Qaisara tersenyum teringat kisah lamanya bersama Aziff.Sungguh indah saat itu. Namun keadaan mengubah segalanya. Perlukah dikenang kenangan lamanya bersama Aziff yang telah pun berlalu selama 4 tahun itu? Masih wujud kah perasaan sayang nya pada Aziff? Bahagiakah Aziff di samping Lisha sekarang? Adakah Aziff rindu padanya? Persoalan-persoalan itu sering bermain di fikirannya. Tanpa disedari air mata nya mengalir. Seringkali Qaisara menyesali apa yang terjadi namun, dia sedar yang dia tidak seharusnya berperasaan begitu. Segala yang terjadi adalah ketentuan Qada & Qadar. Dan jika dia tidak melakukan kesilapan pada satu waktu dahulu, dia takkan pernah memiliki Luqman sekarang.
(Al Baqarah : 201)
*************************************************************************
“Sayang, nanti kalau kite kahwin saya nak pelamin warna putih n purple tau….”
Ujar Qaisara pada Aziff sambil tersenyum.
“Hehehe… Baik sayang. Tapi bila nak kahwin nye… Saya tak cukup duit lagi? “
“Takpe, saya tunggu awak. Tak kisah berapa lama pun… Saya akan tunggu awak… I love you sayang” Seikhlas hati Qaisara menuturkan ucapan sayangnya pada Aziff… Aziff tidak membalasnya namun hatinya berbisik lembut – “ I love you too Qaisara… Deeply in love with you” ….
Deringan telefon bimbit nada lagu nyanyian dari Jason Myraz menyentakkan lamunan Aziff pada kenangan lamanya bersama Qaisara 5 tahun lalu. Dia pernah hampir dapat melupakan wanita itu pada satu waktu dahulu.Di awal perkahwinannya dengan Lisha. Namun, cuma pada waktu yang singkat. Dan 18th April 2005, tarikh yang telah mengubah segalanya.
Malas Aziff bangun menjawab panggilan telefon bimbitnya. Terpapar nama Shafiq di skrin telefon bimbitnya. Aziff tersenyum sendiri teringatkan kawannya.
“Hello” ringkas Aziff menjawab panggilan telefon dari Shafiq.
“Hello bro. Kau busy ke? “ kedengaran suara garau Shafiq di corong telefon.
“Kalau aku busy macam mane? Kalau tak busy pulak macam mane?” seloroh Aziff sambil tersenyum.
“Kau ni, aku tanya serious kau main-main pulak. Kalau kau tak busy.....”
“Kalau aku tak busy kau nak ajak aku lepak kat Secret Recipe kan? Aku jumpa kau kat sana dlm masa sejam lagi” Aziff memintas percakapan Shafiq. Selantas itu Shafiq ketawa.
“Kau ni memang best la bro. Ok, jumpa kau kejap lagi. Salam”
**************************************************************************
“Sedap tak saya masak? Cubaan pertama” jelas terpapar kerisauan di wajah Qaisara. Aziff menahan tawa di dalam hati nya. Dia gemar mengusik Qaisara. Dia mempamerkan wajah yang berkerut-kerut pada Qaisara. Membuatkan gadis itu makin tak keruan.
“Tak sedap ke? Masin ke? Apa yang tak kena sayang?” Bertubi-tubi soalan keluar dari bibir mungil Qaisara. Risau jikalau masakannya membuatkan Aziff serik untuk merasa masakannya lagi. Dia makin risau apabila melihat wajah Aziff berkerut-kerut tanpa Aziff menjawab soalan-soalannya.
“Hmmmmmm....” Qaisara masih menanti jawapan dari Aziff namun hanya sepatah yang di dengarinya.
“Sayaaaang.... “ Qaisara makin hilang sabar. Digoncang lembut bahu Aziff sambil mencebikkan bibirnya. Aziff hampir-hampir tergelak besar melihat kerisauan gadis kesayangan nya itu.
“Awak lulus! Hahahah! Sedaplah sayang… Saya usik awak je tadi... Hahahah!!! ”
Serentak jari Qaisara mencari sasaran untuk mencubit Aziff. Geram benar dia dengan sikap Aziff yang gemar mengusik dia. Namun, itulah sikap Aziff yang menceriakan hubungan mereka. Dia gemar mengusik Qaisara, dan bila Qiasara merajuk, dia akan menggunakan pelbagai cara untuk memujuk Qaisara.
Aziff mengaduh bila lengannya dicubit Qaisara. Qaisara pula tidak mengalah, di cubit lengan Aziff sepuas hatinya.
“Aduuuh…. Sakitlah Qai… Awak tak sayang saya lagi ke?” di dalam kesakitan, Aziff sempat ketawa.
“Sebab sayang lah saya cubit awak” selantas itu Qaisara menurunkan tangannya. sambil tersenyum.
“Oooo… Suke ek dapat cubit orang….”
“Awaklah, suka main-mainkan saya” cebik Qaisara.
“Alolololo…. Panjangnye muncung…. Panjang lagi tak boleh ke? Hahaha!” Aziff masih tidak berhenti mengusik Qaisara.
“Tengok tu….” Jari Qaisara sudah bersedia untuk mencubit Aziff. Pantas tangan Aziff menahan tangan Qaisara dari mencubitnya.
“Mencubit je keje die…..” kata-kata Aziff terhenti… Dia menatap wajah Qaisara dan merenung ke dalam anak mata Qaisara. Tangannya menyentuh lembut rambut Qaisara yang lembut dan panjang. Dahi Qaisara berkerut Aziff tiba-tiba berkelakuan demikian.
Aziff rasa bertuah memiliki kekasih seperti Qaisara. Yang setia dan tulus menyayanginya. Dia yakin. Dan gadis itu berusaha berbagai cara untuk menggembirakan hatinya walaupun dia akui, dia agak rimas dengan benda-benda yang baginya Qaisara tidak perlu lakukan untuk memenangi hatinya kerana Qaisara telah pun berjaya menambat hatinya. Namun dia akui juga, dari situ dia tahu betapa Qaisara menyayangi nya.
Lembut Aziff menarik Qaisara ke pangkuannya dan memeluk erat Qaisara sambil jari-jemarinya mengusap-usap rambut Qaisara. Qaisara kehairanan namun dia selesa diperlakukan begitu. Terasa tenang dipeluk Aziff, lelaki yang amat di cintainya. Terasa seperti ada aliran kasih sayang dari Aziff yang mengalir dari pelukan Aziff dan menyentuh ke hati nya. Sesungguhnya dia benar-benar menyayangi lelaki itu.
‘Saya sayangkan awak Qaisara – Saya benar-benar sayangkan awak. Saya akan cuba untuk membahagiakan awak sehingga ke akhir hayat saya’ – bisik hati kecil Aziff. Sesungguhnya Aziff seorang lelaki yang sukar untuk menyatakan prasaan nya pada Qaisara namun, dia yakin hatinya benar-benar menyayangi Qaisara.
Deringan nada lagu ‘Sebelum Cahaya nyanyian Letto’ dari telefon bimbit Qaisara kedengaran, namun tak dihiraukannya. Dia mahu terus di peluk Aziff...
Ku teringat hati
Yang bertabur mimpi
Kemana kau pergi cinta
Perjalanan sunyi
Engkau tempuh sendiri
Kuatkanlah hati cinta
Ingatkan engkau kepada
Embun pagi bersahaja
Yang menemanimu sebelum cahaya
Ingatkan engkau kepada
Angin yang berhembus mesra
Yang kan membelaimu cinta
Kekuatan hati yang berpegang janji
Genggamlah tanganku cinta
Ku tak akan pergi meninggalkanmu sendiri
Temani hatimu cinta
“Bro, kau ingat aku ajak jumpa kau ni nak tengok kau termenung je ke?” suara Shafiq memecah masuk ke fikiran nya. Aziff tersentak.
“Engkau ok ke Aziff?” soal Shafiq.
Aziff mendengus perlahan sambil menatap mee kari kegemarannya di atas meja.
“Aku teringat masa Qaisara suruh aku rasa masakan dia. Masakan pertama yang dia masakkan pada aku mee kari sebab dia tahu aku suka mee kari.” Aziff tersenyum hambar.
“Kau rindukan die ke Aziff? Kau cubalah cari dia. Aku tahu kau masih tak dapat lupakan dia. Aku yakin dia pun masih sayangkan kau. Lagipun aku ada dengar-dengar cerita dia baru pindah balik ke KL 2 bulan lepas, tanpa Haikal. Mungkin ada sesuatu yang jadi pada hubungan diorang. Maybe macam kau dengan Lisha ke?” bersungguh-sungguh Shafiq cuba memberi dorongan pada rakan karibnya yang dikenali sejak 8 tahun dahulu. Dia kadang kala bersimpati dengan nasib Aziff. Segala kisah tentang Aziff, sebelum Aziff mengenali Qaisara, jatuh hati pada Qaisara dan kehadiran Lisha yang meruntuhkan istana cinta Aziff dan Qaisara diketahui nya.
“Entah lah Shafiq. Pernah satu ketika dulu aku berharap sangat aku dapat berjumpa dengan dia. Dapat bersama kembali dengan dia macam waktu-waktu dulu. Tapi aku sedar, masa berlalu… Banyak benda dah berubah dan semua tu takkan dapat mengembalikan kebahagiaan aku dengan Qaisara macam dulu. Semuanya silap aku” mendatar tutur bicara Aziff.
“Sampai bila? Sampai bila engkau nak menyalahkan diri kau? Apa yang dah jadi, biarkan lah berlalu. Yang lepas tu, lepas. Yang masih tak terlepas ... haaa... kau janganlah lepaskan.... Kau fikirlah Baik-baik and pandai-pandai kau la Aziff. Kalau kau cakap apa yang jadi silap kau, then jangan buat silap lagi. Dapatkan kebahagiaan kau balik selagi sempat” tegas Shafiq menasihati sambil menepuk bahu Aziff.
************************************************************************
“Luqman sayang. Makanlah ubat ni....” pujuk Qaisara agar Luqman membuka mulut untuk makan ubat yang baru di ambil dari klinik pagi tadi.
“Luqman demam... Luqman makanlah ubat ni ye...” Qaisara masih tidak berputus asa memujuk Luqman. Luqman menggeleng lemah. Qaisara menyentuh lembut dahi Luqman. Panas.
Risau dia dengan keadaan Luqman. Dia tahu mengapa Luqman berkelakuan sedemikian. Hatinya tiba-tiba sayu. Satu memikirkan Luqman. Satu lagi hatinya tiba-tiba terkenangkan Aziff....
‘Mengapa susah benar untuk aku melupakan Aziff...’ keluh hatinya sendiri....
***********************************************************************
“Sayang... Makanlah ubat ni....” pujuk Qaisara pada Aziff.
“Taknak.... Tak sedap...” rengek Aziff manja. Pada permulaan perkenalan Qaisara dengan Aziff, langsung dia tidak pernah menyangka Aziff itu agak manja orangnya disebabkan perwatakannya yang agak kasar dan berbadan tinggi tegap. Namun setelah mengenali hati budi Aziff, barulah dia tahu Aziff seorang yang tegas, kelakar dan manja. Namun jarang benar Aziff mempamerkan sifat manjanya. Aziff cuma akan berkelakuan begitu dengan ibunya dan Qaisara sendiri.
“Ubat memanglah tak sedap. Tapi kenalah makan kalau nak cepat baik ye... Buka mulut cepat... Aaaaaa...... “ Qaisara sabar memujuk Aziff. Memang sudah masak dengan sikap Aziff yang takut makan ubat kalau sakit. Hairan juga Qaisara.
“Ok, kalau saya makan ubat ni awak kena janji awak akan sayang saya sampai bila-bila” ujar Aziff. Qaisara tertawa kecil dengan sikap Aziff. Memang pada satu ketika dia akan berkelakuan seperti budak kecil.
“Baik, baik.... Kalau awak makan ubat ni, saya janji saya akan sayang awak sampai bila”
serentak Aziff membuka mulutnya. Sedia untuk di suapkan ubat. Tawa Qaisara kuat dari yang sebelumnya. Dahi Aziff di kucupnya selepas Aziff meneguk air.
-------------------------------------------------------------------------------------
“Mama…. “ suara halus Luqman menyentakkan lamunan Qaisara.
“Ye sayang….” Qaisara bersuara sambil mengusap-usap pipi Luqman, anak kesayangannya yang baru berusia 3 tahun itu.
“Mama menangis sebab Luqman tak dengar cakap mama ke? Luqman nak sihat, tapi ubat ni pahitlah mama… Tapi Luqman tak nak mama menangis. Mama suapkan ye…” Hati Qaisara tersentuh. Airmata cuba di tahan, namun tetap mengalir keluar.
“Mama janganlah menangis lagi. Luqman makan ubat ni. Tengok” tangan kecil Luqman mencapai ubat dari tapak tangan Qaisara dan dia memasukkan ubat itu ke mulutnya. Mukanya berubah disebabkan rasa ubat yang pahit itu. Qaisara tertawa kecil dengan keletah Luqman.
Laju tangannya mencapai air untuk Luqman. Risau kalau-kalau tercekik pula Luqman.
“Tengok mama. Luqman dah makan. Mama jangan menangis lagi ye. Luqman janji Luqman akan dengar cakap mama lepas ni” Luqman mengukir senyum. Bibirnya pucat. Qaisara agak risau mulanya namun selepas Luqman nampak sedikit ceria berbanding pagi tadi, Qaisara mula lega.
Hatinya tekad untuk melupakan Aziff dan memulakan hidup baru bersama dengan Luqman. Kadang kala kasihan dia pada anak kecil itu yang terpaksa membesar tanpa kasih sayang dari seorang ayah. Namun, baginya semua adalah dugaan dari Tuhan untuk menguji keimanan nya.
Tiga bulan selepas melahirkan Luqman, Qaisara dikejutkan dengan kemalangan jalan raya yang melibatkan suaminya dengan seorang wanita yang amat dikenali nya, Zara – kawan baiknya. Suaminya Haikal dan Zara meninggal di tempat kejadian. Dia yang terkejut dengan berita tersebut hairan kerana Haikal memberitahunya dia ke Hong Kong atas urusan perniagaan dengan rakan kongsinya, Azman. Namun kemalangan tersebut terjadi di Cherating, Pahang.
Setelah disiasat baru Qaisara tahu semenjak dia mengandungkan Luqman, Zara telah menjalinkan hubungan dengan suaminya, Haikal.
Hancur luluh hatinya apabila rahsia itu terbongkar. Dalam masa yang sama hatinya bertambah sedih Luqman terpaksa membesar tanpa kasih sayang dari seorang ayah. Dan di sebabkan itu juga dia menyesali perbuatannya yang meninggalkan Aziff tanpa mendengar sebarang penjelasan dari Aziff selepas berita Aziff ditangkap khalwat bersama Lisha – kekasih lama Aziff terpampang di muka hadapan Metro.
Dia meninggalkan Aziff begitu sahaja dan menerima lamaran dari Haikal 2 bulan selepas itu. Masuk bulan kelima usia perkahwinan mereka, Haikal mengajaknya berpindah ke Singapura kerana Haikal berjaya mengembangkan perniagaannya dah membuka cawangan baru di Singapura. Qaisara tidak mempunyai apa-apa halangan memandangkan arwah ibunya telah meninggal dunia ketika umurnya mencecah 20 tahun dan arwah ayahnya menyusul 3 bulan selepas itu kerana sakit tua. Dua kakaknya telahpun berkeluarga. Pada waktu itulah dia berkenalan dengan Aziff.
Setahun selepas mendirikan rumah tangga bersama Haikal, Lisha menghubunginya dan memohon maaf darinya. Lisha menjelaskan bahawa sebenarnya dia yang telah memerangkap Aziff kerana dia masih menyayangi lelaki itu tanpa Haikal sendiri mengetahui dia diperangkap. Dan rancangan nya menjadi. Haikal mengahwini nya selepas Qaisara meninggalkan nya. Namun, Lisha dibelengu dengan perasaan bersalah. Tambah-tambahan Aziff sering meracau dan menyebut nama Qaisara di dalam tidurnya. Lisha sedar, Aziff pernah menyayanginya sepenuh hati pada satu ketika dahulu sebelum dia menemui Qaisara namun Lisha tidak pernah setia dan jujur pada Aziff. Setelah Aziff mengetahui bahawa Lisha sering menipunya dan curang padanya, Aziff bertindak nekad memutuskan hubungan mereka.
Pada mulanya Lisha tidak merasakan Aziff penting dalam hidupnya namun selepas Aziff bersama dengan Qaisara, dia mula merasai kehilangan Aziff dalam hidupnya dan dia dapat merasakan dia cemburu dengan hubungan mereka. Tambah-tambahan Aziff benar-benar seorang lelaki yang baik, berbeza dengan lelaki-lelaki lain yang menjalinkan hubungan dengannya ketika bersama Aziff dan selepas Aziff memutuskan hubungan mereka.
Pernah dia menghubungi Aziff ketika Aziff bersama dengan Qaisara dan memujuk Aziff kembali padanya namun Aziff menegaskan bahawa tiada lagi perasaan sayang, cinta atau rindu pada Lisha. Dari situ Lisha tekad untuk menggunakan apa cara sekalipun untuk mendapatkan Aziff. Aziff sabar melayan karenahnya selama ini, Aziff banyak menceriakan hidupnya, banyak membimbingnya dan Aziff sentiasa menjaga maruah dirinya dan tidak pernah melampaui batas-batas yang tertentu.
Dari hujung corong telefon, Qaisara dapat mendengar Lisha menangis. Hatinya bagai di panah petir. Tidak di sangka dia telah bersalah sangka pada selama ini.
Ditahan sebak di dadanya dan dia memujuk Lisha agar menjaga rumahtangga yang telah di bina bersama Aziff. Lisha terdiam seketika dan berterus terang Aziff telah pun menceraikannya setelah rahsianya terbongkar.
Qaisara beristighfar panjang mendengar segala penjelasan dari Lisha, namun hanya kemaafan yang mampu dia berikan pada Lisha. Sebagai manusia biasa, dia tak patut menghukum Lisha dengan tidak memaafkan kesilapannya. Lebih-lebih lagi Lisha berani menghubunginya dan mengakui kesilapannya. Walaupun Lisha telah melakukan kesilapan yang telah menghancurkan hatinya, dia kagum dengan keberanian Lisha memohon kemaafan darinya. Hati kecil Qaisara memohon keampunan dari Tuhan kerana telah berburuk sangka pada Aziff.
"Ya Tuhan kami ,kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi"
(Al A'raf : 23)
“Qaisara, I betul-betul harap you dapat maafkan kesilapan I. I terlalu ikutkan hati I waktu tu. Hati I tak tenang selagi you tak maafkan I dan you tak kembali bersama Aziff macam dulu. I tahu dia masih cintakan you. Dia tak dapat lupakan you.” Masih teringat perbualannya dengan Lisha pada malam tersebut – 19th April 2008. Qaisara tergamam seketika.
‘Aziff masih cintakan aku? ‘ detik hati kecilnya.
“Qaisara, are you still there?” soal Lisha apabila Qaisara diam membisu. Qaisara menghela nafas panjang sebelum membuka bicara. Perasaannya bercampur baur. Pagi tadi dia mendapat khabar berita yang amat menggembirakan hatinya. Jam 8 malam tadi, semua makanan kegemaran Haikal terhidang di atas meja, dimasak sendiri oleh Qistina. Sementara menunggu kepulangan Haikal, deringan telefon berbunyi dan Lisha di hujung talian.
“Lisha, Qai dapat maafkan Lisha tapi Qai takkan dapat bersama dengan Aziff kembali. Qai dah bahagia dengan Haikal. Haikal seorang lelaki yang baik dan benar-benar sayangkan Qai. Qai terima segala yang terjadi sebelum ni dengan redha. Lisha jangan risau lagi, Qai tak pernah berdendam atau bencikan Lisha. Lupakan lah apa yang telah terjadi. Yang lalu biarkan berlalu. Lagipun memang tak mungkin bagi Qai untuk kembali bersama Aziff kembali. Haikal bakal menjadi seorang ayah pada kandungan Qai.” Tenang Qistina menutur bicara. Hatinya getar menahan sebak di dada.
Itulah perbualannya yang pertama dan terakhir dengan Lisha. Malam itu Haikal menerima khabar berita tersebut dengan ceria sekali, namun semenjak kandungannya masuk bulan kelima, Haikal semakin berubah dan sering sibuk dengan urusan perniagaan nya dan kadang-kadang terpaksa meninggalkan Qaisara sendirian di rumah berhari-hari lamanya.
Qaisara sentiasa memahami suaminya, di penuhi segala keperluan Haikal penuh kasih sayang. Dengan perutnya yang semakin membesar, segala makan minum, pakaian Haikal di jaga dengan baik walaupun Haikal makin dingin dengan nya. Namun Qaisara tidak pernah buruk prasangka pada Haikal kerana disangkakan Haikal mempunyai masalah di dalam syarikatnya dan penat bekerja. Zara pun semakin jarang bertandang ke rumahnya. Jika tidak setiap minggu pasti dia akan menerima kunjungan dari Zara.
3 bulan selepas melahirkan Luqman, segalanya terbongkar. Namun jawapan hanya tinggal jawapan apabila Haikal dan Zara pergi meninggalkan dia dan dunia ini selama-lamanya.
*********************************************************************
Bintang terlihat terang
Saat dirimu datang
Cinta yang dulu hilang
Kini kembali pulang
Lihatlah dia mulai bernyanyi
Coba merangkai mimpi
Cinta yang dulu pergi
Kini datang kembali
Wajahmu mengingatkanku
Dengan kekasihku dulu
Wajahmu mengingatkanku
Dengan masa laluku
Kekasih yang dulu hilang
Kini dia telah kembali pulang
Akan kubawa dia terbang
Damai bersama bintang
Kekasih yang dulu hilang
Kini dia telah kembali pulang
Betapa senang kudendangkan
Dan takkan kulepaskan
Fikiran Aziff melayang jauh menghayati lagu nyanyian band Indonesia Kangen Band – Kembali Pulang sambil memandu Mitsubishi Lancer putihnya.
Dalam masa yang sama fikirannya menerawang jauh memikirkan gadis ayu bertudung yang berselisih dengannya sebentar tadi. Wajahnya mirip Qaisara namun apabila bertentang mata, pandangan mata gadis itu ke arahnya seolah-olah mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Aziff tergamam dan terdiam seribu bahasa. Cuba dikeluarkan suara untuk menegur gadis tersebut namun lidahnya kelu seribu bahasa. Akhirnya gadis tersebut berlalu begitu sahaja.
‘Mungkin orang yang wajah seiras. Ataupun aku terlalu memikirkan Qai sampai aku terbayang wajahnya di wajah orang lain.... Aahh!!! Tapi Qaisara bukan kah tidak pernah mengenakan tudung? Mungkin dia bertudung selepas berkahwin....?’ Aziff bermonolog sendirian. Fikirannya makin berserabut.
‘Shafiq!’ tiba-tiba dia teringatkan Shafiq. Rakannya pernah memberitahunya Qistina sudah pulang dari Singapore 2 bulan lepas. Pantas jarinya mendail nombor telefon bimbit Shafiq. Namun belum sempat habis mendail, dia mendapat sms dari Shafiq.
Shafiq
18-Nov-2008 14:05
Bro, aku tunggu kau kat tempat biasa pukul
3 kalau boleh. Aku ada benda nak cakap
tentang Qaisara.
Wajah Aziff tiba-tiba pucat. Jantungnya berdegup kencang. Nama dan wajah Qistina bermain-main di fikirannya. Hatinya tidak sabar untuk berjumpa Shafiq.
***************************************************************************
"Mama! Gelilah! Hihihihi! “ Luqman tertawa sambil badannya meliuk-lentuk ke kiri kanan. Geli di geletek Qaisara. Qaisara tertawa besar melihat keletah anaknya.
“Siapa suruh kejutkan mama tadi? “ tangan Qaisara masih lincah menggeletek pinggang buah hatinya. Segalanya bermula apabila Qaisara dikejutkan dengan sergahan dari Luqman dari belakang pintu bilik tidurnya. Qaisara yang waktu itu sedang mengelamun memikirkan Aziff yang ditemui tengahari tadi. Hatinya berdegup kencang apabila ternampak kelibat Aziff dari jauh dan kebetulan Aziff berjalan dari arah bertentangan dengannya.
Hatinya berbunga-bunga setelah dapat melihat wajah lelaki yang amat dirinduinya selama ini. Ingin sahaja dipeluk Aziff pada waktu itu namun, tetapi entah mengapa Qaisara tidak dapat melakukan semua itu waktu itu. Aziff di pandangnya seolah-olah mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Laju langkah kakinya mengarah ke keretanya.
“Mama, Luq nak tunjuk sesuatu pada mama. Kejap ye…” Luqman bingkas bangun dan berlari-lari anak ke bilik nya. Tak lama kemudian, Luqman muncul dengan segulung kertas di tangannya.
“Luqman lukis ni masa tunggu mama dalam kereta tadi. Cantik tak?” Qaisara tersenyum melihat lukisan orang lidi yang di lukis Luqman. Hatinya tersentuh apabila melihat lukisan dua orang lidi yang berpegangan tangan. Dia tahu Luqman menggambarkan dirinya berpegangan tangan dengan Luqman kerana Luqman masih tidak tahu menulis.
“Cantik sayang. Tapi kenapa mama kurus sangat ni? Tak cantik lah.” Usik Qaisara pada Luqman.
“Mama cantik la. Mama Luqman cantik. “ Luqman pantas memeluk mamanya.
‘Qai, Luqman perlukan kasih sayang dari seorang ayah. Walau sebanyak manapun kasih sayang yang Qai dapat beri pada dia, tak sama dengan kasih sayang dari seorang ayah Qai. Qai fikirlah baik-baik. Kalau Qai tak hiraukan kebahagiaan Qai sekalipun, jangan rugikan kebahagiaan Luqman. Shafiq yakin Aziff boleh menerima Qai dan Luqman seadanya dan seikhlas hatinya. Shafiq tahu sangat hati budinya dan perasaan dia pada Qai yang tak pernah berubah selama ini.’ Masih terngiang-ngiang perbualannya dengan Shafiq yang tak di sangka bertembung dengannya ketika singgah membeli kuih untuk sarapan paginya tadi.
Setelah berbual panjang, Qaisara menceritakan serba sedikit tentang Lisha yang menghubunginya, kemalangan yang melibatkan Haikal dan Zara dan Haikal yang curang padanya. Shafiq sempat meminta nombor telefon rumah Qaisara sebelum masing-masing membawa haluan masing-masing, Shafiq menghala ke office nya manakala Qaisara menghala balik ke rumahnya. Luqman kelihatan senang berbual dan bergurau dengan Shafiq.
Qaisara akui Shafiq benar-benar seorang rakan yang baik dan memahami.
‘Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah yang terbaik untuk kesejahteraan aku dan Luqman. Amin’ detik Qaisara di dalam hatinya.
“Ya Allah! Perbaikilah urusanku, tetapkanlah aku dengan perkataan yang tetap teguh di dunia dan akhirat.”
**************************************************************************
“Mama, tadi Luq tengok dekat tv, ada sorang budak lelaki tu dapat hadiah banyak sangat. Lepas tu ada kek gambar Spongebob atas tu. Bila Luq nak dapat hadiah dengan kek macam tu mama? Luq teringin lah mama...” soal Luq pada suatu petang. Qaisara tersenyum manis pada Luq. Anaknya memang petah bercakap dan bijak berfikir. Ini diwarisi dari sikap arwah suaminya Haikal. Qaisara berfikir sendirian. Kawasan perumahan yang di diaminya itu, Taman Batu Indah, baru 2 bulan di dudukinya. Tidak ramai jiran-jiran yang kenalinya. Namun, Qaisara memang murah dengan senyuman walaupun agak pendiam. Ramai penduduk di Taman Batu Indah senang dengan sikap Qaisara.
Fikiran Qaisara berfikir-fikir bagaimana mahu memenuhi permintaan Luqman tambah-tambahan hari lahir Luqman yang ke-4 makin hampir. 1st Jan 2009. Kebetulan 3th Jan, Qaisara akan memulakan tugasnya sebagai seorang perunding kecantikan di salah sebuah satu syarikat di Kuala Lumpur. Selama ini Luqman langsung tidak pernah menyambut hari lahir, kini dia menyedari Luqman semakin membesar. Kata-kata Shafiq tempoh hari masih terngiang-ngiang di fikirannya. Alangkah bagusnya kalau Aziff berada di sisinya sekarang hidup bersama-sama dan dapat membesarkan Luqman bersama-sama? Tapi, sudikah Aziff? Sudikah Aziff membesarkan dan menjaga Luqman yang bukan dari darah dagingnya sendiri? Dapatkah Aziff menyayanginya seperti dahulu? Adakah Aziff masih benar-benar mencintainya sedangkan Aziff masih boleh mendapatkan banyak anak gadis yang lebih muda, bekerjaya di luar sana berbanding dirinya yang sudah beranak satu?
Masih teringat Aziff yang ditemuinya sebulan yang lalu, semakin tampan. Aziff gemar berambut pendek kemas dan sentiasa memastikan jambang tipisnya rapi. Tubuhnya yang tinggi sasa nampak segak ber t-shirt kolar putih dan jeans biru. Sewaktu berselisih dengan Aziff, Qaisara dapat menghidu wangian ‘Giorgio Amani –Aqua’, wangian kegemaran Aziff sejak dari awal perkenalan mereka. Tidak pernah sekalipun Aziff menggunakan wangian lain.
Adakah Aziff sepertinya? Banyak yang menghulurkan cinta namun Qaisara dapat merasakan hatinya sudah tidak dapat menerima cinta dari mana-mana lelaki lagi. Kadangkala dia serik untuk mencintai dan dia tidak menipu perasaannya sendiri yang sering mendambakan kehadiran Aziff ke dalam hidupnya kembali seperti dahulu.
“Mama ni... suka sangat berangan sekarang ni…” Luqman bersuara lantang sambil bercekak pinggang menatap Qaisara. Tak lama selepas itu, dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Qaisara tertawa kecil dengan sikap Luqman yang sentiasa mencuit hatinya. Luqman mula membuka langkah apabila melihat Qaisara sudah mula mahu menggeleteknya.
Sejenak gelak tawa dua beranak itu memecah suasana sunyi ruang tamu rumah 2 tingkat itu.
*************************************************************************
“Comelnye anak you. Suka menyakat orang pulak tu. Mana ayahnya? Selama ni I tak nampak pun ayahnya?” soal salah seorang dari jiran yang baru dikenali Qaisara 3 hari lalu ketika Qaisara menghantar kad jemputan ke majlis hari jadi anaknya. Ramai penduduk di situ kadang-kadang bosan dan muak dengan sikapnya suka mengambil tahu perihal rumah tangga orang lain dan gemar menyampaikan cerita yang buruk pada jiran-jiran yang berdekatan dengan rumahnya sampaikan dia digelar “mami jarum”.
Senyum Qaisara yang tadinya ceria dengan kehadiran ramai tetamu kini sedikit hambar. Lambat-lambat lidahnya menjawab soalan tersebut.
“Ayahnya ada di sini” satu suara tiba-tiba mengejutkan Qaisara. Suara yang amat di kenalinya. Tak mungkin dia…….
“Sorry saya lambat sayang” kali ini suara tersebut makin jelas kedengaran dan membuatkan Qaisara laju berpusing ke belakang. Aziff melangkah tepat ke arahnya sambil tersenyum. Jantung Qaisara berdegup kencang.
“Hi, saya Aziff. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi datang ke majlis hari jadi anak saya. Mujurlah saya sempat balik dari outstation. Rindu saya pada isteri saya ni. 3 bulan kena tinggal. Kalau orang lain, dah kena baling keluar kain baju saya agaknya” seloroh Aziff pada “mami jarum” mengundang tawa para tetamu. Qaisara terdiam kaku di situ.
“Awak takkan dapat lari dari saya kali ni. Saya dan Shafiq dah plan segalanya untuk pastikan awak akan jadi milik saya” bisik Aziff pada Qaisara yang membuatkan mata Qaisara terbeliak besar.
“Papa!!!!” tiba-tiba suara Luqman kedengaran. Luqman berlari anak kea rah Aziff dan memeluk Aziff. Kali ini mulut Qaisara ternganga. Memang sah, ini kerja Shafiq.
“Rindu nampak nya Luqman dekat saya ni. Hahaha. Kesian juga pada dia asyik kena tinggal dengan saya. Tapi bulan depan, saya akan membawa isteri dengan anak-anak saya bercuti sebulan. Dah lama tak bercuti rasanya “ ramah Aziff berbual dengan “mami jarum”.
“Bertuah betul Qai ni dapat suami yang baik dan penyayang macam ni. “ puji “mami jarum” pada Qaisara. Qaisara makin bingung dengan setiap pernyataan Aziff.
“Qai ok ke? Diam je dari tadi?” “mami jarum” kehairanan dengan riak wajah dan sikap Qaisara yang tiba-tiba berubah seolah-olah tidak suka dengan kepulangan suaminya. Jikalau betul, dia sudah ada modal gosip baru yang dapat dia sampaikan pada jiran-jirannya.
“Saya ok. Biasalah, dah lama tak jumpa suami kan? Rindu benar saya pada dia “ Qai akhirnya bersuara sambil tangannya curi-curi mencubit Aziff. Aziff terpaksa menahan sakit dan selepas itu tertawa kecil apabila mengenangkan Qaisara tetap seperti dahulu yang gemar mencubit.
“Suka benar saya tengok pasangan Aziff dan Qai ni. Saya minta diri dulu ya. Terima kasih banyak-banyak lah sudi jemput saya” ujar “mami jarum” pada Aziff dan Qaisara sendirian.
“Bulan depan kita nikah. No objection! ” pernyataan Aziff pada Qaisara membuatkan mulut Qaisara ternganga lagi sekali.
“Saya bakal jadi suami dan boss awak nanti. Awak tak perlu kerja, cuma buat kerja di rumah ni untuk saya. Nanti claim segala belanja untuk hari jadi ni sebab saya dan Shafiq yang rancang dari awal.” Ujar Aziff sambil memandang ke arah Shafiq yang sudah pun berada si sisinya.. Luqman di pangkuan Aziff tersenyum pada Qaisara. Qaisara mula melentikkan jarinya untuk mencubit Aziff.
‘Eh! Tunggu… tunggu… Awak tak boleh cubit saya je… Awak kena cubit Shafiq dengan Luqman jugak sebab diorang terlibat jugak dalam rancangan ni.”
“Luqman?!!!” Qaisara separuh berbisik namun dapat di dengari oleh Aziff.
“Ye, anak kita yang pandai ni. Setiap hari dia berbual dengan saya di talian telefon setiap kali awak mandi” serentak Luqman tergelak kecil dan kali ini Qaisara ternganga besar.
Tidak di sangka kepandaian anaknya melebihi dari apa yang di sangkakannya.
“Tutuplah mulut tu. Masuk lalat nanti” Seloroh Aziff yang mengundang tawa Shafiq dan Luqman. Qaisara mula menagngkat tangannya mahu mencubit Aziff namun terhenti, tidak di sangka-sangka Aziff dan Luqman dipeluknya tanpa di hiraukan tetamu yang ada.
“I miss you Aziff. Really miss you…” Qaisara berbisik sayu pada Aziff.
“I miss you too Qai. Awak dah kembali pulang ke pangkuan saya, so please… Never ever leave me anymore”…
No comments:
Post a Comment