Thursday, September 23, 2010

♥ Darjat Ibu Bapa ♥


Assalamu'alaikum & happy Thursday...
Something to share...

***Copy & paste dari website ---> *click here*

Salah satu sifat utama seorang Muslim sejati dapat dilihat melalui tingkah lakunya yang bijak dan baik kepada ibu bapanya. Ini adalah kerana memperlakukan orang tua dengan hormat dan baik merupakan salah satu ajaran teragung Islam. Ini jelas ditegaskan dalam Al-Quran dan sunnah.

Islam mengangkat darjat ibu bapa pada tingkat yang baik dan begitu tinggi dan tidak dikenali dalam agama lain. Islam meletakkan kebaikan dan sikap hormat pada orang tua berada hanya satu tingkat di bawah keimanan kepada Allah dan ibadah yang benar kepada-Nya.

Allah mewahyukan banyak ayat yang mengukuh amanat tentang penegasan bahwa sikap ridha orang tua akan menentukan reda-Nya dan menghormati mereka dinilai sebagai keuntungan manusia yang berada satu tingkat di bawah keimanan kepada-Nya. Sehubungan ini Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Dan sembahlah Allah, dan jangan sekutukan Dia dengan sesuatu apa pun, dan berbuat baiklah kepada ibu bapa.” (an-Nisaa: 36)

Oleh kerana itu, seorang Muslim sejati sentiasa berbuat baik dan lebih menghormati ibu bapa daripada orang lain di dunia ini. Al-Quran menunjukan gambaran yang tegas mengenai tingginya kedudukan ibu bapa. Al-Quran menerangkan cara yang baik bagi seseorang Muslim dalam memperlakukan mereka, jika salah satu atau kedua-duanya hidup pada usia senja dan mencapai masa uzur dan lemah, pada darjat yang tidak dikenal sebelum sinar agama ini diturunkan ke muka bumi. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kau berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik baiknya. Jika salah seorang di antara kedua-duanya berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah kamu sekali-kali mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkan kepada mereka ucapan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah “wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua telah, mendidikku sewaktu masih kecil.” (al-Isra’: 23-24)

Inilah perintah Ilahi kepada seorang Muslim, yang disampaikan dalam bentuk perintah tertinggi dan mutlak: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan kepadamu supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapamu.” Kata-kata ini menunjukkan hubungan yang kuat antara menyembah Allah dan memperlakukan ibu bapa dengan baik dan hormat, kemudian mengangkat status orang tua pada tingat yang pernah di atur oleh para ahli cendekiawan mahupun ahli falsafah.

Ayat ini tidak berhenti pada pelukisan suatu gambaran yang tegas mengenai sikap hormat seseorang kepada orang tua, namun menegaskan kekutan kasih sayang, keramahan dan kebaikan dalm hati anak-anak dengan cara yang bijak dan dipenuhi rasa kemanusian: “Jika salah satu atau kedua-keduanya mencapai usia senja dalam kehidupanmu.” Ketika mereka mencapai usia senja dan lemah, mereka menjadi tanggung jawab kita, dan kita harus berhati-hati, menghindari kata-kata sinis atau bernada marah kepada mereka: “Jangan mengatakan kepada mereka ‘ah’ dan jangan pula membentak mereka.” Kita harus memilih waktu untuk berkata dengan baik kepada mereka, kata-kata yang membuat mereka merasa dicintai dan disukai: “Namun ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” Sikap kita kepada orang tua haruslah hormat, rendah hati dan taat: “Dan rendahkanlah dirimu dengan penuh kasih sayang.” Dan berdoalah untuk mereka atas kenikmatan tidak ternilai yang telah mereka perbuat untuk kita sebagaimana mereka memelihara kita sewaktu kita masih kecil dan lemah: “Dan ucapkanlah, ‘Wahai Tuhanku, kasihlah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidikku saat aku masih kecil.”

Seorang muslim yang terbuka hatinya menerima rujukan-rujukan yang ada dalam Al-Quran untuk meningkatkan rasa hormat kepada orang tuanya dan mendorongnya untuk memperlakukan mereka dengan baik.

“Sembahlah Allah, jangan sekutukan Dia dengan apa pun dan berbuat baiklah keapad orang tua…” (an-Nisaa: 36)


“Dan Kami perintahkan kepada manusia untuk berbuat baik kepada orang tuanya.” (al-Ankabut :8)


“Dan Kami perintahkan kepada manusia untuk berbuat baik kepada orang tuanya yang telah mengandungnya dengan susah payah. (Luqman:14)


Siapa pun yang mencari sumber-sumber Islam mengenai perbuatan baik kepada ibu bapa, akan mendapati sejumlah hadis yang memperkuat pesan ayat-ayat tersebut di atas dan menegaskan agungnya perbuatan baik dan sikap hormat kepada orang tua. Ia juga akan mendapati hadis-hadis yang memperingatkan terhadap ketidakpatuhan atau ketidakbaktian kepada orang tua dengan alasan apa pun.

Abdullah ibn Mas’ud berkata:

“Saya bertanya kepada Nabi s.a.w, ”Perbuatan apa yang paling dicintai oleh Allah?” Baginda menjawab, “Solat tepat pada waktunya.” Saya bertanya, “Lalu apa?” Baginda menjawab, “Berbuat baik kepada orang tua.” Saya bertanya, “Lalu apa?” Baginda menjawab, “Jihad di jalan Allah.” (Muttafaq ’alaih)


Nabi s.a.w, seorang pendidik agung, menempatkan kebaikan dan sikap hormat kepada orang tua berada di antara dua perbuatan teragung dalam Islam, solat tepat waktu dan jihad di jalan Allah. Solat adalah dasar keimanan, dan jihad adalah puncak keislaman. Ini menunjukkan betapa tingginya status yang diberikan Nabi s.a.w kepada ibu bapa.

Seseorang datang kepada Nabi s.a.w untuk berbaiat dan meminta izin kepada baginda bagi melaksanakan hijrah dan jihad demi mendapatkan pahala daripada Allah. Nabi s.a.w bukannya menolak untuk menerima baiatnya, namun baginda bertanya kepadanya, “Apakah kedua-dua orang tuamu masih hidup?” Orang itu menjawab, “Ya.” Nabi bertanya lagi, ”Dan engkau ingin memperoleh pahala daripada Allah?” Orang itu menjawab, “Ya.” Dengan bijak dan ramah Nabi s.a.w menasihatinya, “Kembalilah kepada orang tuamu dan jagalah mereka dengan cara yang terbaik.” (Muttafaq ’alaih)

***Susunan MUHAMMAD HATIM


-DOA UNTUK IBU BAPA-

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

P/S : Vee bukan seorang yang Islamic. Kurang pengetahuan tentang agama tapi sentiasa cuba untuk belajar mendalami agama dengan cara sendiri. Sharing is caring... =) ... Vee berkongsi benda yang Vee sekurang-kurangnya praktikkan dalam hidup Vee, dan Vee sayangkan & hormat kedua-dua parents Vee... Hanya Allah yang mampu membalas jasa dan bakti kedua ibu bapa kita. Namun kita jangan sesekali berhenti untuk membalas jasa ibu bapa kita sebanyak yang mungkin...

With Love,

6 comments:

Yana@Nana said...

selamat hari raya vee..
cntikyer vee bertudung...
teruja tengok

♥ Juliana Violet ♥ said...

Yana,
Selamat hari raya sayang...
Miss you... =)

besi said...

vee... sama2 kita kongsi ilmu, artikel yg bagus

eqbalzack said...

ayu...ayu sgt2!

Linglung said...

bagus. setinggi mana kita berada, sejauh mana kita melangkah, ibu bapalah punca segalanya. tanpa cinta mereka, kita tak wujud di dunia.. ye dak?

♥ Juliana Violet ♥ said...

Besi.
sharing is caring... =)

Abang eQ,
=) ... Bukan senang nak terima pujian dari abang eQ nie... =)

Linglung,
Kasih ibu bapa memabawa ke syurga... =)