Nabil memetik gitar sambil mengalunkan lagu “Misteri Cinta Sakti” nyanyian asal penyanyi Azmir Arif. Matanya terpejam rapat bermain gitar dan menyanyi dengan penuh perasaan. Di fikirannya terbayang satu wajah gadis ayu yang dikenalinya beberapa bulan lepas.
“Lafazkan lah rahsia hati sendu....huraikanlah isi hidupmu.....oh... relakan lah ku dalam hidupmu.....harungi bersama.....lafazkan lah rahsia hati murni ini” selesai menyanyikan bait terakhir lagu tersebut, Nabil membuka matanya perlahan sambil tersenyum. Gitar biru kesayangannya kemudiannya diletakkan di sisi pahanya. Nabil yang sebenarnya baru bangun dari tidur mengeliat lama sambil menguap.
“Kalau Rania tau begini perangai kau....aku rasa baik kau lupakan je lah niat nak tackle die” suara Shafiq kedengaran jelas di belakangnya. Nabil yang terkejut besar hampir melatah.
“Kau! Bila kau masuk bilik aku ni dude?!!” mata Nabil yang tadinya masih kuyu terbuka luas. Shafiq tersenyum kecil.
“Itulah kau. Angau sampai aku masuk bilik tadi pun kau tak sedar. Bukan main feeling lagi kau aku tengok tadi” Nabil menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih.
“Dengan tak mandi... Tak gosok gigi... Entah-entah kau main gitar tadi pun mamai-mamai” sambung Shafiq.
“Aku mimpi die tadi Fiq. Dalam mimpi tu, aku mimpi kitorang berjalan berpegangan tangan dekat tepi pantai... Matahari tengah terbenam.... Lepas hujan turun renyai-renyai... Aku dengan die berlari-lari anak...” Shafiq yang merasa ‘geli’ melihat kelakuan Nabil yang bercerita sambil memejamkan matanya sambil memeluk erat bantalnya memotong cerita Nabil.
“Wei!”
“Opocot!!!” Nabil melatah apabila Shafiq tiba-tiba menepuk kuat bahunya.
“Kau ni.... Jalan berpegangan tangan... Matahari terbenam... Dalam mimpi tu kau sembahyang Maghrib tak dengan Rania?” Shafiq berseloroh dengan Nabil sambil tergelak kecil.
“Kau ni... Aku cerita tak habis lagi...” Nabil memuncungkan mulutnya. Shafiq lagi sekali tergelak kecil. Sudah masak dengan sikap Nabil yang kelakar dan agak sensitif. Namun begitu, walaupun Nabil cepat marah atau merajuk, dia agak mudah dipujuk kalau kena pada caranya.
“Dah... dah... Jangan nak muncung-muncung mulut kau yang ber ‘air liur’ basi tu. Sekarang dah pukul 2. Kau lambat, aku gerak dulu” Nabil terpinga-pinga.
“Nak ke mane?” Shafiq menepuk dahi.
“Kan ke nak ke PD ramai-ramai. Aku ingatkan kau orang yang paling excited yang nak pergi sebab Rania pergi jugak. Nabil ternganga.
“Laaa... Nganga ape lagi? Moh la...!”
“Moh la!” Nabil melatah apabila Shafiq bercakap dengan nada yang agak kuat. Shafiq tersengih. Sengaja menyakat Nabil.
“Bukan 10 Oktober ke gi PD?” Nabil tidak berpuas hati.
“10 October apenye? Kau ni... Takkan angau sampai jadi macam ni kot” Mata Nabil berkedip laju. Otaknya ligat berfikir sesuatu.
“Laa.... Macam mane aku boleh silap ni. Itu hari jadi Rania lah. Tunggu aku pack barang!” Nabil melompat bangun dari katilnya.
Shafiq lagi sekali menepuk dahinya!
************************************************************************************
Nabil dari jauh memerhatikan gerak geri Rania. Shafiq yang duduk bersebelahan dengannya sambil membaca surat khabar menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia kemudiannya berpaling melihat ke arah Rania yang sedang rancak berbual dengan beberapa rakannya yang lain. Shafiq akui bahawa Rania adalah seorang gadis yang berkulit cerah, ayu, manis dan manja dan tidak mustahil dengan keperibadian yang dmilikinya itu, banyak lelaki yang terpikat kepadanya. Namun Rania bukan di dalam kategori gadis yang diminatinya.
“Kenapa kau tak beranikan diri je, berterus terang tentang perasaan kau pada die Bil?” soalan yang muncul dari bibir Shafiq membuatkan Nabil tersentak. Shafiq memandang lama ke arah Nabil yang diam membisu menanti jawapan dari sahabat karibnya itu.
“Errr....”
“Err.... ape? Kau lkan lelaki. Gentleman lah sikit” Shafiq cuba memberi dorongan.
“Aku.... aku bukannye ape. Die tu kan ramai peminat. So, aku takut nanti die reject aku. Aku takut dapat malu nanti”
“Alaaa... itu bukan malu. Itu ego... Kau takut jatuh maruah kau kalau die tolak cinta kau. Sampai bile kau nak pendam perasaan kau macam ni? Aku cabar kau luahkan perasaan kau pada die selama ni malam ni” Nabil membulatkan matanya melihat Shafiq. Shafiq mengangguk beberapa kali. Ternyata dia serius mencabar Nabil.
“Biar betul kau”
“Serius! Dah hampir setengah tahun aku tengok kau memendam perasaan dekat die. Dan setahu aku, Rania still single and available”
Nabil menarik nafas panjang. Entah mengapa dia tiba-tiba merasakan jantungnya berdegup kencang. Dia menoleh ke arah Rania. Kali ini dia agak terkejut apabila gadis itu dari jauh sedang memerhatikannya.
‘Betulke die tengok aku? Perasan atau perasaan aku ni?’ bisik hati kecil Nabil.
Sekali lagi Nabil berpaling ke arah Rania. Ternyata Rania memang benar memerhatikannya dari jauh. Gadis itu kemudiannya tersenyum manis kepadanya.
Nabil hampir pitam!
*************************************************************************************
“Aku tak faham betullah korang ni. Kau cakap kau ada hati pada dia. Dan aku yakin... Bukan aku je lah, aku rasa ramai orang pun yakin yang Nabil tu ada hati pada kau. So kenapa tak boleh pulak?” Shaza membebel panjang pada Rania. Rania tersenyum dan hanya menundukkan wajahnya.
“Eh! Tapi takkan kau nak mulakan dulu, ye tak? Nanti ibarat perigi cari timba pulak. Kita sebagai perempuan yang penuh dengan nilai-nilai ketimuran dan kesopanan serta ketatasusilaan kena jual mahal sikit” Shaza merepek sendirian tanpa menyedari Rania sedang tunduk menangis.
“Betul ta –“ kata-kata Shaza terhenti ketika dia memalingkan wajahnya ke arah Rania. Serentak riak wajahnya berubah.
“Rania... Kau... Kenapa kau menangis? Sorry lah kalau aku salah cakap. Kau tahulah aku ni kan suka merepek” Shaza mula rasa bersalah. Dia duduk melutut cuba melihat wajah Rania kerana Rania yang sedang duduk di sisi katil menundukkan wajahnya.
“Rania....” panggil Shaza perlahan sambil memegang lembut bahu rakan sejawatnya itu. Tak lama kemudian Rania mengangkat wajahnya memandang Shaza. Dengan air mata yang berlinangan di matanya, Rania tersenyum kepada Shaza.
“Sorry Shaza. Nia emosi sikit. Sha tak salah cakap ape-ape pun”
“Tapi....”
“Sha, sebenarnya banyak tentang Nia yang Sha tak tahu walaupun kita rapat sejak mula kita kenal” lembut tutur bicara Rania bercerita kepada Shaza. Shaza yang tadinya melutut, bangun duduk bersebelahan Rania.
“Terlalu privacy ke?” Shaza terdorong dengan perasaan ingin tahu.
“Agak privacy. Tapi.... Nia rasa macam nak berkongsi dengan Sha sekarang. Mungkin lepas tu baru Sha faham kenapa Nia susah nak terima lelaki dalam hidup Nia” anak mata Shaza bulat bersinar. Dia dapat merasakan bahawa selama ini Rania sidah lama terbeban dengan kisah silamnya sendiri.
“Nia.... sebenarnya... janda...” saat ini Shaza terdiam seribu bahasa. Nafasnya seolah-olah tersekat. Rania tersenyum melihat reaksi Shaza.
“Dah hampir dua tahun Nia menjanda” Shaza melepas nafas perlahan-lahan. Rania masih memerhatikan reaksi Shaza.
“Kami bercerai selepas 3 minggu akad nikah” saat ini mata Shaza bulat memandang tepat ke arah Rania manakala tangannya mencapai jari jemari Rania dan menggenggam erat jari jemari gadis ayu itu. Rania yang sedang tersenyum melepaskan satu keluhan kecil dan memandang ke arah dinding. Bersedia untuk menceritakan kisah silamnya kepada Shaza.
“Arwah suami Nia, Ikhwan namanya. Nia kenal dia semenjak dia berpindah ke kawasan perumahan yang Nia tinggal bersama dengan parents Nia. Dia tinggal selang beberapa rumah aje dengan rumah Nia. Ikhwan tinggal menyewa dengan dua, tiga rakan lelaki yang lain. Beberapa bulan lepas tu, Ikhwan beranikan diri datang berjumpa Nia dekat rumah sewaktu parents Nia keluar. Waktu tu dia luahkan perasaan cintanya terhadap Nia” Shaza tekun mendengar cerita Rania.
“Kebetulan pulak, pada waktu yang sama, teman lelaki Nia datang ke rumah untuk hantar sesuatu pada Nia...so salah faham terjadi antara Nia dengan kekasih Nia waktu tu” Rania terdiam seketika.
“Then dia tinggalkan kau ke? Lepas tu kau kawen dengan Ikhwan?” Shaza membuat telahan sendiri. Rania yang tadinya agak muram tergelak kecil kemudian menggelangkan kepalanya.
“Tak. Kitorang ok lepas tu. Cuma Ikhwan pandai ambil hati parents Nia. Dia selalu ke masjid dengan abah. Tunjukkan imej yang baik sampaikan abah suka sangat dengan Ikhwan. Mama yang kebetulan kurang berkenan dengan kekasih Nia waktu tu, selalu minta Nia pertimbangkan Ikhwan untuk menjadi suami Nia” Shaza mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Nia tak pernah ceritakan pada kekasih Nia tentang apa pandangan mama dan abah Nia terhadap dia. Sebab Nia terlalu sayangkan dia. Nia yakin dia akan dapat bahagiakan Nia”
“Boleh aku tahu kenapa mama kau tak sukakan errr.... kekasih kau tu?”
“Hafizy... Hafizy namanya. Dia berasal dari golongan keluarga yang susah dan takde kerja tetap. So sebab tu lah mama kurang sukakan die” Shaza mengangguk kecil.
“Then macam mane kau boleh kawen dengan Ikhwan?”
“Satu hari, Hafizy datang rumah Nia sebab nak berbincang tentang hubungan Nia dengan dia. Selalunya kami berbual di luar pagar rumah je tapi hari tu Hafizy desak untuk masuk berbual di dalam rumah. Pada mulanya Hafizy minta penjelasan mengenai hubungan Nia dengan Ikhwan. Nia jujur berterus terang pada Hafizy yang Nia dengan Ikhwan tu cuma jiran. Ikhwan cuma rapat dengan abah sebab selalu ke masjid sama-sama. Tiba-tiba Hafizy naik angin. Hafizy memang agak panas baran. Dia tuduh Nia berlagak baik selama ni dan tipu dia” Air mata Rania mula bergenang. Shaza menggenggam lebih erat jari Rania.
“Hafizy ceritakan bahawa Ikhwan ceritakan bahawa abah setuju untuk satukan Nia dengan Ikhwan. Dan Ikhwan menokok tambah cerita bahawa Nia sebenarnya dalam diam menjalinkan hubungan istimewa dengannya. Waktu tu, Nia hilang sabar, Nia tampar kuat pipi Hafizy” kali ini air mata Rania yang tadinya bergenang laju mengalir keluar. Shaza menjadi tak keruan.
“Hafizy pun yang waktu tu entah dirasuk ape, cuba rogol Nia” Rania menekup mukanya.
“Tapi Nia tau.... Fizy bukan seorang lelaki yang jahat. Nia tau dia tertekan sebab Ikhwan ceritakan kepada die cerita yang tak betul dan tentang mama dan abah yang selama ini tak sukakan dia. Waktu tu Nia tau dia hilang kawalan sebab dia terlalu ingin memiliki Nia. Kami berdua terlalu mencintai satu sama lain Sha.... Nia sayangkan Fizy” Rania semakin emosi. Shaza menarik Rania ke dalam pelukannya. Dibiarkan Rania menangis melepaskan sedihnya selama ini walaupun hatinya ingin mengetahui bagaimana Rania berkahwin dengan Ikhwan dan menjanda.
“Nia sayangkan Fizy.....” Rania yang masih menangis, mengulangi kata-katanya.
************************************************************************************
Mata Nabil tajam merenung ke arah Rania yang berdiri di tepi pantai di samping Shaza. Dia tekad mahu meluahkan perasaannya kepada Rania malam ini. Puas difikirkan cara mahu meluahkan perasaannya kepada gadis ayu itu.
“So amacam?”
“Macam tu lah!” Nabil sekali lagi melatah apabila Shafiq yang tiba-tiba muncul dari belakangnya bersuara.
“Sudah sudahlah tu Bil. Kau ni, makin teruk latah kau aku tengok” Shafiq tergelak kecil. Kasihan kadang-kadang melihat Nabil melatah.
“Kau ingat aku sengaja ke?”
“So amacam? Ape plan kau?”
Nabil tersengih menampakkan gigi putihnya yang tersusun cantik. Matanya yang berwarna coklat jernih kelihatan bersinar-sinar menggambarkan hatinya yang sedang riang.
“Tu!” Nabil menunding ke arah rakan-rakan sekerja mereka yang sedang makan di tepi pantai. Shafiq mengerutkan keningnya.
“Kenapa?”
“Tu!” kali ini Nabil menundingkan jarinya telunjuknya ke arah Rania.
“Ok.... Err.... Aku tak faham lah”
“Tengoklah” Nabil kemudian menggapai gitar kesayangannya dan mula memetik gitarnya. Dikerlingnya ke arah Shafiq. Shafiq sudah tersengih seolah-olah memahami apa yang Nabil cuba lakukan. Perlahan-lahan Nabil memetik gitarnya sambil melangkah ke arah Rania. Setiap pemilik mata yang dan telinga yang mendengar petikan gitar Nabil berhenti berbual dan melihat tindak tanduk dan mendengar alunan petikan gitar Nabil yang menyanyikan lagu Falling nyanyian asal dari kumpulan N Sync.
“I don’t know how….
I don’t know why…..
But girl it seems….
You’ve touched my life….
You’re in my dreams…
You’re in my heart….
I’m not myself…
When we’re apart….
Something strange has come over me….
A raging wind across my seas….
And girl you know that your eyes are to blame…
And what am I supposed to do…..
If I can’t get over you…….
And come to find that you don’t fee the same…….
’cause I’m falling, falling………
Girl I’m falling for you……
And I pray you’re falling too……..
I’ve been falling, falling……
Ever since the moment……
I laid eyes on you……”
Nyanyian Nabil terhenti apabila dia berada dekat dengan Rania. Rania menjadi tak keruan apabila dia sedar dia dan Nabil menjadi tumpuan ramai. Senyuman dan renungan Nabil membuatkan jantungnya berdegup laju. Shaza yang memerhatikan dari tadi tersenyum lebar. Manakala Shafiq perlahan-lahan berjalan ke arah Nabil yang asyik merenung Rania dari tadi. Sampai dekat dengan Nabil, sengaja dia mencucuk jari telunjuknya ke pinggang Nabil lantas...
“I love you Rania!” Nabil melatah! Wajah Rania memerah. Serentak kedengaran suara orang ramai tertawa. Sekali lagi Shafiq mencucuk pinggang Nabil.
“Jom kawen!”
Kali ini Nabil lari dan terjun ke dalam laut!
*************************************************************************************
“Ntahlah... Kau tahulah dulu aku pernah kecewa kan? Memang pintu hati aku tertutup untuk terima mane-mane perempuan lagi dalam hidup aku. Rania je satu-satunya perempuan yang berjaya buka pintu hati aku lepas Zaharah” Shafiq tekun mendengar.
“Teruk sangatke aku ni?” soal Nabil pada Shafiq.
“Ape?”
“Teruk sangat ke aku ni?” Shafiq terpinga-pinga dengan soalan Nabil. Namun sempat dia menggeleng.
“Then, kenapa mesti dia elakkan diri lepas aku luahkan perasaan aku pada dia? Depan ramai orang pulak tu”
“Bil, kalau betul-betul kau nakkan die, kau kena usaha lebih. Jangan cepat give up”
“Aku bukan give up dude. Aku cuma takut aku syok sendiri je. Aku memang betul-betul suka die. Kau pun tahukan? Masalahnye sekarang, kalau die pun syok kat aku... Mesti die kasi respon positif dekat aku. Ini tidak, tiap kali nampak aku, buat-buat tak tau, buat-buat tak nampak. Tiap kali aku nak berbual dengan die, cepat je matikan perbualan aku” Nabil mengeluh kecil.
“Aku... tak tau nak cakap ape....”
“Tapi aku tetap akan usaha Fiq. Cuma aku confuse skit je sekarang dengan perasaan die terhadap aku. Aku berani luahkan perasaan aku depan ramai orang waktu tu pun sebab aku rasa macam dia pun ada hati dekat aku jugak”
“Luahkan perasaan dengan melatah?” Shafiq menyakat.
“Kaulah!” Nabil menyalahkan Shafiq yang sengaja membuatkan dia melatah di hadapan Rania.
“Sorry lah Bil. Aku tunggu kau lama sangat nak berterus-terang kat die, so aku gunalah cara tu”
“Tapi bagus jugak, kalau kau tak cucuk aku hari tu, aku pun tak tau nak cakap macam mane dekat die. Sambung yang tadi.... aku rasa dia pun ada hati pada aku. Tapi kalau sebenarnya selama ni aku perasan or syok sendiri je, baru aku give up....”
“That’s the spirit!!!!” Shafiq menepuk-nepuk bahu Nabil.
************************************************************************************
“Rania!” Nabil memanggil Rania dari jauh. Langkah kaki Rania terhenti namun dia tidak memalingkan tubuhnya ke arah Nabil yang memanggilnya. Nabil berlari-lari anak ke arah Rania.
“Jom.... makan sesama...” Rania mengalihkan pandangannya ke arah Nabil.
“Jom... Saya hope awak tak tolak. Saya pun ade benda nak cakapkan dengan awak” mata Rania terkebil-kebil melihat Nabil. Bibirnya bergerak-gerak cuba berkata sesuatu namun suaranya tidak mahu keluar.
“Haa... tu kenapa tu. Baca doa ape tu? Ke teringin nak jadi ikan emas?” Nabil berseloroh. Kali ini Rania tertawa kecil.
‘Comelnye kau gadis’ bisik hati kecil Nabil.
“Jom!” lagi sekali Nabil mengajak Rania. Kali ini Rania akur dan mereka sama-sama berjalan menuju ke sebuah restoran makan terdekat.
*************************************************************************************
Ikhwan yang sedang melangkah masuk ke dalam restoran makan bersama seorang rakannya terpandang ke arah seorang gadis ayu yang sedang rancak berbual bersama seorang lelaki. Hatinya memuji kecantikan yang dimiliki gadis tersebut. Dan dia dapat merasakan seolah-olah ada satu perasaan aneh yang melingkar di hatinya saat menatap wajah gadis tersebut. Dikerlingnya pula ke arah lelaki muda yang duduk berhadapan dengan gadis tersebut.
‘Sepadan’ detik hatinya.
Tiba-tiba gadis tersebut mengalihkan pandangannya dan melihat tepat ke arah Ikhwan. Ikhwan kehairanan apabila sebaik sahaja gadis tersebut melihatnya, gadis itu menjadi tidak keruan dan tak lama selepas itu dia bangun meninggalkan lelaki di hadapannya yang barangkali merupakan kekasihnya itu. Mata Ikhwan mengekori langkah kaki gadis tersebut. Otaknya ligat berfikir sesuatu. Gadis itu seolah-olah pernah muncul di dalam mimpinya!
*************************************************************************************
“Oooohhhh... Patutlah die layan kau macam tu selama ni”
“Mula-mula tu, aku macam susah nak accept jugak tau. Ye lah, gadis idaman aku tu janda. Kau tahulah, aku ni lelaki bujang... Nak kawen dengan janda. Apa mak ayah aku fikir pulak nanti kan? Tapi lepas aku fikir balik, aku sayangkan dia. Aku ikhlas sayangkan dia. Lagipun, janda tu, cuma title yang dia dapat lepas bercerai dengan lelaki yang langsung dia tak pernah cinta. Dia bersumpah dekat aku yang bekas suami die tak pernah sentuh die” Nabil bercerita dengan panjang lebar. Shafiq mengangguk-anggukkan kepalanya beberapa kali.
“So apa status korang sekarang ni?”
“Status.... aku pun tak tau... Belum sempat aku nak bincangkan hal aku dengan dia... Dia tiba-tiba macam ada hal penting hari tu, minta diri balik dulu. Belum sempat aku cakap ape-ape dia dah bangun tinggal aku. Musykil jugak aku, die cakap die dah ceritakan semuanya pada aku tapi tingkah laku dia tu buat aku rasa dia macam ade simpan rahsia lain lagi” Shafiq terdiam. Nabil juga terdiam lama seolah-olah memikirkan sesuatu.
“Macam mane dorang boleh bercerai sebab kau cakap orang tua die berkenan sangat dengan si Ikhwan tu?”
“Minggu kedua dorang kawen, Rania terima satu envelope dari orang yang die tak kenal. Lepas buka je envelope tu, memang terkejut besar lah dia tengok gambar bogel Ikhwan dengan sorang perempuan lain. Tarikh dekat gambar tu pulak tunjuk tarikh 2 hari sebelum dorang akad nikah. Dia apa lagi, tunjuklah gambar tu pada mama dengan abah die. Last-last barulah dorang tau, Ikhwan tu kaki perempuan sebenarnya. Dia memang bersama dengan perempuan tu sebelum kenal Rania. Dia tinggalkan perempuan dalam gambar tu sebab dia nak dapatkan Rania. Perempuan tu yang tak dapat terima hakikat, lepaskan Ikhwan tapi dalam diam buat rancangan kenakan Ikhwan. Dia pujuk Ikhwan bersama dengan dia 2 hari sebelum Ikhwan akad nikah, yang si Ikhwan tu pulak ikutkan nafsu.... Last-last, Rania yang jadi mangsa. Jumpa gambar bogel suami sendiri dengan perempuan lain lepas kawen”
“Lepas tu?”
“Lepas tu Rania yang selama ni asyik patuh je dengan kata-kata mama dan abah die, failkan penceraian. Ikhwan memang tak nak bercerai sebab die cakap die nak berubah, die memang nakkan Rania. Time tu Rania ceritalah kenapa Hafizy boleh jadi hilang akal sampaikan nak bertindak di luar kawalan sebelum tu. Gara-gara Ikhwan yang mereka cerita”
“Then kenapa Rania tak bersama dengan Hafizy balik lepas tu?” Shafiq semakin di dorong dengan perasaan inign tahu. Nabil melepas keluhan kecil.
“Waktu Hafizy datang minta ampun sebab buat perkara yang tak baik pada Rania sebelum tu pun, orang tua Rania halau dia macam anjing kurap. Lepas tu paksa Rania kawen dengan Ikhwan. Lepas rahsia Ikhwan terbongkar, barulah Rania bercerita tentang keadaan sebenar keluarga Hafizy. Bagaimana Hafizy bekerja keras selama tu untuk tanggung keluarganya sebab ayahnya jatuh sakit. Tapi.....” kata-kata Nabil terhenti.
“Tapi....?” Shafiq mengerutkan dahinya.
“Tapi, waktu orang tua Rania ke rumah Hafizy nak minta maaf sebab banyak merendahkan martabat Hafizy sebelum ni dan halau dia macam anjing kurap waktu dia ikhlas nak minta ampun dengan orang tua Rania.... Ibu Hafizy cakap Hafizy dah meninggal dunia sebab kemalangan lepas hantar adik dia balik dari sekolah.......” Shafiq ternganga.
Suasana menjadi sepi. Nabil melurutkan kedua telapak tangannya ke wajahnya kemudian menghembus kuat nafasnya.
“Lepas dari tu, Rania bersendiri.... Pintu hati tertutup untuk mane-mane lelaki.... Dia berpindah keluar dari rumah.... Sampailah dia mula bekerja dekat syarikat kita ni... And kenal aku... ” butir bicara Nabil keluar satu satu.
“Kau ikhlas sayangkan die kan?” soal Shafiq spontan.
“Yup!”
“So tunggu ape lagi?”
“Tunggu dia pujuk aku yang tengah merajuk ni”
“Nape pulak?”
“Sebab hari tu aku tak sempat cakap ‘I love you’ die bangun tinggal aku!”
Shafiq tertawa besar!
************************************************************************************
“Nabil….” Rania memanggil Nabil perlahan. Nabil yang mendengar sengaja buat endah tak endah.
“Nabil….” Lagi sekali Rania memanggil Nabil. Kali ini lengan baju Nabil ditariknya berkali-kali.
“Emmm….” Sepatah Nabil menjawab.
“Saya minta sorry....” Nabil hampir tergelak.
‘Saya minta sorry? Ade ke ayat camtu?’ bisik hatinya.
“Nabil... Semalam saya terkejut sangat bila nampak Ikhwan masuk ke kedai makan yang kita tengah duduk tu....” serentak Nabil memalingkan badannya ke arah Rania.
“Haaaa??!!!” Rania mengangguk laju.
“Saya tak tahu macam mane nak explain perasaan saya semalam. Tapi lepas balik rumah, saya bertenang.... Saya rasa bersalah tinggal awak macam tu je semalam” wajah Rania kelihatan suram. Jelas kelihatan dia rasa bersalah dengan sikapnya semalam.
“Tapi awak tak call saya kenapa?”
“Saya mane ade nombor telefon awak...” wajah Rania masih muram namun kelihatan sangat comel pada mata Nabil.
“Hmmm.... then, Ikhwan tu ape cerita?”
”Nia call mama semalam, barulah mama cerita Ikhwan dah hilang ingatan lepas kena belasah dengan sekumpulan lelaki sebab Ikhwan dah buat adik dia mengandung tapi taknak bertanggungjawab. Sampai sekarang dia tak ingat ape-ape lagi” Nabil diam seribu bahasa. Sengaja mahu lihat bagaimana Rania mahu memujuknya.
“Nabil maafkan Nia tak ni?” kali ni mata Rania memandang tepat ke anak mata Nabil. Jantung Nabil berdegup kencang.
‘Si ikan emas ni.... Tengok aku macam tu pulak... Cairlah aku kejap lagi’ bisik Nabil dalam hatinya.
“Nabil....” lagi sekali jari Rania menarik-narik lengan baju Nabil. Nabil sengaja memalingkan badannya membelakangkan Rania. Rania yang sudah mula sedar Nabil sengaja bermain tarik tali dengannya melepaskan tangannya.
“Takpelah kalau Bil marahkan Nia. Sekali lagi Nia minta maaf. Nia nak buat kerja dulu” Rania mula melangkah keluar dari pantry pejabat mereka. Riak muka Nbil berubah. Cepat-cepat dia berpusing untuk menahan Rania dari pergi. Sedang dia memalingkan badannya, dia terlanggar satu cawan plastik kosong sehingga membuatkan cawan tersebut terjatuh ke lantai. Nabil yang terkejut waktu itu melatah lagi.
“Don’t go ikan emas! I love you!’ Nabil menutup mulutnya dengan hujung jari tapak kanannya. Rania kemudian berpaling melihat Nabil sambil tergelak kecil sambil tangannya di angkat untuk mencucuk pinggang Nabil. Nabil yang terkejut apabila Rania ingin mencucuknya sekali lagi melatah.
“I lap you bebeh!” kali ini kedengaran beberapa suara tertawa di sebalik pintu pantry. Nabil cepat-cepat melangkah ke arah pintu pantry dan rupa-rupanya Shaza dan Shafiq sedang menyorok di sebalik pintu mendengar perbualannya dengan Rania. Rania tercengang.
“Aku.... akuuu.... Aku nak minum air tadi..... Kan Shaza kan?” Shaza mengangguk laju megiyakan kata-kata Shafiq. Sambil memeluk tubuh, Rania memandang tajam ke arah Shaza.
“Aku... pun kebetulan.... dahaga... nak minum air.... haga.... haga....” tergagap-gagap Shaza berkata sambil menggosok-gosok lehernya menandakan kononnya dia dahaga. Rania dan Nabil, kemudiannya tersenyum. Shafiq yang lega kerana Nabil dan Rania tidak marah, mula menyakat Nabil.
“Tunggu apa lagi!” sergahnya sambil mencucuk pinggang Nabil.
“Tunggu apa lagi!” Nabil mengulang kata-kata Shafiq.
“Kawenla!” lagi sekali Shafiq menyergah Nabil. Serentak Nabil menarik tangan Rania dan mengepitkannya ke lengannya sambil mulutnya melatah sekali lagi.
“Ikan emas! Jom kawen!”
6 comments:
huhu..
besh2..
tp nk tnye sket..
nia kawen ngn ikhwan tuh kan..
then apsal dorang cerai??
nia xley time ikhwan ke??huhu...
apa endingnya? ada sambungan ke?
Dear Vee,
LoL tak baca lagi cerpen ni.
Free karang LoL baca k.
Lama Vee tak update. Rindu Vee..
Ok Vee..
Take care ok..
Mish ya!
vee..selamat hari raya....
happy ending.....ikan emas
menarik...........
Baru baca separuh....nanti nak sambung balik lah...
Dear Vee,
Dah baca..
lawak..
melatah..
ada sesuatu yg menarik tentang Rania.
Huhu..
happy ending..
tak sakit hati..
best..
Post a Comment