Thursday, January 7, 2010

Editing by Juliana a.k.a Vee Violet

Edited by Zul

Edited by Zul

Edited by Zul

Edited by Zul

Edited by Vee Violet

Edited by Vee Violet

Edited by Vee Violet

Edited by Vee Violet

Edited by Vee Violet

Edited by Vee Violet

Edited by Vee Violet

Edited by Vee Violet

Edited by Vee Violet

Edited by Vee Violet

My lovely friend yang make up kan Vee, Raja Feena. Bagi yang berminat untuk dapatkan perkhidmatan Raja Feena dan tengok hasil sentuhannya, sila2lah terjah ke blog 'beliau' www.beautytouch66.blogspot.com ... Mmmuaackss!!!! =)

Love Quote of the Day

Love consists in this, that two solitudes protect and touch and greet each other.

~Rainer Maria Rilke~

Wednesday, January 6, 2010

Sakit Mental Tanpa Sedar

Assalamualaikum dan hello semua!!! (^_*) … Hari ni Vee nak share pasal Sakit Mental Tanpa Sedar. Macam biasalah, Sharing Is Caring kan? =)

Pada 05/03/2009, sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan bahawa lebih 270,000 rakyat Malaysia menghidapi skizofrenia, sejenis penyakit mental tanpa menyedarinya.

2 Kumpulan Penyakit Mental.

Pada umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu yang pertama, penyakit psikosis.Pada tahap teruk, seseorang yang mengalami penyakit mental psikosis mungkin kehilangan hubungan dengan alam nyata. Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik depresif.

Kumpulan kedua ialah penyakit yang bukan psikosis atau neurosis. Mungkin kita pernah mengalami perasaan sedih, resah dan tertekan. Pengalaman ini merupakan pengalaman biasa dalam kehidupan kita. Apabila perasaan biasa ini dan tingkah laku tertentu berlaku secara tidak terkawal dan berlarutan sehingga mengganggu kehidupan harian seseorang dan menjejaskan hubungan dengan orang lain, ia mungkin mengalami salah satu penyakit mental jenis ini. Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah ketakutan yang tidak berasas (fobia), keresahan (anxiety), kemurungan (depression) dan obsesif kompulsif.

Seseorang yang mendapat penyakit mental mengalami gangguan fungsi mentalnya. Penyakit mental boleh berbeza dari segi jangkamasa sakit dan tahap gangguan terhadap aktiviti harian. Jika dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh membahayakan pesakit dan mereka akan menjadi lebih ganas dan boleh membunuh diri atau membunuh anggota keluarga ataupun jiran mereka.

Penyakit mental boleh bersifat sementara dan boleh berulang-ulang di sepanjang hayat seseorang. Kebanyakan pengidap penyakit mental hanya mengalami satu episod sahaja, tidak serius dan pulih dengan sempurna selepas rawatan.

Rawatan Penyakit Mental.

Antara rawatan yang sering digunakan bagi merawat penyakit mental ialah psikoterapi dan kaunseling (membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih mendalam dan rawatan ini diberikan secara pesakit luar), rawatan psikotropik (menggunakan berbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubat psikotropik dan digunakan untuk rawatan penyakit mental), rawatan tingkahlaku dan rawatan elektrokonvulsif

Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis. Sementara ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety) sehingga pesakit dapat mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik.

Rawatan tingkahlaku pula memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau tingkahlaku tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Teknik releksasi merupakan satu contoh rawatan jenis ini.

Rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius.

Faktor Yang Menyumbang kepada Penyakit Mental.

Mungkin ada di antara kita yang melihat penyakit ini sebagai sesuatu yang remeh dan tidak mungkin berlaku kepada dirinya. Namun dengan keadaan ekonomi yang semakin merudum bukan sahaja di negara ini tetapi di seluruh dunia, kemungkinan untuk seseorang untuk menghidap penyakit ini, kini semakin tinggi.

Ditambah dengan keadaan dunia sekarang dimana lebih ramai orang akan kehilangan pekerjaan pastinya ia sedikit sebanyak akan memberi kesan dari segi psikologi dan mental terutama bagi mereka yang berkeluarga.

Dunia sekarang menuntut penggunaan wang sebagai perantara dalam memenuhi keperluan dan kesan akibat kegawatan ekonomi ini sedikit sebanyak akan menjejaskan pemikiran dan perlakuan kita.

Sumber daripada ;
Laman Web Rasmi Hospital Tuanku Fauziah - Kementerian Kesihatan Malaysia.
http://htf.moh.gov.my/modules/news/article.php?storyid=49
Diolah oleh ;
Vee Violet


Ini tekanan tapi belum sampai tahap mental. *wink* =p`

Tuesday, January 5, 2010

Motivasi Diri

Kita memerlukan sesuatu yang boleh menjadi daya pendorong atau motivasi untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

Kalau pelajar yang ingin berjaya tentu memerlukan motivasi diri untuk mencapai kejayaan.

Bagi seorang pekerja pula, tentu memerlukan motivasi untuk melakukan pekerjaan dengan baik...tambahan pula perlu melakukan kerja yang sama setiap hari. Tentu bosan akan muncul jua di dalam hati.

Di bawah ni ada beberapa tips yang boleh kita praktikkan untuk motivasi diri..

1. Rancangkan dahulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat.


2. Senyumlah selalu..senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah.


3.Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti.


4. Jangan membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri.


5. Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi.


6. Sesekali hiburkanlah hati sendiri dengan melakukan apa yang diminati.


7. Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas. Sesekali bergaya, apa salahnya.


8. Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan..takut jadi obes pula.


9. Amalkan gaya hidup sihat. Jangan menghisap rokok..bahaya untuk kesihatan.


10. Lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri.


11. Tenangkan fikiran dan relaks sekejap.


12. Mandi setiap hari... jangan malas mandi tau!


13. Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dengan kemampuan diri.


14. Jangan menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing.


15. Lakukan kerja seikhlas hati.


16. Yang paling penting, sentiasalah berdoa kepada Allah.


Regards,

Monday, January 4, 2010

Sejauh mana pun kita melangkah di dunia ni, ada sesuatu yang kita tak patut lupa...



Ilaa hilaastu lil Firdausi ahla, walaa aqwaa ‘alaa Naaril Jahiimi. Allah, fahablii taubatan waghfir dzunuubii, fainnaka Ghafirun dzambil ‘adziimi

Ilaa hilaastu lil Firdausi ahla, walaa aqwaa ‘alaa Naaril Jahiimi. Allah, fahablii taubatan waghfir dzunuubii, fainnaka Ghafirun dzambil ‘adziimi

Translation :

Tuhanku aku tidak layak
untuk syurgaMu
tetapi aku tidak pula
sanggup menanggung
seksa nerakaMu,
dari itu kurniakanlah
ampunan kepadaku,
ampunkanlah dosaku,
sesungguhnya Engkaulah pengampun
dosa-dosa besar........

Tuhanku aku tidak layak
untuk syurgaMu
tetapi aku tidak pula
sanggup menanggung
seksa nerakaMu,
dari itu kurniakanlah
ampunan kepadaku,
ampunkanlah dosaku,
sesungguhnya Engkaulah pengampun
dosa-dosa besar...

Chocolate Fair... For all the chocolate lovers... =)



Fakta 1: Coklat tidak menyebabkan jerawat.
Antara kepercayaan karut paling umum ialah coklat menyebabkan jerawat, terutama di kalangan remaja. Ini sama sekali tidak benar. Maklumat sekian lama jelas membuktikan bahawa coklat tidak menyebabkan jerawat. Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat, tetapi kita lebih mudah menyalahkan coklat. Perubahan hormon ketika baligh, ditambah pengambilan makanan kurang zinc dan banyak iodin, punca utama. Jerawat biasanya tumbuh apabila seseorang mencapai usia remaja. Pertambahan hormon menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum, yang mengalir ke permukaan kulit secara semula jadi. Jika pengalirannya tersekat, sebum terkumpul lalu membentuk jerawat. Ensiklopedia Dermatologi menjelaskan dengan tepat bahawa pemakanan tiada kena-mengena dalam pengurusan jerawat. Jadi, remaja tidak perlu menahan diri daripada memakan coklat kegemaraan mereka.
(sebenarnya Vee makan coklat akan naik jerawat - tapi Vee rasa sebab kurang minum air kot penyebab kalau Vee mamam coklat naik jerawat... =p` )

Fakta 2: Coklat tidak menggemukkan
Isu sebenarnya, apabila kita makan berlebihan. Perangkaan terbaru dari seluruh dunia menunjukkan, bilangan orang gemuk kian ramai. Makan sederhana, termasuk coklat, diiringi senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat badan sihat. Yang penting, tahap kecergasan, bukan hanya kehilangan berat badan. Doktor dan pakar pemakanan, orang terbaik menasihat mengenai pengurusan berat badan. Bagaimanapun, petua termudah ialah makan secara sederhana. Sebenarnya, tiada sesuatu makanan tertentu yang boleh menggemukkan. Lazimnya, yang menentukan berat badan seseorang ialah jumlah dimakan. Sebagai peringatan, Persatuan Pemakanan Amerika menasihatkan:
"…coklat boleh dimakan secara sederhana."
(Sangat setuju... => )

Fakta 3: Penghidap diabetes boleh makan coklat
Dalam tempoh 20 tahun lalu, pelbagai perubahan besar dalam nasihat pemakanan diberikan kepada penghidap diabetes. Persatuan Diabetes Britain, Persatuan Dietitik Amerika dan Persatuan Diabetes Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula, atau makanan bergula, dalam jumalh terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan rendah lemak, boleh diterima. Produk khusus untuk pesakit diabetes tidak menawarkan sebarang kelebihan kepada mereka dibandingkan dengan makanan biasa. Justeru, penghidap diabetes boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana, mengikut nasihat pakar pemakanan.

Fakta 4: Coklat tidak sebabkan karies gigi
Apabila anda mengalami sakit gigi yang teruk dan sedang menunggu berjumpa doktor gigi, coklat perkara terakhir bermain dalam fikiran. Namun jangan terburu-buru membuat kesimpulan, fikir dahulu faktanya. Kerosakan gigi disebabkan pelbagai faktor dan hakisan enamel pada gigi adalah proses dinamik. Asid yang terhasil daripada pecahan karbohidrat makanan di dalam mulut menyebabkan hakisan ini. Amalan menjaga kebersihan mulut dan pemflouridan air terbukti dapat mengurangkan karies di sesetengah negara, walaupun pengambilan gula tetap sama atau meningkat. Satu lagi berita baik, tanin pada koko mungkin membantu mencegah karies dengan mengurangkan pertumbuhan plak, manakala asid oksalik dalam coklat dikatakan dapat mengurangkan pengeluaran asid. Kini anda boleh terus makan coklat dan senyum tanpa segan silu. Tetapi jangan lupa berus gigi.

Fakta 5: Coklat tidak sebabkan sakit jantung
Dalam kes sakit jantung, coklat juga sering dipersalahkan. Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab sebenarnya. Sebaliknya, coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada kolesterol darah. Untuk menjaga kesihatan, kita patut mengamalkan pengambilan makanan mengandungi banyak serat dan karbohidrat kompleks, tetapi kurang lemak dan gula. Kita juga perlu sentiasa bersenam. Pengambilan sedikit coklat sebagai sebahagian diet seimbang tidak akan menimbulkan masalah kepada jantung.


Fakta 6: Coklat kuatkan tenaga batin?
Walaupun belum ada makanan terbukti dapat meningkatkan tenaga batin, coklat berupaya mencetuskan reaksi positif kepada tindakan kimia otak dan diketahui dapat memperbaiki mood seseorang. Aroma, rasa dan kelazatan coklat memberi nikmat sukar digambarkan. Nikmat dirasai apabila makan coklat disebabkan pengeluaran pelali semula jadi yang diketahui dapat mengurangkan kesakitan dan meningkatkan mood serta nikmat dirasai. Hakikatnya, jumlah pelali itu tidak mencukupi untuk menghasilkan kesan sedemikian. Sebaliknya besar kemungkinan gabungan rasa, kandungan khasiat dan ramuan psikoaktif coklat yang menjadi penyebab. Glenn Cardwell merumuskan: "Makan coklat antara nikmat sebenar kehidupan." Ini bermakna, coklat hadiah yang sempurna. Tidak dinafikan, kesihatan menjadi keutamaan hampir semua orang. Jika dimakan secara sederhana, walaupun setiap hari, coklat tidak memudaratkan. Jadi, janganlah bimbang hendak menikmati coklat, kerana ia antara anugerah kehidupan paling enak.

Sharing is Caring!!! ^^

Regards,

Thursday, December 31, 2009

Vee Violet's Soul

Vee sangat suka something yang related dengan fashion, terian, music and benda yang sweet + cute. Apa kaitannya dengan entry Vee kali ni? My soul... =) Vee nak share video yang Vee selalu tengok. =) For those yang kenal rapat dengan Vee memang tahu yang Vee nie peminat drama & lagu korea. 1st video gabungan kumpulan remaja Wonder Girls yang popular denga lagu "Nobody", "So Hot", "Irony" dan kumpulan remaja lelaki 2PM yang popular dengan lagu "Again Again", "Hate You", "Heartbeats" etc... =)

2nd video gabungan kumpulan Wonder Girls juga bersama kumpulan Big Bang. Selain dari 2 kumpulan nie, Vee selalu tengok MV Girls Generation, B-Rain, Solbi... Enjot watching it! ^^


Happy New Year!!!


Happy Thursday!!!
New year is just around the corner!!! ^^ Vee sure hari nie kebanyakan blogger akan post entry New Year including me!!! ^^ ...

Semua pahit manis 2009 akan kita tinggalkan - pada 2010 akan tercipta kenangan baru.



Pada yang ada azam tahun baru, semoga terlaksana. Pada yang masih tak tunaikan azam tahun nie, nak carry forward ke esok... =) 2010 ... Tak salah... As long as keinginan nak laksanakan tue masih ada. =)

Vee mungkin tak dapat melawat ke semua blog kawan2 hari ni sebab Vee kerja half day. Hari ni ada casting dekat PJ untuk tv commercial Lux. Wish me luck! Rasanya tak dapat sebab memang sah ramai yang cantik2 pergi kan? Tapi tak salah mencuba, betul tak? =)

Once again! Happy new year!!! ^^


With love,

Tuesday, December 29, 2009

My Baby Theo

Sape dah tengok Alvin & Chipmunk? Angkat tangan!!! Hihihi... Vee dah tengok and nanti nak beli cd nye lagi. Pernah tgk Alvin & Chipmunk 3 hari berturut2. Hihihi... =) And Vee sangat suak Theodore. Theodore sangat naive and manja... Comel sangat!!! ^^






Mix of Everything...

Hari ni terasa nak berceloteh panjang sikit... =)

Today

I'm not feeling well today. Headache. Suppose pergi tvc casting petang nie but since terlewat bangun and tak buat persiapan (baju, etc) so Vee tak pergi. To all of my dearest readers, take a good care of your healthy and kalau sakit cepat2 mamam ubat tau.

Health is the thing that makes you feel that now is the best time of the year.
~Franklin P. Adams~


Hari ni last day salah seorang officemate Vee... Hmmm... Sejak bulan lepas makin ramai yang resign dari company yang Vee kerja ni. Vee tak tahu berapa ramai, tapi lebih kuran dalam 7-10 orang kot.

The world is round and the place which may seem like the end may also be the beginning.
~Ivy Baker Priest


2 more days to go!

2010 is just around the corner. Ada sesiapa yang dah ada azam baru? Perlu ke azam baru? Penting ke? Ade ke yang nak tukar imej tahun baru ni? Tepuk dada tanya selera. Setiap orang layak dan patut hidup dengan happy. Ajal, jodoh, maut, semuanya di tangan Tuhan - semua pernah dengar pernyataan ni kan? And Vee yakin there's a few of you guys yang seringkali ungkapkan pernyataan tu. Yes, Vee setuju dengan pernyataan tu tapi semua kena ingat walaupun semuanya Tuhan dah tetapkan semuanya, pilihan untuk membahagiakan diri sendiri, hidup sendiri terletak pada diri kita sendiri. Setiap orang perlu ada perancangan hidup masing2 dan cuba realisasikannya, sementara Pencipta kita akan terus memelihara setiap perkara yang kita lakukan. Contohnya, bagi yang berazam ingin mempunyai bisnes sendiri next year, cubalah realisasikannya.

“9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.”
(Hadis riwayat Tirmizi)

For those yang nak further study, ilmu dan pengetahuan tu penting.

Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi saw., sabdanya "Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, ataupun orang yang mencintai (tiga golongan tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa"
(Al-Bazzar)


Vee sentiasa doakan kawan2 Vee. Life is short, ape yang lebih penting selain daripada hidup dengan gembira, bahagia, bermakna dengan keberkatan Pencipta kita.

Vee? Ok, Vee pulak - sudah tentu ada azam Vee sendiri dan bukanlah azam untuk tahun depan. Azam tu mungkin sejak dari bukan lepas, 3,4 bulan lepas. =) Tapi next year Vee akan cuba realisaikannya.

Attitude? Ubah sikap negative? Of course, setiap orang mesti nak berubah semakin baik bukan? Termasuklah Vee. Perangai yang buruk bagi Vee seelok2nya dibuang jauh sebab kadan2 benda tu yang membantu kita mencapai azam dan cita2 kita. Vee sedar, kebanyakkan daripada pembaca blog Vee, terdiri daripada kakak2, abang2 dan mungkin kebanyakan daripada pembaca blog Vee yang kurang gemar dengan entry dari Vee or update dari Vee lebih2 lagi kalau Vee upload gambar2 Vee yang agak seksi. Vee minta maaf sangat2 tapi itu tak bermaksud Vee jahil agama. Insya-Allah, semua pengetahuan tentang kehidupan dan agama semakin hari semakin bertambah dalam hati dan fikiran Vee.

2009 akan meninggalkan kita, Vee tahu - Vee selalu berterima kasih kepada semua pembaca blog Vee tapi Vee takkan penat berterima kasih kepada semua yang sudi melawat blog Vee, komen, beri pandanga, beri nasihat, ambil berat dan sentiasa sokong Vee. Vee bersyukur sangat2.

P/S : Vee rindukan LOL-Pearls. Waktu ni hope LOL tengah bergembira di kampung dengan keluarga tercinta.

Mish Nana, happy belated birthday to you yesterday. Semoga Nana semakin happy, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan semakin cute... =)

Salam sayang,

Monday, December 28, 2009

Vee before make up & after make up...

Nak tengok muka Vee before make up & selepas dimake up kan Cik Feena?
http://beautytouch66.blogspot.com





Ini pic Vee waktu photoshoot last Thursday. =) Cantik kan make up nie? Kalau nak tengok lebih banyak hasil sentuhan dari Cik Feena, jengah2 lah ke blog http://beautytouch66.blogspot.com . =) *Vee memang tak cantik - yang tu sila abaikan. Hihihi*

Regards,

Thursday, December 24, 2009

Never Say Goodbye



Never Say ooodbye translation...

Yeah, what’s going on 2006
Mario and Nasty, what up? With the brand new classic, yeah
Ride with us, it’s about two guys and hot girls
Yeah, keep it up, keep it down, two step with me, come on!
Let’s do it, do it, do it like this

One, two, baby clap your hands
Everybody let’s go ha ha ha
I want y’all ladies clap again, yeah
Let me hear you say what

Just the two of us, it’s my story
The scar in your heart, the tear in my eye
The times with you are too long, too long
I beg you to come back to my warm heart
The ghetto follow your heart, just as it is
Never say goodbye, so get up

*Chorus*
If you go away, you will see me cry
Don’t you let me go, baby, don’t you let me down
Even when we’re always together, we never get closer
A stale love with no meaning

You never say good bye,
For a while I sat absent mindedly and emptily
And I thought over again, but I couldn’t stop
I despise myself for having no choice but to think about you all the time

Don’t you let me go, baby, don’t you let me down

And we the best, ain’t no need to stress
Mario and nasty, ain’t no need to impress
Yo! Accept your heart, my heart won’t change
But I will never drain my heart and make it empty
Yo! Call it a fling or a love thing
I don’t care, I can handle any drama that you bring
I stay up all night filling my heart up with love
Without you, I’m better, no one could do it better
Hello cute nasty best MC
Mario right tight err night, that’s right

Yo! I’m still in love with you, hey
Even though you never understand me
I’m still in love with you hey, hey
Let me hear you say hey hey hey!
Oh, check it, you say you will leave me,
That you’re the only woman in this world
I stand firm and like a man I won’t give up
Only you, only you, only you, I won’t forget
One, two, three, four, I got the mic check

*Chorus*

(One more time now) You never say good bye
(Come on come on) For a while I sat
(Wanna ride with the homie, right?) Absent mindedly and emptily
(Wanna get right, then get high) And I thought it over again (If you like me, girl)
(Ride with me, I’ll ride with you) But I couldn’t stop
(You go down on me, I’ll go down on you) I despise myself (Yeah~)
For having no choice but (just me and you, come on)
To think about you all the time (One more time now)
Don’t you let me go (Say what?)
Baby, don’t you let me down (One more time now)

One, two, baby clap your hands
Everybody let’s go ha/hey ha/hey ha/hey
I want y’all ladies clap again, yeah
Let me hear you say hey hey hey

Love doesn’t change, my heart doesn’t change
I won’t lose my dreams, I won’t ever give them up
Ill logic, real toxic, switch quicker than tip tonic
Heterosexual, the kid’s flow is incredible
Love doesn’t change, my heart doesn’t change
I won’t lose my dreams, I won’t ever give them up, yeah

Masih Suami Isterikah di Alam Akhirat?

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.


Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.


4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

*Artikel ni Vee copy & paste dari http://www.tentangcinta.com/ . Saje nak share dengan bloggers semua... =) *

Regards,

Monday, December 21, 2009

Up Close & Personal Miss Soccer Jue Part 1

Happy Tuesday to all of my dearest readers!!! ^^
For those yang dah bercuti 3 hari, welcome back & happy working!!!
Okay, topic for today, Miss Soccer lagi. Sorry ye kalau bosan Vee asyik cakap pasal Miss Soccer, Miss Soccer je... =) Last Friday, Vee ade videoshoot "up close & personal". Bagi sesiapa yang nak kenal Vee dengan lebih rapat besides asyik baca ape yang Vee tulis dalam blog je sebelum nie, tengoklah video nie... =) ... Nanti Vee akan upload sambungan video nie for the nest entry okay?
Once again, thanks pada semua yang selalu support Vee, vote Vee... Tanpa you all, Vee takkan sampai ke tahap nie... Thanks!!! (^_*)

P/S : Sekejap lagi Vee kena replace receptionist, so Vee tak dapat melawat blog kawan2... Nanti Vee dah free Vee lawat blog semua ye? Soo sorry...




Regards,