Friday, October 22, 2010

♥ LoVee ♥

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan


CINTA… Vee yakin definisi cinta pada setiap orang adalah berbeza. Cuba you all approach a group of people yang tengah melepak, (berani ker?) and tanya apa definisi CINTA bagi they all. Mesti jawapan yang you all dapat berbeza. Mesti ada yang akan jawab, "Cinta ni subjektif dan meluas". Maybe ada yang akan jawab, "Cinta ni perhubungan antara sang semut dan sang gajah". Maybe ada yang akan cakap, "Cinta ni ibarat berjalan-jalan di Night Marker Batu Feringhi mencari cd cetak rompak yang berharga RM 4 sekeping". Maybe ada yang akan cakap "Cinta ni cuma sesuatu yang manusia perlukan untuk mengisi kekosongan hati setiap manusia di dunia ni. Cinta yang sejati adalah cinta kepada Ilahi yang kekal sehingga ke akhirat nanti".

And even bagi Vee sendiri, cinta tu meluas. Perasaan cinta ni meliputi segenap semesta langit dan bumi beserta seluruh alam. Setuju? Semua mahkluk di dunia ni punya perasaan cinta yang tersendiri. Cinta yang Vee nak 'sentuh' hari nie, CINTA DI ANTARA DUA HATI.

William Shakespeare pernah berkata:
"Manusia mati dari semasa ke semasa dan badan mereka dimakan ulat, tetapi bukan kerana cinta." Malah cinta itu datangnya dari mata turun ke hati, berendam dalam dada dan mengharap pemberian kepada yang satu."
Cinta itu manis kan? Semanis madu. Tapi madu itu jugak boleh jadi racun.. (madu 3 kah? ;p )
"Semakin banyak engkau memuntahkan kata-kata tentang cinta, semakin sepi hatiu dan semakin engkau gilakan cinta. Tiada kisah teramat manis daripada kisah cinta. Tiada kisah teramat ngeri daripada putus cinta"
- sumber dari Google -
Vee sure kebanyakan dari reader yang sedang baca entry Vee kali ni pernah jatuh cinta, pernah bercinta, mungkin sedang bertunang, sudah berkahwin and pernah putus cinta. Indah kan bila cinta baru berputik? Terasa dunia ini, ana yang punya… (dialog P Ramlee). BestFreeDesign.Com border=
Mula2 … Pada saat awal jatuh cinta, semuanya indah, manis… Rindu 24/7… Nak je dengar suara si buah hati all the time. Time tu kalau suara si buah hati macam katak perindu sekalipun, di telinga kita ibarat mendengar buluh perindu… =p ... Disebabkan sayang, banyak pengorbanan yang sanggup dilakukan tanpa dipinta si buah hati walaupun terpaksa menyusahkan diri… Kalau kedua-dua pasangan kekasih menjalani hubungan cinta yang 'sihat', kedua2 belah pihak akan sama-sama 'memberi dan menerima' (give & take).. Bagi yang 'butakan hati sendiri kerana cinta', sanggup serahkan 'segala jiwa dan raga' even harta benda kepada si buah hati dengan cuma mengharapkan si buah hati dapat memberikan CINTA SEJATI dan cinta yang tulus ikhlas sebagai balasan… Normalkan?

A few question yang selalu bermain di fikiran Vee…
- Berapa peratusan daripada kesemua pasangan-pasangan ni yang akan kekal hidup bersama dengan bahagia. Dengan mengekalkan kemesraan dan perasaan sayang, rindu yang sama-sama dirasai ketika awal hubungan dan sentiasa rasa bahagia bersama-sama?
- Berapa peratusan yang mengakhiri hubungan cinta itu ke jinjang pelamin tapi selepas ada ikatan perkahwinan, masing2 baru tersedar yang mereka telah membuat percaturan dan bercerai?
BestFreeDesign.Com border=
- Berapa peratusan yang setelah bercinta selama beberapa bulan/tahun, tanpa menyedari diri telah, berubah sikap, berubah dari segi layanan terhadap si buah hati, berubah hati lantas bertindak memutuskan perhubungan tanpa menyedari bahawa dirinya telah membuat kesilapan yang besar di dalam hidup dan menyesal?BestFreeDesign.Com border=

- Berapa peratusan yang setelah lama bercinta menyedari bahawa perhubungan yang dijalinkan itu adalah satu kesilapan walaupun kedua-dua belah pihak menyayangi antara satu sama lain dan bertindak memutuskan perhubungan dan akhirnya kedua-dua mereka bersyukur kerana keputusan itu adalah keputusan yang tepat kerana berpeluang bertemu dan bersama dengan seseorang yang lebih serasi dan sesuai untuk diri masing2?


Selalu nampak kan situasi macam nie? =)
Dan pernah tak kita salahkan orang lain ataupun diri sendiri di atas apa yang terjadi? Selalu kan? Vee pernah terbaca tentang satu prinsip 'Bukan Kepada Siapa Betul Tetapi Kepada Apa Yang Betul'. Berapa banyak antara kita yang ada berpegang kepada prinsip ini? Jarang Vee jumpa. Seringkali individu menyalahkan orang lain BestFreeDesign.Com border=
apabila gagal dalam hubungan cinta. Disebabkan perasaan ego mungkin? Mungkin kita perlu, menyalahkan bekas si buah hati sekiranya benda itu perlu untuk 'mempertahankan diri'. Maksud Vee, maybe perlu untuk mengelak daripada jatuh cinta lagi sekali kepada orang yang seringkali salah gunakan perasaan cinta yang tulus ikhlas dan kebaikan yang diberikan. Namun, jikalau perasaan menyalahkan itu 'merosakkan' hati sendiri, lebih baik berhenti 'menyalahkan' orang lain dan paling penting jangan salahkan diri sendiri. Sebab tanpa kita sedar, perkara itu yang membuatkan hati kita tidak senang, dan berterusan merasa merana dan sengsara.

Vee pernah melalui satu fasa apabila hubungan cinta Vee gagal, Vee menyalahkan bekas kekasih dan salahkan diri Vee sendiri tanpa Vee sedar bahawa, Tuhan jadikan perkara tu sebenarnya untuk beri peluang kepada diri Vee hidup dengan lebih baik.. Beri peluang untuk Vee berjumpa dengan seseorang yang lebih sesuai untuk diri Vee. Vee jadi takut untuk menerima cinta orang lain dan Vee takut untuk memberi cinta kepada orang lain. Takut akan melukai dan dilukai walaupun pada waktu yang sama Vee perlukan cinta. Tapi, bila Vee dah lalui beberapa fasa dalam hubungan cinta, Vee mula yakin, "ada hikmah di setiap apa yang berlaku' itu, harus menjadi pegangan diri Vee. Vee yakin, 'cerita hidup' kita dah ditetapkan oleh Pencipta kita semua, ditetapkan oleh takdir. Kesemua perasaan sedih, sakit, perit putus cinta, semuanya perlu untuk mematangkan diri masing2. Perlu untuk menjadikan kita seseorang yang lebih baik dan bertanggungjawab kepada pasangan yang memang sudah ditakdirkan untuk diri kita.

Kasyah… Lagenda Budak Setan. Siapa yang pernah baca ketiga-tiga novel nukilan Ahadiat Akashah pasti tahu kisah cinta antara Kasyah, Ayu dan Katerina. Vee selalu berharap Vee dapat akhiri kisah cinta Vee dengan bersama dengan lelaki seperti Kasyah. =) Maksud Vee, lelaki yang dapat menyayangi Vee sepertimana Kasyah menyayangi Ayu dan Kate. Kenapa? Kasyah seorang lelaki yang sederhana, jujur, punya sense of humor di dalam dirinya, yakin dengan apa yang dia mahukan dalam hidupnya baik dari segi cinta dan kerjaya, pemaaf, penyayang, tegas, dan tulus menyayangi buah hatinya dengan sepenuh hati, sentiasa bijak dalam membuat keputusan, setia dan tahan godaan walaupun ada wanita yang mungkin jauh lebih baik daripada buah hatinya. Cinta Kasyah, satu cinta yang tulus suci, jujur… Bersih… =) … Itulah Kasyah… Maybe ada yang terdetik di hati masing2 mengatakan mustahil untuk Vee or mane2 wanita dalam dunia ni jumpa lelaki seperti Kasyah. Tapi bagi Vee, TAK MUSTAHIL… Selagi Vee sentiasa tulus ikhlas menyayangi lelaki yang Vee bersama. Selagi Vee sentiasa cuba berikan yang terbaik kepada lelaki yang Vee sayangi. Selagi Vee jujur dan setia terhadap lelaki yang Vee bersama. Selagi Vee percaya, CINTA SEJATI itu wujud…segalanya mungkin… =)

Pernah dengar tak kisah cinta sepasang burung layang2? Mari tuan hamba bercerita… :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Alkisah, bermulalah kisah yang menyentuh hati...

Kisah cinta burung layang-layang (Si Kekasih dan Si Perindu)







BestFreeDesign.Com border=

=') ... Kehilangan seseorang yang kita sayang daripada hidup kita, memang perit. Tapi kadang-kadang perkara itu yang perlu setiap orang lalui dan rasai. Sebab itulah, bagi Vee, selagi kita punya waktu untuk menyayangi orang yang kita sayangi, sayangilah pasangan kita sepenuh dan setulus hati. Jangan sesekali sakiti hati orang yang kita sayangi. Kalau tanpa sedar kita sakiti orang yang kita sayangi, 'MEMOHON MAAF' adalah perkara pertama yang kita harus lakukan, bukan bersikap 'EGO'. Tak ada sesiapa dalam dunia ni yang sempurna. Even Vee sendiri seringkali lakukan kesilapan di dalam hubungan. Sayangilah si buah hati seikhlas dan sejujur yang mungkin. Cuba berikan yang terbaik selagi termampu dan selagi tidak melampaui batasan yang sepatutnya.
Dan kalau kita rasa kita tak mampu bahagiakan orang yang kita sayangi itu lagi walau kita dah cuba sedaya upaya dan pelbagai cara, lepaskanlah BestFreeDesign.Com border=
orang yang kita sayangi dengan sebaik mungkin. Untuk dia dapatkan kehidupan yang lebih baik.

Setiap manusia adalah berbeza. Sejahat mana atau sebaik manapun individu itu, setiap orang berhak dan layak untuk bercinta. Setiap lelaki ditakdirkan untuk hidup bersama dengan wanita yang akan menjadi 'tulang rusuknya'. =)

♥Life isn't about waiting for the storm to pass, it's learning to dance in the rain♥
BestFreeDesign.Com border=


With Love,

2 comments:

besi said...

panjangnya entry vee kali ni...
setiap org punyai tafsiran sendiri...

sejujurnya...kurang arif soal hati ni.
tapi yg penting jujur dan saling hormat menghormati..ciri yg penting ...kot.
nakal2 sikit tu....semua org ada rasanya...

vee..have a nice weekend ya...

hans said...

setuju sangat entry Vee kali nih
nice
3 thumbs up

P/S : Bila Ego Setinggi Langit Memang Akan Jadi Susah Untuk Mengaku Kelemahan Diri