Tuesday, November 2, 2010

Cerpen : Firasat Hati

Assalamu'alaikum & happy Tuesday to all of my dearest readers...
Agak lama juga Vee tak menulis Cerpen. Vee ingatkan cuma 3 / 4 bulan Vee tak menulis Cerpen, tapi rupa-rupanya dah 9 bulan. Cerpen Vee yang terakhir, "Carnation Putih Untuk Linda", Vee posted last 8 Feb 2010.
Lama Vee ambil masa untuk mula menulis balik. =) ... Thats why Vee mula publish entry yang agak jiwang-jiwang sikit. Hihihi... Vee sedar ada a few readers yang tertanya-tanya pada siapa Vee tujukan entry "Firasat Hati", "Pentas Hati", "Dont Give Up On Something Easily" & "Penantian" tu. Actually semua entry tu 'pemanas tangan' untuk Vee slowly dapatkan mood menulis cerpen balik... :)

Vee hope you all dapat komen kekurangan 'Cerpen' terbaru Vee nie sebab Vee yakin banyak kecelaruan dalam penulisan Vee... =) ... 'Warm Up' Cerpen katakan... =)

Thanks a lot to Mr 78 yang tolong Vee last night.. And definitely to R.A.I.N.B.O.W ... Ya Tebya Liubliu, Beau... ~

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥


Wajah lembut itu direnung dari jauh. Sesaat kemudian, dia memerhatikan pula gerak bibir mungil si pemilik wajah lembut itu. Dia tersenyum tenang. Dialihkan pula pandangannya ke arah sepasang mata si pemilik wajah lembut itu. Pandangan mata itu kosong. Namun keteduhan matanya bagaikan satu cahaya. Yang menerangi hatinya yang kian lama suram.
Lama memerhati dan tanpa disedari... mata pensil yang digenggamnya dari awal tadi, kini menari-nari mengikut rentak jari jemarinya yang halus. Menggores satu persatu garisan... mengungkapkan gerak perasaan hatinya pada sehelai kanvas kosong. Sang bayu meniup lembut juraian rambutnya yang kelihatan sedikit perang apabila terkena panahan matahari senja.
Dua pasang tangan laju menari-nari di 'pentas hati' masing-masing… Diiringi alunan musik yang lembut dan mendamaikan...


*************************************************************************************

“Ini cantik.” suara garau yang kedengaran dekat di telinga Qamraa membuatkan gadis itu tersentak. Ketiga-tiga helai baju yang sedang dipegangnya hampir tercampak ke tepi. Cepat-cepat dia mengalihkan badannya berhadapan dengan pemilik suara garau tersebut.
Kali ini, jantungnya pula tersentak kuat. Badannya berasa sedikit gementar. Tanpa disedari, Qamraa mengerutkan dahinya.
“Tak bagus kerutkan dahi macam tu. Nanti cepat tua” Lukman senyum lebar. Matanya sedikit mengecil saat dia tersenyum. Jantung Qamraa berdegup laju. Wajahnya sedikit pucat.
“Errr... saya dah takutkan awak ke?” Lukman mula resah. Gadis manis di hadapannya berkelakuan aneh semenjak dari awal dia secara tiba-tiba menegur gadis itu dari belakang. Qamraa memandang Lukman tanpa sekalipun mengedipkan matanya. Bibirnya sedikit terbuka tanpa disedarinya. Lukman yang tadinya resah kembali tersenyum.
“Tak tahulah sama ada saya ni terlalu kacak sampai awak terpaku macam ni... ataupun disebabkan suara saya yang menegur awak tadi macam hantu sampaikan awak ter’sampuk’ macam ni...” Lukman mendekatkan wajahnya kepada Qamraa dan dengan sengajanya menghembus kuat wajah Qamraa. Qamraa yang tadinya bagaikan patung yang hanya berdiri kaku kini terkelip-kelip matanya sambil menarik nafas panjang apabila mukanya dihembus kuat Lukman. Melihat keletah Qamraa, Lukman tergelak besar. Qamraa yang terasa malu diperlakukan sebegitu bertindak melempar ketiga-tiga helai baju yang dipegangnya ke arah Lukman dan terus berlari pergi meninggalkan Lukman. Lukman pula yang tidak menyangka perbuatannya membuatkan gadis manis itu marah, terkebil-kebil di situ sebelum menyerahkan baju-baju tersebut kepada gadis muda yang bertugas di butik baju tersebut dan cepat-cepat berlari keluar mengejar Qamraa.
Namun, hampa rasa hatinya apabila Qamraa sudah pun hilang entah kemana.

*************************************************************************************

Qamraa mengetuk-ngetuk kepalanya berkali-kali dengan bantal kecil kesayangannya sebelum meletakkannya di atas ribanya. Qamraa sedaya upaya cuba melupakan insiden yang berlaku kira-kira 20 minit lalu namun gagal. Dia kemudiannya menekup mukanya dengan kedua-dua belah telapak tangannya dan menjerit kecil.
“Kenapa? Kenapa? Kenapa?” Qamraa mendengus halus. Belum puas melepaskan geram Qamraa bangun menghadap cermin meja yang berhadapan dengan katilnya.
“Kenapalah kau malukan diri kau macam tu Qamraa? Kenapa?” kali ini Qamraa mengomel sendirian pula sebelum mendengus kuat. Kakinya kemudian mengarah ke arah katil. Lama dia berdiri di situ sebelum dia menghempaskan badannya ke tilam empuk milik Holiday Villa yang terletak di Pulau Langkawi.
“Hmmm... Peliknya. Kenapa jantung aku berdegup laju setiap kali aku terpandang wajah dia? Tiap kali aku tengok muka Faris, takde pulak nak rasa macam tu. Nak kata mamat tu handsome sangat sangat, tak ade pulak” belum puas mengomel, Qamraa berterusan mengomel sambil memandang ke arah syiling.
“Mamat ni pun satu, tiba-tiba je tegur aku macam tu. Mau tak terkedu aku dibuatnya. Yang engkau ni pun satu Qamraa, apasallah boleh tercegat macam nampak hantu bila mamat tu bercakap dengan engkau tadi? Memalukan betullah!” kali ini Qamraa memarahi dirinya sendiri pula.
Sesaat, dia mengalihkan pandangannya ke arah meja kecil di sisi katilnya. Lama potret Lukman yang dilakarnya petang semalam direnungnya. Entah mengapa dia suka benar melihat wajah itu. Senja semalam, pertama kali dia melihat Lukman dari jauh. Waktu itu, Lukman asyik bernyanyi sambil ditemani gitarnya yang berwarna coklat. Qamraa yang sedang menikmati angin laut senja, tanpa sedar melakar gambar Lukman yang sedang asyik bermain gitar dan menyanyi. Setiap kali Lukman memandang ke arahnya, setiap kali itu jugalah Qamraa cepat-cepat mengalihkan pandangannya memandang ke arah pokok yang berdekatan Lukman, berpura-pura melakar potret pokok tersebut.
Qamraa tersenyum sendiri sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Ada satu perasaan indah di dalam hatinya, namun dia tidak dapat memastikan apakah perasaannya itu...

*************************************************************************************

“ I just want to see you
When you're all alone
I just want to catch you if I can
I just want to be there
When the morning light explodes
On your face it radiates
I can't escape
I love …. “


Nyanyian Lukman terhenti apabila dia terpandang satu susuk tubuh yang lama dinantikannya sejak dari tadi. Dia tersenyum ceria sambil memeluk gitar kesayangannya memerhati Qamraa yang sedang asyik berjalan di sisi pantai sambil bernyanyi kecil. Sesekejap Qamraa menendang-nendang air laut di sisi pantai, sesekejap dia melompat-lompat kecil bermain dengan air di sisi pantai tersebut. Sudah 3 hari dia perhatikan gadis manis itu. Gadis itu dilihatnya sentiasa sederhana namun tetap bergaya di dalam pemakaiannya. Solekan di wajahnya juga tipis namun kecantikan semulajadinya tetap terserlah. Manis dan tenang raut wajahnya.
“Opocot mak kau!” tiba-tiba terdengar suara Qamraa terjerit halus. Gadis itu berlari-lari kecil menginjak dari pantai ke pasir yang berdekatan dengan pohon tempat Lukman sedang bersantai. Lukman tanpa sedar tergelak kuat melihat keletah Qamraa. Qamraa yang dari tadi tidak menyedari Lukman berada di situ tersenyum malu.
“Sini...” sepatah Lukman mempelawa Qamraa duduk di sisinya. Qamraa mengerutkan dahinya.
“Kan saya dah cakap, tak bagus kerutkan dahi. Sini...” kali ini Lukman menepuk-nepuk pasir di sebelah kirinya mempelawa Qamraa duduk. Perlahan Qamraa berjalan ke sisi kiri Lukman sebelum melabuhkan punggungnya di atas pasir yang tidak beralas itu. Kanvas kosong dan peralatan yang sering digunakan untuknya melukis dipeluknya erat dari tadi.
“Jangan risau, saya tak curi kanvas awak tu. Letaklah dekat tepi” Lukman sengaja mengusik Qamraa. Qamraa mencebik kecil.
“Kenapa tadi tu?” Lukman tersenyum manis memandang ke arah Qamraa.
Qamraa menundukkan wajahnya.
“Ombak laut tadi tu, tiba-tiba terpercik kena baju saya dengan kanvas saya ni” Qamraa mengadu sambil menggosok-gosok 'dress' putihnya yang basah terkena air.
“Buruk sangat ke muka saya ni?” Lukman menyoal tiba-tiba. Serentak Qamraa memandang ke arah Lukman dan mengerutkan dahinya.
“Kan saya dah cakap jangan...” Lukman mengangkat tangannya ingin memegang dahi gadis manis yang sering membuatkan jantungnya berdegup laju setiap kali menatap wajah manis itu namun tindakannya terhenti tiba-tiba. Tidak manis rasanya jika dia berkelakuan sedemikian pada seorang gadis yang langsung dia tidak ketahui namanya.
“Anyway, Lukman...” Lukman menghulurkan tangannya. Qamraa yang semakin hilang rasa gementarnya, menyambut huluran tangan Lukman.
“Qamraa...” Qamraa senyum manis.
“Nice name” puji Lukman.
“Thanks... Ibu cakap, maksud Qamraa, cahaya rembulan” sekali lagi Qamraa tersenyum manis.
“Manis!” secara tak sengaja, perkataan tersebut terpacul dari bibir mungil Lukman.
“Huh?” Qamraa memandang tepat ke arah Lukman. Lukman tidak keruan seketika.
“Tak! Maksud saya, sweet! Sweet ibu awak bagi nama yang maksudnya macam tu”
“Oooo... memang ibu saya sweet...” senyum manis lagi.
‘Boleh luruh jantung aku macam ni’ Lukman membebel sendiri di dalam hati.

“Anyway, maaflah... pasal semalam tu” perlahan Qamraa menutur kata sambil menundukkan wajahnya.
“Saya terkejut. Betul-betul terkejut” kali ini Qamraa mengalihkan pandangannya ke arah Lukman. Lukman mengangkat sedikit punggungnya sebelum mengalihkan badannya berhadapan dengan Qamraa.
“Sebenarnya, sayalah yang kena minta maaf dekat awak, Cik Cahaya Rembulan” sempat Lukman mengusik Qamraa. Qamraa tersenyum lembut.
“Saya tengok awak macam pening sangat nak pilih baju dekat butik tu semalam. Lama saya perhatikan awak. Niat saya cuma nak tolong awak buat pilihan, so bila saya nampak awak pegang baju warna ungu lembut tu, saya cakaplah yang itu cantik. Tak sangka pulak awak boleh terkejut sampai macam tu sekali” Lukman tergelak kecil. Qamraa mencebik.
“Sebab tu saya tanya awak tadi, buruk sangat ke muka saya ni. Cara awak tengok saya hari tu macam tengok hantu tau tak? Macam tadi pun, tunduk aje taknak tengok muka saya” Lukman menjeling ke arah Qamraa.
“Bukanlah, saya terkejut. Itu aje. Awak tu pun satu, bukannya nak bagi salam dulu. Tiba-tiba aje tegur macam tu tak bagi salam. Sesiapa pun boleh kena sampuk macam tu” Qamraa memuncungkan bibirnya. Lukman tergelak kecil.
“Okay, okay, sorry ... saya salah...” Lukman mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas. Wajah Qamraa yang tadinya masam kini manis dengan lekungan senyum bibirnya. Lukman turut tersenyum sebelum jari telunjuk kanannya mengetuk-mengetuk lembut permukaan gitar kesayangannya.
“Saya nyanyi satu lagu nak tak?” serentak mata Qamraa bulat bercahaya. Senyumannya melebar sambil laju dia mengangguk-anggukkan kepalanya. Lukman sempat mengerling ke arah Qamraa.
“Suka ye?” soal Lukman.
“Yup, saya suka dengar orang main gitar sambil menyanyi” Qamraa mengaku jujur.
“Okay... dengar ye. Lagu ni, khas untuk Cik Cahaya Rembulan...” Lukman tersenyum lembut sebelum jari-jemarinya menyentuh tali gitar kesayangannya.

“Kemarin kulihat awan membentuk wajahmu...
desah angin meniupkan namamu...
tubuhku terpaku...
Semalam bulan sabit melengkungkan senyummu...
Tabur bintang serupa kilau auramu...
Aku pun sadari...
Ku segera berlari...”


Nyanyian Lukman terhenti. Qamraa yang sedang asyik mendengar dendangan Lukman terpinga-pinga.
“Sudah?” soal Qamraa. Lukman mengangguk lembut.
“Sikitnye, kedekut!” Qamraa mencebik. Lukman tertawa kecil.
“Rangkap tu je yang sesuai saya nyanyikan untuk awak” Qamraa tersentak kecil. Anak mata Lukman direnungnya tajam. Sambil cuba mengingat kembali lirik lagu tersebut.
“Awak suka melukis?” soal Lukman sengaja mematikan renungan Qamraa. Dadanya terasa berdebar-debar direnung begitu.
“Yup! Suka sangat. A part of my life. Saya suka pantai, saya suka bunga... Saya suka keindahan wajah sesetangah orang...” kata-kata Qamraa terhenti. Dia menatap wajah Lukman seketika sebelum menyambung kata-katanya...
“... kesemua benda-benda indah yang saya lihat dari mata kasar saya, saya akan abadikan dalam kanvas kosong ni” Senyum. Lukman angguk lembut.
“Awak pulak? Gitar?” soal Qamraa pendek.
“Hmmm... i must saya it’s a part of my life jugak. Err... more than that rasanya” Senyum.
“Saya pernah terbaca dalam satu buku... Emosi kita itu ibarat tali gitar. Setiap kali ada yang menyentuhnya, setiap itu pula ada bunyi yang lahir. Apabila ada orang yang mampu menyentuhnya, tali itu mampu melahirkan irama tertentu. Dengan kombinasi yang terjadi antara permainan jari si pemain gitar dan suara si penyanyi, terdengarlah sebuah lagu.”
Diam.
“So… tali gitar ni lah emosi saya. Dan gitar ni pelengkap emosi saya. Kadang-kadang, tanpa saya sedar, waktu saya tengah besedih, jari saya akan mengalunkan irama sedih. Waktu saya tengah happy, saya akan mainkan lagu-lagu yang ceria. Waktu saya sedang dilamun cinta, saya akan mengalunkan lagu macam yang saya nyanyikan tadi.” Lukman senyum seribu makna. Qamraa sedikit tersentak. Kata-kata Lukman sangat tersirat.
‘Tahu tak apa tajuk lagu tadi tu?” Qamraa menggelengkan kepalanya.
“Firasat”

*************************************************************************************

Lukman yakin dia telah jatuh cinta. Namun dia sedar perasaan itu tidak sepatutnya lahir. Dan dia tidak sepatutnya terlalu jujur cuba menyampaikan isi hatinya kepada Qamraa walaupun secara samar-samar kerana ianya mungkin akan melukakan hati gadis manis itu.
Qamraa. Gadis manis yang baru dikenalinya 4 hari. 4 hari? Dia terlihat kelibat gadis itu 4 hari lalu di perkarangan lapangan terbang Pulau Langkawi. Kali pertama dia melihat keliba gadis itu, hatinya sudah terpaut. Namun dibiarkan saja perasaannya itu. Pada waktu senja 3 hari lalu, dia melihat gadis itu yang duduk bertentangan dengannya sambil melakar sesuatu di kanvas yang dipegangnya. 2 hari lalu, gadis itu ditegurnya ketika sedang asyik memilih baju di sebuah butik di Pantai Cenang. Dan semalam… buat pertama kalinya kedua-dua mereka berbual panjang di tepi pantai, ditemani cahaya bulan dan bintang serta angin sepoi-sepoi bahasa selama beberapa jam lamanya.
Hatinya cuba berdalih mengatakan bahawa gadis itu cuma akan singgah seketika di hatinya kerana sekarang jiwanya sedang bercelaru. Namun, semalam… hatinya mulai yakin, perasaan itu bukanlah hanya seketika. Perasaan itu adalah satu perasaan aneh yang sangat kuat auranya. Satu perasaan aneh yang kuat mencengkam di hatinya. Puas Lukman berfikir, apakah perasaan itu. Hatinya cuba berdalih lagi mengatakan ianya bukan cinta namun Lukman terasa dia bagaikan menipu dirinya sendiri. Akhirnya dia yakin, dia sebenarnya telah jatuh cinta kepada Sang Cahaya Rembulan.
‘Aku patut berterus-terang’ desis Lukman di dalam hatinya.
Sedang Lukman berfikir jauh, dia menerima satu pesanan ringkas dari telefon bimbitnya.
Dikeluarkan telefon bimbitnya dari kocek kanan seluarnya. Terpapar nama Qamraa di skrin telefon bimbitnya. Lukman tersenyum kecil.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Qamraa
2-Nov-2010 09:35

Flight saya petang ni. Boleh tak saya jumpa awak sebelum saya bertolak ke airport?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lukman tersentak. Hatinya tiba-tiba terasa berat ingin berpisah dengan Qamraa.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lukman
2-Nov-2010 09:36

Kita jumpa dekat lobi hotel sekarang.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Qamraa
2-Nov-2010 09:37

Baiklah. Saya turun sekarang. See you.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lukman
2-Nov-2010 09:38

See you.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


“Salah rasanya kalau saya tak berterus-terang...” tutur Qamraa lembut sambil menundukkan wajahnya. Lukman mulai gelisah.
“Saya... datang bercuti ke sini, bersebab” Lukman mengaru-garu kepalanya.
‘Macam ejen penyiasat pulak minah ni’ Lukman membebel sendirian di dalam hatinya sambil membayangkan Qamraa memegang pistol dan melakukan aksi lakonan Angelina Jolie di dalam filem Salt tanpa sedar dia tersenyum sendiri.
“Awak 'sakit' ye? Tersenyum sorang-sorang?” soal Qamraa sambil tersenyum kecil. Raut wajah Lukman terus berubah. Qamraa tergelak kecil.
“Saya tengah bercakap dengan awak ni, boleh pulak awak berangan ye?”
“Sorry sorry... okay okay. Sambung balik”
“Hmmm.....” Qamraa mendengus halus. Dengusan Qamraa membuatkan Lukman serba-salah.
“Awak, awak marahkan saya ke sebab ‘terberangan’ tadi?” soal Lukman. Qamraa yang pada ketika itu sedikit runsing dengan sengaja menganggukkan kepalanya.
“Eh, sorry lah awak. Saya sebenarnya... “
“Sebenarnya?” soal Qamraa. Lukman menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Ayat awak tadi tu, ‘saya datang bercuti ke sini, bersebab’...” Lukman mengulang ayat Qamraa.
“Kenapa dengan ayat saya tu?”
“Entah macam mana tiba-tiba saya boleh terbayangkan awak ni sebenarnya ejen penyiasat yang datang ke sini sebab nak siasat sesuatu” Lukman sengih. Serentak Qamraa tertawa kecil.
“Siasat ape? Kehilangan kulit siput di tepi pantai?” kedua-dua mereka tertawa kecil sebelum kedua-dua mereka terdiam membisu seketika. Pandangan masing-masing kosong memandang ke arah laut.
“Apa sebab awak datang ke sini?” soal Lukman memecahkan suasana sepi. Sungguh dia merasa kekok dengan keadaan pada waktu itu.
“Hmmm... baiklah... Biar saya berterus-terang dengan awak. Saya sepatutnya bertunang 4 hari lepas” serentak Lukman terasa hatinya dihempas kuat.
“Tapi...” kata-kata Qamraa terhenti seketika. Lukman terdiam seribu bahasa.
“Tapi...” sekali lagi Qamraa mengulang kata-katanya.
“Tapi?” soal Lukman tidak sabar. Jantungnya berdegup laju.
‘Lagi dasyat kau. Aku ni ada ‘girlfriend’ aje. Kau siap nak bertunang dah pun’, sempat Lukman membebel sendirian.
“Tapi, something happen. Pertunangan tu dibatalkan. Atas persetujuan pihak saya dan pihak kekasih saya” Lukman terdiam. Dia masih menantikan keseluruhan cerita dari Qamraa.
“Dipendekkan cerita, kami tak lagi sehaluan... Cuma masing-masing belum memberi apa-apa kata putus. Samada kami masih bersama ataupun takkan bersama lagi” Qamraa memandang tepat ke anak mata Lukman. Menanti Lukman pula berkata-kata. Lukman menarik panjang nafasnya.
“Saya faham” tutur Lukman lembut. Qamraa mengerut dahinya.
“Saya faham. I’m truly understand Qamraa.”
“Kita berada dalam situasi yang sama” Sekali lagi Lukman menarik panjang nafasnya.
“Saya ke sini sebab nak tenangkan fikiran saya. Saya pun dah ada kekasih hati” Senyum.
“Sejak setahun yang lalu” Kini giliran Qamraa pula yang terdiam seribu bahasa.
“Pada awal hubungan, semuanya ‘sweet’, bahagia... tapi entah sejak bila, keadaan berubah. Masing-masing cuba cari jalan penyelesaian. Cuba betulkan hubungan, tapi semakin kami mencuba, semakin teruk jadinya. Entah di mana silapnya” Lukman mendengus lembut.
“Masalah yang sepatunya kecil, selalu jadi macam masalah yang sangat besar dalam hubungan kami. Sampailah baru-baru ni, saya mula keliru dengan perasaan saya terhadap dia. Saya keliru. Saya keliru samada saya masih bersama dengan dia sebab kenangankah, perasaan cintakah, ataupun sebab lain. Saya cuba berbincang dengan dia. Dia pun cakap perkara yang sama. Keliru.” Fikiran Qamraa mula ligat berfikir sesuatu.
“Saya keliru sehinggalah pada malam saya berbual dengan awak di tepi laut malam tu” Lukman senyum.
“Saya sedar yang saya dah tak punya apa-apa perasaan lagi terhadap kekasih saya. Dan mungkin awak akan rasa saya seorang lelaki yang teruk kalau saya berterus-terang tentang satu perkara kepada awak sekarang. Saya yakin yang saya dah jatuh cinta pada awak.”
Qamraa tercengang.
‘Yes, I know this is ridiculous. Tapi saya taknak tipu perasaan saya sendiri. Saya tahu tak mungkin saya boleh jatuh cinta pada seseorang yang saya tak pernah jumpa sebelum ni, yang saya tak pernah tahu latar belakangnya... dan seseorang yang sekarang baru tahu dia sepatutnya bertunang 4 hari lepas.”
“Tapi saya percaya... perasaan ni lahir tanpa dipaksa... tulus ikhlas... tanpa saya sendiri sedar bila perasaan cinta ni wujud...” Qamraa mengetap bibirnya. Matanya mula berkaca. Sungguh dia rasa terharu dengan pengakuan ikhlas yang lahir dari hati Lukman.
Saya pernah terbaca dalam satu buku... Emosi kita itu ibarat tali gitar. Setiap kali ada yang menyentuhnya, setiap itu pula ada bunyi yang lahir. Apabila ada orang yang mampu menyentuhnya, tali itu mampu melahirkan irama tertentu. Dengan kombinasi yang terjadi antara permainan jari si pemain gitar dan suara si penyanyi, terdengarlah sebuah lagu.’
“Tapi entahlah, pada waktu yang sama, saya rasa bersalah... saya tak sepatutnya berperasaan macam ni.”
“Saya pun.” laju Qamraa berkata.
“Saya pun. Saya ke sini untuk menenangkan fikiran, cari jalan penyelesaian antara saya dan kekasih saya. Tapi ini pula jadinya.” Qamraa tunduk sambil memejamkan matanya. Dia sedar airmatanya bakal mengalir keluar.
“Maksud awak?” soal Lukman.
“Maksud saya... saya pun punya perasaan yang sama terhadap awak.” wajah Lukman yang tadinya sedikit suram, kini sedikit ceria. Namun dia tidak pasti samada mahu berasa gembira ataupun sedih.
Kedua-dua mereka terdiam lama.
“Kita serahkan pada takdir.” tiba-tiba Qamraa bersuara.
“Takdir?”
“Takdir... yang menemukan kita... takdir yang mewujudkan perasaan cinta ni... dan sekarang... biar takdir yang tentunya segalanya.” Lukman ingin sahaja menidakkan kata-kata Qamraa, namun dia sedar ada betulnya kata-kata Qamraa.
Masing-masing memandang ke arah laut dengan jiwa yang kosong.

*************************************************************************************

‘Saya pernah terbaca dalam satu buku... Emosi kita itu ibarat tali gitar. Setiap kali ada yang menyentuhnya, setiap itu pula ada bunyi yang lahir. Apabila ada orang yang mampu menyentuhnya, tali itu mampu melahirkan irama tertentu. Dengan kombinasi yang terjadi antara permainan jari si pemain gitar dan suara si penyanyi, terdengarlah sebuah lagu.’

Lukman teringat bait kata-katanya sendiri yang dituturkan kepada Qamraa. Sudah hampir dua minggu Qamraa tidak ditemui semenjak dari hari terakhir mereka berbual di lobi hotel tempoh hari. Kali terakhir mereka berhubungan, seminggu yang lalu di talian telefon sebelum masing-masing membuat keputusan tidak akan berhubungan lagi disebabkan status diri masing-masing. Lukman berasa seperti terperangkap dengan perasaan dan satu situasi yang tak pasti. Tiba-tiba fikirannya mendapat ilham untuk menyanyikan beberapa bait lagu. Matanya dipejam rapat sebelum jari-jemarinya menyentuh tali gitarnya.



"Firasat hati berbisik halus di kalbu...
Sang rembulan kan menjadi milikku…
Cahayanya kan pudar seketika...
Setelah mentari menampakkan wajahnya….

Sang rembulan pastikan muncul kembali…
Menghilangkan resah dan rindu di hati...
Kali ini munculnya merubah segalanya...
Membawa kebahagiaan selamanya..."


Alunan melodi dan nyanyian terhenti seketika. Dia bergegas ke mejanya dan laju menaip sesuatu di skrin laptop hitamnya. Seketika, Lukman tersenyum sendiri sebelum menghantar email kepada Qamraa.

_________________________________________________________________________________

From: Hakim, Lukman
To: Qamraa, Nur
Cc:
Subject: Firasat Hati… =)


Firasat hati ... berbisik halus ...

CAHAYA REMBULAN itu...

... milikku...

DAN...

CAHAYA REMBULAN itu, kini pudar seketika...

NAMUN...

ia akan 'muncul kembali'...



seperti mentari yang muncul...


Setelah pelangi 'menyembunyikan' dirinya...


Firasat hati berbisik halus di kalbu...
SANG REMBULAN kan menjadi milikku…
Cahayanya kan pudar seketika...
Setelah mentari menampakkan wajahnya….

SANG REMBULAN pastikan muncul kembali…
Menghilangkan resah dan rindu di hati...
Kali ini munculnya merubah segalanya...
Membawa kebahagiaan selamanya...


Qamraa... Saya tak dapat tipu perasaan saya. Saya yakin yang saya benar-benar dah jatuh cinta pada awak. Sekarang saya dah rindukan awak sangat-sangat. Macam mana ni?
Awak kena bertanggungjawab tau? Hehe...

Saya ada satu permintaan yang mungkin awak akan rasa ianya mengarut, tapi saya tetap nak minta awak tunaikan. Andai kata awak tak boleh tunaikan, saya anggap memang awak bukan jodoh saya. Saya ingat lagi tarikh kita berbual malam tu. Malam yang saya benar-benar yakin saya jatuh cinta pada awak. 1 Nov ... =)

Saya tak tahu samada anggapan saya betul ataupun salah, tapi saya yakin, sekuat mana perasaan saya terhadap awak, sekuat itu jugalah perasaan awak terhadap saya. Cuma kita sama-sama terperangkap dengan satu situasi dan perasaan yang tak pasti. Lama saya ambil masa untuk berfikir dan pastikan perasaan saya. Saya benar-benar yakin yang hati saya betul-betul ingin memiliki hati awak, Qamraa...

Dari tarikh 1 Nov sehingga ke 20 Feb tahun depan, genap 111 hari saya jatuh cinta pada awak sekiranya perasaan itu masih wujud. Dan saya yakin perasaan itu masih wujud dan kekal sehingga ke tarikh 20 Feb tahun depan. Sebab buat pertama kali dalam hidup saya, hati saya dapat merasakan seolah-olah saya menemui 'pelengkap' hidup saya... Awaklah orangnya Qamraa... No doubt, awak... =)

Saya akan tunggu awak di tepi pantai, exactly dekat tempat yang kita berbual malam tu, pukul 1.11 pagi... Ok? Hehe... Gurau je. Saya tunggu pukul 8 malam. Kalau saya tunggu tengah hari nanti tak pasal-pasal gelap pulak kulit saya menunggu awak kalau awak tak datang. =) Tapi saya tahu saya akan tunggu awak sampai awak muncul. Sebab saya yakin awak akan datang. Kalau awak lambat datang tu, mungkin sebab awak terlalu nervous sangat nak jumpa saya sampaikan awak ter'pengsan' 2,3 jam sebelum tersedar balik dan cepat-cepat datang cari saya. =D

Saya akan tunggu awak Qamraa. Saya akan tunggu. Saya suka menyanyi pada waktu malam. Entah kenapa semenjak akhir-akhir ni, suara saya sedap je pada waktu malam. So kalau takde CAHAYA REMBULAN, terasa gelap je malam-malam saya nanti. =)

Saya tunggu awak. Firasat hati saya yakin yang kita memang ditakdirkan bersama dan awak akan datang nanti.

Burung hantu rindukan CAHAYA REMBULAN,
Lukman Hakim...

___________________________________

Hampir mengalir airmata Qamraa membaca email kiriman Lukman. Sesekali dia tergelak kecil dengan pengakuan jujur Lukman. Sudah lama Qamraa tidak merasa benar-benar bahagia disayangi oleh seorang lelaki yang turut disayanginya pada waktu yang sama. Potret Lukman yang digantung di dinding biliknya ditatap lama sebelum Qamraa melabuhkan punggungnya di atas katil dan membalas kiriman email Lukman.

***********************************
111 hari... 20 Feb 2011...

Lidah Lukman kelu. Dia berdiri kaku. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Matanya membulat besar. Dia hampir rebah!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Tak aci!" Lukman mencebik.
"Eh! Ape pulak aci aci! Aci dekat India lah!" Qamraa sengaja mengusik Lukman. Lukman memuncungkan bibirnya.
"Jealouslah tu!" Qamraa masih mahu mengusik Lukman. Sengaja dia lagakan bahunya dengan bahu Lukman.
"Huh!"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lukman tersenyum lebar.
"Eh! Tadi cakap tak acilah, nak muncung-muncung bibirlah. Sekarang suka pulak ye?" Qamraa masih mahu mengusik. Lukman menjelirkan lidahnya. Qamraa tergelak kecil.
Lukman mengalihkan pandangannya ke arah laut. Kini dia tersenyum lembut melihat tiga sampan kecil yang dikelilingi lampu-lampu kecil yang membentuk perkataan " I ♥ U " . Bukan itu sahaja, ketiga-tiga sampan tersebut membawa tiga potret gambarnya yang dilakar Qamraa. Sungguh dia merasa terharu dengan kejutan dilakukan Qamraa.
"Thanks" Lukman menarik jari jemari Qamraa dan buat pertama kalinya Lukman menggenggam erat jari jemari Qamraa. Qamraa tersenyum manis memandang ke arah Lukman.
"Curi-curi lukis gambar saya!" Lukman mencuit manja hidung Qamraa. Qamraa tergelak kecil. Lukman merenung lama wajah Qamraa yang sudah lebih kurang 4 bulan tidak ditemuinya.
"Saya bersyukur sangat awak muncul malam ni" tutur Lukman sambil memandang tepat ke anak mata Qamraa.
"Bukan ke awak yakin yang saya akan muncul?" soal Qamraa. Senyum.
"Saya yakin... tapi rasa takut tu tetap ada. Takut awak tak muncul. Sebab saya terlalu berharap yang awak akan berdiri di depan saya malam ni, dengar nyanyian saya di tepi pantai ni... 111 hari setelah saya jatuh cinta pada awak." Lukman berkata-kata penuh makna.
"Sekarang saya dah ada depan awak" Qamraa senyum manis sambil mendepa kedua belah tangannya ke sisi.
"Yes. And now my turn!" Lukman melepaskan genggaman tangannya dan berjalan ke arah pohon yang menjadi tempat perjanjian mereka untuk bertemu. Gitar kesayangannya dicapai. Sesaat kemudian Lukman menjerit kuat melaungkan,

"I love you so much Qamraa!!!" mata Qamraa membulat. Serentak kelihatan ramai kanak-kanak berusia dalam lingkungan 8 - 12 tahun berjalan menuju ke arahnya dan Lukman sambil membawa belon 'glow in the dark' yang berwarna warni.

'Patutlah ramai je budak-budak yang pegang belon berdiri dekat sana tadi. Kerja Lukman rupanya' desis Qamraa di dalam hatinya. Qamraa mengalihkan pandangannya ke arah Lukman apabila Lukman mula mengalunkan melodi dari gitar kesayangannya.

Bulan dengarkan lantunku...
Bintang temanilah aku...
Terangi gelap malamku...

Aku ingin engkau tahu...
Ku kan selalu menunggu...
Hilangkan rasa letihku...

Bila nanti kau mengerti...
Kumohon terangi aku...


Nyanyian Lukman terhenti apabila Qamraa tanpa sedar ternganga luas sambil membulatkan matanya. Tangannya kemudian menutup mulutnya. Dapat dilihat mata gadis itu berkaca dan terpacar sinar bahagia apabila dia terperasan satu belon berwarna merah yang tertulis "I LOVE YOU QAMRAA. MARRY ME, PLEEEAASEEEE"...

"I love you Qamraa... Will you marry me?" soal Lukman sambil berjalan mendekati Qamraa. Qamraa yang masih terkejut dan terharu mengangguk laju tanpa menyedari air matanya hampir mengalir keluar.

"Hip hip!" Lukman menjerit kuat sebelum disambung...
"Hooray!" oleh kanak-kanak yang diupahnya untuk membawa belon-belon berwarna-warni tersebut.



Lukman kemudian kembali menyambung nyanyian lagunya...

Dalam hatiku...
Ingatkan aku...
Untuk menahan rasa hati lelahku...
yang slalu...
rindukan tawamu dalam hatiku...

Hanya dirimu ...
beri malamku yang menghiasi jiwa...
yang rapuh...
terlalu merindumu...

Bila nanti kau mengerti...
kumohon terangi aku...

Dalam hatiku...
Ingatkan aku...
Untuk menahan rasa hati lelahku...
yang slalu...
rindukan tawamu dalam hatiku...
Ingkatkan aku ku kan tetap menantimu...
Hingga hati itu...




"If you truly love him….if you genuinely miss him, someday you can meet and love him again….

Just like us playing a hide and seek during our childhood days,…. no matter how deep he hides himself from the world, and disappear from my sight, he who hides shall be somewhere out there…..always be waiting for me, the tagger.

Regardless of how often failing to catch or missing each other’s ways, at the end of the day, your most earnest desire and pray shall lead you to him……only to meet and love again."


~Spring Waltz~ ***background music for my blog***

*************************************************************************************
With Love,

10 comments:

besi said...

happy ending ya...nice story.
leh wat org tersenyum sendirian ..maknanya cepen
vee ni bagus la....

♥ Juliana Violet ♥ said...

Besi,
Ok ke cerpen nie?
Dah lama tak menulis, Besi...
Macam bercelaru sikit penulisan Vee nie... =)
Thanks luangkan masa baca cerpen Vee ye? =)

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ said...

tahniah V....permulaan yg bagus...
teruskan berkarya...
(^^,)

sepet said...

waaaa ~ .. i like heppy ending.
nice one!

✿....rossa alina....✿ said...

rajin tulis cerpen.. :)

♥ Juliana Violet ♥ said...

Yanie,
thanks dear... :)

Sepet,
harus happy ending kan? =D

Rossa,
Malas jugak nie, tapi dah lama tak menulis...
=)

Encik Psychopath said...

sangat panjang ok ;)

sh. said...

Vee, bila nak buat cerita bintang pulak? Hehe. ;)

Mutiara said...

sweetie..
happy ending..
mambahagiakan...
sesiapa yang 'musim' bunga' semasa membaca cerpen ni pasti akan tersenyum sendiri...

RekhaPearls Like This!

eddie dewanaga said...

...cahaya rembulan,

cerpen ini berjaya bikin sang naga berangan sama.
satu karya yg penuh bunga ditaman hati.