Sunday, June 19, 2011

Bicara tentang Sperma Cinta


Petang Sabtu Vee semalam terisi dengan meluangkan masa ke The Annexe Gallery, Central Market untuk majlis pancutan 'Sperma Cinta', blook karya Linglung di samping berjumpa dengan pemenang top 10 kontes "99 Hari Kisah Klasik Kita". Tapi Vee cuma dapat berjumpa dengan brader Leplep, top 3 kontes tersebut memandangkan pemenang - Fiq Vertigo dan top 2 - Abrar Shafie "99 Hari Kisah Klasik Kita", tidak berada di Malaysia untuk menghadirkan diri. Pemenang-pemenang top 10 yang selebihnya pun tak dapat menghadirkan diri. :(
Sebenarnya sebab Vee yang lambat umumkan keputusan pemenang, so pemenang tak dapat block jadual masing-masing untuk majlis tu. So sorry guys! ;( ... Apa-apa pun, tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih daun keladi kepada semua yang turut serta dalam kontes tu. Thanks a lots! :)

Berbalik kepada 'Sperma Cinta' - tahniah kepada Linglung sebab berjaya membuatkan kawan Vee yang susah sangat nak gelak lebih daripada 1 minit selalunya berjaya menggelakkan dirinya selama 5 minit 38 saat tanpa henti. Set Hot Dog 1901 favourite die depan mata masa tu pun langsung tak dijamahnya gara-gara 'Sperma Cinta'.

7:15 PM

Vee : Leplep boleh bagi account number tak? Vee nak bank in duit hadiah kontes.

Leplep : Alamak. Takde account bank lah. Tak percaya instituti kewangan ni. (ini dialog yang ditokok tambah penulis)

Vee : Kalau macam tu Vee pergi withdraw duit kejap lah ok?

Dalam perjalanan ke rumah datuk harimau, kawan Vee yang teman Vee ke CM memulakan perbualan.

Tasya : Vee memang kenal ke Linglung tu?

Vee : Kawan-kawan blog. Vee ada anjurkan kontes cerpen and Vee jemput Linglung untuk jadi salah seorang juri.

Tasya : Sperma Cinta tu sebenarnya apa?

Vee : Sperma Cinta ni blook. Blog book. Kompilasi daripada entry-entry blog Linglung. Best-best tau entry Linglung. Linglung ni antara bloggers yang top jugak.

*okay, perbualan kitorang sangat serius macam wawancara Wanita Hari Ini kan?*

Tasya : Tasya nak beli jugaklah. Nampak macam menarik je. Sperma Cinta.


Tasya senyum sambil mendongakkan sedikit kepalanya ke atas sambil jari halusnya diletakkan di dagunya. Entah apa yang difikirkan Tasya sewaktu bercakap mengenai SPERMA Cinta tu pun Vee tak tahu. Wallah hu'alam. Ataupun sengaja buat-buat tak nampak jalan sebab ada sorang mamat hensem lagi taf di depan kami. Untung-untung mungkin boleh buat-buat terlanggar kan? Wallah hu'alam.

Selepas hadiah diberikan kepada Leplep, Vee dengan Tasya beli senaskah "Sperma Cinta" untuk masing-masing. Sambil menghulurkan duit, kami tak lupa minta otograp dari Linglung. Otograp je yang mampu diminta, kalau lebih-lebih minta potograp nanti kang tak pasal-pasal Cikgu Vee ketuk kepala kitorang dengan viola pulak.

Selesai buat ketupat dengan Cikgu Vee, Linglung dan Leplep, Vee dengan Tasya ke KLCC. 'Baby' fat dalam perut Vee ni teringin pulak nak makan mashed potato 1901. Nyam nyam. Sedang makan, Tasya capai 'Sperma Cinta' dan mula menyelak helaian blook tersebut. Seminit kemudian, Tasya tergelak besar. Vee senyum. Kawan sedang berbahagia, apa salahnya kita tumpang sama gembira kan? 3 minit kemudian, Tasya masih tertawa. Hati Vee dah mula risau.

'Kawan aku ni dah kena rasuk ke?' bisik hati kecil Vee.

4 minit kemudian, Tasya masih tertawa.

Vee : Tasya ni. Vee macam tak wujud dah ye depan Tasya.

Tasya masih tertawa sambil menekup mulutnya yang sedang sengih lebar.

Tasya : Sorrylah Vee. Kelakar sangatlah buku ni. Tapi bukan setakat kelakar je, banyak mesej yang disampaikan jugak.


Vee senyum. Sedang Vee nganga mulut untuk menyuap Mashed Potato yang dah berkurun Vee tak makan, sekali lagi Tasya tergelak besar. Sekali lagi Tasya menekup mulutnya sambil memandang ke arah Vee. Matanya separuh katup akibat menahan gelak.

Ini kisah benar. Vee yang balik rumah semalam, frust sebab Josh Duhamel cancel date dengan Vee pun hilang lepas baca 'Sperma Cinta' ni.

Blook 'Sperma Cinta' ni bukan sekadar blook untuk bacaan santai. Vee nak share 5% petikan daripada "Sperma Cinta". Blook 'Sperma Cinta' ni,

BERINFORMASI.

Potong!

'Potong' dalam kehidupan seharian juga boleh membawa maksud 'kacau'. Nak in lagi, orang kata 'potong stim'. Macam ni..

Abu sedang nyenyak tidur dan bermimpikan Daphne Iking di ruang tamu. Tiba-tiba bini Abu mengejut Abu bangun daripada tidur lantas mengajak beliau pergi membeli ikan di pasar. Abu membuka mata lantas berkata, "awak ni potong stim betul la!".

********************

Kentut juga boleh dimainkan dengan cara 'fart transfer' atau dalam bahasa melayunya 'pindahan kentut'. Permainan ini boleh dimainkan jika kita rasa nak kentut dan ada kawan kita yang sedang meniarap. Dekatkan bontot kita dan bontot beliau, pastikan bontot kita ditargetkan tepat ke bontot beliau dan hembuskan mengikut kesesuaian. Kalau rasa nak hembus perlahan-lahan, hembuslah perlahan-lahan, tapi ada kemungkinan baunya sedikit haram. Tapi andainya ingin dihembuskan laju-laju, bunyinya mungkin akan menjadi nyaring.

BERMESEJ DAN BOLEH DIJADIKAN TELADAN.

********************

Nak boleh ke besar macam sekarang ni gua dah cuba macam-macam kerja. Daripada kerja jenis dalam bilik kena pakai jaket tebal hingga ke jenis kerja berpeluh dari dahi ke kaki. Nak kata keluarga gua orang susah tu tak ada, tapi mak bapak gua jenis orang tua yang ajar anak-anak belajar susah payah sendiri kalau nak duit poket lebih. Ikut cerita mak gua, masa gua jadi bayi comel dan tampan dulu, mak gua tolong bapak gua cari duit lebih dengan meniaga nasi lemak dan kuih-muih.

********************

Di atas tikar sejadah gua bersujud, berdoa dan berwirid dengan penuh khusyuk. Di situ juga gua lafazkan kesyukuran atas segala kurnia daripada tuhan. Di situ juga gua bibitkan rasa resah dengan drama dunia yang seolah diserang gempa raya maha hebat yang tiada penghujung. Di situ juga air mata gua menitis, hati pecah seribu sementelah gua pintakan ampun dan tuturkan kata taubat dengan irama syahdu dari hati. Dada gua sebak umpama terisi air yang hingga ke tenggorok parasnya, sukar untuk gua gambarkan jutaan kekesalan atas dosa lampau.

TURUT MENYELITKAN KISAH CINTA BAIK SUKA MAHUPUN DUKA.

********************

"Ayuh sayang, abang tolong carikan", Pak Megat bersungguh-sungguh tak mahu isterinya bersedih.

Tapi ibarat kera cuba bermain spinning gasing, pencarian mereka gagal, bantal busuk Mak Munah tak berjaya dijumpai. Pak Megat tatap wajah Mak Munah yang berduka-lara, air mata menitik titisan demi titisan dari kelopak mata Mak Munah.

"Saya sayang sangat bantal busuk tu, saya tak boleh hidup tanpa beliau", kata Mak Munah tersekat-sekat dalam sedu-sedan. Perlahan-lahan Pak Megat seka air mata yang mengalir di pipi isteri kesayangannya itu.

********************

Brook: Sayang, saaaaayang sangat!
Brooklyn: Banyak mana tu?

Brook: Banyak daun.
Brooklyn: Kenapa banyak daun?

Brook: Sebab daun tu banyak gila babi, tak terkira banyaknya dalam dunia ni, banyak tu jugalah cinta saya pada awak.

********************

"Saya tak pernah faham erti kasih sayang, apa lagi erti cinta, macamana saya nak percaya dengan semua tu?" , Qaseh menjawab, mata redupnya menjamah mesra wajah Farid.

"Awak tak perlu percaya, biar hati yang merasa. Bicara kasih sayang bukan tentang soal hidup tanpa air mata. Bicara cinta bukan soal kepuasan sementara", Farid merenung wajah Qaseh dengan seribu perasaan dan harapan. Gadis cantik itu tunduk memandang buih ombak yang membasahi kakinya.

MEMORI.

“Ini contoh lukisan yang bagus”, kata cikgu Rozaimah sambil menayang lukisan gua keliling kelas. Budak-budak lain tengok hasil lukisan gua dengan dahi berkerut-kerut. Gua maintain buat muka steady, hidung kembang tak berapa mahu kuncup.

FANTASI.


"Tak balik kampung ke derr raya ni? Pahit semacam saja gua tengok muka lu, apa cerita?", tanya cicak kubing tersebut, petah berkata-kata.

Malas nak layan, gua pusingkan badan mengiring ke kanan. Gua nampak ada sepasang lipas sedang bersenggama. Terkejut kerana diperhatikan oleh gua, mereka berdua berhenti berasmara.

"Janganlah sedih sangat bro, handphone lu kan boleh call 3G, call la mak bapak lu, apa nak sedih-sedih?", soal lipas lelaki sambil memimpin tangan lipas perempuan beredar, lalu hilang dari pandangan mata.

REALITI HIDUP.

********************

"Kamu hilang apa?", polis tu tanya gua.

"Saya hilang handphone butterfly", jawab gua sedkit angkuh. Masa tu, siapa pakai handphonebutterfly tu dah boleh kira up setaraf I-Phone dengan Blackberry ini hari.

"Kamu pula?", tanya polis kepada Mat Teng.

" Saya pun hilang handphone jugak, encik", balas Mat Teng penuh sopan.

"Yang baju merah ni apa yang hilang?", soalan diajukan kepada Rostam.

" Saya hilang handphone, kad insurans dan perfume", jawab Rostam dengan wajah sedih. Itu pertama kali beliau mengalami kejadian curi.

********************

" Abang bersukan? "

" Ya, saya bersukan. Saya main bola, futsal, bowling, badminton dan kadang-kadang karaoke "

" Abang ada workout? "

Gua angguk, " kadang-kadang lepas kerja saya pergi ".

" Daripada pemerhatian saya, saya nak kena cek abang ni ada 'angin pasang' ke tak ".

Gua sebenarnya tak tahu pun apa itu 'angin pasang', tapi gua apa ada hal. Kalau nak cek, cek sajalah. " Tak ada masalah doktor, go ahead ", gua memberikan kebenaran diselitkan dengan bahasa inggeris.

" Okay, abang buka seluar abang ".

SKILL.

Sambil-sambil tengok burung, gua kayuh basikal pusing-pusing taman permainan. Tangan maintain lepas tak pegang handle basikal. Sekejap-sekajap gua kerling tengok kalau-kalau Siti Aidah nampak gua lepas tangan. Kali ke-3 gua kerling, Siti Aidah kantoi tengah tengok gua lepas tangan. Ada hati kat gua letteww!

HIBURAN.

"Esok aku nak pergi cari la kaset Justin Bieber ni", ujar Daud penuh semangat.

Gua terus tekan brek kereta mengejut kerana terkejut. Anjing-anjing di tepi jalan menyalak. Pontianak di atas pokok ketawa berdekah-dekah sambil menyanyi...

"Its gona be one less lonely girl..! Kah kah kah!", pontianak itu lantas terbang hilang daripada pandangan.

Gua tarik nafas dalam-dalam. Itulah gua cakap, sekarang musim pesen dengar lagu macam-macam. Bukan setakat Daud yang suka Justin Bieber, pontianak pun sama!

********************

=)

RM 18 senaskah. Vee tak rasa rugi beli "Sperma Cinta" ni. Memang, mula-mula Vee beli sebab nak support Linglung.
Jujur. Tapi lepas beli, Vee rasa tak rugi Vee beli "Sperma Cinta" ni. :)


SPERMA CINTA

Bini gua senyum manis memerhati. Satu kucupan nakal diberikan beliau di leher gua sebelum melangkah masuk ke kamar tidur. Baju tidur nipis dipakainya menderaskan rembesan hormon testosteron gua, libido turun naik tak menentu. Kelenjar adrenalin mengepam laju reseptor androgen. Panas. Mata gua terus menjamah tajam bodi solid bini gua.

Kopi cap kapal api ais with vanilla ice cream on top cepat-cepat gua hirup. Novel Sperma Cinta gua campakkan kembali ke atas meja tamu. Pantas gua melangkah ke kamar beradu.

****

Di atas meja tamu, novel Sperma Cinta terselak ditiup angin kipas syiling. Tertera di halaman pertama novel tersebut..

Tiada kata secantik bahasa. Tiada rasa seindah cinta. Kita bermula dari sperma, bertarung dengan yang lain dan kita menang. Dedikasi buat semua - Linglung.


With Love,

10 comments:

Linglung said...

gua harap Sperma Cinta dapat memberikan keriangan dan kepuasan kepada semua pembaca. Kepuasan anda kepuasan juga kepada saya..hehe

terima kasih atas rebiu panjang lebar penuh dengan huraian terperinci ni..sokongan macam ni mmg buat gua rasa deep!

Asrul "iLham" Sany said...

nice semiotics

;-)p

nemesis3891 said...

menarik...

sh. said...

Vee. Nak buku tu. Sedih tak dapat pegi :(

♥ Juliana Violet ♥ said...

Linglung,
♥ All the best to you. :)

Asrul,
♥ Auww. Thank you. :)

Abrar,
♥ Memang menarik. Nanti Vee pass buku pada Fiq ye? :)

Shera,
♥ Nanti kita jumpa nak? Vee pass Sperma Cinta pada Shera. :)
Mau? Kalau tak Shera bagi address pada Vee. :)

beautiful_rose said...

hahah mmg best kan vee.aku pon dah beli satu...citer die santai dan menghiburkan.baca banyak kali pon x bosan.adik2 aku pon suka juga buku ini....tp sayang x dapat nak join korang hari tu sbb aku kerja....




good luck linglung! =)

sh. said...

Vee, shera dah kat terengganu :(

Kalo mintak tolong Vee postkan, menyusahkan tak? Sorry Vee :(

pod said...

gua da beli. da baca pun

Oasis said...

Bab pindahan kentut tu cam tak leh blah. Hahaha

elisa amirah said...

waa. nak beli la nnti :D