What style & color I am / Apakah gaya & warna diriku
Vee alu2kan semua menyertai...
*wink*
Syarat2 penyertaan :
1) Terbuka kepada sesiapa yang mempunyai blog sendiri.
2) Anda mempunyai kebebasan untuk bercerita mengenai diri anda ataupun pendapat anda mengenai fesyen dan kaitkan diri anda dengan warna yang mungkin anda gemari ataupun warna baju/seluar/kasut/cermin mata setiap kali anda bergaya.
- Anda juga mungkin mempunyai kisah tersendiri seperti pernah mengalami masalah berat badan berlebihan dan sukar untuk mengayakan fesyen yang digemari. Ataupun mungkin sewaktu mengalami masalah berat badan berlebihan, anda tidak dapat menggayakan baju warna cerah seperti putih/pink.
3) Harus sertakan gambar anda bersama gaya anda yang tersendiri. Bagi yang tidak mahu menonjolkan diri anda, anda mempunyai pilihan untuk sertakan gambar anda tanpa wajah atau sekadar gambar pakaian berserta aksesori (jika ada).
4) Contest ini adalah sekadar suka-suka, jadi - gambar yang perlu untuk dipertaruhkan bukanlah gambar seperti artis Hollywood ke karpet merah atau artis Malaysia ke malam Anugerah. Jika anda ingin sertakan gambar anda berambut alfro/berselipar jepun/berterompah sekalipun diterima SELAGI anda harus kaitkan gambar itu dengan gaya anda dan warna gaya anda.
5) Gaya penceritaan bebas. Skema/sempoi/slumber - semua you all redah aje… =)
6) Peserta berhak untuk menyiarkan entry masing-masing atas tujuan mendapat undian tertinggi di blog masing-masing. =)
7) Bahasa yang digunakan cuma Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris...
Penilaian :
1) Pemenang dikira berdasarkan 90% undian bloggers dan 10% dari pihak penganjur.
Hadiah :
Hadiah adalah tertakluk kepada pihak penganjur - ini adalah kerana pihak pengajur tidak tahu samada pemenangnya adalah wanita/lelaki.
1) Hanya saeorang pemenang yang dipilih dan hadiahnya merupakan hadiah misteri bernilai RM 50.
2) Pihak penganjur akan memilih peserta favourite berdasarkan komen dari bloggers yang lain dan penilaian pihak penganjur sendiri. Peserta favourite turut menerima hadiah misteri daripada pihak pengajur.
Cara untuk menyertai :
1) Anda harus sertakan gambar anda bersama gaya anda yang tersendiri. Bagi yang tidak mahu menonjolkan diri anda, anda mempunyai pilihan untuk sertakan gambar anda tanpa wajah atau sekadar gambar pakaian berserta aksesori (jika ada).
2) Anda mempunyai pilihan untuk :
- berhujah/berkongsi pandangan/pendapat anda mengenai fesyen berdasarkan persepsi anda / atau
- berkongsi cerita fesyen/gaya anda
3) Kaitkan gaya anda dengan warna fesyen/gaya yang anda minati. (Warna kegemaran anda tak semestinya merupakan menjadi warna kegemaran anda tatkala berfesyen - jika anda mempunyai kenangan manis mengenai warna baju kegemaran anda, kisah itu juga boleh dikongsi bersama... => )
4) Anda boleh mencari pengundi dengan menyiarkan entry di blog masing2. 5)
5) Tarikh undian bermula pada 7th March di mana tarikh tersebut merupakan tarikh akhir untuk menyertai contest ini. Dan semua bloggers dapat mengundi entry kegemaran masing2 bermula dari 7th March sehingga 6th April.
6) 7th April adalah tarikh di mana pihak penganjur akan umumkan pemenang dan peserta favourite.
Selamat berhujung minggu!!! =)
Salam sayang dari pihak penganjur.
Classic! Gayaku... ~Vee MS~
23 comments:
kalu send pix saja buleh??
Hi speckurosaklagi,
Hmm... takut nanti tak adil untuk peserta yang lain. Mungkin speck boleh huraikan sedikit tentang gaya pakaian spek dan relatekan dengan style spek yg berambut panjang tu... ;)
Hi dear!sihat ker???alamak! mcm best jer contest nie.hurmm..tp, nk join mcm x ader mase jer..ok, nnti klu nana nk join nana terus jer join k..kejer mcm maner dear?ok x?
Dear Vee..
Hohoooo..
Contest dah bermula..
Sila sertai..
Mencabar sungguh..
*maksudnya, entri tu tak akan publish kat blog sendiri eh? kena email ar..?
Hahaha.. Menarik contest nie..
Kepada Spec..
silalah rajin2 mengayat.
Hehehe..
Nana,
sihat dear.. joinlah... ada masa untuk join... sampai 7th March... :)
Pearl,
ianya bergantung kepada undian so bagi yg nak byk undian mesti akan promote pada blog masing2 kan? :) Vee akan tambah syarat2 nye.. Pearl join tau... taknak tunjuk muka & badan pun takpe..
vee,
suka banyak kaler......tapi tak tahu sebenarnya mana satu kaler yg memang mendapat tempat dihati..
aik?
xsama pon
hehe
ala
klu sama pun
xpe la kan?
xkisah pun
huhu
okess
contest ni klu ada masa
ku akan join
macam banyak masa je skrg
heee
vee jngn lupe masok jugak ok
klu x
majook
;(
hahahaha
malu plak aku Vee nak masuk contest nih
tgoklah kalau tetiba dapat hidayah ker
baju cantik2 tak ada
ekekekee
kak izan.... meaning warna -warni la ni kan.. :)
joe,
vee dah tukarlah... hihihi... erk! kena masuk ke nie? ok ok kalau vee free nanti vee masuk tau.. kalau vee dah join - joe pun kena join contest vee. kalau tak join vee pun nak majok... =<
hans,
tak perlu baju cantik lah... ape2 gaya hans... :)
vee i am very excited to join, i will vee=)
wait for my entry ok..
vee...tq.
hari baru masuk opis,,
lambat nak ucap tq kepada vee
seronok dpt hadiah...
tq sekali lagi vee
WAHH...ADE CONTEST...
sorry, sekarang sibuk ngan travel...heheh
salam dari Afrika selatan
vee...akak masuk nak memeriahkan je tau..hehehehe
ok tggu entry akak la..banner dah naik..entry je belum lagi
vee, bila due contaet ni....?
alamak...br perasan....7/3...hehe
ok vee...abg eq dah pos 1 entry dengan pic eksklusif untuk contest vee ni...hehe
~abg eq~
boleh undi kt sini ke? sy nak vote for encik eqbal..http://eqbalzack.blogspot.com/2010/02/dan-siap-entrynya.html
he look great with his favourite colour..
tq..
ermm bllg nk join gak.. hehe
vee.. bllg nk tnya.. lgu apa kt blog nie.. bllg suka.. nk tau tajuk.. nk crik.. hehe
Lalalovy,
ok - nanti you dah publish entry you, you inform eh... :) thanks for joining dear.. :)
besi,
promise is a promise... :)
meyour,
takpe, kalau free joinlah k... salam dari malaysia... :)
kak syahadah,
ok - thanks tau... :) nanti akak dah publish inform vee eh... :)
Abg eq,
thaaank you for joining... ok - nanti vee terjah blog abang eq, dah ada satu undian nampaknye... :)
mimie candy cane,
sure sweetie ~ ... thanks for voting... :)
belalang,
vee dah reply dekat blog belalang... :)
"blow me a kiss" by Git Fresh. Joinlah... vee alu2kan... :)
Saya undi untuk Eqbal tau... sebabnye dia suka bergaya dalam apa2 gambar.... kalau tak biru pun apa2 color pun dia ok jer pakai... :)
hi vee..thx drop by my blog....ok sy dh buat entry...ni link nya:
http://ezam-safie.blogspot.com/2010/02/apakah-gaya-warna-diriku.html
hi vee.. budak hitam join jgk.. tQ jemput join contest ni..
http://kamibudakhitam.blogspot.com/2010/02/contest-apakah-gaya-warna-diriku.html
Hi budak hitam,
sorry baru baca...(hurm.. actually baru masuk comment box vee - tp vee tgk date 25th feb, vee confuse... hihihi) thanks for joining dear... nanti vee publishkan ye darl... ;)
Post a Comment