Friday, July 31, 2009

Cerpen - Pemilik Hati (Full Story)


Mustaqim menendang kasar tayar motornya. Panas benar hatinya waktu itu. Dalam perjalanan pulang dari rumah rakannya, tayar motosikalnya buat hal. Pancit di tengah jalan. Mustaqim mendengus keras. Di keluarkan telefon bimbitnya. Setelah mendail panggilan kepada adiknya Muzaffar, telefon bimbitnya dilekapkan di cuping telinganya. Kedengaran satu suara gadis yang tidak dikenalinya namun sudah banyak kali didengarinya sebelum ini.
“This is your hotlink service. Sorry, you have insufficient credit to make this call. Please top up to make more call” .
“Aarrgghhh.....” Mustaqim menjerit kuat di tepi jalan yang agak bising dengan kereta yang lalu lalang. Serentak telefon bimbitnya berderai di tepi jalan tak jauh dari tempat dia berdiri. Nafasnya turun naik laju. Mustaqim duduk mencangkung di sisi motosikalnya. Rokok dikeluarkan dan tak lama selepas itu, asap rokok kelihatan. Tanpa di sedari, sebuah kereta berhenti di belakang motosikal Mustaqim. Mustaqim cuma menyedarinya apabila kedengaran bunyi pintu kereta di tutup oleh si pemandu. Mustaqim mengerling ke arah kereta tersebut dan pemandu yang berjalan ke arahnya.
‘Comel jugak minah ni’ sempat Mustaqim memuji dalam hatinya.
‘Tapi, ade aku kisah?!’ sempat juga hatinya memprotes dan memalingkan pandangan ke arah jalan.
“Cantik motor” satu suara halus kedengaran tak jauh dari cuping telinga Mustaqim.
‘Memanglah cantik, bongok! Tengok harga motor la. Tapi buat ape kalau sekadar cantik. Menyusahkan aku tengah-tengah highway ni’ Mustaqim berterusan memprotes tanpa melihat ke arah gadis tersebut.
‘Merokok tak baik untuk kesihatan tau” gadis tersebut mengusik Mustaqim apabila tiada sebarang balasan daripada Mustaqim. Tanpa di sangka, usikan tersebut telah mengundang kemarahan kepada Mustaqim.
“Eh! Kau ni sape hah! Apa masala.....” Mustaqim yang laju bingkas bangun sambil membaling puntung rokoknya terus menengking gadis tersebut namun tatkala melihat wajah gadis yang berada tepat di hadapannya, Mustaqim terdiam seribu bahasa. Masing-masing terkaku. Mata gadis yang berada di hadapannya bulat memandang ke arah Mustaqim. Jelas dia sangat terkejut dengan tindak balas dari Mustaqim.
“Johana.......” Nama itu terpacul keluar dari bibir Mustaqim setelah masing-masing agak lama terdiam.

-------------------------------------------------------------------------------------

“Kenapa awak berubah sampai macam ni Mustaqim? Maksud saya, saya tahu awak seorang yang agak moody tapi sebelum ni saya tak pernah tengok awak cepat marah sampai macam tu” soalan yang keluar dari bibir comel Johana membuatkan Mustaqim terdiam. Diketuk-ketuk meja makan di dalam Mc’Donald yang agak sesak dengan budak-budak muda. Johana hanya memerhatikan tindak tanduk Mustaqim. Menanti jawapan daripada Mustaqim. Namun tiada tanda-tanda Mustaqim ingin menjawab soalannya.
“Takpelah kalau awak rasa berat nak berkongsi apa-apa tentang diri awak dengan saya. Saya cuma concern tentang awak” serentak wajah Johana ditatap Mustaqim. Johana mengerutkan dahinya. Mustaqim tergelak kecil.
“Concern tentang saya? Boleh saya tahu kenapa?” soal Mustaqim pula pada Johana. Bibir Johana terbuka ingin memperkatakan sesuatu kepada Mustaqim namun suaranya tidak keluar. Mustaqim tersenyum melihat Johana yang tiba-tiba menjadi tidak keruan. Hatinya terfikir-fikir, adakah gadis itu masih menaruh hati padanya walaupun sudah 3 tahun mereka tidak bertemu?
“Well, kita kan pernah rapat, kebetulan pula semalam saya jumpa awak dalam keadaan macam tu. Awak tanyalah sesiapapun, mesti dia akan cakap risau kalau tengok keadaan kawan sendiri macam tu. Betul tak?” akhirnya Johana bersuara.
Mustaqim tersenyum mendengar jawapan Johana. ‘Kawan’. Jadi Johana hanya menganggapnya sebagai kawan.
“Apa perkembangan terbaru awak sekarang Puteri?” Johana tersentak apabila Mustaqim memanggilnya dengan panggilan Puteri. Senyuman Mustaqim melebar.
“Hmmm... Nothing much. Bekerja macam biasa di syarikat lama. Semakin kurang ceria pejabat tu sejak awak resign. Sebab lepas tu sorang demi sorang berhenti. Tinggal saya, Athirah dan Kak Lina je. Yang lain-lain, yang rapat dengan kita, yang selalu buat kecoh dah resign. Awak pulak?”
“Saya, 10 bulan lepas diberhentikan kerja sebab saya bertumbuk dengan rakan sekerja....” riak wajah Johana berubah.
“.... Lepas tu, saya menganggur sebulan. Then lepas tu saya memulakan perniagaan kecil-kecilan” Johana terdiam lama. Mustaqim memerhatikan Johana. Dia faham kenapa Johana berkeadaan sedemikian rupa namun, untuk memahami apa yang sedang difikirkan Johana, Mustaqim tidak tahu.
Johana mencapai telefon bimbit Mustaqim dan membelek-belek telefon bimbit Mustaqim yang di sisinya sudah sumbing gara-gara terhempas di tepi jalan raya semalam.
“Awak dah berubah. Dan saya nak tahu apa yang telah membuatkan awak berubah”

-------------------------------------------------------------------------------------

Johana memerhatikan Athirah yang sibuk membancuh air kopinya di pantry sambil tangan kanannya menongkat dagunya.
“So, Anna masih ada menaruh perasaan pada dia ke?” spontan soalan tersebut keluar dari bibir Athirah sejurus dia duduk berhadapan dengan Johana.
“Eh! Ke situ pulak. Itu kisah lama lah Athirah. Kite kena pandang ke hadapan, baru cerah masa depan” Johana sengaja mengangkat tinggi tangannya dan perlahan menolak ke hadapan telapak tangannya apabila menyebut ‘pandang ke hadapan’. Athirah tergelak kecil dengan gelagat Johana.
“Iyelah, macam la Atie kenal Anna baru dua hari kan? Macam lah Atie tak dapat baca hati dan fikiran Anna kan?” Atie menggeleng-gelengkan kepalanya dan menunudukkan wajahnya untuk meniup air kopinya yang agak panas. Johana mengeluh lembut.
“Entahlah Atie. Waktu bersama dengan Kamarul dulu pun, Anna tak sepenuhnya dapat lupakan Mustaqim. Atie pun tahukan kenapa hubungan Anna dengan Kamarul tak panjang. Sebab Anna taknak tipu perasaan sendiri and Anna rasa bersalah bila bersama dengan Kamarul namun hati masih teringatkan Mustaqim” Atie memandang ke arah Anna yang kelihatan tidak bersemangat.
“Tapi mujurlah waktu tu Kamarul dapat terima kan? Mungkin dia pun dari awal sedar Anna tak dapat sayangkan dia sepenuh hati” Johana mengangguk-angguk tanda setuju.
“Tu lah pasal. Dia ada cakap pada Anna, dia faham dan dia tak marahkan Anna. And dia cakap dia sanggup tunggu Anna but at the same time taknak paksa Anna terima dia. Sebab dia nak Anna terima dia kalau Anna memang dah betul-betul bersedia untuk sayangkan dia sepenuh hati”
“Haiii... Kadang-kadang Atie pun tak faham cinta ni. Bila ada yang terbaik depan mata, susah kita nak terima. Yang susah nak dapat itu jugak lah yang nak dikejar-kejarnya” Johana memuncungkan bibirnya. Jarinya mencubit lembut tangan Athirah.
“Perli Annalah tu!”

-------------------------------------------------------------------------------------

“Wa’alaikumussalam mama. Mak sihat?” girang suara Johana menjawab panggilan daripada mamanya.
“Sihat. Kamu tak balik kampung minggu ni Anna? Ayah sibuk bertanya. Kalau kamu nak balik dia nak ajak mama ke pasar beli bahan-bahan untuk buat gado-gado kegemaran kamu. Entah kenapa dengan ayah kamu tu, tiba-tiba rajin pulak nak buatkan gado-gado untuk kamu” panjang lebar mama Johana bercerita. Johana tergelak besar.
“Hahahah... Haaa... Tu tandanya ayah sayangkan Anna. Alahai, tiba-tiba berbunyi-bunyi pulak perut Anna ni. Terbayang-bayang gado-gado buatan ayah” Johana mengusap-usap perutnya.
“Jadi kamu balik ke idak ni?”
“Mama, Anna tak balik lah. Anna ada janji dengan kawan petang ni. Kalau nak balik sehari, tak puaslah mama. Sorry ye mama....”
“Mama tak kisah. Ayah kamu tu aje. Jaga diri. Assalamualaikum”
“Wa’alaikumussalam mama. Kirim salam dekat semua ye mama”
“Baik. Jaga diri. Jangan balik lewat sangat” Johana tersenyum mendengar arahan dari mamanya. Sudah masak dengan mamanya yang sering risaukan dirinya dan adik-beradiknya yang lain.
“Ok mama. Bye mama”

Talian mati di situ. Johana bingkas bangun dari katilnya dan mencapai tuala. Mahu bersiap untuk keluar bersama Mustaqim. Hatinya rasa girang dan bahagia. Sudah lama dia tidak berperasaan sebegini. Kali terakhir seingat-ingat ketika di awal perhubungannya ketika bersama Kamarul 2 tahun lepas namun semakin lama, perasaan itu semakin pudar. Bukan berpunca dari Kamarul, namun berpunca dari dirinya sendiri. Berpunca dari perasaannya yang masih tidak dapat melupuskan perasaan sayangnya terhadap Mustaqim walaupun disedari, kemungkinan untuk memiliki Mustaqim adalah sangat tipis.
Selesai mandi, Johana memilih baju di dalam almari bajunya sambil bernyanyi-nyanyi kecil. Lagu nyanyian Alicia Keys – No One menjadi pilihannya. Lagu itu pernah di tujukan untuk Mustaqim 4 tahun lepas. Tangannya terhenti setelah matanya tertancap pada sehelai dress berwarna krim lembut dan bercorak bunga hijau kecil. Johana terus mencapai dress tersebut. Hatinya semakin tidak sabar ingin bertemu dengan Mustaqim.
Johana bersyukur kerana Tuhan telah makbulkan doanya untuk bertemu dengan Mustaqim.

-------------------------------------------------------------------------------------

“Zaf, kau ade nampak baju hitam aku yang ade kolar tu tak?” soal Mustaqim pada adiknya yang sedang kusyuk menghadap laptopnya. Muzaffar sekadar menggelengkan kepalanya manakala Mustaqim masih mencari-cari kemeja kesayangannya di dalam almari.
“Wei, kau dengar tak aku tanya ni?” soal Mustaqim sambil berpaling melihat adiknya.
“Kan aku geleng tadi, maknanya aku tak nampak la”
“Lain kali cakap, bukannya belakang aku ni ade mata” Mustaqim membebel-bebel sambil tangannya ligat mencari-cari bajunya lagi. Muzaffar berhenti menaip sesuatu dan memerhatikan abangnya yang berusia tua setahun daripadanya. Geram juga dengan sikap abangnya yang kadang-kadang cepat marah kebelakangan ini namun mujur Muzaffar seorang yang penyabar dan tenang.
“Yang kau menggelabah sangat ni apsal? Kau ade date ke? Selalunya aku tengok kau tak berapa kisah sangat nak pakai baju ape pun kalau keluar hujung minggu. Baju terkoyak yang boleh buat kain buruk pun kau sapu” Muzaffar cuba mengorek rahsia. Dua tiga hari ini, sikap abangnya agak berubah. Sejak berpisah dengan Marina setahun lepas, jarang benar Mustaqim mahu keluar di hujung minggu apatah lagi mahu berpakaian kemas. Telefon bimbitnya juga jarang berbunyi namun beberapa hari ni kerap pula dilihat abangnya berbalas sms dan bercakap di telefon lewat malam.
“Haaaa! Ade pun!” Mustaqim akhirnya menemui kemeja hitamnya. Soalan Muzaffar tidak dijawabnya seoalah-olah dia langsung tidak mendengar suara adiknya. Muzaffar menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Zaf, movie cerita ape yang best sekarang ni?” soal Mustaqim sambil mencapai tualanya. Disangkutnya tuala tersebut ke bahunya dan berdiri menghadap Muzaffar.
“Movie... Kau nak tengok movie yang macam mane? Yang aku ingat Transformers.... Harry Potter..... Ice Age... Errr... Obsessed, yang girlfriend aku berlakon tu” Muzaffar sempat bergurau.
“Girlfriend kau? Sejak bile pulak kau bercinta dengan pelakon ni?” soalan dari Mustaqim membuatkan Muzaffar ketawa besar. Tidak diketahui samada abangnya turut bergurau ataupun benar-benar menyangkakan Muzaffar bercakap benar kerana Mustaqim kadang-kadang agak lurus bendul.
“Laa... kau tak tahu ke? Mama tak cakap ke kat kau minggu depan Ali Carter nak masuk meminang aku?”
“Ceh! Ali Carter. Aku ingatkan sape tadi. Berangan la kau sampai ke tua. Aku nak gi mandi dulu” Mustaqim melangkah keluar bilik apabila menyedari ‘kekasih’ yang dimaksudkan Muzaffar adalah seorang pelakon Hollywood. Tawa Muzaffar tetap kedengaran walaupun pintu biliknya ditutup rapat.

-------------------------------------------------------------------------------------

Johana memerhatikan Mustaqim yang khusyuk menonton wayang. Rindu benar dia mahu menatap wajah manis Mustaqim. Apabila Mustaqim memalingkan wajahnya ke arah Johana, Johana cepat-cepat memandang ke hadapan berlagak sedang menonton wayang. Mustaqim tersenyum manis. Dia menyedari Johana lama memerhatikannya dan sengaja dibiarkan gadis itu melayan perasaannya sendiri. Johana tersentak apabila Mustaqim merangkul bahunya dan menarik Johana rapat ke sisinya. Johana hanya menurut. Kepalanya disandarkan pada dada bidang Mustaqim. Johana dapat merasakan degupan jantung Mustaqim yang berdegup laju. Sehingga di akhir cerita, mata masing-masing memandang ke arah skrin wayang namun fikiran masing-masing tidak tertumpu di sana.
“Not bad kan cerita tu?” Mustaqim memulakan perbualan ketika berjalan menuju ke arah tempat letak kereta selepas menonton wayang.
“Ha’ah” sepatah Johana mengiyakannya walhal dia sendiri tidak berapa pasti dengan jalan cerita tersebut. Mustaqim hanya sekadar tersenyum dan terus berjalan menuju ke arah kereta Persona merah milik mamanya.
“Bila beli kereta ni?” soal Johana tiba-tiba.
“Not my car. Kereta mama saya” ujar Mustaqim sambil membuka pintu kereta. Perbualan mereka terhenti seketika. Johana menyusul masuk ke dalam kereta sejurus Mustaqim masuk.
Sambil menghidupkan enjin kereta, Mustaqim menyambung perbualan mereka,
“Lepas saya diberhentikan kerja, saya jual kereta saya pada adik saya”
“Dengan duit tu, saya dengan sorang rakan saya mula berniaga t-shirt dekat downtown” tanpa ditanya, Mustaqim semakin rancak bercerita. Johana hanya diam mendengar. Mustaqim berhenti bercerita ketika sedang membelok keretanya di satu selekoh. Suasana sepi seketika.
“So, inilah hidup saya sekarang” Mustaqim sebenarnya mahu bercerita lebih panjang, namun dia merasakan tidak perlu untuk diceritakan kepada Johana sepenuhnya apa yang telah terjadi kepada dirinya sepanjang 3 tahun ini. Johana memandang ke arah Mustaqim. Bibirnya terbuka kecil ingin menyoal sesuatu namun niatnya mati begitu sahaja. Serba salah ingin bertanya.
“Sunyi lah pulak kan?” Johana hanya memerhatikan gerak geri Mustaqim. Tak lama kemudian lagu ‘No One’ nyanyian Alicia Keys berkumandang. Mustaqim memandang ke arah Johana ketika mendengar lagu tersebut. Johana yang menyedari perubahan Mustaqim selepas mendengar lagu tersebut, tertunduk malu.
“Awak nak tahu tak. Dulukan... Ade sorang gadis manis dedicated lagu ni untuk saya. Nak tahu die buat macam mane? Die tulis lirik lagu ni dalam satu purple color paper then die framekan kertas tu” wajah Johana memerah.
“Awak agak-agak kan, awak kenal tak siapa gadis tu? Mustaqim makin ligat mengusik Johana. Johana memuncungkan bibrnya. Mustaqim ketawa besar.
“Awak ni sengaja je tau!” Johana separuh menjerit dan tangannya laju mencubit halus paha Mustaqim.
“Alahai, rasa macam semut hitam berjalan atas paha saya je. Kalau nak cubit, cubit lah kuat lagi cik Johana ooiiii” makin menjadi-jadi usikan Mustaqim. Kali ini Johana mencubit paha Mustaqim sekuat hati. Mustaqim tersentak namun stereng kereta masih mampu di kawalnya.
“Adooiii... adoiii... Sakit! Sakit!” Johana tersenyum puas melihat Mustaqim menggosok-gosok pahanya.
“Sakitlaa... Nak kena potong tangan ni” tangan Mustaqim mencapai jari jemari Johana dan menggenggamnya erat. Jantung Johana berdegup kencang. Riak wajahnya berubah. Mustaqim menyedari perubahan wajah Johana.
“Awak cubit saya kuat macam tu, awak tak sayang saya ke?” soalan Mustaqim membuatkan Johana laju berpaling ke arahnya. Matanya bulat merenung ke arah Mustaqim. Mustaqim tersenyum manis.
“Saya sayangkan awak Puteri, awak tak sayang saya ke?” soalan daripada Mustaqim kali ini membuatkan Johana terkesima.

-------------------------------------------------------------------------------------

Mustaqim tersenyum sendirian. Terimbas di wajahnya wajah comel Johana yang terkejut ditengkingnya di tepi jalan minggu lepas. Sungguh tidak disangka dia secara kebetulan bertemu Johana di situ. Tak pasal-pasal Johana ditengkingnya. Waktu itu, dia dapat merasakan perasaannya terhadap Johana agak berlainan. Rindu, dia rindukan Johana. Dan waktu itu perasaannya lebih daripada itu namun dia sendiri tidak pasti perasaan apakah itu. Dia mempelawa Johana makan tengah hari bersama-sama. Dan dia semakin gembira apabila bertemu dengan Johana namun dia tidak menunjukkan perasaannya itu di hadapan Johana. Dia mengajak Johana keluar bersamanya di hujung minggu dan gadis itu tidak menolaknya.
Ketika bersama-sama menonton wayang, dia sedar Johana lama memerhatikannya. Dia yakin gadis itu masih menyukainya, menyayanginya. Ditarik rapat gadis itu disisinya dan waktu itu, jantungnya berdegup kencang. Dia mula yakin sebenarnya dia menyukai gadis itu lebih dari seorang kawan. Dia sedar dirinya jatuh cinta sekali lagi. Setelah lama bersendiri. Setelah lama kecewa ditinggalkan Marina.
Hati Mustaqim yang tenang dan gembira memikirkan Johana tadi tiba-tiba berubah menjadi geram apabila terfikirkan Marina. Riak wajahnya turut berubah. Keningnya berkerut. Mustaqim menggetap bibirnya.
“Kau ni ada masalah ke? Risau pulak aku tengok” suara Muzaffar menyedarkan Mustaqim dari lamunan.
“Kau ni. Lain kali bagilah salam dulu. Terkejut aku.” Mustaqim menggosok-gosok dadanya. Terkejut dengan teguran Muzaffar yang duduk di sebelahnya.
“Nak bagi salam apenye. Aku masuk rumah tadi pun kau tak perasan. Ni aku duduk sebelah kau hampir lima minit pun kau tak sedar. Aku tengok kau tu dah macam orang angau. Tersengih-sengih. Pastu tiba-tiba muka kau berubah macam nak makan orang pun ada” Mustaqim tiba-tiba merasa malu apabila tidak sedar dirinya telah jauh mengelamun. Dikerlingnya ke arah Muzaffar. Adiknya asyik mengunyah ‘Master Potato’ sambil menonton tv.
“Cerita ape ni?” soal Muzaffar pada Mustaqim.
“Shooter” perlahan dan pendek Mustaqim menjawab.
“Oooo... yang Mark Wahlberg berlakon tu ke? Cerita ni lah yang Azam cakap best tu. Aku tak sempat nak tengok sebelum ni” Muzaffar seolah-olah bercakap sendirian. Mau tidaknya, bercakap dengan abangnya namun matanya langsung tak berganjak dari kaca televisyen. Mustaqim memerhatikan adik lelakinya dan terfikir sesuatu mengenai adiknya.
“Kau kenapa takde awek lagi Zaf?” Muzaffar yang sedang mengunyah, terhenti mengunyah. Pandangannya di alihkan kepada Mustaqim. Agak hairan apabila abangnya tiba-tiba menyoalnya begitu. Jarang benar Mustaqim bertanyakan atau berkongsi mengenai hubungan cintanya. Bukan jarang, tidak pernah sebenarnya. Muzaffar mengerutkan dahinya.
“Errr... takpelah kalau kau tak rasa nak cakap. Aku tanya je” Mustaqim rasa kekok.
“Rilexlah.. Aku okay je. Aku ni, kawan perempuan ramai tapi nak ada serious relationship tu aku rasa aku tak ready lagi” Muzaffar mula bercerita. ‘Master Potato’ yang dipegangnya tadi, diletakkan di sisinya. Tiba-tiba dia rasa mahu berkongsi cerita dengan abangnya.
“Sebelum aku kenal Najwa dulu, aku ade ramai awek. Kau pun tahu kan? Ade je perempuan yang call aku malam-malam. Sebenarnya aku tak pernah pun anggap diorang semua tu girlfriend ke, kekasih aku ke. Aku cuma suka berkawan. Tapi boleh dikatakan semua perempuan yang aku rapat, syok kat aku. Ye lah, aku pun mengaku lah aku ada ‘ayat’ diorang semua tu jugak. Perempuan, biasalah, suka makan pujian. Tapi aku tak rasa pun terbuka hati rasa nak ambil diorang semua jadi bini aku ke, ape ke and aku tak sangka jugak ade yang sanggup nak bunuh diri bile aku cakap aku anggap die kawan aku je” mata Mustaqim terbeliak.
“Betul Qim. Minah tu, aku selalu keluar dengan dia. Macam dengan perempuan-perempuan lain jugak tapi aku anggap kawan je. Bila dia tanya aku, aku suka tak berkawan dengan dia, aku jawab la aku suka. Bila dia tanya aku happy tak berkawan dengan dia, aku cakap la aku happy. Logically, kalau aku tak happy berkawan or keluar dengan die, buat ape aku nak buang masa keluar dengan die kan?” Mustaqim mengangguk laju. Dalam fikirannya terfikir, kalau dia jadi perempuan, dia pun berkemungkinan akan jatuh hati pada Muzaffar. Muzaffar agak tampan, jauh tampan darinya. Kerjayanya jugak stabil. Perwatakannya juga menarik.
“Pastu, one day, die ajak aku jumpa parents die. Aku cakap raya puasa aku gi lah dengan kawan-kawan semua. Then die cakap, mak die suruh bawa mama dengan abah skali. Aku hairanlah. Aku tanya die kenapa aku kena bawa mama and abah pulak. Die cakap, mak die nak bincang pasal hubungan kitorang. Dari situ aku terus-terang cakap dekat die, aku tak pernah fikir nak serious dengan die sebab aku anggap die kawan je. Esoknya, aku dapat call dari housemate die, minah tu cuba bunuh diri” Mustaqim ternganga.
“Aku tak ambil kisah pun ape nak jadi kat minah tu time tu sebab aku macam marah. Kenapa die syok sendiri, pastu nak heboh-heboh aku ni boyfriend die dekat orang tua die then nak bunuh diri pasal aku? Kawan-kawan semua cop aku ‘jantan tak guna’” Muzaffar tak berhenti bercerita.
“Kenapa aku tak pernah tau?” akhirnya Mustaqim bersuara.
“Mane ade sesiapapun dalam family kite tau hal ni. Pasal Najwa je mama, abah, kau and kak long tau. Itupun semua ingatkan die main-mainkan aku tapi sebenarnya, kes aku dengan die sama je macam kes aku dengan minah yang cuba bunuh diri tu” Mustaqim terdiam.
“Maksud kau?”
“Maksud aku, aku syok dekat die. Aku pun tak tau macam mane aku boleh syok dekat die. Sejak kenal die, aku terus takde hati nak keluar or kenal dengan mane-mane perempuan lagi. Aku care die, aku sayang die. Die tak pernah pun cakap die cinta aku tapi die pernah cakap die suka and happy dengan aku. One day, aku cakap aku nak masuk meminang die. Haaa... time tulah baru aku tahu die sebenarnya anggap aku kawan die je. And die sebenarnya dah ada pilihan hati. Time tu, baru aku rasa ape yang minah yang cuba bunuh diri tu rasa. Baru aku tahu kenapa die sampai tahap nak bunuh diri tapi bezanya, aku sayang nyawa aku walaupun ada rasa sampai tahap nak bunuh diri”
‘Aku rasa apa yang kau rasa Zaf. Bezanya orang yang setiap hari ungkap kata sayang dan rindu pada aku setiap hari yang khianati aku’ Mustaqim bermonolog sendiri dalam hatinya.
“So sebab tu aku takde sesiapa lagi sampai sekarang, bukan sebab aku tak boleh lupakan Najwa tapi sebab aku takut terluka lagi and takut lukakan hati sesiapa lagi”
“Aku faham Zaf” Mustaqim menepuk-nepuk bahu Muzaffar.
“Kau pulak ape cerita? Siapa yang buat kau asyik berangan and tersenyum kebelakangan ni?” usikan dari Muzaffar membuatkan Mustaqim tersenyum lebar. Dia mengerling ke arah Muzaffar dan mengangkat-angkat kening kirinya.
“Sape? Taknak kenalkan ke?”
“Puteri” spontan nama itu keluar dari bibir Mustaqim.
“Mama!!!! Dah bau nasi minyak ni!!!!” jerit Muzaffar pada mamanya walaupun tidak diketahui di mana mamanya berada. Sekadar ingin mengusik Mustaqim.
“Diamlah!”

-------------------------------------------------------------------------------------

“Waaahhh, semenjak ade kekasih ni... Makin berseri-seri adik akak sorang ni” usik kak Lina sejurus Johana melangkah masuk ke pejabat.
“Ha’ah la kan?” Athirah turut sama mengusik.
“Ade-ade jelah kak Lina dengan Atie ni” Johana mencebik dan meletakkan tas tangannya di atas meja. Bunga ros merah di atas mejanya disentuh lembut.
“Sampai 10 pagi tadi. Macam biasa” Athirah memberitahu Johana tanpa ditanya.
“Hmmmm... Siapalah sebenarnya die ni. Tak sayang duit ke. Duit die beli bunga ni kalau bagi Anna belanja kak Lina dengan Atie makan lagi bagus kan? Lainlah kalau bunga ni kite boleh makan” Johana membebel-bebel sendirian. Athirah dan kak Lina tertawa mendengar bebelan Johana.
“Kalau hati dah suka Anna. Lautan api sanggup direnangi” balas kak Lina.
“Betul tu. Anna half day hari ni, keluar date ke?” Atie masih di dalam ‘mood’ ingin mengusik Johana.
“Ish, ke situ pulak. Anna ke bank tadi. Transfer duit simpanan Anna untuk orang tua Anna. ‘Top up’ duit untuk diorang ke Mekah sebelum raya haji nanti.
“Bertuah sungguh orang tua kamu Anna. Baguslah kamu tahu kenang jasa orang tua kamu” pujian dari kak Lina membuatkan Johana tersenyum malu.
“Ini tanggungjawab Anna kak. Eh! Dah lunch ke belum ni?”
“Dah. Anna dah lunch ke belum? Kalau belum, makan ajelah bunga ros tu” usikan dari Athirah membuatkan kak Lina tertawa kecil.
“Alaaa... ade je benda nak usik Anna” Johana berpaling ke mejanya dan mengangkat bunga ros tersebut. Sekeping kad terselit di celah-celah bunga tersebut. Dengan lembut Johana mencapai dan membuka kad tersebut.
Dibacanya di dalam hati.

“Cik Johana Sofea,
Semalam saya bermimpi. Saya bermimpi Johana berdiri di depan saya sambil tersenyum. Bibir Johana mengatakan sesuatu kepada saya namun saya tidak dapat mendengarinya. Saya meminta Johana bercakap lebih kuat dan ketika Johana cuba bercakap lebih kuat, telinga saya tiba-tiba rasa bingit sebab Johana menyanyi terlalu kuat lagu ‘Can’t Take My Eyes off You’... Jelas saya mendengar nyanyian Johana...
“I need you baby. if its quite alright,
I need you baby to warm my lonely nights,
I love you baby. Trust in me when I say okay,
Oh pretty baby, don't let me down I pray,
Oh pretty baby, now that I found you, stay,
And let me love you,
Oh baby let me love you. oh baby”
Tidak lama selepas itu barulah saya tersedar rupa-rupanya itu bunyi alarm di telefon bimbit saya. Anyway, bila Johana nak nyanyikan lagu tu untuk saya?
Love,
I’m yours...


Johana tersenyum membaca baik-baik perkataan yang ditulis dari peminat misterinya sejak 3 bulan lepas itu. Ternyata lelaki ini bukanlah seorang yang pandai bermadah, jelas dari apa yang ditulisnya.
“Haiii... Wujud lagi lelaki macam ni’ bisik hatinya.

-------------------------------------------------------------------------------------

Mustaqim menghempas kuat helmetnya ke atas tilam sejurus melangkah masuk ke biliknya. Geram dengan Azwan, rakan kongsinya yang sudah dianggap rakan baiknya sendiri.
Mustaqim menjerit-jerit di dalam bilik. Mamanya yang mendengar jeritan tersebut meluru ke bilik Mustaqim. Namun apabila tombol pintu dipulas, ianya berkunci. Risau dengan jeritan Mustaqim, mamanya mengetuk-ngetuk pintu bilik berulang-ulang kali sambil memanggil-manggil nama Mustaqim. Namun Mustaqim diam menyepi di dalam biliknya. Mamanya yang sedang panik bergegas mencapai telefon bimbitnya untuk menghubungi suaminya, Mokhtar. Ketika sedang mendail, pintu bilik Mustaqim terbuka. Mustaqim muncul keluar dari biliknya dengan wajah yang sugul. Dia melangkah perlahan dan menghempaskan badannya ke atas sofa di ruang tamu.
“Kenapa ni Qim? Kenapa menjerit macam tu tadi?” Maznah menyentuh lembut bahu anaknya. Mustaqim hanya mendiamkan dirinya.
“Qim, kalau Qim ada masalah, Qim cuba cerita pada mama. Manalah tahu kalau ada apa-apa yang mama boleh tolong...” lembut tutur bicara Maznah. Mustaqim menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Takpelah kalau Qim rasa Qim boleh selesaikan sendiri tapi mama nak ingatkan Qim, kadang-kadang kita kenal kawal emosi kita, kemarahan kita. Mama tengok lepas Marina tinggalkan Qim, sikap panas baran Qim makin menjadi-jadi. Benda yang kecil pun, nampak besar pada Qim. Mama sayangkan anak-anak mama. Mama cuma mahukan yang terbaik untuk anak-anak mama” Mustaqim tiba-tiba menjadi emosi. Dipeluknya mamanya dan saat itu juga Mustaqim menangis.
Muzaffar yang baru melangkah masuk ke dalam rumah tercengang.

-------------------------------------------------------------------------------------

Jari Johana menyimpul-nyimpul hujung rambutnya. Hatinya tidak keruan. Petang tadi dia berselisih faham dengan Mustaqim. Semuanya gara-gara sikap cemburunya apabila melihat Mustaqim berbual mesra di talian telefon dengan rakan lamanya.
Johana bertanyakan mengenai gadis tersebut dan Mustaqim memberitahunya bahawa gadis itu adalah rakan lamanya sebelum dia bertemu kembali dengan Johana. Hati Johana tetap cemburu kerana perbualan mereka agak lama dan Mustaqim kelihatan gembira berbual dengan gadis tersebut. Johana masih menyoal Mustaqim perihal gadis itu setelah Mustaqim menjelaskan gadis itu cuma rakan lamanya dan perkara itu membuatkan Mustaqim marah. Belum habis makanan mereka di habiskan, Mustaqim bangun melangkah laju meninggalkan Johana. Johana berlari anak mengejarnya namun langkah Mustaqim terlalu laju dan tidak dapat dikejarinya.
Johana mengeluh sendirian. Kesal dengan sikapnya yang tidak mempercayai Mustaqim walaupun Mustaqim sudah dikenalinya hampir 5 tahun. Namun baginya, walaupun dia yang bersalah kerana tidak mempercayai Mustaqim, Mustaqim tidak seharusnya bersikap sedemikian. Mungkin ada sesuatu yang mengganggu fikiran kekasih hatinya itu.
Johana jadi buntu. Sms nya kepada Mustaqim langsung tidak dibalas, berpuluh-puluh kali dia cuba menghubungi Mustaqim namun tidak di jawab. Akhirnya Johana tidur dengan air mata yang basah di pipinya.

-------------------------------------------------------------------------------------

“Hello sayang” kedengaran suara Mustaqim di hujung talian.
“Hello Qim. Awak... Saya minta maaf tentang semalam. Saya takde niat buat awak marah. Maafkan saya sebab syak wasangka pada awak” suara Johana sebak.
“No... no... awak tak salah sayang. Saya yang terlalu ikutkan hati. Awak free tak petang ni? Saya nak jumpa awak”
“Awak dekat mane ni Qim? Saya MC hari ni. Headache sangat pagi tadi. Saya jumpa awak sekarang Qim?” manja suara Johana di hujung talian. Mustaqim rasa bersalah meninggalkan Johana begitu sahaja semalam.
“Awak dah makan ubat? Saya datang jumpa awak ye? Awak rehat dekat rumah, nanti saya sampai saya call awak ye sayang?”
“Baik Qim. Awak datang sekarang ye? I miss you. Really miss you”
“Baik Puteri. Nak saya bungkuskan ape-ape untuk awak makan tak? Saya tahu awak belum makan lagi ni. Betul tak?” Mustaqim cuba mengambil hati gadis kesayangannya itu. Johana terdiam. Mustaqim yang memahami kembali bersuara,
“Saya belikan nasi kerabu kegemaran awak ye sayang? Tunggu saya tau. See you. I love you”
***********************************************

“Kenapa awak tak ceritakan kepada saya? Kan awak dah janji nak kongsi susah senang sama-sama” Johana mengeluh lembut. Mustaqim senyum hambar.
“Saya taknak bebankan fikiran awak dengan masalah saya” Mustaqim merenung tepat ke anak mata Johana.
“Awak... Kalau awak ade masalah tapi tanggung seorang diri dan saya tak tahu, awak rasa saya happy tak? Saya kenal awak dah lima tahun tau. Walaupun saya tak sepenuhnya faham awak tapi hati saya dapat rasa kalau ada sesuatu yang mengganggu fikiran awak. Jadi, kalau awak sayangkan saya, saya harap awak dapat kongsi suka duka awak dengan saya selepas ni. Walaupun saya tak dapat membantu, sekurang-kurangnya saya nak berada di sisi awak pada waktu awak susah” Johana tiba-tiba menjadi geram dengan sikap Mustaqim yang gemar menanggung kesusahan sendiri. Mustaqim tersenyum dan mengangguk lembut.
“Baik.. baik... Sekarang ni ape kata awak berhenti membebel dulu dan habiskan nasi kerabu tu dulu”
Mustaqim tersengih dan Johana memuncungkan bibirnya.

-------------------------------------------------------------------------------------

“Ape plan kau lepas ni Qim?” soal Muzaffar kepada abangnya ketika mereka sedang makan tengah hari bersama-sama di dapur. Kedua-dua orang tua mereka ke majlis perkahwinan sahabat karib mereka.
“Plan apenye. Ape yang aku tinggal sekarang? Kena mencari kerja lah sekarang. Tapi dengan krisis ekonomi teruk macam sekarang ni, susah sikit la nak dapat kerja. Ape malang lah nasib aku” Mustaqim mengeluh panjang.
“Tak baik mengeluh depan rezeki. Kau slowly la cari kerja”
“Aku ingat macam tu jugak. Dah lama berniaga sendiri ni, rasa kekok pulak aku nak kerja dengan orang ni”
“Apa kes kau dengan Azwan tu sebenarnya?” Muzaffar tiba-tiba rasa ingin tahu apa yang telah terjadi sebenarnya sehingga membuatkan abangnya hilang mata pencariannya sekelip mata. Mustaqim mengeluh panjang sebelum mula bercerita.
“Kau tahulah, aku dah anggap Azwan tu macam abang aku sendiri. Kalau tak takkan aku nak kongsi modal mula berniaga dengan dia. Petang tu, macam biasalah. Aku pergi pejabat yang kitorang sewa untuk ambil t-shirt dengan barang-barang yang kitorang berniaga dekat downtown. Sekali aku masuk, bilik tu kosong. Yang tinggal, sampah-sarap, meja buruk dengan almari buruk je. Aku dah rasa tak sedap hati. Aku cuba fikir Azwan angkat semua barang untuk ke downtown Tapi aku hairan jugak kenapa mesti die nak bawa sekali dua mesin print t-shirt yang kitorang sama-sama beli tu. Then aku call die, tak dapat. Aku sms, die tak balas. Lama lepas tu, die off handphone die. Aku tak puas hati aku pergi lah downtown, tengok kosong je tapak kitorang. Sekali sms dari dia masuk” Mustaqim berhenti bercerita. Wajahnya berubah. Teryata dia masih geram dengan perbuatan Azwan.
Muzaffar menanti Mustaqim bersuara.
“Die sms aku, minta maaf banyak-banyak. Cakap die terpaksa lari keluar dari KL bawa anak bini die sebab ‘Along’ cari die. Die banyak hutang dengan ‘Along’. Die minta aku halalkan semua makan minum die, dengan barang-barang yang die bawa lari. Mau aku tak naik angin hari tu” Muzaffar mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan dan suapan nasi yang terhenti seketika tadi disambung kembali.
“Kau baca paper hari ni?” soalan dari Mustaqim dibalas dengan gelengan dari Muzaffar.
“Van yang Azwan naik accident dekat highway. Rentung van tu sekali dengan anak bini die, barang-barang yang die bawa lari” nasi yang baru di sumbatkan ke dalam mulut Muzaffar hampir tersembur keluar.
‘Innalillah hiwainna ilaihiraji’un.... Sesungguhnya setiap perbuatan jahat itu ada balasannya’ Muzaffar hanya mampu bersuara di dalam hati.

-------------------------------------------------------------------------------------

Mata Johana asyik memandang satu persatu cd lagu yang tersusun rapi di hadapannya. Kakinya melangkah namun sangat perlahan. Sudah hampir setengah jam Johana menghabiskan masanya di dalam kedai tersebut. Niatnya untuk mencari cd lagu yang sesuai untuk dihadiahkan kepada Mustaqim namun, tidak ditemui sebarang cd yang menarik hatinya. Dia tahu akan kegemaran Mustaqim yang gemar menghabiskan masanya setiap malam di dalam bilik dengan mendengar lagu sebelum tidur.
Di sebabkan terlalu asyik memerhatikan cd lagu di hadapannya, Johana tidak menyedari ada sepasang mata yang dari tadi asyik memerhatikannya. Jarak mereka yang tadinya agak jauh kini semakin dekat apabila kaki lelaki tersebut melangkah menghampiri Johana. Ketika lelaki tersebut tiba dekat di belakang Johana, secara kebetulan Johana berpaling ke belakang untuk melangkah keluar dari kedai itu. Tanpa sengaja mereka berlanggar. Johana terkedu seketika.
“Maaf” sepatah perkataan keluar dari bibir lelaki tersebut. Johana yang agak malu, hanya menganggukkan kepalanya.
“Muzaffar” Johana memandang tangan lelaki yang mengenalkan dirinya sebagai Muzaffar itu tanpa ditanya. Muzaffar tersenyum sambil menunggu huluran tangannya dibalas oleh Johana.
“Johana. Johana Sofea” akhirnya Johana bersuara.
“Saya tahu” jawapan dari Muzaffar membuatkan Johana mengerutkan keningnya.
“I’m yours” saat ini Johana ternganga!


-------------------------------------------------------------------------------------

Athirah yang sedang menyapu maskara ke bulu matanya mengerling ke arah telefon bimbitnya. Nama Johana terpapar di skrin telefon bimbitnya. Athirah tidak terus membaca sms yang di hantar Johana, sebaliknya menghabiskan sapuan maskaranya dulu dan kemudian mencalit gincu berwarna pink lembut ke bibirnya. Selesai merias wajahnya, barulah Athirah membaca sms yang dihantar oleh Johana.
“What?!!!” serentak Athirah menjerit. Laju dia menhubungi Johana, namun tidak di jawab. Di dailnya sekali lagi nombor telefon Johana, juga tidak di angkat.
Athirah akhirnya menaip sms untuk Johana.

- Kenapa Atie call tak pick up? Excited ni! Ceritalah lagi pasal ‘Mat Bunga’ tu! –

Athirah seakan terlupa seketika akan temujanjinya dengan Saiful sebentar lagi. Teruja apabila Johana memberitahunya dia sudah mengetahui siapa peminat misterinya selama ini. Tak lama selepas itu, telefon bimbitnya berdering, laju Athirah menjawabnya.
“Anna.... Kenapa tak pick up tadi?”
“Sorry, sorry.. Anna drive tadi, handset dalam handbag”
“So?” soal Athirah pendek.
“So?.... “ Johana mengulang kembali soalan Athirah.
“Alaaa... Anna ni. So macam mane that guy? I mean, hensem ke? Tua ke? Muda ke? Kurus ke? Gemuk ke?” bertubi-tubi soalan ditanya Athirah. Dan perkara itu telah mengundang tawa Johana.
“Excitednyeee die nak tahu. Errrmmm... Not bad la that guy. Namanya Muzaffar. Quite good looking....Tinggi lampai, kemas, senyuman manis...” lambat-lambat Johana menggambarkan peribadi Muzaffar kerana dia sebenarnya ingat-ingat lupa akan wajah Muzaffar.
“Lagi...?” soal Athirah lagi.
“Lagi..... Itu je yang Anna ingat”
“Itu je?”
“Yup!”
“Then now Anna nak buat macam ape?” Johana mengerutkan dahinya.
“Buat ape? Buat bodohlah. Hahaha! Nak buat ape cik kak ooii... Anna kan dah ade Mustaqim, so abaikan je lah ‘Mat Bunga’ tu..” ‘Mat Bunga’ adalah panggilan yang direka Athirah terhadap Muzaffar kerana Muzaffar langsung tidak pernah mengenalkan dirinya di dalam kepingan-kepingan kad yang dihantar kepada Johana sebelum ini.
“Alaaaa.... Sayangnye....” Athirah bagaikan tidak puas hati.
“Dah. Dah... Esok kalau Anna ade masa and Atie pun free kite jumpa and cerita panjang lagi ok?” Johana cuba mematikan perbualannya dengan Athirah mengenai Muzaffar. Kurang berminat untuk berbicara mengenai Muzaffar kerana fikirannya sekarang lebih tertumpu kepada Mustaqim yang sejak dari pagi tadi tidak dapat dihubunginya.
“Ok. Take care tau! Bye” Athirah akur dengan permintaan Johana. Johana tersenyum dengan gelagat Athirah.
“You too. Bye”

-------------------------------------------------------------------------------------

Mustaqim merenung ke arah syiling biliknya. Tangan kanannya diletakkan di atas dahinya manakala tangan kirnya diletakkan di atas perutnya. Mustaqim berkeadaan begitu sejak petang tadi. ‘Malboro Light’ sudah hampir sekotak dihisapnya. Fikirannya bercelaru. Telefon bimbit nya berdering dari tengah hari tadi dan dia tahu itu adalah panggilan daripada Johana. Mustaqim rasa tidak ada hati mahu berbuat apa-apa sekarang. Johana berada jauh dari fikirannya sekarang.
Mustaqim hanya terbayangkan wajah Azwan dan Marina sekarang. Dua orang yang paling dipercayainya sebelum ini. Dan mereka juga yang telah mengkhianatinya. Dia terimbas kenangannya dengan Marina di awal percintaan mereka.

Imbas

“Rina bertuah sangat ada Qim dalam hidup Rina. Thanks Qim” tutur Rina manja sambil tersenyum merenung ke anak mata Mustaqim. Pandangan dan senyuman itulah yang sering membuatkan Mustaqim sering terbayang-bayangkan wajah gadis manja itu setiap malam. Mustaqim menggenggam erat jari jemari Marina.
“No sayang. Qim yang bertuah dapat memiliki Rina. Dalam ramai-ramai lelaki yang terkejar-kejarkan Rina, Qim juga yang menjadi pilihan hati Rina” ujar Mustaqim jujur.
“Qim. I will always love you. Forever. Rina betul-betul jatuh cinta dengan Qim. For a thousand times” Mustaqim tersentak apabila Marina tiba-tiba memeluknya. Mustaqim tersenyum manis dan membelai lembut rambut gadis kesayangannya. Sesungguhnya dia sangat menyayangi gadis itu. Sanggup dilakukan apa sahaja untuk menggembirakan Marina. Walaupun kadang-kala dia tidak gembira dengan sikap Marina yang gemar berkawan dengan ramai lelaki, namun selepas Marina memujuk dan meyakinkan Mustaqim bahawa Mustaqim lah satu-satunya lelaki yang di cintainya, Mustaqim kembali gembira. Marina pandai mengambil hatinya. Tutur bicara Marina yang lembut dan manja sering menewaskan kemarahan Mustaqim. Pernah Mustaqim hampir naik angin apabila mendengar Marina memanggil seorang rakan lelaki kolejnya dengan panggilan ‘sayang’ di panggilan telefon, namun Marina memohon maaf dengan mengatakan rakannya itu sudah lama dikenalinya malahan sebelum dia bertemu dengan Mustaqim lagi mereka sudah berkawan rapat.
Mustaqim cair dengan pujukan halus Marina dan mempercayai gadis berkulit cerah itu. Sehinggalah pada satu hari, di mana hari itu merupakan hari terakhir dia melihat wajah Marina.
Hari itu sepatutnya dia ada temujanji dengan Marina. Namun setengah jam sebelum berjumpa, Marina menghubunginya dan mengatakan dia tidak sihat dan tidak dapat keluar bersama Mustaqim. Mustaqim yang risau dengan keadaan Marina ingin ke rumah Marina untuk membawa gadis itu ke klinik namun Marina menolaknya dengan mengatakan bahawa dia cuma ingin tidur dan berehat di rumah. Mustaqim yang tidak gemar memaksa, akur dengan kehendak Marina walaupun dia agak risau dengan kesihatan Marina.
Akhirnya Mustaqim berkeputusan untuk keluar menonton wayang sendirian memandangkan tiket wayang telahpun dibelinya semalam.
Ketika sedang membonceng Kawasaki ER6N hitamnya, dari jauh Mustaqim ternampak kelibat seorang gadis yang wajahnya seakan-akan wajah Marina. Setelah puas diamati, memang benar gadis itu adalah Marlina. Mustaqim menjadi tidak keruan, lebih-lebih lagi apabila melihat aksi Marina yang duduk di kerusi penumpang begitu manja dan ceria bersama seorang lelaki berkulit cerah. Mustaqim cuba mengekori kereta merah tersebut dari jarak yang agak jauh. Hatinya yang semakin tidak keruan makin tidak sabar ingin mengetahui siapakah lelaki tersebut dan mengapa Marina telah menipunya.
Hampir 15 minit mengekori mereka, jantung Mustaqim berdegup kencang apabila menyedari mereka membelok masuk ke perkarangan hotel mewah. Tahap kesabaran Mustaqim hampir hilang apabila melihat Marina berpelukan dengan lelaki yang tidak dikenalinya itu berjalan masuk ke lobi hotel. Terus Mustaqim berjalan laju ke arah Marina dan apabila hampir dekat dengan Marina, Mustaqim memanggil kuat nama gadis itu. Marina ternyata terkejut besar apabila melihat Mustaqim berada dekat dengannya.
“Apa semua ni? Siapa lelaki ni?” soal Mustaqim sambil jari telunjuknya ditujukan tepat ke arah muka lelaki di sisi Marina. Wajah Marina pucat tak berdarah.
“Cakap! Kau cakap kau sakit, kau cancel date kite! Aku nak kau cakap sape jantan ni! Ape kau buat dekat sini dengan jantan ni?!” Mustaqim sudah hilang kawalan diri. Sudah tidak dihiraukan pekerja hotel dan sesiapa yang berada dekat situ. Lelaki yang berada di sisi Marina cuba menenangkan Mustaqim.
“Saya Ashraf. Apa kata kite cuba selesaikan.....”
“Diam! Aku tanya dia! Bukan kau!” Mustaqim mematikan percakapan Ashraf. Wajah Ashraf berubah apabila ditengking begitu.
“Qim... Dengar dulu penjelasan Rina...” tergagap-gagap suara Marina. Mustaqim memeluk tubuhnya sambil merenung tajam ke arah Marina. Matanya sudah merah akibat terlalu marah.
“Rina... Rina....”
“Rina..Rina... Sejak bila kau gagap ni?!” Mustaqim yang makin tidak sabar meninggikan suaranya kepada Marina dan perkara itu membuatkan Ashraf bertindak kasar terhadap Mustaqim. Leher baju Mustaqim dicekaknya.
“Kau ni tak malu ke buat perempuan macam ni?” soal Ashraf keras. Mustaqim memandang tepat ke anak mata Ashraf.
“Kau pulak tak malu ke bawa kekasih orang ke tempat macam ni?” soal Mustaqim namun tak sempat Ashraf menjawabnya, Mustaqim melepaskan satu tumbukan di rahang kanan Ashraf. Tindakan Mustaqim itu membuatkan pekerja hotel yang memerhatikan mereka dari tadi. Marina yang cuba menghalang Mustaqim bertindak lebih agresif jatuh ditolak Mustaqim. Ashraf yang terasa tercabar dengan tindakan Mustaqim ingin turut sama membalas tumbukan Mustaqim namun dihalang salah seorang pekerja hotel.
“Korang jangan masuk campur!” Mustaqim menengking kepada pekerja hotel yang cuba meleraikan pergaduhan mereka.
“Encik.. bawa bertenang. Kalau encik berdua bergaduh di luar kawasan hotel ni, kami tak akan masuk campur tapi sekarang kami terpaksa masuk campur sebab perkara ini melibatkan pihak kami. Saya harap encik dapat selesaikan perkara ini di luar kawasan hotel ini” salah seorang pekerja hotel terbabit cuba bertoleransi dengan Mustaqim. Mustaqim menghembus nafasnya kuat. Mula sedar dia telah bertindak di luar kawalan.
“Kau bagi aku settle benda ni sekejap, lepas tu aku blah dari sini” pekerja hotel tersebut hanya memandang Mustaqim tanpa sebarang jawapan.
“Aku jamin aku tak buat bising lagi” Mustaqim memberi jaminan dan pekerja hotel tersebut mengangguk dan perlahan berlalu pergi dari Mustaqim. Namun sekejap-sekejap dia berpaling melihat Mutaqim, Marina dan Ashraf.
“Sekarang ni, aku cuma nak tau sape jantan ni, kenapa kau tipu aku dan kenapa kau buat macam ni dekat aku!” keras suara Mustaqim namun nada suaranya perlahan.
“Ashraf... kekasih Rina...” serentak wajah Mustaqim berubah.
“Dah lama Rina nak berterus-terang pada Qim.. tapi Rina takut Qim tak dapat terima...” Marina menundukkan wajahnya. Mustaqim menggenggam kuat tangannya.
“Mula-mula Rina ingatkan Qim dapat bahagiakan Rina... tapi... sejak jumpa Ashraf, Rina rasa.. Kita tak serasi bersama... “
“Sejak bile?” soal Mustaqim pendek. Marina memandangnya. Wajahnya agak keliru dengan soalan Mustaqim.
“Aku tanya sejak bile?! Sejak bile kau dengan jantan ni?” suara Mustaqim kembali meninggi. Wajah Ashraf berubah setiap kali Mustaqim memanggilnya ‘jantan’. Namun dia tidak mahu berbuat apa-apa. Tidak mahu mengeruhkan keadaan. Tangannya menahan darah keluar dari mulutnya akibat tumbukan Mustaqim tadi.
“Lima bulan lepas...”
Pang!!!! Buat pertama kalinya Mustaqim menampar Marina. Seumur hidupnya, tidak pernah dia menampar ataupun memukul mana-mana wanita. Marina terkedu sambil memegang pipi kanannya. Matanya berkaca. Mustaqim melangkah pergi meninggalkan Marina dan Ashraf. Hatinya bersumpah tidak akan mengambil tahu mengenai Marina lagi. Hatinya bersumpah tidak akan bercinta lagi. Sehinggalah dia bertemu Johana.


“Johana!” suara Johana disebut Mustaqim. Seolah-olah baru tersedar dari mimpi, Mustaqim mendail laju nombor telefon Johana.

-------------------------------------------------------------------------------------

“Atie tengok Anna macam tak happy je kebelakangan ni. Ada masalah ye?” soal Athirah ketika mereka sama-sama menjamu selera di pantry. Jarang sekali mereka mahu keluar makan tengah hari di luar berbanding kak Lina. Selalunya, kak Lina lah yang menjadi mangsa untuk membungkus makanan kepada mereka. Anna menggeleng-gelengkan kepalanya. Senyuman terukir di bibirnya namun, hambar.
“Atie tak sukalah tengok Anna macam ni. Selalunya ceria je. Tengok macam bunga yang Muzaffar kasi tadi tu, apa yang Anna buat? Selalunya ade jugak Anna basuh and letakkan dalam pasu bunga sesiapa, tapi tadi? Anna buang terus bunga tu” Athirah terus membebel.
“Atie, tentang bunga tu, Anna dah pesan pada Muzaffar jangan hantar lagi. Atie dah rimas setiap kali balik, kalau bertembung dengan Muzaffar, die mesti pelawa Anna dinner dengan die. And Atie jangan risau lah. Anna okay” Johana cuba berdalih.
“Okay ke macam ni? Kite makan sama-sama, Atie dah habis makan, Anna tu baru dua, tiga suap. Berkhayal je dari tadi Atie tengok” Johana mengukir senyum lagi namun tetap hambar. Atie mendengus halus.
“Anna, Atie nak tanya something ni” Johana mengangkat wajahnya dan mengangkat keningnya kepada Athirah.
“Anna betul-betul rasa Anna boleh bahagia ke dengan Mustaqim?” soalan dari Athirah membuatkan Johana kehairanan.
“Kenapa Atie tanya macam tu?”
“Sorry lah kalau Atie salah tanya. Tapi, Atie sebenarnya tak suka cara Mustaqim layan Anna. Ingat tak dulu masa kite kerja sama-sama. Memang dari awal Mustaqim tahu Anna sukakan dia tapi dia selalu macam main tarik tali dengan Anna”
“Ok, so apa masalahnya?” soal Johana lembut. Masih tidak faham apa yang cuba disampaikan Athirah.
“Ingat tak dia selalu usik Anna, panggil Anna ‘Puteri’ sebab waktu tu Anna suka sangat tengok cerita ‘Princess Diary’?” kali ini senyuman Johana lebar. Teringat saat-saat awal dia mula jatuh hati dengan Mustaqim. Johana mengangguk laju.
“Dia pernah cakap pada kak Lina, dia sukakan Anna, and dia pun tahu Anna sukakan dia. Tapi kenapa tiba-tiba dalam diam dia boleh bersama dengan Marina? Waktu tu, Atie sebenarnya agak terkilan dengan sikap dia tapi Atie tak berani cakap lebih-lebih sebab Atie tahu Anna kecewa waktu tu” kenyataan daripada Athirah membuatkan Johana terdiam seketika.
“Sekarang ni, tak sampai dua bulan Anna bersama dengan dia, Atie tengok Anna asyik murung je. Atie taknak cakap lebih-lebih sebab takut salah penilaian. Tapi apa yang Atie nampak, Mustaqim tu lelaki yang baik, semua tahu. Tapi, Atie tak rasa dia yang terbaik untuk Anna. Atie tak rasa dia akan dapat bahagiakan Anna” Johana terasa sebak.
“Maafkan Atie sebab terlalu berterus-terang. Tapi, Atie nak Anna tahu yang Atie selalu doakan yang terbaik untuk Anna. Sebagaimana Atie bahagia dengan Saiful sejak 3 tahun lepas, macam tu jugak Atie nak Anna bahagia di dalam percintaan Anna” tangan Atie lembut meramas jari jemari Johana yang sudahpun menitiskan air mata.

-------------------------------------------------------------------------------------

“Kau dah dapat kerja?” soal Muzaffar ketika masuk ke bilik abangnya untuk mengambil baju. Bilik mereka berasingan namun mereka berkongsi almari baju yang diletakkan di bilik Mustaqim. Mustaqim menggelengkan kepalanya. Muzaffar memerhatikan abangnya yang semakin kurus dan tidak terurus. Di kerlingnya ke arah bekas rokok di sisi kanan Mustaqim. Sudah penuh walaupun Muzaffar baru membersihkannya pagi tadi. Muzaffar agak risau dengan keadaan abangnya kebelakangan ini semenjak hilang mata pencarian. Mustaqim lebih gemar menyendiri dan berkhayal di biliknya. Kadang-kadang Muzaffar yang tolong bawakan nasi untuk Mustaqim jika Mustaqim tidak keluar bilik, tapi kadang-kadang langsung tidak dijamah Mustaqim.
Muzaffar membuka pintu almari untuk mencari bajunya. Di tangan kanannya, cd album Jason Myraz dipegang erat. Merasa agak terganggu untuk mencari bajunya, Muzaffar meletakkan cd tersebut di sebelah bekas rokok Mustaqim. Mustaqim menjeling.
“Best ke lagu-lagu Jason Myraz ni?” soal Mustaqim.
“Aku suka lagu ‘I’m Yours’ je” ujar Muzaffar sambil mencapai sehelai t-shirl polo putih.
“Kalau setakat satu lagu je yang kau suka, apsal kau beli satu album die pulak?”
“Sebab aku beli untuk buah hati aku” spontan Muzaffar menjawab. Lepas mencapai cd lagu tersebut, Muzaffar melangkah keluar dari bilik. Sempat dia melemparkan senyuman pada Mustaqim.

-------------------------------------------------------------------------------------

Dari jauh kelihatan Muzaffar melambai-lambai ke arah Johana. Johana mengeluh kecil. Athirah memerhatikan jejaka tinggi lampai itu.
“Siapa tu Anna?” soal Athirah ingin tahu.
“Itulah ‘Mat Bunga’ tu” Athirah tersenyum lebar.
“Hensem!” serentak Johana memandang tepat ke muka Athirah.
“Betul! Hensem! Eh! Die datang sini lah” Athirah yang separuh berbisik menggoncang lembut bahu Johana. Johana jadi rimas dengan sikap Athirah namun dia sudah masak dengan perangai Athirah yang adakalanya agak kebudak-budakan.
“Hai Johana” sapa Muzaffar apabila tiba dekat di hadapan mereka. Haruman Dunhill Desire menusuk ke deria bau Johana dan Athirah. Athirah tersenyum lebar, selebar senyum Muzaffar.
“Taknak kenalkan ke siapa gadis di sebelah awak tu?” soal Muzaffar lembut apabila dilihatnya Johana hanya mendiamkan diri. Belum sempat Johana menjawab, Athirah bersuara.
“Saya Athirah. Kawan baik Johana. Johana ni sebenarnya peramah, tapi dengan lelaki atau dengan orang yang die baru kenal, memang dia malu and diam sikit” Athirah tersengih. Johana menyiku lengan Athirah dan membuatkan sengihan Athirah mati tiba-tiba. Muzaffar tergelak kecil dengan gelagat dua sahabat baik di hadapannya itu.
“Errmmm... Anyway Muzaffar, saya dah lewat ni. Ade keje dekat office yang I belum settlekan lagi. So, you take care ye. Bye” Johana cepat-cepat berlalu pergi sambil menarik tangan Athirah.
“Tunggu Johana!” langkah mereka terhenti apabila Muzaffar memanggil Johana.
“Untuk awak” Muzaffar menghulurkan cd album Jason Myraz kepada Johana. Lambat-lambat Johana mencapainya. Hati Muzaffar lega apabila Johana menerima hadiah pemberiannya.
“Ok. Take care Athirah, Johana” Muzaffar melangkah pergi meninggalkan dua sahabat itu.
“Johana!” panggilan dari Muzaffar menyentakkan Johana yang asyik membelek cd pemberian Muzaffar.
“I’m yours!” jerit Muzaffar kuat sehingga membuatkan kebanyakkan orang yang lalu-lalang di situ berpaling melihat ke arah Muzaffar, kemudian melihat ke arah Johana.
Athirah tersengih. Wajah Johana merona merah.

-------------------------------------------------------------------------------------

Jam menunjukkan angka 3.41 pagi. Johana masih tidak dapat melelapkan matanya kerana terfikirkan Mustaqim. Jarang benar Mustaqim menghubunginya sekarang. Bila dia menghubungi Mustaqim, Mustaqim agak dingin melayannya. Ada ketikanya, Mustaqim akan memohon maaf kepadanya kerana bersikap begitu terhadapnya. Johana sedikitpun tidak marah kerana memahami situasi Mustaqim. Cuma dia risau dengan keadaan Mustaqim akhir-akhir ini dan dia akui, kadang-kadang jiwanya terasa kosong apabila terfikirkan dia seolah-olah tidak penting dalam hidup Mustaqim.
Hatinya seringkali merindui Mustaqim namun kadangkala dia terpaksa memendam perasaannya sendiri apabila tidak dapat menghubungi Mustaqim. Kadang-kala dia ada terfikir bukan-bukan mengenai Mustaqim apabila dia tidak dapat menghubungi Mustaqim namun perasaan itu sekejap sahaja kerana dia yakin Mustaqim bukanlah seorang lelaki yang tidak setia ataupun gemar berpoya-poya dengan gadis lain. Itu dapat dilihatnya sewaktu Mustaqim bersama dengan Marina satu ketika dahulu.
Marina! Adakah Mustaqim kembali bersama dengan Marina kembali? Adakah Mustaqim bersikap begini disebabkan Marina? Johana langsung tidak pernah bertanya mengenai Marina kepada Mustaqim kerana baginya perkara yang berlalu tak perlu diungkit lagi. Cukuplah sekadar dia tahu bahawa hubungan Mustaqim dan Marina sudah lama berakhir. Namun sekarang, dengan layanan Mustaqim terhadapnya sering membuatkan Johana berfikiran negatif. Perasaan sayangnya terhadap Mustaqim membuatkan Johana semakin lemah dan tewas dengan emosi sendiri.
Johana terasa mahu menghubungi Mustaqim. Terasa mahu mendengar suara Mustaqim. Mahu luahkan perasaan rindu dan sayangnya terhadap Mustaqim. Telefon bimbitnya dicapai. Johana berfikir lama. Akhirnya Johana berkeputusan untuk menghantar sms kepada Mustaqim. Tidak mahu mengganggu kekasih hatinya yang pastinya sedang nyenyak tidur.

Jari Johana laju menaip mesej untuk Mustaqim,

“Give me more loving than I’ve ever had, Make me feel better when I’m feeling sad, Tell me I’m special even though I know I’m not, Make me feel good when I hurt so bad, Barely getting mad, I’m so glad I found you, I love being around you... Sayang... I miss you badly”

Message sent!

Johana tersenyum dan meletakkan telefon bimbitnya bersebelahan bantalnya. Dicapainya cd lagu yang dihadiahkan Muzaffar. Sudah banyak kali Johana bertemu dengan Muzaffar namun mulutnya terasa berat untuk berbual Muzaffar. Johana bingkas bangun dan memasang cd lagu tersebut. Sengaja dia memilih untuk mendengar lagu 'Im Yours'. Johana terlena ketika sedang leka dan asyik menghayati lirik lagu tersebut.

Well you done done me and you bet I felt it
I tried to be chill but you're so hot that I melted
I fell right through the cracks
Now I'm trying to get back
Before the cool done run out
I'll be giving it my bestest
And nothing's going to stop me but divine intervention
I reckon it's again my turn to win some or learn some

I won't hesitate no more, no more
It cannot wait, I'm yours

Well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find love love love love
Listen to the music of the moment babay sing with me
I love peace for melody
And It's our God-forsaken right to be loved love loved love loved

So I won't hesitate no more, no more
It cannot wait I'm sure
There's no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I'm yours



-------------------------------------------------------------------------------------

“Saya risau lah tengok si Mustaqim tu”
“Risau kenapa pulak Nah oii...” Mokhtar kusyuk membaca surat khabar pagi tadi ketika sedang duduk berehat di luar rumah bersama isterinya Maznah.
“Abang ni. Takkan la tak nampak perubahan Mustaqim sejak akhir-akhir ni. Moyok je muka dia. Makan pun tak lalu. Kalau saya tak bising suruh dia mandi, entah-entah seminggu tak mandi gamaknya. Sekarang ni, sejak bisnesnya dibawa lari Azwan, hari-hari terperap je dalam rumah saya tengok” Maznah mengeluh kecil.
“Habis tu, yang dia tak pergi cari kerja kenapa?” Mokhtar masih tekun membaca surat khabar. Acuh tak acuh berbual dengan Maznah. Maznah mengerling tajam ke arah suaminya.
“Abang ni kan, cubalah faham sikit. Sekarang ni nak cari kerja bukannya senang. Abang ingat pergi cari kerja tu, minta kerja terus boleh dapat ke? Nak minta kerja jadi cashier dekat 7 Eleven tu pun belum tentu senang nak dapat tau” Maznah mula membebel. Mokhtar meletakkan surat khabar yang dibacanya ke ribanya. Dia melihat ke arah isterinya dan menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Awak ni kenapa ni? Lain macam je saya tengok” Maznah mencebikkan mulutnya.
“Ye lah. Abang tu macam tak risaukan anak lelaki abang tu. Saya ni hari-hari sembahyang berdoa pada Tuhan agar Mustaqim cepat-cepat kembali bersemangat macam dulu. Abang tu, saya tengok macam tak kisah je. Mustaqim tu, berat saya kandung 9 bulan dalam perut saya ni tau. Dari kecil sampai sekarang kita sama-sama membesarkan dia, awak ingat hati saya senang ke tengok anak kita macam sekarang ni?” Maznah jadi emosi. Airmata mula bertakung di matanya. Mokhtar rasa bersalah kerana bersikap acuh tak acuh tadi. Sesungguhnya dia sendiri risau melihat keadaan Mustaqim namun, baginya, Mustaqim sebagai seorang lelaki, dia patut tahu untuk mengawal dan menguruskan kehidupannya.
“Saya pun risau Maznah. Tapi awak janganlah awak risau sangat. Mustaqim tu dah besar, tahulah dia uruskan hidup dia” Mokhtar cuba memujuk isterinya.
“Saya tengok dulu, panas baran Mustaqim tu taklah teruk sangat macam sekarang. Sejak hubungan dia dengan Marina putus, saya tengok panas barannya makin menjadi-jadi” mendatar suara Maznah. Mokhtar memeluk bahu isterinya. Hatinya mengiyakan kata-kata isterinya itu.
“Tak lama lagi baik lah keadaan si Mustaqim tu. Awak jangan risau sangat” Maznah terdiam.
“Malam bulan dipagar bintang.....” Mokhtar tiba-tiba mendendangkan lagu P Ramlee yang dulu sering dinyanyikannya untuk Maznah di awal perkahwinan mereka. Maznah menjeling ke arahnya.
“Tambah seri cuaca malam.....” Mokhtar membalas jelingan Maznah. Maznah tergelak kecil. Mokhtar menyambung kembali.
“Murni sungguh ciptaan Tuhan..... Bulan bintang lampu alam....” ketika menyebut perkataan ‘bintang’, Mokhtar menundingkan jari telunjuknya ke arah langit yang bintang kelihatan agak banyak malam itu.
“Andai kata bintang.....” nyanyian Mokhtar terhenti. Maznah melihat ke arah Mokhtar.
“Tak ingat lirik lah tu”
“Tak”
“Abis tu?” Maznah kehairanan.
“Saya rasa...” tak sempat menghabiskan ayatnya, satu bunyi yang agak kuat kedengaran.
“Abang lepas ‘gas beracun’! Busuk!” jerit Maznah sambil menampar lembut bahu suaminya. Mokhtar tergelak besar.

-------------------------------------------------------------------------------------

Rasa rindu mula menular di hati Mustaqim. Johana sudah 2 hari bercuti di kampungnya, Perak. Kebetulan Muzaffar juga ke Perak kerana ada jemputan kahwin dari rakan lamanya. Muzaffar ada mempelawa Mustaqim ke Perak bersamanya, namun Mustaqim menolaknya. Mustaqim ada menghubungi Johana tengah hari tadi namun panggilan tidak. Mustaqim jadi tidak senang duduk kerana rindunya terhadap Johana makin menjadi-jadi. Sedang memikirkan Johana, telefon bimbitnya berdering. Laju dia menjawabnya kerana dia tahu itu adalah panggilan daripada Johana.
“Hello!”
“Hello Qim. Laju angkat telefon? Rindu saya ye?” Johana sempat mengusik.
“Err.... tadi kebetulan nak type message then awak call, saya tertekan butang ‘pick up call’” Mustaqim cuba berdalih. Johana tertawa kecil.
“Takpelah, tak kisahlah kalau awak tak rindu saya, yang pasti saya rindu awak” Mustaqim terdiam. Lama Johana menunggu Mustaqim bersuara.
“Awak dah makan?” soal Johana apabila tiada sebarang balasan daripada Mustaqim. Mustaqim masih mendiamkan diri.
“Qim...?”
“Saya rindukan awak. Saya sangat sangat rindukan awak. Johana, maafkan saya sebab banyak abaikan awak selama ni. Maafkan saya sebab banyak buat awak bersedih dengan sikap saya. Saya terlalu tertekan dengan hidup saya. Saya sayangkan awak. Maafkan saya” Johana ternganga.
“Saya tertekan Johana. Waktu saya kembali bertemu dengan awak dan awak menerima saya sebagai kekasih awak, saya dah bertekad untuk jadikan awak isteri saya. Saya dah mula nak menyimpan duit untuk masuk meminang awak. Tiba-tiba jadi macam ni” Johana rasa terharu.
“Qim... Saya pun sayangkan awak. Saya sanggup tunggu awak Qim. Selama ni pun, memang saya tunggu awak. Dah 4 tahun saya tunggu awak. Sekarang kita dah bersama, takkan mudah untuk saya lepaskannya Qim”
Sesungguhnya Johana yakin, tak mungkin cintanya terhadap Mustaqim berubah cuma disebabkan keadaan Mustaqim sekarang. Dan dia yakin hatinya benar-benar menyayangi Mustaqim. Hanya takdir yang dapat mengubah perasaannya terhadap Mustaqim.

-------------------------------------------------------------------------------------

Muzaffar memerhatikan satu susuk tubuh yang amat dikenalinya. Muzaffar benar-benar terkejut melihat kehadiran Johana ke majlis perkahwinan Rustam, bekas rakan sekerjanya. Muzaffar berjalan perlahan ke arah Johana yang sedang ayik berbual di talian telefon. Setelah dilihatnya gadis itu sudah habis berbual, Muzaffar laju melangkah ke arah Johana. Tiba dekat dengan gadis itu, Muzaffar mencuit lembut bahu Johana. Johana ternyata terkejut melihat Muzaffar turut berada di situ.
“Berjodoh agaknya kita ni” spontan Muzaffar bersuara. Johana tergelak kecil.

*******************************************************************

“”Macam mane awak tahu saya ni adik Mustaqim? And macam mane awak boleh kenal die?” soal Muzaffar kehairanan. Ketika sedang membuka pintu keretanya, Johana memanggil kuat namanya dari jauh. Apabila Johana sampai dekat kepadanya terus Johana menyoal samada adakah dia merupakan adik kepada Mustaqim.
“Jadi betullah awak ni adik Mustaqim. What a small world” Muzaffar mengerutkan dahinya.
“Macam mane....”
“Saya kekasih abang awak” Muzaffar bagaikan dipanah petir.
“Kereta Perdana ni. Saya cam kereta ni walaupun dah bertukar warna. Dia pernah ceritakan dia ada menjual keretanya pada adiknya. Awak, Muzaffar” tutur Johana lembut.
Muzaffar terasa ingin menangis saat itu!

-------------------------------------------------------------------------------------

Sampai di rumah, Muzaffar terus masuk ke biliknya. Maznah, Mokhtar dan Mustaqim yang sedang menonton televisyen hanya memandang kelibat Muzaffar.
“Kenapa dengan Muzaffar tu?” soal Mokhtar kepada Maznah. Maznah menggeleng-gelengkan kepalanya. Jarang Muzaffar bersikap begini. Naik risau pulak melihat keadaan anak-anak lelakinya.
“Penat drive dari Perak tu agaknya” Mokhtar menjawab sendiri soalannya sambil menyambung menonton televisyen.
Muzaffar duduk di tepi katilnya. Kedua-dua siku tangannya diletakkan di atas pahanya. Muzaffar merenung memandang lantai seketika sebelum membuka kemeja putih yang dipakainya. Muzaffar kemudiannya membaringkan tubuhnya ke atas katilnya bercadar coklat gelap.
Fikirannya jauh melayang memikirkan tentang pertemuan dan perbualannya dengan Johana sebentar tadi.
Dari situ barulah dia mengetahui siapakah gadis yang telah membuatkan abangnya kembali ceria setelah sekian lama tidak dilamun cinta. Johana bertanyakan banyak perkara mengenai Mustaqim. Pada awalnya Muzaffar keberatan ingin menceritakannya, namun atas pujukan dan desakan Johana, Muzaffar akhirnya mula bercerita mengenai Mustaqim satu persatu. Mengenai punca perpisahan Mustaqim dengan Marina, sikap Mustaqim yang berubah manjadi semakin panas baran sejak berpisah dengan Marina, bagaimana Mustaqim kehilangan kerjanya kerana bertumbuk dengan rakan sekerjanya dan sikapnya di rumah lewat kebelakangan ini.
Muzaffar rasa cemburu apabila sedar Johana sangat mengambil berat mengenai Mustaqim. Dapat dirasakan gadis itu amat menyayangi abang kandungnya. Namun dia cuba menyembunyikan perasaannya itu. Dia kesal apabila lambat mendekati gadis itu sebelum abangnya bertemu kembali dengan Johana secara kebetulan, namun di dalam masa yang sama, Muzaffar sedar bahawa jodoh, pertemuan dan perpisahan semuanya di tangan Tuhan.
Muzaffar menekapkan telapak tangannya di wajah bersihnya. Kemudian melurutnya sehingga ke bawah dagunya. Muzaffar bangun untuk mengambil wuduk apabila tiba-tiba teringat dia telah tertinggal solat Maghrib tadi.

-------------------------------------------------------------------------------------

“Macam mane boleh rosak ni?” soal Johana sambil tersenyum.
“Entahlah. Nak kena jual dah agaknya motor ni”
“Selamat motor rosak dekat tempat yang dekat dengan ‘workshop’kan?” Mustaqim mencebikkan bibirnya. Geram motor kesayangannya buat hal di tengah panas. Kebetulan waktu itu dia ada janji untuk makan tengah hari bersama Johana.
“Awak nak tunggu sini sampai diorang habis repair ke?” soal Johana kepada Mustaqim. Mustaqim menjungkitkan bahunya.
“Jomlah kite makan dulu, lepas habis makan kite datang sini balik” cadang Johana.
“Jom. Perut saya pun dah lapar ni” Mustaqim menepuk-nepuk perutnya. Johana tertawa kecil sambil menyerahkan kunci keretanya kepada Mustaqim.
Sedang menghidupkan enjin kereta, mata Mustaqim tertancap pada satu cd lagu di dalam kereta Johana. Mustaqim mencapai cd lagu tersebut. Johana memandang ke arah Mustaqim. Hatinya tiba-tiba rasa tidak keruan.
“Bila awak beli cd lagu ni?” soal Mustaqim. Johana berkira-kira mahu menjawabnya. Muzaffar ada memesan kepadanya agar merahsiakan mengenai perkenalan dan pertemuan mereka. Muzaffar merasakan wajar sekiranya Mustaqim tidak tahu apa-apa mengenai perasaannya terhadap Johana dan bagaimana mereka bertemu.
“Kawan saya hadiahkan” jawab Johana ringkas. Mustaqim mengangguk kecil namun hatinya mula syak sesuatu. Muzaffar baru membeli cd lagu yang sama dan Muzaffar ada menyebut ingin memberikannya kepada ‘buah hati’nya. Masing-masing terdiam melayan fikiran sendiri. Dapat dilihat riak wajah Johana agak berubah.
Sepanjang perjalanan, Mustaqim tidak banyak bersuara. Johana cuba berbual-bual dengan Mustaqim namun Mustaqim lebih banyak mendiamkan dirinya.
Ketika sedang menikmati mee kari kegemarannya, selera makan Mustaqim hilang apabila teringatkan Johana dan Muzaffar pergi ke Perak pada waktu yang sama.

-------------------------------------------------------------------------------------

“Entahlah Atie. Mustaqim macam dapat rasa ada sesuatu yang tak kena antara Anna dengan Muzaffar. Tapi dalam masa yang sama, Anna tak lah risau sangat sebab lepas Anna jumpa Muzaffar dekat Perak hari tu, Muzaffar pun dah tak pernah datang sini lagi cari Anna”
“So, Anna janganlah risau sangat ye? Cuma Atie kesian jugak dekat Muzaffar tu. Atie yakin die betul-betul sukakan Anna. Tapi apakan daya, gadis idaman dia adalah bakal kakak iparnya” Atie mengeluh kecil.
Johana memandang ke arah seberang jalan di tempat mereka sedang menikmati makan tengah hari bersama.
Ketika dia berpaling kembali ke arah Athirah, dia agak hairan kerana rakannya itu sedang mendongak ke atas arah belakangnya. Johana memalingkan tubuhnya ke belakang dan agak terkejut melihat Muzaffar berdiri di belakang. Muzaffar senyum kepada Johana. Athirah diam memerhatikan Johana dan Muzaffar.
“Boleh saya duduk?” soal Muzaffar. Johana memandang ke arah Athirah. Athirah yang seolah-olah tersedar dari khayalan, terus menjemput Muzaffar duduk.
“Duduklah. Ada kerusi lebih tu. Tak kena bayar pun kalau duduk. Tapi kalau nak makan, kena bayarlah” sempat Athirah berseloroh sehingga membuatkan Johana dan Muzaffar tertawa kecil dan berpandangan sesama sendiri.
“Atie baru teringat Atie ada hal, Atie pergi dulu ye! Bye!” Johana terkejut apabila Athirah tiba-tiba bangun meninggalkan mereka. Cuba ditarik tangan rakannya itu namun tidak sempat. Athirah laju bangun dan berjalan meninggalkan mereka.
Johana kemudian tunduk memandang ke arah pinggan nasinya. Muzaffar tajam merenung ke arah Johana. Masing-masing terdiam seribu bahasa. Manakala, Mustaqim tengah menahan marah memerhatikan Johana dan Muzaffar dari jauh sambil langkahnya laju berjalan ke arah kekasih hati dan adik kandungnya itu.
“Johana” panggil Muzaffar lembut. Johana mengangkat wajahnya memandang Muzaffar.
“Saya rindukan awak” mata Johana membulat.
“Maafkan saya. Saya tak sepatutnya berkata begini pada kekasih abang saya sendiri, tapi... saya cuma nak katakan pada awak, lepas ni... saya akan cuba lupakan awak” Johana menjadi tak keruan.
“Saya akan doakan...”
“Johana!” kedengaran satu suara yang agak keras memanggil Johana. Satu suara yang amat dikenalinya. Perlahan dia memandang ke arah pemilik suara itu. Jantung Muzaffar bagaikan terhenti.
“Tak sangka...” ujar Mustaqim pendek.
“Qim... Ini tak seperti yang awak fikirkan” Johana bangun dan memegang lengan Mustaqim. Dapat dirasakan Mustaqim sudah salah faham terhadapnya dan Muzaffar. Mustaqim menepis tangan Johana. Muzaffar bangun menghampiri Mustaqim. Dia cuba bersuara namun Mustaqim terlebih dahulu bersuara.
“Aku tak sangka kau sanggup buat macam ni Zaf!” suara Mustaqim meninggi. Johana menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia jadi takut dan risau melihat keadaan Mustaqim. Dapat dilihat urat-urat tangan Mustaqim mula timbul.
“Qim....” Muzaffar cuba menenangkan abangnya.
“Kenapa korang tipu aku?!” Mustaqim semakin hilang kawalan diri.
“Kenapa semua orang yang aku percaya, selalu khianati aku?!” Muzaffar dan Johana menjadi semakin risau.
“Sayang.... Dengar dulu ape penjelasan saya” Johana masih cuba menjelaskan keadaan yang sebenarnya kepada Mustaqim walaupun dia takut melihat pandangan mata Mustaqim yang separuh terbeliak merenungnya. Urat-urat kecil anak mata Mustaqim memerah. Di matanya, tiada lagi Johana. Tiada lagi Muzaffar. Dia bagaikan berada di hadapan Marina dan Ashraf. Dia bagaikan terlihat Marina dan Ashraf sedang tersenyum sinis memandang ke arahnya. Mustaqim menjadi tertekan. Di capainya satu kerusi dan membalingnya ke arah luar. Muzaffar yang terkejut dengan tindakan abangnya itu memegang lengan Mustaqim cuba menenangkannya namun Muzaffar ditolak kuat sehingga terlanggar meja makan dan jatuh terlentang. Johana jadi panik dan berundur ke balakang. Mustaqim meluru ke arah Johana dan menarik rambut kuat rambutnya.
“Kenapa kau buat macam ni dekat aku Marina?! Kenapa?!” Mustaqim terjerit-jerit sambil turun ke arah jalan raya bersebelahan restoran makan tersebut. Johana yang tidak mampu berbuat apa-apa hanya mampu menangis dan merayu kepada Mustaqim agar jangan memperlakukannya begitu. Muzaffar bingkas bangun dan lari mendapatkan abangnya yang sudah hilang kawalan diri. Dia cuba meleraikan genggeman tangan Mustaqim yang sedang mencekak rambut Johana. Mustaqim menjadi lebih geram dan bertindak menolak kepala Johana sehingga membuatkan gadis itu terjatuh.
Leher baju Muzaffar di cekaknya dan pergelutan terjadi di antara dua beradik itu. Muzaffar masih cuba menenangkan abangnya sambil mempertahankan dirinya.
“Qim. Aku.... bukan Ashraf....” suara Muzaffar tersekat-sekat. Tumbukan Mustaqim yang hampir mengena dimukanya ditahan.
“Kenapa?! Kenapa?!” Mustaqim sudah separuh gila. Muzaffar cuba memegang lengan Mustaqim dan dia berjaya. Dipeluk kuat abangnya dari belakang. Nafas Mustaqim turun naik laju apabila tidak dapat bergerak kerana pelukan Muzaffar terlalu kuat.
“Qim. Ini Muzaffar. Bukan Ashraf. Kau salah faham” Muzaffar masih cuba memujuk Mustaqim.
“Mengucap Qim. Mengucap. Bawa bertenang”
“Qim. Kau salah faham Qim... “ Nafas Mustaqim semakin stabil. Muzaffar perlahan-lahan meleraikan pelukannya dan memegang bahu Mustaqim. Johana diam memerhatikan dari jauh. Mustaqim memalingkan wajahnya melihat ke arah Muzaffar. Kemudian ke arah Johana. Sedang menatap wajah Johana, Mustaqim teringatkan Marina. Bersilih ganti terbayangkan Marina yang berpelukan dengan Ashraf, kemudian cd lagu yang Muzaffar hadiahkan kepada Johana. Mustaqim menjerit kuat dan berlari laju tanpa arah. Johana yang terdiam dari tadi menjerit kuat apabila melihat Mustaqim tanpa sedar berlari ke arah jalan raya dan...

“Mustaqim!!!!” tubuh Mustaqim tampak ringan melambung apabila dilanggar sebuah kereta Honda Civic berwarna hitam. Sejurus menjerit menyebut nama Mustaqim, Johana jatuh terduduk. Jantungnya bagaikan terhenti. Muzaffar berlari laju mendapatkan abangnya yang sedang menggelupur di tengah jalan. Kepala Mustaqim diangkat dan diletakkan ke atas ribanya. Air matanya bercucuran mengalir di pipi sambil bibirnya memanggil-manggil abangnya.
“Abang.... Abang.....” orang ramai mula mengerumuni melihat keadaan Mustaqim.
“Tolong call ambulan” perlahan Muzaffar bersuara. Dirinya sendiri tidak tahu kepada siapa dia meminta bantuan kerana matanya hanya memandang ke arah Mustaiqm yang sedang nyawa-nyawa ikan sambil tersedu-sedan menangis.
“Toloong... call... ambulan....” sekali lagi Muzaffar mengulang ayat yang sama. Waktu itu kelihatan seorang wanita yang sedang berdiri melihat Mustaqim dan Muzaffar mendail laju telefon bimbitnya menghubungi pihak hospital. Johana perlahan-lahan melangkah dan melutut di sisi Muzaffar. Hatinya bagaikan tidak percaya melihat Mustaqim yang sedang terlantar tidak berdaya dengan darah yang mengalir banyak keluar dari mulutnya. Air matanya perlahan-lahan mengalir keluar dari matanya.
“Mengucap Qim... Mengucap....” Muzaffar semakin hiba.
Mustaqim cuba bersuara namun kerongkongnya terasa tersekat. Pandangannya berpinar. Semakin gelap. Bayangan mamanya yang bertudung putih tiba-tiba muncul di pandangan. Kemudian abahnya. Kedua-dua mereka tersenyum lembut ke arahnya. Kemudian wajah ayu Johana muncul. Namun samar-samar. Johana memakai kurung putih. Mustaqim memanggil-manggil nama Johana. Johana memegang erat tangan Mustaqim apabila mendengar Mustaqim menyebut namanya.
Kepala Mustaqim terasa semakin berat. Dadanya terasa pedih.
“Asha...du...allah...ilaaahail...lallah...” perlahan Mustaqim mengucap dua kalimah syahadah mengikut bisikan Muzaffar.
“Wa..ashhau..anna..muhammadar...rasu...llullah....” Muzaffar menangis tersedu-sedan. Johana menangis kuat melihat Mustaqim menggelupur dan akhirnya, Mustaqim terbujur kaku di situ.......

I feel so unsure
As I take your hand, and lead you to the dance floor
As the music dies
Something in your eyes
Calls to mind a silver screen
And all its sad goodbyes

I'm never gonna dance again
Guilty feet have got no rhythm
Though it's easy to pretend
I know you're not a fool
I should have known better, than to cheat a friend
And waste a chance, that I'd been given
So I'm never gonna dance again
The way I danced with you…

Time can never mend
The careless whispers, of a good friend
To the heart and mind
Ignorance is kind
There's no comfort in the truth
Pain is the whole you find

And I'm never gonna dance again
Guilty feet have got no rhythm
Though it's easy to pretend
I know you're not a fool
I should have known better, than to cheat a friend
(should have known better - yeah)
And waste a chance, that I'd been given
So I'm never gonna dance again
The way I danced with you, ooh…

Never without your love…

Tonight the music seems so loud
I wish that we could lose this crowd
Maybe, it's better in this way
We'd hurt each other, with the things we want to say

We could have been so good together
We could have lived, this dance forever
But now, who's gonna dance with me?
Please stay

And I'm never gonna dance again
Guilty feet have got no rhythm
Though it's easy to pretend
I know you're not a fool
I should have known better, than to cheat a friend
And waste a chance, that I'd been given
So I'm never gonna dance again
The way I danced with you….


Takdir penentu segalanya. Andai ini takdirnya bersama Mustaqim, Johana redha.

9 comments:

LotsOfLove-Pearls said...

My Sweety Vee..
I will read tonight ok..
I kalau nak baca cerpen nie biar masa yg damai kerana nak menghayati. Mcm biasa.
Huhu..

I will read nnt ok. Karya you owez the best for me..

You take care sweety.
Me mish ya too!

eddie dewanaga said...

oh my goodness...

'...pahatkan nisan
serangkum syair,
keluh pujangga
kasih tak sampai...'

LotsOfLove-Pearls said...

Dear Vee..
I dah selesai baca petang tadi tapi baru berkesemptan nak comment..
Now Careless Whisper playin..

Fall in love with tht song..

Secara keseluruhan, jalan cerita yang mengujakan. Saat akhir tu dah bertakung dah airmata ketika keadaan Qim yang dh tak menentu dan merasakan dirinya dikhianati oleh insan2 yg dipercayainya.

saat menyedihkan, Qim tak tahu betapa Anna amat mencintainya. Dia tak tahu kebenaran di sebalik kejadian.

Thumbs up Sweety!

Good Job...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

I Love this words:

"Give me more loving than I’ve ever had, Make me feel better when I’m feeling sad, Tell me I’m special even though I know I’m not, Make me feel good when I hurt so bad, Barely getting mad, I’m so glad I found you, I love being around you... Sayang... I miss you badly."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Miss ya!

LotsOfLove-Pearls said...

Vee,
cuba baca ayat nie:

"Sunyi lah pulak kan?” Johana hanya memerhatikan gerak geri Mustaqim. Tak lama kemudian lagu ‘No One’ nyanyian Alicia Keys berkumandang. Mustaqim memandang ke arah Mustaqim ketika mendengar lagu tersebut."

Mustaqim memandang ke arah Mustaqim..


**No need to publish this.. hehe..

take care ok..

eddie dewanaga said...

gua baca lagi sekali pagi sabtu ni... dgn harapan mustaqim masih bernyawa.

tapi...






fullstop!

Vee Violet said...

LOL,
Thanks cuz selalu betulkan mistakes Vee... and thanks for your support dear... :)
Muahhksss!!!

Eddie,
Ramai yang tak happy because the ending macam tue.. but - tak semestinya cerita mesti berakhir dengan happy ending... anyway, cerita ni ada kesinambungannya nanti... :)
thanks for your time baca cerpen vee eddie...
;)

Beauty Touch said...

nak mustaqim hidup.....tuka2
boleh kan dear.hehhhhe
cite ni best
saye suke

Vee Violet said...

Hi fina,
Dear.. hurrrmmm... mustaqim takkan hidup kembali sayang...
Thanks for your support ye sayang...
=)

Daniera said...

best cter nih. Pandai Vee olah. thanks dropping by my page. Daniera msk benda seng2 jer. Vee leh la cuber lau nak :)