Sunday, July 12, 2009

Cerpen - Rindu Itu Ada

DEDICATED TO LotOfLove - Pearl... ;)

************************************************************************************

Langit mula berubah warna menandakan senja hampir tiba. Bunyi ombak yang menghempas pantai, begitu indah di dengari. Erika memejamkan matanya menikmati bunyi ombak yang jarang sekali dapat dia mendengarinya. Angin laut menyapu lembut pipinya putih gebu. Bersih dari sebarang noda jerawat ataupun jeragat. Sejenak, matanya di buka. Matanya yang berwarna coklat gelap bersinar-sinar melihat keindahan alam. Warna langit sungguh cantik pada pandangan matanya. Erika tersenyum sendiri. Dia membetul-betulkan rambutnya yang ikal mayang, lembut dan panjang mengurai dan sekejap-sekejap mengerbang disapu angin laut.
Erika mengerling ke arah jam tangannya.
'Sekejapnya dah pukul 7' detik hatinya. Erika bingkas bangun untuk meninggalkan pantai yang terletak di Pulau Langkawi tersebut.
Hatinya tenang sekali. Benar-benar tenang setelah 2 hari bercuti, jauh meninggalkan suasana Kuala Lumpur di mana setiap hari dia terpaksa berdepan dengan kesesakan lalu lintas, jika mahu ke shopping complex pun seringkali sesak. Dulu, gemar juga dia berjalan-jalan mencuci mata di Petaling Street namun sekarang, setiap kali dia menjejak kaki ke Petaling Street, dia seolah-olah masuk ke negara asing. Terlalu banyak pendatang asing dari Indonesia, Bangladesh, Vietnam yang berada di situ tak kira siang malam.
Berada di Langkawi, bercuti selama 4 hari membuatkan Erika gembira dan tenang sekali.
Dalam perjalanan ke hotel yang Erika menginap, Holiday Villa, dia dapat melihat banyak 'mat salleh' yang turut bercuti. Ternyata mereka semua tidak lokek dengan senyuman. Pekerja-pekerja di situ juga ramah-ramah belaka dan murah dengan senyuman. Ketika melalui kawasan kolam renang yang terdapat di antara laut dan Holiday Villa, Erika dapat merasakan ada sepasang mata yang asyik memerhatikannya namun Erika langsung tidak menoleh.
'Mainan perasaan aku je ni' bisik hatinya dan dia cepat-cepat berjalan menuju ke biliknya.

*********************************************************************************
"Hello! Good evening" sapaan dari seorang gadis yang menjual barang kemas di bahagian lobi Holiday Villa membuatkan Erika yang kusyuk memerhatikan rantai dan gelang mutiara di dalam bekas kaca mendongak ke arah gadis tersebut. Erika tersenyum pada gadis yang ayu bertudung tersebut.
"Hello" jawab Erika ringkas.
"This is fresh water pearl. From Japan" tanpa di minta gadis bertudung tersebut menerangkan pada Erika. Niat Erika cuma mahu melihat-lihat namun gadis tersebut begitu ramah melayannya, Erika mula bertanya tentang mutiara yang di perhatikannya. Tambahan pula, dia memang amat meminati mutiara.
"Oh, ye ke. Cantik! Boleh saya tengok tak?" Erika mula menunjukkan minatnya pada gadis bertudung tersebut. Dan dia lebih gemar berbahasa melayu dengan bangsanya sendiri.
"Boleh, nak cuba pun boleh. Tak kena bayar pun" jurujual tersebut berseloroh dan membuatkan Erika tergelak kecil. Seutas rantai mutiara putih yang berdiameter lebih kurang 4mm di keluarkan dan bertukar tangan. Erika meletakkan rantai tersebut ke leher nya dan melihat ke arah cermin. Matanya bersinar-sinar melihat dirinya.
'Cantik!' bisik hatinya.
"Cantik" puji gadis bertudung tersebut seolah-olah mengulangi kata-kata Erika. Erika masih tersenyum dan matanya mengerling ke arah tanda harga rantai mutiara tersebut. Matanya hampir terbeliak melihat harganya mencecah RM 2,888. Gadis bertudung tersebut seolah-olah memahami bersuara menerangkan tentang mutiara tersebut,
"Mutiara ni asli, fresh water pearl dari Jepun. Cik boleh tengok bentuknya, hampir bulat. Bagi mutiara asli yang bentuknya hampir bulat, agak mahal di sebabkan mengambil tempoh yang lama untuk terbentuk begitu." terangnya panjang lebar. Erika mengangguk-angguk kecil.
'Menarik!'
"Lagi satu, kalau mutiara yang berkilat, harganya pun lebih mahal daripada mutiara yang nampak kusam. Tapi harga fresh water pearl ni, harganya jauh lebih murah dari South Sea Pearl. Kalau South Sea Pearl, harga rantai ni boleh jadi mencecah RM 10,000atau lebih daripada tu." penjelasan dari gadis bertudung tersebut membuatkan Erika tidak menyedari dia mengangguk-anggukkan kepalanya berulang-ulang kali. Lama dia berfikir, dia bersuara
"Interesting. Tapi adik, I actually nak tengok-tengok je. I pun ada dekat sini lagi 2 hari. Nanti-nanti I datang lagi ye" Erika rasa bersalah apabila dia telah membuang masa gadis tersebut. Namun gadis tersenyum yang tidak lokek dengan senyuman memberikan jawapan yang positif.
"Takpe, tengok tak semestinya kena beli kan? At least cik dah tahu something pasal mutiara kan? Nanti kalau berminat datang lah, hari ni dan esok saya bekerja dari pukul 9 pagi sampai pukul 9 malam" Erika mula selesa dengan gadis tersebut. Dikerling ke arah papan tanda kedai tersebut - Enchanted Jewellery.
"Ok. That's very sweet of you. Ape name you ye?"
"Sue. Suriati" gadis tersebut masih tersenyum.
"Cik pula?"
"I Erika. Erika Natasha. You can call me Eka"

*********************************************************************************
"Alright ladies and gentleman, tonight - we have a request from Mr Johann Azmin...."Erika yang sedang berdiri berbual dengan Sue menoleh ke arah pentas yang berhadapan dengan Enchanted Jewellery.
"....And the song is dedicated to Miss Erika Natasha, Strangers In the Night!" air muka Erika berubah setelah mendengar namanya di sebut dan jari di tunding ke arahnya.
"Waaah... Dah ada peminat dalam diam. Ini baru 3 hari ade dekat sini" Sue sempat mengusiknya. Namun suaranya timbul tenggelam dengan tepukan dan nyanyian dari wanita melayu berkulit gelap yang mendendangkan lagu Strangers In the Night nyanyian asal Frank Sinatra.

Strangers in the night exchanging glances
Wond'ring in the night
What were the chances we'd be sharing love
Before the night was through.

Something in your eyes was so inviting,
Something in your smile was so exciting,
Something in my heart,
Told me I must have you.

Strangers in the night, two lonely people
We were strangers in the night
Up to the moment
When we said our first hello.
Little did we know
Love was just a glance away,
A warm embracing dance away and -

Ever since that night we've been together.
Lovers at first sight, in love forever.
It turned out so right,
For strangers in the night

Kepala Erika berpusing ke kiri kanan mencari-cari siapakah gerangan yang menujukan lagu tersebut kepadanya.
"Johann Azmin" nama itu di sebut sambil fikirannya berfikir-fikir samada dia mengenali lelaki tersebut ataupun tidak. Erika jadi serba tak kena.
"Sue, Eka nak jalan-jalan dekat pantai kejap ye. Jumpa you esok ye" Erika meminta diri dan berlalu pergi.
Jam menunjukkan 8.30 malam. Namun ketika melalui kawasan kolam renang Holiday Villa tersebut, Erika dapat melihat ramai yang memenuhi kolam renang tersebut.
"Tak sejuk ke korang ni" Erika membebel dan tersenyum sendiri.
Sampai sahaja ke tepian pantai, Erika melabuhkan punggungnya ke atas pasir yang agak halus bila di pegang. Angin laut meniup lembut. Erika tersenyum sendiri. Lagu 'Stangers In the Night' terngiang-ngiang di telinganya.
"Johann Azmin" bibirnya lembut menyebut nama tersebut.
"Sedang terfikirkan saya ke?" teguran dari seorang lelaki membuatkan Erika terkejut besar. Dia menoleh ke belakang. Wajahnya kelihatan agak terkejut dan takut melihat lelaki tersebut.
"Saya... kenal awak ke?" soal Erika teragak-agak. Pantas lelaki tersebut menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Then?"
"Then sekarang kita berkenalanlah" ujar lelaki tersebut dan tersenyum manis pada Erika menampakkan lesung pipit di belah kanan pipinya.
'Sweet! Charming!' detik hati Erika.
"Awak tak sudi jemput saya duduk ke?" Erika termanggu sendiri.
'Tak malu!'
"Kalau tak sudi, takpelah. Saya pergi dulu. Goodnight!" lelaki tersebut melangkah pergi.
"Wait!! " Erika memanggil nama Johann apabila lelaki tersebut 3 langkah pergi meninggalkannya.
"Goodnight!" Johann berpaling ke arahnya dan tersenyum lalu melangkah pergi.
"Something in your eyes was so inviting....
Something in your smile was so exciting....
Something in my heart - told me I must have you.... 'Johann menyanyi-nyanyi kecil namun dapat di dengari Erika.
Erika tergelak kecil.
'Sweet! Tak tidur lena aku malam ni' hati Erika rasa berbunga-bunga.

*********************************************************************************
"Sue, berat hati la nak tinggal Langkawi ni. Sekejap je hari ni dah kena balik KL.."
"Kalau sayang sangat nak tinggalkan Langkawi, ganti Sue keje sini then biar Sue yang pergi KL ganti keje Eka. Nak macam tu?" Sue gemar mengusiknya. Gadis itu baru 2 hari di kenalinya namun, dia terasa akrab berbual dengan Sue. Eka cuma tersenyum.
"Sayang nak tinggalkan Langkawi ke sayang nak tinggallkan 'Strangers In The Nights'?" usikan Sue kali ni membuatkan wajah Erika merona merah.
"Ish! Mane ade! Eka pun tak kenal sape die tu. Eka cuma tahu nama die je. Die penduduk sini or sekadar bercuti je dekat sini pun Eka tak tau." Erika tertunduk. Segan agaknya.
"Eka bertolak pukul berapa?" soal Sue mengubah topik. Erika lega.
"Ni dah pukul 11.00 ni. Kejap lagi nak ambil beg dalam bilik then check-out la. Eka dah call taxi tadi minta ambil Eka pukul 12 pm. Flight Eka pukul 1.30 petang." Erika makin rasa berat hati ingin meninggalkan Langkawi dan kawan barunya itu.
"Sue nak sampaikan hadiah daripada someone ni" Sue membuka drawer kaunternya. Erika cuma memerhatikan dengan hairan.
'Siapalah yang bermurah hati sangat nak hadiahkan aku something ni?'
"Nah! Sue yakin Eka mesti suka. Bukalah" Sue tersenyum manis padanya saat tangannya menghulurkan satu kotak besar berwarna merah hati. Erika rasa gemuruh. Tangannya berhati-hati membuka kotak beriben tersebut.
Kelihatan satu nota di dalam kotak tersebut. Mata Erika membulat apabila kertas tersebut di angkat. Satu set mutiara di dalamnya. Lengkap dengan rantai, subang, gelang dan cincin.
"Sue! Siapa kasi ni? Mahal lah Sue! Eka tak boleh accept hadiah mahal macam ni Sue!" hampir menjerit Erika di buatnya. Sue tidak menjawab apa-apa cuma bibirnya di juihkan pada kertas yang di pegang Erika. Cepat-cepat Erika membacanya.
Mata Erika tertancap pada tiap-tiap bait tulisan di atas cebisan kertas tersebut dan membacanya perlahan,
"Dari hari pertama awak berada di sini saya perhatikan awak Erika Natasha / Eka. Awak nampak cantik bila rantai mutiara tu terletak di leher awak. Terimalah pemberian saya yang tak seberapa ni dengan ikhlas, seikhlas hati saya yang memberi - with love, Johann Azmin / Joe
johann.azmin@yahoo,com / 0126896742"
Jantung Erika berdegup kencang!

*********************************************************************************
Erika memasukkan baju-baju kotornya ketika bercuti ke Langkawi ke dalam mesin basuh automaticnya sambil bernyanyi kecil. Sengaja dia mengambil cuti pada hari Jumaat juga. Risau penat dan malas ke pejabat. 5 minit kemudian Erika melangkah ke ruang tamu dan menyambung menonton cerita korea kegemarannya, "My Girl".
Ketika sedang asyik menonton drama ber episod tersebut, fikiran Erika terfikirkan Johann. Dia akui jejaka tersebut amat menarik hati. Berkulit cerah, tinggi lampai, manis berlesung pipit, bersahaja, suaranya juga merdu ketika menyanyikan lagu 'Strangers In the Night di tepi pantai malam tersebut. Namun, tidak mungkin bagi Erika untuk jatuh hati pada seorang lelaki yang cuma baru sekali di temui nya. Dan tidak mungkin baginya untuk jatuh hati pada Johann semata-mata Johann menghadiahkannya satu set mutiara yang mahal. Di akui, memang dia benar-benar gembira dan terharu menerima hadiah tersebut namun, ianya terlalu mahal baginya. Erika berfikir mahu menghubungi Johann namun, di atas niat mahu memulangkan kembali hadiah tersebut. Tapi Erika teragak-agak mahu menghubungi Johann. Tidak tahu bagaimana mahu memulakannya.
Erika terus berkhayal sampai tanpa di sedarinya, dia tertidur sampai ke lewat petang. Penat bercuti masih belum habis agaknya.

*********************************************************************************
Jari jemari Johann laju menaip-naip sesuatu. Rakan serumahnya cuma menggeleng-gelengkan kepala melihat gelagat Johann sebelum bersuara.
"Joe, aku tengok kau ni sejak balik dari Langkawi, langsung tak nak berenggang dengan laptop and handphone kau. Ape kau ingat dalam rumah ni ada pencuri ke"
Johann tersentak. Dia memusingkan badannya menghadap Hafiz.
"Jangan lah cakap gitu Fiz. Aku sebenarnya tunggu email atau call dari someone ni" Johann berterus-terang pada Hafiz.
"Waahh... Akhirnya kawan aku sorang ni. Terbuka jugak pintu hati kau nak bercinta ye. Amin" Hafiz sengaja melurutkan tapak tangannya ke wajah. Tak di sangka akhirnya Johann yang di kenali sejak dia menyewa di rumah Johann setahun yang lalu itu, terbuka hati pada seorang wanita.
"Hahaha... Apelah engkau ni. Ntahlah Fiz. Aku rasa dia ni lain dari perempuan lain yang aku pernah jumpa. Ada sesuatu yang buat aku tertarik nak mengenali die. Senyuman die, kelembutan die, keayuan die. Aku suka tengok masa die ketawa. Mata die bersinar-sinar beb"
Hafiz tergelak besar.
'Memang sah kau dah angau Joe! Good luck! Aku nak masuk tido dulu. Night!"
Johann cuma tersenyum dan jari nya terus menaip-naip sesuatu.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Google search ----> Erika Natasha *click*

1result

.......Erika Natasha.....Subang Jaya.....add me pearl_erika@yahoo.com....myspace..
www.myspace.com/erikanatasha/profile

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Yes!!!!"

*********************************************************************************
"Hai cik Erika. Lama bercuti. Mana inai di jari?" sebaik sahaja Erika melangkah masuk ke pejabat Kak Ita sudah mula mengusiknya.
"Haaiii.. Kak Ita ni. Pantang nampak muka Eka, mesti nak usik. Inai takde, coklat adalah" Erika menghulurkan satu plastik beg yang berisi pelbagai coklat di dalamnya. Dengan girang Kak Ita yang sudah di kenali nya hampir 3 tahun itu menyambutnya.
"Terima kasih banyak-banyak lah Eka. Ni yang buat akak bertambah sayang dekat Eka ni" Kak Ita memeluk-meluk plastik coklat pemberian Erika. Erika tergelak kecil. Lagi di layan lagi menjadi Kak Ita tu nanti.
Selesai membahagikan coklat dan cenderahati pada rakan-rakan sepejabatnya, Erika mula menghadap komputer pejabatnya. Perkara pertama yang Erika lakukan, email syarikatnya di buka. Erika menjangkakan banyak email yang masuk dan jangkaan nya tepat sekali. Selesai selepas itu, Erika memeriksa email dari akaun 'yahoo' nya pula. Agak banyak dan Erika termanggu di depan komputer apabila nama 'Johann Azmin' muncul di skrin komputernya.
Di buka email tersebut untuk membaca isi kandungannya.

-------------------------------------------------------------------------------------

Dear Eka,

3 hari saya tertunggu-tunggu panggilan/email dari awak namun hampa. Puas saya cari jalan untuk menghubungi awak dan akhirnya saya berjaya. Lepas juga rindu saya nak menatap wajah manis awak dengan lihat foto-foto awak di My Space.
Saya tunggu balasan email dari awak. Dan berharap satu hari nanti dapat melihat awak memakai mutiara yang saya hadiahkan pada awak di Langkawi.

With Love,
Joe.

-------------------------------------------------------------------------------------


Erika terdiam di situ.

*********************************************************************************
"Erika, saya ikhlas hadiahkan awak mutiara tu. Saya hope awak tak hampakan saya. Tak perlulah pulangkan mutiara tersebut. Kalau awak pulangkan mutiara tu sekalipun, saya tak tahu nak hadiahkan pada siapa. Mama saya dah lama meniggal sejak saya berusia 9 tahun lagi-"
Erika tersentak.
"Im sorry to hear that"
"Setiap orang akan 'kembali' ke tempat asal kan/ Lagipun arwah mama meniggal masa saya kecil so, saya dah biasa. Cuma kadang-kadang je rindu" Erika terdiam.
"So, the point is... Awak terima je mutiara tu. Kalau awak pulangkan pada saya balik sekalipun, saya tak tahu nak berikan pada siapa. Saya anak tunggal, takkan awak nak saya pakaikan pada daddy saya kot? Or awak nak saya yang pakai mutiara tu?" Johann sempat bergurau. Erika tertawa kecil.
"Awak ni. Hmmm... Ok, saya terima present tu. Thanks a lot Joe" pernyataan dari Erika membuatkan Johann tersenyum lebar.
"And I want you to know that, Im not that type of a guy yang simply boleh hadiahkan any woman hadiah begitu walaupun saya mampu. Hanya gadis yang berjaya membuatkan hati saya terpaut pada die je yang saya akan buat begini. I guess you get what I mean Eka" Erika tergamam seketika. Johann menantikan balasan daripada Erika namun Erika masih terdiam seribu bahasa.
"Saya tak paksa awak, saya cuma cakap apa yang saya rasa. Saya tak nak tipu diri sendiri. Kali pertama saya tengok awak, saya dapat rasakan jantung saya berdegup kencang. Lepas tu, saya perhatikan awak semasa awak dudk di tepi laut. Saya tekad mahu dapatkan awak pada waktu tu namun, yang pasti saya takkan paksa awak" Erika berterusan tergagam. Johann tiba-tiba menjadi risau. Risau Erika terus menolak nya apabila dia terlalu terburu-buru meluahkan perasaan cntanya. Diteruskan kata-katanya,
"Eka, saya rasa awak masih single sebab status awak di My Space - single. Saya tak paksa awak, tapi saya sanggup menunggu awak. Buat masa ni kita berkawanlah dahulu. Sampai satu masa, awak rasa nak teruskan hubungan kita sebagai kawan, awak berterus-terang lah. Tapi, jika awak rasa awak dapat menerima saya sebagai pelengkap hidup awak...." kata-kata Johann terhenti.
"Ye Johann?" Erika tiba-tia bersuara. Johann tersenyum di hujung talian. Akhirnya mendengar Erika bersuara.
"Jika awak rasa awak dapat menerima saya sebagai pelengkap hidup awak, awak keluar dengan saya dengan memakai satu set lengkap mutiara yang saya hadiahkan pada awak tu" yakin Johann menetapkan 'janji'.
Erika menelan air liurnya.

*********************************************************************************
"Hello Sue!" ceria suara Erika menelefon Sue.
"Hello! Hai, lama tak dengar khabar. Sihat ke?"
"Sihat je.Sue, rindunye dekat Sue. Dah 3 bulan tak jumpa" Erika merengek manja pada Sue dan membuatkan Sue tergelak kecil.
"Ingatkan dah lupa pada Sue sejak ada abang 'stranger' tu" usik Sue.
'Sue ni kalau tak usik Eka memang tak sah tau!" Eka mencebik. Telefon bimbitnya berdering.
"Sue, Eka ada call in ni. Nanti Eka call balik ye. Miss you. Bye!"
"Same here. Bye"
Talian terputus. Cepat-cepat Erika menjawabpanggilan dari nombor yang tidak di kenalinya itu.
"Hello"
"Hello Eka" berkumandang suara Johann.
'Laaa.. Awak ke. Ingatkan siapa tadi. Awak call dari mane ni?"
"Dari rumah kawan saya. Saya tertinggal handphone saya dekat rumah tadi, saya rindukan awak, so call lah awak" jawab Johann jujur.
"Iyelah tu. Joe, malam ni awak free tak?"
"Free Eka. Kenapa Eka?" soal Johann kehairanan. Tak pernah Eka menanyakan soalan tersebut padanya sepanjang 3 bulan mereka berkenalan.
"Eka nak ajak Joe dinner malam ni" malu-malu Erika mempelawa Johann. Johann agak terkejut kerana selalunya dia yang menhajak Erika. Tidak pernah sekalipun Erika mengajaknya keluar.
"Sure sure! Malam ni pukul berapa Ika?" soal Johann tidak sabar.
"8 malam, Ika tunggu di restoran Thai Sri Ayutthaya Sri Damansara ok?" Johann teruja.
"Ok! 7.30 Joe sampai sana!"

*********************************************************************************
"Eka ni dari tadi akak tengok dari tadi asyik senyum aje. Asal pandang pc, senyum. Asal pandang pc, senyum. Apalah yang kelakar sangat dengan pc tu agaknya" soal Kak Ita yang dari tadi asyik memerhatikan gelagat Erika yang asyik tersenyum memandang komputernya. Tiada jawapan yang di berikan. Cuma senyuman manis yang menguntum di bibir Erika.
Matanya membaca bait-bait perkataan yang Johann tujukan padanya melalui email.
-------------------------------------------------------------------------------------

Eka. Thanks. Last night was really wonderful. Joe terpaku di sebabkan dua benda. Satu, Eka nampak cantik sangat semalam. Sungguh! Betul-betul cantik! Dan keduanya, Joe tak sangka Eka akan pakai mutiara yang Joe hadiahkan pada Eka semalam.
Thanks Eka! Thanks. Terima kasih sebab sudi menerima Joe ke dalam hati Eka. I'm the happiest person in the world last night Eka.

-------------------------------------------------------------------------------------


*********************************************************************************
Setahun berlalu....

"Sue, semalam Eka nampak Joe dengan someone. She's gorgeous." Erika mengadu pada Sue. Sue cuma mendiamkan diri.
"Eka buat keputusan yang salah ke Sue?" soal Erika pada Sue apabila Sue hanya mendiamkan diri. Hanya dengusan halus yang di dengari Erika.
'Sorry lah kalau Eka ganggu Sue. Nanti Eka call balik ye. Bye" Erika terus meletakkan gagang telefonnya. Hatinya sebak. Menyesali perbuatannya 6 bulan dahulu. Masih terbayang di fikirannya peritiwa yang pada suatu petang di puncak Genting Highland waktu itu.

"Joe, Eka ada something nak bincangkan dengan Joe" tutur bicara yang keluar dari bibir Erika tika itu mendatar. Johann yang sedang berjalan dengan Erika ketika itu, menghentikan langkahnya. Di pusingkan badannya ke arah Erika.
"Ye sayang. Apa yang Eka nak bincangkan?" Joe dapat merasakan Erika akan mengatakan sesuatu yang tidak baik. Di dongak ke arah langit. Mendung.
"Kebelakangan ni, Eka keliru dengan perasaan Eka terhadap Joe. Eka tak tahu kenapa Eka berperasaan begini" Erika mendengus perlahan. Johann agak tergamam namun dia berlagak seolah-olah dia tidak merasakan apa-apa. Lagipun dia sudah bersedia dengan pelbagai kemungkinan sejak Erika mulai bersikap dingin terhadapnya sebulan yang lalu. Namun, dia tidak pernah menyangka sampai begini perasaan Erika. Dia terlalu menyayangi gadis itu. Sepenuh hatinya.
"Eka cuba berfikiran positif. Namun, Eka tewas dengan perasaan Eka sendiri. Eka tahu Eka menyayangi Joe tapi Eka tidak tahu sejauh mana Eka perlukan Joe. Eka benar-benar keliru" pernyataan daripada Eka benar-benar mengguris perasaan Johann namun dia masih cuba untuk memahami Erika, gadis kesayangannya.
"Eka cintakan lelaki lain ke?" soal Joe tenang. Cepat-cepat Erika menggeleng.
"No! Eka tak pernah menduakan cinta Eka terhadap Joe. Cuma macam yang Eka cakap tadi. Eka keliru" Johann menghela nafas lega. Namun hatinya tetap rasa terguris. Langit yang mendung mula memuntahkan hujan. Tangan Johann menggapai jari jemari Erika dan menariknya ke tempat yang mereka dapt berlindung dari hujan.
"Jom sayang" ujar Johann" hujan semakin lebat.
"Joe, kita berpisah!" Erika tekad mengungkapkan kata perpisahan pada Johann tanpa menyedari Johann hati Johann yang tadinya terluka kini berdarah. Hujan yang turun bertambah lebat. Tangan Erika tidak di lepaskan, air mata lelakinya jatuh bersama-sama dengan hujan yang makin menggila turun membasahi bumi.....

Itu peristiwa setahun yang lepas. Johann ada memujuknya mengubah keputusannya selepas itu namun, dia tegar dan tetap dengan keputusannya. Dan akhirnya, Johann akur dan berundur dari hidupnya.
Namun kini, Erika menyedari bahawa Johann berada di tempat yang paling istimewa di dalam hatinya. Rindunya terhadap Johann ada. Namun, mungkin dia sudah terlewat. Johann mungkin sudah berbahagia dengan insan lain yang lebih tulus menyayanginya.


Dahulu kau mencintaiku
Dahulu kau menginginkanku
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan aku
Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku
Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya

7 comments:

eddie dewanaga said...

rindu cerpen2 dari vee...

welcome back my dear.

Vee Violet said...

Hi Eddie...
Vee akan focus pada penulisan nanti...
=)

Thanks tau Eddie...
=)

afsal_8281 said...

vee...
how come u wonder tell me
yg vee dah ada blog lain ni
sedih tau

he3X...gurau je la
by the way just stopping
to say miss u a lots dear

Vee Violet said...

Sal, me mish you too sweetie...
vee tak dpt leave comment dekat blog sal tadi...
=(

LotsOfLove-Pearls said...

Hw so sweet u r my dear..
thanks sweety..

Lova ya!

Thanks ok..
Thanks ok..
Thanks ok..

Sayangnya LoL dekat Vee..
Cerpen yang mendekatkan kita..

Yeaaaaaaah!

Take care Vee.

Hunny Vee said...

Hi LOL my dear...
me mish you too...
=)
nanti Vee nak buat kesinambungan cerita nie.
tunggu tau...
=)
now Vee agak sibuk dengan exam yg akan datang and lepas tu kena buat project paper.
at the same time, Vee ade small project yg melibatkna penulisan scrip...
have a great day sweetie...
=)

LotsOfLove-Pearls said...

Ya..
Kalau nak kesinambungannya LOL sediakan kat bwh nie k.
Terpulang Vee nak olah cmner..
Hohoooo..

Eka mc teringat kat Joe.
Cuba hubungi Joe. Joe ok..
Senantiasa ada respon tetapi kekadang dingin kadang ok. Jika Eka tak msg, Joe akan send msg hanya sekadar bertanya kbr. 4/5 patah perkataan.
Eka reply then selalunya Eka yg akan stop reply msg coz bagi Eka reply Joe hanya sekadar jaga hati or whtsoeva..
Pendeknya, memang antara keduanya sukar untuk menduga perasaan masing2.
Ntah nak, ntah tak...

Jadi, terpulang Vee ar nak olah cmner k..
Hehe...
***********************************
Dah jadi penulis krg nie.
Tahniah utk Vee.
Kami senantiasa support Vee k..
Gud luck sweety...

Be happy k..

Napa Vee mcm lain je akhir2 nie.
Got prob with ya Hun ke..?
Juz askin ok..

nway, u tk cr dear...