Saturday, August 4, 2012

Rainy day & Honey Lemon Tea

Dua gelas lemon tea dan honey lemon panas ditatap Sofea. Memerhati asap yang sedang berlawan bersebaran di ruang udara tak jauh dari bibir cawan. Qhabeer yang turut sama diam dari tadi akhirnya bersuara mengelak dari suasana menjadi kekok. “Air Qhabeer honey lemon. Air Sofea lemon tea. Sekarang Qhabeer ambil sudu dalam honey lemon ni, masukkan dalam lemon tea Sofea, cuba teka jadi apa?” soal Qhabeer sambil senyum. Senyuman yang bias membuatkan hati si gadis tak tidur malam. Senyuman nakal semanis madu. Dan senyuman yang seiring dengan mata yang hampir sempurna. Mata yang bersinar itu bagaikan turut tersenyum tatkala bibir menguntum senyum. “Entah? Jadi apa?” Sofea menyoal kembali. “Jadilah honey lemon tea!” Qhabeer sengih. Matanya kelihatan makin bersinar. Sofea tergelak kecil. “Gurau aje.” “Tau. Dari dulu sama aje. Tak pernah berubah.” “Tapi Sofea dah banyak berubah. Pipi tu, dah macam teddy bear dah!” serentak Qhabeer mencubit geram pipi Sofea. Sofea yang tersentak dengan tindakan tiba-tiba Qhabeer membulatkan matanya. Beberapa saat kemudian pipinya terasa kebas. Kuat benar cubitan Qhabeer. Lebih 2 tahun mereka tidak berjumpa dan banyak perkara tentang diri masing-masing antara mereka yang tak pernah berubah. Cuma satu perkara yang tak pernah berubah. Satu perasaan ikhlas dan suci dalam ruang yang sangat istimewa dalam hati Sofea. “Tapi takpe, comel je.” Sambung Qhabeer. Pipi Sofea yang tadinya kebas mula terasa panas. Sungguh dia merasa gemuruh jika Qhabeer yang memujinya. Jika lelaki lain yang memujinya, dia sekadar tergelak kecil dan menganggapnya sebagai gurauan. “Eh! Hujan! Jom! Duduk sini dari tadi pun, Sofea bukan cakap banyak sangat. Senyum je dari tadi tengok Qhabeer.” Sofea tersentak. Dan termalu sendiri kerana Qhabeer rupa-rupanya perasan dia asyik leka menatap wajahnya. “Jom!” Qhabeer yang sudah berdiri tadinya menarik tangan Sofea masuk ke dalam kaunter café untuk membayar minuman yang tak habis diminum mereka. Habis membayarnya, mereka berjalan seiringan menuju ke kereta merah kesayangan Qhabeer. Namun setengah perjalanan, kedua mereka terhenti. Hujan semakin rancak memuntahkan air ke bumi. Sofea bagaikan tidak puas memerhati Qhabeer, berterusan memerhati Qhabeer. Kali terakhir mereka bertemu, kedua mereka sama-sama kurus. Dan kini, Qhabeer yang punya badan tinggi lampai, punya susuk badan yang menarik dan sasa. Manakala Sofea yang dulunya agak kurus, berat badannya turut bertambah. Sofea berkira-kira mahu memulakan perbualan dengan Qhabeer yang sedang mengelamun jauh memerhati hujan yang turun. “Qhabeer…” perlahan Sofea menyebut nama jejaka yang sedang berbaju putih tika itu. “Ye?” serentak Qhabeer menoleh ke arahnya. Sambil tersenyum. Senyuman yang sering membuatkan Sofea rindu padanya. “Qhabeer percaya tak kalau Sofea cakap yang sebelum ni, Sofea sukakan Qhabeer?” tergagap-gagap Sofea memberanikan diri menyatakan sesuatu yang sudah lama dipendamnya selama ini. Qhabeer senyum. “Suka? Mungkin percaya. Tapi perasaan suka tu, perasaan sementara aje. Takkan kekal.” Qhabeer bertutur lembut sambil meletakkan kedua tangannya di sisi kepala Sofea dan melurutkannya ke pipi Sofea sebelum lama memegang kedua pipi Sofea. Lama dia menatap anak mata Sofea sebelum mencubit laju dagu Sofea. “Redah hujan jom! Kita sambung minum lemon tea dalam panggung wayang. Kali ada ice tapi takde honey.” Qhabeer menarik tangan Sofea sambil berjalan dalam hujan menuju ke keretanya. Sofea hanya menurut langkah Qhabeer. Sedar hujan agak lebat, Qhabeer mengangkat lagi satu tangannya lalu diletakkan di atas kepala Sofea. Sebelum dia bernyanyi kecil lagu yang sering didendangkan kepada Sofea dengan gitar kesayangannya 2 tahun lepas. Sofea gelak kecil. Walaupun ianya tetap tak mampu menghalang Sofea dari terkena hujan, Sofea gembira. Smiley eyes, perfect smile, romantic rhapsody, rainy day… Me and you… I miss you!

Wednesday, August 1, 2012

Juzuk Terakhir : Cerpen

Mata Zulkarnain tajam memerhati 3 susuk tubuh yang meliuk lentuk bergerak mengikut irama lagu yang agak kuat di sekelilingnya. Matanya tertancap lama pada tubuh yang paling seksi dan menggiurkan. Beberapa minit kemudian, matanya beralih pada tubuh lain yang sedang asyik menggoyangkan hampir keseluruhan badannya. Punya buah dada yang besar, namun perutnya jelas bergoyang-goyang saat gadis itu menari. Zulkarnain tergelak sendiri. Sudah lali menjamu matanya dengan aksi-aksi sedemikian semenjak 9 tahun lalu. Sudah bosan kakinya melangkah masuh ke kelab malam sebenarnya, namun malam ini dia cuma menerima ajakan Zahid yang kekasih hatinya, seorang gadis genit berbangsa Cina punya agenda sendirimalam itu. Zahid yang dari tadi turut sama memerhati gadis-gadis yang sama tiba-tiba mencuit bahu Zulkarnain. Zulkarnain yang tangannya hampir mahu mencapai minuman keras di hadapannya tersentak seraya mengalihkan pandangannya kepada Zahid. Zahid menunjukkan isyarat tangan mahu merokok. Zulkarnain mengangguk lembut. Tangannya laju mencapai Martini, diteguk 3 kali sebelum dia bingkas bangun mengekor langkah Zahid. “Apasal bro? Tak pernah lu berasap dekat luar. Selalu dalam aje?” soal Zulkarnain ingin tahu tatkala kedua mereka berdiri di luar kelab. Jauh dari bunyi bising yang kadang-kala membingitkan telinga. “Entahlah bro. Tiba-tiba gua rasa semak pulak duduk dekat dalam tadi.” Zahid mengeluh sambil tangan kanannya mengeluarkan sekotak rokok Dunhill berwarna merah. Zulkarnain hanya memerhatikan kelakuan Zahid. Sebatang rokok dihulurkan kepada Zulkarnain. Zulkarnain menolak pelawaan Zahid. Rokok bertukar tempat. Kini berada di hujung bibir Zahid sebelum beberapa saat selepas itu puntungnya dibakar dengan api. Zahid menghisap lama rokok tersebut sebelum menghembus keluar asapnya. Wajahnya kelihatan kusut dan suram. Tak seperti kebiasaannya. “Lu ada masalah ke bro? Gua jarang tengok lu gelisah macam ni?” soal Zulkarnain ingin tahu. Zahid diam. Bagai tak mendengar soalan Zulkarnain. Bibirnya kembali menghisap puntung rokok yang dikepit jari tangan kanannya. Zulkarnain yang malas mendesak, membiarkan Zahid melayan perasaan sendiri seketika. “Kau apa plan esok?” soal Zahid tiba-tiba. Soalan dari Zulkarnain mati begitu sahaja. “Esok –“ Zulkarnain menjawab sepatah sambil fikirannya berputar cuba mengingat apa rancangannya pada keesokan harinya. “Ya Allah! Selamat kau tanya aku. Esok aku ikut Umi dengan Bahrin balik kampung dorang. 5 hari bro. Abang Umi kahwin. Selamat lu tanya gua. Gua seriously lupa. Baju semua tak packing lagi!”Zulkarnain tepuk dahi. Zahid senyum kecil. “Apa perkataan kau sebut mula-mula tadi?” soal Zahid. “Huh?” “Lepas aku tanya apa plan kau esok. Apa perkataan kau sebut lepas tu?” soal Zahid lagi. Zulkarnain kerut dahi. Serius dia makin pelik dengan kelakuan Zahid. “Esok?” sepatah Zulkarnain bersuara. “Tak. Perkataan lepas tu.” Otak Zulkarnain mula ligat berfikir. “Ya-Allah?” Zahid angguk lembut. Zulkarnain makin berasa hairan. “Kat dalam tadi, tiba-tiba rasa semak aje otak aku. Entah kenapa. Masa aku teguk air tadi, aku jadi tak lalu. Aku tiba-tiba terfikir Ramadhan datang tak lama lagi. Aku tiba-tiba teringat yang aku dah lama tak jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang muslim dengan baik. Aku macam dah lupa yang Allah yang bagi aku nyawa untuk hidup kat dunia ni. Tapi aku macam tak pernah berterima kasih dekat Dia. Enjoy je selama ni. Langsung tak sentuh tikar sejadah, langsung taknak mengaji.” Zahid berhujah panjang. Zulkarnain telan liur. Terkedu. Zahid yang dikenalinya semenjak 4 tahun lalu mana pernah menyebut perkataan Allah, mana pernah menyebut perkataan muslim, mana pernah menebut perkataan sejadah, jauh sekali mahu mengaji. Entah masih tahu bagaimana niat berpuasa ataupun tidak. Kerana setahunya, Zahid mana pernah mahu puasa. Siang-siang bulan Ramadhan Zahid makan bagaikan dia bukan penganut agama Islam. Bahkan dia tinggal bersekedudukan dengan kekasihnya, Charlotte semenjak 3 tahun lalu tanpa sebarang ikatan halal. “Apa aku nak buat ni?” soal Zahid sambil memandang dalam anak mata Zulkarnain. Zulkarnain makin berasa hairan. Dia menelan air liurnya. Terasa lebih keras dari air yang diteguknya tadi. ~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~ “Kau dekat rumah Umi sekarang? Cantiklah. Kalau macam tu aku gerak ke rumah Umi je terus. Dalam 20 minit macam tu aku sampailah.” “Okay. Anything kau call je lah okay? Aku tolong Umi angkat keluar barang kejap.” “Macam nak pindah rumah je bunyinya.” Zulkarnain mengusik. Kemudiannya tergelak kecil. “Memang macam nak pindah pun. Banyak betul barang yang nak dibawa baliknya ni! Eh! Aduh!” Zulkarnain gelak lagi. Terbayang Bahrin dicubit Umi tatkala itu. Umi memang gemar mencubit Bahrin jika kekasihnya kerap mengusiknya. “Okay Bahrin, jumpa korang kejap lagi. Aku drive dulu. Bye” Zulkarnain memandu sambil senyum kecil. Entah mengapa hatinya agak girang mahu ke kampung Umi. Sejak kematiannya kedua orang tuanya, Zulkarnain yang merupakan seorang anak tunggal terus tidak pulang ke kampung asalnya. Rasa girangnya tadi bertukar menjadi gusar tatkala teringatkan kata-kata Zahid, “Kat dalam tadi, tiba-tiba rasa semak aje otak aku. Entah kenapa. Masa aku teguk air tadi, aku jadi tak lalu. Aku tiba-tiba terfikir Ramadhan datang tak lama lagi. Aku tiba-tiba teringat yang aku dah lama tak jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang muslim dengan baik. Aku macam dah lupa yang Allah yang bagi aku nyawa untuk hidup kat dunia ni. Tapi aku macam tak pernah berterima kasih dekat Dia. Enjoy je selama ni. Langsung tak sentuh tikar sejadah, langsung taknak mengaji.”
Tanpa sedar, Zulkarnain teguk liur lagi untuk kesekian kali. ~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~ “Nak pengsan dah rasanya aku ni.” Bahrin mengomel perlahan. Zulkarnain tertawa kecil. “Kau jangan nak mengomel sangat. Nanti majlis kahwin kau dengan Umi, abang dia pulak tolong kau.” Ujar Zulkarnain sambil tangannya menepuk-nepuk bahu Bahrin. “Hahaha! Taulah. Tapi ni dah lega sikit. Takde ape sangat dah nak dibuatnya. Selamat ibu Umi setuju nak bayar katering aje. Mula-mula berkeras panggil sedara mara masak, basuh pinggan ape semua. Nak rasa suasana kenduri dulu-dulu katanya.” “Serious?” soal Zulkarnain. Bahrin angguk lembut. “Masak kalau tak upah katering ni. Banyak gile aku tengok tetamu yang datang ni.” “Haaaa. Tau takpe. Sebab ibu Umi tu mengajar budak-budak mengaji dekat sekolah agama dekat masjid kampung kitorang ni. Jadi ramailah yang kenal dia. Kejap lagi ada tadarus Al-Quran. Pengantin lelaki dengan anak-anak murid ibu Umi mengaji kejap lagi.” Zulkarnain membulatkan matanya. Lama tak mendengar orang mengaji Al-Quran. Dan dia sendiri, entahkan ingat entahkan tidak membaca setiap baris yang terkandung di dalam kitab Al-Quran tersebut. “Eh! Baru cakap! Dah mula lah!” Bahrin menepuk bahu Zulkarnain sebelum memautnya sehingga mendorong Zulkarnain mengikut langkahnya ke arah ruang depan rumah Umi yang agak besar ruangnya. Perlahan Zulkarnain duduk bersila di tepi pintu memerhati satu persatu wajah yang kusyuk tunduk menatap kitab Al-Quran masing-masing sambil merakam momen itu di dalam memori kamera DSLR kesayangannya. Hatinya berasa gugup mendengar alunan bacaan Al-Quran dari salah seorang dari mereka. Terasa gugup namun semakin lama semakin tenang tatkala dia mengamati bacaan tersebut. Pandangannya terhenti pada satu wajah yang sedang tunduk menatap kitab Al-Quran. Satu wajah yang sangat sederhana namun membuatkan berasa amat senang memerhati wajah tersebut. Wajah lembut dan manis tanpa calitan ‘make up’ tebal. Sehelai anak rambut yang langsung tak kelihatan ditutupi tudung berwarna merah jambu lembut. Bibir yang comel – Zulkarnain laju menghalakan lensa DSLRnya ke wajah itu dan beberapa saat kemudian, wajah itu kini berada dalam memori DSLRnya. Zulkarnain meletakkan DSLRnya perlahan tatkala bibir comel tersebut terbuka mengalunkan bacaan Al-Quran. Alunan yang merdu keluar dari bibir comel itu. Hatinya bergetar lembut mendengar alunan tersebut. Tenang dan Zulkarnain hampir menitiskan air mata. “Ya Allah. Aku dah jauh terpesong dari agama ku Ya-Allah.” Bisik hati kecil Zulkarnain. ~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~ “Sinilah tempat aku dengan Umi membesar, habiskan masa-masa kecil kitoran. Cari siput, cari kepah. Kejar ikan belacak!” serentak Bahrin tertawa besar. Zulkarnain mengerut kening. “Ikan belacak?” “Haah. Ikan belacak. Kau tak tau ikan belacak?” “Tak tau.” “Alaaa… ikan – “ kata-kata Bahrin terhenti. Dia tiba-tiba bangun laju dan melambai-lambai ke arah gadis yang sedang berjalan sepanjang persisiran pantai tersebut. Salah seorang dari mereka amat dikenalinya, Umi. Namun lagi seorang gadis, dengan berbaju kurung putih bunga-bunga kecil berwarna merah jambu dan violet, ayu berambut hitam pekat dan ikal mayang panjang melepasi bahu – wajah lembut itu bagai pernah dilihatnya sebelum ini. Zulkarnain mengangkat DSLRnya dan menghalakan lensanya tepat ke wajah gadis tersebut sebelum mengabadikan wajah itu dalam memori DSLRnya. Sah! Ini pemilik bibir comel bersuara merdu yang mengalunkan bacaan Al-Quran semalam. Tak mahu diusik Umi dan Bahrin nanti, Zulkarnain mengambil beberapa keping gambar kandid Umi diselangi gambar pemilik bibir comel itu. “Curi-curi ambil gambar kitorang eh? Ke gambar Balqis aje?” usik Umi yang saat itu sudah duduk bertinggung depan Zulkarnain. Balqis senyum manis. “Eh kau ni. Ke situ pulak.” “Ye lah. Manalah tau.” Usikan Umi makin menjadi-jadi. “Ayen pun rasa gitu jugaklah Umi. Semalam kan, bukan main asyik lagi dia tengok Balqis mengaji.” Bahrin yang membahasakan dirinya sebagai ‘Ayen’ jika berbual dengan Umi turut sama mengambil peluang mengusik Zulkarnain. Zulkarnain mula berasa tak senang duduk diusik begitu. “Ish korang ni. Ke situ pulak. Ha! Aku nak tanya kau ni Umi. Ikan belacak tu ape?” Zulkarnain cuba mengubah topik. “Hahahah! Haa, anyway Balqis – ini kawan office kitorang dari KL, Zulkarnain namanya. Zulkarnain, ini kawan baik kitorang dari kecik, Balqis namanya.” Balqis senyum manis. Senyuman bertukar bagaikan pertukaran sistem barter. Zulkarnain menghulur tangannya namun sesaat kemudian hatinya gusar samada Balqis mahu menerima huluran tangannya ataupun tidak. Gusar jika Balqis tiba-tiba berkata, ‘maaf, saya tak berjabat tangan dengan lelaki bukan muhrim’. Beberapa saat kemudian, Zulkarnain melepas nafas lega tatkala Balqis menyambut huluran tangannya. Umi dan Bahrin memerhati sambil senyum. “Tiba-tiba rasa macam kita ni tak wujud dah kan Ayen?” Umi mula mengusik. “Ish korang ni! Haa! Apa ikan belacak tu?” “Tak habis-habis dengan ikan belacak kau ni. Qis, kau bagitau dia ikan belacak tu macam mana.” Umi sengaja membuka peluang untuk Balqis dan Zulkarnain berbual. “Ikan belacak tu, ikan yang ada tangan dan comel macam awak.” Serentak Umi dan Bahrin tertawa besar. Zulkarnain terdiam seribu bahasa. Tak tahu sama ada patut turut sama tertawa, menyorok di belakang pokok ataupun mengembangkan hidungnya dengan perasaan bangga. Tak tahu samada ada dia sedang dipermainkan atau Balqis benar-benar maksudkan yang dia ‘comel’. Yang pasti Balqis seorang gadis yang sangat comel. Secomel ikan belacak mungkin? Namun dia sendiri tidak pasti sejauh mana ke’comel’an ikan belacak itu.
~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~ “Gile lama tak main congkak ni weh!” Zulkarnain tergelak besar sambil memasukkan biji-biji guli ke dalam lubang congkak. “Tu lah! Ni lah mainan kitorang masa kecik-kecik dulu.” Ujar Umi. Senyum Zulkarnain terhenti seketika. Terfikirkan zaman kecilnya dahulu. Hatinya terkenangkan kedua arwah ibu bapanya. Dari kecil sehinggalah Zulkarnain selesai sekolah menengah, tak pernah dia berenggang dengan kedua ibu bapanya. Sehinggalah terjadinya satu kemalangan yang meragut nyawa kedua ibu bapanya beberapa bulan selepas Zulkarnain melanjutkan pelajarannya di UiTM Shah Alam. Hidupnya berubah sekelip mata. Zulkarnain bergelut belajar dan bekerja pada waktu yang menampung kehidupannya sendiri. Bagaikan merajuk dengan takdir, Zulkarnain langsung tidak menziarahi kubur kedua arwah ibu bapanya. Bagaikan menyalahkan takdir, Zulkarnain mula mengabaikan solat lima waktu. Mula mengabaikan panduan lengkap hidup manusia, kitab Al-Quran. “Kalau macam ni sampai esok pun tak main ni Zul.” Suara Bahrin memecah masuk ke dalam fikiran Zulkarnain. Semua memori lepasnya tatkala itu bertempiaran lari. “Eh, sorry sorry. Aku tiba-tiba teringat ada kerja kat office tu pending. Aku lupa nak settle.” Zulkarnain gugup. Spontan dia member alasan teringatkan kerja pejabat. “Rileklah bro. Kita ada masa lagi 3 hari dekat sini kan. Balik KL nanti baru fikir semua tu.” “Jom sambung. Habis main congkak ni, kite lepak pantai lagi – makan mempelam muda cicah kicap, lepas maghrib, kite gi mengaji ramai-ramai. Set?” Bahrin merancang penuh girang. Memang sengaja dia, Umi dan Balqis merancang mahu mengulang aktiviti yang sering dilakukannya sewaktu kecl dahulu. Zulkarnain kembali gugup. “Aku nak ke tandas kejap.” Serentak Umi, Bahrin dan Balqis memandang ke arah Zulkarnain yang laju bingkas bangun berdiri dan beredar dari situ. Umi dan Bahrin berpandangan sesama sendiri manakala Balqis mengekori langkah Zulkarnain sehingga susuk tubuh itu hilang dari pandangan matanya. ~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~ “Pedas gile! Nak meleleh dah air liur aku ni rasanya. Tapi sedap!” Bahrin bersuara girang sambil mengunyah mempelam muda yang dicicah kicap yang dicampur gula dan cili padi. Keempat-empat mereka sama-sama tertawa. “Eh! Tu bukan Salmiah ke?” Umi menunding jari ke arah satu tubuh yang sedang sarat mengandung. “Haah. Salmiah balik ke kampung suami dia minggu lepas. Baru balik ke sini gamaknya tu.” Balqis yang dari tadi asyik mengunyah mempelam bersuara. “Ayen. Jom jumpa die kejap. Lama tak bertanya khabar ni.” “Jom! Jom!” kedua mereka bingkas bangun dan berjalan laju menuju ke arah Salmiah. Kini tinggal Zulkarnain dan Balqis duduk berdua di tepi pantai makan mempelam bercicahkan kicap. Suasana sunyi sepi seketika sebelum Zulkarnain bersuara. Hanya kedengaran bunyi suara burung atas pokok kelapa tak jauh dari mereka sedang berdecip-decip. Sedang bergosip gamaknya. “Tak pernah ke Kuala Lumpur?” soal Zulkarnain. “Apa pulak tak pernahnya. Lepas habis dapat ijazah dulu, pergi ke KL sekejap. Buat praktikal dekat sana.” Jawab Balqis sambil senyum manis. Zulkarnain turut senyum. Terasa kekok pertama kali duduk berdua dengan Balqis. “Habis tu, kenapa tak kerja sana aje?” “Susahlah. Semua kakak dah kahwin. Lepas kahwin semua pindah ikut suami. Tinggal mak dan ayah je dekat sini. Macam susah hati aje kalau nak tinggalkan mak ayah dekat sini. Dahlah tak sihat sangat dah mak ayah tu.” Zulkarnain angguk lembut. Masing-masing diam lagi. “Anyway…” Balqis bersuara sambil matanya memandang tepat ke anak mata Zulkarnain. “Ye?” “Errr… takpe takpe. Saya dah lupa nak tanya apa.” Zulkarnain mengerut keningnya. “Nak lagi?” Balqis menghulur mempelam muda pada Zulkarnain. Zulkarnain senyum. Mempelam muda bertukar tangan. “Suara awak merdu masa mengaji Al-Quran.” Zulkarnain tiba-tiba memuji. Balqis tunduk senyum. “Sesiapa pun yang mengaji ni, dengan niat yang ikhlas, dengan bacaan yang betul akan dengar merdu.” Balqis berendah diri. Zulkarnain terdiam seketika. “Banyak yang tak tahu tentang kelebihan Al-Quran. Al-Quran ni, kitab lengkap yang membimbing kita semua ke jalan Allah. Sejak diturunkan 1,400 tahun lepas, kandungan kitan Al-Quran sentiasa relevan dengan kehidupan kita sekarang. Baik dari segi fahaman dan pentadbiran politik.” Zulkarnain kerut dahi. Balqis senyum manis. “Al-Quran ni sebenarnya panduan lengkap hidup kita. Kalau awak tak tahu, ramai golongan yang pada asalnya mengkaji Al-Quran untuk mencari kelemahan Al-Quran untuk menjatuhkan agama kita, end up convert ke agama kita tau. Zaman Rasulullah dulu, bukan satu perkara yang pelik kalau adayang menangis dan memeluk Islam hanya dengan mendengar sepotong ayat Al-Quran.” Zulkarnain mendengar penuh minat. “Lagi satu, kalau awak tak tahu, pernah one time dulu, masyarakat Melayu Muslim Malaysia menjunjung Al-Quran dengan nilai yang sangat tinggi sampaikan kefasihan hafazan 30 juzuk kitab tu, layak dijadikan hadiah mas kahwin daripada pihak lelaki kepada bakal isteri. Sampaikan ada juga orang tua yang ada anak perempuan masuk meminang lelaki yang fasih menghafaz 30 juzuk kitab Al-Quran tau. “ ujar Balqis panjang lebar. “Kalau macam tu, minta parents awak masuk meminang sayalah.” Selamba Zulkarnain mengusik Balqis. Balqis yang tadinya beriya-beriya berceloteh tertunduk malu. Wajahnya berubah merah padam, “Gurau je lah.” Zulkarnain kembali bersuara. Tak mahu Balqis berasa kekok dengannya. “Saya tahulah.” Balqis yang tadinya agak segan turut sama mengelak suasana manjadi kekok. “Tapi kalau betul pun apa salahnya.” Zulkarnain kembali mengusik sambil tertawa. “Apa salahnya kalau awak boleh fasih menghafaz 30 juzuk Al-Quran.” Kini giliran Balqis mengusik. Zulkarnain hampir terbatuk. Balqis tertawa kecil. “Amboi! Baru tinggal sekejap aje dah mesra bukan main.” Tiba-tiba Bahrin bersuara dari belakang Zulkarnain. Zulkarnain melepas nafas lega tatkala sedar Bahrin dan Umi kini berada di situ. Tak perlu berbicara tentang dia menghafaz Al-Quran lagi. Malu mahu mengaku sudah 9 tahun dia langsung tidak menyentuh Al-Quran. “Mesra apanya. Zulkarnain ni, tak sabar nak mengaji malam ni katanya.” Selamba Balqis menyakat. Saat itu Zulkarnain terasa mahu terjun ke dalam laut! ~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~ “Aku rasa bersyukur sangat sebab ikut korang balik kampung. Aku baru sedar yang aku dah lama terpesong jauh.” Zulkarnain merenung jauh ke arah pantai. Angin bertiup lembut menyapu wajah manisnya yang sedikit berjambang dan berkulit kuning langsat. Pancaran matahari menampakkan matanya yang coklat gelap menjadi seakan-akan coklat cerah. Keningnya yang tebal dan tersusun rapi berkerut menahan panas sinaran matahari. Bahrin yang turut sama memandang jauh ke arah pandai senyum. “Alhamdulillah. Itu tandanya Allah sayangkan engkau. Dia tunjukkan jalan yang betul pada kau agar kau tak tersesat. Kau bertuah. Walaupun kau lalai dan lupa pada-Nya, Dia masih berikan kau kehidupan yang sempurna. Wajah, susuk badan dan kesihatan yang hampir sempurna. Kerja yang baik, rezeki tak pernah putus…” “Tapi aku tak pernah bersyukur.” Zulkarnain memotong kata-kata Bahrin. Tergelak kecil namun pada waktu yang wajahnya ditundukkan. Jarinya menguis-nguis pasir pantai. Dia sendiri tak tahu apa motifnya menguis-nguis pasir tersebut. “Dua tiga hari ni aku rindukan arwah mak dan ayah aku.” Air mata mula bergenang di kaca mata Zulkarnain. Sungguh dia tak malu jika menjatuhkan air matanya lelakinya di hadapan Bahrin tatkala itu. “Kalau rindu, sedekahkan surah Yassin pada kedua-dua arwah. Aku ingat lagi, pernah satu masa dulu aku tanya mak aku, kenapa mak aku selalu baca Yassin setiap malam Jumaat. Mak aku cakap dia sedekahkan pada arwah nenek aku. Aku tanya kenapa nak sedekahkan Yassin. Mak aku cakap sebab dia nak arwah nenek aku tenang di alam barzakh.” Suasana sepi seketika. “Dah berapa lama kau tak sedekahkan Al-Fatihah atau surah Yassin pada arwah orang tua kau?” Soalan Bahrin membuatkan Zulkarnain makin sebak. Saat itu airmata akhirnya jatuh laju sambil diperhatikan Balqis dari jauh. ~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~ “Perlahan-lahanlah ye. Cuba mengaji setiap kali selepas solat Mahgrib ke, Isyak ke. Kalau siang tu, tak sempat pulak sebab kerja kan?” lembut suara Balqis berpesan kepada Zulkarnain. Bikin hati Zulkarnain cair. “Baiklah cik Balqis.” Usik Zulkarnain membuatkan Balqis tergelak kecil. Serentak Blaqis mengangkat tangan kanannya mahu mencubit Zulkarnain. “Eh! Eh! Haaaa… Kau tengok ni Umi. Kan Balqis dah berjangkit dengan kau. Dah pandai cubit mencubit ni!” Zulkarnain yang saat itu mengangkat kedua-dua tangannya cuba menghalang Balqis dari mencubitnya menjerit ke arah Umi yang berdiri jauh dari mereka. Bahrin dan Umi tergelak kecil. Zulkarnain kemudiannya mengerling ke arah Balqis senyum nakal. Balqis jeling manja. “Kesederhanaan dalam kesempurnaan.” Balqis mengerutkan keningnya. Tak faham bait ayat yang dimaksudkan Zulkarnain. “Kesederhanaan dalam kesempurnaan?” Zulkarnain angguk. “Maksudnya?” soal Balqis ingin tahu. Zulkarnain yang saat itu mahu bersuara, terhenti apabila telefon bimbitnya berbunyi tanda pesanan ringkas masuk. Laju tangannya diseluk ke poket seluar kanannya. Beberapa saat selepas matanya membaca pesanan ringkas yang diterimanya, wajahnya bertukar pucat tak berdarah. Balqis yang memerhatikan Zulkarnain dari tadi mengerutkan keningnya. “Kenapa awak?” Bahrin dan Umi yang dari tadi turut sama memerhatikan Zulkarnain turut member reaksi yang sama seperti Balqis. “Astaghfirullah hal’azim.” Zulkarnain beristighfar panjang. “Kenapa Zul?” Bahrin mengajukan soalan yang sama apabila soalan Balqis tidak dijawapnya. “Zahid – “ sepatah sahaja perkataan yang terkeluar dari bibirnya. “Zahid? Kawan kau yang selalu lepak dengan kau tiap-tiap malam minggu tu?” soal Bahrin. Mahu mendapatkan kepastian. Zulkarnain angguk perlahan sambil tangan kirinya memegang belakang kepalanya sendiri. Lama termenung jauh sebelum dia meraup wajahnya menggunakan tangan yang sama. “Astaghfirullah hal’azim…” sekali lagi Zulkarnain beristighfar panjang. Umi, Bahrin dan Balqis berpandangan sesama sendiri kali ini. “Zahid. Accident. Terpelanting keluar dari kereta. Lepas tu kena gilis dengan lori. 90% anggota badan hancur. Otak terkeluar. Innalillah hiwainna ilaihirajiun…” Bahrin dan Umi terkedu sebelum sama beristighfar. “Innalillah hiwainna ilaihirajiun…” Balqis bersuara perlahan. ~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~ Hari kedua sesampainya Zulkarnain di Kuala Lumpur, dia menghabiskan masa melihat kesemua gambar-gambar mereka di kampung tersebut dan berfikir. Jiwanya terasa kosong. Banyak perkara yang bergasak masuk dan bermain dalam fikirannya terutama sekali Zahid. Sungguh dia tak pernah menyangka yang Zahid akan menemui ajal sebegitu rupa. Menurut Charlotte, kekasih Zahid – Zahid dilanggar tatkala sedang memandu dalam keadaan mabuk. Dia teringat akan perbualannya dengan Charlotte sesampainya di Kuala Lumpur. “He drunk that night Zul.” “But I thought he wants to stop – “ kata-kata Zulkarnain terhenti di situ. “You mean?” soal Charlotte ingin tahu. “He acted differently night before I went to my friend’s hometown. So –“ kata-kata Zulkarnain terhenti lagi. Serba salah mahu berbual tentang Islam, Ramadhan, Muslim dengan Charlotte. Apa sajalah gadis Cina itu faham tentang Islam. Zahid langsung tak pernah mempraktikkan agama Islam, masakan Charlotte tahu tentang agama Islam. Malahan arwah Zahid dan Charlott tinggal sebumbung semenjak 3 tahun lalu lagi. “Yeah right! He acted differently since last few days. And he keep on talking about God, puasa and Raa… Raa… rama what. Im not sure what is the thing.” “Ramadhan?” “Yes. That thing. And he said he wants to get drunk and enjoy ‘sakan’ for one last.” Zulkarnain telan liur. Kuasa Tuhan. Zahid berniat mahu bertaubat. Namun pada waktu yang sama dia melengahkan taubat itu dan berniat melakukan perkara yang haram dilakukannya buat kali terakhir namun, sekelip mata Allah s.w.t jatuhkan hukuman dunia pada Zahid. Zulkarnain menekup lama wajahnya. “Ya Allah Ya Tuhanku. Ampunkanlah segala dosa-dosaku terhadapmu selama ini Ya Allah. Aku lalai dan alpa Ya Allah. Banyak dosaku terhadapmu Ya Allah. Aku bertaubat Ya Allah.” Air mata Zulkarnain mengalir keluar dari celahan jari-jemarinya. Lama. Zulkarnain mula tersedu sedan. Terkenangkan betapa lama dia tidak menyentuh sejadah. Dan Al-Quran, mujurlah dia berpeluang belajar mengaji selama 2 hari dari ibu Umi ketika bercuti minggu lepas. Beberapa minit selepas itu, Zulkarnain meraup wajahnya. Mengelap-ngelap air matanya dengan tangannya. Perlahan Zulkarnain bangun menuju ke bilik air. Pili air dibuka sebelum Zulkarnain membongkokkan badannya. Tapak tanggannya lama menadah air. Terasa sejuk air pili saat itu. Hati Zulkarnain terasa ringan. “Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Alla Taala.” ~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~ “Saya on the way nak berjumpa Bahrin dan Umi ni.” Girang suara Zulkarnain di hujung talian telefon berbual dengan Balqis. “Ye ke? Bestnye kalau saya dapat join korang.” Balqis yang sedang duduk bersebelahan Umi tika itu sengaja mengusik Zulkarnain. Sengaja tidak dikhabarkan kepada Zulkarnain dia tiba di Kuala Lumpur lewat petang tadi. “Hahaha! Datanglah KL. Boleh dinner sama-sama dengan kitorang. Ada resipi istimewa dekat kedai makan yang kitorang selalu lepak tu.Kitorang yang makan sebelum start puasa esok. ” “Ye ke? Resipi ape tu?” soal Balqis ingin tahu. “Ikan belacak comel tiga rasa.” Serentak Balqis tertawa besar. “Ye lah tu kan. Memang sedap pun ikan belacak tu.” “Sedap ye? Saya dah tengok dah macam mana rupa ikan belacak tu. Buruk bebenor mukanya. Awak cakap saya comel macam ikan tu ye?” sekali lagi Balqis tertawa besar. “Janganlah ambil hati. Saya gurau-gurau aje.” “Mana ada saya pernah ambil hati. Awak tu je yang dah ambil hati saya. Kalau ambil je takpe, ni dah tahap mencuri hati saya dah ni. Macam mana?” saat itu Balqis terdiam. Zulkarnain senyum. Dia tahu mengapa Balqis tiba-tiba terdiam. “Awak. Awak tahu tak, semalam saya baru habiskan juzuk ke 29.” Zulkarnain senyum lebar. “Alhamdulillah. So malam ni boleh habiskan juzuk terakhir tak?” “Insya-Allah. Anyway, saya tengah berjalan ke kedai makan ni. Nak lintas jalan kejap lagi.” “Eh! Kenapa tak cakap. Kita boleh je kan berbual kejap kejap lagi.” “Takpe, tengah melintas ni. Eh –“ “Kenapa?” Zulkarnain yang sedang melintas terjatuhkan kunci keretanya di tengah jalan. Tanpa disedarinya sebuah kereta yang berada di belakang lori tak jauh dari Zahid memecut laju memotong dan tanpa disangka-sangka, badan Zahid sudah terdampar lesu di tengah jalan. “Awak! Awak!” Balqis berulang-ulang kali memanggil Zulkarnain sebelum talian putus. Tuuutttttt…. ~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~ Seminggu Zulkarnain koma dan ditempatkan di HKL. Keadaan Zulkarnain agak kritikal dan membuatkan Balqis, Umi dan Bahrin berasa sangat gusar dengan keadaan Zulkarnain. Sepanjang Zulkarnain di sana, Zulkarnain dibayangi pelbagai bayangan. Wajah ibu dan ayahnya bersilih ganti muncul di fikirannya meminta Zulkarnain menyedekahkan mereka Surah Yasin. Manakala Balqis yang saban hari melawatnya di hospital sering mengalunkan Al-Quran untuk Zulkarnain. Kadangkala Balqis turut berbual dengan Zulkarnain dengan harapan Zulkarnain cepat sedar kembali. Zulkarnain mendengar tiap patah perkataan yang Balqis katakan kepadanya. Namun entah mengapa dia tidak dapat menggerakkan seluruh anggota badannya. Tidak mampu bersuara. Segala urat sarafnya bagaikan mati. Matanya tertutup rapat bagai sedang digam. “Saya nak sangat tahu apa yang awak maksudkan kesederhanaan dalam kesempurnaan pada bulan lepas.” Saat itu Zulkarnain berharap sangat keajaiban berlaku supaya dia dapat bangun dan berbual dengan Balqis. Mahu saja dia bercerita kepada Balqis betapa gadis itu sempurna di dalam kesederhanaannya. Dia sempurna tatkala mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran namun bersederhana tatkala berkongsi pengetahuannya menceritakan tentang Al-Quran. Pernah dia memuji Balqis seorang gadis yang cantik dan hampir sempurna dari segi paras rupa dan tutur bicaranya namun Balqis merendah diri dengan merulang kali menyebut itu semua adalah anugerah Tuhan dan hanya pinjaman sementara. Balqis sentiasa besederhana dari semua perkara, dan perkara itu yang mebuatkan Balqis sentiasa dekat dengan Allah s.w.t dan jarang melakukan perkara-perkara yang tidak baik yakni menghampiri kesempurnaan. “Awak bangun cepat ye awak? Boleh awak sama-sama berpuasa dengan saya, Umi dan Bahrin. Kita pergi tarawih sama-sama.” Balqis bertutur lembut sambil menahan sebak di dada. “Awak kan cakap saya dah curi hati awak. Bangunlah cepat. Boleh saya pulangkan hati awak balik.” Balqis cuba berjenaka dan tergelak kecil sendiri. Namun getar suara sedihnya masih kedengaran. Tangan kanannya diangkat lalu mengesat air matanya yang mengalir. “Lagi cepat awak sedar dan bangun, lagi cepat awak boleh habiskan juzuk terakhir kitab Al-Quran.” ~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~ “Pandai memasak rupanya kau ni ye.” “Tengok tanganlah bro.” “Pantang dipuji.” Balqis yang tiba-tiba muncul dari belakang mengejutkan Zulkarnain dan Bahrin yang sedang rancak berbual. “Puji tak puji, Tapi sedap tak rendang ayam yang saya masak tu?” Balqis diam seribu bahasa. “Haaaa… diam tu tandanya setujulah tu saya masak sedap kan?” “Ayen! Zul! Korang pergi lah kat depan. Kawan-kawan office ramai yang dah nak balik tu. Biar kitorang settlekan semua pinggan mangkuk kat dapur ni.” Kedengaran suara Umi pula yang muncul beberapa saat selepas itu sambil membawa sedulang gelas kosong. Zulkarnain yang sedar dari koma beberapa hari lepas sengaja mengadakan majlis doa selamat di rumahnya sekaligus memasak untuk berbuka puasa beramai-ramai di rumahnya. Selain daripada itu, selepas maghrib, Zulkarnain, Balqis, Umi, Bahrin dan rakan sekerja mereka bertadarus beramai-ramai menghabiskan 30 juzuk Al-Quran. “Korang tolonglah basuhkan ye? Balqis, awak tu basuh perlahan-lahan ye? Nanti kalau luka ke ape ke, turun harga.” Zulkarnain sempat mengusik sebelum mengerling nkal ke arah Balqis. Umi dan Bahrin serentak tertawa. “Haih. Kan senang kalau sekaligus boleh boleh majlis nikah aje malam ni.” Sekali lagi Zulkarnain mengusik. Balqis tersipu-sipu. “Haaa. Diam. Diam tu tandanya setujulah tu kan?” Zulkarnain makin sakan mengusik sebelum tubuhnya yang tinggi dan tegap hilang di balik dinding dapur. “Amboi!” kali ini Balqis spontan bersuara. Zulkarnain gelak besar. "Sesungguhnya, solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam."
P/S : I think it's not too late for me to wish Salam Ramadgan Al-Mubarak for those bloggers and my beloved reader, be it my follower or silent readers. Here also, i would like to take the opportunity to wish all my fellow muslims a blessed and meaningful Ramadhan. May it be a better one for all of us than the previous years, InsyaAllah. Amin Amin Ya Rabbal A'lamin. For some reason, Im not too sure why the arrangement of the paragraph and the arrangement for my entry this time slightly (verrryyy indeed) messed up. Hope you guys dont have any trouble reading my latest "cerpen" (short stories). Xoxo! With Love, Juliana Violet

Thursday, April 19, 2012

Saturday, I'm in LOVE!

Mata itu. Sesuatu. Namun tak gemar ditenung semua gadis. Hanya gadis yang bertuah, yang mampu menakhluki hatinya saja yang mampu menatap lama anak matanya sekaligus bertentangan mata dengannya.
Saat jemarinya lembut memetik gitar dan bernyanyi perlahan, gadis di hadapannya menatap lama matanya yang berbulu mata cantik.

“Jangan tengok I macam tu.”

“Kenapa?” soal si gadis.

“I don’t know what is your expectation from me.”


Si gadis kini mengerti, perasaan suka di antara mereka hanya dari sebelah pihak sahaja.

24 bulan perkenalan, sebulan perasaan suka dan sayang mulai terbit namun hanya 3 saat diperlukan untuk membuatkan hati si gadis menangis.
Si gadis terfikir, kedua mereka bagaikan serasi bersama. Si tampan mendendangkan lagu yang dipinta si gadis. Merdu dia nyanyikan lagu-lagu tersebut diiringi petikan gitar, diselangi dengan jenaka selambanya. Membuatkan hati si gadis ceria, tenang dan tertawan. Bosan bermain gitar sendiri, si gadis di ajarnya memetik gitar dengan penuh sabar. Sifat kurang yakin diri si gadis membuatkan dia cepat meletakkan gitar tersebut di sisinya dan mula berbual dengan si tampan.

Masing-masing berbual tentang pelbagai cerita. Dari kisah cinta, kerjaya, perancangan masa depan masing-masing, tentang haiwan peliharaan masing-masing sehinggalah kenangan manis di waktu kecil bersama nenek masing-masing. Bibir masing-masing menguntum senyum tatkala bercerita dan mendengar cerita.

Itulah cinta. Sesuatu yang sukar diduga dan dijangka siapa yang bakal menakhluki hati siapa. Rasa bahagia dan tampak bahagia bersama tidak bermakna kedua makhluk berlainan jenis itu bakal jatuh cinta sesama sendiri. Punya wajah yang tampan atau cantik serta susuk badan ala-ala Chris Evan atau susuk badan yang ‘hot’ ala-ala Scarlett Johannson juga tak bermakna mampu menawan semua hati untuk jatuh hati padanya.

Sesiapapun di antara kita takkan pernah tahu atau jangka siapa bakal yang mampu menawan hati kita, that’s love. "The trouble with love is it doesn't care how fast you fall - and you can't refuse the call." Yang tinggal persoalannya selepas itu, adakah dua hati yang akan berdegup laju berharap masing-masing dicintai ataupun, hanya satu hati yang berdegup laju berharap diri dicintai.


Satu hari nanti, cinta itu akan hadir. Secara tepatnya, cinta yang ‘bernyawa’ dari dua pihak akan muncul dan bersatu. Saat itu, dunia yang bagaikan siaran TV zaman P Ramlee, hitam putih warnanya akan bertukar menjadi siaran TV abad ke 21, penuh warna dan tanpa sedar menutup semua luka-luka kecewa sebelumnya.

"Happiness is not something you postpone for the future; it is something you design for the present."

With Love,
Juliana Violet

Monday, April 16, 2012

Mencari kesempurnaan dalam kesederhanaan.

Life is short, make it precious. Familiar with this quote? You gotta admit that most of us, kadang-kadang selalu update status FB/BBM/WhatsApp or Twitter with that kinda quote. Samada yang kita ‘copy & paste’ dari mana-mana sumber - dari website, dari status orang lain etc. But sejauh mana yang betul-betul praktikkan apa yang kita update pada status kita tu? Kadang-kadang Vee terfikir, kalau kita buat survey or kajian, kebanyakan dari kita sering update status yang berkaitan dengan cinta dan emosi. Vee sendiri tak lari dari buat benda yang sama.

Hari ni, update rasa happy, esok update rasa rindu, lusa update rasa kecewa. Dan mungkin sejam dua lepas tu, rasa happy balik. Tanpa sedar – orang yang membaca status kita dapat faham apa yang sedang kita lalui dengan pasangan kita. Anyway, lama tak menulis rasanya. Busy dengan kerja lewat kebelakangan ni, rasanya dah lama Vee kurang luangkan masa untuk diri sendiri. Hari ni, Vee luangkan masa untuk diri Vee, tempah ‘pendant’ – window shopping dekat Sg Wang Plaza (well, situ je yang mampu Vee shopping pun – lol) & lepak sambil relax dekat Old Town White Coffee sambil mata meliar tengok gelagat manusia dan mata terpandang satu dress dekat Cotton On. Right in front of me. OMG! That dress really tempting me! Vee beristighfar sekejap sambil menahan nafsu membeli. Perlahan Vee lepaskan nafas Vee, sambung minum teh susu panas. (Okay, we’ll see whether that dress gonna be mine or not, soon. Nice dress anyway. With asymmetrical cutting, chiffon. Awww – simple, sexy and classy dress!).

Well, the reason why Vee tak beli dress tu even though I really fall in love with it, sebab Vee baru je beli 2 dress. Satu mustard yellow and lagi satu green forrest. Nak beli warna hitam – but I have lots of black dress inside my closet! Dan banyak jugak baju yang Vee beli, tersimpan je dalam almari baju Vee, tak terpakai. Sebabnya, terlalu ikutkan nafsu membeli. So now, Ive learnt untuk kawal nafsu membeli tu sebab mula belajar bezakan keperluan dan kehendak diri Vee.

Okay, mula-mula bercakap pasal status kat FB/BBM or Twitter. Lepas tu, bercakap pasal nafsu membeli. Mesti korang wondering apa kaitannya. Adakah sekarang musim mengawan? Atau musim durian? Tak tak. Bukan musim mengawan atau musim durian.
Back to status update thingy. Macam Vee cakap tadi – most of us suka update tentang rasa cinta dan emosi dalam hubungan cinta. Hari ni, update rasa happy, esok update rasa rindu, lusa update rasa kecewa. Dan mungkin sejam dua lepas tu, rasa happy balik. Sebenarnya sedar atau tak, kita semua lalui fasa cinta yang sama. Awal hubungan, semuanya manis bagai gula ditabur dalam madu. So, status semuanya nak ‘suweettt’ aje. Lama-lama mulalah, status yang penuh dengan emosi, rasa kecewa pulak. Normal kan?

Ada sebabnya kenapa jadi macam tu. Vee bukanlah pakar dalam hubungan cinta, but Vee dah lalui beberapa hubungan cinta yang serius tapi, Qada dan Qadar dah tetapkan hubungan tu tak kekal. Sebagaimana sesetengah dari kita di luar sana, Vee tak lari dari rasa phobia untuk bercinta lagi tapi Vee cuba lari dari perasaan tu. Dan lagi sekali, Vee jatuh cinta lagi sekali. Yes, pada saat Vee menulis blog ni, Vee sedang dilamun cinta. Jatuh cinta lagi sekali setelah kecewa bercinta beberapa kali, buat Vee terfikir tentang keperluan dan kehendak diri Vee, dan kita semua. Tanpa kita sedar, kadang-kadang kita terlalu tamak dan seringkali terlupa bersyukur dengan apa yang Tuhan berikan kepada kita. Kita sering meminta. Tatkala permintaan ditunaikan, kita akan rasa bersyukur. Rasa gembira kadang-kadang mencecah ke tahap klimaks. Namun, tanpa disedari - perasaan dan keinginan untuk meminta permintaan yang lain mula melonjak naik. Contoh terdekat, dari segi hubungan cinta dan kasih sayang sesama antara pasangan kekasih.

“Called me old fashioned, but I actually take relationships seriously.”


‘Seseorang’ yang buat Vee dilamun cinta sekarang – ‘seseorang’ yang istimewa. Tolak ketepi soal paras rupa, darjat dan umur – Vee jatuh hati atas dasar hati dan pembawakan dirinya. Seorang yang sederhana dari semua segi – dan tanpa terlalu mencuba, dia buat Vee percayakan dia (Vee agak prejudis dengan lelaki secara jujurnya). ‘Si dia’ seorang yang tahu akan matlamat hidupnya sendiri. Apa yang dia mahukan dan perlukan. Sentiasa jujur dan telus bila berbicara. Tidak sempurna, tapi sentiasa bersederhana dan kesederhanaan itu yang membuatkan kita tampak hampir sempurna di mata Vee.


Awal berkenalan, ‘ana rasa dunia ini, ana yang punya!’. Dan hari-hari yang Vee luangkan dengan dia, manis bak lollipop disapu madu! Tapi – bila dah terbiasa macam tu, bila jarang bertemu dan berhubung, lollipop tu terasa macam disapu serbuk kopi. Pahit rasanya. Rasa bersyukur kemudiannya bertukar jadi rasa tamak. Kalau boleh, Vee nak dia ada dengan Vee selalu. Kalau boleh, Vee nak dia ada untuk Vee selalu.
Tak guna rasanya dah lalui macam-macam pengalaman tapi Vee berfikir macam kanak-kanak sekolah rendah yang tak pernah menyayangi seseorang. Vee berfikir, mana rasa syukur Vee pada awal perkenalan Vee dengan ‘si dia’. Apa yang membuatkan Vee jatuh hati pada ‘si dia’. Yes, Vee jatuh hati pada ‘si dia’ sebab ‘si dia’ memenuhi ‘keperluan diri’ Vee. ‘Si dia’ buat hidup Vee terisi setelah lama tak terisi. Sedar tentang tu, Vee cuba ‘natural’kan kembali rasa tamak tu, diganti dengan rasa syukur dan cuba untuk memahami.



Kita semua, cuma manusia biasa. Tak ada yang sempurna. Kadang-kadang bila terlalu tamak dan meminta, benda tu boleh bertukar menjadi sikap mementingkan diri, tak memahami, cepat marah dan macam-macam sifat negatif yang lain. Bila wujud semua sifat negatif tu, mulalah wujud pelbagai masalah lain dalam sesebuah hubungan tanpa kita sedar. Lepas tu, mulalah status update dekat FB/BBM/Twitter yang sweet sebelum-sebelum bertukar jadi status yang penuh emosi, rasa sedih atau kecewa. Mulalah perbagai andaian bermain di fikiran, ‘Kalaulah aku tahu dari awal si dia macam ni, aku takkan buang masa dengan dia’. ‘Tak sangka si dia macam ni sebenarnya.’ Kadang-kadang mulalah pertengkaran mula wujud, ‘awak ni taknak faham langsung!’. ‘Boleh tak jangan asyik nak berkepit dengan saya? Saya ada kawan-kawan saya jugak! Takkan nak asyik dengan awak aje!’. Sedih kan bila jadi macam tu? Hubungan yang pada awalnya macam kabus dekat Genting Highlands, nyaman dan tenang, berubah jadi macam asap rumah terbakar, panas dan membawa kepada kemusnahan.

Life is short, make it precious. Inilah yang cuba Vee sampai dari awal tadi. Bila kita besederhana dan tak lupa bersyukur dari banyak benda yang Tuhan kurniakan, Insya-Allah hidup kita akan lebih gembira. Dan kadang-kadang jangan terlalu tamak dan expect untuk orang lain yang berikan kita kebahagian atau berusaha untuk gembirakan kita kalau kita tak buat benda yang sama juga. Tanpa sedar,sifat pentingkan diri sendirilah permulaan kepada banyak pemusnah kebahagiaan.
Vee selesa bersederhana dari semua segi. Dan Vee yakin, kita masing-masing punya cara hidup yang berbeza. Masing-masing puya pendirian, pegangan dan kepercayaan masing-masing. Dari segi hubungan, Vee lebih percaya kepada rasa syukur berbanding rasa tamak. Vee lebih percaya kepada toleransi berbanding pentingkan diri sendiri. Vee lebih percaya kepada rasa percaya berbanding rasa cemburu. Vee lebih percayakan kesetiaan berbanding mengkhianati. Vee lebih percayakan kejujuran berbanding pembohongan untuk menjaga hati. Dan Vee sentiasa percayakan cinta sejati berbanding cinta yang berlandaskan hawa nafsu.

Dan dalam menyintai, kita tak boleh terlalu memaksa. Baik memaksa hati sendiri menyayangi atau memaksa orang kita cintai, sayangkan kita sebanyak kita sayangkannya. Vee akui, Vee sedang dilamun cinta – tapi tak semestinya ‘si dia’ jodoh Vee. Allah s.w.t sentiasa berikan yang terbaik untuk kita antara kita sedar ataupun tak. Kadang-kadang kita rasa, kita dah bertemu dengan seseorang yang menepati citarasa kita, menepati apa yang kita mahukan tapi mungkin itu bukan apa yang kita perlukan. Allah s.w.t Maha Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang kita perlukan berbanding apa yang kita mahukan. Sentiasalah bersyukur, Insya-Allah kita akan dapat yang terbaik.



Vee sentiasa percaya cinta sejati tu wujud. Dan Vee percaya kesempurnaan cinta sejati itu wujud dalam kesederhanaan.

***Senyum***

With Love,
Juliana Violet

Monday, March 12, 2012

Tentang Rasa




Angin laut menyapu lembut wajah Adriana. Mata Adriana berkaca namun bibirnya menguntum senyum. Redup matanya memandang entah ke mana. Berkhayal terbayangkan wajah lelaki yang seringkali berada dalam fikirannya lewat kebelakangan ini, Azfar. Terasa bagaikan Azfar berada di sisinya tika itu. Berdiri di hadapannya. Merenung tepat ke dalam anak matanya sambil memegang lembut kedua pipinya dan tersenyum manis.

Adriana mengukir senyum. Bagaikan Azfar benar wujud di hadapannya dan tersenyum ke arahnya.
Senyuman itu. Senyuman itu amat dirinduinya lewat kebelakangan ini. Senyuman yang paling indah dan manis yang pernah Adriana lihat seumur hidupnya. Senyuman yang paling ikhlas diukir acapkali memandang tepat ke anak matanya.

Adriana pejam erat matanya. Beberapa saat kemudian, air mata mengalir dari celah-celah alis matanya. Adriana mengetap bibir sambil membiarkan tubuhnya digigit bayu laut. Terasa rambutnya bergesel lembut di pipinya. Menyedarkan Adriana bahawa Azfar tiada di situ menyentuh pipinya. Adriana enggan membuka matanya. Mahu terus berkhayal Azfar berada di sisinya.

Bayangan Azfar kembali menerjah dalam khayalannya. Azfar kini duduk di sisinya, sambil tersenyum ke arahnya. Gitar yang diletakkan di paha Azfar mula mengalunkan musik tatkala jari jemari Azfar mula menari lembut memetik gitar. Azfar mula berlagu indah mengikut melodi yang dimainkannya.

Aku tersesat menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Izinkan ku lepas penatku
Untuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam didera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya


Adriana mengetap bibir. Airmatanya kini mengalir laju. Adriana membuka perlahan matanya dengan harapan Azfar berada di hadapannya tika itu. Sungguh dia rindukan si pemilik senyuman manis itu. Adriana hampa, tatkala membuka matanya, Azfar tiada di hadapannya. Yang ada, cuma laut yang memantulkan cahaya lampu dan bulan di kaca matanya.

Hatinya dicengkam rasa rindu. Rasa rindu yang seolah-olah berduri. Mencengkam kuat hatinya. Sakit. Adriana terasa hatinya sakit dicengkam perasaan rindu yang maha hebat.

Kesal, Adriana kesal tak pernah berani jujur dengan perasaannya selama ini terhadap Azfar. Adriana kesal kerana terlalu yakin Azfar akan terus berada di sisinya tanpa menyedari selama ini Azfar ikhlas menyayanginya sepenuh hati.

~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~

“Awak, saya dah tak sanggup tunggu awak.” Ujar Azfar di hujung talian telefon. Adriana mengerutkan dahinya.

“Tunggu saya?”

“Awak tak pernah sedar ataupun sengaja buat-buat tak sedar?” soal Azfar.

“Maksud awak?” soal Adriana. Sungguh dia bingung dengan sikap Azfar saat itu. Beberapa saat kemudian, terdengar Azfar melepas perlahan nafasnya.

“Awak tak pernah sedar kan? Yang selama ni saya sayangkan awak lebih daripada seorang kawan?” Adriana terkedu.

“Takpe, saya tak salahkan awak kalau awak tak pernah sedar. Sebab saya sendiri tak pernah berterus terang pada awak.” Bibir Adriana sedikit terbuka. Dia ingin bersuara, namun peti suaranya bagaikan terkunci.

“Awak semangat saya selama ni. Kadang-kadang saya terasa macam saya perbodohkan diri saya sendiri. Sebab, ada waktu, saya terasa bagaikan nafas yang saya hembuskan adalah kerana awak. Awak muncul dalam hidup saya tatkala hidup saya menemui jalan buntu dalam hidup saya. Awak muncul, dan mewarnai kembali hidup saya. Dan tanpa saya sedar, saya jatuh cinta. Entah bila, saya mula cintakan awak.” Azfar senyum.

“Walaupun awak buat saya bahagia tiap kali kita berjumpa, tiap kali kita berbual tapi kadang-kadang hati saya tak senang bila fikirkan apa perasaan sebenarnya perasaan awak terhadap saya. Saya bayangkan, macam mana kalau saya tiba-tiba kehilangan awak.”

Lama mereka sama-sama terdiam.

“Adriana…” panggil Azfar perlahan.

“Ye Azfar?” akhirnya Adriana bersuara. Azfar senyum.

“Saya dah taknak tunggu awak. Hati saya dah penat dikejar perasaan takut. Takut kehilangan awak selama. Awak semangat saya selama ni, tapi saya dah tiba masanya saya cuba untuk mulakan segalanya sendiri. Awak tak pernah sedar kan? Betapa sayangnya saya pada awak selama ni?”

Adriana mengetap bibirnya sambil perlahan menggeleng kepalanya. Air matanya mula mengalir. Cuba bersuara namun gagal. Azfar yang menanti di hujung talian, tersenyum menanti Adriana bersuara tanpa menyedari gadis itu menangis terharu tatkala mengetahui selama ini Azfar turut menyayanginya.

“Adriana… Awak ingat tak pernah satu ketika dahulu, saya pernah nyanyikan lagu
‘Tentang Rasa’ pada awak? Waktu saya nyanyikan lagu tu untuk awak, hati saya yakin yang saya betul-betul sayangkan awak. Cintakan awak. Yes, saya betul-betul cintakan awak Adriana. Tapi saya tak berani luahkannya selama ni dan berharap awak dapat sedar semua tu.”

“Adriana, awak jaga diri.”

~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~


Dan malam itu pengakhiran segalanya. Adriana tidak lagi menerima sebarang panggilan daripada Azfar. Puas Adriana cuba menghubungi lelaki itu, namun Azfar tidak lagi menggunakan nombor telefon yang sama. Dia cuba mencari Azfar melalui sesawang sosial Facebook, MySpace, Friendster dan pelbagai sesawang sosial lagi. Namun dia menemui jalan buntu.

Azfar hilang entah ke mana hingga ke saat ini.

Adriana kesal kerana lewat menghubungi Azfar untuk berterus terang bahawa dia berperasaan yang sama terhadap Azfar. Adriana langsung tidak menyangka bahawa itu merupakan kali terakhir dia mendengar suara Azfar. Dia langsung tidak menjangka yang lelaki itu akan lenyap dari hidupnya sebegini.

~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~

Sometimes it’s too late to make things right, sometimes we hurt others more than we realize, sometimes smiles fades in front of our eyes and sometimes we are the reason for tears in someone’s eyes.

Sometimes, when people want to walk away from your life, stop them once. Because sometimes we never realize that he/she may be an important part in your life.

Saturday, February 11, 2012

Cerpen : Kau Ku Seru


Deringan telefon yang memecah suasana sunyi sepi di rumah yang didiami Lily Ilyana bersama dua rakannya membuatkannya sedikit tersentak. Sambil mengurut dadanya, Lily mengerling ke arah jam dinding dihadapannya.
Jam tepat menunjukkan 12:50 malam.
Malas-malas Lily bangun menjawab panggilan telefon tersebut.

“Hello.” Suara lembutnya menjawab panggilan tersebut.

“Hello Lily.” Kedengaran satu suara garau dari hujung corong telefon bersuara.

“Ye awak.” Mendatar suara Lily menjawab.

“Macam takde mood aje malam ni awak.”

“Hmmm…”

“Kenapa ni?”

“Nothing.”

“Period?” serentak Lily mencebik. Hampir tertawa namun ditahannya.

“Marah sebab saya lambat call?”

Diam.

“Betullah tu kan?”

“Lambat sangat awak call malam ni Zul. Lama saya tunggu tau.” Lily bersuara seakan-akan merajuk.

“Sorry lah awak. Saya ada kerja tadi. Bukan saya sengaja pun.”

“Hmmm… Maaflah. Emosi pulak saya malam ni.”

“Period?” soalan yang sama diulang dan kali ini Lily tertawa kecil.

“Saya tak boleh kalau satu malam tak dengar suara awak Zul.”

Lily senyum manis.

~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~

“Kau tidur lewat semalam?” soal Azira sambil merenung mata Lily.

“Lewat sikit sebab Zulkarnain call aku lewat.”

“Sanggup kau tunggu dia call kau lewat malam tiap-tiap hari ye? Kalau aku, memang tak sanggup.” Lily senyum sambil mengerling ke arah Azira.

“Kau tu, buah hati hari-hari datang jumpa, dinner sama-sama tiap-tiap malam. Tiap-tiap minggu shopping sama-samalah, movie lah. Yang aku ni lain cerita, Iskandar tu kan jauh. Nak nak lagi die keje shift malam, siang die tido.” Lily membebel panjang. Rasa iri hati sedikit menular dalam hatinya.

“Jealous lah tu.” Azira cuba mengusik. Lily mencebik.

“Hehehe. Siapa suruh kau cari orang jauh. Nasib kau lah.” Azira makin ligat mengusik.

“Bukan cari, kebetulan.”

“Actually apa status hubungan kau dengan dia sekarang ni Lily?” soalan Azira membuatkan Lily lama terdiam. Otaknya ligat mencari jawapan untuk diberikan kepada Azira.

“Entahlah Zira. Kawan aje rasanya. Sebab tak sampai 2 bulan lagi pun aku kenal dia. Lagipun dia sendiri jauh. Jumpa pun baru sekali aje. Cuma yang aku tahu, so far aku memang happy sangat dengan dia.”

“Maksud kau, happy berbual dengan dia setiap malam?” serentak Lily tertawa kecil.

“Atau lebih tepat, happy bergayut dengan dia tiap-tiap malam?” Azira meyambung. Sekali lagi Lily tertawa kecil sambil tangannya mencubit kecil lengan Azira. Azira turut tertawa.

“Bagus jugak ada someone yang boleh buat kau happy Lily. Sebelum ni, aku tengok kau kalau tak dengan kerja kau, duduk rumah tengok tv aje aktiviti tau. Tapi aku rasalah kan, sebaiknya nanti kau keluarlah dengan Zulkarnain tu sekali sekala. Berbual dekat telefon dan keluar luangkan masa bersama tak sama tau.”

“Aku tau Azira. Tapi… Itulah. Kitorang kan jauh.”

“Alasan je tu. Kau dengan dia kan boleh ambil cuti. Samada kau ke Johor jumpa die atau dia datang sini jumpa kau.”

Lily lama terdiam.

“Tengoklah nanti-nanti aku bincang dengan dia.”

“Apa yang korang rancak bualkan dari tadi ni?” suara Farah dari belakang Lily dan Azira membuatkan kedua mereka tersentak.

“Kau ni. Terkejut aku.” Azira mengurut-ngurut dadanya.

“Hehehe. Sorry sorry. Apa yang korang rancak bualkan dari tadi ni?” soal Farah ingin tahu. Farah berperwatakan sedikit kasar berbanding Lily dan Azira.

“Takde, pasal Zulkarnain.” Ringkas Azira menjawab.

“Haaa. Aku tak pernah dengar betul-betul pasal Zulkarnain dari kau. Macam mana kau kenal dia eh?” Farah yang sedang duduk di kerusi bersebelahan Lily waktu itu mengangkat sebelah kakinya sambil tangannya selamba mencapai pisang yang terletak di atas meja makan di sisinya.

“Kau tak pernah tau ke?”

“Aku tau pasal Zulkarnain. Tapi aku tak tau cerita, macam mana kau kenal dia ape semua.” Lily senyum.

“Pelik sikit cara aku kenal dia ni.”

“Pelik macam mana?” soal Farah dengan pipi kanannya dipenuhi dengan pisang.

“Gelojoh betul kau ni makan!” Azira menampar lembut bahu Farah. Rimas melihat adab rakan serumahnya itu. Lily tergelak kecil.

“Ingat tak last two months aku ke Johor kejap nak jumpa kawan aku Dina?” Farah angguk laju.

“Aku pergi hari Jumaat lepas habis keje. Tapi aku gerak lambat sikit. Aku kenal Zulkarnain dekat tengah highway. Masa aku tengah drive, aku rasa kereta aku lain macam. Takut giler aku. Tengah malam pulak tu. Aku stop kat tepi jalan, tengok-tengok tayar kereta aku pancit. Tergaru-garu jugak aku kat situ. Aku pun baru aje guna kereta berapa bulan, gatal nak berjalan jauh. Sekali tayar pancit. Haaaa memang terbaiklah kan.” Azira dan Farah masing-masing tertawa kecil.

“Then?” soal Farah ringkas. Mau tahu cerita seterusnya.

“Then tak lama lepas tu, adalah sorang hamba Allah ni yang baik hati stop belakang kereta aku nak tolong aku.”

“Zulkarnain lah ye?” teka Farah. Lily angguk kecil.

“Selamat die stop and tolong aku tukarkan tayar. Kalau tak menangis aku malam tu. Tepi highway tengah malam. Takut beb.”

“Kiranya, kau jumpa dia masa tu ajelah?” soal Farah lagi. Lily angguk kecil.

“Die minta contact number aku masa tu. Itu yang kitorang boleh start contact tu.” Tiba-tiba Lily tersenyum terkenangkan wajah Zulkarnain. Wajah Zulkarnain kelihatan manis dan berseri-seri malam tersebut. Namun Zulkarnain tak banyak senyum. Kepenatan, mungkin. Tapi dia kelihatan segak mengenakan kemeja putih dan slack hitam. Zulkarnain seorang lelaki yang agak tampan pada pandangan mata Lily.

“Tersengih-sengih pulak diA. Angau ke beb?” usik Farah. Lily yang tak sedar yang dia terbuai dengan angan-angan sebentar tadi termalu sendiri.

“Tapi apsal asyik malam aje dia call kau?”

“Die keje shift malam Farah. Kalau siang dia cakap dia tidur and macam takde privacy nak berbual. Kawan-kawan serumah dia kecoh, suka buat bising.”

“Keje ape shift malam?”

“Engineer dekat company oil & gas.”

“Oooo…” Farah memuncungkan mulutnya.

“Eh! Tapi time dia keje, dia call kau, privacy pulak? Kat rumah kan dia boleh guna hp call kau. Takkan takde handphone? Lagipun kata keje engineer. Takkan sewa bilik ramai-ramai?” Farah menyoal Lily bertalu-talu. Azira mengerutkan dahinya.

“Betul jugak tu. Apsal aku pun tak pernah terfikir eh?”

“Itulah kau. Asyik mendengar aje Lily bercerita tapi tak pernah nak fikir baik buruk ape-ape. Lily ni dahlah lurus bendul kadang-kadang.” Farah membebel.

“Eh, salahkan aku pulak.” Azira berbahas. Lily lama terdiam.

“Aku rasa baik kau tanya dia betul-betul Lily. Kau taulah lelaki zaman sekarang. Bicara manis menusuk kalbu.”

“Wah! Ayat kau!” Azira mencelah.

“Jangan menyampuk. Aku rasa baik kau tanya dia betul-betul Lily. Aku risau dia ni lelaki yang dah berkeluarga. Ada kawan-kawan aku yang terkena sebelum ni. Call girlfriend masa dekat office aje. Si girlfriend nak call time dia dekat rumah, seribu satu alasan dia bagi. Last-last dapat tahu, dah ada anak bini. Aku takut kau kena macam tu aje.”

Hati Lily yang tadinya berbunga-bunga memikirkan Zulkarnain kini bagaikan terhenti tak berfungsi seketika.

~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~

Lily memandang lama ke arah jam dinding di hadapannya.
Tepat 12:35 malam, telefon rumahnya berdering. Dapat dijangkakannya. Laju panggilan dijawab.

“Hello Zul.”

“Macam mana awak tahu saya yang call?” Lily mengukir senyum.

“Siapa lagi yang nak call malam-malam begini?” Zulkarnain tertawa kecil.

“How was your day?” soal Zulkarnain.

“Good.” Jawab Lily ringkas.

“Kerja okay?”

“Okay.”

“Awak macam takde mood aje malam ni.” Soal Zulkarnain.

“Eh, takdelah. Saya cuma…” kata-kata Lily terhenti di situ.

“Cuma?”

“Cuma… Hmm… Awak, awak tak tipu saya kan?”

Zulkarnain terdiam lama.

“Awak?” panggil Lily.

“Maksud awak?”

“Maksud saya, tipu tentang waktu awak call saya, kawan-kawan awak dekat rumah.”

“Ini bukan pilihan saya. Tapi pilihan awak.” Serentak Lily tergumam.

“Maksud awak?”

Sekali lagi Zulkarnain terdiam lama.

“Kenapa awak rasa saya tipu awak?” soal Zulkarnain. Kini giliran Lily pula yang terdiam seketika.

“Saya berbual dengan rakan serumah saya tadi. Farah minta saya ceritakan macam mana saya boleh kenal awak. So saya ceritalah. Farah cuma risau awak tipu saya. Dia risau awak ni lelaki yang dah berkeluarga. Sebab awak cuma akan call saya waktu-waktu macam ni, waktu awak bekerja. Kalau awak balik rumah, awak tak call saya. Dan sebenarnya, saya sendiri pun takde contact number awak kan?”

“Ooohh… macam tu ke. Saya bukan taknak beri awak nombor telefon company saya, tapi saya sebolehnya taknak campur adukkan hal peribadi saya dengan kerja saya.”

“Saya faham. Tapi takkan awak tak guna telefon bimbit?”

“Saya pernah guna. Dua bulan sebelum kita berjumpa dekat tepi highway tu, saya buang telefon bimbit saya. Dan secara kebetulan dekat tempat yang sama.”

“Buang?”

“Ya. Saya bergaduh teruk dengan girlfriend saya waktu tu. Disebabkan lelaki lain. Saya buang telefon bimbit saya sebab ada sesuatu yang sangat menyakitkan hati saya dalam telefon bimbit saya tu. Dan malam itu jugak pengakhiran segala-galanya. Sejak dari hari tu jugak saya dah tak guna telefon bimbit.”

Lily lama terdiam. Sekarang baru dia faham kenapa Zulkarnain langsung tak pernah memberikan nombor telefon bimbitnya. Tak gunakan telefon bimbit lagi, mungkin itu cara lelaki tampan itu mengubat hatinya. Dan malam yang dia bertemu dengan Zulkarnain itu, wajah Zulkarnain yang agak dingin mungkin berkaitan dengan kisah dukanya sebelum itu. Tempat Zulkarnain bergaduh dengan bekas kekasihnya.

“Lily, saya nak sambung kerja dulu ye? Esok saya call awak balik okay? Jangan banyak fikir.”

Lily yang belum puas berbual dengan Zulkarnain terpaksa akur dengan permintaan Zulkarnain. Jauh di sudut hatinya, dia terasa menyesal bangkitkan hal tersebut. Kerana pertama kali perbualan mereka singkat dan tanpa gelak tawa malam ini.

Lily rindu mahu menatap wajah Zulkarnain.

~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~

“Betul kau nak ke sana malam ni?” soal Azira. Lily sengih.

“Aku nak buat surprise dekat Zulkarnain.”

“Tapi macam mana kau nak jumpa dia? Kau mana ada nombor telefon dia.”

“Ada.” Lily sengih lagi.

“Ada?”

“Aku pujuk dia bagi nombor telefon company dia semalam.”

“Die kasi?” Lily angguk gembira.

“Baguslah.” Azira senyum.

“Cuma dia bagi syarat, kena call dia lepas 12 setengah malam. Sebab time tu dia free.”

“At least dah kurang sikit rasa syak wasangka aku dengan Farah nanti. Kalau dia dah bagi nombor telefon tu, boleh kau siasat sikit-sikit pasal dia dekat kawan-kawan kerja dia nanti.”

“Ish! Ke situ pulak kau ni.” Azira tertawa.

“Bila nak ke sana?”

“Lepas keje malam ni!”

~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~

Wajah Lily berseri-seri malam itu. Tak sabar mahu member kejutan kepada Zulkarnain. Lagu nyanyian penyanyi Indonesia, Anggun kedengaran di cuping telinganya. Salah satu album yang sering dimainkannya jika memandu jauh.

Lagi beberapa kilometer, Lily akan melalui tempat pertemuannya dengan Zulkarnain 2 bulan lepas. Lily tersenyum lebar. Terbayangkan awajah Zulkarnain dan memikirkan apa reaksi Zulkarnain nanti. Terngiang-ngiang lagi perbualannya dengan Zulkarnain semalam.

“Awak, saya teringat lagi beberapa hari lepas. Awak ada cakap something like, ini bukan pilihan saya. Tapi pilihan awak. Apa maksud awak sebenarnya ye?”

“Bukan pilhan saya untuk datang dalam hidup awak. Tapi itu pilihan awak. Awak yang seru saya untuk datang dalam hidup awak.”

“Seru awak untuk datang dalam hidup saya?”

“Ye. Awak seru saya untuk datang dalam hidup awak.” Jawapan dari Zulkarnain membuatkan Lily lama terdiam.

“Saya tak sangka saya akan rindukan awak.” Kali ini Lily terkejut.

“Awak tak sangka awak akan rindukan saya?” soal Lily.

“Ya.”

Lily sengih. Pernyataan itu yang membuatkannya terasa mahu ke Johor untuk bertemu Zulkarnain.

Lily yang sedang laju memandu, memperlahankan pemanduannya apabila ternampak seolah-olah kelibat Zulkarnain berada di tebing highway bersama dengan seorang wanita berambut panjang. Lama dia memerhati, memang sah itu Zulkarnain dan Zulkarnain memakai baju yang sama pada pertama kali dia menemuinya.

Dari jauh jelas dia nampak Zulkarnain dan wanita tersebut bertengkar dan Zulkarnain membaling sesuatu ke tengah jalan. Lily memerhati lagi objek tersebut. Ianya sebuah telefon bimbit. Lily menjadi bingung. Setahunya Zulkarnain tidak memiliki telefon bimbit. Jadi benarlah telahan Farah, Zulkarnain menipunya selama ini.

Beberapa meter sebelum keretanya dekat dengan jarak Zulkarnain berdiri, Zulkarnain berlari laju menuju ke arah tengah jalan raya dan pada waktu yang sama, sebuah kereta hitam meluncur laju ke arah jalan raya dan merempuh kuat Zulkarnain. Jantung Lily bagai disentap kuat waktu itu. Segalanya berlaku dengan terlalu cepat. Belum sempat otaknya menghadam persoalan siapa wanita di sisi Zulkarnain, dan lelaki yang dirinduinya selama ini kini sedang mengerang kesakitan dan berlumuran dengan darah di hadapannya.

Lily memberhentikan keretanya berlari ke arah Zulkarnain.

“Awak! Awak! Kenapa jadi macam ni awak. Bersabar awak. Saya call ambulan.”

Lily menatap awajah Zulkarnain yang pucat waktu itu. Zulkarnain hanya memandang tepat ke anak mata Lily tanpa bersuara.

“Sabar Zul. Saya perlukan awak Zul.” Lily meraba-raba kocek seluarnya mencari telefon bimbitnya. Belum sempat dia menyeluk poketnya, seorang lelaki merangkulnya dari belakang dan menariknya ke sisi jalan. Tubuh Zulkarnain terlepas dari pegangannya dan sekelip mata, tubuh Zulkarnain lenyai dirempuh sebuah lori.

“Zulkarnaiiiiinnnnn!!!!!” jerit Lily kuat.

~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~

Farah dan Azira menatap sayu Lily yang duduk di hujung katil memeluk tubuhnya. Sesekali dia meracau memanggil-manggil nama Zulkarnain. Lama mereka menunggu seorang lelaki yang dihubungi 2 jam lalu.

“Cik Farah?” sapa satu suara dari belakang mereka. Serentak Azira dan Farah menoleh ke belakang.

“Ye saya.” Jawab Farah perlahan.

“Saya Azman.”

Masing-masing terasa kekok da terdiam seketika sebelum Azira memulakan perbualan.

“Errr… Apa yang jadi sebenarnya Azman?” soal Azira.

“Tengah malam semalam masa saya tengah drive, dari jauh saya nampak Lily berlari keluar dari kereta dia ke tengah jalan. Sambil meracau-racau. Tengah jalan. Saya risau tengok keadaan dia. So saya stop tepi jalan tu dan nak panggil dia ke tepi. Rasa takut ada jugak. Sebab perempuan cantik menangis tengah-tengah malam. Dah lah orang pernah kecoh dekat sana dulu tempat keras. Masa saya stop kereta dekat tepi jalan. Lengang lagi jalan tu, tapi tak lama lepas tu ada sebuah kereta macam laju je datang. Saya risau kereta tu tak nampak Lily, saya lari dan tarik dia ke tepi jalan.”

Farah dan Azira berpandangan sesama sendiri.

“Masa saya tarik dia, saya dengar dia menjerit panggil nama seseorang. Zulkarnain.”

“Zulkarnain?” Farah menyebut lembut nama tersebut. Mulut Azira terlopong.

“Saya ada dengar, tempat tu agak keras. Paling terbaru, empat bulan lepas saya dengar cerita ada seorang lelaki bunuh diri dekat situ. Puncanya bergaduh dengan girlfriend, lepas tu lari ke tengah jalan. Hancur badan kena gilis dengan lori.”

Serentak Azira menekup mulutnya.

“Muda-muda dah pilih jalan tu. Dengar cerita muda lagi orangnya. Kerjaya pun bagus. Engineer.”

Farah mengerutkan keningnya.

‘Kenyataan atau kebetulan?’ bisik hatinya.

“Banyak jugak yang awak tau ye? Awak tinggal area sini ke?” soal Farah.

“Yup! Saya memang asal Johor. Dan pasal kes engineer yang accident tu pun saya dapat tahu dari kawan terdekat saya, kebetulan kawan saya colleague arwah.”

Azira memandang kea rah Farah. Agak hairan mengapa Farah seolah-olah lebih berminat mengetahui mengenai kemalangannya yang melibatkan lelaki tersebut berbanding Lily yang tak habis-habis meracau menyebut nama Zukarnain.

“Oh ya, Saya lupa nak cakap. Malam tadi saya tumpangkan Lily tidur dekat rumah saya. Pagi tadi parents saya bawa dia berjumpa sorang ustaz di kampung. Ustaz tu cakap, sebelum kejadian semalam, ada roh yang berdampingan dengan Lily seketika tapi ustaz tu cakap tak pasti berapa lama.”

“Roh?” soal Azira.

“Ya. Roh mati.” Serentak bulu roma Azira dan Farah terasa berdiri menegak.

“Saya memang tak tahu nak hubungi siapa. Mujurlah Farah call handphone Lily tadi pagi.”

Farah dan Azira masing-masing terdiam.

“Hmmm… saya rasa, saya kena gerak dulu ni.”

“Terima kasih banyak-banyak Azman. Allah je yang boleh balas budi baik awak.” Azira berterima kasih kepada Azman. Farah yang mendengar mengangguk-anggukkan kepalanya berkali-kali. Azman senyum.

“Hari ni hari Lily, esok lusa kalau saya ditimpa kesusahan, mungkin ada yang menolong saya pulak. Saya gerak dulu lah ye? Assalamu’alaikum.”

“Wa’alaikumussalam.” Jawab Azira dan Farah perlahan sambil anak mata masing-masing mengekori langkah Azman sebelum mereka berpandangan sesama sendiri.

“Tak mungkin.” Ujar Farah beberapa saat selepas itu. Azira mengerut dahinya.

“Apa maksud kau?”

“Kau ingat tak empat bulan lepas?”

“Empat bulan lepas?”

“Malam tu aku, kau dan Lily main game Spirit of the coin.” Kerutan dahi Azira makin menjadi-jadi.

“Aku tak faham.”

“Jom duduk sana.” Farah menarik pergelangan tangan kiri Azira dan melabuhkan punggungnya di kerusi yang berdekatan mereka.

“Kau cuba ingat malam yang kita main game tu. Kan Lily yang letak darah dia dekat syling tu.” Farah cuba mengingatkan Azira.

“Okay, tapi apa kaitannya dengan Zulkarnain?”

“Kau cuba fikir, apa yang Azman cakap tadi. Ada roh mati yang berdampingan dengan Lily. Sah-sah ada kaitan dengan game tu kan? Kan kalau kita letakkan darah dekat syiling tu dan seru roh mati, roh mati tu boleh berinteraksi dengan kita. Cuba kau ingat balik malam tu yang kita main game tu.”

Azira yang tadinya tidak jelas dengan apa yang Farah cuba sampaikan kepadanya, kian jelas. Perlahan dia cuba mengimbas kembali momen ketika mereka bermain game Spirit of the coin.

~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~

“Kau pernah dengar tak game Spirit of the coin?” soal Farah kepada Azira dan Lily.

“Pernah. Apsal? Kau pernah main ke?” soal Azira.

“Tak pernah. Aku terasa nak main pulak malam ni.”

“Karutlah benda tu. Ade ke boleh berinteraksi dengan roh mati.” Lily mencelah.

“Eh, kau pun tau game tu? Jomlah main beb.”

“Malaslah. Karut lah benda tu. Aku tak percaya.”

“Aku teringin, tapi takut.” Azira pulak bersuara. Jauh di sudut hatinya, dia teringin bermain permainan itu. Dia pernah mendengar cerita dari rakan kolejnya yang pernah bermain permainan tersebut.

“Alaaa. Aku dengan Lily kan ada. Kan Lily?” Lily senyum.

“Macamlah aku dah setuju nak main kan?” Lily senyum sinis.

“Alaaa… jomlah. Aku boring tak tau nak buat apa malam ni.” Farah memujuk-mujuk Lily.

“Okay okay. Jom main.”

“Yes! Okay kejap aku amik kertas dengan pensil okay?” laju Farah berlari masuk ke dalam biliknya dan beberapa minit kemudian dia keluar bersama sekeping kertas kosong, pensil dan syiling 50 sen.

“Okay, jom start.”

“Kau lukis pun belum nak start dah.” Selamba Lily mengusik Farah dan diikuti tawa Azira.

“Aku excited beb. Macam mana eh nak lukis benda tu?”

“Hmmm… kalau tak silap aku, kau kena lukis bulatan. Lepas tu kau lukis ‘home’, ‘yes’, ‘no’. Then kau kena tulis huruf ‘A’ sampai ‘Z’. Sebelah kiri kanan, kau bahagilah tulis nombor ‘satu’ hingga ‘sembilan’.” Farah lama terdiam mendengar penerangan Azira sebelum tangannya laju menconteng kertas kosong berukuran A4 di hadapannya. Beberapa minit kemudian, Farah sengih puas. Pensil yang dipegangnya diletakkan di tepi kertas tersebut dan sebelum berganti mencapai syiling 50 sen.

“Sapa nak buat dulu?” soal Farah memandang ke arah Lily dan Azira.

“Akuuu… Takut beb. Apa kata suruh Lily dulu?” Azira sengih.

“Apalah korang ni. Game macam ni pun nak takut sangat. Percayalah sangat. Meh sini aku try. Macam mana nak start?”

“Kau kena letak coin tu dekat bulatan ‘Home’. Sebelum kau seru dia, kau kena titiskan darah dari jari hantu kau ke syiling tu. Kau kena seru tiga kali.” Terang Azira. Lily mengangguk tanda faham.

“Jap aku ambil jarum.” Lagi sekali Farah yang teruja untuk bermain permainan tersebut bangun dan berlari-lari anak masuk ke dalam biliknya. Lily mencapai syiling 50 sen tersebut dan meletakkannya ke dalam bulatan ‘Home’.

“Macam mana nak seru?” soal Lily.

“Kau kena seru macam ni. Spirit, spirit, spirit of the coin please come to the coin, communicate with me to know mystery. Kau kena sebut tiga kali.”

“Okay.” Lily senyum. Walaupun baginya permainan itu karut, hatinya berasa sedikit gemuruh.

“Nah! Jarum.”

Jarum berganti jari. Dan beberapa selepas itu, Lily mencucuk jari hantunya dengan jarum tersebut. Sakit yang terasa diabaikan dengan perasaan ingin tahu.

Dengan jarinya yang berdarah, Lily mengikut peraturan permainan seterusnya. Jarinya diletakkan di atas syiling tersebut sebelum bersuara.

“Spirit, spirit, spirit of the coin please come to the coin, communicate with me to know mystery. Spirit, spirit, spirit of the coin please come to the coin, communicate with me to know mystery. Spirit, spirit, spirit of the coin please come to the coin, communicate with me to know mystery.”

“Apa aku nak tanya ni?” soal Lily sedikit gemuruh sambil tertawa kecil. Mata Farah bulat memerhati syiling yang berada di hujung jari Lily. Rasa ingin tahu akan kebenaran permainan itu membuak-buak kini.

Masing-masing terdiam.

“Cuba kau tanya siapa boyfriend kau lepas ni?” Azira member cadangan. Lily tergelak kecil.

“Siapa boyfriend aku selepas ini? Apakah pekerjaannya dan dari mana asalnya?” Lily sedikit tergelak. Dia mengerling kea rah Azira dan Farah sambil mengenyitkan matanya. Tanpa diduga, syiling yang berada di hujung jari hantunya bergerak perlahan. Hatinya bagaikan dipanah petir. Bagitu juga Azira dan Farah. Walaupun terasa seram, masing-masing mahu melihat perkataan yang akan digerakkan jari Lily atau yang lebih tepat, roh mati yang diseru Lily.

Anak mata masing-masing mengikut ke setiap huruf yang digerakkan.

I-S-K-A-N-D-A-R-Z-U-L-K-A-R-N-A-I-N

Syiling tersebut terhenti seketika. Masing-masing cuba mengingat dan menyebut perkataan yang diberikan.

Lily cuba memastikan perkataan tersebut.

“Iskandar Zulkarnain?”

Kali ini syiling tersebut bergerak menuju ke bulatan ‘Yes’ sebelum bergerak ke huruf lain.

O-I-L-A-N-D-G-A-S

“Oil and gas?” soal Lily lagi.

Sekali lagi syiling tersebut bergerak kea rah bulatan ‘Yes. Hati Lily mula rasa ragu-ragu. Mungkin gerak hatinya yang terasa ingin menggerakkan syiling tersebut ke setiap bulatan tersebut.

S-O-U-T-H

“Sou-“ belum sempat Lily habis bertanya, telefon rumah mereka bordering. Dalam waktu itu, jam tepat menunjukkan angka 12:35 tengah malam.
Azira dan Farah diam tak mahu menjawab panggilan tersebut kerana mahu meneruskan permainan tersebut. Namun, telefon berterusan berdering. Lily mula rasa rimas mengangkat jarinya dan berlari anak menjawab panggilan tersebut. Azira membulatkan anak matanya terkejut dengan perbuatan Lily.

“Hello.” Lembut suara Lily menjawab panggilan tersebut.

“Hello…” ulang Lily apabila tidak kedengaran sebarang jawapan di hujung corong telefon.

“Helloooo…” ulangnya sekali lagi sebelum meletakkan gagang kerana terasa sedikit geram panggilan dijawab namun tiada siapa yang bersuara.

“Lily…” Azira memanggil lembut nama Lily.

“Kenapa?” soal Lily sambil melabuhkan punggungnya di sisi Azira.

“Kau sepatutnya minta izin sebelum angkat tangan kau tadi.”

“Maksudnya, kau kena minta izin sebelum stop main game ni.”

“Tapi tadikan aku jawab call. Bukan aku stop main pun.”

“Then macam mana?” soal Farah.

“Kalau kau tak minat izin, roh tadi akan berdampingan dengan kau. Sebab kau tak kembalikan dia ke tempat asal dia. Mata Lily membulat. Dadanya berdegup laju.

“Merepeklah kau.” Lily cuba sedapkan hatinya sendiri.

“Kau ingat tadi betul ke syiling tu bergerak?” soal Lily.

“Habis tu?” soal Farah.

“Aku kenakan korang ajelah.” Tutur Lily sambil gelak kecil.

“Kurang asam kau Lily. Aku serious ingat betul dah tadi!” Farah separuh menjerit dan mencubit paha Lily.

“Jahatlah kau ni.” Giliran Azira pula. Ketiga-tiga mereka bergelak sesama namun hati Lily dihantui rasa keliru samada benar jarinya digerakkan roh mati ataupun itu adalah tindakan semulajadi jarinya.

~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~

Azira dan Farah masing-masing termenung jauh memikirkan keadaan Lily yang tak henti-henti meracau memanggil nama Zulkarnain.

“Sebelum Lily nak ke Johor, dia cakap nak surprisekan Zulkarnain. And Zulkarnain ada bagi nombor telefon company die pun dekat Lily.” Azira memecah hening sunyi sepi.

“Ye ke? Tapi aku pelik lah. Seriously pelik. Macam buntu gila dengan apa yang jadi ni. Kalau betul apa yang Azman tu cakap, ada roh mati yang berdampingan dengan Lily, so betullah ada kaitan dengan game yang kita main dulu.”

“Kenapa berkaitan?” soal Azira.

“Kan kau cakap, kena minta izin kalau nak stop main game tu. Lily kan tak minta izin sebelum jawab call yang tak berjawab malam tu.”

“Lepas tu… Zulkarnain pulak muncul dan call die tengah malam setiap hari.” Sambung Azira.

“See… Semalam pulak, Azman cakap Lily meracau tengah highway lepas tu jerit panggil nama Zulkarnain. Aku macam confuse sikit sekarang ni.”

“Jap jap! Seingat aku, malam kita main game tu, Lily kan ada tanya siapa jodoh dia? Klue yang kita tengok- Iskandar Zulkarnain, Oil and gas, south… Nama, kerja dan asal…”

Masing-masing diam lama ligat berfikir.

“Zulkarnain, engineer oil and gas maybe, and Johor!” Farah separuh menjerit. Azira tersentak.

“Tapi Lily tanya next boyfriend kan masa tu. Masalahnya, mana Zulkarnain sekarang ni? Mana nak cari dia. Aku rasa kalau kita jumpa Zulkarnain, kita mesti dapat jawapannya.

“Bak sini handbag Lily. Aku nak cari kot-kot ada nombor company Zulkarnain dalam handphone dia. Farah laju menghulurkan bah tangan Lily kepada Azira. Azira mencapainya dan ligat mencari telefon bimbit Lily. Tangannya laju menekan-nekan keypad telefon bimbit Lily.

“Yes! Ada. Kau call kejap nombor ni Farah. Cepat dail. Bateri handphone Lily dah nak habis.”

Beberapa saat nombor telefon didail. Farah dan Azira menanti panggilan dijawab penuh sabar.

“Hello.” Panggilan dijawab dengan satu suara garau. Farah kelihatan lega.

“Hello. Boleh saya bercakap dengan Encik Zulkarnain?”

“Zulkarnain?” soal lelaki tersebut.

“Ya, Zulkarnain.” Ulang Farah.

“Maksud cik, Iskandar Zulkarnain?” soal lelaki tersebut sekali lagi membuatkan Farah mula berasa hairan. Dikerlingkan matanya kea rah Azira.

“Ya, Iskandar Zulkarnain.”

“Cik ni kawan lama arwah ke?” serentak mata Farah membulat.

“Arwah?” perkataan yang terpacul dari bibir Farah membuatkan bulu roma Azira berdiri tegak.

“Arwah meninggal dunia empat bulan lepas. Bunuh diri selepas bergaduh dengan kekasihnya, Diana.”

“Bunuh diri?”

“Ye, mayat arwah digilis dengan lori dan arwah mati di tempat kejadian.” Farah terkedu tak terkata apa-apa.

“Cik?”

“Terima kasih encik.”

“Baik.” Perlahan Farah mematikan talian.

“Azira…” perlahan Farah memanggil Azira.

“Roh yang Lily seru malam tu, roh arwah Zulkarnain.”