Friday, December 3, 2010

Vee kidal & 11 Kala Jengking

"Pak ketipak ketipung
Suara gendang bertalu-talu
Serentak hati bingung
Dalam hati siapa yang tau ~ "
Tajuk entry macam ganas aje kan? Sekali keluar lagu "Pak ketipak ketipung". Hihihi... Actually Vee saje je nak kecoh2 kat you all, Vee ni kidal dan lahir pada bulan November - Scorpio. Ai garang dan berbisa tau. Jangan main2... (sambil gerakkan jari telunjuk ke kiri, kanan ala2 wiper kereta)
Semalam Vee dapat message dari Cik Locust Deamore (bukan nama sebenar... lalalaaaa...) ... Cik Locust Deamore ni manis orangnya. Semanis gula-gula kapas. =D
Kalau Cik Locust Deamore baca ni mesti ter'siput-siput' malu ni. Hihihi...
Rasa macam touching bila dapat message dari Cik Locust Deamore ni. Siapa yang kidal dekat sini? Marilah kita baca bersama-sama keistimewaan orang kidal ni.



*******************************************
Hai Cik Vee,

Pagi ni I masuk page you. And tengok pic2 you dengan anak2 sedara you. Oooo.. Ghupenye Miss Vee ni kidal orangnyer... hehehe...
(Sori, kalau I silap & sori I terlebih observe) ... Wow... Patut pun ... Jadi I search ler kat web pasal orang kidal & kat sini I attachkan keistimewaan orang yang bertangan kiri ni... hehehee... check it out...

Mengikut kajian saintis, kidal terjadi kerana pengaruh otak, iaitu apabila otak kanan lebih dominan dan menyebabkan ia akan mengawal fungsi badan sebelah kiri sekaligus menjadikan orang terbabit kidal, dan begitu juga sebaliknya.
Dominasi otak kanan lebih kepada perkara dan minat seperti muzik, seni, fantasi, kreativiti dan GENIUS! (hehe ...)
Maka tidak hairan kebanyakan tokoh, artis, pelukis hebat dan tokoh korporat terdiri daripada orang kidal.

Sebagai bukti, ramai orang kidal berjaya dalam karier masing-masing seperti angkasawan pertama, Neil Armstrong, Bill Gates (ahli perniagaan), Henry Ford (pencipta kereta), Leonardo Da Vinci dan Michaelangelo (pelukis), Pierce Brosnan, Brad Pitt dan Angelina Jolie (pelakon) serta Mozart (pemuzik).


Hehehee... suke tak? GENIUS tu... Ok Vee... Take care k... And senyum selalu k... Jangan lupe.... Miss me... ;p (wink2)
***************************************************************************************************


Hmmm... Tang GENIUS tu, Vee tak rasa Vee genius tapi minat Vee memang cenderung ke arah muzik, seni, fantasi dan kreativiti. Almost 100% diri Vee memang cenderung ke arah semua tu. :) ... And FASHION definitely!

Sebelum ni, Cik Locust Deamore pernah sms Vee rahsia keperibadian Vee jugak. Touching lagi! Sebab bukan pendek sms tu. Panjang berjela... huhuhu... Vee memang appreciate sangat2. Thank sweetie ~

***************************************************************************************************


1) Vee termasuk dalam golongan ROMANTIK :
♥ Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
♥ Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
♥ Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
♥ Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
♥ Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
♥ Mereka suka seni musik.
♥ Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
♥ Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

2) Cik Locust Deamore : Ini pulak kiraan secara detail @ metafizik yang I calculate. No asas you adalah no.6. No asas ialah no diri you. Diri you yang sebenar. Check it out!

Ciri-ciri Peribadi Individu Dengan Nombor Kod Asas 6
♥ Pro : Nombor 6 dikatakan sebagai nombor untuk terus hidup atau wujud. Mempunyai perjuangan dalam kehidupan. Individu dengan nombor 6 merupakan seorang yang sangat bersopan, berbudi bahasa dan selalunya memiliki citarasa yang tinggi dalam kehidupannya. Individu dengan nombor kod asas 6 juga mudah hidup senang atau mewah dan pada masa yang sama juga merupakan seseorang yang mengawal harta benda dan kekayaan.

Individu dengan nombor 6 akan berjaya dalam karier dalam bidang pendidikan, bidang seni dan bidang keagamaan. Individu dengan nombor 6 akan mejadi popular dalam masyarakat. Individu dengan nombor 6 juga sangat mengambil berat dan menjaga kebajikan orang-orang bawahannya. Suka membantu orang lain. Selalu menjadi pendamai.

♥ Kontra : Individu dengan nombor 6 suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Seorang yang perfectionist dan mahukan kesempurnaan dalam melakukan sesuatu perkara. Patuh terhadap kata-kata orang atasan dan tidak mudah menerima cakap atau arahan daripada orang-orang lain yang bukan ketuanya. Melakukan sesuatu adakalanya disebabkan ada kepentingan dalam hasil kerja tersebut yang diperlukan untuk menyempurnakan sesuatu perkara yang lain.

Selebriti yang memiliki nombor kod asas 6 termasuklah Luis Felipe Scolari (pengurus pasukan bola sepak Chelsea), Rafa Benitez (pengurus pasukan bola sepak Liverpool), Warren Buffett (pakar kewangan dunia) dan Albert Einstein (genius dalam bidang Matematik dan Fizik).

***************************************************************************************************


Anyway, tipulah kalau Vee cakap semuanya tepat. Pendek kata, tak adalah Vee nak percaya 100% apa yang tertulis tentang personaliti Vee tu. Nanti tak pasal2 jatuh syirik pulak. =))

~> Locust Deamore, thank you so much tau! Stay sweet and cute... Mwaahhh!!!
" Pak ketipak ketipung
Suara gendang bertalu-talu
Serentak hati bingung
Dalam hati siapa yang tau

Kolam di dusun dek airnya penuh
Hujan lah rintik belum berlalu
Senjata racun dek tiada membunuh
Cinta yang murni dibawa mati

Pak ketipak ketipung
Suara gendang bertalu-talu
Serentak hati bingung
Dalam hati siapa yang tau

Janganlah suka dek makan ketimun
Ketimun itu banyak getahnya
Janganlah suka dek duduk melamun
Melamun itu banyak susahnya

Pak ketipak ketipung, pak ketipak ketipung
Pak ketipak ketipung, ketipak ketipung, ketipak ketipung

Pak ketipak ketipung
Suara gendang dari seberang
Serentak hati bingung
Kalau adik suka temberang "

With Love,

14 comments:

syidaz descorpio said...

pak ketipak ketipung, suara vee enak beralun,
bergoyang2 punggung..esok cik adik haruslah pulun...;)

oowhh...scorpio,,menyepit n menyengat, itu sudah semestinya... ;p sapelah locust deamore tu...dah mcm pak nujum i tgk..kim salam syg kat dia k...nak minta dia tgk tarikh lahir i gak... ;D..vee, go go gurl!

KtuLuDesiGn's said...

hak3.. ketipak cak pong cak pong!
hahahaha..

scorpio yang paling istimewa! ;)

hans said...

yups
memang ramai kata macam tu

P/S : Apa Yang Terangkat Bila Ada Kakak/Abang/Adik Angkat!

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

i wanna take a smart test like this too:) nk tahu angka berapa n bagaimana sifat.. hehe

IxoR@ said...

bole tak tak mau komen pasal entri?

hehehe...

nak komen pasal background blog Vee yg cantik... suka...

i like!

speckurosaklagi said...

hi....

mcm ne nk tau no diri spec???

♥ Juliana Violet ♥ said...

Syida,
♥ Wah wah! Bukan main die yea? Tukaq lirik naaa... hihihi
Sudah sampaikan salam dekat Locust Deamore... hihihi...

Ktulu,
♥ Patutlah... Ktulu Scorpio jugak rupanya ye... hihihi...

Hans,
♥ Kata yang mana satukah Hans? :)

Fifiey,
♥ This one pun my friend yang buat untuk I and sms/PM I dear... hihihi...

Cik Pora,
♥ Auuwww... thanks darl... Biasa2 aje Vee edit... :)

Spec,
♥ Vee tak sure sangat... Vee kena tanya kawan Vee dulu nanti... :)

-MsGoodNite- said...

Cik Vee kidal????
Ya, ampun... kite mmg jeles ngan org kidal tau. Jeles means cemburu, cemburu means sayang! ahaks! cemburu sbb org kidal ni byk keistimewaan terutama SGT KREATIF

Terima kasih.

♥ Juliana Violet ♥ said...

-MsGoodNite- ,
Maybe itu kelebihan Vee. :)
Tapi setiap orang ada kelebihan masing2 dear.
Vee mungkin dilahirkan kidal, tapi ada byk kekurangan Vee...
You pun mesti byk kelebihan kan?
:)

-MsGoodNite- said...

Cik Vee, tp sepanjang kite mengenali org2 yg kidal ni, boleh dikatakan olmos ol of them kreatif. Suka tgk diaorg... argh! jelesnya... hehehe

Kita takde kelebihan papepun. sederhana dlm serba serbi.

♥ Juliana Violet ♥ said...

-MsGoodNite-
♥ (^^,)
Kadang-kadang sederhana dalam serba serbi itulah yang paling baik. Betul tak?

-MsGoodNite- said...

Cik Vee - Hehehe..betul3x..
tapi kalo sederhana serba serbi ni selalu duduk blkg aje la.. hehe

♥ Juliana Violet ♥ said...

-MsGoodNite- ,
low profile dengan rasa rendah diri tu 2 perkara berbeza... :)

Yang lebih baik low profile... :)

-MsGoodNite- said...

Yes! tepat sekali... hehehe