Dia sedar dirinya diperhatikan, namun dia cuba berlagak cool. Dia yang mula berasa tak keruan, mengangkat tangan kanannya membetulkan cap putih kesayangannya. Wajahnya ditundukkan sedikit. Tiba-tiba dia terdengar satu suara gadis,
“Aduh!”
“Sorry EJ... Sorry... Lan tak sengaja”
Niat hatinya ingin menoleh melihat apa yang telah terjadi, lebih-lebih lagi apabila nama gadis kesukaannya disebut namun kakinya terus melangkah berlalu menuju ke stesen bas untuk pulang ke rumah.
-------------------------------------------------------------------------------------
“EJ okay ke? Sakit tak? Sorry Lan tak sengaja” Mazlan diselubungi rasa bersalah apabila bola yang sepatutnya dibaling ke arah Kwan Ching tersasar dan terkena tepat ke kepala Elina. Agak kuat pula balingannya tadi. Elina menggosok-gosok kepalanya sambil tersenyum.
“Hehehe... Bukan salah Lan. EJ yang gatal sangat duduk dekat dengan tempat korang main basketball ni”
“Sakit sangat ke?” Mazlan mendekatkan tangannya untuk memegang kepala Elina. Elina yang sedar tindakan Mazlan cepat-cepat menginjakkan badannya ke belakang.
“Dah ok dah!” Elina bingkas bangun.
“Dayah, jom balik kelas!” Dayah yang dari tadi duduk menemani Elina, bangun sambil tersenyum ke arah Mazlan.
“EJ marahkan Lan?”
Geleng.
“EJ baru teringat EJ tertinggal nota sejarah EJ dalam kelas. Takde nota tu, malam nanti terkial-kial pulak nak siapkan kerja rumah EJ. Terkena bola tadi tu baru teringat” Elina tertawa kecil. Mazlan tersenyum manis. Semanis madu!
“Bye!”
*************************************************************************************
Sweet! Sweet macam gula-gula. Eh! Tak! Dia lagi manis dari tu! EJ.... Apelah agaknye nama penuh die eh? Kejap-kejap kawan die yang suara serak-serak basah ala ala Rani Mukherjee tu panggil die EJ... EJ... Kawan die tu cun jugak, tapi die lagi sweet...
Senyum sambil membayangkan wajah Elina yang sedang tertawa.
Aku rasa die pun ade hati dekat aku... Errr... Perasan ke aku ni? Tapi... Aku sedar tiap kali aku lalu depan sekolah die, die mesti akan curi-curi tengok aku. Kalau die tengah duduk makan jambu batu dengan member die tu, tengah makan mesti die akan stop makan pastu curi-curi pandang tengok aku.
Hafsham bangun dari katilnya dan menuju ke tingkap biliknya sambil memandang ke arah luar tingkap.
Papa ni pun satu hal. Baru je pindah sini, naaaak pindah KL balik. Alu baru je mula rasa selesa and happy tinggal dekat Penang ni.
Hafsham memprotes sendiri kemudian termenung jauh.
*************************************************************************************
“Sampai bila hang nak lagu ni EJ?” Elina menjungkitkan bahunya. Dayah yang pekat bertutur dengan slang Penang, mengeleng-gelengkan kepalanya.
“Kalau hang lambat, biaq aku approach dia!” Elina yang sedang mengunyah jambu batu hampir menjerit namun sebaliknya yang jadi apabila dia hampir tercekik. Dayah yang panik menepuk-nepuk belakang badannya.
“Kau ni....” Elina cuba untuk bercakap namun tersekat-sekat kerana sisa jambu batu yang sudah hampir lumat dikunyah masih berada di dalam lehernya. Matanya sedikit berair akibat tercekik buah jambu tadi. Lagi sekali Dayah menepuk-nepuk bahunya. Namun kali ini kuat dari tadi. Elina yang sedang tunduk mencapai air limaunya untuk diminum tersenyum.
“Haaa.... Rasa bersalah lah tu. EJ oklah...” tepukan Dayah semakin menjadi-jadi. Elina yang berasa hairan mengalihkan pandangannya kepada Dayah. Dayah kemudiannya menundingkan jarinya kepada satu arah. Mata Elina memuntang apabila melihat jejaka idamannya sedang melangkah ke arahnya sambil tersenyum manis.
‘Baru aku tau die ade lesung pipit.... Eh! Kenapa die datang sini? Mimpi ke aku ni? Kenapa aku rasa berdebar-debar ni?!!!’
Elina semakin tak keruan apabila Hafsham semakin dekat menuju ke arahnya. Pipinya terasa panas. Hafsham menyeluk tangan kanannya ke dalam kocek. Cuba menghilangkan getar hatinya yang agak gemuruh walaupun wajahnya tampak tenang.
“Hi...” sepatah Hafsham menyapa. Elina mengangguk lembut sambil senyum. Kedua-dua mereka terpaku. Dayah sesekejap memandang Elina. Sesekejap memandang Hafsham.
“Errrr.... Saya suka tengok muka awak!” Elina ternganga! Hafsham gugup selepas menutur kata-kata yang agak straight forward.
”Errr..... Saya akan berpindah ke KL. Contact lah saya kalau sudi” Hafsham yang tiba-tiba berasa segan meletakkan sekepin kertas di atas meja makan dan terus berlalu pergi. Dayah mengerutkan kening tidak berpuas hati.
Elina yang seolah-olah sedang bermimpi, tersedar apabila Dayah berkali-kali memanggil-manggil namanya. Teringatkan kertas yang diberikan Hafsham tadi, Elina mengangkat tangannya untuk mencapai kertas tersebut. Namun, tiba-tiba angin kuat datang menerbangkan kertas tersebut masuk ke dalam longkang berhampiran kedai makan kegemaran Elina dan Dayah.
Dayah meneguk liur. Elina menangis di dalam hati!
*************************************************************************************
Beep! Beep! Elina yang sedang menumbuk sambal belacan berhenti menumbuk. Telefon bimbitnya dicapai.
------------------------------------------------------------
From sender : 0123868283
Barang yang you order tu dah sampai.
Sila bank-in ke account I, CIMB 14080310155724.
Thanks.
--------------------------------------------------------------
Elina mengerutkan keningnya.
“Dayah!” Elina menjerit memanggil Dayah yang sedang kusyuk menonton tv.
“Dayah!!!” jeritnya lagi sekali apabila panggilannya tiada sahutan.
“Yes madam?!”
“Sini kejap!” dalam masa tak sampai satu minit, Dayah muncul dengan riak terkejut. Dia kemudiannya tergelak besar.
“Hang ni EJ! Agak-agaklah kalau nak nak pakai perisai sekalipun!” Elina terpinga-pinga.
“Takde spek mata besar lagi ker?!!” kali ini barulah dia tahu mengapa Dayah tergelak besar. Spek mata hitamnya dibuka dan diletakkan ke lantai.
“Mata EJ ni kan takde insuran. Buat masuk cili padi nanti macam mane?” Elina sengih.
“Kenapa panggil Dayah tadi?”
“Haaa.... Ni... Kenal tak nombor siapa ni? Ke Dayah ade order ape-ape guna nombor EJ?” Elina menunjukkan mesej yang dibacanya tadi kepada Dayah. Lama Dayah menatap skrin telefon bimbit Elina membaca mesej tersebut dan cuba mengenal pasti samada dia mengenali nombor tersebut ataupun tidak. Setelah yakin dia langsung tidak pernah mengetahui siapa pemilik nombor tersebut, Dayah menggelengkan kepalanya.
“Sure?” soal Elina.
Geleng.
“Ok lah. Abaikan je lah” Elina meletakkan telefon bimbitnya di tepi pahanya dan mengenakan kaca mata hitamnya kembali.
Tugas menumbuk sambal belacan belum selesai beb!
************************************************************************************
Beep! Beep!
--------------------------------------------------------
From sender : 0123868283
Thanks sebab inform ye. Patutlah I tak dapat reply.
Rupa2nya I yang salah nombor.
----------------------------------------------------------
Reply from : 0172256354
Hihihi. Ok. Mula-mula I malas nak reply, but then
lepas solat maghrib tadi I terasa nak inform you.
-----------------------------------------------------------
From sender : 0123868283
Thanks. Me gtg. Kalau you berminat nak beli ape-ape
produk makanan sejuk beku just contact this num ok?
Nama you ape?
-----------------------------------------------------------
Lama Elina berfikir. Dia langsung tidak mengenali siapa pemilik nombor 0123868283 tersebut. Lelaki atau perempuan tidak diketahuinya. Setelah beberapa minit berfikir, tangannya laju menekan keypad telefon bimbitnya.
-----------------------------------------------------------
Reply from : 0172256354
Ok. Will do. I Joyah.
------------------------------------------------------------
Hafsham tergelak kecil membaca pesanan ringkas yang baru diterimanya itu.
‘Joyah? Ni mesti kes guna nama samaran ni...’ bisik hatinya. Dia lantas membalas pesanan ringkas daripada ‘Joyah’.
Reply from : 0123868283
Baik Cik Joyah. Nice to know you. Keep in touch!
-Dollah-
-------------------------------------------------------------
Dayah yang sedang menonton televisyen tersentak apabila Elina tiba-tiba tertawa besar.
“Awat hang ni?” Elina menutup mulutnya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Namun sisa tawanya masih kedengaran. Dayah menyambung menonton televisyen. Itulah aktiviti harian mereka setelah setengah hari bekerja si sebuah syarikat agensi pelancongan. Balik dari pejabat, selalunya mereka akan memasak di rumah dan makan bersama. Pada awalnya, hubungan mereka renggang seketika setelah Dayah berpindah dan bekerja di Kuala Lumpur setelah berjaya mendapatkan Sijil Pengurusan Pelancongan di Politeknik Johor Bahru. Manakala Elina sebelum itu pula menyambung pelajarannya di Kolej Teknologi Pulau di Pulau Pinang. Dayah ada mengajaknya untuk sama-sama melanjutkan pelajaran di Johor Bahru, namun Elina menolak kerana tidak mahu berjauhan dengan Mazlan yang ketika itu sudah setahun menjadi kekasihnya. Dia dan Mazlan sama-sama melanjutkan pelajaran di Kolej Teknologi Pulau namun mengambil jurusan yang berbeza. 4 tahun selepas itu, Elina berpindah ke Kuala Lumpur dan mula tinggal dengan Dayah. Setelah seminggu tinggal di situ, akhirnya Elina membuka cerita,
‘EJ tak sangka boleh jadi macam tu. Dayah sendiri pun tahu kan macam mana dia bersungguh-sungguh tagih cinta EJ. Mula-mulanya semuanya ok, tapi setahun lebih lepas study dekat sane, EJ dah dengar macam-macam cerita tentang Lan. Bile EJ tanya Lan, dia cakap itu semua fitnah. Orang buat cerita sebab iri hati dengan hubungan EJ dengan Lan. Waktu tu EJ percayakan die sebab EJ tahu, Lan tu menarik, ramai perempuan yang cuba dekat die, tapi die tak layan sebab die setia pada EJ. EJ fikir mungkin sebab tu ramai orang kecil hati, dengki dan mula sebarkan cerita bukan-bukan. Tapi masuk tahun kedua hubungan kami, Lan pun makin berubah. Jarang sangat nak spent time dengan EJ. Asyik dengan rakan sekelas die je, Azira. EJ jeles tau dengan hubungan dorang. Rapat semacam. EJ tengok, Azira tu pun kadang-kadang terlebih manja dengan Lan. Bila EJ tanya Lan, Lan marah-marah, cakap EJ tak percayakan dia dan suka fikir bukan-bukan sedangkan Azira tu cuma rakan sekelasnya. Alasannya, Azira agak pintar dan mereka sering mengulangkaji bersama. Satu hari, barulah semuanya terbongkar bila EJ baca semua sms daripada Azira dan Lan dari telefon bimbit Lan mengenai perasaan masing-masing dan hubungan cinta diorang – ‘
Airmata mula mengalir keluar dari birai mata Elina.
‘Lepas tu, EJ cuba bersikap rasional. EJ cari masa yang sesuai, cuba berbincang dengan Lan mengenai perkara tersebut. EJ berterus-terang yang EJ curi-curi baca sms-sms Lan dan Azira dan minta penjelasan dari dia. Waktu tu, EJ tak sangka bila Lan marahkan EJ sentuh barang peribadinya dan lepas dia mengakui bahawa dia lebih sayangkan dan perlukan Azira dalam hidup dia, dia putuskan hubungan kami –‘
Waktu itu, jika mata Elina ialah langit, airmatanya ibarat hujan yang turun 3 hari 3 malam tanpa henti.
*************************************************************************************
“Aku tengok kau ni asyik dengan bisnes kau je. Cari-carilah sorang teman Sham”
Hafsham seolah-olah tidak mendengar apa yang sedang diperkatakan rakan karibnya semenjak berpindah ke Kuala Lumpur 6 tahun lepas, tunduk mengacau air limau sejuknya dengan sudu.
“Sham. Yang lepas tu lepaslah... Patah tumbuh hilang berganti” serentak Hafsham tergelak kecil. Kedua-dua tangannya kemudiannya disatukan dan diletakkan di antara air limau aisnya dan dan dada bidangnya.
“Bukan sebab aku masih tak dapat lupakan dia Wan.... Cuma.... Aku rasa aku ni muda lagi, baru je 24 tahun... So aku rasa baik aku cari asset dulu sebelum settledown”
“Aku fahaamm... Tapi aku tengok bisnes kau pun dah mula berjalan lancar. Alah, aku tau kau kadang-kadang sunyi kan? Kalau tak buat ape asal kau free je, ajak aku lepak, asal lepak je kau free”
“Habis tu aku nak lepak ngan sape lagi kalau bukan lepak dengan kau?”
“Tu lah sebab kau kena cari someone!”
Azwan sengih!
“Alah, kau tahulah aku ni malas nak mencari-cari ni”
“Tulah kau, pemalu sangat dengan perempuan. Tapi si Nazrah tu, boleh pulak kau approach die eh?” Hafsham tersenyum sinis.
“Sebab aku nampak die tu macam pemalu dari aku... Tapi last-last baru aku tau, sikap pemalu dia, innocent die, sikap naif dia tu semua tu hanyalah luaran je” Azwan yang mula rapat dengan Hafsham semenjak jejaka tampan dan pemalu itu mula bersekolah di sekolah menengahnya, terdiam. Azwan boleh dikatakan mengetahui hampir kesemua perkara mengenai Hafsham termasuklah kisah cinta Hafsham yang putus di tengah jalan apabila kekasihnya, Nazrah curang walaupun Hafsham sangat setia dan sepenuh hati menyayangi gadis comel itu.
“Tapi...”
“Aku akan settledown kalau aku jumpa gadis yang muncul dalam mimpi aku semalam” Hafsham senyum lebar menampakkan lesung pipitnya.
“Sape Sham?”
“EJ!”
*************************************************************************************
“Terima kasih banyak-banyak atas makanan-makanan ni. Budak-budak semua tu pun suka” ujar salah seorang pengurus Taman Pendidikan Anak-Anak Yatim Darul Kifayah yang terletak di Kampung Batu, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
“Apa sangatlah sumbangan kami ni kalau nak dibandingkan dengan kegembiraan kesemua anak-anak yatim tu” ujar Elina rendah diri. Dayah angguk tanda setuju.
“Semua makanan ni kamu buat sendiri ke?” soal pengurus tersebut yang membahasakan dirinya sebagai Kak Intan.
“Eh! Taklah! Kitorang order karipap, murtabak dengan popia ni dari seorang pembekal makanan sejuk beku. Lepas tu goreng ajelah” Dayah menjawab laju.
“Iye ke. Sedap. Nanti-nanti bolehlah Kak Intan order pulak” Kak Intan memuji produk sejuk beku yang dibekalkan dari syarikat Hafsham.
“Itulah, sedap kan? Saya pun baru first time rasa. Tak menyesal” Elina mengiyakan pujian Kak Intan.
“Macam mane akak nak order ye?”
“Kejap ye… Saya kasi nombor telefon die….” Elina lantas meraba-raba mencari telefon bimbitnya yang terletak di dalam tas tangannya.
“0…1..2…3…8..6…8…2…8…3…” lambat-lambat Elina menyebutnya untuk memberi masa kepada Kak Intan untuk menyalin nombor telefon yang diberikan.
“Ok. Apa nama pengedarnya?”
“Dollah!”
*************************************************************************************
Beep! Beep! Beep! Beep!
--------------------------------------------------------
From sender : Dollah
Salam. Busy ke?
----------------------------------------------------------
Reply from : Joyah
Wa’alaikumussalam. Tak busy pun. Tengah tengok tv
dengan housemate I.
-----------------------------------------------------------
From sender : Dollah
Ic.. ic… You jarang keluar ke? Setiap kali I text
you, you mesti dengan housemate you.
-----------------------------------------------------------
Reply from : Joyah
Jarang sangat. Err… Setahu I, kita jarang sms.
-----------------------------------------------------------
From sender : Dollah
Ye. Tapi time you order karipap dengan popia hari tu,
Bile I tanya you, you cakap dekat rumah jugak, dengan
housemate you. Then seminggu lepas tu, I tengah
bosan, I text you, you jawab benda yang sama jugak.
=)
----------------------------------------------------------
Reply from : Joyah
Hihihi. Memang ini je activity I. You tu, kalau tak
dengan kerja you, macam free aje. Macam kurang kawan.
-----------------------------------------------------------
From sender : Dollah
=) .. Memang I kurang kawan. I ada sorang je kawan
rapat. Kalau free, slalunye I lepak dengan die je.
----------------------------------------------------------
Reply from : Joyah
Gf?
-----------------------------------------------------------
From sender : Dollah
=) … takde semenjak setahun yang lepas… You?
-----------------------------------------------------------
Reply from : Joyah
Hmmm… samalah… takde semenjak setahun yang lepas…
-----------------------------------------------------------
From sender : Dollah
Boleh I call you?
----------------------------------------------------------
Reply from : Joyah
Boleh… =)
----------------------------------------------------------- Seminit kemudian, nada lagu ‘Knock You Down’ nyanyian Keri Hilson berkumandang. Nama Dollah terpapar di skrin telefon bimbit Elina.
“Hello” Elina menjawab selamba.
“Hello cik Joyah…” serentak Elina tertawa kecil.
“Mimpi ape tiba-tiba nak call ni?”
“Saje je. Hati terasa nak berbual dengan you..” Hafsham berkata jujur. Elina mula berfikiran negatif terhadap Hafsham.
“Errr… Maaf ye I nak tanya ni – “
Diam.
“Memang you selalu call customer you macam ni ker? I mean, sms… call…”
Hafsham ketawa besar.
“Dah agak soalan tu akan keluar. To be honest, no! Never!” Elina terdiam.
“But it’s up to you nak percaya ataupun t –“
“I trust you!’ cepat-cepat Elina memotong percakapan Hafsham.
“What makes you trust me. We don’t even know each other”
“Hati saya … percaya kata-kat awak…”
Diam. Tiba-tiba Elina membahasakan dirinya ‘saya’ dan Hafsham ‘awak’.
Masing-masing merasakan ada satu perasaan istimewa mula menular di dalam urat saraf masing-masing dan kemudian terasa di hati.
“Boyfriend awak tak marah saya call?”
“Kan saya dah cakap saya takde boyfriend. Awak tu, girlfriend tak bising ke nanti?”
“Saya takde girlfriend lah cik Joyah ooiii..”
Elina ketawa besar!
“Tiap kali saya sebut nama awak, awak mesti gelak. Ni mesti pasal itu nama samaran je kan?”
“Ha’ah”
“Then ape nama sebenar awak?”
“Hmmm… Saya rasa Dollah tu pun bukan nama betul awak kan?”
“Itulah. Saya sms awak tadi sebenarnya nak cerita pada awak, kawan awak, Kak Intan call saya tadi. Die cakap nak bercakap dengan Encik Dollah. Saya lupa yang saya cakap pada awak nama saya Dollah, mati-mati cakap takde orang nama Dollah guna nombor ni. Last-last, barulah saya teringat, saya call die balik” Elina ketawa besar.
“Then ape nama betul awak?”
“Hafsham…. Hafsham Azim. Awak?”
“Elina Julia. Tapi kawan-kawan selalunya panggil saya EJ je”
“EJ?!!!”
“Yup! Terkejut ye? Memang ramai yang pelik sebab rasa nama tu sesuai untuk lelaki or tomboy”
“No!”
“Huh?”
“Nak jumpa!”
“Nak jumpa?”
“Esok. Dekat KLCC. Boleh?”
“Errr…”
“Kalau takut, bawa kawan”
“Takut…? Kawan…?” Elina makin hairan.
“Yup! Nak bawa satu bas pun boleh!”
Elina ketawa lagi!
*************************************************************************************
Elina dah Dayah duduk menanti Hafsham di Dome Café, KLCC sambil memerhatikan pengunjung-pengunjung menara berkembar itu yang sedang bersantai dan berbual di taman yang mempunyai air pancut. Beberapa kanak-kanak berlari ke sana sini bermain. Elina mengerling ke arah jam tangan Rado kesayangannya. Hadiah daripada papanya sempena hari lahirnya yang ke-21. Jam menunjukkan pukul 4:45 petang.
‘Lagi 15 minit’ detik hatinya.
Tiba-tiba Dayah menepuk-nepuk bahunya. Elina yang berasa gementar menanti Hafsham merasa sedikit terganggu.
“Kenapa ni Dayah?” Elina bermain-main dengan jari jemarinya. Resah.
‘Kenapalah aku senang-senang sangat terima ajakan seorang lelaki yang aku tak pernah kenal macam ni?’ Elina mengomel di dalam hatinya. Pada waktu yang sama, tepukan Dayah makin menjadi-jadi. Di saat Elina berpaling ke arah Dayah yang sudah menghentikan perbuatannya menepuk Elina, Elina terdengar satu suara yang pernah didengarinya 6 tahun yang lepas.
“Hi… Lama tak jumpa”
Elina tergamam.
“Sampai hati awak tak contact saya ye?” Hafsham senyum manis. Jantung Elina berdebar-debar.
“Boleh saya duduk?”
Elina angguk. Tak sampai dua saat menggeleng. Tak sampai 2 saat lagi dia mengangguk. Hafsham ketawa kecil.
“Boleh ke tak ni?”
“Boleh! Boleh! Duduklah!” Dayah yang asyik memerhati dari tadi akhirnya bersuara.
“Berdua je?”
“Bertiga!’ spontan Elina menjawab. Hafsham ketawa besar. Dia sedar gadis itu gugup. Mujurlah dia tak lagi semalu 6 tahun lepas.
“Bertiga?” soal Hafsham.
“Err… maksud saya, kawan saya akan datang kejap lagi”
“Hmmm… saya rasa die mesti tak kisah saya ada kan?” Elina mengerutkan keningnya.
“Teman lelaki awak ke yang nak datang tu?”
“Tak!” Elina separuh menjerit.
“Kalau macam tu takpelah. Saya datang ni pun sebab nak melamar awak jadi kekasih saya” Elina dan Dayah ternganga!
“Nah!” Hafsham mengeluarkan sekotak bekas cincin berwarna merah dan menyrahkannya kepada Elina. Elina teragak-agak untuk menerimanya.
“Bukalah!” arah Hafsham setelah kotak cincin tersebut bertukar tangan. Lambat-lambat Elina membukanya.
Matanya bersinar-sinar apabila melihat sebentuk cincin berbatu Amethyst yang simple namun sangat cantik rekaannya. Sedang memerhatikan cincin tersebut, matanya tertancap pada satu tulisan di dalam bahagian penutup kotak cincin tersebut. Perlahan mulutnya membacanya.
“Dollah… loves…. Joyah…..” Elina terpinga-pinga. Seolah-olah sedang bermimpi di siang hari. Setelah dia menyedari bahawa Dollah adalah Hafsham, lelaki yang pernah menjadi igauannya sebelum ini, hati Elina melonjak kegembiraan.
“Dollah loves Joyah!” Elina separuh menjerit sambil menggoncang-goncang bahu Dayah sebelum mengeluarkan cincin tersebut dan menyarungkannya ke manisnya.
“Joyah!’ Hafsham memanggil namanya. Serentak Elina menoleh ke arah Hafsham.
“Patutnya saya yang sarungkan cincin tu pada awak!”
Dayah tertawa besar. Elina tersipu-sipu malu manakala Dollah, eh! Hafsham memegang erat tangan Elina a.k.a Joyah.
12 comments:
vee...baca cerpen vee org yg single cepat nak carik awek nie,,,sebab macam senang je dapat awek...
apa2 pun terhibur sbb leh gelak sorang2
menumbuk sambal belacan sambil memakai perisai..?
sama laa cam akak ni haa..
hehehe!
terlalu xcited dak joyah tu yerr.. sampaikan sarung cincin kat jari sendiri..
urmmmm..
hehehe..syiok
happy ending :)
Hi besi,
mane ade senang...
6 tahun berpisah tue... hihihi
Sis nita,
actually yg sarung cincin tu jadi pada vee waktu lover vee propose vee jadi gf die nov last year... hahahah
miss nina, thaaaank youuu....
:)
Dear Vee..
Hehe..
Tersengih pulak baca bab akhir sarungkan cincin sesuka hati tue.
Huhu..
Ok, cerita santai..
best..
Joyah & Dollah..
nak buat cmtu gak ar..
nak buat nama Timah lak..
hehe..
menghiburkan...!
teringat seorang EJ a.k.a Emy Juwita, seorang blogger cute dari Penang, tapi dia lagi biol dari Joyah!
hehe..nice!
dapat nombor hp, cuba cari nama betol.
Gua nak cari gadis macam Joyah jugak laa.. :p
best2... :)
nice lahh veee =)
nice nice nice... very nice.. sangat suka baca.. sambil gelak2 lak tu.. hahaha... rasa macam real.. siap bayang kan lagi tu... hahaha...
What a story :) simple but yet very interesting. Teringat zaman2 I bace novel novel from Ahadiat Akashah. Thumbs up!
Post a Comment