Thursday, December 22, 2011

Disember Yang Rapuh


Disember semakin menginjak ke penghujungnya. Seperti tahun-tahun sebelumnya, hujan lebat setia mengiringi perjalanan bulan Disember. Iqbal yang berselubung dengan selimut tebal di atas katilnya senyum hambar memandang kotak putih beriben merah yang sepatutnya diberikan kepada Saffiya 6 hari lepas. Lama dia memandang kotak tersebut yang terletak elok atas meja di sisi katilnya. Sejenak, mata Iqbal mula berkaca sebelum air mata mula mengelilingi birai matanya. Senyum Iqbal melebar tatkala teringat wajah ceria Saffiya terimbas di fikirannya. Serentak air matanya mengalir laju. Selaju hujan penghujung Disember 2011.

Belum sempat ku membagi kebahagiaanku
Belum sempat ku membuat dia tersenyum
Haruskah ku kehilangan untuk kesekian kali
Tuhan kumohon jangan lakukan itu

Sebab ku sayang dia
Sebab ku kasihi dia
Sebab ku tak rela
Tak selalu bersama
Ku rapuh tanpa dia
Seperti kehilangan harap
Jikalau memang harus ku alami duka
Kuatkan hati ini menerimanya


~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~

“Sayang nak apa untuk birthday sayang nanti?” tutur Iqbal lembut sambil memandang tepat ke arah wajah kekasih hatinya, Saffiya. Satu wajah lembut yang amat disenanginya. Punya satu senyuman manis. Punya satu pandangan yang redup dan tenang. Wajah yang membuatkannya tidur tak lena malam pada awal perkenalan mereka.
Saffiya senyum manis. Semanis madu.
“Hmmm... Nak hati awak. Saya nak awak keluarkan hati awak, bagi saya simpan, bagi saya bawa ke mana-mana pun saya pergi nanti. Boleh?” serentak Iqbal tergelak kecil.

“Kenapa? Awak tak percayakan hati saya? Takut hati saya ni ada tertulis banyak nama perempuan lain selain daripada awak?” usik Iqbal
Saffiya sengih.
“Kacau awak je. Hmmm...Nak ape eh? Saya nak awak selalu sayang dan setia pada saya sorang aje. Itu aje. Boleh?” Iqbal mengerutkan dahinya. Pandangan Saffiya yang tadinya bersahaja bertukar menjadi sedikit tajam dan serius.

“Kenapa?” soal Saffiya.
“Susah sangat nak tunaikan permintaan tu. No no no no... Susah saya nak setia pada awak sorang aje.” Iqbal menggeleng-geleng laju kepalanya. Mata Saffiya membulat sebelum mencubit pangkal paha Iqbal berkali-kali.
“Berani awak ye? Susah nak setia pada saya sorang? Habis tu selama ni?” Iqbal yang tadinya duduk selamba kini tak senang duduk.
“Hei! Hei! Saya gurau je sayang! Of course saya setia dan sayang pada awak sorang!” Iqbal separuh menjerit sambil tangannya menggenggam erat pergelangan lengan Saffiya. Beberapa saat kemudian barulah Saffiya berhenti.

“Dah puas cubit saya?” soal Iqbal.

“Belum!” Laju Saffiya menjawab sambil tangannya laju mencari sasaran. Mahu mencubit Iqbal lagi.

“Eeehh!!! Kejap kejap! Saya gurau je kan? Cakaplah apa yang awak nak apa nanti. Obviously saya sayang awak kan selama ni? Kalau awak cakap saya tak cukup setia pada awak, haaaa... saya sumpah awak jadi hantu Kak Limah nanti. Masa tu awak tengoklah saya setia ke tak pada awak.” Saffiya mencebik sambil menampar lembut paha Iqbal.

“So, janganlah ragu-ragu pada saya. Cepat cakap, apa yang awak nak.” Iqbal senyum sambil memandang tepat ke arah Saffiya.
“Hmmm... Saya nak dress putih labuh? Boleh? Bersulam bunga ungu dan hijau. Boleh?” Saffiya sengih lebar. Iqbal senyum tenang. Hatinya ceria menatap wajah ceria Saffiya.

“Okay sayang. Lepas sayang balik dari Mekah nanti ye? Birthday sayang nanti, sayang ada dekat Mekah kan?” Saffiya mengangguk lembut.

Sejenak Iqbal merenggul lembut jari jemari Saffiya. Bahagia.



~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~

“Iqbal tak pernah tahu?” Iqbal geleng kepala lambat-lambat. Fikirannya terasa kosong namun bagaikan serabut.
“Akak tak sangka cepat macam ni. Kami dapat tahu semuanya lepas Saffiya demam agak lama. Dah makan panadol dan ubat klinik. Tapi sama jugak. Selera makan dan berat badan pun pernah susut satu ketika dulu. Iqbal ingat tak?” soal Sufiya, kakak sulung Saffiya. Iqbal angguk lesu.
“Maafkan akak sebab tak pernah beritahu Iqbal apa-apa. Saffiya minta rahsiakan semuanya dari Iqbal. Sebab dia yakin semuanya akan okay sebab selepas dia balik dari Mekah, dia akan menjalani pembedahan.”
Kepala Iqbal terasa semakin berat. Terasa bagaikan mahu dipecahkan sahaja kepalanya saat itu. Laju Iqbal beristighfar.
“Akak tak sangka...” Safiya mula tersedu sedan sebelum menyambung kembali –
“Cepat sangat. Terasa macam sekelip mata, macam mimpi.” Saat itu, Iqbal menggetap kuat giginya. Terbayang dress putih labuh yang berlipat elok di dalam kotak hadiah yang sepatutnya diberikan kepada Saffiya sekembalinya Saffiya dari tanah suci Mekah.
“Saffiya sempat bercerita pada akak, angan-angan dia. Dari awal, macam mana dia nak majlis perkahwinan dia dengan Iqbal berlangsung, macam mana dia nak anak-anak dia dan Iqbal panggil nanti, macam mana dia bahagi masa untuk Iqbal, anak-anak dan kerja.” Sufiya senyum sambil menyapu air matanya.
Iqbal senyum hambar sambil membiarkan air matanya rancak meluncur laju di pipinya.
“Saffiya ada cakap, dia tak sabar nak pakai dress putih yang dia minta Iqbal belikan untuk dia nanti. Yakin sangat dia pembedahan tu akan Berjaya. Yakin sangat dia yang dia akan hidup bersama dengan Iqbal sampai ke anak cucu. Sebab tu dia rahsiakan penyakit dia daripada Iqbal.”

Iqbal senyum sinis.

‘Yakin! Yakin sampai rahsiakan kau ada kanser hati, Saffiya?’ bentak hati Iqbal Seolah marah kepada arwah kekasih hatinya, Saffiya.



















“Loneliness is about the scariest thing out there.”


With Love,

1 comment:

Asrul "iLham" Sany said...

cam lagu britney spears, loneliness is killing me haha

welcome back, babe ;-)p