Tuesday, May 4, 2010

Siapa yang tak perlukan baju...

Semalam waktu Vee tengah dapatkan mood nak tidur sambil baca buku "The Little Black Book of Style" & layan lagu2 oldies, Vee dapat sms dari adik bongsu Vee.


Jannatul Ain : Kak Ana, Ain kena wat karangan sal baju… tolong bagi ayat tuk intro n isi. Ain tada idea la.. Tlg..

(Then Vee terus call die.)

Vee ----> "Ain nak buat karangan macam mane?"
Ain ----> "Umum pasal baju. Kak Ana.. Tolooongggg…"
Vee ----> "Nak hantar esok?"
Ain ----> "Ha'ah. Hehehe"
Vee ----> "Tahu mengelabah. Hahaha!"
Ain ----> "Kak Ana janganlah gelak. Tolonglah Ain"
Vee ----> "Ok. Ok. Japgi Kak Ana sms"
Ain ----> "Ok. Thaaaank you"


(Then Vee terus letakkan buku Vee ke tepi and keluar ambil a few of magazine yang Vee beli macam GLAM, In Trend, Rapi. Puasa selak-selak still tak dapat intro and isi yang Vee dapat beri pada adik Vee. So finally Vee sms aje basic knowledge yang Vee tahu pasal baju or fesyen.)


Juliana a.k.a Vee : (SMS 1) Baju, gaya dan fesyen cukup sinonim dengan setiap individu tanpa mengira usia, fizikal dan taraf hidup

Juliana a.k.a Vee : (SMS 2) Baju sangat berkait rapat dengan fesyen dan gaya. Definisi gaya itu sendiri luas dan cukup subjektif. Begitu juga dengan fesyen. Baju yang asalnya merupakan keperluan asas manusia kini dipelbagaikan fesyennya mengikut gaya kebanyakan individu.

Juliana a.k.a Vee : (SMS 3) Contohnya, baju yang dipakai individu bekerja di dalam sesebuah organisasiadalah berlainan mengikut citarasa masing-masing. Ada yang memilih untuk memakai baju yang dapat menyerlahkan penampilan dirinya, ada yang memilih untuk memakai bau yang dapat menutup kekurangan dirinya seperti bentuk badan yang berisi atau terlalu kurus. Ada yang memilih untuk memakai baju yang sopan dan ada juga yang memilih untuk memakai pakaian yang dapat menarik perhatian orang ramai. Dari situlah wujudnya fesyen.


(Tanpa sedar, Vee tertidur lepas hantar sms yang ke-3 (seriously mengantuk sangat2). Vee terjaga lepas adik Vee sms Vee lebih kurang sejam lepas tue.)


Jannatul Ain : Kak Ana. Penutup camna ha?

(Vee dengan mamai-mamai, reply sms adik Vee.)

Juliana a.k.a Vee : Kesimpulannya, setiap individu memerlukan baju

(Apakah??? Bila Vee baca balik sms tu this morning, Vee tergelak sendiri. Agaknye kalau itu kesimpulan yang die tulis, ape cikgu die komen ye? Itu ayat tergantung actually. Vee nak tulis panjang lagi actually tapi sekali lagi tertidur. Bangun pagi tadi baru baca sms yang adik Vee reply.)

Jannatul Ain : Ok2 thx kerana memberi inspirasi mlm2 camni… Hehe.. Luv u.. Nite2.

Siapa yang tak perlukan baju???

With Love,

19 comments:

h a n i e said...

hahahaha...kan..kl ngantuk mmg suke reply yg bkn2..

besi said...

betul.. vee semua org memerlukan baju..
pandai kakak vee ni ya...

speckurosaklagi said...

wah....

leh ajar spec ttg fashion gak mcm nih...

Hell Torres said...

saya tidak memerlukan baju..kerana saya ada perut yang sexey....hahaha...vroomm vroomm...

sh. said...

Haha Vee kelakar gila xD

Mimie.Candy Cane said...

you're good sister vee..just like mine..hehehe

HonEyBuNNy said...

wahhh..banyaknya majalah sis...ne mst suka berfesyen kan..;-)saya perlukan baju...hahha...

♥ Vee Violet ♥ said...

hanie,
itulah pasal dear... :)

besi,
ding ding ding!!! 100 markah untuk besi.. =D

Spec,
boleh - tunggu vee jadi perunding imej satu hari nanti...

Hell Torres,
saya tahu perut anda sexey macam superbike anda :)

sh.,
kelakar aje yang... tapi tak gila... hihihi

mimie,
trying to be agood sis dear.. :)
always try...

honeybunny,
suka berfesyen tp yg simple aje.. :)
saya pun perlukan baju. hehehe

embun d tengah malam said...

semua org perlukan baju..i pun nk baju..muka vee dgn adik vee hampir sungguh

Hell Torres said...

ohmona!(wonder girls) glad that u think my bike is sexey...wanna ride wit me n go ronda ronda tepi pantai...

♥ Vee Violet ♥ said...

Embun,
hehehe... vee pun perlukan baju... :)
muka kitorang maybe sama sikit tp muke die lebih seiras dgn kakak yang sulung... :)

Hell Torres,
I've been waiting for it such a long time d... tp ... errr... gf tak marah ker?

Hell Torres said...

gupren? aiseh...pom pom pommm...

LotsOfLove-Pearls said...

Vee..
intro semangat..

ending..?
Kesimpulannya, setiap individu memerlukan baju.


tersengih jap..
huhu..

ayat mamai..

*happy day utk Vee..
Take care!

♥ Vee Violet ♥ said...

Hell Torres,
raya lambat lagi. :)

Pearl,
malang betul adik vee dpt kakak macam nie, belum bagi penutup dah tertidur. Hehehe...
Rindu Pearl. Happy sokmo ye? ♥

Silence Shooter said...

lol..
i thought tarzan tak perlukan baju..
warghahahahahahahahahahahaha~!!!

♥ Vee Violet ♥ said...

Jakall,
aha ha ha ha!!!
thats sooo funny...
zip your mouth or else i'll send my hamster to your house & bite you...

Silence Shooter said...

ahahahahahahaha~!!!
lai2..
hurry up send ur hamster..
i'll cook it and give it to michelle to eat..
wahahahahahahahahahahahaha~!!

sueanne said...

"Kesimpulannya, setiap individu memerlukan baju "

Errrkkk...
macam lu*** lak..
hahaha...

Take Care, Vee Dear..

::cdot the dot:: said...

tetiba ayat tuh mcm eh??napa tergantung??