Thursday, February 10, 2011

Mari deden sata! :D

Pagi ni happy sikit lepas dapat sms dari mak. Last week mak Vee ke Pahang (kampung halaman Vee).
Dan sebelum balik ke Penang (Vee membesar di Penang), mak sms Vee - cakap mak ada tinggalkan sata dan otak-otak dekat rumah kakak. Weeee!!! Favourite Vee tu sata dengan otak-otak. Tapi Vee lebih suka sata. Dah lama kempunan nak deden. Last Vee deden sata, ramadhan last year, itupun dekat satu tempat aje yang Vee jumpa sata - dekat bazar Ramadhan Cheras.

Tahu tak apa sata? :)
Sata, kalau tak silap Vee berasal dari Terengganu. Tapi Vee mula deden sata pun dari kampung halaman Vee, Pahang. Sata nyam nyam tau! (^^,) Sapa setuju angkat kening! :D
Dan siapa yang tak pernah deden sata julingkan mata anda (apa yang kau merepek ni JV?)

Okay, secara ringkasnya, sata ni adalah makanan yang tergolong dalam golongan makanan seperti otak-otak dan keropok lekor. Sebabnya, sata ni banyak terdapat di negeri pantai timur termasuk Pahang.

Sata adalah makanan isi ikan yang dipanggang yang dicampur dengan bawang, halia dan cili merah dipotong. Sedap tau! ;)

Sata selalunya berbentuk kon dan dicucuk pada batang lidi. Last Ramadhan, Vee beli sata dengan harga RM 2 satu cucuk. Hopefully Ramadhan tahun ni Vee dapat berbuka dengan sata lagi. ( Ramadhan tahun ni awal! End of July. Weeee!!! =D )

Tak sabar rasanya nak mamam sata tu. Nasib Vee agak baik sebab kebetulan Vee balik kerja awal hari ni, so dapatlah singgah ke rumah kakak untuk deden sata tu nanti.
Eh, lupa pulak nak share macam mana 'ghupe'nye sata tu. Haaa, bagi yang tak pernah deden atau tak pernah tahu apa itu sata, inilah sata yang telah membuatkan Vee menelan air liur beratus-ratus kali lepas dapat sms dari mak tadi. (^^,)




"I’m pretty, but I’m not beautiful. I sin but I’m not the devil. I’m good but I’m not an angel." ~Marilyn Monroe~


P/S : "Deden" itu maknanya 'makan'. :)

With Love,

6 comments:

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..'

deden tue sy ingat sebuah lauk rupanya makan hehehehehee

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ said...

sedap nye sata.....

(^^,)❤

hans said...

tahu sata tapi xpernah makan lagi

Update Terbaru Senarai Penaja Untuk 'Contest Situasi Hans : Gunakan Imaginasi Anda'

Asrul "iLham" Sany said...

not close with my mum. but we bond over food...;D

she's awesome

achik ezam said...

yezza....suka giler~

♥ Juliana Violet ♥ said...

sahromnasrudin,
♥ Wa'alaikumussalam.
Jadilah, marilah kita deden sata. ;)

Yanie,
♥ Suka jugak ye? Boleh gang macam nie. :)

Hans,
♥ Cubalah. Sedap tau. =D

Asrul "iLham" Sany,
♥ Ahahah... all of our moms are awesome! ;)

achik ezam,
♥ Fav jugakah? ;D