Thursday, January 14, 2010

Pencarian TV3 Untuk ‘Top Host 2010’


Bidang pengacaraan adalah antara bidang yang paling mendapat perhatian masa kini. Saban tahun rakyat Malaysia menyaksikan bakat-bakat baru muncul di kaca televisyen menerusi program pelbagai genre. Kebolehan bertutur di hadapan kamera dan menyampaikan maklumat kepada penonton dilihat bukan sahaja menyeronokkan malah membuatkan seorang pengacara itu menjadi terkenal.

Namun disebalik keistimewaan itu, tugasnya jauh lebih mencabar, menuntut komitmen dan kesungguhan, selain keupayaan mencerap maklumat dengan baik, pantas dan berkesan. Demi memastikan media televisyen terus relevan dan berupaya menyaingi saluran media lain terutamanya internet, penyampai TV generasi baru haruslah memiliki kredibiliti yang tinggi.

Justeru, TV3 tampil mencari barisan pengacara generasi baru menerusi program ‘Top Host 2010’. Pencarian bermula dari 16 hingga 31 Januari.

‘Top Host 2010’ memberi peluang kepada warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 28 tahun yang fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, serta mempunyai perwatakan yang menarik. Sekiranya anda beraspirasi untuk menjadi pengacara berkaliber dan menjadi warga Sri Pentas, inilah kesempatan anda. Penyertaan boleh dibuat menerusi laman web TV3 atau kiriman pos.

Cara penyertaan:
1. Hantarkan resume anda bersama koleksi gambar terkini
2. Perkenalkan diri anda menerusi rakaman video (VCD atau DVD) selama 1 minit.
3. Lengkapkan sebuah esei ringkas tidak melebihi 150 patah perkataan.
“Saya adalah TOP HOST 2010 kerana ...”

Hantarkan penyertaan anda melalui kiriman pos ke alamat berikut:
Penerbit TOP HOST 2010
Primeworks Studios,
Sri Pentas, 3, Persiaran Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya, Selangor.

Pihak TV3 juga mengalu-alukan penyertaan secara online di www.tv3.com.my/tophost2010. Tarikh tutup bagi penyertaan ialah 31 Januari. Mereka yang layak akan dihubungi pihak penerbit.

Sumber dari : http://www.gua.com.my/Entertainment/Showbiz-Detail.aspx?ArticleID=4446
Posted by : Vee Violet

P/S : Vee memang teringin sangat nak jadi pengacara macam ni tapi english Vee teruk... =(

12 comments:

Unknown said...

vee join ke??

Anonymous said...

Vee..improve BI dulu..amik klas BI..
Pas tu..baru g audition..

Mesti dapat pnyer..lagila kalo muka cun mcm awak..hehehe

Dearie Pearls said...

..cuba je Vee.
Kot2 rezeki. English boleh diperbaiki step by step.

Gud luck utk Vee okey.

Precious said...

Eh cuba jgn x cuba. Good luck!

♥ Juliana Violet ♥ said...

~0~,
Vee tak join sebab masalah english... =)

Kak Arryani,
itulah, Vee kena masuk kelas english nie...
tp Vee biasa je lah kak... vee nampak lawa sebab Vee make up n suka bergaya jea.. =)

LOL,
Vee tak join lah yg nie dear... =)

Precious,
tak berani la dear...
=(
Vee share ni dengan sesiapa dekat luar sana yg lebih layak... =)

♥ Juliana Violet ♥ said...

Precious,
Vee tak boleh comment dekat blog precious... =(

Dearie Pearls said...

it's ok..
boleh cuba utk audition lain.
apapun, wish ya luck okey, darlin.

hans said...

gua mau join la tapi vocal gua xbagus lagi...
sempat ke?
xperlah
gua study la dlu lah vee...
hahaha

besi said...

vee...cuba la...mana tau kot2 vee leh jadi
host...tv

♥ Juliana Violet ♥ said...

LOL,
Thanks darl... =)

Hans,
alaa... cuba je lah... =) err... tp study lagi kan? hmm...

besi,
tak boleh lah... Vee nie cakap kdg2 pelat and english tak bagus tp memang teringin sgt nak jadi pengacara tau...

Dearie Pearls said...

..LOL lagilah tak leh coz kepekatan Sabahan di tahap yang maxima. Lagipun, memang xde bakat dalam pengacaraan. Gua pemalu tak hengat dunia. Huhu..

speckurosaklagi said...

try dulu...mana tau ada rezeki..
chaiyokk...