Sunday, November 14, 2010

Cerpen : "Pemilik Hati : Part 2"


Akhirnya, siap juga kesinambungan "Pemilik Hati". "Pemilik Hati" asalnya bertajuk "Andai Itu Takdirnya", tapi lepas one day Vee sedar ada satu novel bertajuk 'Andai Itu Takdirnya', so Vee tukar tajuk cerpen Vee. So jadilah "Pemilik Hati".
More than a year Vee biarkan cerita "Pemilik Hati" tergantung tanpa kesinambungan, and finally! Tadaa!!! Kesinambungan "Pemilik Hati" khas untuk follower dan bloggers yang selalu support and baca cerpen Vee. Vee minta maaf sangat-sangat kalau karya Vee kali ni mengecewakan. Vee masih terkapai-kapai mencari 'identiti' Vee menulis cerpen selepas almost 9 months tak menulis. For those yang selalu support Vee, thank you sooo much!!!Vee sayang semua! (maaf kalau ada ayat atau perkataan yang salah ejaan, Vee tak edit sepenuhnya lagi, tak sabar nak publish. Hihihi)
Oh yeah, for those yang terasa nak baca kesinambungan "Pemilik Hati" ni, Vee rasa you all bacalah part 1 dulu ye? Part 1 ~> "Pemilik Hati : Part 1"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`

"And she finally stopped playing their song, when she realized she was dancing alone."


Johana terbaring di atas katilnya sambil memejam rapat matanya. Walau rapat matanya dipejam, air matanya tetap mengalir keluar mengalir di kedua-dua belah sisi matanya.

Wajahmu... seindah serinya pelangi yang indah
Seharum mawar putih segar berkembang
Wajahmu mengapa sering terbayang di mataku
Sehingga terbawa di dalam mimpiku

Sayangku
Tahukah kau di dalam hatiku ini
Tersimpan perasaan cinta yang suci
Kau bunga ingin kusunting mu menjadi milikku
Lantas kuabadikan dalam jiwaku

Sayangnya... harapan yang selama ini kubawa
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi
Oh... Kau pergi jua
Setelah cintaku kini membara
Belum sempat kucurahkah kasihku
Kau pergi tak kembali

*********************************************************************************

Kalau kita tanya kepada pakar, mereka sendiri tak tau apakah punca penyakit gila... Tetapi, kita tahu... ada beberapa penyakit yang boleh sebabkan gila. Antaranya... sifilis... kerana ia boleh merosakkan sel otak yang boleh menyebabkan gila. Hampir setengah daripada jumlah penyakit jiwa disebabkan oleh faktor-faktor fizikal. Contohnya, kerosakkan otak, alkohol, racun dan kecederaan.
Tetapi ada sebab yang tak mampu dirungkaikan... Inilah yang paling mengerikan...
Dalam satu pemeriksaan bedah siasat, sewaktu jaringan otak mereka diperiksa dgn mikroskop yang paling canggih, jaringan-jaringan otak mereka ternyata sama sihatnya dengan yang kita miliki...
Jadi... kenapa mereka gila???
Seorang doktor psikiatri terkenal yang telah banyak mnenerima penghargaan dalam setiap kajiannya memberitahu secara terus terang bahawa, dia sendiri tidak mengetahui bagaimana seseorang boleh menjadi gila...
Tidak seorang pun dapat memastikannya. Namun, menurut beliau, ramai orang gila mendapati bahawa, dalam keadaan gila itu, terdapat satu perasaan penting yang tidak dapat mereka peroleh di alam nyata...
Kita kongsi kisah ni (dari fail doktor tersebut)
Seorang wanita mempunyai masalah dalam perkahwinannya. Beliau terlalu dambakan 'Cinta', perhubungan yang baik, anak-anak dan status sosial yang dihormati. Tetapi, semuanya tidak tercapai. Malah, suaminya tidak menyayanginya. Tidak mahu makan bersama... setiap kali waktu makan, dia akan mengasingkan diri dari wanita tersebut. Mereka tidak mempunyai anak dan wanita tersebut tidak punya kedudukan dalam masyarakat.
Lalu dia terus menjadi gila...
Dalam imaginasinya, dia telah menceraikan suaminya. Dia kononnya telah berkahwin dengan seorang bangsawan meminta dia digelar 'Lady Smith'.
Bukan itu sahaja, dia juga membayangkan yang setiap hari dia akan melahirkan anak. Setiap kali doktor berjumpa dengannya, dia akan berbisik di telinga doktor itu, menyatakan betapa bahagianya dia kini.
Doktor itu mengatakan...
"Kalau boleh, saya ingin menyembuhkan penyakit gilanya itu. Tetapi mungkin saya tak perlu melakukannnya. Sebab, kini dia jauh lebih bahagia..."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Fikiran Kamarul bagaikan melayang-layang seketika tatkala selesai membaca artikel dari satu blog yang sering dia ikuti dan baca tatkala dia punya waktu lapang.
Seribu satu soalan berlegar-legar di ruang fikirannya. Berbagai-bagai perasaan memenuhi di benak hati dan fikirannya. Sedih, hampa, simpati, runsing, buntu... Wajahnya kemudian ditepuk dengan kedua-dua belah tapak tangannya sebelum dia melepaskan dengusan satu kuat.
Lama Kamrul berkeadaan begitu.
'Adakah Johana jauh lebih bahagia sekarang?' soal hati kecilnya. Cuba mencari satu jawapan yang tak pasti.
Dari balkoni rumahnya, Muzaffar merenung jauh ke arah beberapa butir bintang yang bertaburan menghiasi permukaan dada langit yang gelap dan sunyi. Segelap hatinya waktu itu. Sesunyi hatinya. Gelap tanpa ‘cahaya’ sehingga membuatkan dia tersesat di dalam kemelut hatinya sendiri. Sunyi tanpa sebarang apa-apa perasaan. Tiada perasaan sedih, keliru, marah, gembira… Jauh sekali bahagia. Hatinya kosong.
Hampir 3 bulan Muzaffar berkeadaan sebegitu. Makan minumnya langsung tak dihiraukan. Lebih-lebih lagi semenjak berpindah dan tinggal sendirian semenjak 2 bulan lalu. Mujurlah ibunya Maznah rajin melawatnya ke rumah dan acapkali mambawa makanan dan minuman untuk Muzaffar. Selalunya Maznah akan ke rumah Muzaffar tanpa memberithunya terlebih dahulu kerana dia tahu Muzaffar pasti akan memberi alasan masih di pejabat ataupun tiada di rumah.
Kasih seorang ibu yang kehilangan salah seorang anak lelaki yang amat disayanginya semenjak dari kecil lagi.
Kehilangan yang membuatkannya hampir separuh gila sehingga membuatkan hati Mokhtar, suami kesayangannya menangis sedih dengan kehilangan anak kesayangannya dan melihat keadaan isterinya yang tercinta sebegitu rupa.
Takdir Tuhan. Mokhtar redha walaupun hampir setiap malam setiap kali dia sedar Maznah yang telah lena diulit mimpi setelah puas meracau teringatkan Mustaqim, dia mengalirkan air mata.

*********************************************************************************

“Maksud doktor, Johana akan pulih dengan sempurna selepas rawatan?” soal Muzaffar sambil mengerutkan dahinya. Berasa kurang pasti dengan penjelasan doktor muda yang boleh tahan kacaknya itu.
“Bagi kes Johana, dia mengalami tahap mental yang agak teruk di mana dia mengalami penyakit mental psikosis dan mungkin hampir kehilangan hubungan dengan alam nyata. Kebolehan Johana memahami pemikiran dan perasaannya serta rangsangan dari luar agak terganggu. Sekarang, Johana merasai persekitarannya berbeza dengan orang yang normal. Apa yang mereka lihat, dengar dan rasai sebagai sesuatu yang benar tetapi tidak dialami oleh orang di sekitarnya.” Panjang lebar Razman menerangkan kepada Muzaffar mengenai keadaan gadis kesayangannya, Johana Sofea. Razman yang diam seketika memerhati lama Muzaffar. Dapat dilihat Muzaffar yang kelihatan kurang terurus itu agak keliru.
“Pesakit mungkin bertindak di atas apa yang dialami dan tingkahlakunya mungkin kelihatan “luar biasa”. Orang-orang yang tidak biasa dengan tingkahlaku dan pengalaman mereka mungkin sukar memahami akan kekeliruan dan ketakutan pesakit psikosis dan melihatnya sebagai sesuatu yang menakutkan.” Razman menyambung menerangkan keadaan Johana yang mengalami menyakit psikosis dan kini ditempatkan di salah sebuah hospital bahagia yang terletak di Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak. Muzaffar masih diam. Fikirannya buntu. Razman bagaikan memahami, cuba untuk meredakan gelodak perasaan Muzaffar.
“Penyakit mental boleh bersifat sementara dan boleh berulang-ulang di sepanjang hayat seseorang. Bagi kes Johana, walaupun tahap mentalnya agak teruk, namun kebarangkalian untuk Johana pulih sepenuhnya tinggi. Sebagaimana yang diceritakan oleh cik Athirah, saya yakin penyakit mental Johana berkait rapat dengan tekanan perasaan yang diakibatkan oleh peristiwa yang terjadi sehingga menyebabkan kematian orang yang dia cintai sehingga menimbulkan gangguan emosi dan seterusnya mengganggu fikiran Johana. Penyakit mental mudah dihidapi orang yang lemah semangat. Namun dari pemerhatian saya, Johana bukanlah individu yang lemah semangat, cuma tekanan yang diterima Johana mungkin agak kuat dan ianya mungkin berkait rapat dengan apa yang dia terpaksa lalui sebelum peristiwa tersebut terjadi. Pada awalnya, mungkin Johana mengalami perasaan sedih, resah dan tertekan. Namun, tanpa disedari, perasaan itu mungkin berlaku secara berlebihan, tidak terkawal dan berlarutan sehingga menyebabkan Johana murung dan seterusnya sampai ke tahap sekarang.” Perlahan Muzaffar menekup mukanya yang agak kusam dengan kedua belah tapak tangannya. Terasa kasar jambangnya yang sudah 2 bulan tidak dicukur. Air matanya hampir mengalir.
“Maaf jika soalan saya agak terlalu peribadi. Apa hubungan awak dengan Johana sebenarnya?” soal Razman ingin tahu. Razman yakin Muzaffar seorang lelaki yang mempunyai hubungan yang lebih dari seorang kawan dengan Johana. Muzaffar perlahan-lahan melurutkan kedua-dua tapak tangannya ke bawah. Lama dia terdiam sebelum menjawab soalan dari Razman. Terfikir-fikir apa hubungannya dengan Johana. Jika mahu dijawab kekasih, dia yakin Razman sudah mengetahui sedikit sebanyak mengenai arwah Mustaqim. Takkanlah mahu dijawab adik ipar Johana. Hatinya sendiri yang sakit nanti.
“Saya Muzaffar, penyebab kematian arwah Mustaqim” lancar perkataan itu terpacul dari bibirnya setelah beberapa saat berfikir. Razman sedikit tersentak, namun wajahnya tetap tenang.
“Muzaffar... Kadang-kadang, apa yang terjadi dalam dunia ini, adalah ketentuan Tuhan dan kita tak harus menyalahkan sesiapa sekiranya sesuatu perkara buruk atau bencana terjadi kepada sesiapa pun. Baik orang yang kita sayang, mahupun orang yang kita benci. Awak adik kepada arwah Mustaqim bukan?” soal Razman cuba ingin menyelami hati Muzaffar. Perlahan Muzaffar menganggukkan kepalanya.
Muzaffar sering menghubungi Johana selepas pemergian arwah Mustaqim, namum gadis itu acuh tak acuh menjawab panggilan telefonnya. Muzaffar faham dengan keadaan Johana kerana dirinya juga tidak sepenuhnya bersemangat setelah kematian arwah Mustaqim. Namun, pada waktu yang sama, dia tak dapat menipu perasaannya yang rindu dan risaukan keadaan gadis kesayangannya itu. Sehinggalah pada suatu hari, dia menerima berita dari Athirah yang Johana dimasukkan ke Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan. Luluh hatinya mendengarnya. Semangatnya terus hilang dari saat itu dan dia berkeputusan berpindah keluar dari rumahnya untuk hidup sendiri. Dia berterusan menyalahkan dirinya di atas kematian arwah Mustaqim dan Johana mengalami gangguan mental.
“Dan selama ini awak asyik salahkan diri awak atas kematian Mustaqim bukan?” Muzaffar berasa hairan bagaimana doktor muda itu dapat memahami apa yang dia rasai. Sekali lagi dia menganggukkan kepalanya.
“Itu adalah ketentuan Allah s.w.t. Ada hikmah di sebalik apa yang terjadi tu. Percayalah. Saya tak tahu keseluruhan cerita di antara Johana, arwah Mustaqim mahupun awak. Saya cuma tahu serba sedikit punca yang menyebabkan Johana mengalami gangguan mental. Itupun saya ketahui dari Athirah. Pelawat-pelawat yang lain, yang banyak datang seperti ibu Johana, Kamarul, dan beberapa kawan-kawan Johana tak banyak yang tahu apa yang betul-betul telah terjadi. Jadi, saya dapat simpulkan Johana banyak memendam perasaan, masalahnya tanpa berkongsi dengan banyak pihak kecuali Athirah. Itu salah satu punca Johana sampai ke tahap begini.
‘Kamarul?’ desis hati kecil Muzaffar.
“Jadi, saya rasa orang yang sedikit sebanyak dapat membantu Johana untuk cepat pulih, awak sendiri Muzaffar. Johana memerlukan seseorang yang dapat memahami apa yang dilaluinya dan seseorang yang selalu dapat mendampinginya.” Serentak Muzaffar memandang tepat ke anak mata Razman.
“Saya cuma mampu memberi rawatan elektrokonvulsif, rawatan tingkahlaku, rawatan psikotropik dan psikoterapi pada Johana. Selebihnya, Johana tetap memerlukan seseorang yang dapat selalu berdampingan dengannya, memahaminya dan dapat memberi semangat kepadanya.”
“Saya faham awak sehingga sekarang menyalahkan diri awak di atas kematian Mustaqim walaupun ianya bukannya salah awak. Sudah ditakdirkan ajalnya sampai pada waktu itu. Dan ada sebabnya mengapa Allah tetapkan semua itu. Kita yang masih hidup, bernafas ni, tak sepatutnya hidup dengan sia-sia.” Muzaffar diam mendengar kata-kata dari Razman.
“Kalau awak rasa awak dah lakukan kesilapan, berhenti salahkan diri dan cuba lakukan sesuatu untuk tebus kesalahan tu. Cuba pulihkan Johana jika awak yang menyebabkan kematian arwah Mustaqim sehingga menyebabkan Johana berkeadaan begini. Awak harus ‘bangun’ dan ‘sedar’ sekarang. Johana perlukan awak.”
Serentak terasa bagaikan sesuatu yang mengalir di setiap urat saraf Muzaffar.
Doktor muda ini terlalu memahami!

*********************************************************************************

"Johana... Awak kenal saya lagi tak?"
Diam.
"Maafkan saya sebab saya langsung tak melawat awak sepanjang awak tinggal di sini. Maafkan saya" Muzaffar menggenggam erat jari jemari Johana. Dahinya kemudiannya diletakkan ke atas genggaman jarinya dan jari Johana yang bersatu. Air matanya mengalir perlahan. Johana senyum.
"Saya rasa bersalah. Saya rasa bersalah sangat. Kalau bukan sebab saya, awak takkan jadi macam ni Johana. Sebab saya mama dan abah sedih dengan kehilangan Mustaqim. Saya dah buat kesalahan besar terhadap semua orang Johana." esakan Muzaffar semakin menjadi-jadi. Johana yang tadinya senyum, mengerutkan dahinya.
"Encik kenapa?" Muzaffar tersentak mendengar Johana bersuara. Lama dia merindui suara lembut itu. Muzaffar mendongakkan kepalanya menatap wajah Johana. Johana melihat wajahnya kehairanan. Muzaffar cepat-cepat mengelap air matanya.
"Kenapa?" soal Johana ringkas.
"Saya rindu awak Johana. Saya rindu awak" laju Muzaffar menuturkan kata-kata tersebut setelah dia sedar yang dia sebenarnya terlalu merindui gadis itu. Johana senyum.
"Rindu?" Johana yang tadi senyum, kini ketawa.
"Rindu?" soal Johana lagi sekali sambil melihat wajah Muzaffar. Senyum.
Hati Muzaffar yang tadinya sedikit lega kini kembali terguris dengan kelakuan Johana. Namun dia tekad. Dia harus kuatkan semangatnya untuk membantu Johana kembali pulih. Tangannya semakin erat menggenggam jari jemari Johana.
"Ye, saya rindukan awak Johana. Awak ingat lagi tak saya?" Johana mengerutkan dahinya. Muzaffar senyum.
"Saya Muzaffar. Seseorang yang sangat sayangkan awak. Saya selalu hadiahkan awak bunga dulu." Muzaffar merenung anak mata Johana. Senyum.
"Bunga?"

"Ye, bunga. Bunga ros."
"Bunga ros? Bunga ros kan mahal? Kenapa awak selalu belikan saya bunga ros? Awak gila ye?" Johana tertawa kecil. Muzaffar tersentak.
"Tak. Saya tak gila. Saya hadiahkan bunga tu sebab saya sukakan awak. Saya sukakan awak sangat."
"Awak gila. Cuba tengok muka awak ni. Penuh dengan jambang. Macam orang gila." sekali lagi Johana ketawa. Kali ini lebih kuat berbanding sebelumnya. Hati Muzaffar kembali menangis.
"Saya gila. Saya gilakan awak." Johana yang tadi tertawa kini diam.
"Awak gila?" tangannya ditekupkan ke mulutnya. Kini Muzaffar tertawa kecil. Tiba-tiba terasa Johana sangat comel. Kemudian Muzaffar menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Saya tak gila. Saya sayangkan awak. Saya... sayangkan awak, Johana" tutur Muzaffar ikhlas.
"Sayang?" perlahan Johana menuturkan perkataan tersebut. Dia kemudiannya tertunduk.
"Sayang?" tutur Johana sekali lagi. Kini dia berasa sebak. Air matanya mengalir perlahan. Muzaffar berasa mula risau bila melihat Johana mula mengalirkan air mata. Kedua-dua bahu Johana dipegangnya namun ditepis kuat gadis itu. Serentak Johana bangun dan berundur ke belakang sambil melihat wajah Muzaffar.
"Awak tak sayangkan saya! Awak tak sayangkan saya!" Johana separuh menjerit kepada Muzaffar. Muzaffar mulai panik.
"Joha..."
"Awak tipu! Awak tak sayangkan saya! Kalau awak sayangkan saya, awak tak tinggalkan saya. Awak tinggalkan saya!" air mata Johana semakin deras. Hati Muzaffar terasa bagai dihempas kuat dengan satu objek yang berat.
"Johana..."
"Awak penipu!" Muzaffar terasa lututnya lemah longlai kini. Tanpa disedari dia melutut di atas lantai. Air matanya mengalir lagi.

*******************************************************************************************************************

"Mama masak ape hari ni?" suara Muzaffar kedengaran ceria di hujung corong telefon.
"Mama masak daging masak merah, ikan belah belakang, buat sup sayur... pastu goreng-goreng ikan masin, buat telur dadar, goreng tempe sikit-sikit. Kamu nak mama bawakkan ke rumah ke kejap lagi ke Zaf?" soal Maznah. Hatinya sedikit hairan dengan perubahan sikap Muzaffar.
"Takpe mama. Kejap lagi Zaf sampai rumah. Zaf tengah drive balik rumah ni." Maznah yang mendengar hampir menjerit gembira.
"Betul ke Zaf? Kenapa tak cakap? Kalau Zaf cakap awal-awal kan mama boleh buatkan ayam masak lemak cili padi kegemaran Zaf."
"Tak apelah mak. Semua masakan mama pun favourite Zaf. Kejap lagi Zaf sampai ye?"
"Baiklah Zaf. Mama tak habis masak lagi ni. Nanti Zaf sampai, Zaf berbual-buallah dengan abah dulu ye?" serentak Muzaffar tertawa besar. Dada Maznah terasa sebak mendengar suara Muzaffar yang kembali ceria setelah hampir 6 bulan hidup bagaikan patung bernyawa. Sungguh dia berasa sangat bersyukur kepada Tuhan.
"Mama ni cakap macam Muzaffar ni tetamu mama pulak. Kalau abah takde, Zaf duduk je tengok tv. Takpun Zaf boleh tolong mama masak kan? Lama tak kacau mama kat dapur ni." Muzaffar sempat mengusik mamanya. Di sebalik tawanya, Muzaffar turut merasa sebak. Betapa selama ini dia banyak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai anak dan banyak membuat kedua orang tuanya risau dengan keadaan dirinya, lebih-lebih lagi mamanya.
"Baguslah kalau macam tu. Datang cepat ye Zaf."
"Baik mama. Assalamu'alaikum."
"Wa'alaikumussalam." Maznah perlahan-lahan meletakkan gagang telefon.
"Mama!" sayup-sayup kedengaran suara Muzaffar di corong telefon. Maznah cepat-cepat melekapkan gagang telefon ke telinganya kembali.
"Kenapa Zaf?" soal Maznah sedikit risau.
"Zaf... rindu mama... Zaf sayang mama." airmata yang dari tadi ditahan, kini akhirnya mengalir di pipi Maznah yang sudahpun separuh usia.
"Mama... pun rindukan Zaf..." Maznah tersedu-sedan. Mata Muzaffar mula berkaca.
"Jumpa mama kejap lagi. Bye mama"
"Baik"

Talian terputus.

Maznah menggengam erat gagang telefon sambil memeluk gagang telefon tesebut. Matanya dipejam erat namun airmatanya laju mengalir keluar dari matanya yang agak berkedut. Mohktar yang kebetulan keluar dari bilik tidur mereka untuk ke ruang tamu, terkejut melihat keadaan Maznah.
"Kenapa ni Maznah?" soalnya hairan. Maznah diam tidak berganjak. Mokhtar berjalan menghampiri Maznah. Gagang telefon dari tangan Maznah ditariknya dan diletakkannya. Ditariknya Maznah ke dalam pelukannya. Belakang isteri kesayangannya digosok-gosok, cuba menenangkan isterinya walaupun tidak diketahui punca yang menyebabkan isterinya menangis.
"Kenapa ni Maznah?" soalnya lembut lagi sekali.
"Muzaffar..." sepatah perkataan terpacul dari mulut Maznah.
"Muzaffar? Kenapa dengan Muzaffar?"
"Dia dah mula ceria abang." Maznah tersedu-sedan.
"Dia telefon tadi. Dalam perjalanan ke sini katanya. Dah lama saya tak dengar suara dia ketawa bang. Tuhan je yang tahu betapa gembiranya hati saya sekarang abang." Mokhtar mengucap seribu kesyukuran di dalam hatinya. Pelukannya dieratkan.
"Baguslah macam tu Maznah. Akhirnya, doa kita dah dimakbulkan. Muzaffar dah kembali ceria macam dulu. Mungkin dia dah mula dapat melupakan benda yang jadi tu dan dah dapat maafkan dirinya." Maznah mengangguk kecil. Perlahan dia meleraikan pelukan suaminya.
"Saya bersyukur sangat abang." Maznah memandang tepat ke anak mata suami kesayangannya. Matanya dipenuhi dengan air matanya. Mokhtar mengangguk lembut.
"Nanti Muzaffar datang, abang berbual-buallah dengan dia sementara saya memasak ye?" Mokhtar senyum manis. Kedutan-kedutan di pipi dan sisi matanya jelas kelihatan saat dia tersenyum, namun manis wajahnya tetap sama dan tidak jauh bezanya berbanding saat mula Maznah jatuh cinta kepadanya.
"Abang tolong pergi beli ais kacang dekat kedai Pak Long tepi jalan tu boleh tak? Muzaffar tu suka sangat ais kacang tu" Mokhtar tergelak kecil dengan gelagat isterinya.
"Baik intan payungku." serentak Maznah tersenyum malu. Sesungguhnya dia berasa sangat bertuah bersuamikan Mokhtar. Suaminya seorang lelaki yang sangat memahami, penyabar, penyayang dan sering menghiburkan hatinya dengan lawak-lawak yang spontan. Tak pernah Mokhtar berubah semenjak dari awal perkahwinan mereka.
"Abang... saya gembira sangat abang..." sekali lagi Mokhtar mengangguk kecil.
"Saya tahu... tapi nak ke awak bagi Muzaffar makan lauk hangit?" mata Maznah membulat. Hidungnya kemudian laju menghidu-hidu sesuatu. Bau hangit telur dadar menusuk ke lubang hidungnya.
"Telur dadar Nah!" Maznah menjerit kecil sambil berlari masuk ke dapurnya.

Mokhtar tergelak besar.

*********************************************************************************

"Sayang betul kau pada dia ye?" Razman senyum nipis. Muzaffar turut tersenyum sambil mengangguk lembut.
"Ada planning nak melamar dia tak?" soal Razman ingin tahu. Muzaffar tergelak kecil Razman menjungkitkan kedua-dua belah keningnya yang agak tebal. Lama kemudian Muzaffar mengangukkan kepalanya lagi sekali.
"Maaf Razman. Aku tergelak sebab aku teringatkan Johana sebelum ni. Asal aku sebut je perasaan sayang, naik angin dia. Takut aku." serentak kedua-dua mereka tergelak kecil.
"Kau kena faham, waktu tu emosi, pemikiran dan psikologi Johana terganggu teruk, dan fikiran dia bercelaru berpunca dari perasaan cinta dan sayang. Kau pikul tanggungjawab besar untuk menjaga Johana lepas ni kalau kau memang betul-betul berniat nak jadikan dia pasangan hidup kau. Johana memang dah pulih hampir sepenuhnya, tapi perkara yang sama mungkin akan jadi balik pada dia kalau fikiran dia terganggu dengan perkara yang tak dapat dia terima sebagaimana sebelum ni." Muzaffar terdiam lama.
"Aku faham Razman. Aku yakin aku akan jaga dia sebaik mungkin sebelum ni. Lama aku tunggu dia Razman. Takkan aku nak sia-siakan penantian aku selama ni macam tu aje lepas aku dah dapat hati dia." Razman senyum lagi. Kedua mereka semakin rapat semenjak 3 bulan lalu apabila Muzaffar setiap minggu melawat Johana di hospital tersebut. Setiap kali melawat Johana, Muzaffar akan meluangkan seditki masa berbual dan mengetahui perkembangan Johana. Dan setiap kali melawat Johana juga Muzaffar akan melawat kedua ibu bapa Johana yang terletak di Ipoh, tak jauh dari Tanjung Rambutan.
"Apa yang buat kau sanggup menunggu, bersabar untuk dapatkan dia sebenarnya? Sebab rasa bersalah?" soal Razman.
"Rasa bersalah satu hal. Tapi yang sebetulnya, aku sukakan dia. First time aku tengok dia, hati aku dah terpaut. Susah aku nak explain dekat kau macam mana. Aku selalu perhatikan dia. Senyuman dia, cara dia, gaya dia, betul-betul buat aku terpaut dekat dia. Memang banyak lagi perempuan yang jauh lebih cantik, menarik, dan mungkin baik dari dia, tapi Johana berjaya memiliki hati aku for the first time aku tengok dia. Ya. Johana pemilik hati aku." jujur Muzaffar menyatakan isi hatinya kepada Razman. Razman hampir tercengang namun cuba dikawalnya. Betapa jujurnya Muzaffar menyayangi Johana.
Dan dia, cemburu. Razman berasa cemburu. Dia sebenarnya turut terpaut pada Johana tanpa dia sedari bila perasaan itu wujud. Dia mulai sedar apabila hatinya tidak setiap kali mahu melakukan rawatan kaunseling dan psikoterapi bersama Johana. Dia sedar bila jantungnya berdegup laju setiap kali berjumpa Johana. Dia sedar apabila dia mulai rasa rindu mahu menatap wajah Johana.
"Aku mula-mula tak dapat terima hakikat Johana masuk ke hospital ni. Sebab aku rasa, aku puncanya. Tapi, lepas dua bulan, aku sedar yang aku tak boleh pentingkan diri macam tu. Dan aku pun mula rasa rindu pada Johana. Itu yang aku ambil cuti 2 minggu datang sini. Lepas kau terangkan pada aku keadaan Johana dan lepas kau sedarkan banyak benda pada aku, itu yang aku mula bersemangat balik. Sebab tu sampai sekarang aku berusaha membantu pulihkan Johana. Thanks Razman." serentak Muzaffar menepuk belakang Razman. Razman yang awalnya mengelamun, tersentak. Hanya sipi-sipi apa yang dikatakan Muzaffar didengarinya. Yang dia cuma dengar, 'Thanks Razman'.
"Eh! No hal lah! Dah memang tugas aku kan." Razman senyum kelat.
"Kau betul-betul memahami. Memang tak salah bidang yang kau pilih ni." kedua mereka sama-sama tertawa lagi sekali.
"Tapi, aku rasa, kau boleh jadi 'Doktor Love' jugaklah Man." Muzaffar menyakat Razman.
"Apa pulak 'Doktor Love' nye. Buah hati aku pun dah disambar orang." Muzaffar yang sedang tersengih terus berubah riak wajahnya.
"Aku gurau je lah." Razman menepuk bahu Muzaffar. Muzaffar kembali sengih.
"Wah wah, rancaknya berbual." satu suara yang amat dikenali kedua mereka kedengaran dari belakang. Kedua-dua mereka memalingkan wajah memandang kepada empunya suara tersebut. Johana kelihatan ayu memakai seluar putih dan baju bercorak bunga kecil campuran warna pink, hijau dan ungu. Sekali lagi jantung Razman berdegup laju. Cepat-cepat dia memalingkan wajahnya ke depan dan bangun dari kerusi batu yang menjadi tempat dia duduk dan berbual lama dengan Muzaffar sementara menunggu Johana mengemaskan barang-barangnya.
"Tengah mengumpat awaklah tadi." Muzaffar mengusik Johana.
"Saya tahu." laju Johana menjawab. Muzaffar tersentak.
"Awak dengar ke apa yang kitorang bualkan tadi?" soal Muzaffar. Malu pula rasanya jika Johana mendengar kesemua isi hatinya.
"Saya dengar awak cakap saya gemuk, pendek, hitam... Kuat makan..." kini giliran Johana pula berseloroh. Muzaffar menarik nafas lega.
"Betul kan doktor?" Razman mendongakkan kepalanya memandang ke arah Johana yang memanggil namanya. Razman senyum kelat sambil memandang ke arah gadis yang bakal dirinduinya.
"Itulah Muzaffar ni. Selalu aje cakap awak ni gemuk, pendek, hitam." Razman cuba berseloroh juga.
"Eh! Fitnah tu!" cepat-cepat Muzaffar mempertahankan dirinya. Johana dan Razman ketawa kecil.
"Baiklah, doktor." Johana memandang ke arah Razman. Johana menarik nafas pendek.
"Terima kasih banyak-banyak atas segalanya. Hanya Tuhan yang mampu balas segalanya. Segala kesabaran doktor, segala budi baik doktor. Terlalu banyak yang doktor dah buat untuk bantu saya. Saya betuk-betul berterima kasih pada doktor." Razman senyum.
"Saya cuma jalankan tanggungjawab saya Johana. Yang penting awak pulih sepenuhnya. Itu yang saya mahukan. Sekarang saya dah boleh tersenyum lega tengok keadaan awak." Johana senyum.
"Terima kasih banyak-banyak doktor." sekali lagi Johana berterima kasih kepada doktor muda tersebut. Muzaffar memandang ke arah Johana dan Razman yang lama memandang antara satu sama lain. Rasa cemburu mula menyelubungi benak hatinya. Tiba-tiba dia terfikir bagaimana kedua-dua mereka sering meluangkan masa untuk menjalankan rawatan kaunseling dan psikoterapi. Razman pula doktor muda yang agak kacak dan seseorang yang sangat memahami. Ketrampilan Razman juga sangat menarik dan memikat hati di samping personalitinya yang tenang sepanjang masa.
"Man, thank you so much Man!" Muzaffar cepat-cepat menjauhkan perasaan cemburu tersebut dari fikirannya. Muzaffar menghulurkan tangan kepada Razman. Lambat-lambat Razman mencapainya. Razman sebenarnya berasa berat hati apabila memikirkan Johana tidak lagi menjadi penghuni di hospital tersebut.
"Ada masa nanti kau datanglah sini Zaf. Jangan lepas ni diam membisu je tanpa khabar berita lepas buah hati dah takde kat sini." usikan Razman membuatkan Johana tersentak. Muzaffar yang tadinya berasa cemburu, kini mula terasa lega dengan usikan Razman.
"Mestilah aku datang lagi, nak bagi kad kahwin, kena pass by hand." giliran Muzaffar pula berseloroh. Johana sudah mula terasa pipinya panas.
"Jomlah, saya tak sabar nak jumpa mama dengan ayah ni." Johana cepat-cepat ubah topik perbualan.
"Jom." Muzaffar memandang ke arah Johana. Razman mengangguk kecil.
"Aku gerak dulu Man." Razman mengangguk lagi sekali sambil menepuk belakang Muzaffar. Anak matanya memandang kedua susuk tubuh itu sehingga hilang dari penglihatannya. Razman senyum tawar.
'Kenapa kau buat aku jatuh hati pada kau Johana?' keluh hati kecilnya.
'Muzaffar, pemilik hati... Tahniah Muzaffar. Aku doakan kau berbahagia dengan Johana.'

Kamarul yang memerhatikan dari jauh senyum kelat. Dia kini akur Johana takkan mampu dia miliki.

*********************************************************************************

"Bila Anna nak mula bekerja ni? Atie dengan kawan-kawan office yang lain rindu sangat dekat Anna tau!" suara Athirah, sahabat karibnya kedengaran ceria di hujung talian telefon. Johana senyum tawar.
"Boleh ke Anna kerja dekat situ lagi?" soal Johana.
"Kenapa pulak tak boleh?" Johana mengeluh halus.
"Anna kan pernah masuk ke hospital sakit jiwa. Mau ke bos ambil Anna bekerja lagi? Mahu ke kawan-kawan pejabat nak bekerja dengan Anna lagi? Apa pulak pandangan orang sekeliling?" bertalu-talu soalan ditanyakan kepada Athirah.
"Mane boleh Anna fikir macam tu!" laju Athirah menjawab.
"Bos, kawan-kawan office, semua faham. Kalau boleh they all nak lawat Anna masa dekat Perak dulu tau tapi Atie yang cakap baik jangan pergi sebab dah ramai yang selalu lawat Anna, takut nanti Anna rasa terganggu. Kitorang semua rindukan Anna tau." Johana senyum kecil. Hatinya benar-benar berasa terharu.
"Nanti Anna call bos ye? Dah confirm semuanya nanti, Anna cakap dekat Atie ye?"
"Yippiee!!!!" Athirah menjerit gembira. Jeritan tersebut membuatkan Johana tergelak besar.
"Atie happy sangat tau!" Johana senyum. Belum sempat mahu bersuara, telefon bimbitnya bergetar. Dia menjauhkan telefon bimbitnya dari cuping telinganya dan melihat ke arah skrin telefon. Terpapar nama Muzaffar.
"Atie, atie, Anna call balik nanti. Muzaffar call"
"Mat bunga!" Johana ketawa lagi.
"Ok, bye Anna!" Atie mematikan talian dan sesaat kemudian Johana menjawab panggilan dari Muzaffar.

"Hello."
"Hello."
"Apa yang boleh saya bantu anda?"
"Banyak benda yang awak perlu bantu saya."
"Salah satunya?" Johana senyum.
"Hmmm... saya tak nak cakap salah satunya. Saya nak cakap kesemua benda yang awak kena bantu saya." Johana tergelak kecil. Dia kemudiannya bangun berdiri di hadapan cermin. Dia kemudian memandang wajahnya. Dia sedar dia bahagia setiap kali berada di sisi Muzaffar dan setiap kali berbual dengan Muzaffar. Dan dia yakin dia dapat menerima Muzaffar sebagai pengganti Mustaqim setelah mendengar luahan isi hati Muzaffar beberapa hari lalu ketika Muzaffar rancak berbual dengan Razman. Lama dia berdiri di belakang Muzaffar dan Razman tanpa mereka sedari dia mendengar segala perbualan mereka.
"Awak kena bangun, bersiap, pakai bedak banyak-banyak, pakai baju cantik-cantik dalam masa lebih kurang sejam. Saya ambil awak, lepas tu kita dinner dengan parents saya." wajah Johana terus pucat lesi.
"Huh? Kenapa pulak ni?"
"Parents saya nak jumpa bakal menantu. Tak sabar sangat dah tu." Johana garu kepala.
"Mana boleh awak tiba-tiba je nak bawa saya jumpa parents awak macam ni" Johana bertelagah.
"Habis tu, awak taknak jumpa parents sayalah ni?"
"Nak! Tapi bukan sekarang."
"Nak?" soal Muzaffar.
"Nak!"
"Yuhuuu!!! Saya tipu je sebenarnya. Means awak nak jumpa bakal mertua awak kan? Okaylah, awak bersiap sekarang. Kita jumpa dalam masa sejam okay? Tapi malam ni kita makan berdua aje. Nanti kita makan berempat pulak dengan parents saya."
"Tak baiklah awak ni!" Johana menjerit kecil apabila sedar Muzaffar cuba menduga hatinya.
"Saya memang tak baik, tapi saya sayangkan awak!" jerit Muzaffar di hujung talian telefon. Johana diam.
"Kenapa diam? Okay okay! Saya tahu awak malu tapi mahu kan? Yang penting awak nak jumpa parents saya." Muzaffar ketawa besar.
Tuuuttttt... talian dimatikan. Johana senyum sinis.
"Ambik kau! Pandai-pandailah kau nak pujuk aku nanti." Johana senyum lebar sambil mencapai tuala mahu mandi dan bersiap keluar.

*********************************************************************************

"Saya rasa biru campur hitam cantik bang." Mokhtar yang sedang membaca surat khabar diam membisu.
"Eh! Rasanya silver campur hitam lagi cantik kot. Trend tahun ni. Kan abang?" Maznah sejak dari tadi menyoal Mokhtar, namun matanya tak lari menatap majalah dari tadi sambil tak berhenti menyelak helaian demi helaian majalah tersebut.
"Eh! Eh! Ni cantik abang! Merah hitam!" Mokhtar yang mula berasa terganggu meletakkan surat khabar ke tepi.
"Maznah. Awak ke yang nak bertunang ni, atau Muzaffar?" Mokhtar senyum.
"Ala abang ni."

*********************************************************************************

"Lega hati saya abang" Hayati senyum memandang suaminya.
"Kenapa?" soal Razali.
"Akhirnya ada juga orang yang dapat jaga Johana. Taklah susah sangat hati saya macam selama ni." Razali senyum.
"Awak pun suka sangat dengan Muzaffar tu, baguslah."
"Eh, takkanlah abang tak suka dengan Muzaffar tu. Dahlah baik, bekerjaya, kacak pun kacak orangnya. Penyabar je saya tengok orangnya. Kalau orang lain, tak tahulah saya samada sanggup ke tak tunggu Johana masa dia dimasukkan ke Tanjung Rambutan dulu." Razali mengangguk kecil.
"Abang, jom lah tempah baju untuk majlis pertunangan Johana nanti!"

Razali ketawa kecil!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Credit to Kak Arryani, sebab Vee ada selitkan entry akak dalam cerpen nie. Akak menghilang ke mane nie akak? Kat FB tak jumpa dah, dekat blog pun akak privatekan... (T_T)

With Love,
Vee Violet

6 comments:

eddie dewanaga said...

..sesuatu yg lebih berat kerana permasalahan jiwa yg agak kompleks.

*secara peribadi, Muzaffar memang kacip Johana dari Mustaqim, it's unforgiven, namun part 2 cerpen ini, pembaca boleh simpati dgn penderitaan Johana dan tabahnya 'mat bunga' menanti happy ending.


kalau cerita yg boleh membuat gua imagine the screenplay, itu bermakna Vee berjaya menghidupkan kisah tragis ini. Good job!

♥ Juliana Violet ♥ said...

Thank you soo much Eddie...
Thanks for your sincere komen... :)
Memang berat sikit cerpen kali nie sebab melibatkan 'masalah jiwa'...
:))

besi said...

vee... rajin vee wat research pasal
psikologi ni ya...apa2 pun gud vee.

vee..elemen ketentuan takdir atau menerima takdir perlu juga diselitkan..bagi saya la..

nice story vee...teruskan menulis

sh. said...

Vee, suka cerita ni. ;)

Tapi, lagi suka kalau part Johana makin pulih diselitkan. I mean, her progress.

*sebab sherah minat psikologi/psikiatri sebenarnya. Haha. Tapi serius cerita ni menarik ;))

♥ Juliana Violet ♥ said...

Besi,
thanks luangkan masa baca cerpen Vee.
Vee setuju dengan Besi. Tajuk asal cerita nie, 'Andai Itu Takdirnya'.
Memang cerita nie, mesej yang Vee nak sampaikan tentang takdir, ajal dan jodoh... Tapi ada novel yang bertajuk 'Andai Itu Takdirnya' so Vee tukar... Maybe nanti Vee akan tukar tajuk... :)
Dan mungkin akan ada kesinambungan cerita nie nanti... :)

♥ Juliana Violet ♥ said...

Sherah,
thanks for your time reading this cerpen.
Vee betul2 appreciate...
Insya-Allah akan ada kesinambungan nanti, Vee akan selitkan babak tu.
Vee pun suka psikologi nie dear...
Thats why Vee selitkan semua tue.
=)

Thanks once again dear... :)
Mmmwwaahh!!!