Friday, December 31, 2010

♥ Cinta Mati Violet di penghujung 2010 ♥


"Sayang, kita sambut new year sama-sama ye tahun ni?" Kasyah bertutur lembut sambil menggenggam lembut jari-jemari Violet yang halus dan lembut.

Senyum.

"Tapi mesti sesak nanti kan?" Violet mengerutkan dahinya.

" I drive kan nanti. Kalau you mengantuk nanti, you tidurlah. I nak sambut dengan you sebab you suka tengok bunga api kan?" Violet mengangguk laju sambil tersenyum manis.

"So, nak tak?" soal Kasyah lagi.

"Mestilah nak. Rugilah kalau I tolak pelawaan buah hati I yang asyik busy memanjang ni." Violet mencubit lembut pipi Kasyah. Kasyah senyum manis.

*************************************************************************************

31 Disember 2010, 23:30 pm.

"Sayang, sayang dekat mane ni?" jelas kedengaran suara Violet yang tidak senang di hujung talian telefon.

"Kejap ye sayang. I dah nak sampai dah. Tadi I patah balik rumah sebab tertinggal handphone." Kasyah berbohong. Dia sebenarnya berpatah balik ke rumahnya kerana tertinggal cincin yang sengaja dibeli untuk Violet. Kasyah berniat untuk melamar Violet tepat 12 tengah malam ini. Pada saat bunga api sedang bersorak girang di langit yang gelap bertemankan bulan dan bintang meraikan tahun baru.

"Dah lambat ni sayang." Violet sedikit mendesak.

"Sayang, sorrylah ye." Kasyah mula tak senang hati bila Violet bersikap sedemikian. Jarang sekali Violet cepat berkecil hati sebegitu. Sebelah tangannya memusing stereng kereta apabila membelok ke arah satu selekoh yang tajam tanpa menyedari ada sebuah kereta yang dipandu seorang pemandu yang mabuk laju datang dari arah bertentangan.

"Sayang dah tahu kita nak samb-"

"Violet!!!" kata-kata Violet terhenti apabila mendengar suara Kasyah menjerit kuat memanggil namanya.

DUMMMMMM!!!

Satu dentuman kuat berbunyi, menyentakkan hati Violet. Cermin depan kereta Kasyah berkecai. Jelas kedengaran di halwa telinga Violet. Bibir mungilnya terlopong. Wajahnya pucat tak berdarah. Air matanya mengalir tanpa dia menyedarinya.

Sesaat kemudian, panggilan terputus.

"Sayang..." bagaikan nafas berhembus, Violet menyebut perkataan itu sebelum telefon bimbit yang sebentar tadi digenggam erat terlepas dari pegangan tangannya.


Akan ku biarkan dirimu
Merasuki hidupku
Akan ku biarkan cintamu
Meracuni hatiku

Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu ku yang cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu


♥ Kasyah meninggal dunia pada hari di mana dia sepatutnya akan melamar Violet setelah 3 tahun mereka menjalinkan hubungan sebagai sepasangan kekasih.
♥ Gelak tawa dan kegembiraan yang sepatutnya kelihatan di antara pasangan kekasih itu pada 2011 diganti dengan darah dan air mata.
♥ Pemandu yang mabuk dan menyebabkan kematian Kasyah dipenjarakan pada permulaan tahun baru 2011.
♥ Violet yang tidak dapat menerima hakikat kehilangan seorang lelaki yang amat sempurna di hati dan matanya menyalahkan dirinya kerana sedikit mendesak Kasyah beberapa minit sebelum kemalangan. Sedangkan sudah termaktub itu adalah ajal Kasyah.

Jangan pernah tinggalkan diriku
Jangan lepaskan aku
Walau setengah detik hidupku

Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu ku yang cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu



"Sayang... sayang... sayang..." Violet yang sedang tidur meracau memanggil-manggil Kasyah. Airmatanya mengalir tanpa disedarinya.

"Sayang?" Kasyah memanggil lembut nama Violet. Perlahan-lahan Violet membuka matanya. Wajah Kasyah tepat berada di hadapan wajahnya.

"Sayang mengigau ye?" Kasyah sengih. Mata Violet membulat.

"Sayang!" serentak dia memeluk laju Kasyah.

"I love you so much! Jangan tinggalkan I!" Violet menangis teresak-esak. Kasyah berasa hairan.

"No... I will never ever leave you. Kenapa ni sayang?"

"I mimpi you... Accident... And then..." Violet menangis teresak-esak. Dia ingin bercerita namun esakannya membantutkan dia untuk bercerita habis.

"Mimpi je kan? Cepat kesat air mata tu. Dah nak pukul 12 dah ni." perlahan Kasyah meleraikan pelukan Violet dan mengesat air mata buah hatinya itu.

Violet mengangguk lembut sambil turut sama mengesat air matanya.

"Jom!" Kasyah mengajak Violet keluar dari kereta yang sudah berada di atas sebuah bukit di mana pada waktu itu dipenuhi dengan orang ramai yang turut sama ingin menyambut tahun baru.

"Lagi 2 minit." Kasyah berdebar-debar. Violet yang berdiri di sebelahnya tersenyum sambil mengesat sisa-sisa air matanya.

"Dah dah. Jangan nangis-nangis lagi. I ada dekat sinikan?" Violet senyum dan mengangguk lembut.

"10!" kiraan untuk menyambut tahun baru dijerit beramai-ramai.

"Jom kira sama-sama." Kasyah senyum girang.

7! 6! 5! 4! 3! 2! 1!

Serentak bunga api pelbagai warna memenuhi ruang langit yang tadinya gelap.

Violet tersentak apabila Kasyah tiba-tiba melutut sambil mengangkat tinggi sebentuk cincin yang tersergam indah di dalam satu kotak baldu berwarna merah hati.

"Will you marry me Juliana Violet?"

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

You all rasa apa yang Violet jawab? :)
Sah-sahlah dia terima kan? (^^,)

Kesimpulannya ;

♥ Hargailah orang yang kita sayang selagi kita ada seseorang yang dapat kita sayang. Hargailah juga orang yang ikhlas menyayangi kita.
♥ Ajal maut, jodoh dan pertemuan... semuanya di tangan Tuhan. Kadang-kala, kita kena terima semua apa yang ditetapkan dengan redha.
♥ Manusia tak lepas dari melakukan kesilapan. Kita harus belajar memaafkan diri sendiri dan harus berjanji pada diri sendiri takkan melakukan kesilapan itu lagi.
♥ Dan, jika seseorang yang kita cintai dan sayangi pergi dari hidup kita untuk 'sesuatu' yang lebih baik, bersyukurlah, kerana sekurang-kurangnya kita masih mampu melihat dia bergembira daripada langsung tidak dapat melihatnya jika dia ditakdirkan pergi buat selama-lamanya dari dunia ini.

‎" When the clock strikes twelve on December 31st, people all over the world cheer and wish each other a very Happy New Year. Some people may be happy at the moment, some people may not. In this end of an old year and beginning of a new one, I pray that we all have a better new year in 2011. "


P/S : 99 Hari Kisah Klasik Kita ~> Let's vote for Sadrina Roslan! (^^,)

With Love,
♥~ Juliana Violet ~♥

6 comments:

Asrul "iLham" Sany said...

cite yang comel..
keep on writing some nice tales and hope to keep in touch ya ;-)p

sh. said...

Happy New Year, Vee ;)



p/s: Cerita Kasyah dengan Violet ni sweet. Macam tuan punya cerita jugak. :P

♥ Juliana Violet ♥ said...

Asrul "iLham" Sany,
♥ Thanks sebab sudi baca blog Vee.
:)
Keep in touch. :)

Shera,
♥ Happy New Year sayang. :)

P/S : Wish it will comes true. :) ♥

-MsGoodNite- said...

sweetnyer....

♥ Juliana Violet ♥ said...

-MsGoodNite-
♥ Sweet macam MsGoodNite kan?
(^^,)

Anonymous said...

Hey, I am checking this blog using the phone and this appears to be kind of odd. Thought you'd wish to know. This is a great write-up nevertheless, did not mess that up.

- David