Sunday, July 12, 2009

Cerpen - 7 April

“Sayang, please… Don’t leave me… Sayang… Jangan buat I macam ni” Natasha menggetap bibirnya menahan sebak di dadanya sambil menarik-narik lengan lelaki berbaju putih di hadapan nya. Pada waktu itu dia terduduk di atas lantai. Tegar lelaki tersebut melangkah pergi meninggalkan Natasha yang pipinya sudah pun di penuhi dengan air mata.
*Plinggg……*
Sebentuk cincin yang cantik berbatu sebutir berlian kecil di lempar ke arahnya dan tepat jatuh di sisi betisnya. Perlahan Natasha mengutip cincin terse but dan menggenggamnya. Matanya di pejam rapat… Airmatanya tak dapat di bendung lagi…

*Kriiiiiiiinnnnnnngggggg*
Tergopoh-gapah Natasha bingkas bangun. Seketika matanya terkelip-kelip. Entah ke mana arah pandangannya. Tak lama selepas itu dia meraba-raba pipinya. Basah. Di pandang sekeliling. Di meja sebelah kirinya terpapar potret kekasih hatinya, Iskandar.
“Ya Allah! Mimpi rupanya aku. Aduyaiiii… “ Natasha membebel sendirian di dalam keadaan yang masih mamai. Perlahan-lahan dia bangun menuju ke arah bilik mandi namun derap kakinya terhenti seketika. Diraba pipinya lagi sekali, basah.
“Takkan aku menangis betul-betul kot?” Natasha bermonolog sendirian. Hairan juga. Dia berpaling ke arah potret Iskandar. Natasha berpatah balik ke arah katilnya, mencapai potret Iskandar dan di kucupnya sebanyak 3 kali. Memang itu aktivitinya setiap hari setiap kali bangun daripada tidur. Agaknya sudah bercampur dengan air basinya pun dia tak sedar. Dikerling ke arah jam loceng. Mata Natasha terbuntang besar.
“Pukul 9?!!!! Nooooo!!!!” Natasha terus kelam-kabut mencapai tuala dan bergegas ke bilik mandi. Minggu ini dia dah 3 kali lewat dan hari ini nampaknya lagi sekali dia bakal berdepan dengan muka bengis boss ‘kesayangan’ nya nanti. Natasha berlari masuk ke dalam kamar mandinya namun malangnya…..
“Aduh!!!!” Natasha tergelincir dan kepalanya terhantuk ke dinding. Natasha ‘biol’ seketika, namun dalam masa yang sama, hatinya…..
‘Ada jugak alas an aku MC’ …. sempat lagi tu……

*********************************************************************

“Betul lah Atie. Buat ape aku nak tipu pulak. Sakit kepala aku ni terhantuk dinding tau tak? Kelam-kabut nak mandi punya pasal. Kau kesian tak kat aku? Kesian lah… Kesian laaa… Sakit tau” manja Natasha merengek pada teman sepejabatnya di talian telefon sementara menunngu giliran nya untuk me ngambil ubat.
“Ye lah, ye lah. Kesian dekat kau kan? Habis tu, aku ni kau tak kesian? Kau tak datang, semua kerja kau aku yang kena buat tau.” Terdengar suara halus Athirah di hujung talian. Tampak macam serius tapi Athirah sekadar bergurau. Antara mereka jarang wujud masalah. Masing-masing sama memahami.
“Alah, kau ni. Esok aku belanja kau makan k. Cakap je nak makan ape. Bereh punya…” Natasha yang tadi menagih simpati dari Athirah, kini memujuk Athirah pula. Kesian juga pada kawan baiknya itu. Hujung bulan selalunya banyak stok baru masuk. Natasha berdoa di dalam hati agar stok baru datang esok. Kalau tidak, tak menang tangan Athirah di buatnya.
“Kalau macam tu…….”
“Nur Natasha Umairah!” panggilan dari 'nurse' membuatkan Natasha tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang Athirah cuba cakapkan.
“Aku call kau balik ye, nak amik ubat kejap. Take care!”


*********************************************************************
“Darl… I miss you badly. Kenapa you tak call I langsung dari semalam? You busy sangat ye? Take a good care of your healthy tau Darl. Love you. Muuuaahhh!!! “

Natasha meletakkan telefon bimbit kesayangannya setelah membuat satu ‘Voice Sms’ pada buah hatinya, Iskandar yang cuma di bahasakannya ‘Darl’. Natasha yang mula memanggilnya Darl. Masih teringat dua tahun yang lepas….

“Hola Darl!!! Good morning!” Ceria suara Natasha menelefon Iskandar. Iskandar tergelak kecil.
“Good morning Baby. Darl? Hehehe. Mane baby dapat panggilan Darl ni?”
“Alaaa.. Darl tu kan singkatan dari ‘Darling’. Lagipun nama you kan Iskandar. So 2 in 1 la. Hihihi” Iskandar hanya tersenyum.
“Darl, cepatlah bangun… Nanti you lambat, tak sempat breakfast”
“Ok ok baby. Hmmm… Sayang dulu”
“No, you dulu…”
“Baby, you sayang I dulu… Cepat”
“No.. you -”
“Muuuaahhh!!! I love you Natasha…”

Natasha tersenyum sendirian terkenangkan saat-saat dia mula bersama dengan Iskandar dua tahun lebih dahulu namun sekarang masa makin merubah segalanya. Iskandar makin berubah. Dan dia sedar semuanya adalah di sebabkan faktor kesibukan Iskandar lebih-lebih lagi apabila Iskandar terpaksa bertukar ke cawangan Pulau Pinang. Dan dia jugak kadang-kadang agak sibuk setiap kali hujung dan awal bulan. Natasha cuma bekerja sebagai sales promoter di salah sebuah kedai barangan kemas di KLIA.
Natasha mengharapkan panggilan daripada Iskandar sejak dari semalam. Pangilannya kepada Iskandar juga tidak di jawab. Dia faham dengan kesibukan Iskandar namun, kadang-kala wujud juga rasa kesunyian di hatinya. Sifatnya yang manja dengan Iskandar dahulu, makin berubah apabila kemesraan di antara mereka semakin kurang.
Natasha merenung ke arah kalendar yang di sangkut di dinding biliknya,
“Hari ni 7 April….. Hamm … Lagi semingguuu…..” Natasha mengomel sendirian sambil bibirnya terkumat-kamit mengira-ngira sesuatu…
“….seminggu… 4 hari… 18 April… birthday Darl… Hmmm… Yes!” Natasha tiba-tiba jadi girang. Ada lah plan dia tu….


*********************************************************************
“Kau nak ambil cuti kahwin ke ni Tasha?” soal Athirah selepas berbual-bual dengan Natsha.
“Huih! Seminggu mane cukup kalau nak cuti kahwin. Honeymoon pun mesti dalam 2 minggu. Heheheh! “
“Gatal! Aku tanya betul-betul ni” Athirah sudah mula naik geram.
“Aku pun jawab betul-betul lah tadi. Jangan maree…. Tak lah, aku nak pergi Penang. Buat surprise dekat Iskandar sempena hari jadi dia. Lagipun aku dah dua minggu tak jumpa dia. Rinduuuuu…” Natasha sengaja memuncungkan bibirnya melebih-lebih apabila perkataan ‘rindu’ disebut nya. Athirah mahu mencebikkan bibirnya namun, tergelak kecil dengan telatah Natasha.
“Kau ni kan…muka lawa, kalau berjalan pun macam perempuan melayu terakhir tapi… bila mai tang otak, mereng” Athirah sengaja bercakap menggunakan loghat Penang.
“Hang cakap chek mereng. Kalau chek mereng, hang tu 2x5 ja” tiba giliran Tasha pula menggunakan loghat Penang. Akhirnya kedua-dua sahabat baik itu tergelak besar.


*********************************************************************
“Mencintai mu….
Seumur hidup ku….
Selama nya….
Kau tetap milikku….

Happy birthday Darl… Miss a lot…Really really do. Love you.. Muuuahhh!!!”

Seperti biasa, apabila Iskandar tidak dapat di hubunginya, dia akan menghantar ‘Voice Sms’ kepada Iskandar. Kali ini lagu ‘Mencintaimu’ lagu daripada Kris Dayanti menjadi pilihan nyanyiannya.
Natasha sekarang berada di Pulau Pinang. Dia baru sahaja berbual dengan Iskandar 2 hari lepas dan Iskandar mengatakan dia masih berada di Pulau Pinang, rumah peninggalan arwah ayahnya, Dato’ Zulkifli. Natasha girang sekali. Sukar untuk melelapkan matanya. Tidak sabar rasanya untuk membuat kejutan pada Iskandar keesokan harinya. Tidak mahu di ganggu Iskandar malam ini, risau kalau Iskandar sibuk bersama client nya dan keletihan. Namun dia pasti, Iskandar akan berada di rumahnya keesokan paginya sebelum pukul 12 tengah hari.
Natasha merenung jauh ke arah laut dari tingkap hotel di sekitar Batu Feringhi yang dia menginap selama 3 hari 2 malam itu. Bunyi ombak laut menenangkan hatinya. Natasha sudah lama rindu untuk pulang ke Penang . Tempat dia membesar dan bersekolah, namun ketika dia berusia 18 tahun, dia mengikut keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur. Iskandar pula berasal dari Kuala Lumpur namun berpindah ke Pulau Pinang ketika dia berusia 15 tahun dan belajar di sekolah yang sama dengan Natasha. Namun mereka tidak pernah berbual. Percintaan antara mereka berputik ketika Natasha berusia 17 tahun dan Iskandar 18 tahun.
Natasha berjalan ke arah katil dan lembut menghempaskan badannya ke atas tilam. Berkhayal bersama kenangan-kenangan manisnya bersama Iskandar satu ketika dahulu. Irama muzik piano Croation Rhapsody dendangan dari Maksim berkumandang lembut di telinganya.





Natasha terlena sambil membayangkan Iskandar memainkan piano padanya sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya.


*********************************************************************
L is for the way you look at me
O is for the only one I see
V is very, very extra ordinary, and
E is even more than anyone that you adore

Love is all that I can give to you
Love is more than just a game for two
Two in love can make it
Take my heart but please don’t break it
Love was made for me and you





Petikan piano irama lagu L.O.V.E berkumandang di ruang tamu rumah Iskandar. Natasha tersenyum gembira. Lagu yang sering di nyanyikan Iskandar kepadanya.
‘Iskandar rindukan aku ke?’ bisik Natasha di dalam hati. Kakinya perlahan melangkah ke arah pintu rumah Iskandar sambil tersenyum. Langkahnya tiba-tiba terhenti. Matanya tertancap pada kasut bertumit tinggi berwarna putih di hadapan pintu rumah Iskandar. Darah nya berderau laju. Dapat di rasakan mukanya pucat tak berdarah.
‘Sepupunya datang kot’ Natasha cuba memujuk hatinya. Irama piano tadi sudah pun berhenti. Natasha mengintai-intai dari tingkap menjengok ke arah ruang tamu. Kali ini….. Natasha terkaku di situ.
Kelihatan Iskandar cuma bertuala dengan rambut yang masih basah. Seorang gadis yang cuma memakai baju tidur berwarna merah jambu berada di riba Iskandar. Leher gadis tersebut di rangkul tangan kasar Iskandar dan ditarik rapat ke bibirnya.
Mata Natasha tidak berkelip melihat apa yang telah terjadi. Hadiah Iskandar yang telah di balut rapi terlepas dari genggaman tangannya. Seolah-olah mimpi. Dan….. Jantungnya hampir luruh terpandang wajah gadis tersebut.
“Linda!!!”


*********************************************************************
2 tahun berlalu…..

“Hello Tasha…. Lama tak jumpa kau. Jom teman aku shopping hari ni?”
***diam***
“Tasha! Kau ni tidur lagi ke? Tak baiklah anak dara bangun lewat-lewat ni. Apelah kau ni….” ***diam***
“Tasha… Kau -”
“Ok ok… Kau jangan membebel ok. Nak jumpa pukul berapa?” Tasha menenyeh-nenyeh matanya yang masih kabur kerana baru saja bangun dari tidur.
“Jumpa kau pukul 12 nanti k! Aku ambil kau dekat rumah, naik satu kereta je. Banyak benda yang aku nak ceritakan pada kau” Natasha tersenyum.
‘Kau ni diam lagi -”
“Aku diam sebab aku tengah senyum lah-”
“Kau senyum mane aku nampak-”
“Ok, lain kali kalau aku senyum setiap kita berbual dalam telefon, aku akan cakap dekat kau lepas aku senyum ‘ Atie, aku tengah senyum ‘ , kau nak macam tu?” kedua-dua mereka terdiam seketika.
“Tasha… Tasha… penat aku bercakap dengan kau. K lah, see ya later! Tata!”
Athirah tergelak kecil dengan perangai Natasha yang gemar ‘menjawab‘. Natasha tersenyum.
“Atie, aku nak cakap sesuatu” panggil Natasha perlahan. Suaranya agak mendatar. Athirah tiba-tiba risau. Risau kemurungan Natasha mula datang kembali. Sejak berpisah dengan Iskandar, Natasha mengalami kemurungan selama setahun lebih. Cuma sekarang dia mula kembali ceria.
“Tasha, kau ok ke? Kau nak cakap ape?”
“Aku nak cakap…” ***diam***
“Aku nak cakap tadi aku senyum…. Kau tak nampak so aku nak cakaplah. Kih kih kih”
“Kau ni!!!!”


******************************************************************************
“Kau bila lagi Tasha?” Athirah merenung tepat ke arah Natasha yang jauh mengelamun ke arah remaja yang asyik bersuka ria bermain ice skating di Sunway Pyramid.
“Maksud kau?” Natasha acuh tak acuh menjawab pertanyaan Athirah, sebab sebenarnya dia tahu apa yang di maksudkan Athirah.
“Ye lah, bila lagi nak berkeluarga? Aku ni bulan depan dah nak jadi isteri orang. Kau tu, aku tengok dah 2 tahun berseorangan. Tak sunyi ke? Kau tak dapat lupakan Iskandar lagi ke?” pertanyaan Athirah tidak terus dijawabnya.
'Teringat…...' detik hatinya.
Matanya masih melihat ke arah yang sama. Terbayang lagi dia dan Iskandar gembira meluncur bersama-sama di gelanggang ais tersebut satu ketika dahulu. Jatuh bersama-sama, seluar masing-masing basah dek ais yang mencair di gelanggang itu, berpelukan dengan Iskandar setiap kali dia hampir jatuh, dia ketawa girang di sisi Iskandar. Saat itu dia benar-benar bahagia dengan Iskandar. Natasha tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.
“Teringat? Kalau ingat pun, dia dah takde ape-ape makna dalam hidup aku. Kenangan ni adalah sesuatu yang tak mungkin kita dapat sisihkan, cuma antara teringat di dalam kerinduan ataupun cuma sekadar memori yang dah di’save’kan dalam fikiran kita tapi perasaan rindu atau sayang dah tak wujud lagi” Natasha melihat ke arah Athirah sambil tersenyum penuh makna. Memang apa yang dia maksudkan itu lahir jujur dari hatinya. Athirah menarik nafas lega. Natasha sudah mula dapat melupakan Iskandar.
“Athirah, aku nak cerita something dekat kau ni. Maybe kau cakap nonsense tapi aku hairanlah” dahi Athirah berkerut. Dia mendiamkan dirinya dan menantikan cerita daripada Natasha.
“Malam tadi aku mimpi aku dukung sorang budak perempuan. Comel sangat! Die panggil aku mummy “ Bibir Natasha menguntum senyum di saat membayangkan anak kecil di dalam mimpinya semalam.
“Haaaa… Tu petanda tu. Petanda supaya kau cepat-cepat kahwin. Tapiii… Apa yang peliknya mimpi tu?” Lagi sekali dahi Athirah berkerut.
“Macam ni, setiap 7 April je aku akan mimpikan sorang lelaki berbaju putih. Aku baru perasan hari ni lepas aku tengok budak perempuan berbaju pink tu” serentak jari telunjuk Natasha di tunding ke arah seorang kanak-kanak perempuan melayu berbaju merah hati.
“Tadi pagi yang kau call tu, aku tengah mamai lah cuz baru tersedar dari mimpi tu.” Athirah tekun mendengar cerita dari Natasha. Dia tahu Natasha tidak mereka-reka cerita kerana dia masak dengan perangai Natasha yang cukup jujur padanya.
“Kau ingat tak hari yang aku terjatuh dalam bilik air tu?” Natasha serius cuba mengingatkan Athirah kembali pada hari tersebut. Bukan jawapan yang Athirah berikan namun tawanya tiba-tiba berderai. Muka Natasha tiba-tiba berubah masam.
“Alaaa… Kau ni, janganlah marah. Aku nak tergelak teringat kau tu jatuh bilik air then terhantuk kepala ke dinding. Ok ok continue story. Heheh… Kenapa dengan hari tu?” soal Athirah dengan tawa yang masih sipi-sipi kedengaran.
“Hari tu, aku ingat lagi… 7 April. First time aku mimpi aku menangis, merayu one guy berbaju putih jangan tinggalkan aku but dia tinggalkan aku then baling sebentuk cincin berlian pada aku. Tapi aku tak nampak muka dia” Natasha berhenti seketika.
“And then, last year…. April jugak. Aku mimpi aku peluk one guy berbaju putih sambil tangan aku genggam cincin yang sama…Samar-samar je aku nampak muka dia” Athirah menjadi pelik.
“Serious?” soal Athirah.
“Serious Atie, that’s why aku cakap pelik. Hari ni 7 April, sebelum kau call aku, aku mimpi aku dukung one baby girl panggil aku ‘mummy’ and die panggil one guy ‘daddy’. Haaa… this time aku nampak jelas muka dia. Dia tinggi lampai, badan tegap, berkuli….”
“Atie!” satu suara garau menyapa Athirah. Serentak Athirah dan Natasha menoleh ke arah suara tersebut. Riak wajah Athirah berubah ceria setelah menatap wajah lelaki tersebut namun sebaliknya pada Natasha. Nafasnya seakan-ak an berhenti seketika.
“Azril Hakim…..Right?” soal Athirah pada jejaka berkulit kuning langsat di hadapannya. Hatinya memuji ketampanan Azril. Nampak segak berbaju dan berseluar putih.
“Yup! Lama tak jumpa. 4 tahun… Kau tak berubah pun ye?” ramah Azril berbual dengan Athirah. Matanya di kerling ke arah Natasha. Athirah yang menyedari kerlingan Azril, terus bersuara kembali,
“Eh! Sorry kenalkan ni, Azril… Kawan sekolah menengah aku, dan ini-”
“Nur Natasha Umairah”
Athirah kehairanan. Natasha dapat merasakan jantungnya berdegup laju.

******************************************************************************
“You gotta be kidding….”
“Look, I know you might think that this is nonsense. Baru dua kali jumpa, dah mula lahirkan kata cinta, rasa sayang. But trust me Tasha, saya rasa seolah-olah dah 3 tahun kenal awak….”
“3 tahun?” soal Tasha pada Azril.
“Yes, I’m not making up story but you tak hairan ke macam mane I tahu nama penuh you even though I tak pernah kenal pun you ni siapa.” Natasha mengangguk-angguk laju. Dah macam burung belatuk lagaknya.
“3 tahun lepas, I pernah jumpa you. Waktu tu, hati I dah macam ter tarik pada you tapi I tak berani nak tegur you. Then, masa I nak pergi tegur you, telefon you berbunyi… You berbual sampailah nurse panggil nama you, dari situ I tahu nama you. I nak pergi tegur you lepas you ambil ubat but you cepat-cepat keluar…. “ bersungguh-sungguh Azril bercerita pada Natasha. Masing-masing terdiam seketika.
“And then last year, I nampak you lagi dekat Starbuck KLCC. But that time I kelam-kabut cuz ada janji. You pulak langsung tak perasan I asyik pandang you sebab asyik dengan laptop you that time” Azril tersenyum teringatkan Natasha waktu itu. Natasha masih tekun mendengar. Matanya tidak berkelip-kelip memandang Azril. Sekali lagi Azril tersenyum menampakkan gigi putihnya yang teratur cantik.
“I cuma nak you tahu, I boleh berani lahirkan perasaan cinta I sebab, I memang dah lama jatuh hati pada you. Lepas I clash dengan bekas kekasih I 3 tahun lepas, you je gadis yang buat I rasa ingin bercinta balik walaupun I tak kenal you. But there’s something about you yang buat I yakin that you, gadis yang ditakdirkan untuk I. Bukan sebab Atie cerita pada I you baik, bukan sebab I simpati pada kisah lepas you. Bukan sebab you cantik-” serentak pipi Natasha merah merona. Azril tergelak kecil.
“Merah dah pipi you” usik Azril sambil mencuit halus dagu Natasha. Natasha tertunduk malu. Azril menarik nafas panjang dan meneruskan per bualan nya.
“And semalam, Tuhan makbulkan doa I. I jumpa you and dapat berbual dengan you, dapat tatap wajah you dari dekat. But, you know what Tasha. Yang hairannya, I jumpa you setiap April” Muka Azril berubah serius. Riak wajah Natasha turut berubah. Seolah-olah teringatkan sesuatu.
“Let’s get married!” pernyataan Natasha membuatkan Azril tersentak.
“What?-”
“Let’s get married! I want you to marry me!-”
“Are you serious?!-”
“Yes! I terima lamaran you!” Natasha bersungguh-sungguh menerima lamaran Azril.
“Yippie!!!!!”

*********************************************************************
“Awak tahu tak, tadi mak saya cakap saya bertuah ada tunang macam awak ni” ujar Natasha ketika dalam perjalanan pulang dari rumah orang tuanya ke rumah sewanya. Azril yang sedang memandu ketika itu tersenyum manis. Tangannya mencapai jari jemari Natasha dan mengucupnya lembut.
“No sayang, I yang bertuah ada you dalam hidup I”
“No! I yang lucky!-”
“I! Jangan melawan!-”
“I yang lucky! Bluek” Natasha tetap ingin menang. Lidahnya di jelir pada Azril.
“You ni kan, kalau tak melawan I, tak sah. Ok lah ok lah. I menang”
“Eh! Kenapa you menang pulak? I lah yang patut menang” Natasha masih tidak berpuas hati.
“Hahaha! Ok you menang sayang. Alright, dah sampai - you masuk mandi, relax … I sampai rumah nanti I call you ok?” Natsha mengangguk kecil sambil tersenyum.
3 minit selepas itu, Azril berlalu pergi setelah di pastikan Natasha selamat masuk ke dalam rumahnya. Di dalam perjalanan pulang, telefon bimbit Natasha berdering.
Azril tersenyum. Ini bukan kali pertama telefon bimbit Natasha tertinggal di dalam keretanya. Tangannya melihat ke arah skrin telefon bimbit Natasha.
----------------------------------
“0126675392”

Answer Busy
----------------------------------
*Kring….Kring….*
*Kring….Kring….*

Langkah kaki Natasha yang menghala ke dapur ketika itu terhenti mendengar deringan telefon rumahnya.
‘Cepat pulak sayang sampai hari ni’ getus hatinya.
Cepat-cepat dia berlari anak mengangkat telefon.
“Hello sayang!” Natasha mengangkat telefon dengan ceria.
“Bie-” serentak darah Natasha berderau. Suara itu amat di kenalinya.
“Bie. I miss you Bie. Miss you so much Bie.” Iskandar! Natasha masih terdiam kaku.
“L - is for the way you look at me…. O - is for the only one I see…. V - is very, ve-” Mata Natasha mula berkaca. Cepat dia memotong nyanyian dari Iskandar.
“How are you?”
“I’m not ok Bie, I’m not ok. I miss you Bie. Since you tinggalkan I, I merana Bie. I’m not happy. Please come back to my life Bie. I dekat luar rumah you Bie, I nak jumpa you. I really miss you…” Iskandar merayu-rayu padanya.
“Tak mungkin Is. This coming July, I akan berkahwin. And you tak perlulah contact I lagi lepas ni. Bye” Natasha terus meletakkan gagang telefonnya. Dia berdiri kaku di situ.
‘Kenapa? Kenapa dia muncul kembali?’ Air mata Natasha bergenang. Luka lamanya seolah-olah berdarah kembali. Di lihat ke arah luar rumahnya, Iskandar berdiri di luar rumahnya. Keadaan Iskandar tak terurus. Wajahnya cengkung. Jambang nya di biarkan tumbuh lebat.

You look so dumb right now
Standin outside my house
Tryin to apoligize
You're so ugly when you cry
Please
Just cut it out
And dont tell me you're sorry cuz you're not
Baby when I know you're only sorry you got caught

But you put on quite a show
Really had me goin
But now it's time to go
Curtain's finally closin
That was quite a show
Very entertainin
But it's over now
Go on and take a bow

Grab your clothes and get gone
You betta hurry up
Before the sprinklers come on
Talkin bout
"Girl I love you, you're the one"
This just looks like a re-run
Please
Wat else is on

And dont tell me you're sorry
Cuz you're not
Baby when i know you're only sorry you got caught

But you put on quite a show
Really had me goin
But now it's time to go
Curtain's finally closin
But that was quite a show
Very entertainin
But it's over now
Go on and take a bow




*Kring…Kring…*
*Kring…Kring…*
Telefon kembali berbunyi. Natasha berkira-kira samada mahu mengangkat panggilan tersebut atau pun tidak kerana dia yakin itu adalah panggilan dari Iskandar.
Dalam masa yang sama, Azril berulang-ulang kali mendail nombor rumah Natasha namun hampa apabila ‘engaged’.
‘Takpelah, aku hantar telefon dia depan pintu jelah’ Azril sudah hampir ke rumah Natasha. Apabila hampir tiba ke rumah Natasha, kelibat Natasha kelihatan sedang membuka pintu pagar rumahnya. Azril kehairanan. Keretanya sengaja di berhentikan jauh dari rumah Natasha dan lampu keretanya dipadamkan. Natasha menuju ke arah seorang lelaki yang tidak di kenalinya. Lelaki tersebut meluru ke arah Natasha untuk memeluknya. Dia cuba mendengar perbualan mereka namun tidak tidak dapat mendengarnya. Hati Azril tiba-tiba panas.
“No Is! Apa yang you nak cakap kan pada I?” Natasha menghalang Iskandar dari memeluknya.
“Bie, I want you to come back to me. Sampai hati you buat macam ni dekat I” Natasha tergelak sinis.
“Sampai hati I? Sampai hati I buat ape dekat you Is?” Iskandar terkejut dengan sikap Natasha. Ternyata gadis itu banyak berubah berbanding 3 tahun lalu. Natasha yang dikenalinya seoarng yang ceria, gemar mengusik, manja, lembut dan sentiasa memahaminya.
“Bie, kenapa you macam ni Bie? You yang minta kita clash dengan alasan kita dah tak sehaluan. Sebab jauh and hubungan kita dah tak mesra. Remember Bie?” Iskandar cuba mengingatkan Natasha kembali. Dalam masa yang sama dia teringat lagi pada waktu Natasha meminta agar mereka berpisah. Dia berlagak sedih namun sebenarnya hatinya gembira kerana lebih mudah untuk dia bersama dengan Linda. Sudah lama dia ingin meninggalkan Natasha waktu itu namun, dia tidak sampai hati.
“Yes! I ingat. And I thought you dah happy dengan Linda sekarang?” Natasha sengaja menyindir Iskandar. Mata Iskandar membulat.
“Linda? Ape yang Bie cakapkan ni?” Natasha menggetap giginya. Dadanya mula sebak.
“I was at Penang 18th April 2007. I nak surprisekan you that day. I went to your house. And…. I saw you with her….” Natasha tidak dapat menahan sebak di dadanya. Di tekup mukanya dan tangisannya tidak dapat di tahan-tahan lagi. Natasha hilang kawalan dirinya. Sudah tidak di hiraukan Iskandar yang berada di hadapan nya. Iskandar dalam masa yang sama terkejut. Hatinya rasa bersalah, betapa selama ini dia menyalahkan Natasha meninggalkannya tanpa di ketahui dialah punca perpisahan mereka. Sejenak dia teringatkan kotak biru di hadapan rumahnya 3 tahun lepas. Tangan nya merangkul Natasha ke dalam pelukannya untuk menenangkan Natasha.
Azril yang melihat dari jauh menumbuk kuat stereng kereta nya.

******************************************************************************
“Maaaaa…. Maaaamiiii”
“Tengok ni! Baby Nia dah pandai sebut ‘mummy’!” Athirah di tarik dekat padanya dan permata hatinya, Nur Dania Alisya yang lahir pada 7 April 2009. Athirah tergelak kecil melihat keletah Natasha yang begitu teruja melayan bayi sulungnya.
“Ye lah, ‘Mummy’ je yang dia tahu sebut. ‘Daddy’ kau tak ajar ke? Nanti sampai besar die tahu sebut ‘Mummy’ je.” Athirah mengusik Natasha yang asyik leka bermain dengan Nur Dania Alisya yang gemar di panggilnya “Baby Nia“.
“Korang ni, kalau tak jadi kahwin hari tu, tak tahu lah. Cuak aku bila Natasha menangis teresak-esak cakap kau baling cincin yang kau beli untuk perkahwinan korang dulu.” Athirah tiba-tiba teringatkan kisah yang terjadi antara Azril dan Natasha setahun lepas.
“Ye lah, aku ingat kan die dengan lelaki mane time tu. Panas aku time tu kau tahu tak. Tapi silap aku lah, serbu tak pakai ‘helmet’. Sorry sayang” serentak Azril merangkul Natasha ke dalam pelukannya. Natasha mencebik.
“Lepas tu, esok tu ada orang kena datang rumah aku minta maaf kan Atie? Lepas tu kena denda cari cincin tu sampai jumpa kan... sebab aku tak nak cincin lain kan? Nak cincin tu jugak kan?” Natasha memerli-merli Azril. Muka Azril berubah.
“Amboi amboi…. Makin menjadi-jadi pulak ye”
“Hehehe.. Gurau je sayang. Actually, dari awal lagi aku yakin Azril ni jodoh aku. Ingat tak mimpi-mimpi aku yang aku ceritakan dekat kau tu?” soal Natasha pada Athirah. Athirah mengangguk laju. Azril kehairanan.
“Lelaki-lelaki yang aku mimpi tu, Azril lah. Kan aku cakap mimpi yang last tu aku nampak jelas muka lelaki berbaju putih tu? Tapi tak sempat sebab Azril tiba-tiba datang kacau daun masa dekat Sunway Pyramid tahun lepas.” muka Azril lagi sekali berubah apabila Natasha menyebut ‘Azril tiba-tiba datang kacau daun’. Natasha mencuitnya halus dan menyambung ceritanya.
“Aku terkejut masa tu sebab aku tengah describe tentang dia tup tup, dia muncul depan aku. Bila die cerita die dah 3 kali nampak aku setiap April, tu yang aku terus terima lamaran die tu” Athirah dan Azril berpandangan sesama sendiri.
“Oooo…. You tak pernah cerita dekat I pun?” soal Azril pada Natasha.
“You tak tanya macam mane I nak cerita?” Natasha mengangkat-angkat sebelah keningnya.
“I tak tahu macam mana I nak tanya?”
“Menjawab ye? I dah jadi suami you now. Di sebabkan you dah ‘menderhaka’ pada I, menjawab… You kena denda…”
“Huh?”
“Malam ni ‘bagi’ I lagi sorang baby!”
“What?”

Serentak Athirah ketawa. Baby Nia yang melihat Athirah ketawa terus ketawa tanpa mengetahui apa yang sebenarnya di ketawakan Athirah. Pada pandangan mata kecilnya, dia cuma melihat tiga manusia yang jauh besar darinya dan seorang wanita dan lelaki yang sering berada di sisinya siang dan malam.
7th April…. 7th April 2006 - Azril dan Natasha berada di dalam sebuah klinik. 7th April 2007 - Azril dan Natasha sama-sama berada di KLCC. 7th April 2008, mereka bertemu di Sunway Pyramid. Dan 7th April 2009, zuriat mereka, Nur Dania Alisya lahir ke dunia ini. Sesungguhnya hidup ini terlalu banyak kebetulan yang tidak di sangka dan Tuhan telahpun menentukan segalanya.

No comments: