
Inilah Damia. Jangan main2 tau, even though baru berumur setahun 5 bulan, 'kemiangan'nya terserlah setiap kali nampak jejaka kacak. Auuww!!! Makteh borek Damia rintik. (Ai lah makteh itu) Tapi 'kemiangan' si makteh itu Cuma akan terserlah kalau ternampak lelaki-lelaki macam nie :
♥ Jacob Hitam

Eh, muda sangat untuk Vee kan?

♥ Lelaki seterika

Errr…. Hmmm… Macam hensem sangat kan? Tak boleh tak boleh...

Hmmm… ini pun boleh menyebabkan 'hidung Vee berdarah' jugak ni…
♥ Agen Kosong

Tapi sanggup ke die 'bermadu' dengan mamat hensem ni nanti?

Eh, apa kaitannya 'deden' dengan 'lelaki yang boleh menyebabkan hidung Vee berdarah' ye? Brokoli... Brokoli... brokoli… Yes! Brokoli…
Apakah itu brokoli? Siapa tahu angkat tangan! :)
Okaylah, since last few days, untuk lunch Vee mamam brokoli aje. But bukan mentah or goreng. Salad. So, jangan cakap, confirm kurus nanti. Takde makne nye… hihihi… salad itu ada mayonis… :)
Basically, Vee nak share tentang brokoli ni sebab Vee rasa brokoli ni salah satu sayur yang bagus dan 'harus' ada dalam menu diet anda.
***Di'kopi' dari pakcik Google yang lebih famous dari Karam Singh Walia***
Brokoli merupakan sayuran lazat dengan beribu manfaat bagi kesihatan. Selain boleh dimakan mentah, brokoli juga boleh dijadikan juadah pelbagai hidangan lazat. selera. Brokoli mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan tubuh. Antaranya, brokoli dapat mencegah kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut. Zat yang terkandung di dalam brokoli juga bermanfaat sebagai antioksidan. Manakala seratnya bermanfaat untuk mencegah masalah sembelit dan gangguan pencernaan yang lain.
Maybe some of you tak suka 'deden' sayur kan? So, Vee nak share 2 resipi yang mungkin boleh 'menaikkan nafsu' makan anda terhadap brokoli selepas ni.
Goreng pun sodap tau! (macam lah pernah cuba. Vee tak pernah cuba lagi. For the time being nak share dulu. Lalalaaaa…)

BROKOLI GORENG TEPUNG
Bahan :
♥ 500 gram brokoli. (Cuci dengan air garam)
♥ Tepung roti/tepung roti tempura secukupnya
♥ Minyak goreng secukupnya
Adunan pencelup (adun rata) :
♥ 150 gram tepung gandum
♥ 50 gram tepung beras
♥ 1 biji telur
♥ 1 / 3 lada sulah/serbuk lada
♥ Garam halus secukupnya
♥ 100 ml susu cair
Cara membuat:
♥ Panaskan minyak goreng (api sederhana). Celupkan setiap kuntum brokoli ke adnan pencelup. Kemudian lumur tepung roti, dan goreng hingga keperangan.
Kemudiaannya, angkat dan toskan. Hidangkan panas dengan sos sambal.
GARLIC BREAD & SUP BROKOLI
Bahan Sup :
♥ 1 biji bawang besar yg kuning
♥ 1 ulas bawang putih
♥ 2 cawan air
♥ 2 biji brokoli
♥ 2 biji cendawan butang atau shitake (tak ade pun tak pe)
♥ 2 sudu besar serbuk pati ayam
♥ Sedikit all spice Itali (kena google search ni)
♥ 2 sudu kecil lada putih
♥ 1/2 - 1 cwn susu (agak2)
♥ Sedikit minyak zaiton untuk tumis (minyak biasa pun boleh digunakan)
♥ Garam secukup rasa
Caranya :
♥ Panaskan minyak zaiton, tumis bawang besar dan sedikit bawang putih hingga layu. Kemudian masukkan air. Setelah air mendidih, masukkan brokoli dan cendawan. Biarkan layu sedikit sebelum api diapadamkan. Kemudian, 'blend' brokoli dan cendawan tu sehingga halus.
♥ Masukkan semula dalam periuk. Campurkan susu, lada putih, sedikit Itali spice dan garam. Masak hingga mendidih.
Bahan roti :
♥ 4 kpg roti
♥ 4 ulas bawang putih (tumbuk halus/cincang)
♥ 4 s/b mentega
♥ 2 s/k lada putih
Caranya :
♥ Campur bawang putih yang ditumbuk halus/cincang, lada putih dan mentega. Gaul sebati.
♥ Sapukan pada permukaan roti.
♥ Kemudian bakar pada suhu 160 darjah selama 10 minit.
"Selamat beramal!"
With Love,
♥