Thursday, January 28, 2010

Musim sakit & Musim Harijadi

Assalamu'alaikum & Happy Thursday semua...
Semua ada sihat? Sihat kalu, kasi angguk itu kepala. =)
Tapi rasanya, ramai yang tak sihat this week. Sorang kawan blog kite yang sweet, cik LotoflovePearls - rasanya still tak sembuh sepenuhnya. Even mak Vee pun sms Vee semalam cakap die tak sihat. Tapi waktu tu Vee dah tertidur, Vee reply sms dia pagi ni.

Mak : Lepas ajar mengaji tiba2 rasa pening, ayah bawa pi klinik. Sehari kena rehat, sms pun mak tak sempat balas. Mata tak boleh celik rasa kepala pusing tu sampai muntah2. Watpa tu? Selamat malam. I love you.
Vee : Anna dah tido semalam mak. Sorry baru reply. Doktor cakap ape mak?
Mak : Mungkin tak cukup tido ngan tak cukup rehat. Ni ok dah, cuma letih ja.
Vee : Musim sakit ni mak. Minum banyak air tau. Rehat tau hari ni. Jangan makan bukan2.
Mak : Ok sayang. Hang pun sama. (bukan hang tuah atau hang jebat tau, hang bahasa penang)

Vee : Ntah2 nak dapat adik lagi ni. Hehehe...
Mak : Hai... nak adik lagi ko??? mampuih la den... terima kasih... mak nak masak sat...

Vee : Hehe.. Tak nak. Tak nak orang ambil takhta anak bongsu. (walhal Vee bukan anak bongsu - sampai sekarang bergaduh dengan adik bongsu Vee, Vee nak mak dgn ayah panggil Vee anak bongsu) Ok, Anna pun nak wat keje ni. Curi2 sms. Jarang guna hp time keje. Dadaaa.. I lap you. Assalamualaikum...


Sorang officemate Vee yang duduk depan Vee pun semalam mengadu bibr die dah mengelupas and rasa badan panas, tengok2 hari ni dah MC (bosan takde orang nak berbual waktu kerja... hihihi)

Musim tak menentu sekarang, kejap hujan - kejap panas. You all semua minum air banyak okay? Yang kerja dalam office tu, sediakan sweater/pashmina - takut sejuk. Pagi2 tu kalau boleh, minum orange juice or any juice yang boleh bekalkan vitamin C. Jaga makan and rest lepas penat bekerja/belajar/beriadah seharian tu penting okay? =)

Tutup cerita musim sakit - kita cerita pasal kawan2 yang menyambut ulangtahun kelahiran masing2. Siapa yang harijadinya jatuh pada Januari? Angkat tangan! Happy Birtday to you!!! (^.^)

Semalam salah seorang kawan Vee dari team Miss Soccer ajak Vee keluar celeb birthday salah sorang Miss Soccer 2010 - tapi Vee letih sangat. Sorry Anis. Waktu tu dalam 9 lebih, lepas je berbual dengan die - Vee terus 'collapse' and bangun lewat. Kelam kabut mandi and siapkan breakfast untuk buah hati Vee.

Untuk Dina, Happy Birthday Sweetie. i wish all your dreams will come true and you'll stay happy life long. Stay sweet & pretty... :)



Oh yeah, bagi Vee Dina ni sangat cantik, talented dalam modelling, ada pakej yang lengkap (rupa cantik, senyuman menawan, body figure yang lawa & tinggi) ... =) For those yang nak vote Dina boleh type BOLA VOTE MS DINA pastu sms ke 32886... :)




Miss Soccer Ann (sila rujuk gambar di atas...hihihi) ... Birthday Ann pula Ahad ni, 31st Jan... Ann - nanti Vee wish... hihihi...

Untuk Bro John... http://sarshiverson.blogspot.com... Happy birthday jugak! =)) May all your wish come true and happy2 selalu kay! :)

God gave a gift to the world when you were born—
a person who loves, who cares,
who sees a person’s need and fills it,
who encourages and lifts people up,
who spends energy on others
rather than herself,
someone who touches each life she enters,
and makes a difference in the world,
because ripples of kindness flow outward
as each person you have touched, touches others.
Your birthday deserves to be a national holiday,
because you are a special treasure
for all that you’ve done.
May the love you have shown to others
return to you, multiplied.
I wish you the happiest of birthdays,
and many, many more,
so that others have time to appreciate you.
=)

By Joanna Fuchs


Tata for now!
Mmmuaaackkss!!!

Love,
Vee Violet

Friday, January 22, 2010

WiFe'S DiaRY vS hUSbAnD's DiAry

WIFE's DIARY
Sunday night - I thought he was acting weird. We had made plans to meet at a cafe to have some coffee. I was shopping with my friends all day long, so I thought he was upset at the fact that I was a bit late, but he made no comment.
Conversation wasn't flowing so I suggested that we go somewhere quiet so we could talk, he agreed but his mind was far away. I asked him what was wrong
- he said, "Nothing." I asked him if it was my fault that he was upset. He said it had nothing to do with me and not to worry.
On the way home I told him that I loved him, he simply smiled and kept driving. I can't explain his behavior; I don't know why he didn't say, "I love u, too."
When we got home I felt as if I had lost him, as if he wanted nothing to do with me anymore. He just sat there and watched TV; he seemed distant and absent.
Finally I decided to go to bed. About 10 minutes later he came to bed. I decided that I could not take it anymore, so I decided to confront him with the situation but he had fallen asleep. I started crying and cried until I too fell asleep. I don't know what to do. I'm almost sure that his thoughts are with someone else (another woman). My life is a disaster.



VERSUS


HUSBAND's DIARY
Today Manchester United lost again !!!

Thursday, January 21, 2010

All You Need Is Love

"Gud nite k Anna. Luv u"

……simple but sweet & nice for me. Semalam Vee dapat sms dari adik perempuan Vee dari kampung. Kitorang selalu sms sebelum ni tapi hampir sebulan dah tak ber'sms' rasanya. Tuhan tu Maha Pengasih (Ar-Rahim) dan Maha Menyaksikan (Asy-Syahid) … Dia berikan kasih sayang kepada hamba-nya yang merasa pada itu merasa sunyi dan kekurangan kasih sayang dengan cara yang kita tak terdetik dan terjangka.

Sms dari adik Vee - walaupun simple tapi buat hati Vee tiba-tiba rasa happy and penuh dengan kasih sayang.


Pagi-pagi tadi pun seorang gadis manis yang penuh dengan kasih sayang - siapa lagi kalau bukan LotsofLove-Pearls sms Vee,
"Mornin Sweetie.. Hw r u doin 2day? Hope ceria2 k. Take care tau"

…..rasa dihargai….bila ada seseorang terfikirkan kita tak lama selepas bangun dari tidur dan ambil berat tentang kita… Vee suka perasaan tu. Thanks LotsofLove-Pearls. Dan sms dari adik Vee yang cantik dan sweet sebelum Vee tidur dengan lena.


This pic, was taken last Dec '07 sewaktu Vee tinggal di Langkawi. Vee sengaja berpindah ke Langkawi dari Penang untuk 'melupakan' sesuatu di Penang dan hidup sendiri di Langkawi. Vee ingat lagi sepanjang 3 bulan Vee tinggal di Langkawi Vee jalani hidup dengan happy sangat. Setiap pagi, pelancong2 asing akan tersenyum lebar sapa Vee, kanak2 tak kira bangsa dan negara apa akan duduk berbual dengan Vee… Termasuklah Hisham, budak lelaki dalam gambar nie. Hisham dari Arab and ada seorang kakak dan adik perempuan bernama Juana. Hmmm… kalau Vee nak ceritakan semua kenangan dekat Langkawi banyak sangat. Kadang2 teringat kenangan dekat sana - waktu tu Vee ingatkan sunyi tanpa 'cinta' dari seorang kekasih tapi Vee silap. Macam Vee cakap - Tuhan itu Maha Pengasih (Ar-Rahim) dan Maha Menyaksikan (Asy-Syahid). Setiap pagi ada satu pasangan suami isteri dari Australia, setiap kali nampak Vee akan cakap "Good morning Little Sunshine!" … Sweet kan? Selain dari tu ada lagi satu pasangan suami isteri dari oversea jugak yang takde anak, peluk dan cium Vee sebelum tinggalkan Langkawi. Sangat menyentuh perasaan bila both of them cakap diorang sayangkan Vee dan menangis sebab nak tinggalkan Vee… Banyak kenangan. Ada yang pasangan yang berumur dalam 60/70 tahun beri nasihat pada Vee, berbual tentang kisah cinta/hidup dorang… *Vee akui Vee sukakan cara sesetengah Mat Salleh yang romantik dengan pasangan walaupun dah tua* .
Pada waktu Vee rasa takut tiada kasih sayang, Tuhan limpah ruahkan kasih sayang pada Vee. Dan yang paling surprisekan Vee, this one guy - Gaz (bukan nama penuh) dari England - tak sempat jumpa Vee sebelum die berangkat, die tinggalkan subang untuk Vee dalam sampul surat dan minta seorang pekerja hotel berikan pada Vee. Tuoching sangat sebab dia tahu Vee sukakan earing and die belikan untuk Vee sebagai tanda kenangan. And Juana - sangat comel, Vee masih simpan video Vee dengan die. Hmm…. Betullah quote yang Vee letakkan sebagai header Vee,
"make good memories today, so in the future you'll have a good past"
~Brad Penick~

Selepas 3 bulan Vee tinggal di Langkawi, Vee berpindah ke KL sampai sekarang … Mencipta kenangan baru… :)

Guys, pernah dengar lagu "All You Need Is Love" nyanyian The Beatles? Vee nak dedicate lagu tu untuk semua.
All You Need Is Love! (^_^)



Love, love, love, love, love, love, love, love, love.
There's nothing you can do that can't be done.
Nothing you can sing that can't be sung.
Nothing you can say but you can learn how to play the game
It's easy.
There's nothing you can make that can't be made.
No one you can save that can't be saved.
Nothing you can do but you can learn how to be you
in time - It's easy.

All you need is love, all you need is love,
All you need is love, love, love is all you need.
Love, love, love, love, love, love, love, love, love.
All you need is love, all you need is love,
All you need is love, love, love is all you need.
There's nothing you can know that isn't known.
Nothing you can see that isn't shown.
Nowhere you can be that isn't where you're meant to be.
It's easy.
All you need is love, all you need is love,
All you need is love, love, love is all you need.
All you need is love (all together now)
All you need is love (everybody)
All you need is love, love, love is all you need.

Wednesday, January 20, 2010

The return makes one love the farewell...

Farewell... Selamat tinggal... Friendship...

Todays gonna be a sad day for me and a few of my colleages. Why? Hari terakhir kawan Vee yang sangat sweet, comel, talented dalam bidang make up, kind.... errr.... byk lagi nak list downkan nie... =) And yeah, she's not perfect just like the other human being and Vee sendiri... But she's almost perfect for me as a good friend. Good good friend yang selalu support and beri semangat pada Vee. And she's the one yang kenalkan dunia blog nie pada Vee. Dia orang pertama yang dorong Vee untuk tulis cerpen, dia orang yang selalu puji Vee, dia orang yang selalu beri kritikan yang membina pada Vee. She always be there for me everytime I need a friend to talk with. Dia seorang yang sangat straight forward. It might be one of the reason why Vee boleh 'ngam' dengan dia. Yes, Vee lebih selesa dengan orang yang straight forward compare terlalu nak jaga hati/depan mulut manis tapi belakang cakap bukan2 pasal Vee.

Siapakah "dia"?
BestFreeDesign.Com border=

Some of you might know her. Raja Feena @ Beauty Touch. www.beautytouch66.blogspot.com.

Kami bekerja di bawah satu bumbung yang sama tapi berlainan floor. Vee tingkat 9 dan dia tingkat 1. Selepas masing2 menjadi pekerja syarikat yang sama hampir setahun, pada 10th Oct barulah kami mula berbual buat pertama kali di dalam bas semasa dalam perjalanan ke Pangkor - company trip.

Sejak dari tu, Vee dengan Feena mula rapat. Berbalas email, makan sama2, lepak sama2, berbual mengenai minat masing2, fashion, make up, kerjaya, kecantikan, masa depan... semuanya menjadi topik perbualan Vee dengan Feena seharian sehinggalah ke hari ni.

Kalau Vee nak ceritakan kesemuanya tentang Feena and friendship Vee dengan dia, memang takkan habis. :) Sebab walaupun singkat perkenalan Vee dengan Feena, banyak benda yang kitorang dah share sama2. :)

To Feena, Vee akan selalu doakan Feena success... Vee yakin Feena salah seorang antara make-up artis yang paling terbaik di Malaysia. Feena sangat berbakat, I'm not telling you this sebab Feena kawan Vee or orang lain baca entry Vee tapi Vee cakap yang "bener-bener" aja. Hihihi...
BestFreeDesign.Com border=

Vee hargai sangat friendship kita, and you know that I will never nver ever betray Feena. Feena banyak support Vee and sedikit sebanyak dah banyak bantu Vee jadi better person, better woman... :)...
BestFreeDesign.Com border=

You know that I love you and you know that Im gonna miss you. You are leaving but Vee percaya kita akan berjumpa lagi dan akan terus berjumpa sampai masing2 berjaya. Vee yakin sangat darling...
A sunbeam to warm you,
A moonbeam to charm you,
A sheltering angel, so nothing can harm you.
~Irish Blessing~


Forgive for all my wrongdoing before... Vee hope sangat sebab Im just a human being, mungkin ada tersalah kelakuan dan tersalah kata pada Feena sebelum ni.
BestFreeDesign.Com border=

Thanks for everything darling... :)
May the sun shine, all day long,
everything go right, and nothing wrong.
May those you love bring love back to you,
and may all the wishes you wish come true!
~Irish Blessing~


And Feena, Vee akan cari Feena one fine day - untuk 'sesuatu'... 'Something' to reach our goals, desire & dreams...

Love you babe!
And I'm gonna miss you!!!
BestFreeDesign.Com border=






With Love,
Vee Violet

Tuesday, January 19, 2010

Apakah mood anda pagi ini? Part 2

Ok - kesinambungan pada entry Vee "apakah mood anda pada pagi ini"…

Pernah tak korang rasa fikiran macam melayang-layang seketika?
BestFreeDesign.Com border=

Pernah tak korang bangun pagi2, korang terfikir sesuatu yang korang taknak fikir and nak lupakan tapi korang terfikir jugak. Reaksi spontan korang masa tu, berguling2 atas tilam sambil cakap, "tak nak fikir! Tak nak fikir!".
BestFreeDesign.Com border=

Pernah tak korang rasa macam taknak fikir sesuatu sampaikan pada awalnya you all ke pantry office untuk minum tapi tanpa sedar korang tolong tukang bancuh air tu basuhkan cawan2 kotor yang ada dalam sinki, korang ke machine shredder untuk shred kertas/document tapi tanpa sedar korang membersihkan tempat tue sampai bersih sebersihnya sebab terfikirkan sesuatu dan sebab taknak fikirkan benda tu, korang sesaje je sibukkan diri.
BestFreeDesign.Com border=

Pernah tak korang nak menulis cerpen tapi idea tu samar2 dan rasa macam kebolehan tu dah hilang - then rasa macam frust?
BestFreeDesign.Com border=

Pernah tak korang tiba-tiba rasa kecewa dengan banyak benda dan rasa macam dunia ni dah nak berakhir?
BestFreeDesign.Com border=

BestFreeDesign.Com border=

Anyway…. Maybe semalam Vee macam tue tapi hari nie….

It's a new day! It's a new life!
BestFreeDesign.Com border=

Vee bangun awal hari nie, panaskan bubur kacang yang Vee masak untuk 'buah hati Vee lewat malam semalam - bungkuskan untuk die and 3 orang kawan office Vee yang lain, mandi, make up, ber'wangi-wangi'an…
BestFreeDesign.Com border=
BestFreeDesign.Com border=

Sampai office awal, tak macam selalu kelam kabut,
BestFreeDesign.Com border=

Atas meja Vee ada satu notes dari seorang kawan Vee yang baca kesemua cerpen2 Vee,
"Thanks! Variasikan watak, overall 4 stars/5 stars"
*Happy*
BestFreeDesign.Com border=

Kasi bubur dekat officemate Vee and si dia… Rasa lega sebab fikiran Vee tak macam semalam lagi. Bercelaru, semak, serabut, rimas…. And then dapat call dari officemate Vee yang sweet (Vee tahu dia baca blog Vee… ^_^ ) … Die cakap bubur Vee sedap… *terharu*
BestFreeDesign.Com border=

Vee start buat keje… and hari nie - Vee tak lagi buat2 busy sebab memang busy… =p` … And hari ni ke pantry nak bancuh air, tea lady tengah cuci cawan kotor dekat sinki so - Vee tak lagi tanpa sedar cuci cawan2 tu… Ke machine shredder - bersih….
BestFreeDesign.Com border=

And I've learned something in my life today…
Vee selalu dengar and cakap pada orang lain,
"Love yourself more than you love others" - today I did it. Vee sayangkan diri Vee. Vee happy kalau dapat happykan orang Vee sayang - so Vee masak untuk buah hati Vee and kawan Vee. Bila kawan Vee happy and call Vee, hati Vee berbunga2… =)
Vee pernah cakap pada diri sendiri jugak "kalau nak orang lain bahagiakan kita, kita kena bahagiakan orang tu terlebih dahulu"…So macam mana nak kaitkan dua 'falsafah hidup Vee" yang berbeza ni?

"Love yourself more than you love others" dan "kalau nak orang lain bahagiakan kita, kita kena bahagiakan orang tu terlebih dahulu"?
Animated Pictures

Sedar ataupun tidak, Vee dah aplikasikan kedua2 falsafah tu dalam hidup Vee hari ni dan pagi Vee bermula dengan penuh ceria dan senang hati… =)
BestFreeDesign.Com border=
BestFreeDesign.Com border=
BestFreeDesign.Com border=

And yeah, kritikan... Semua orang perlukan kritikan dalam hidup. Jangan harapkan pujian je - sebab kdg2 tak semestinya pujian tu ikhlas. Kadang2 terlalu banyak pujian boleh cepat 'jatuh'kan kita, buat kita susah maju ke hadapan. Kena belajar terima pandangan or kritikan orang lain ok... =)
“If you have no critics you'll likely have no success.”
~Malcolm X~




My dearest readers,
Life is short, make good memories today, so in the future you'll have a good past… It's never too late to create a new memory. Never ever look back, step forward - move on with a new life, new memory…

“Love life and life will love you back. Love people and they will love you back.”
~Arthur Rubinstein~

BestFreeDesign.Com border=

P/S : I'm just a human being - takkan 100% cepat/dapat lupakan sesuatu but we have to move forward kan? :)

Apakah mood anda pagi ini?

Happy Tuesday!!! Mood Vee pagi2 nie...

BestFreeDesign.Com border=

... to be continue....

Monday, January 18, 2010

Entry Khas Untuk Ieda The Rainbow Princess

Assalamualaikum & Happy Monday!!!
Hari nie semua sihat tak? Kalau tak sihat mamam ubat tau. Kalau mengantuk sebab tak cukup tidur semalam, malam nie tidur awal okay? =)
Siapa yang takde kawan? Angkat tangan! =p` ... tipu kan kalau sesiapa yang baca blog Vee nie takde kawan. Vee banyak kawan2 maya - yang tak pernah berjumpa tapi berinteraksi macam kawan lama and kawan baik. Caring to each other.. You all semualah... =) Kawan2 blog Vee nie kebanyakkan caring termasuklah Ieda The rainbow Princess.... =) Cik Ieda kite nie sweet sangat, manis and sedap mata memandang. Ieda, sorry sangat2 tau sebab Vee lambat wish birthday Ieda, HAPPY BELATED BIRTHDAY IEDA!!! Vee busy sikit last week + actually setiap kali Vee buka blog Ieda, prob - tak boleh buka. Akan ada interuption... ='( Thats y Vee lama tak tinggal komen...
So, cik Ieda here you go - birthday wish yang simple, lewat but Vee rasa ini cara Vee nak express penghargaan pada Ieda yang selalu care and support Vee... =) Thanks Ieda and HAPPY BELATED BIRTHDAY... Mmmuacckss!!!! *hugs* ... And yeah... thanks to LOL yang sweet and caring jugak sebab melalui LOL jugaklah Vee boleh kenal Ieda... =)

Thursday, January 14, 2010

Pencarian TV3 Untuk ‘Top Host 2010’


Bidang pengacaraan adalah antara bidang yang paling mendapat perhatian masa kini. Saban tahun rakyat Malaysia menyaksikan bakat-bakat baru muncul di kaca televisyen menerusi program pelbagai genre. Kebolehan bertutur di hadapan kamera dan menyampaikan maklumat kepada penonton dilihat bukan sahaja menyeronokkan malah membuatkan seorang pengacara itu menjadi terkenal.

Namun disebalik keistimewaan itu, tugasnya jauh lebih mencabar, menuntut komitmen dan kesungguhan, selain keupayaan mencerap maklumat dengan baik, pantas dan berkesan. Demi memastikan media televisyen terus relevan dan berupaya menyaingi saluran media lain terutamanya internet, penyampai TV generasi baru haruslah memiliki kredibiliti yang tinggi.

Justeru, TV3 tampil mencari barisan pengacara generasi baru menerusi program ‘Top Host 2010’. Pencarian bermula dari 16 hingga 31 Januari.

‘Top Host 2010’ memberi peluang kepada warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 28 tahun yang fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, serta mempunyai perwatakan yang menarik. Sekiranya anda beraspirasi untuk menjadi pengacara berkaliber dan menjadi warga Sri Pentas, inilah kesempatan anda. Penyertaan boleh dibuat menerusi laman web TV3 atau kiriman pos.

Cara penyertaan:
1. Hantarkan resume anda bersama koleksi gambar terkini
2. Perkenalkan diri anda menerusi rakaman video (VCD atau DVD) selama 1 minit.
3. Lengkapkan sebuah esei ringkas tidak melebihi 150 patah perkataan.
“Saya adalah TOP HOST 2010 kerana ...”

Hantarkan penyertaan anda melalui kiriman pos ke alamat berikut:
Penerbit TOP HOST 2010
Primeworks Studios,
Sri Pentas, 3, Persiaran Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya, Selangor.

Pihak TV3 juga mengalu-alukan penyertaan secara online di www.tv3.com.my/tophost2010. Tarikh tutup bagi penyertaan ialah 31 Januari. Mereka yang layak akan dihubungi pihak penerbit.

Sumber dari : http://www.gua.com.my/Entertainment/Showbiz-Detail.aspx?ArticleID=4446
Posted by : Vee Violet

P/S : Vee memang teringin sangat nak jadi pengacara macam ni tapi english Vee teruk... =(

Wednesday, January 13, 2010

Mengapa Utara Tak Ditawan Portugis (Fakta sejarah)

Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini.....

1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera

1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana

Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15,000 askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

1512:
Setahun 2 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pengeluaran tebu untuk gula rantau ini...

Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. .


Seminggu selepas

Feb 1512: Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah…

Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)

Alfonso: selamat pagi

Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang

Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)

Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15,000 bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang..

Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya ; hang sihat, hang buat apa, hang apa habaq, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak pi mana, hang kat mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang dan macam macam lagi hang ada kat sana.....


Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri....... ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ…

Kuang kuang kuang.....

=) .... Happy Wednesday...

Vee agak busy and maybe tak sempat 'terjah' blog you all semua. Copy & paste je... =)

Monday, January 11, 2010

It is RED at Kenny Rogers ROASTERS on 13th Jan 2010!


Red is for love, joy and happiness that one should feel of one’s life. Red is for the blood that courses through our body and keeps us alive. Kenny Rogers ROASTERS launching of RED (ROASTERS Eating Day) will ignite the meaning of ‘red’. Advocating on healthy eating since day one, KRR understands the meaning of a healthy body that equals to a happy person.

KRR celebrate RED on 13 Jan 2010 - marking it a significant day by giving out a *complimentary Kenny’s Quarter Meal with purchase of a Kenny’s Quarter Meal for those who visit KRR restaurants with any element of the colour red (you could have red lipstick, red cap, red shirt or red head band). It will be a day that people can mark on their calendar to remind them to take the opportunity to eat healthy!

Come to Kenny Rogers ROASTERS restaurant nearest to you and enjoy this gift of health! Forward this message to as many friends as possible to show that you care for them!

Tanda-tanda Kiamat

Untuk renungan bersama.. (tiba-tiba terasa sesuatu di hati)

Tanda-tanda Kiamat menurut agama Islam merupakan suatu petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya Hari Kiamat. Bermula dengan tanda-tanda kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda besar.

Tanda-tanda besar
Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
Lahirnya Dajjal.
Keluar asap tebal.
Turunnya Nabi Isa a.s.
Kemunculan Imam Mahdi.
Matahari terbit dari ufuk barat.
Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
Diangkat al-Quran dan perkara-perkara yang baik
Runtuhnya Ka'abah
Terdengar tiupan sangkakala pertama.
Ada azan tak di jawab
3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat, dan yang ketiga di Semenanjung Arab.

Tanda-tanda kecil
Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.

Penaklukan Baitulmuqaddis “ Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari”

Zina bermaharajalela“ "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim ”

Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
Bermaharajalela alat muzik
“ Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah ”

Menghias masjid dan membanggakannya“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. ”

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik“ Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim ”

Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
Ramai orang soleh meninggal dunia“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad ”

Orang hina mendapat kedudukan terhormat“ Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani ”

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja“ "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad ”

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang“ Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." ”

Bulan sabit kelihatan besar
“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani ”

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita “ Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim ”

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar “ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad ”

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim ”

Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)“ Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari ”

Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda“ Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai ”

Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.

Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.

Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.

Orang akan melakukan homoseksual.

Akan terdapat ramai anak luar nikah.
- Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.)

Berkurangnya sifat amanah

Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)

Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya

Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya

Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid

Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik

Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya


“ Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi ”

Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan

Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...

Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)

Memandang rendah kepada darah


“ Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad ”

Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)

“ Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad ”

Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam

“ Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a. ”

Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan

“ Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah ”

Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
“ "Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari dan Muslim ”

Banyaknya berlaku gempa bumi

Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan

Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan


“ "Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari ”

Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba


Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat

“ Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy. ”

Happy Monday... =)

SPEED


EYE CONTACT


EXHAUSTED



DEPPRESSED



KEEP UP



DROP YOUR WEAPON



UNSUCCESFUL LANDING



UNDERCOVER 1



UNDERCOVER 2



UNDERCOVER 3


Thursday, January 7, 2010

Editing by Juliana a.k.a Vee Violet

Edited by Zul

Edited by Zul

Edited by Zul

Edited by Zul

Edited by Vee Violet

Edited by Vee Violet

Edited by Vee Violet

Edited by Vee Violet

Edited by Vee Violet

Edited by Vee Violet

Edited by Vee Violet

Edited by Vee Violet

Edited by Vee Violet

Edited by Vee Violet

My lovely friend yang make up kan Vee, Raja Feena. Bagi yang berminat untuk dapatkan perkhidmatan Raja Feena dan tengok hasil sentuhannya, sila2lah terjah ke blog 'beliau' www.beautytouch66.blogspot.com ... Mmmuaackss!!!! =)