Monday, December 13, 2010

99 Hari Kisah Klasik Kita

"99 hari aku berdoa hari ini takkan datang…
99 hari hatiku menangis sedih…
Namun, 99 hari itu… Cuma menjadi kisah klasikku…
Kisah Klasik Kita..."

Linglung merenung lama cincin bertatahkan berlian yang dibelinya 99 hari yang lalu. Fikirannya tertumpu ke arah satu wajah yang amat cantik dan manis dari pandangan matanya. Mutiara. Gadis yang berjaya menambat hatinya semenjak 3 tahun lalu. Puas berkhayal, Linglung melepaskan satu dengusan halus sambil memasukkan cincin tersebut ke dalam kocek seluarnya. Sejenak Linglung bangun berdiri menatap wajahnya di cermin. Terasa segak mengenakan kemeja putih yang baru dibelinya minggu lepas, Linglung tersenyum sendiri. Sesaat kemudian, Linglung memejam rapat matanya. Betapa hatinya berdoa agar dia sekarang sedang bermimpi dan saat dia membuka matanya, segalanya akan berubah. Beberapa minit dia berkeadaan begitu.
Perlahan Linglung membuka matanya. Kelihatan dirinya berdiri di hadapan cermin, masih memakai kemeja putih yang sama untuk majlis makan malam antara Eddie dan Mutiara yang berlangsung di Hotel Pullman, Putrajaya. Hatinya berasa hampa. Matanya mula berkaca namun bibirnya menguntum senyum.

___________________________________________________________________

"Lu tau ke macam mana nak ke Pullman tu Lung?" soal Hiro ketika dalam perjalanan ke Hotel Pullman.

"GPS bergerak tu ada." laju Linglung menjawab sambil melihat ke arah Violet yang duduk di bahagian belakang kereta dari cermin pandang belakang. Serentak Hiro memalingkan tubuhnya memandang ke arah Violet.

"Wah! Sesuka hati panggil I GPS bergerak ye?" Violet mengomel. Linglung tersenyum manis.

"You pernah pergi sana ke Vee?" soal Hiro. Ini kali pertama dia tahu wujudnya Hotel Pullman.

"Pernah. Sekali. Pergi ke majlis kahwin kawan I jugak dulu. Linglung lah yang jadi drivernya dulu. I yang tunjuk direction. Sebab tu lah dia panggil I GPS bergerak. Kan Linglung?" soal Violet sambil memandang Linglung dari cermin pandang belakang. Saat itu, Linglung sudah jauh berkhayal. Memikirkan tentang Eddie dan Mutiara.

*4 bulan lalu*

"Linglung. I need you right now." Mutiara menangis teresak-esak di hujung talian telefon.

"Mutiara… Kenapa dengan awak ni?" Linglung mula berasa susah hati mendengar gadis kesayangannya menangis di hujung talian telefon.

"Eddie." sepatah nama itu disebut. Linglung mendengus halus.

"Bergaduh lagi dengan dia?" Mutiara mengangguk sambil menahan sebak. Cuba bersuara namun gagal kerana dia sedang menahan tangisannya pada waktu yang sama.

"Saya ambil awak sekarang ye? Cuci muka awak tu dulu. Saya tak nak awak keluar dengan maskara yang sememeh dekat mata awak macam hari tu tau? Macam mak lampir dah saya tengok." serentak Mutiara tertawa kecil. Jejaka ini tak pernah gagal membuat dia tertawa di saat hatinya sedang berduka.

"Okay." Linglung senyum. Senang mendengar gadis kesayangannya tertawa. Dan gembira dapat bertemu dengan gadis manis itu.


"Linglung! Linglung!" suara Hiro memecah khayalan Linglung. Serentak dia berpaling ke arah Hiro.

"Kenapa?"

"Boleh lu berkhayal time drive ni? Vee cakap lu dah terlepas satu simpang masuk nak ke Pullman ni."

"Eh, gua tak dengarlah"

"Macam mana lu nak dengar kalau lu asyik berkhayal teringatkan bidadari kayangan mane entah." Hiro gelak kecil. Linglung diam.

"U-turn balik Linglung." Violet bersuara lembut. Seolah-olah faham ada sesuatu yang mengganggu fikiran Linglung.

Linglung masih diam. Dan mencari simpang untuk berpatah balik. Sedang menyusuri jalan yang lengang di Putrajaya tersebut, fikiran Linglung tiba-tiba menjadi kabur dan wajah Mutiara muncul kembali.


"Saya ada sesuatu nak cakap dekat awak Mutiara." ujar Linglung perlahan sambil menyeluk koceknya. Tangannya menggenggam sebentuk cincin yang dibelinya semalam khas untuk Mutiara. Niat di hatinya ingin melamar gadis itu pada hari ini.
"Kejap kejap! Ada sesuatu yang lebih penting yang saya nak cakapkan pada awak!" Mutiara bersuara girang sambil tersenyum lebar. Linglung senyum manis. Tidak terjangka apa yang bakal dikatakan Mutiara bakal merobek hatinya.

"Saya dah berbaik dengan Eddie!" serentak anak mata Mutiara kelihatan bercahaya.

Hati Linglung bagaikan disiat dengan pisau tajam.

"Semalam dia cari saya. And guess what? Dia melamar saya!" Hati Linglung yang tersiat tadi kini mengalirkan darah.

"Dia minta maaf atas semua kesilapan yang dia dah buat pada saya selama ni. Dan dia berjanji dia akan berubah. Dia berjanji dia akan menjadi suami yang baik nanti."

Linglung senyum tawar. Fikirannya terasa kebas.

"Awak nak cakap sesuatu pada saya bukan?" Mutiara senyum manis. Linglung diam. Namun bibirnya menguntum senyum.

"Linglung? Linglung?" Mutiara menggoncang lembut bahu Linglung.


"Linglung! Linglung!" goncangan di bahunya semakin kuat. Perlahan fikirannya semakin jelas. Kedengaran suara Violet menjerit kuat namanya dan Hiro memusing stereng yang dipegangnya ke arah kiri. Sedar Satria Neo hitamnya hampir merempuh satu tiang di tepi jalan, Linglung pantas menekan brek kereta.
Badan ketiga-tiga mereka terdorong kehadapan. Suasana sunyi seketika. Yang kedengaran cuma nafas kuat masing-masing yang terkejut dengan situasi sebentar tadi. Kereta Linglung hampir melanggar kereta dari arah bertentangan dengannya apabila tanpa disedari Linglung membelok ke arah kanan jalan.

"Biar gua bawa kereta. Gua nak hidup lama. Rugi tak kawen dulu sebelum gua dikapankan. GPS bergerak, you duduk sebelah I." Hiro bersuara manakala Violet yang pucat lesi diam kaku di belakang kereta.
__________________________________________________________________________________

"Bunga bukan seekor. Kumbang bukan sekuntum." Hiro bersuara memecah lamunan Linglung yang asyik memerhati Mutiara dari jauh. Linglung senyum.

"Banyaklah lu. Suka suki lu tukar peribahasa tu. Merosakkan bahasa sungguh." Hiro gelak kecil.

"Lu cuba tengok sekeliling lu, banyak je lagi kumbang-kumbang yang hensem kat sini."

"Apa lu ingat gua gay ke apa? Gila lu. Mati nanti bumi tak terima badan gua yang tough ni." Linglung cuba berseloroh.

"Terima kasih pada kesemua rakan-rakan yang sudi hadir ke majlis ringkas saya pada malam ini." kedengaran suara Eddie memenuhi dewan Hotel Pullman tersebut.

"Dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Linglung yang bersusah payah datang juga ke majlis ringkas yang saya buat khas untuk kawan-kawan terdekat saya dan Mutiara. Thanks Linglung. Lu sanggup cancel satu hari trip lu ke Bali sebab wedding gua. Gua terharu Linglung." serentak kedengaran bunyi tepukan di seluruh dewan tersebut. Jujur Eddie mengucapkan rasa terharunya kepada Linglung, sahabat yang dikenalinya semenjak 2 tahun lalu. Perkenalan mereka bermula apabila Mutiara memperkenalkan Eddie kepadanya. Pada waktu itu, masing-masing hanyalah tiga sekawan. Sehinggalah beberapa bulan berikutnya, Eddie meluahkan isi hatinya kepada Mutiara dan kedua mereka bergelar pasangan kekasih sehinggalah gelaran itu berubah selepas majlis akad nikah mereka pagi tadi.

'Bali? Gua duduk dekat rumah aje 4 hari ni. Gua tipu lu. Gua cakap dekat lu gua pergi Bali balik pagi tadi sebab gua tak sanggup nak tengok lu bersanding dengan buah hati gua.' Linglung bermonolog sendiri di dalam hatinya kemudian senyum tawar.

"Untuk pengetahuan semua, sepanjang tempoh dua tahun saya kenal Linglung, dia banyak menjadi 'penjaga' buah hati saya ni." serentak Eddie menarik Mutiara ke dalam pelukannya. Mutiara yang anggun dan berseri dengan gaun pengantin putih rekaan Hatta Dolmat senyum manis.

"Thank you so much Linglung. Gua ada satu request malam ni. Anggap je lah benda yang gua minta lu buat tu sebagai hadiah pada gua dengan Mutiara." Linglung tergelak kecil sambil mengangkat sebelah tangannya dan mendongakkan kepalanya pada waktu yang sama sebagai tanda bertanya apakah permintaan Eddie itu.

"Gua nak lu mainkan sebuah lagu untuk gua dengan Mutiara." serentak Eddie menghalakan jari telunjuknya ke arah piano hitam yang terletak di satu sudut dewan tersebut. Linglung memandang ke arah Hiro beberapa saat. Kemudian Linglung mengalihkan pandangannya ke Eddie kembali sambil mengangguk kecil. Lagi sekali dewan tersebut dipenuhi dengan tepukan ratusan orang yang hadir ke majlis tersebut meraikan cinta Eddie dan Mutiara. Di sebalik bunyi tepukan yang agak lama itu, Linglung mengambil kesempatan mengeluarkan cincin yang sepatutnya disarungkan ke jari Mutiara 99 hari yang lalu keluar dari kocek seluarnya. Dia berhimpit ke arah Hiro dan melepaskan cincin tersebut jatuh ke lantai.

Beberapa minit seketika, melodi piano mula memenuhi ruang dewan Hotel Pullman yang indah dihias khas untuk dua hati meraikan cinta mereka dan kini dua hati tersebut berbunga bahagia tanpa menyedari ada satu hati luka yang sedang luka berdarah. Suara Linglung mengalun lembut menyanyikan lagu "Wedding Dress" untuk pasangan pengantin yang segak berdiri tersenyum bahagia memandang ke arahnya.

Some say it’s not over ‘till it’s over
Guess this is really over now
There’s something I gotta say before I let you go
Listen

When you have a fight with him
Sometimes you cry
And feel sad and blue
I become hopeful
My heart aches secretly
Then just a hint of your smile
Can make feel fine again
To keep you from figuring out how I feel about you
Coz then we would drift apart
I hold my breath, bite my lips
Oh, please leave him and come to me

Baby, please don’t take his hand
Coz you should be my lady
I’ve been waiting for you for so long
Please look at me now

When the music starts
You will vow to spend
The rest of your life with him
How I prayed every night
This day would never come

The wedding dress you’re wearing
It’s not me (next to you)
Oh, the wedding dress you’re wearing, oh, no

You never knew how I felt about you
And I hated you so
Sometimes I wished you would be unhappy

Now I have no more tears left to cry
When I’m by myself I talk to you like you’re here
I’ve felt so restless every night
Maybe I’ve known all along this would happen
I close my eyes and dream an endless dream
Please leave him and come to me

Baby, don’t take his hand when he comes to you
Coz you should be my lady
I’ve been waiting for you for so long
Look at me now

When the music starts
You will vow to spend
The rest of your life with him
How I prayed every night
This day would never come

The wedding dress you’re wearing
It’s not me (next to you)
Oh, the wedding dress you’re wearing, oh, no

Please be happy with him
So that I can forget you
Please forget how miserable I looked
It’s going to be unbearably hard for me
For a long while to come


_____________________________________________________________

Harap maklum bahawa cerita ini adalah rekaan semata-mata. =)
Vee sebenarnya nak update tentang "99 Hari Kisah Klasik Kita : CERPEN" sambil-sambil dengar lagu "Wedding Dress" nyanyian Taeyang (penyanyi Korea). Sambil tengok screenplay MTV lagu tu, Vee terus dapat idea nak tulis cerita pendek ni.



99 Hari Kisah Klasik Kita
Some of you maybe masih kurang jelas dengan 99 Hari Kisah Klasik Kita. 99 Hari Kisah Klasik Kita adalah sebuah contest kecil yang Vee anjurkan khas untuk kesemua bloggers baik yang punya minat menulis cerpen, punya bakat dalam penulisan mahupun sesiapa sahaja yang ingin mencuba-cuba menulis cerpen. Konsep/tema/kisah cerpen adalah bebas. Kalau you all nak tulis pasal kisah persahabatan ke, cinta ke, kekeluargaan ke, hantu ke, tulis aje. Asalkan ianya CERPEN dan tak menimbulkan sebarang isu. Alright?
Bagi sesiapa yang berminat, boleh submit nama untuk menyertai sebelum 31 Dis ni. Sepanjang tempoh itu juga, kalau sudah ada cerpen, emaikan ke kisahklasikita@yahoo.com. Vee akan mula publish satu persatu cerpen anda bermula 1 Jan '11 - 10 April '11.
Oh yeah, cerpen tu harus diselitkan lagu / puisi / sajak sekali ye? (^^,)
Dan semestinya contest ini punya juri-juri untuk membaca, menilai dan memberi markah kepada karya anda semua. Juri-juri yang dipilih adalah watak-watak yang terdapat di dalam cerita pendek di atas iaitu ;

Linglung
Hiro
Eddie Dewanaga &
Dearie Pearl, juri wanita tunggal untuk contest ini.

Masih kabur dan ingin tahu lebih lanjut pasal contest ni? Anda boleh baca di sini ~> "99 Hari Kisah Klasik Kita"

With Love,

24 comments:

Linglung said...

very nice :))

Dearie Pearls said...

baru baca intro..
tetiba tersengih....

kreatifnya Vee..

dh nak balik.
esok nk baca balik..

A.D.A.M. said...

Sayu je ending..

Memang kena ngan lagu nii. :)

-MsGoodNite- said...

Ni kira sbg contoh la ye, cik V? erm.. kalo cerpen citer hantu, lagu apa nk diselit ye?
erm.. pikir msgoodnite..pikir...

♥ Juliana Violet ♥ said...

Linglung,
♥ Thanks... ;)

Pearl,
♥ Hihihi... tengok screenplay MTV tue, terasa nak menulis pulak... :)

A.D.A.M,
♥ Hee hee... memang dapat idea dari MTV tu Adam... :)

-MsGoodNite-
♥ Kalau nak buat cerita hantu, cuba letak lagu nie. Lol!

http://www.youtube.com/watch?v=NtKk4Fh13wc

Joke joke... Yang, kalau taknak letak lagu, sajak or syair pun boleh... :)

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ said...

tahniah yank..

teruskan menulis...

(^^,)

♥ Juliana Violet ♥ said...

Yanie,
♥ Thanks sayang... Nak join tak dear? :)

hiro said...

kamu mmg A lah vee...best..nk jd anak murid leh..hehe.

♥ Juliana Violet ♥ said...

Hiro,
♥ Vee bukan V yea? Hihihi...
Ish, mane lah layak Vee nak jadi 'guru' sesiapa pun... (^^,)

Dearie Pearls said...

dah baca....

nice..
nice..
nice..
nice..

RekhaPearls Like This!

♥ Juliana Violet ♥ said...

Pearl,
♥ Macam FB pulak kan dear?
:)
Hihihi. Vee merapu aje nie, kebetulan tengah dengar lagu tu, idea datang... :)
Thanks dear... :)

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ said...

si gebu tak ada bakat menulis la yank...hehheheh menulis yg merepek2 ada ler...keekkeke

eqbalzack said...

wahh..busy2 vee ada masa karang cite ni ek...

abg eq suka tgk pic entry WBA...pro betul photografer tu ambik gambar...

besi said...

kalau kisah selain cinta boleh tak?
macam politik ke? boleh ke tak?

Aku. Amni. said...

:) nice one !

Tipah said...

omaigosh...

giler talented! Salute!

♥ Juliana Violet ♥ said...

Yanie,
♥ Kalau macam tue, nanti Yanie vote cerpen bloggers yang Yanie rasa patut menang. Boleh dear? (^^,)

Abang eQ,
♥ Hihihi... tiba2 idea datang abang eQ.
Kebanyakan photog yang datang hari tu semuanya talented... :) Vee pun suka. :)

Besi,
♥ Boleh sangat sangat! :)
Vee sure tak ramai yang akan tulis tentang politik... Boleh Besi. :)

Aku.Amni,
♥ Terima kasih daun keladi... :)

Tipah,
♥ Thank you so much dear... :)
Idea datang tiba2 je dear... :)

eiffel said...

wala wey...!! ^.^

cian kat linglung tuh..jadik linglung la dia jp g xP

kita pown nk cuba gk lar

sh. said...

Vee, kalau submit tahun depan before April 10, boleh je kan2?

Lagi satu, kalau tak post kat blog sendiri boleh ke? Hehe. Malu~

♥ Juliana Violet ♥ said...

eiffel,
hihihi... eiffel mengoratlah linglung... boleh?
Cubalah dear... :)

Shera,
Alaaa... kenapa taknak publish pulak? Vee pernah baca cerpen Shera. Shera talented... It's up to you sayang, tp macam mana nak dapat vote nanti?
:)

Nerzhul said...

nice cerpen.

♥ Juliana Violet ♥ said...

Nerzhul,
♥ Thank you... :)

Encik Tikus said...

sweet gila linglung ! keh keh

♥ Juliana Violet ♥ said...

Encik Tikus,
♥ Ini adalah rekaan semata-mata.
Hee hee... =p'