Thursday, October 8, 2009

Cerpen - Cincin hari pertama, ke-100, ke-1000 dan ke-1101

Cincin hari pertama, ke-100, ke-1000 dan ke-1101

11hb Feb 2008 (pagi)

Zamie Iskandar : I miss you. Kesal dengan ape yang dah jadi.
Kamila Julia : Yang lepas biarkan berlalu. Take care.


11hb Febuari 2008 (petang)

Mazita Batrisya : I’m sorry for everything.
Luqman Hisham : Let bygone be bygone. Take care.


-------------------------------------------------------------------------------------

Suasana di dalam restoran Shangri-la hotel yang terletak di Jalan Sultan Ismail hingar bingar dengan suara orang ramai yang rancak berbual menikmati beraneka makanan di atas meja masing-masing. Buat kali pertama pada tahun itu, pekerja-pekerja melayu di syarikat pengiklanan milik tunggal Dato’ Harith berkumpul makan bersama-sama di bufet berbuka puasa pada hari itu. Ada yang masih tidak mengenali rakan sekerja masing-masing di atas faktor bekerja di berlainan bidang tugas dan bekerja di berlainan bilik pejabat yang bertingkat dua itu. Julia perutnya sudah mem’buncit’ sedikit berbanding sebelum berbuka puasa tadi, bangun menuju ke bahagian buah-buahan untuk menjamah buah kegemarannya, tembikai. Sedang dia berjalan, Julia bertembung dengan seorang lelaki yang langsung tidak pernah dilihatnya sebelum ini yang turut menuju ke arah bahagian buah-buahan. Masing-masing berdiri dan berpandangan antara satu sama lain seketika kerana tidak dapat berganjak kerana terpaksa beratur menunggu giliran untuk mengambil makanan.
“Hai.... Muka you familiar lah” sapa Hisham. Julia mengerutkan dahinya.
“Ye ke?” Hisham mengangguk. Kemudian masing-masing diam dan terus membuat hal masing-masing. Menyambung mem’besar’kan perut masing-masing dengan makanan percuma yang ditanggung bersih oleh Dato’ Harith.
Sedang duduk di tempat masing-masing, Hisham sempat bertanya rakan setugasnya, Kimi mengenai Julia manakala Julia sempat mengerling ke arah Hisham.

*************************************************************************************

Bulan Ramadhan sudah berlalu. Hubungan Hisham dan Julia bertambah rapat apabila masing-masing sering berbalas emel ketika waktu bekerja. Namun jarang sekali mereka bercerita mengenai kisah peribadi masing-masing.

_____________________________________________________________________________________

From: Luqman, Hisham
Sent: Friday, October 07, 2009 5:04 PM
To: Julia, Kamila
Subject: Maksud disebalik tarikh lahir

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.
Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada.
Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)
Keterangan nombor lahir
1. Ketulenan
2. Pendamai
3. Ceria
4. Konsevatif
5. Perintis
6. Romantik
7. Intelektual
8. Penyelesaian
9. Pelakon

_____________________________________________________________________________________
From: Julia, Kamila
Sent: Friday, October 07, 2009 5:06 PM
To: Luqman, Hisham
Subject: RE: Maksud disebalik tarikh lahir

Mine is 6. Yours?

=)

_____________________________________________________________________________________
From: Luqman, Hisham
Sent: Friday, October 07, 2009 5:08 PM
To: Julia, Kamila
Subject: RE: Maksud disebalik tarikh lahir

Romantik? Saya 3.

_____________________________________________________________________________________
From: Julia, Kamila
Sent: Friday, October 07, 2009 5:14 PM
To: Luqman, Hisham
Subject: RE: Maksud disebalik tarikh lahir

Waahhh... Ceria eh? Saya nak cari baju dekat Sg Wang untuk ke company trip nanti. Nak ikut tak?

_____________________________________________________________________________________

From: Luqman, Hisham
Sent: Friday, October 07, 2009 5:20 PM
To: Julia, Kamila
Subject: RE: Maksud disebalik tarikh lahir

Boleh je. Saya pun tak de buat ape-ape nanti.

_____________________________________________________________________________________

From: Julia, Kamila
Sent: Friday, October 07, 2009 5:25 PM
To: Luqman, Hisham
Subject: RE: Maksud disebalik tarikh lahir

Ok. Dalam pukul 6.30 jumpa dekat Mc’D Bukit Bintang nanti ok?

_____________________________________________________________________________________
From: Luqman, Hisham
Sent: Friday, October 07, 2009 5:30 PM
To: Julia, Kamila
Subject: RE: Maksud disebalik tarikh lahir

Aite!

_____________________________________________________________________________________

Hisham mengerling ke arah jam tangannya.
‘7.30. Mane die ni? Nak call pun takde nombor telefon.’ gerutu Hisham di dalam hati. Sudah hampir sejam dia menanti Julia di Mc’Donald Sg Wang plaza.
‘Alamak! Entah-entah Mc’Donald sebelah Giordano tu!’ Hisham bingkas bangun setelah menyedari terdapat lagi satu restoran Mc’Donald berhampiran Bukit Bintang.

Julia yang lama menunggu, sudah mula berasa bosan. Dia mengerling ke arah lututnya yang terluka kerana terjatuh di dalam bas tadi.
‘Lambatnye! Nak kate jamm, naik motor.... Haih!’ Julia mengomel di dalam hati. Dia kemudian yang sudah malas menunggu, bingkas bangun dan berjalan menuju ke Sg Wang plaza.
Dari jauh Hisham memerhatikan Julia yang sudah masam mencuka yang sedang berjalan dari seberang jalan. Dia sekadar memerhatikan tingkahlaku Julia yang berjalan sambil menundukkan kepalanya ke bawah dengan mulut yang memuncung.
‘Memang sah marah!’ bisiknya di dalam hati.
Sampai di pertengahan jalan di mana kebanyakan orang berhenti untuk melintas jalan, Julia menghentikan langkahnya kerana terasa seperti dihalang oleh satu tubuh yang lebih besar dan tinggi darinya. Julia kemudiannya melangut ke atas,
“Sorry....”
Ketika kebanyakan orang bersesak-sesak melintas jalan, mereka masih berdiri menatap wajah masing-masing.

-------------------------------------------------------------------------------------

“Sorrylah, saye ingatkan Mc’D ni yang awak maksudkan tadi”
“Hmmm... takpelah, saya pun salah jugak tak cakap betul-betul Mc’D mane tadi? Lagipun awak pun dah penat temankan saya cari baju tadikan? Thanks ek?” kedua-dua mereka tersenyum.
“Kalau tadi kite ade nombor telefon masing-masing kan tak jadi macam tu” Julia mengangguk.
“Ape nombor telefon awak?” masing-masing kemudiannya bertukar nombor telefon. Sedang Hisham asyik menatap teefon bimbitnya, Julia memerhatikan Hisham kemudian tersenyum kecil. Hisham yang sedar dengan kelakuan Julia mengangkat kepalanya.
“Kenapa?” soalnya sepatah. Julia masih tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Rasa kelakar. Saya ni jarang sangat nak keluar dengan lelaki, tapi entah macam mane saya boleh pelawa ajak temankan saya beli baju. Takpe ke awak temankan saya ni?” Hisham mengangguk. Dia langsung tidak menoleh ke arah Julia.
“Takpe. Saya dah biasa temankan mama or adik saye shopping” senyum. Manis!
“Awak memang selalu macam ni ker?” Hisham mengangguk lagi.
‘Hish! Die ni kan, hodoh sangat ke aku ni? Macam tak sudi tengok aku je. Dahlah sepatah tanya, sepatah jawab’Julia mengomel di dalam hatinya lagi.
“Girlfriend awak cantik!” serentak Hisham menoleh ke arah Julia.
“Saya mane ade girlfriend”
“Dalam friendster tu?” Hisham tergelak kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Terbayang-bayang di dalam fikiran Julia di saat dia membuka profile Friendster Hisham. Sengaja dia membaca testimoni yang dihantar dari rakan-rakannya keran berfikiran mungkin dari situ dia akan lebih dapat mengenali Hisham. Kebanyakan dari testimoni-testimoni Hisham, dihantar oleh seorang gadis cantik berwajah lembut ala-ala korea bernama Mazita. Dari testimoni-testimoni gadis tersebut, Julia yakin mereka mempunyai hubungan istimewa.
“Saya baru je melalui satu percintaan yang agak teruk. Hubungan kami dah lama berakhir”
Diam. Julia dapat Hisham terbeban dengan satu perasaan yang agak berat.
‘Masih kecewa? Mungkin!’ bisik hati Julia.
“Well... Take your time. Saya dapat rasa yang awak betul-betul sayangkan dia but trust me, one fine day, awak akan jumpa someone yang dapat sayangkan awak sebagaimana awak pernah sayangkan dia” Hisham senyum.
“Thanks”
“But, awak kena ingat tau... Gerak hati perempuan ni kuat, selagi belum bersedia mulakan cinta baru dan tak dapat lupakan kekasih lama, jangan bercinta lagi” Hisham senyum.
“Takpe ke awak keluar dengan saya ni. Boyfriend tak marah?”
“Saya takde boyfriend lah”
“Tak terang lagi bersuluh... Dalam Friendster tu sape?” Julia terdiam. Lama dia berfikir. Baru dia teringat, dia ada letakkan gambarnya bersama abang kandungnya di Freindster namun sengaja ditulis di situ, ‘BF’ yang sebenarnya bermaksud, ‘Brother Forever’. Julia senyum.
“Ooohhh... itu lelaki simpanan saya” Hisham tersentak.

*************************************************************************************

Semenjak pertemuan kedua antara Hisham dan Julia, hubungan antara mereka menjadi bertambah erat bila mereka sering berbalas emel dan berhubung melalui telefon. Tambah mengeratkan perhubungan mereka ialah ketika mereka berdua bercuti bersama-bersama ke Pangkor apabila Dato’ Harith bermurah hati menanggung segala makan minum, tambang pergi balik dan penginapan 3 hari 2 malam kepada kesemua pekerja-pekerjanya. Masing-masing yang buat seketika hidup sendiri tanpa insan yang bergelar kekasih setelah kecundang di dalam percintaan masing-masing, terasa seolah-olah ada semangat baru yang wujud di dalam diri dan hati masing-masing dan tanpa sedar, mereka jatuh hati sesama sendiri. Sehinggalah pada suatu hari,

“Awak memang layan semua lelaki macam ni ke?” soal Hisham tiba-tiba. Julia tersenyum sebelum menjawab soalan dari Hisham.
“Tak! Selalunya, saya cuma macam ni pada lelaki yang saya rasa selesa bersama dan saya suka je” jujur Julia menjawab. Hisham mengangguk kecil. Walaupun sudah beberapala kali mereka keluar bersama, namun rakan-rakan sejawat mereka masih tidak mengetahui hubungan baik antara mereka kerana masing-masing bersikap tidak menceritakannya kepada sesiapa. Disebabkan itu, jika terdapat dua, tiga pekerja wanita yang bercerita mengenai Hisham yang chinese look, tinggi dan berkulit kuning langsat itu, Julia sedar – dia berasa agak cemburu. Manakala Hisham, mula terpaut rasa suka terhadap Julia.
“Awak.... Boleh tak kalau saya nak berkawan rapat dengan awak je lepas ni? I mean lelaki. Awak sorang je. Sampailah awak berjumpa dengan gadis idaman awak” tiba-tiba soalan tersebut muncul dari bibir Julia. Hisham menoleh ke arah Julia dan tersenyum.
“Macam mane kalau saya taknak rapat dengan mane-mane perempuan lain lagi sebab saya nak rapat dengan awak je lepas ni?”
Hati Julia terasa berbunga-bunga!

*************************************************************************************

07/11/2008

“Selamat hari jadi Julia” serentak sekotak bekas cincin berwarna purple dikeluarkan dari kocek Hisham. Julia yang tidak menyangka akan menerima hadiah daripada Hisham hampir menjerit kegembiraan. Tangannya menekup mulutnya yang sedang tersenyum lebar. Setelah kotak cincin tersebut bertukat tangan, Julia membukanya dan sebentuk cincin berbatu Amethyst terletak elok di dalam kotak cincin tersebut.
“Thank you Sham.... Thanks a lot!” Hisham tersenyum. Hatinya berasa sangat lega kerana Julia menyukai cincin tersebut.
“Julia...” Julia yang sedang sibuk membelek cincin tersebut mendongakkan mukanya melihat Hisham.
“Awak pernah cakap awak sukakan saya kan?” Julia angguk malu.
“Setelah putus cinta tahun lepas, saya dah berjumpa dengan banyak wanita di serata tempat – “ Julia tersentak apabila Hisham tiba-tiba merengkul jari jemarinya. Wajahnya memerah.
“Tapi.... Dalam kesemua wanita-wanita yang saya temui tu, saya rasa awak satu-satunya wanita yang telah berjaya buka pintu hati saya untuk bercinta semula” saat ini Julia gugup.
“Julia, sudikah awak menjadi kekasih saya?”

*************************************************************************************

14/02/2009

“Julia, boleh tak kalau awak jangan buat pe’el macam ni? Please!” Hisham mula berasa tertekan dengan sikap sensitif dan cepat merajuk Julia.
“Awak dah berubah. Saya mahukan Hisham yang dulu. Hisham care dan concern pasal saya, Hisham yang tak cepat marah-marah, Hisham yang selalu ucapkan kata-kata sayang pada saya. Sekarang ni, nak spent time dengan saya pun awak macam nak tak nak je” Julia mula sebak.
“Saya stress kalau awak macam ni! Saya dah penat-penat kerja, balik nak rest... Awak tak habis-habis dengan emosi awak tu!’ Hisham mula meninggi suara. Julia sudah mula menangis. Hisham yang berasa semakin tertekan menghempas kuat gagang telefonnya. Mujurlah waktu itu tiada sesiapa di pejabat kerana masing-masing sudah pulang ke rumah kecuali Hisham yang seringkali terpaksa pulang lewat kerana sejak akhir-akhir ini dia semakin terbeban dengan kerja yang bertambah banyak. Nafasnya turun naik kerana berasa tertekan dengan pergaduhan yang telah terjadi antara dia dengan Julia. Tak lama kemudian dia menerima satu pesanan ringkas dari Julia,

______________________________________________

From : Kamila Julia

Sorry sebab buat awak marah.
Saya tak suka kalau kita bergaduh macam ni.
Saya Cuma nak hubungan kita happy dan mesra
Macam kita mula-mula kenal dan bersama dulu.

______________________________________________

Perasaan bersalah mula menular dalam hati Hisham. Dibuang egonya sebagai seorang lelaki untuk menghubungi Julia untuk membetulkan keadaan.
“Hell... hello....” terdengar suara Julia menangis di hujung talian. Hisham mengeluh.
“Kan saya dah cakap, saya tak suka dengar awak menangis? Saya tak suka orang yang saya sayang menangis. Tau tau?”
“A..awak... buat saya sedih sangat....” Julia masih menangis teresak-esak.
“Awak nak saya buat macam mana? Tolonglah faham keadaan saya. Kerja saya semakin banyak, saya makin sibuk. Dah penat bekerja, awak bertambah pressure saya, inilah jadinya” Julia diam.
“Tapi saya pun salah jugak... saya tahu... disebabkan tertekan dengan kerja saya, saya abaikan perhatian saya pada awak. Saya bukannya taknak spent time dengan awak, cuma kadang-kadang saya penat sangat... Waktu cuti, saya nak rest. But it doesnt mean saya ada perempuan lain atau dah tak sayangkan awak lagi. Saya sayangkan awak” Hisham cuba bertoleransi dengan Julia.
“Saya nak jumpa awak kejap lagi”
“Tunggu lepas saya habis kerja ye sayang?”
“Ok”
“Ade benda penting ke?”
“Saya belikan awak cincin...”
“Cincin?”
“Cincin sempena hari ke-100 kita bersama!”

*************************************************************************************

03/08/2011

Perlahan-lahan Julia membuka matanya. Cermin meja ditatapnya lama. Anak matanya bersinar-sinar menatap wajahnya sendiri. Jauh berbeza berbanding sebelum dirias oleh rakannya, Sarafina yang merupakan seorang mak andam. Lama dia merenung matanya sendiri yang kelihatan jauh lebih besar dari asalnya. Pipinya kelihatan sangat gebu dan berseri dengan sapuan blusher. Bibirnya kelihatan lembap kebasahan dengan sapuan lip gloss berwarna kegemarannya, pink. Dengan rambutnya yang panjang disanggulkan ke atas serta berbaju kebaya putih berlabuci di sekitar lengan, leher dan bawah bajunya, Julia kelihatan manis sekali.
“Ok ker?” soal Sarafina yang agak risau kerana Julia sekadar mendiamkan diri selepas membuka mata selepas wajahnya dirias.
“Cantik! Thanks Fina! Julia happy sangat!” serentak Julia memeluk erat Sarafina. Sarafina tersenyum lebar.
“Mestilah Fina akan buat kawan baik Fina nampak cantik!”
“Julia. Cepat ke ruang tamu!’ panggil mak longnya lembut. Serentak aliran darahnya seolah-olah terhenti. Tangan Sarafina digenggam erat.
“Sejuknya tangan Julia! Jangan nervous sangat tau!”
“Julia rasa gemuruh lah. Tak nak keluar boleh?”
“Haih! Ke situ pulak! Jom!” laju Sarafina menarik tangannya. Saat Julia melangkah kakinya keluar dari bilik menuju ke ruang tamu, dia dapat merasakan jantungnya berdegup kencang. Dia berasa sangat gugup. Di saat dia melangkah masuk ke ruang tamu, dia sedar dirinya menjadi perhatian semua tetamu-tetamu yang hadir. Cameraman yang diupah untuk mengabadikan gambar di sekitar majlis pertunangannya rancak menangkap gambar-gambar Julia yang sedang berjalan keluar. Silauan-silauan flash yang terpancar menambahkan lagi rasa gemuruhnya.
‘Mengalahkan artis pulak aku ni’ sempat Julia bermonolog di dalam hatinya. Julia berasa langkahnya seakan-akan sumbang. Terasa kekok apabila diri menjadi tumpuan ramai. Sampai di satu tempat yang disediakan khas untuknya duduk, Julia dengan penuh berhati-hati melabuhkan punggungnya duduk bersimpuh.
“Julia ni, mengalahkan perempuan melayu terakhir pulak” bisik Sarafina separuh berbisik ke telinga Julia. Julia yang berasa gemuruh ingin tersenyum, namun wajahnya terasa seolah-olah beku.
“Jadi, tarikh pernikahan pun dah ditetapkan dan dah capai kata sepakat, kita teruskanlah dengan sarung cincin ye” kedengaran suara Idham, bakal bapa mertua Julia. Beberapa tetamu mengangguk-anggukkan kepala termasuklah kedua orang tua Julia. Azizah, ibu kepada Hisham menginjak dekat ke arah Julia untuk menyarungkan cincin. Saat cincin emas berbatu kristal putih disarungkan ke jari manis Julia pada hari pertunangannya dengan Hisham serta pada hari ke-1000 mereka bergelar kekasih, serentak hatinya memanjat sejuta kesyukuran kepada Tuhan yang seolah-olah memberi kebahagiaan yang baru kepadanya.

*************************************************************************************

12/11/2011

“Sampai hati awak!”
“Awak tak faham, Julia!”
“Apa yang awak nak saya faham? Sanggup awak tipu saya?”
“Saya dipaksa, dan terpaksa!”
“Sudahlah!”
“Julia......” Hisham memegang lembut bahu Julia cuba memujuk gadis kesayangannya itu.
“Julia....” panggilnya lembut lagi sekali.
“Awak tipu saya....” perlahan Julia bersuara namun Hisham jelas mendengarnya.
“Kan saya dah cakap, saya terpaksa!” Hisham mula mahu meninggi suara. Air mata mula bergenang di birai mata Julia.
“Haiih... awak ni. Asal tinggi suara sikit, menangis, asal tinggi sikit.. menangis....” Julia berpaling ke arah Hisham dengan wajah yang sebak, seakan-akan kanak-kanak kecil yang dibuli rakannya.
“Awak tak sayang saya.....” Hisham mendengus kuat.
“Memang! Memang saya tak sayang awak!” Julia membulatkan matanya.
“Puas hati?!!!” sambung Hisham. Julia semakin sebak. Hisham sudah mula gelabah. Dia sebenarnya lemah jika Julia mengalirkan air mata. Memang hubungan mereka begitu dari dulu. Julia seorang yang agak sensitif namun penyayang dan sangat setia manakala dia seorang yang cepat marah namun hatinya juga hanya menyayangi Julia seorang semenjak dari awal mereka bersama. cuma salah faham seringkali berlaku antara mereka sehingga membuatkan mereka kerap bergaduh. Namun, mungkin disebabkan jodoh antara mereka kuat, setiap kali selepas bergaduh, hubungan mereka semakin erat dan masing-masing makin memahami antara satu sama lain.
“Julia.... Awak ni selalu tak nak dengar cakap saya tau.....” Hisham yang tidak mahu Julia berterusan menangis menarik Julia rapat ke dalam pelukannya. Rambut Julia yang panjang mengurai diusapnya dengan lembut dan penuh dengan kasih sayang.
“Awak tipu saya....” sekali lagi Julia mengulangi ayat yang sama.
“Kan saya cakap saya terpaksa.... Mama yang paksa saya... Dia cakap awak mesti suka...”
“Memanglah – tapi tak berbaloi tau tak?”
“Tak berbaloi ke kalau saya berjaya memiliki awak?” soal Hisham. Julia terdiam.
“Tapi –“
“Tapi ape lagi? Kalau awak taknak, pulangkan balik!”
“Mane boleh!”
“Then stop merungut!”
“Ta-“
“Dah! Cukup, setakat jumlah 10 ribu ni, berbaloi tau saya dapat memiliki awak...”
“Tapi campur dengan belanja-belanja lain.... Dah banyak tau duit awak habis....Kita bukannya dalam golongan yang kaya sangat...”
“Saya tahu.... Sayang.... sekali seumur hidup.... saya tak kisah berhabisan duit demi memiliki awak secara sah. Lagipun, majlis kita kan ringkas je, cuma cincin ni je saya beli agak mahal sikit..”
“10 ribu!”
“Ye, 10 ribu! Cukuplah sekali je saya beli cincin semahal ni. Bukannya saya nak berkahwin lain nanti. Cukuplah ada awak sorang yang selalu buat saya sakit kepala ni” Hisham berseloroh. Julia mencubit lembut lengan Hisham.
“Lagipun, kita kan dah tetapkan nak bertunang pada hari ke-1000 kita bersama dan berkahwin pada hari ke-1101 kita bersama. Jadi apa salahnya saya belikan cincin semahal ni pada hari ke-1101 kita bersama untuk awak sayang.... Harga cincin ni tak setanding dengan harga cinta dan pernikahan kita tau....” mata Julia mula berkaca.
“Awak ni kan? Boleh jadi ratu air mata tau tak?” Hisham mengusik Julia yang kini sudah bergelar isterinya.
“Awaklah, selalu buat saya menangis”
“Awak tu degil dan cepat terasa”
“Awak tu yang selalu marah-marah saya”
“Marah kan tandanya sayang”
“Sayang apa kalau asyik marah-marah je!”
“Eh eh! Menjawab. Kita baru je di ijabkabulkan petang tadi. Awak kena ingat tau, syurga di bawah telapak kaki suami. Awak harus mentaati saya dan jangan suka melawan”
“Salah guna kuasa”
“Ape awak cakap?” serentak Hisham mengeletek Julia. Julia bergerak ke kiri kanan sambil ketawa kerana kegeliaan. Lebih kurang seminit, Hisham berhenti menggeletek Julia sambil tersenyum. Julia yang kepenatan tercungap-cungap nafasnya.
“Nakallah awak ni”
“Belum lagi”
“Belum?” Julia mengerut keningnya.
“Saya nak awak beri saya hadiah”
“Hadiah?”
“Saya nak awak berikan saya anak!”
Lampu ditutup!

7 comments:

besi said...

cepatnya vee dpt idea wat cerpen?
semua penulis2 memang macam nie ke...

nice story.....vee ada permintaan
tema selain cinta leh wat tak?

ER6n said...

Haihhh...cam kisah benar yang bakal nak sampai ke jalan yang benar je ni..huhuhu

nita said...

lampu d tutup dannnn..

jengjengjeng..

tadaaaaa..

tido arrr kan Bella..

♥ Juliana Violet ♥ said...

besi,
nanti vee try buat tema yang lain dari cinta ok...
:)

ER6n,
awak rasa mc tue ker?
kalau nak jadikan semuanya jadi benar, cepat2lah masuk meminang saye... =>

sis_nita,
yessszaaa....
tido la...
hihihihi

Dearie Pearls said...

Dear Vee..
Mornin sweetie..

I tak baca lagi..
View yg last tu jer.
Yang tutup lampu..
Kahkah..

gatalnyer aku..

ader no bertuah dalam cerpen ni..
Hehe..

Nanti LOL baca k.
Nak carik masa yg leh concentrate.
Hehe..

eddie dewanaga said...

huh.. watak Feen ke yg jadik mak andam tu..?

hehehe, love the story!
nice job Vee.

Linglung said...

“But, awak kena ingat tau... Gerak hati perempuan ni kuat, selagi belum bersedia mulakan cinta baru dan tak dapat lupakan kekasih lama, jangan bercinta lagi” Hisham senyum. <<-- gua sentap! ahhh..

lalu mereka membuat zuriat dan kisah mereka berakhir dengan happy ending..gua jeles!