Monday, November 15, 2010

Keikhlasan itu…


Semalam seharian Vee habiskan masa di rumah. Sengaja memilih untuk berehat, mengemas rumah, basuh baju dan habiskan kesinambungan "Pemilik Hati".
Lebih kurang dalam pukul 4 petang, Vee terasa nak minum limau ais. Malas-malas Vee salin pakaian dan sambung menulis cerpen. Sedar tak sedar, lebih kurang dalam pukul 5petang, hujan lebat dengan guruh yang agak kuat.
Vee tunggu sampai hujan reda, barulah Vee keluar 'jalan-jalan cari minum'. Sampai ke gerai makan kecil berdekatan rumah Vee, Vee nampak satu stall jual goreng pisang dan keropok lekor. Kalau hujan, biasalah, selalunya lapar kan? So, Vee pun pergilah ke gerai goreng pisang tu. Pakcik yang menjual goreng pisang dan keropok lekor tu, Vee anggarkan dia berusia dalam lingkungan 60-an. Dengan badan yang agak bongkok, mata yang sangat kuyu, dan pergerakan pakcik tu sangat perlahan.

Abang Mas Joko : Terima kasih pakcik.

Pakcik penjual : Sama-sama. (senyum lebar. Kedutan dekat muka pakcik penjual tu jelas kelihatan. Lepas lelaki pembeli tu pergi, pakcik tu tengok Vee)

Vee : Pakcik, nak kopok leko seringgit.

Pakcik : See…ringgit? (pakcik tu mengulang kembali. Mungkin agak kurang jelas pendengarannya. Lambat butir-butir perkataan tu keluar dari mulut pakcik tu)

Vee : Iye pakcik. Nak seringgit. (Vee senyum seikhlas dan semanis mungkin. Rasa senang hati tengok pakcik tu. Sesekejap Vee tengok badan pakcik tu mengeletar sebab kesejukan. Masih hujan waktu tu. Rasa simpati dan terharu pun ada tengok pakcik tu. Pakcik tu pun mengepit keropok lekor dan masukkan satu persatu ke dalam beg plastik. Sampailah Vee hairan bilangan keropok lekor tu banyak sangat. Kalau beli dekat mana-mana tempat, rasanya mau kena dalam 3, 4 ringgit keropok lekor tu. Tapi Vee biarkan aje, Vee tak kisah berapa yang Vee kena bayar nanti.)

Pakcik penjual : Nah, ini… bukan seringgit sebenarnya. Tapi pakcik bagi lebih aje. Dah nak habis pun. Lagipun, hujan-hujan ni… sejuk… baiklah dihabiskan cepat-cepat. Rezeki ni… ada je di mana-mana Tuhan sediakan… (lambat-lambat pakcik tu bertutur. Namun senyuman pakcik tu, betul-betul menyentuh hati Vee.)

Dari mata Vee, senyuman itu lahir dari seorang lelaki yang telahpun dimamah usia namun, hidup dengan penuh rasa bahagia, penuh rasa syukur dengan kurniaan Tuhan dan penuh keikhlasan. Ya, keikhlasan. Dia ikhlas memberi dan ikhlas menerima banyak perkara dalam hidupnya.
- Walaupun pada usia yang agak tua begitu, pakcik tu tetap ringan tulang mencari rezeki, walaupun ketika hujan lebat. Dia ikhlas menerima.
- Walaupun dia dapat menjual keropok lekor kepada Vee kepada 4 orang lagi, namun dia ikhlas memberi keropok lekor lebih kepada Vee dengan senyuman yang ikhlas. Dia ikhlas memberi.

Hati Vee tersentuh. Hati Vee betul-betul tersentuh.

“Faithfulness and sincerity are the highest things.”
Confucius

Betapa kadang-kadang dalam hidup ni, kita kadang-kadang alpa dan banyak mengeluh dengan banyak perkara. Termasuklah Vee sendiri. Selepas Vee sendiri menulis entry ni, baru Vee tersedar yang Vee sendiri banyak mengeluh dengan banyak perkara walaupun perkara tu ibarat cuma secubit garam besarnya. Vee baru tersedar baru-baru ni, Vee kurang mensyukuri dengan apa yang Vee ada, termasuklah orang-orang sayangkan Vee, orang yang cuba memahami Vee. Vee baru tersedar, baru-baru ni Vee mula rasa berputus asa dengan banyak perkara dalam hidup Vee.

Mana boleh macam tu kan? ;)

Manalah boleh Vee cepat berputus asa. Mana boleh kita cepat berputus asa.

With Love,

8 comments:

sh. said...

Vee..Suka entry ni ;)

Menyentuh hati ;)

hans said...

kesian pakcik tu

P/S : Anda Makan Pisang Tapi Pisang Apa Yang Anda Makan? Jom Tengok Pisang!

eddie dewanaga said...

satu dlm sejuta. pakcik itu kaya budi.

sepet said...

sangat tersentuh dengan pakcik tu.

memang payah nak jumpe orang yang betul2 ikhlas dalam berniaga.

achik ezam said...

i love gambar header tuh..

cantikkkkkk sangat!!!!!



p.s:agaknya pakcik tu terkesima tgk vee tu...ehehehehe...selamat hari raya haji vee :)

besi said...

vee.. itu namanya rezeki vee,
pakcik tu gagah mengharungi hidup
didunia....

IT'S Me N.a.N.a said...

isk..isk...nagis jap..
betul2 menyentuh hati :)
mish u awk!muaks!

♥ Juliana Violet ♥ said...

sh.,
maybe sebab Vee 'ikhlas' menulis... :)

Hans,
Kesian... tapi dia nampak bahagia dengan hidup dia. :)

Eddie,
betul tu, Vee setuju...

Sepet,
Betul tu dear...
=))

Ezam,
thank you Ezam... Terkesima tgk Vee? Takdenye lah. :)
Salam Aidiladha. :)

Besi,
hujan itu rezeki kan?
:)

Nana,
I miss you to sayang...
Lama Nana menyepi...