
Wah!!! Tajuk entry macam iklan shampoo kan? Hihihi...
Tapi... agak lebih kuranglah... ;)
Vee sekarang dalam mood bercuti-cuti sambil meng'gemuk'kan badan dekat kampung.
Dah balik kampung kan, apa lagi keje Vee. 'Deden' ajelah.
Bukan senang nak 'deden' masakan mak ni. =p'
Okay, bab makan kita tolak tepi sat na. Meh cheq nak share pasai shampoo yang cheq pakai kelmarin. =p'
Ada 2,3 kawan Vee yang tanya macam mane Vee jaga rambut Vee.
Sebenarnya Vee tak pernah jaga rambut Vee. Tak pernah buat treatment. Tak pakai vitamin atau serum. Cuma... Vee akan selalu trim rambut Vee untuk elakkan ada split end dan rambut kering. Selepas shampoo, Vee akan make sure Vee pakai conditioner jugak. :)
Basic hair dailycare. Kalau Vee tak pakai conditioner, rambut Vee akan nampak kering, kurang bersinar dan cepat kusut. :)
Tapi kalau you all nak tau tips2 yang pernah Vee amalkan untuk bagi rambut nampak cantik, (5, 6 tahun lepas jugaklah) ;
♥ Amalkan memakai conditioner/perapi setiap kali shampoo rambut.
♥ Setiap kali lepas basahkan rambut, jangan kesat dengan towel. Nanti rambut rosak. Lap2 manja aje rambut tu.
♥ Trim hujung rambut setiap 5 / 6 bulan.
♥ Sapukan limau purut bagi yang berkelemumur (untuk kurangkan / hilangkan kelemumur). Sapukan pada kulit rambut. Sebab kelemumur menyebabkan akar rambut kita rapuh. Selain dari kurangkan kelemumur, rambut rasa lebih fresh dan kulit rambut rasa ringan. :)
♥ Seminggu sekali lumurkan santan pada rambut dan biarkan lebih kurang sejam / 2 jam sebelum shampoo. (ini yang Vee buat sebab malas. Hihihi. Kalau nak lebih berkesan guna santan yang dibiarkan semalaman).
♥ Selain daripada santan, boleh gunakan lendir bunga raya jugak. Tapi Vee pernah buat 2,3 kali aje sebab susah nak cari bunga raya.
♥ Kalau nak rambut nampak cantik, basahkan rambut dengan (selepas shampoo) dengan air sejuk. Air yang betul2 sejuk. (Tapi Vee jarang buat dulu sebab memang rambut nampak bersinar lepas tu, tapi kurang lembut sikit)

Ini basically yang Vee boleh share apa yang Vee pernah amalkan dulu. Zaman belasan tahun. Sekarang memang Vee tak buat dah. Tapi Vee memang takkan miss pakai conditioner setiap kali selepas shampoo. Dan trim rambut tu penting. Insya-Allah Vee akan start jaga rambut Vee balik. Dah mula kusam, kering dan tak sihat rambut Vee sekarang. Banyak gugur dan rambut rapuh.
Vee ni jenis tukar shampoo rambut. Tapi so far, Vee gunakan Sunsilk warna pink. Sebab shampoo tu buat rambut Vee lembut dan lebih terurus. Tapi Vee balik kampung kali ni, Vee malas bawa balik banyak barang sebab berat. Hihihi...
So, Vee guna shampoo adik Vee. Okaylah, ini point yang penting untuk entry Vee hari ni. Shampoo yang adik Vee gunakan ialah, DOVE - DAMAGE THERAPY. Vee rasa teruja sangat lepas pakai shampoo DOVE - DAMAGE THERAPY (Dryness Care) ni sebab for the first time dalam hidup Vee, Vee rasa lepas shampoo rambut, rambut Vee rasa lembut dan macam sihat. Bau shampoo ni pun agak tahan lama. Vee ada tabiat suka sapu perfume oil dekat leher sebelum tidur, tapi Vee pakai shampoo Dove ni, Vee rasa tak perlu nak sapu sangat perfume oil tu. :)
And one more thing, even Vee ikat rambut sehari, lepas Vee lepas ikatan rambut Vee, kurang kesan ikatan rambut tu. Best sangat! (^^,)

♥ DOVE - Damage Therapy
♥ Dryness Care
♥ Shampoo with Micro Moisture Serum
Rasanya lepas habis shampoo Sunsilk Vee, Vee akan gunakan shampoo Dove ni. :)
Anda, bagaimana? Chewah!!!
Okaylah, Vee nak tumbuk beras dan nak manjakan muka Vee yang banyak jerawat dan parut ni. ='(
Inilah kerja saya kalau bercuti. Hihihi.
Nanti Vee share pasal beras tu pulak ye?
Mwah!!!
P/S : Tertinggal pulak, Vee pernah cuba Pantene Leave-On Mask. Itu pun buat rambut Vee lembut dan nampak sihat. Anda boleh cuba jugak. ♥
With Love,
♥ Juliana Violet ♥