Sejenak dia menghembus nafas panjang sambil mengalihkan pandangan ke arah kad yang dipegangnya.
Dibacanya isi kandung kad tersebut sekali lagi selepas dibacanya 5 minit sebelum itu.
"Kate, I tahu pada you atau pada orang lain, apa yang buat ni salah. Tapi - I rasa tak salah kalau I berniat baik untuk menyayangi you, menjaga you dan jadikan you teman hidup I. Teman hidup I yang dapat berikan I zuriat yang comel,lengkapkan hidup I sebagai seorang isteri yang sah.
I takde niat untuk ganti tempat arwah Kasyah, tapi - yes, mungkin itu yang I cuba lakukan sekarang. Tapi niat I baik. I cuma nak jadi pelengkap hidup you. Pelengkap hidup you yang dapat bahagiakan you setiap masa selagi I termampu, selagi I terdaya, selagi I bernafas.
Sejak bila perasaan sayang terhadap you wujud, biarlah I je yang tahu. Apa yang you perlu tahu - I betul-betul ikhlas untuk bersama dengan you, sebagai seorang suami yang sah. Sebagai seorang lelaki yang akan menyayangi you dengan sepenuhnya tanpa paksaan.
Hampir setahun tengok you merana rindukan arwah, separuh gila kehilangan arwah, buat hati bagai disiat-siat. I nak kembalikan senyuman you. Senyuman you sewaktu you bahagia dengan arwah dulu. Tapi i takkan sekali-kali cuba menjadi arwah, I akan jadi diri I tapi Insya-Allah I dapat bahagiakan you sebagaimana arwah bahagiakan you dan mungkin lebih dari arwah bahagiakan you. Mungkin... Mungkin...
I tak tahu apa reaksi you selepas dapat mawar putih dan kad ni. Tapi - I akan tunggu jawapan dari you Kate.
Kate, I sayangkan you. I betul-betul ikhlas sayangkan you. I nak you 'bernyawa' kembali macam dulu. I nak tengok senyuman dan gelak tawa you macam dulu Kate. I harap you dapat berikan peluang pada I untuk buat you kembali 'bernyawa'. I betul-betul ikhlas sayangkan you Kate. "
Tanpa sedar, Kate mengalirkan air matanya.
~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~
Aqram membelek gambar-gambar Kate di dalam koleksi album gambar peribadinya sambil tersenyum. Dibeleknya gambar-gambar Kate yang kebanyakannya adalah gambar kandid. Gambar yang diambil tanpa pengetahuan Kate. Kate, arwah Kasyah dan Aqram saling mengenali semenjak 3 tahun lalu. Dari awal Aqram menaruh hati terhadap Kate namun perasaan itu dipendamnya. Sehinggalah pada suatu hari arwah menyuarakan niatnya untuk melamar Kate menjadi kekasihnya kepada Aqram secara tiba-tiba. Aqram terasa bagaikan dipanah petir pada saat itu namun, senyuman diukir sambil bersuara menyokong niat Kasyah.
Ketiga-tiga mereka sering meluangkan masa bersama. Arwah dan Kate tak pernah berenggang manakala Aqram tak pernah berenggang dengan DSLR kesayangannya. Dari situ dia sering curi-curi menangkap gambar Kate yang tak pernah lekang dengan senyuman dan tawa.
Senyuman Aqram yang membelek-belek gambar Kate pudar tatkala terpandang gambar-gambar yang sering bersendiri di tepi pantai semenjak kematian arwah Kasyah. Tiada lagi wajah ceria Kate, tiada lagi gelak tawa. Kesemua gambar-gambar Kate yang berada di penghujung gambar-gambar di dalam albumnya berwajah suram malahan ada gambar Kate yang sedang mengalirkan air mata.
"Kate, I nak you kembali 'bernyawa' macam dulu. Walaupun you tak cintakan I, I yakin I boleh buat you jatuh hati pada I tanpa sebarang paksaan." bisik hati kecil Aqram.
Hidupku tanpa cintamu
Bagai malam tanpa bintang
Cintaku tanpa sambutmu
Bagai panas tanpa hujan
Jiwaku berbisik lirih
Ku harus milikimu
Aku bisa membuatmu
Jatuh cinta kepadaku
Meski kau tak cinta kepadaku
Beri sedikit waktu
Biar cinta datang
Karena telah terbiasa
Simpan mawar yang kuberi
Mungkin wanginya mengilhami
Sudikah dirimu untuk
Kenali aku dulu
Sebelum kau ludahi aku
Sebelum kau robek hatiku
Aku bisa membuatmu
Jatuh cinta kepadaku
Meski kau tak cinta... kepadaku
Hidup tanpa cintamu
Bagai bulan tanpa bintang
Cintaku tanpa sambutmu
Bagai panas tanpa hujan
***Risalah Hati - Dewa 19
~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~
Kate : Aqram. *senyum*
Aqram diam. Namun bibirnya mengukir senyum membalas senyuman Kate.
Kate : Kenapa you diam je? Tak suka jumpa I?
Aqram tersentak namun dikawal perasaan gementarnya.
Aqram : You tahu kan yang I tak mungkin tak suka jumpa you?
Jawapan dari Aqram membuatkan wajah Kate merona merah. Aqram senyum manis.
Aqram : I tahu kenapa you nak jumpa I. I tak kisah apa pun keputusan yang you buat Kate. I sentiasa terima apa pun keputusan yang you buat dalam hidup you. Always. Sebab I tahu you seorang yang bijak dalam membuat sebarang keputusan, dan setiap keputusan yang you buat tu sentiasa tepat termasuklah you memilih untuk bersama dengan arwah Kasyah dulu. Hati I sakit, tapi I terima keputusan yang you buat tu.
Kate tersentak.
Kate : Maknanya you dah mula sukakan I -
Kata-kata Kate terhenti. Aqram mengangguk lembut.
Aqram : Yes. Dah lama. Dah lama sangat I menaruh hati pada you. Tapi arwah kawan baik I. Dan I tahu sesiapa yang menjadi pasangannya mesti akan bahagia, sebab tu walaupun separuh dari hati I sakit bila gadis yang I sayang bersama dengan kawan baik I sendiri, separuh lagi - rasa happy.
Diam.
Aqram : Dah lama sangat you merana semenjak pemergian arwah and I can't stand to see you berduka dan murung macam ni setiap hari Kate. I sayangkan you. Hati I sakit tengok you macam ni. Sebab tu I ambil risiko luahkan perasaan I pada you walaupun I sedar cinta I mungkin ditolak, orang mungkin akan cakap yang I ambil kesempatan atas pemergiaan arwah Kasyah but I don't care. All the things that I care now is you. Your smile, your happiness, your life.
Kate tergamam. Aqram dapat merasakan jantungnya berdegup laju. Bagaikan tidak percaya yang dia mampu meluahkan perasaan yang dipendamnya selama beberapa tahun ini.
Aqram : I sedar, yang I tak mungkin dapat menggantikan tempat arwah. I sedar, kalau you terima I dalam hidup you pun mungkin sebab you cintakan I jugak ta-
Kata-kata Aqram terhenti apabila terasa jari jemarinya dirangkul lembut.
Kate : Aqram...
Kate bersuara lembut sambil menatap anak mata Aqram. Matanya berkaca.
Aqram : Sorry I buat you menangis.
Kate menggeleng lembut.
Kate : Don't say that Aqram. You and arwah Kasyah dua lelaki yang berbeza. I memang patut mulakan hidup baru tanpa Kasyah. Tuhan dah tetapkan ajal dia. Ada hikmah di sebalik apa yang jadi. Mungkin sebab Tuhan nak kita bersama.
Aqram tergamam. Kate senyum manis.
Aqram : Kate?
Kate : You kan cakap yang I seorang yang bijak dalam membuat sebarang keputusan, dan setiap keputusan yang you buat tu sentiasa tepat. Kan?
Aqram : Yes Kate.
Kate : So kalau I buat keputusan untuk hidup bersama dengan you, you rasa keputusan I tu keputusan yang bijak dan tepat tak?
Aqram : Definitely Kate. Definitely!
Aqram senyum lebar. Hatinya berteriak kuat dan dia terasa ingin menangis pada saat itu juga.
Kate turut senyum lebar.
Aqram : Jom cari tok kadi sekarang jugak!
Serentak Kate tertawa besar!
P/S : The greatest pain that comes from love is loving someone you can never have, SO if you love somebody, let them go. If they return, they were always yours. If they don't, they never were.
*** Origami Hati 1
*** Origami Hati 2
6 comments:
wah vee selamat berblog ya...
semoga kate n kaysah bahagia
vee mmg bbakat...teruskan ya.
bahagia akhirnya...
tapi hidup ini tak sama macam cerita novel.
sigh~
♥ Besi,
Sekejap je dapat blog. Pinjam laptop adik. :)
Thanks Besi.
♥ Pembunuh Tanpa Bayang,
Semua akan lalui saat2 sukar dan sedih. Tapi insya-Allah kesudahan setiap orang adalah baik. :)
Erm.. Susah nk baca dr fon. Skrg I pun dh xde lappy coz rosak. Nnt I baca lagi then leave another comment. Tp I tahu citer cik vee mmg mantopp! :)
Anonymous,
Thanks for reading tau. :)
Kali ni mcm tak menjadi sikit sebab lama tak menulis. Otak dah berkarat. Hee
lama tak dgr dari u...
nice story
;D
Post a Comment