Wednesday, July 29, 2009

Cerpen - Pemilik Hati


Mustaqim menendang kasar tayar motornya. Panas benar hatinya waktu itu. Dalam perjalanan pulang dari rumah rakannya, tayar motosikalnya buat hal. Pancit di tengah jalan. Mustaqim mendengus keras. Di keluarkan telefon bimbitnya. Setelah mendail panggilan kepada adiknya Muzaffar, telefon bimbitnya dilekapkan di cuping telinganya. Kedengaran satu suara gadis yang tidak dikenalinya namun sudah banyak kali didengarinya sebelum ini.
“This is your hotlink service. Sorry, you have insufficient credit to make this call. Please top up to make more call” .
“Aarrgghhh.....” Mustaqim menjerit kuat di tepi jalan yang agak bising dengan kereta yang lalu lalang. Serentak telefon bimbitnya berderai di tepi jalan tak jauh dari tempat dia berdiri. Nafasnya turun naik laju. Mustaqim duduk mencangkung di sisi motosikalnya. Rokok dikeluarkan dan tak lama selepas itu, asap rokok kelihatan. Tanpa di sedari, sebuah kereta berhenti di belakang motosikal Mustaqim. Mustaqim cuma menyedarinya apabila kedengaran bunyi pintu kereta di tutup oleh si pemandu. Mustaqim mengerling ke arah kereta tersebut dan pemandu yang berjalan ke arahnya.
‘Comel jugak minah ni’ sempat Mustaqim memuji dalam hatinya.
‘Tapi, ade aku kisah?!’ sempat juga hatinya memprotes dan memalingkan pandangan ke arah jalan.
“Cantik motor” satu suara halus kedengaran tak jauh dari cuping telinga Mustaqim.
‘Memanglah cantik, bongok! Tengok harga motor la. Tapi buat ape kalau sekadar cantik. Menyusahkan aku tengah-tengah highway ni’ Mustaqim berterusan memprotes tanpa melihat ke arah gadis tersebut.
‘Merokok tak baik untuk kesihatan tau” gadis tersebut mengusik Mustaqim apabila tiada sebarang balasan daripada Mustaqim. Tanpa di sangka, usikan tersebut telah mengundang kemarahan kepada Mustaqim.
“Eh! Kau ni sape hah! Apa masala.....” Mustaqim yang laju bingkas bangun sambil membaling puntung rokoknya terus menengking gadis tersebut namun tatkala melihat wajah gadis yang berada tepat di hadapannya, Mustaqim terdiam seribu bahasa. Masing-masing terkaku. Mata gadis yang berada di hadapannya bulat memandang ke arah Mustaqim. Jelas dia sangat terkejut dengan tindak balas dari Mustaqim.
“Johana.......” Nama itu terpacul keluar dari bibir Mustaqim setelah masing-masing agak lama terdiam.

-------------------------------------------------------------------------------------

“Kenapa awak berubah sampai macam ni Mustaqim? Maksud saya, saya tahu awak seorang yang agak moody tapi sebelum ni saya tak pernah tengok awak cepat marah sampai macam tu” soalan yang keluar dari bibir comel Johana membuatkan Mustaqim terdiam. Diketuk-ketuk meja makan di dalam Mc’Donald yang agak sesak dengan budak-budak muda. Johana hanya memerhatikan tindak tanduk Mustaqim. Menanti jawapan daripada Mustaqim. Namun tiada tanda-tanda Mustaqim ingin menjawab soalannya.
“Takpelah kalau awak rasa berat nak berkongsi apa-apa tentang diri awak dengan saya. Saya cuma concern tentang awak” serentak wajah Johana ditatap Mustaqim. Johana mengerutkan dahinya. Mustaqim tergelak kecil.
“Concern tentang saya? Boleh saya tahu kenapa?” soal Mustaqim pula pada Johana. Bibir Johana terbuka ingin memperkatakan sesuatu kepada Mustaqim namun suaranya tidak keluar. Mustaqim tersenyum melihat Johana yang tiba-tiba menjadi tidak keruan. Hatinya terfikir-fikir, adakah gadis itu masih menaruh hati padanya walaupun sudah 3 tahun mereka tidak bertemu?
“Well, kita kan pernah rapat, kebetulan pula semalam saya jumpa awak dalam keadaan macam tu. Awak tanyalah sesiapapun, mesti dia akan cakap risau kalau tengok keadaan kawan sendiri macam tu. Betul tak?” akhirnya Johana bersuara.
Mustaqim tersenyum mendengar jawapan Johana. ‘Kawan’. Jadi Johana hanya menganggapnya sebagai kawan.
“Apa perkembangan terbaru awak sekarang Puteri?” Johana tersentak apabila Mustaqim memanggilnya dengan panggilan Puteri. Senyuman Mustaqim melebar.
“Hmmm... Nothing much. Bekerja macam biasa di syarikat lama. Semakin kurang ceria pejabat tu sejak awak resign. Sebab lepas tu sorang demi sorang berhenti. Tinggal saya, Athirah dan Kak Lina je. Yang lain-lain, yang rapat dengan kita, yang selalu buat kecoh dah resign. Awak pulak?”
“Saya, 10 bulan lepas diberhentikan kerja sebab saya bertumbuk dengan rakan sekerja....” riak wajah Johana berubah.
“.... Lepas tu, saya menganggur sebulan. Then lepas tu saya memulakan perniagaan kecil-kecilan” Johana terdiam lama. Mustaqim memerhatikan Johana. Dia faham kenapa Johana berkeadaan sedemikian rupa namun, untuk memahami apa yang sedang difikirkan Johana, Mustaqim tidak tahu.
Johana mencapai telefon bimbit Mustaqim dan membelek-belek telefon bimbit Mustaqim yang di sisinya sudah sumbing gara-gara terhempas di tepi jalan raya semalam.
“Awak dah berubah. Dan saya nak tahu apa yang telah membuatkan awak berubah”

-------------------------------------------------------------------------------------

Johana memerhatikan Athirah yang sibuk membancuh air kopinya di pantry sambil tangan kanannya menongkat dagunya.
“So, Anna masih ada menaruh perasaan pada dia ke?” spontan soalan tersebut keluar dari bibir Athirah sejurus dia duduk berhadapan dengan Johana.
“Eh! Ke situ pulak. Itu kisah lama lah Athirah. Kite kena pandang ke hadapan, baru cerah masa depan” Johana sengaja mengangkat tinggi tangannya dan perlahan menolak ke hadapan telapak tangannya apabila menyebut ‘pandang ke hadapan’. Athirah tergelak kecil dengan gelagat Johana.
“Iyelah, macam la Atie kenal Anna baru dua hari kan? Macam lah Atie tak dapat baca hati dan fikiran Anna kan?” Atie menggeleng-gelengkan kepalanya dan menunudukkan wajahnya untuk meniup air kopinya yang agak panas. Johana mengeluh lembut.
“Entahlah Atie. Waktu bersama dengan Kamarul dulu pun, Anna tak sepenuhnya dapat lupakan Mustaqim. Atie pun tahukan kenapa hubungan Anna dengan Kamarul tak panjang. Sebab Anna taknak tipu perasaan sendiri and Anna rasa bersalah bila bersama dengan Kamarul namun hati masih teringatkan Mustaqim” Atie memandang ke arah Anna yang kelihatan tidak bersemangat.
“Tapi mujurlah waktu tu Kamarul dapat terima kan? Mungkin dia pun dari awal sedar Anna tak dapat sayangkan dia sepenuh hati” Johana mengangguk-angguk tanda setuju.
“Tu lah pasal. Dia ada cakap pada Anna, dia faham dan dia tak marahkan Anna. And dia cakap dia sanggup tunggu Anna but at the same time taknak paksa Anna terima dia. Sebab dia nak Anna terima dia kalau Anna memang dah betul-betul bersedia untuk sayangkan dia sepenuh hati”
“Haiii... Kadang-kadang Atie pun tak faham cinta ni. Bila ada yang terbaik depan mata, susah kita nak terima. Yang susah nak dapat itu jugak lah yang nak dikejar-kejarnya” Johana memuncungkan bibirnya. Jarinya mencubit lembut tangan Athirah.
“Perli Annalah tu!”

-------------------------------------------------------------------------------------

“Wa’alaikumussalam mama. Mak sihat?” girang suara Johana menjawab panggilan daripada mamanya.
“Sihat. Kamu tak balik kampung minggu ni Anna? Ayah sibuk bertanya. Kalau kamu nak balik dia nak ajak mama ke pasar beli bahan-bahan untuk buat gado-gado kegemaran kamu. Entah kenapa dengan ayah kamu tu, tiba-tiba rajin pulak nak buatkan gado-gado untuk kamu” panjang lebar mama Johana bercerita. Johana tergelak besar.
“Hahahah... Haaa... Tu tandanya ayah sayangkan Anna. Alahai, tiba-tiba berbunyi-bunyi pulak perut Anna ni. Terbayang-bayang gado-gado buatan ayah” Johana mengusap-usap perutnya.
“Jadi kamu balik ke idak ni?”
“Mama, Anna tak balik lah. Anna ada janji dengan kawan petang ni. Kalau nak balik sehari, tak puaslah mama. Sorry ye mama....”
“Mama tak kisah. Ayah kamu tu aje. Jaga diri. Assalamualaikum”
“Wa’alaikumussalam mama. Kirim salam dekat semua ye mama”
“Baik. Jaga diri. Jangan balik lewat sangat” Johana tersenyum mendengar arahan dari mamanya. Sudah masak dengan mamanya yang sering risaukan dirinya dan adik-beradiknya yang lain.
“Ok mama. Bye mama”

Talian mati di situ. Johana bingkas bangun dari katilnya dan mencapai tuala. Mahu bersiap untuk keluar bersama Mustaqim. Hatinya rasa girang dan bahagia. Sudah lama dia tidak berperasaan sebegini. Kali terakhir seingat-ingat ketika di awal perhubungannya ketika bersama Kamarul 2 tahun lepas namun semakin lama, perasaan itu semakin pudar. Bukan berpunca dari Kamarul, namun berpunca dari dirinya sendiri. Berpunca dari perasaannya yang masih tidak dapat melupuskan perasaan sayangnya terhadap Mustaqim walaupun disedari, kemungkinan untuk memiliki Mustaqim adalah sangat tipis.
Selesai mandi, Johana memilih baju di dalam almari bajunya sambil bernyanyi-nyanyi kecil. Lagu nyanyian Alicia Keys – No One menjadi pilihannya. Lagu itu pernah di tujukan untuk Mustaqim 4 tahun lepas. Tangannya terhenti setelah matanya tertancap pada sehelai dress berwarna krim lembut dan bercorak bunga hijau kecil. Johana terus mencapai dress tersebut. Hatinya semakin tidak sabar ingin bertemu dengan Mustaqim.
Johana bersyukur kerana Tuhan telah makbulkan doanya untuk bertemu dengan Mustaqim.

-------------------------------------------------------------------------------------

“Zaf, kau ade nampak baju hitam aku yang ade kolar tu tak?” soal Mustaqim pada adiknya yang sedang kusyuk menghadap laptopnya. Muzaffar sekadar menggelengkan kepalanya manakala Mustaqim masih mencari-cari kemeja kesayangannya di dalam almari.
“Wei, kau dengar tak aku tanya ni?” soal Mustaqim sambil berpaling melihat adiknya.
“Kan aku geleng tadi, maknanya aku tak nampak la”
“Lain kali cakap, bukannya belakang aku ni ade mata” Mustaqim membebel-bebel sambil tangannya ligat mencari-cari bajunya lagi. Muzaffar berhenti menaip sesuatu dan memerhatikan abangnya yang berusia tua setahun daripadanya. Geram juga dengan sikap abangnya yang kadang-kadang cepat marah kebelakangan ini namun mujur Muzaffar seorang yang penyabar dan tenang.
“Yang kau menggelabah sangat ni apsal? Kau ade date ke? Selalunya aku tengok kau tak berapa kisah sangat nak pakai baju ape pun kalau keluar hujung minggu. Baju terkoyak yang boleh buat kain buruk pun kau sapu” Muzaffar cuba mengorek rahsia. Dua tiga hari ini, sikap abangnya agak berubah. Sejak berpisah dengan Marina setahun lepas, jarang benar Mustaqim mahu keluar di hujung minggu apatah lagi mahu berpakaian kemas. Telefon bimbitnya juga jarang berbunyi namun beberapa hari ni kerap pula dilihat abangnya berbalas sms dan bercakap di telefon lewat malam.
“Haaaa! Ade pun!” Mustaqim akhirnya menemui kemeja hitamnya. Soalan Muzaffar tidak dijawabnya seoalah-olah dia langsung tidak mendengar suara adiknya. Muzaffar menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Zaf, movie cerita ape yang best sekarang ni?” soal Mustaqim sambil mencapai tualanya. Disangkutnya tuala tersebut ke bahunya dan berdiri menghadap Muzaffar.
“Movie... Kau nak tengok movie yang macam mane? Yang aku ingat Transformers.... Harry Potter..... Ice Age... Errr... Obsessed, yang girlfriend aku berlakon tu” Muzaffar sempat bergurau.
“Girlfriend kau? Sejak bile pulak kau bercinta dengan pelakon ni?” soalan dari Mustaqim membuatkan Muzaffar ketawa besar. Tidak diketahui samada abangnya turut bergurau ataupun benar-benar menyangkakan Muzaffar bercakap benar kerana Mustaqim kadang-kadang agak lurus bendul.
“Laa... kau tak tahu ke? Mama tak cakap ke kat kau minggu depan Ali Carter nak masuk meminang aku?”
“Ceh! Ali Carter. Aku ingatkan sape tadi. Berangan la kau sampai ke tua. Aku nak gi mandi dulu” Mustaqim melangkah keluar bilik apabila menyedari ‘kekasih’ yang dimaksudkan Muzaffar adalah seorang pelakon Hollywood. Tawa Muzaffar tetap kedengaran walaupun pintu biliknya ditutup rapat.

-------------------------------------------------------------------------------------

Johana memerhatikan Mustaqim yang khusyuk menonton wayang. Rindu benar dia mahu menatap wajah manis Mustaqim. Apabila Mustaqim memalingkan wajahnya ke arah Johana, Johana cepat-cepat memandang ke hadapan berlagak sedang menonton wayang. Mustaqim tersenyum manis. Dia menyedari Johana lama memerhatikannya dan sengaja dibiarkan gadis itu melayan perasaannya sendiri. Johana tersentak apabila Mustaqim merangkul bahunya dan menarik Johana rapat ke sisinya. Johana hanya menurut. Kepalanya disandarkan pada dada bidang Mustaqim. Johana dapat merasakan degupan jantung Mustaqim yang berdegup laju. Sehingga di akhir cerita, mata masing-masing memandang ke arah skrin wayang namun fikiran masing-masing tidak tertumpu di sana.
“Not bad kan cerita tu?” Mustaqim memulakan perbualan ketika berjalan menuju ke arah tempat letak kereta selepas menonton wayang.
“Ha’ah” sepatah Johana mengiyakannya walhal dia sendiri tidak berapa pasti dengan jalan cerita tersebut. Mustaqim hanya sekadar tersenyum dan terus berjalan menuju ke arah kereta Persona merah milik mamanya.
“Bila beli kereta ni?” soal Johana tiba-tiba.
“Not my car. Kereta mama saya” ujar Mustaqim sambil membuka pintu kereta. Perbualan mereka terhenti seketika. Johana menyusul masuk ke dalam kereta sejurus Mustaqim masuk.
Sambil menghidupkan enjin kereta, Mustaqim menyambung perbualan mereka,
“Lepas saya diberhentikan kerja, saya jual kereta saya pada adik saya”
“Dengan duit tu, saya dengan sorang rakan saya mula berniaga t-shirt dekat downtown” tanpa ditanya, Mustaqim semakin rancak bercerita. Johana hanya diam mendengar. Mustaqim berhenti bercerita ketika sedang membelok keretanya di satu selekoh. Suasana sepi seketika.
“So, inilah hidup saya sekarang” Mustaqim sebenarnya mahu bercerita lebih panjang, namun dia merasakan tidak perlu untuk diceritakan kepada Johana sepenuhnya apa yang telah terjadi kepada dirinya sepanjang 3 tahun ini. Johana memandang ke arah Mustaqim. Bibirnya terbuka kecil ingin menyoal sesuatu namun niatnya mati begitu sahaja. Serba salah ingin bertanya.
“Sunyi lah pulak kan?” Johana hanya memerhatikan gerak geri Mustaqim. Tak lama kemudian lagu ‘No One’ nyanyian Alicia Keys berkumandang. Mustaqim memandang ke arah Mustaqim ketika mendengar lagu tersebut. Johana yang menyedari perubahan Mustaqim selepas mendengar lagu tersebut, tertunduk malu.
“Awak nak tahu tak. Dulukan... Ade sorang gadis manis dedicated lagu ni untuk saya. Nak tahu die buat macam mane? Die tulis lirik lagu ni dalam satu purple color paper then die framekan kertas tu” wajah Johana memerah.
“Awak agak-agak kan, awak kenal tak siapa gadis tu? Mustaqim makin ligat mengusik Johana. Johana memuncungkan bibrnya. Mustaqim ketawa besar.
“Awak ni sengaja je tau!” Johana separuh menjerit dan tangannya laju mencubit halus paha Mustaqim.
“Alahai, rasa macam semut hitam berjalan atas paha saya je. Kalau nak cubit, cubit lah kuat lagi cik Johana ooiiii” makin menjadi-jadi usikan Mustaqim. Kali ini Johana mencubit paha Mustaqim sekuat hati. Mustaqim tersentak namun stereng kereta masih mampu di kawalnya.
“Adooiii... adoiii... Sakit! Sakit!” Johana tersenyum puas melihat Mustaqim menggosok-gosok pahanya.
“Sakitlaa... Nak kena potong tangan ni” tangan Mustaqim mencapai jari jemari Johana dan menggenggamnya erat. Jantung Johana berdegup kencang. Riak wajahnya berubah. Mustaqim menyedari perubahan wajah Johana.
“Awak cubit saya kuat macam tu, awak tak sayang saya ke?” soalan Mustaqim membuatkan Johana laju berpaling ke arahnya. Matanya bulat merenung ke arah Mustaqim. Mustaqim tersenyum manis.
“Saya sayangkan awak Puteri, awak tak sayang saya ke?” soalan daripada Mustaqim kali ini membuatkan Johana terkesima.

-------------------------------------------------------------------------------------

Mustaqim tersenyum sendirian. Terimbas di wajahnya wajah comel Johana yang terkejut ditengkingnya di tepi jalan minggu lepas. Sungguh tidak disangka dia secara kebetulan bertemu Johana di situ. Tak pasal-pasal Johana ditengkingnya. Waktu itu, dia dapat merasakan perasaannya terhadap Johana agak berlainan. Rindu, dia rindukan Johana. Dan waktu itu perasaannya lebih daripada itu namun dia sendiri tidak pasti perasaan apakah itu. Dia mempelawa Johana makan tengah hari bersama-sama. Dan dia semakin gembira apabila bertemu dengan Johana namun dia tidak menunjukkan perasaannya itu di hadapan Johana. Dia mengajak Johana keluar bersamanya di hujung minggu dan gadis itu tidak menolaknya.
Ketika bersama-sama menonton wayang, dia sedar Johana lama memerhatikannya. Dia yakin gadis itu masih menyukainya, menyayanginya. Ditarik rapat gadis itu disisinya dan waktu itu, jantungnya berdegup kencang. Dia mula yakin sebenarnya dia menyukai gadis itu lebih dari seorang kawan. Dia sedar dirinya jatuh cinta sekali lagi. Setelah lama bersendiri. Setelah lama kecewa ditinggalkan Marina.
Hati Mustaqim yang tenang dan gembira memikirkan Johana tadi tiba-tiba berubah menjadi geram apabila terfikirkan Marina. Riak wajahnya turut berubah. Keningnya berkerut. Mustaqim menggetap bibirnya.
“Kau ni ada masalah ke? Risau pulak aku tengok” suara Muzaffar menyedarkan Mustaqim dari lamunan.
“Kau ni. Lain kali bagilah salam dulu. Terkejut aku.” Mustaqim menggosok-gosok dadanya. Terkejut dengan teguran Muzaffar yang duduk di sebelahnya.
“Nak bagi salam apenye. Aku masuk rumah tadi pun kau ak perasan. Ni aku duduk sebelah kau hampir lima minit pun kau tak sedar. Aku tengok kau tu dah macam orang angau. Tersengih-sengih. Pastu tiba-tiba muka kau berubah macam nak makan orang pun ada” Mustaqim tiba-tiba merasa malu apabila tidak sedar dirinya telah jauh mengelamun. Dikerlingnya ke arah Muzaffar. Adiknya asyik mengunyah ‘Master Potato’ sambil menonton tv.
“Cerita ape ni?” soal Muzaffar pada Mustaqim.
“Shooter” perlahan dan pendek Mustaqim menjawab.
“Oooo... yang Mark Wahlberg berlakon tu ke? Cerita ni lah yang Azam cakap best tu. Aku tak sempat nak tengok sebelum ni” Muzaffar seolah-olah bercakap sendirian. Mau tidaknya, bercakap dengan abangnya namun matanya langsung tak berganjak dari kaca televisyen. Mustaqim memerhatikan adik lelakinya dan terfikir sesuatu mengenai adiknya.
“Kau kenapa takde awek lagi Zaf?” Muzaffar yang sedang mengunyah, terhenti mengunyah. Pandangannya di alihkan kepada Mustaqim. Agak hairan apabila abangnya tiba-tiba menyoalnya begitu. Jarang benar Mustaqim bertanyakan atau berkongsi mengenai hubungan cintanya. Bukan jarang, tidak pernah sebenarnya. Muzaffar mengerutkan dahinya.
“Errr... takpelah kalau kau tak rasa nak cakap. Aku tanya je” Mustaqim rasa kekok.
“Rilexlah.. Aku okay je. Aku ni, kawan perempuan ramai tapi nak ada serious relationship tu aku rasa aku tak ready lagi” Muzaffar mula bercerita. ‘Master Potato’ yang dipegangnya tadi, diletakkan di sisinya. Tiba-tiba dia rasa mahu berkongsi cerita dengan abangnya.
“Sebelum aku kenal Najwa dulu, aku ade ramai awek. Kau pun tahu kan? Ade je perempuan yang call aku malam-malam. Sebenarnya aku tak pernah pun anggap diorang semua tu girlfriend ke, kekasih aku ke. Aku cuma suka berkawan. Tapi boleh dikatakan semua perempuan yang aku rapat, syok kat aku. Ye lah, aku pun mengaku lah aku ada ‘ayat’ diorang semua tu jugak. Perempuan, biasalah, suka makan pujian. Tapi aku tak rasa pun terbuka hati rasa nak ambil diorang semua jadi bini aku ke, ape ke and aku tak sangka jugak ade yang sanggup nak bunuh diri bile aku cakap aku anggap die kawan aku je” mata Mustaqim terbeliak.
“Betul Qim. Minah tu, aku selalu keluar dengan dia. Macam dengan perempuan-perempuan lain jugak tapi aku anggap kawan je. Bila dia tanya aku, aku suka tak berkawan dengan dia, aku jawab la aku suka. Bila dia tanya aku happy tak berkawan dengan dia, aku cakap la aku happy. Logically, kalau aku tak happy berkawan or keluar dengan die, buat ape aku nak buang masa keluar dengan die kan?” Mustaqim mengangguk laju. Dalam fikirannya terfikir, kalau dia jadi perempuan, dia pun berkemungkinan akan jatuh hati pada Muzaffar. Muzaffar agak tampan, jauh tampan darinya. Kerjayanya jugak stabil. Perwatakannya juga menarik.
“Pastu, one day, die ajak aku jumpa parents die. Aku cakap raya puasa aku gi lah dengan kawan-kawan semua. Then die cakap, mak die suruh bawa mama dengan abah skali. Aku hairanlah. Aku tanya die kenapa aku kena bawa mama and abah pulak. Die cakap, mak die nak bincang pasal hubungan kitorang. Dari situ aku terus-terang cakap dekat die, aku tak pernah fikir nak serious dengan die sebab aku anggap die kawan je. Esoknya, aku dapat call dari housemate die, minah tu cuba bunuh diri” Mustaqim ternganga.
“Aku tak ambil kisah pun ape nak jadi kat minah tu time tu sebab aku macam marah. Kenapa die syok sendiri, pastu nak heboh-heboh aku ni boyfriend die dekat orang tua die then nak bunuh diri pasal aku? Kawan-kawan semua cop aku ‘jantan tak guna’” Muzaffar tak berhenti bercerita.
“Kenapa aku tak pernah tau?” akhirnya Mustaqim bersuara.
“Mane ade sesiapapun dalam family kite tau hal ni. Pasal Najwa je mama, abah, kau and kak long tau. Itupun semua ingatkan die main-mainkan aku tapi sebenarnya, kes aku dengan die sama je macam kes aku dengan minah yang cuba bunuh diri tu” Mustaqim terdiam.
“Maksud kau?”
“Maksud aku, aku syok dekat die. Aku pun tak tau macam mane aku boleh syok dekat die. Sejak kenal die, aku terus takde hati nak keluar or kenal dengan mane-mane perempuan lagi. Aku care die, aku sayang die. Die tak pernah pun cakap die cinta aku tapi die pernah cakap die suka and happy dengan aku. One day, aku cakap aku nak masuk meminang die. Haaa... time tulah baru aku tahu die sebenarnya anggap aku kawan die je. And die sebenarnya dah ada pilihan hati. Time tu, baru aku rasa ape yang minah yang cuba bunuh diri tu rasa. Baru aku tahu kenapa die sampai tahap nak bunuh diri tapi bezanya, aku sayang nyawa aku walaupun ada rasa sampai tahap nak bunuh diri”
‘Aku rasa apa yang kau rasa Zaf. Bezanya orang yang setiap hari ungkap kata sayang dan rindu pada aku setiap hari yang khianati aku’ Mustaqim bermonolog sendiri dalam hatinya.
“So sebab tu aku takde sesiapa lagi sampai sekarang, bukan sebab aku tak boleh lupakan Najwa tapi sebab aku takut terluka lagi and takut lukakan hati sesiapa lagi”
“Aku faham Zaf” Mustaqim menepuk-nepuk bahu Muzaffar.
“Kau pulak ape cerita? Siapa yang buat kau asyik berangan and tersenyum kebelakangan ni?” usikan dari Muzaffar membuatkan Mustaqim tersenyum lebar. Dia mengerling ke arah Muzaffar dan mengangkat-angkat kening kirinya.
“Sape? Taknak kenalkan ke?”
“Puteri” spontan nama itu keluar dari bibir Mustaqim.
“Mama!!!! Dah bau nasi minyak ni!!!!” jerit Muzaffar pada mamanya walaupun tidak diketahui di mana mamanya berada. Sekadar ingin mengusik Mustaqim.
“Diamlah!”

-------------------------------------------------------------------------------------

“Waaahhh, semenjak ade kekasih ni... Makin berseri-seri adik akak sorang ni” usik kak Lina sejurus Johana melangkah masuk ke pejabat.
“Ha’ah la kan?” Athirah turut sama mengusik.
“Ade-ade jelah kak Lina dengan Atie ni” Johana mencebik dan meletakkan tas tangannya di atas meja. Bunga ros merah di atas mejanya disentuh lembut.
“Sampai 10 pagi tadi. Macam biasa” Athirah memberitahu Johana tanpa ditanya.
“Hmmmm... Siapalah sebenarnya die ni. Tak sayang duit ke. Duit die beli bunga ni kalau bagi Anna belanja kak Lina dengan Atie makan lagi bagus kan? Lainlah kalau bunga ni kite boleh makan” Johana membebel-bebel sendirian. Athirah dan kak Lina tertawa mendengar bebelan Johana.
“Kalau hati dah suka Anna. Lautan api sanggup direnangi” balas kak Lina.
“Betul tu. Anna half day hari ni, keluar date ke?” Atie masih di dalam ‘mood’ ingin mengusik Johana.
“Ish, ke situ pulak. Anna ke bank tadi. Transfer duit simpanan Anna untuk orang tua Anna. ‘Top up’ duit untuk diorang ke Mekah sebelum raya haji nanti.
“Bertuah sungguh orang tua kamu Anna. Baguslah kamu tahu kenang jasa orang tua kamu” pujian dari kak Lina membuatkan Johana tersenyum malu.
“Ini tanggungjawab Anna kak. Eh! Dah lunch ke belum ni?”
“Dah. Anna dah lunch ke belum? Kalau belum, makan ajelah bunga ros tu” usikan dari Athirah membuatkan kak Lina tertawa kecil.
“Alaaa... ade je benda nak usik Anna” Johana berpaling ke mejanya dan mengangkat bunga ros tersebut. Sekeping kad terselit di celah-celah bunga tersebut. Dengan lembut Johana mencapai dan membuka kad tersebut.
Dibacanya di dalam hati.

“Cik Johana Sofea,
Semalam saya bermimpi. Saya bermimpi Johana berdiri di depan saya sambil tersenyum. Bibir Johana mengatakan sesuatu kepada saya namun saya tidak dapat mendengarinya. Saya meminta Johana bercakap lebih kuat dan ketika Johana cuba bercakap lebih kuat, telinga saya tiba-tiba rasa bingit sebab Johana menyanyi terlalu kuat lagu ‘Can’t Take My Eyes off You’... Jelas saya mendengar nyanyian Johana...
“I need you baby. if its quite alright,
I need you baby to warm my lonely nights,
I love you baby. Trust in me when I say okay,
Oh pretty baby, don't let me down I pray,
Oh pretty baby, now that I found you, stay,
And let me love you,
Oh baby let me love you. oh baby”
Tidak lama selepas itu barulah saya tersedar rupa-rupanya itu bunyi alarm di telefon bimbit saya. Anyway, bila Johana nak nyanyikan lagu tu untuk saya?

Love,
I’m yours...


Johana tersenyum membaca baik-baik perkataan yang ditulis dari peminat misterinya sejak 3 bulan lepas itu. Ternyata lelaki ini bukanlah seorang yang pandai bermadah, jelas dari apa yang ditulisnya.
“Haiii... Wujud lagi lelaki macam ni’ bisik hatinya.

-------------------------------------------------------------------------------------

Mustaqim menghempas kuat helmetnya ke atas tilam sejurus melangkah masuk ke biliknya. Geram dengan Azwan, rakan kongsinya yang sudah dianggap rakan baiknya sendiri.
Mustaqim menjerit-jerit di dalam bilik. Mamanya yang mendengar jeritan tersebut meluru ke bilik Mustaqim. Namun apabila tombol pintu dipulas, ianya berkunci. Risau dengan jeritan Mustaqim, mamanya mengetuk-ngetuk pintu bilik berulang-ulang kali sambil memanggil-manggil nama Mustaqim. Namun Mustaqim diam menyepi di dalam biliknya. Mamanya yang sedang panik bergegas mencapai telefon bimbitnya untuk menghubungi suaminya, Mokhtar. Ketika sedang mendail, pintu bilik Mustaqim terbuka. Mustaqim muncul keluar dari biliknya dengan wajah yang sugul. Dia melangkah perlahan dan menghempaskan badannya ke atas sofa di ruang tamu.
“Kenapa ni Qim? Kenapa menjerit macam tu tadi?” Maznah menyentuh lembut bahu anaknya. Mustaqim hanya mendiamkan dirinya.
“Qim, kalau Qim ada masalah, Qim cuba cerita pada mama. Manalah tahu kalau ada apa-apa yang mama boleh tolong...” lembut tutur bicara Maznah. Mustaqim menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Takpelah kalau Qim rasa Qim boleh selesaikan sendiri tapi mama nak ingatkan Qim, kadang-kadang kita kenal kawal emosi kita, kemarahan kita. Mama tengok lepas Marina tinggalkan Qim, sikap panas baran Qim makin menjadi-jadi. Benda yang kecil pun, nampak besar pada Qim. Mama sayangkan anak-anak mama. Mama cuma mahukan yang terbaik untuk anak-anak mama” Mustaqim tiba-tiba menjadi emosi. Dipeluknya mamanya dan saat itu juga Mustaqim menangis.
Muzaffar yang baru melangkah masuk ke dalam rumah tercengang.

-------------------------------------------------------------------------------------

Jari Johana menyimpu-nyimpul hujung rambutnya. Hatinya tidak keruan. Petang tadi dia berselisih faham dengan Mustaqim. Semuanya gara-gara sikap cemburunya apabila melihat Mustaqim berbual mesra di talian telefon dengan rakan lamanya.
Johana bertanyakan mengenai gadis tersebut dan Mustaqim memberitahunya bahawa gadis itu adalah rakan lamanya sebelum dia bertemu kembali dengan Johana. Hati Johana tetap cemburu kerana perbualan mereka agak lama dan Mustaqim kelihatan gembira berbual dengan gadis tersebut. Johana masih menyoal Mustaqim perihal gadis itu setelah Mustaqim menjelaskan gadis itu cuma rakan lamanya dan perkara itu membuatkan Mustaqim marah. Belum habis makanan mereka di habiskan, Mustaqim bangun melangkah laju meninggalkan Johana. Johana berlari anak mengejarnya namun langkah Mustaqim terlalu laju dan tidak dapat dikejarinya.
Johana mengeluh sendirian. Kesal dengan sikapnya yang tidak mempercayai Mustaqim walaupun Mustaqim sudah dikenalinya hampir 5 tahun. Namun baginya, walaupun dia yang bersalah kerana tidak mempercayai Mustaqim, Mustaqim tidak seharusnya bersikap sedemikian. Mungkin ada sesuatu yang mengganggu fikiran kekasih hatinya itu.
Johana jadi buntu. Sms nya kepada Mustaqim langsung tidak dibalas, berpuluh-puluh kali dia cuba menghubungi Mustaqim namun tidak di jawab. Akhirnya Johana tidur dengan air mata yang basah di pipinya.

------------------------------------------------------------------------------------

“Hello sayang” kedengaran suara Mustaqim di hujung talian.
“Hello Qim. Awak... Saya minta maaf tentang semalam. Saya takde niat buat awak marah. Maafkan saya sebab syak wasangka pada awak” suara Johana sebak.
“No... no... awak tak salah sayang. Saya yang terlalu ikutkan hati. Awak free tak petang ni? Saya nak jumpa awak”
“Awak dekat mane ni Qim? Saya MC hari ni. Headache sangat pagi tadi. Saya jumpa awak sekarang Qim?” manja suara Johana di hujung talian. Mustaqim rasa bersalah meninggalkan Johana begitu sahaja semalam.
“Awak dah makan ubat? Saya datang jumpa awak ye? Awak rehat dekat rumah, nanti saya sampai saya call awak ye sayang?”
“Baik Qim. Awak datang sekarang ye? I miss you. Really miss you”
“Baik Puteri. Nak saya bungkuskan ape-ape untuk awak makan tak? Saya tahu awak belum makan lagi ni. Betul tak?” Mustaqim cuba mengambil hati gadis kesayangannya itu. Johana terdiam. Mustaqim yang memahami kembali bersuara,
“Saya belikan nasi kerabu kegemaran awak ye sayang? Tunggu saya tau. See you. I love you”

***********************************************

“Kenapa awak tak ceritakan kepada saya? Kan awak dah janji nak kongsi susah senang sama-sama” Johana mengeluh lembut. Mustaqim senyum hambar.
“Saya taknak bebankan fikiran awak dengan masalah saya” Mustaqim merenung tepat ke anak mata Johana.
“Awak... Kalau awak ade masalah tapi tanggung seorang diri dan saya tak tahu, awak rasa saya happy tak? Saya kenal awak dah lima tahun tau. Walaupun saya tak sepenuhnya faham awak tapi hati saya dapat rasa kalau ada sesuatu yang mengganggu fikiran awak. Jadi, kalau awak sayangkan saya, saya harap awak dapat kongsi suka duka awak dengan saya selepas ni. Walaupun saya tak dapat membantu, sekurang-kurangnya saya nak berada di sisi awak pada waktu awak susah” Johana tiba-tiba menjadi geram dengan sikap Mustaqim yang gemar menanggung kesusahan sendiri. Mustaqim tersenyum dan mengangguk lembut.
“Baik.. baik... Sekarang ni ape kata awak berhenti membebel dulu dan habiskan nasi kerabu tu dulu”
Mustaqim tersengih dan Johana memuncungkan bibirnya.

-------------------------------------------------------------------------------------

“Ape plan kau lepas ni Qim?” soal Muzaffar kepada abangnya ketika mereka sedang makan tengah hari bersama-sama di dapur. Kedua-dua orang tua mereka ke majlis perkahwinan sahabat karib mereka.
“Plan apenye. Ape yang aku tinggal sekarang? Kena mencari kerja lah sekarang. Tapi dengan krisis ekonomi teruk macam sekarang ni, susah sikit la nak dapat kerja. Ape malang lah nasib aku” Mustaqim mengeluh panjang.
“Tak baik mengeluh depan rezeki. Kau slowly la cari kerja”
“Aku ingat macam tu jugak. Dah lama berniaga sendiri ni, rasa kekok pulak aku nak kerja dengan orang ni”
“Apa kes kau dengan Azwan tu sebenarnya?” Muzaffar tiba-tiba rasa ingin tahu apa yang telah terjadi sebenarnya sehingga membuatkan abangnya hilang mata pencariannya sekelip mata. Mustaqim mengeluh panjang sebelum mula bercerita.
“Kau tahulah, aku dah anggap Azwan tu macam abang aku sendiri. Kalau tak takkan aku nak kongsi modal mula berniaga dengan dia. Petang tu, macam biasalah. Aku pergi pejabat yang kitorang sewa untuk ambil t-shirt dengan barang-barang yang kitorang berniaga dekat downtown. Sekali aku masuk, bilik tu kosong. Yang tinggal, sampah-sarap, meja buruk dengan almari buruk je. Aku dah rasa tak sedap hati. Aku cuba fikir Azwan angkat semua barang untuk ke downtown Tapi aku hairan jugak kenapa mesti die nak bawa sekali dua mesin print t-shirt yang kitorang sama-sama beli tu. Then aku call die, tak dapat. Aku sms, die tak balas. Lama lepas tu, die off handphone die. Aku tak puas hati aku pergi lah downtown, tengok kosong je tapak kitorang. Sekali sms dari dia masuk” Mustaqim berhenti bercerita. Wajahnya berubah. Teryata dia masih geram dengan perbuatan Azwan.
Muzaffar menanti Mustaqim bersuara.
“Die sms aku, minta maaf banyak-banyak. Cakap die terpaksa lari keluar dari KL bawa anak bini die sebab ‘Along’ cari die. Die banyak hutang dengan ‘Along’. Die minta aku halalkan semua makan minum die, dengan barang-barang yang die bawa lari. Mau aku tak naik angin hari tu” Muzaffar mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan dan suapan nasi yang terhenti seketika tadi disambung kembali.
“Kau baca paper hari ni?” soalan dari Mustaqim dibalas dengan gelengan dari Muzaffar.
“Van yang Azwan naik accident dekat highway. Rentung van tu sekali dengan anak bini die, barang-barang yang die bawa lari” nasi yang baru di sumbatkan ke dalam mulut Muzaffar hampir tersembur keluar.
‘Innalillah hiwainna ilaihiraji’un.... Sesungguhnya setiap perbuatan jahat itu ada balasannya’ Muzaffar hanya mampu bersuara di dalam hati.

------------------------------------------------------------------------------------

Mata Johana asyik memandang satu persatu cd lagu yang tersusun rapi di hadapannya. Kakinya melangkah namun sangat perlahan. Sudah hampir setengah jam Johana menghabiskan masanya di dalam kedai tersebut. Niatnya untuk mencari cd lagu yang sesuai untuk dihadiahkan kepada Mustaqim namun, tidak ditemui sebarang cd yang menarik hatinya. Dia tahu akan kegemaran Mustaqim yang gemar menghabiskan masanya setiap malam di dalam bilik dengan mendengar lagu sebelum tidur.
Di sebabkan terlalu asyik memerhatikan cd lagu di hadapannya, Johana tidak menyedari ada sepasang mata yang dari tadi asyik memerhatikannya. Jarak mereka yang tadinya agak jauh kini semakin dekat apabila kaki lelaki tersebut melangkah menghampiri Johana. Ketika lelaki tersebut tiba dekat di belakang Johana, secara kebetulan Johana berpaling ke belakang untuk melangkah keluar dari kedai itu. Tanpa sengaja mereka berlanggar. Johana terkedu seketika.
“Maaf” sepatah perkataan keluar dari bibir lelaki tersebut. Johana yang agak malu, hanya menganggukkan kepalanya.
“Muzaffar” Johana memandang tangan lelaki yang mengenalkan dirinya sebagai Muzaffar itu tanpa ditanya. Muzaffar tersenyum sambil menunggu huluran tangannya dibalas oleh Johana.
“Johana. Johana Sofea” akhirnya Johana bersuara.
“Saya tahu” jawapan dari Muzaffar membuatkan Johana mengerutkan keningnya.
“I’m yours” saat ini Johana ternganga!

.....to be continue......

10 comments:

John Iverson said...

Olahan bahasa yg baik... mcm baca novel betul... sy x sempat nk baca habis... akan saya sambung baca... tp nk tanya la... lepas 3 tahun, perasaan cinta tu boleh bertahan ke? wlupn lost communication? Then... klu seorng perempuan tu kata dia x bersedia, adakah hati dia akn terbuka suatu hari nnt? klu lelaki tu cuba dan cuba tanpa putus asa adakah perempuan tu akn rasa terharu ke?

FdausAmad said...

Gua nak ajak lu datang makan kenduri kat blog gua.Folo baca doa skali pun takpa.

LotsOfLove-Pearls said...

Dear Vee..

Hope ya doin well ok..
I xbaca lg cerpen nie. Mcm biasa ar.. Kalau nak baca benda cenggini i perlukan masa agar penghayatan baik punya.
Hehe..

will read..
u take ok dear...

LotsOfLove-Pearls said...

Dear,
bout Joe will update you but so far xder aper2.
Huhu..

Joe bukan Joe sis nita.. Ngeeee.
mati aku....

sis_nita said...

Vee,

ni memang novel ciptaan Vee sendiri ehh..

shi3la said...

huhuuu akhirnya sampai gak akak sini..huhhh dok kater nak tukor link baru vee tapi dok luper mcm tuhh gak..dahh banyak akak ketinggallan erk..takperlahh nanti akak selak balik citer vee nihh..miss you dear

hermmm tak sempat nak bacer novel nie lagik...nak carik maser yang bolehh feel2 gitew..baru bes...

¤(`×[¤_My4_¤]×´)¤ said...

Cik Vee,
Well done...bagus critte neh...even sedikit panjang kalo nak cite kat blog...erm..maybe next time pendekkan sikit??? boleh mya menghayati..heheh...keep up the good work!!

Beauty Touch said...

cepat sambung
hehehhehe

eddie dewanaga said...

first.. komplen!!!
kenapa taruk nama Johana???
tapi takpe, sebab gua tukar nama tu kepada Juliana automatically...

then, compliment...!!!
satu garapan yang smooth, cantik dan menarik.
gua kasik seribu bintang!!!

nice job vee, episod seterusnya... bila?

eddie dewanaga said...

Vee,
gua dedicate a song dekat blog gua untuk cerita ini, cerita best kena dgn lagu yg best...

enjoy!