Monday, February 28, 2011

MAS popularkan blog tempatan


KUALA LUMPUR - Penulis blog pengembaraan kini berpeluang mengetengahkan bakat mereka dengan memenangi satu muka di laman web Yahoo! Travel melalui pertandingan I MAS TRAVEL anjuran Malaysian Airlines (MAS).

Naib Presiden Eksekutif Komunikasi MAS, Raja Zamilia Raja Mansur berkata, pertandingan penulisan yang memaparkan pengalaman percutian para peserta yang berusia 18 tahun ke atas itu akan berlangsung sehingga 1 April ini.
"Para peserta perlu mendaftar untuk menjadi ahli MAStraveller sebelum menghantar entri blog yang berkaitan dengan pengalaman pelancongan mereka tahun lalu.

"Ia mungkin satu entri baru atau lama, di samping itu, para peserta perlu menyediakan satu video berkenaan diri mereka dan menceritakan sebab-sebab mereka berhak untuk menang," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambah beliau, peserta juga mesti mempromosikan entri mereka kepada rakan-rakan dan pembaca kerana jumlah undian 'suka' di laman Facebook bersama setiap penyertaan di MAStraveller yang diterima akan mempengaruhi markah keseluruhan mereka.

Seramai 15 orang peserta terbaik akan diumumkan pada 6 April ini bagi melayakkan diri mereka ke pertandingan akhir yang akan diadakan pada 13 April 2011.

Menurut Zamilia, setiap seorang daripada tiga pemenang bertuah juga akan memenangi percutian yang ditanggung sepenuhnya ke dua destinasi popular dunia seperti Paris dan Aucland; Cape Town dengan Seoul serta Perth dan Tokyo.

Tambahnya, kesemua pemenang itu juga akan menjalani latihan penulisan Yahoo! Di Singapura untuk mengasah bakat penulisan mereka.


Sumber dari : Kosmo!




Winter Sonata. Motifff??? ;) Marilah kita mencuba nasib. Untung-untung dapat honeymoon ke Korea. :D


P/S : I'm back!!! Miahaha!!! *gelak jahat* >:D

With Love,
♥ Juliana Violet ♥

26 comments:

hanie said...

alaaa..ai travel dengan airasia jek..sep bajetttt..hahhaha

hans said...

best juga tuh

hans said...

tapi write in english kan?
xpandai lah
I'm not good in English

♥ Juliana Violet ♥ said...

hanie,
♥ Hee hee. Travel jugak tu darling. :)
Tak mau ke cuba? Boleh ke Korea?
Bahasa Korea pun dah tau sikit2 kan? ;)

Hans,
♥ Macam best kan?
In what language, Im not too sure.
Vee akan inform kalau Vee dapat info lebih tentang contest ni okay? :)

said...

alamak...naik kapal terbang time gi kursus sabah sarawak jer...hehehehhe

♥ Juliana Violet ♥ said...

Yanie,
♥ Travel jugak tu kan? Kan? Kan?
;)

beautiful_rose said...

hohoho macam best nieh...tapi tak retilah nak menulis macam tuh.

eqbalzack said...

vee, best ni. tapi abg eq kalau gi oversea utk conference je...sambil tu boleh jalan2...hehe

Kay- said...

wowwww~!!! macam best ;p~

paris tuu.....~ ai teringin pegi paris n italy huhu~

♥ Juliana Violet ♥ said...

beautiful_rose,
♥ Awak kan pandai menulis. Cubalah. :)

Abang eQ,
♥ Alah, tapi abang eQ ada jalan2 jugak kan? Macam gi Aussie dulu. Cerita bab muffin, ice cream semua tue. :)

Catherine-,
♥ Joinlah dear. Kalau menang bawa Vee gi Korea or Paris. Hee hee

achik ezam said...

seumur hidup 32 taon ni,belom sekali pon naek flight

**sedeyy**

♥ Juliana Violet ♥ said...

Ezam,
♥ Alalalaaaa... sedey pulak die. Buruklah. Jap Vee panggil Siti lap airmata tue. ;p

-MsGoodNite- said...

Wah! mmg menarik! tgk hadiah perlancongan ke Perth pun dah teruja sgt.. tp tak cukup bersedia la. mungkin lain kali :(

HEROICzero said...

hehe serious nak join?

ikan bilis, ikan yu,
good luck you.

familiar?

-)

♥ Juliana Violet ♥ said...

-MsGoodNight-,
♥ Alaaa. apa salahnya join dear. :)

HEROICzero,
♥ Sangat familiar, Hee hee. :)

Malam malam makan ubi kayu,
I tak joinlah you... :)

sahromnasrudin said...

alamak..tak naik MAS la...mesti dah tak layak kan..awak sertai ke???

maaf lama tak kecini..saya tak online beberapa hari lalu..

Unknown said...

pengalam betul2 ke tipu2???

taun lps mne de bercuti T.T

Linglung said...

syok dpt travel free!

♥ Juliana Violet ♥ said...

sahromnasrudin,
♥ Try register dulu then tgk t & c dekat sana. Vee tak register sebab tak masuk. :)

No worries. Kita blogging kalau ada masa aje. :)

eiffel,
♥ Pengalaman betul2 lah sayang. Alalaaa... cian die. Buat entri travel dalam mimpi jom. :D

Linglung,
♥ Tau takpe. Joinlah beb. U banyak travel kan?

Asrul "iLham" Sany said...

naik flight masa balik kg je...

;D

EmanTheHalia said...

takde pengalaman melancong T_T

Frodo Baggins said...

wooohoooo good luck
mau kebintang kejora
roger2 ler superman


>>____<<

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

salam ziarah di pagi rabu

Unknown said...

info ni sgt menarik.. thanks for share.. :)

♥ Juliana Violet ♥ said...

Asrul "iLham" Sany,
♥ Lepas tu sampai kampung mamam banyak2 sampai gemuk.
Ye dak? ;p

EmanTheHalia,
♥ Takpe, travel this year and let's hope next year MAS anjurkan contest ni lagi. :)

Frodo Baggins,
♥ Hee hee. Vee tak join.
Superman? Ultraman lah, hensem sikit. Ahahah. ;D

sahromnasrudin,
♥ Wa'alaikumussalam.
Thanks for the visit. :)

Heidi Shafiq,
♥ No biggie. Sharing is sweet. ;)

NeenaAnuar said...

waaaa.. cam menarik jer... leh try nie.. tapiii... nak kene pi hantar kat singapore? errrrmmmmm...

hehehehe.. btw thanks for sharing yeah dear! ;)