seluruh dunia, kemungkinan untuk seseorang untuk menghidap penyakit ini, kini semakin tinggi.

Ditambah dengan keadaan dunia sekarang dimana lebih ramai orang akan kehilangan pekerjaan pastinya ia sedikit sebanyak akan memberi kesan dari segi psikologi dan mental terutama bagi mereka yang berkeluarga.

Dunia sekarang menuntut penggunaan wang sebagai perantara dalam memenuhi keperluan dan kesan akibat kegawatan ekonomi ini sedikit sebanyak akan menjejaskan pemikiran dan perlakuan kita.

Sumber daripada ;
Laman Web Rasmi Hospital Tuanku Fauziah - Kementerian Kesihatan Malaysia.
http://htf.moh.gov.my/modules/news/article.php?storyid=49
Diolah oleh ;
Vee Violet


Ini tekanan tapi belum sampai tahap mental. *wink* =p`

7 comments:

Lady E said...

Salam..Vee Dear..Thanks ye kasi cadangan utk Ieda pertimbangkan.. :) Nnt meh join contest Ieda key!
Vee..Ieda x smpt bc N3 kt tas..just sempat bc tajuk je sbb mata tgh pedih & ngantuk giler nie..Karang Ieda singgah cnie lg ye syg!
T.Care!

♥ Ieda

besi said...

vee....sebenarnyakan yg paling bahaya jika
kita tak sedar diri kita ada penyakit...dan buat2 tak sakit....baca entry vee nie, risau gak....sbb sakit macam nie ramai yg tak sedar..


pic...vee tue comel....tak de rupa tension pun

Unknown said...

kkdg ku rasa diriku mentak jua

Dearie Pearls said...

Dear Vee..
Hehe..
Mujur masih dalam keadaan yang ok..

Pict tu cute.

Thanks for sharin this..

Take care sweetie..

speckurosaklagi said...

kalu tertekan...mai balik penang kita chill kat penang k...

Lady E said...

Cute la pix Vee tu! :)
Uikss!Tingginye statistik penghidap Skizofrenia
tanpa disedari!Alamak..takotnye..!!

♥ Ieda

♥ Juliana Violet ♥ said...

Ieda,
no problem. What a fren for.. Cian Ieda mesti busy kan? Stay sweet okay?
=)

Besi,
betul tue. Membimbangkan tau masalah mentality nowadays. Comel? Tak comel pun, Vee buat2 comel je. Hihihi...

~0~,
alah, tekanan kdg2 boleh buat kita rasa macam tue... =)

LOL,
Sharing is caring kan? Mmmuackss!!!

speckurosaklagi ,
hehehe... rasa macam lama tak blk penang... =)

Ieda,
takut kan? so, kita kenalah pandai2 sentiasa memotivasikan diri...
=)