Monday, February 8, 2010

Cerpen - Carnation Putih Untuk Linda

Assalamualaikum & happy Monday semua. Dah lama Vee tak menulis cerpen. Akhirnya berjaya jugak siapkan satu lagi cerpen. Sebelum ni Vee asyik tulis kisah cinta je kan, kemudian cuba buat cerpen romantik komedi iaitu "Dollah Loves Joyah". Sekarang Vee nak cuba thriller pulak. Tapi takde lah thrill sangat hehe... Selamat membaca and jangan lupa komen tau! Mmmuacckss!!!

************************************************************************************

“I betul-betul tak sangka you sanggup buat macam ni dekat I Linda” Kamal mendengus sambil memeluk tubuhnya. Matanya merenung tajam tepat ke arah Linda, kekasih hatinya. Linda berlagak selamba tanpa sedikit pun memandang ke arah Kamal.
“Baru I sedar yang I ni manusia yang paling bodoh selama ni!” suara Kamal mula meninggi. Kali ini Linda memandang ke arah Kamal sambil tersenyum sinis.
“Sudahlah Kamal. Kita sama-sama bodoh sebenarnya. Aku ingatkan kau lelaki yang boleh berikan aku kemewahan hidup, tapi... huh! Menyesal aku buang masa aku selama ni. Lupakan je lah aku. Aku bahagia dengan Azman sekarang. Dia mampu berikan segala apa yang aku nak” saat ini Kamal mengenggam tangannya sambil menggetap kuat giginya. Linda memandangnya sambil tersenyum sinis dan ternyata reaksi dari Linda itu membuatkan Kamal bertambah panas hati lantas sekelip mata –
Pang!!!
Kamal senyum sinis melihat Linda yang hilang pertimbangan terdorong ke kanan sehingga menyebabkan kepalanya terhantuk ke pagar luar perkarangan rumahnya. Kamal sekadar memerhatikan gerak geri Linda yang di dalam kesakitan memegang pagar dan sambil perlahan-lahan bangun berdiri berdepan dengannya. Rasa takut yang mula menular dalam diri Linda terpancar dari anak mata dan raut wajahnya.
“Sampai hati kau Kamal” perlahan Linda bersuara sambil tangan kirinya menahan darah yang mengalir keluar dari dalam mulutnya. Kamal yang masih tersenyum sinis melangkah mendekati Linda. Hatinya terasa seperti digeletek apabila melihat Linda seolah-olah ketakutan dan mengundur ke belakang.
“Kenapa? Takut? Aku ingatkan kau ni takde perasaan”
“Kamal...” Linda dapat merasakan tubuhnya mengeletar pada waktu itu. Manakala Kamal terus mendekati Linda sambil bibirnya terus tersenyum sinis. Badan Linda tersentak apabila Kamal tiba-tiba laju berada dekat dengan tubuhnya namun dalam beberapa saat dia menarik nafas lega apabila Kamal tunduk mengutip Carnation putih yang diberi Kamal sebelum pertelingkahan terjadi antara mereka berdua.
“Bunga ni... aku ikhlas belikan untuk kau walaupun duit aku dah habis kau kikis. Aku sanggup ikat perut sebab nak beli bunga ni, sebab aku tau kau suka sangat bunga ni. Sebelum ni, aku sanggup berhabisan duit untuk kau, turut kehendak kau dan... aku sanggup tinggalkan gadis yang sekarang baru aku sedar berpuluh kali ganda lebih baik dari kau... semua tu demi kau... tapi sekarang... apa balasan yang aku dapat?!!!” tengkingan daripada Kamal membuatkan Linda terdiam seribu bahasa. Sungguh Linda berasa gerun untuk melihat wajah Kamal yang menyinga pada waktu itu.
“Aku banyak jatuhkan martabat aku sebagai lelaki demi kau selama ni... Tapi sekarang, apa yang aku dapat?!!!” Linda yang kecut perut mula menitiskan airmata dan ianya membuatkan Kamal tergelak besar.
“Hahahah! Oooo... Rupa-rupanya kau ni ada perasaan jugak ye? Kau ingat Linda. Perbuatan kau ni dah melampau. Satu hari nanti kau tunggulah balasannya” sejurus itu Carnation putih yang dikutip Kamal tadi dibalik tepat ke muka Linda dan kemudiannya dia melangkah meninggalkan Linda.
Carnation putih yang tercemar warna putihnya dengan kesan darah yang keluar dari bibir Linda jatuh tepat ke kakinya.

************************************************************************************

“Makin menjadi-jadi pulak kes bunuh dekat Malaysia ni sekarang. Tiap-tiap hari, asal buka je paper, mesti akan ada kes kematian” Norlin membebel sendirian tatkala membaca berita muka hadapan suratkhabar Metro.
“Apa yang Kak Lin bebelkan ni?” Ezrin yang sedang sibuk menaip menyampuk apabila mendengar Norlin yang dipanggilnya Kak Lin membebel-bebel sendirian.
“Ni, tengoklah muka depan paper hari ni” serentak Norlin mengangkat suratkhabar yang sedang dibacanya dan kemudiannya menunjukkan muka hadapan suratkhabar tersebut kepada Ezrin yang duduk berhadapan dengannya.
“Car..na..tion... pu..tih... ber...da..rah...” perlahan-lahan Ezrin membaca bait-bait perkataan yang terpapar di hadapan muka depan Metro tersebut.
Ezrin kemudiannya mengerutkan dahinya.
“Ape kes ni Kak Lin?” soal Ezrin apabila dia masih samar-samar dengan maksud tersirat ‘Carnation Berdarah’ tersebut.
“Kes cinta segi. Kekasihnya curang, dia tak boleh terima hakikat, dibunuhnya perempuan tu. Dikelarnya muka perempuan tu, lepas tu diletaknya bunga Carnation putih yang sengaja dikotorkan dengan darah mayat perempuan tu pada mayat si perempuan. Eee... ngeri!” Ezrin ternganga mendengar cerita dari Kak Norlin.
“Takutnya Kak Lin...”
“Tapi si lelaki tu tak mengaku bersalah”
“Siapa nak mengaku kak. Melayu ke ape?”
“Melayu. Yang membunuhnya, Kamal. Yang dibunuh, Linda” seraya itu mata Ezrin membuntang serentak dia bangun berdiri.
“Eh kak, meh sini paper tu Rin nak baca” Norlin yang kehairanan dengan perubahan sikap Ezrin lantas menghulurkan suratkhabar terbabit kepada Ezrin.
“Seri Kembangan... Kakkk... Saya kenal dorang ni!”
“Kawan kau ke?”
“Kamal ni bekas kekasih saya. Dia tinggalkan saya lepas berkenalan dengan Linda ni. Astaghfirullah hal’azim... Kenapalah boleh jadi sampai macam ni” Norlin tergamam seketika. Tak dapat dibayangkan pembunuh terbabit bekas kekasih rakan sekerjanya sendiri.
“Rin masih berhubung dengan Kamal tu ke?” soal Norlin yang tiba-tiba rasa risau dengan keselamatan Ezrin. Walaupun mereka baru berkenalan sejak sebulan yang lepas, namun Ezrin disayanginya seperti adik kandungnya sendiri. Ezrin menggelengkan kepalanya.
“Tak... Rin berpindah lepas putus cinta dengannya. Rin resign dari tempat kerja lama then tukar kerja. Tak sangka pulak Kamal boleh jadi sampai macam ni” Ezrin mendengus perlahan. Perlahan dia melabuhkan punggungnya ke atas kerusinya kembali. Matanya dipejam rapat sambil membayangkan wajah lelaki yang pernah disayanginya sepenuh hati satu ketika dahulu.

************************************************************************************

“Saya tak bunuh dia. Percayalah” Kamal bersuara lembut. Bergetar suaranya kerana tiba-tiba berasa tertekan.
“Tapi...”
“Saya tahu, awak takkan percaya. Entahlah. Saya tak tahu kenapa saya call awak. Mungkin sebab saya terlalu rindukan awak. Dan mendengar suara awak, saya berasa lebih lega berbanding semalam”
“Saya tak tahu nak cakap apa...”
Kamal terdiam seribu bahasa. Air mata lelakinya hampir berjurai keluar dari matanya. Dia sedar yang dia telah banyak melukakan hati Ezrin. Gadis itu tulus menyintainya selama ini namun akibat tergoda dan terpedaya dengan kecantikan, keseksian dan sikap manja Linda – dia telah melakukan kesilapan dengan meninggalkan Ezrin. Balasan Tuhan agaknya, dia diberkas polis di atas tuduhan membunuh Linda selepas beberapa hari Linda memutuskan perhubungan mereka kerana mempunyai kekasih baru, Azwan.
“Maafkan saya...” lembut suara Ezrin menuturkan maaf kepada Kamal. Kamal menggetap bibirnya.
“Saya yang sepatutnya minta maaf daripada awak Ezrin. Saya dah khianati cinta awak pada saya dan tinggalkan awak begitu je. Sekarang – bila saya susah, saya cari awak” Kamal memejam matanya.
“Tapi, percayalah, saya bukan macam tu. Polis pun bebaskan saya sebab pihak polis tidak mempunyai alibi yang kukuh untuk menuduh saya melakukan pembunuhan tu” Kamal masih cuba meyakinkan Ezrin.
“Baik” jawapan ringkas yang keluar dari bibir Ezrin membuatkan Kamal berasa bertambah tertekan kerana dia tahu gadis itu masih tidak percayakannya.
“Baiklah. Maafkan saya sebab mengganggu awak. Saya faham kalau awak masih marahkan saya dan memilih untuk menganggap saya ni pembunuh sekarang. Jaga diri awak. Saya masih sayangkan awak. Terima kasih sebab masih sudi menjawab panggilan saya. Bye”
Talian diputuskan. Air mata mengalir keluar dari mata bundar Ezrin. Hatinya merintih sendiri kerana sememangnya perasaan sayang terhadap Kamal masih ada namun untuk mempercayai lelaki itu lagi sekali, sukar untuk sukar sekali dilakukannya.
“Maafkan saya sayang....” Ezrin menggetap bibirnya.

“Arrrgghhhhh!!!!! Memang patut kau mati!!!!” Kamal menjerit kuat di dalam biliknya sambil mengoyak-ngoyak surat khabar yang memaparkan gambar mayat Linda yang mati dalam keadaan ngeri dengan mukanya hampir 80 peratus dikelar dengan pisau.

*************************************************************************************

“Abang balik pukul berapa hari ni?” manja Azlinda berbual di hujung talian telefon bersama suami kesayangannya.
“Sayang rindu abang ke?” suaminya, Saiful sengaja mengusik si isteri.
“Alaaa... abang ni. Saya setiap masa rindukan abang tau tak”
“Manisnya mulut isteri abang ni. Kenapa sayang? Tiba-tiba je tanya abang nak balik pukul berapa ni?”
“Abang ingat Yan? Gadis yang tolong pinjamkan duit pada saya semalam?”
“Yang pinjamkan duit pada hari awak kena ragut tu?”
“Haaa... Yan nak datang makan malam dengan kita malam ni. Pukul 8. Kalau boleh abang baliklah awal sikit ye? Saya ingat nak minta abang belikan buah tembikai. Boleh saya hidangkan pada tetamu kita lepas makan nanti” Saiful mengukir senyum terfikirkan sikap isterinya yang sering melayan tetamu mahupun saudara mara yang bertandang ke rumah dengan baik sekali.
“Baik sayang. Dalam setengah jam lagi abang nak keluar office dah. Pukul 7.30 nanti abang sampailah. Nanti abang belikan tembikai untuk sayang ye?”
“Baik. Terima kasih abang. Linda nak masak ni. Jumpa nanti ye. I love you. Assalamualaikum”
“Wa’alaikumussalam” Saiful meletakkan gagang telefon sambil tersenyum lebar. Bahagia mempunyai seorang isteri yang cantik, manis, lemah lembut, penyayang serta baik hati. Walaupun perkahwinan mereka baru mencecah masuk 5 bulan, namun hubungan suami isteri yang erat dan kukuh antara mereka bagaikan sudah 5 tahun mereka bersama. Tambah-tambah lagi apabila sebulan yang lepas dia mendapat khabar berita isteri kesayangannya sudah hamil 2 bulan. Terasa bertambah lengkap kehidupannya kini.
Azlinda yang baru bangun dari sisi katil memalingkan badannya dan menjenguk ke luar tingkap apabila ternampak kelibat sebuah motosikal yang seolah-olah berhenti di hadapan rumahnya. Azlinda berpatah kembali dan menjengok ke luar tingkap rumahnya. Ternyata memang terdapat sebuah Kawasaki ER6N hitam yang berhenti di hadapan pagar rumahnya. Pembonceng motosikal tersebut yang menyedari Azlinda menjenguk dari luar tingkap mendongak ke atas dan membuka visor helmetnya. Samar-samar dengan wajah pembonceng motoskal terbabit, Azlinda turun ke bawah untuk membuka pintu. Ketika sedang menuruni tangga untuk turun ke bawah, telefon bimbitnya yang ditinggalkan di dalam bilik berbunyi. Agak lama berfikir samada mahu menjawab panggilan tersebut, akhirnya Azlinda berkeputusan untuk turun ke bawah terlebih dahulu.
Sebaik sahaja pintu terbuka, Azlinda terkejut besar melihat pembonceng motosikal tersebut sudahpun berada di hadapan pintu rumahnya. Jantungnya terasa berdegup laju kerana tidak menyangka pembonceng motosikal tersebut akan masuk terus ke rumahnya. Dengan sekadar membuka visor helmetnya, pembonceng motosikal tersebut memerhatikan Azlinda. Azlinda yang baru ingin mengukirkan senyuman terdorong ke belakang apabila pembonceng motosikal tersebut menolaknya lembut masuk ke dalam rumah.
“Terkejut akak. Ingatkan siapa –“ belum sempat Azlinda menghabiskan kata-katanya, pembonceng motosikal tersebut tiba-tiba bertindak menolaknya dekat ke arah dinding dan mencekik kuat lehernya. Azlinda yang langsung tidak menduga tindakan itu meronta-ronta dan cuba meleraikan genggaman tangan yang bersarung dengan sarung tangan kulit berwarna hitam yang melekat kuat di lehernya.
“Kee... kee...na...” Azlinda cuba bersuara namun kerongkongnya terasa dihimpit erat sehingga menyukarkannya untuk bernafas. Bagaikan puas melihat mata Azlinda memerah dan berair serta urat-urat timbul di sisi dahi Azlinda, pembonceng motosikal tersebut semakin kuat mencekik Azlinda sambil tersenyum lebar.
“Too.... looo....” Azlinda cuba merayu namun, kudratnya tidak cukup untuk membantunya bersura. Tangannya yang pada awal tadi kuat cuba meleraikan genggaman tangan tersebut kini meraba-raba dinding dan lengan pembonceng motosikal terbabit. Manakala pembonceng tersebut semakin kuat mencekik Azlinda sehinggalah badan Azlinda lemah longlai tanpa sebarang reaksi dan tindakbalas dari wanita itu. Belum puas walaupun Azlinda sudahpun tidak bernyawa, pembonceng motosikal tersebut terus mencekik kuat leher Azlinda sambil mengoncang kuat tangannya. Beberapa ketika selepas itu, dilepaskan genggaman. Serentak mayat Azlinda jatuh ke lantai. Seolah-olah gembira melihat mayat Azlinda kaku di lantai, pembonceng motosikal tersebut tergelak kecil. Dengan nafasnya yang agak laju, sebilah pisau kecil dikeluarkan dari poket jaket hitamnya.
Perlahan-lahan dia duduk mencangkung dan kemudiannya hujung mata pisau yang dipegangnya diletakkan di pipi gebu Azlinda. Perlahan-lahan hujung mata pisau itu dibenamkan ke daging pipi Azlinda dan bagaikan sedang mengelar ikan untuk di masak, pembonceng motosikal tersebut mengelar hampir 80 peratus muka Azlinda. Puas dengan ‘hasil kerja tangannya, dia bangun dan melangkah keluar sebelum masuk kembali beberapa saat kemudiannya.
Pembonceng motosikal terbabit berdiri lama menatap muka Azlinda sambil memegang Carnation putih. Tak lama kemudian, Carnation putih tersebut dilemparkan ke muka Azlinda yang sudah dipenuhi dengan darah yang mengalir sehingga ke lantai.

***********************************************************************************

“Aku nak keluar beli teh ais kejap. Kau nak pesan ape-ape tak?” soal Fadhil pada rakan sejawatnya, Haikal. Haikal yang sedang kusyuk membaca surat khabar diam seolah-olah suara Fadhil langsung tak didengarinya.
“Wei! Kau dengar tak ni?!!” saat ini Haikal tersentak.
“Dengar apa?” Haikal terpinga-pinga.
“Ya Allah... kawan aku ni....” Fadhil menepuk dahi.
“Apalah yang kusyuk sangat kau baca tu sampaikan aku yang duduk tak jauh sebatu dari kau, kau tak dengar ni?” Fadhil sengih sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Aku baca ni ha. Kes pembunuhan Carnation Berdarah ni...” serentak Fadhil mendekatkan dirinya ke arah Haikal untuk membaca suratkhabar tersebut.
“Satu lagi kes bunuh yang melibatkan seorang suri rumah lewat petang semalam. Mangsa, Linda yang berumur 27 tahun....” bacaan Fadhil terhenti seketika.
“Weh... aku rasa kes bunuh sebelum ni bukan sebab kes cemburu or frust lah. Dua-dua yang kena bunuh, nama Linda. Lepas tu ada Carnation putih” Fadhil meneka sendiri. Haikal mengangguk kecil.
“Aku pun rasa macam tu sebenarnya” kedua-dua mereka kemudiannya berpandangan sesama sendiri. Setelah lama masing-masing mendiamkan diri, Haikal akhirnya bersuara.
“Eh, tadi kau cakap ape eh?” Fadhil yang fikirannya sedang jauh melayang memikirkan sesuatu berfikir lama sebelum menjawab pertanyaan dari Haikal.
“Air... haa... air.. aku nak gi beli teh tarik. Kau nak ape-ape tak?”
“Hmmm... milo ais. Jap aku amik duit”
“Weh, tak payahlah. Ok, milo ais!” Haikal tergelak kecil dengan sikap Fadhil yang sememangnya sangat selamba dan murah hati. Selama 3 bulan bertugas bersama Fadhil di Balai Polis Subang Jaya itu, dia berasa sangat senang dengan sikap Fadhil. Fadhil yang juga merupakan rakan serumahnya juga seorang yang ringan tulang. Sedang memerhati susuk tubuh Fadhil yang sedang melangkah keluar dari pintu utama, mata Haikal beralih ke arah seorang wanita yang amat dikenalinya. Secara spontan Haikal bangun berdiri apabila wanita tersebut melangkah berjalan lebih dekat ke arahnya.
“Ezrin...”
“Haikal...” Ezrin dan Haikal melemparkan senyum sesama sendiri.
“Lama tak jumpa. Awak sihat?” Haikal tersenyum lebar. Dia dapat merasakan wajahnya seolah-olah segar dan ringan. Berbunga-bunga hatinya dapat bertemu kembali dengan gadis yang pernah diminatinya satu ketika dahulu.
“Saya sihat. Tak sangka pulak awak dah jadi polis sekarang.”
“Hmmm... itulah. Konon-kononnya dulu nak jadi engineer. Entah macam mana tersalah bidang pulak sekarang” kedua-dua mereka sama-sama tertawa.
“Eh, apa yang awak buat dekat sini? Takkan shopping pulak kan dekat balai polis ni?” usikan Haikal membuatkan Ezrin tertawa kecil.
“Haikal... haikal... tak berubah dari dulu... Errrmm... saya nak buat police report sebenarnya...”
“Police report? Barang hilang?” Haikal mengerutkan dahinya. Perlahan Ezrin menggelengkan kepalanya.
“Habis tu?”
“Awak ingat tak nama penuh saya?” sekali lagi Haikal mengerutkan dahinya sambil cuba mengingati nama penuh Ezrin.
“Nur Ezrin Jaslinda...... binti... Ariffin...”
Sengih. Ezrin memandang Haikal sambil tersenyum.
“Errr... kenapa dengan nama awak?”
“Saya nak buat report yang saya dapat ugutan bunuh semalam...” serentak Haikal membulatkan matanya.
“Ugutan bunuh?” Ezrin mengangguk kecil.
“Hmmm... baiklah... Cuba awak ceritakan dari awal” Haikal duduk dan kemudian menghadapa komputer di hadapannya. Sedar Ezrin masih berdiri, Haikal senyum dan mendongak ke arah Ezrin.
“Duduklah wahai tuan puteri” usikan nakal Haikal membuatkan Ezrin tersenyum kecil dan kemudiannya barulah dia melabuhkan punggungnya ke kerusi yang berada di sisinya.
“Okay. Cuba ceritakan dari awal” wajah Haikal berubah serius menatap wajah Ezrin.
“Hmmm... semalam. Lebih kurang dalam pukul 6 setengah petang, macam biasa saya sampai rumah, saya nampak ada sejambak bunga carnation putih berada di hadapan pintu masuk rumah saya...”
“Carnation putih?”
“Ye... Carnation putih. Pada awalnya saya tertanya-tanya juga siapa yang hadiahkan bunga tu pada saya sehinggalah pada lewat malam semalam, saya dapat panggilan telefon daripada seorang lelaki....” sedang Ezrin bercerita Haikal memotong perbualannya.
“Kejap, kejap... saya record sekarang. Kejap ye....” serentak tangan Haikal laju menaip-naip menggunakan keypad komputer di hadapannya. Selang beberapa minit kemudian Haikal kembali bersuara,
“Dapat panggilan telefon tu pukul berapa?” soal Haikal pada Ezrin namun matanya masih tekun mengahadap komputer sambil jari jemarinya masih tidak berhenti menaip.
“Lebih kurang dalam pukul 11 malam”
“Seee..bee..las... malam... Ok, lepas tu?”
“Saya agak terkejut bila dia mengingatkan agar saya bersiap sedia kerana saya bakal menjadi mangsa seterusnya. Kemudian panggilan terputus” Haikal yang sedang menaip, secara tiba-tiba berhenti menaip. Dia kemudiannya menoleh dan menatap wajah Ezrin lagi sekali. Satu perasaan menular di dalam hatinya. Sungguh dia merasa sangat risau dengan keselamatan Ezrin. Dan tika itu, dia sedar bahawa hatinya masih menyukai gadis manis itu.
“Saya takut...” perlahan Ezrin bertutur. Matanya mula memerah.
“Lebih-lebih lagi selepas saya baca surat khabar pagi tadi” kali ini matanya mula berair.
“Ezrin... Saya akan cuba lindungi awak...” Ezrin agak tersentak mendengar tutur kata yang terbit dari bibir Haikal.
“Ape kes?” Fadhil yang tiba-tiba bersuara dari belakang Ezrin mematikan niat Ezrin yang ingin berkata sesuatu ketika itu.
“Fadhil... Report yang berkaitan dengan kes Carnation Berdarah... Sebelum tu kenalkan Ezrin” Fadhil mengangguk lembut kepada Ezrin.
“Semalam Ezrin terima sejambak carnation putih dan pada waktu malamnya, dia menerima satu panggilan ugutan bunuh” Haikal menerangkan secara ringkas kepada Fadhil.
“Aku ingatkan pembunuh cari mangsa yang bernama Linda je. Hmmm....”
“Nama saya Nur Ezrin Jaslinda” pernyataan dari Ezrin membuatkan Fadhil yang baru menyedut minumannya hampir menyembur keluar air teh tersebut keluar dari mulutnya.
“Linda jugak?”

************************************************************************************

“Awak dah berubah...”
“Berubah? Berubah macam mana?”
“Dah tak pemalu macam dulu...”
“Dulu pemalu macam mana?”
Diam...
“Hmmm... dalam kelas dulu awak mane ade tegur saya or mana-mana student perempuan yang lain” serentak Ezrin tersenyum manis terkenangkan zaman persekolahannya 6 tahun dahulu.
“Ye, memang. Sampai sekarang sebenarnya. Tapi takdelah seteruk dulu” kali ini giliran Haikal pula tersenyum manis.
“Iye ke?” Ezrin cuba mengusik.
“Iye lah. Kalau masih pemalu macam dulu, takkanlah saya berani ajak awak keluar kan?” Ezrin terdiam. Tak lama kemudian dia tersenyum kembali.
“Saya tak nak rasa menyesal sekali lagi”
“Huh?” Ezrin mengerutkan dahinya.
“Kesal macam 6 tahun lepas... Sejak kita sama-sama bawa haluan masing-masing selepas SPM”
“Saya... tak faham...”
“Hmmm.... takkan awak sedar selama kita sama-sama setahun belajar dalam kelas 5B tu, saya sering perhatikan awak?” serentak mata Ezrin membulat.
“Awak memang tak pernah perasan ye?”
Geleng.
“Awak ingat tak awak pernah terima sabun lilin berbentuk hati warna merah tu?”
“Sabun merah....” Ezrin cuba mengingat.
“Valentine’s day....”
“Haaa... ingat! Kenapa?”
“Saya yang berikan pada awak sebenarnya....” muka Ezrin mula berasa panas. Tiba-tiba terasa malu.
“Awak... memang tak pernah tahu ye?” Haikal menyoal Ezrin sambil merenung tepat ke anak mata gadis itu.
“Tak....”
‘Takpelah....” ada rasa kecewa yang terbit dari wajah Haikal.
“Awak... sorry...” lembut Ezrin menuturkan kata maaf. Serentak Haikal tertawa kecil.
“Hehehe... kenapa awak nak minta maaf pulak?”
“Err..... sebab saya tengok awak tiba-tiba macam sedih... I feel bad...”
“Hehehe... hmmm... awak ni... Awak percaya tak kalau saya katakan sampai sekarang saya masih sukakan awak?”
“Sampai sekarang? Dari dulu?” Haikal mengangguk sambil tersenyum manis.
“Tak percaya!”
“Hmmm... baik... Saya pernah cuba lupakan awak... Dan pernah lupakan awak seketika. Dua tahun yang lepas sebab saya ada sukakan seseorang. Tapi disebabkan sikap malu saya, saya tak berani luahkan perasaan tu pada dia” panjang lebar Haikal bercerita.
“Ok... mane perginya gadis tu sekarang?” Ezrin terdorong rasa ingin tahu.
“Saya sukakan dia sekejap je. Hampir nak luahkan sampailah one day, saya dapat tahu dari Fadhil.. ingat tak Fadhil?” Ezrin angguk laju.
“Fadhil sedar saya sukakan dia, so Fadhil cakaplah sebenarnya that girl tunangan orang” Haikal senyum kecil.
“Awak kecewa?” Ezrin cuba menduga.
“Tak!”
“Langsung tak?”
“Emmm... sikitlah... tapi tak kecewa macam dengan awak dulu”
“Hei... saya tak kecewakan awak tau!” serentak Ezrin meninggikan suaranya sambil tergelak kecil.
“Taaakk... maksud saya, saya ni sukakan awak hampir setahun. Lama tau. Segala gerak geri awak saya perhatikan. Nak luahkan tapi tak berani sampailah akhirnya awak hilang dari pandangan mata saya macam tu je. Parah tau tak?”
“Iye ke? Boleh caye ke ni?”
“Betulll... kalau awak tak percaya, belahlah dada, operate lah hati” serentak Ezrin tertawa besar kerana geli hati bila Haikal meniru dialog filem P Ramlee.
“Pandai jugak awak buat lawak ye?” Haikal tersenyum.
“Anyway, saya masih sukakan awak... malahan sekarang bertambah mendalam perasaan suka tu berbanding dulu...” raut wajah Haikal berubah serius. Bibir Ezrin yang sedang tersenyum lebar tadi turut berubah.
“Saya yakin awaklah jodoh saya” Haikal semakin bersungguh-sungguh cuba meyakinkan Ezrin. Ezrin mula berasa serba salah.
“Err... Awak... Saya sebenarnya baru putus cinta...” Ezrin menundukkan wajahnya.
“Putus cinta?”
Angguk.
“Kamal, suspek utama pembunuhan Carnation Berdarah yang pertama sebelum ni, dialah bekas kekasih saya” Haikal yang langsung tidak menyangka perkara tersebut tersentak mendengarnya.
“Anyway, bukan itu yang saya nak ceritakan pada awak tapi... saya harap awak faham yang sebenarnya, luka di hati saya masih belum sembuh. Masih berdarah. Saya perlukan masa untuk fikirkan tentang hubungan cinta baru...” suara Ezrin mendatar. Ada nada kesedihan dan kekecewaan di situ.
“Ezrin... saya faham... Jangan risau. Maaf, saya tak tahu. Tapi...”
“Tapi...?”
“Saya risaukan keselamatan awak. Suspek utama adalah bekas kekasih awak. Dia masih hubungi awak?” Ezrin mengangguk kecil.
“Kenapa sewaktu buat laporan polis baru-baru ni awak tak sebut tentang Kamal?”
“Saya takut. Saya buat report polis agar sekurang-kurang saya rasa keselamatan saya terjamin. Tapi sebolehnya saya tak mahu bangkitkan nama Kamal. Takut-takut nanti disiarkan di akhbar dan keselamatan saya lebih terancam. Kamal memang masih mencari saya, menagih cinta dari saya. Dan saya risau sebab kadang-kadang dia berkelakuan pelik”
“Pelik? Macam mana?” Lama Ezrin mendiamkan diri. Sejurus selepas dia menghembuskan nafasnya Ezrin bersuara.
“Kadang-kadang dia macam tekanan. Kadang-kadang dia bercakap dengan baik tapi kadang-kadang dia macam mengamuk-ngamuk” Haikal mengerutkan dahinya.
“Ezrin... Beri saya peluang untuk jaga awak” Ezrin tersentak apabila Haikal tiba-tiba merengkul erat jari jemarinya.
Dua pasang mata berpandangan antara satu sama lain. Satu perasaan yang indah mula menular ke dalam hati masing-masing.

*************************************************************************************

“Haikal... Kau tengok ni” Fadhil yang sedang duduk menghadap komputer ribanya memanggil-manggil Haikal yang baru melangkah masuk ke ruang tamu rumah sewa mereka.
Haikal yang bagaikan tidak mendengar panggilan daripada Fadhil tidak menghiraukan panggilan daripada Fadhil melangkah masuk dan melabuhkan punggungnya di atas sofa berhadapan dengan Fadhil.
‘Haikal... sinilah wei” sekali lagi Fadhil beria-ria memanggil Haikal. Haikal yangkelihatan penat mengalihkan pandangan kepada Fadhil seketika sebelum lambat-lambat dia bangun dan duduk di sebelah Fadhil.
“Kau tengok ni” Haikal kemudiannya mengarahkan matanya ke atas skrin komputer riba milik Fadhil.

-------------------------------------------------------------------------------------

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bungaberbeza_maksudberbeza/Article

Bunga berbeza, maksud berbeza

2009/01/28

MEMBERI jambangan bunga tanda penghargaan dalam sesetengah budaya. Namun, anda perlu berhati-hati dengan jumlah, warna, dan pilihan jenis bunga kerana ia mungkin memberi maksud tersembunyi dan kurang elok pada sesetengah budaya.
Bunga teluki atau carnation umpamanya digunakan untuk upacara pengebumian di negara Eropah seperti Jerman, Poland, Sweden. Di Belgium, Itali, Perancis, Sepanyol dan Turki pula mereka menggunakan bunga kekwa untuk tujuan sama. Di Austria dan Perancis, mawar merah menjadi simbol kepada jalinan hubungan romantis, namun di Mexico dan Chile, mawar kuning pula menandakan perpisahan atau kesedihan. Justeru, elakkan memberi bunga ini apabila anda berada di dua negara itu.


------------------------------------------------------------------------------------

“Kau tengok ni Haikal. Bunga teluki atau carnation umpamanya digunakan untuk upacara pengebumian – “
“Aku dah tau siapa pembunuh yang sebenar” Fadhil yang sedang kusyuk membacakan artikel yang ditemuinya terdiam dan tercengang seketika melihat ke arah Haikal.
“Kkkkaauu... kau tahu?” Haikal mengangguk lemah.
“Siapa?”
“Jom ikut aku ke balai. Aku nak tunjuk bahan bukti pada Inspektor Jamil”
“Err....”
“Kau baca sendiri bahan bukti tu dalam kereta nanti. Aku drive”

_____________________________________________________________________________________

18th August 2009


Kenapa sayang? Kenapa sayang lukakan hati Rin macam ni? Sayang tahukan yang Rin sayangkan Kamal sepenuh hati Rin? Rin tak sanggup hidup tanpa sayang. Rin dah takde sesiapa dalam dunia ni lagi selain daripada sayang. Mama dah takde... Papa tak sayangkan Rin lagi semenjak kewujudan auntie Linda dalam hidup papa.
Sayang... kenapa sayang buat Rin rasa terluka macam papa buat mama terluka sampai mama bertindak membunuh dirinya sendiri? Rin tak pernah cerita pada sayang selama ni sebab Rin taknak orang tahu yang mama bunuh diri sebab papa di dalam diam curang pada mama dan tanpa pengetahuan mama, papa berkahwin lagi satu dengan auntie Linda.
Auntie Linda kejam, tanpa pengetahuan papa, auntie Linda selalu ke rumah dan sengaja bercerita bagaimana papa sering tipu mama sebelum tu. Bagaimana papa curang pada mama sebelum tu. Papa pulak, jarang sekali pulang ke rumah, biarkan mama sendirian dengan Rin. Sampailah pada satu waktu, setelah hampir dua bulan papa tak pulang ke rumah, mama mengalami tekanan perasaan... Mama gantung dirinya di syiling bilik tidurnya...
Sayang... Kenapa sayang sanggup khianati cinta kita disebabkan Linda?

20 August 2009

Mama... mama sihat? Rin rindukan mama... semalam Rin ke Midvalley. Lepas tu Rin terserempak dengan papa. Papa tegur Rin tapi auntie Linda langsung taknak tengok muka Rin. Teruk kan auntie Linda tu. Dahlah rampas papa dari hidup kita, lepas tu bunuh mama.
Rin benci die mama. Rin benci die! Rin benci tengok muka die! Kalau boleh Rin rasa nak siat-siat muka dia mama!


29 September 2009

Padan muka kau Linda! Puas hati aku tengok kau kena tampar dengan Kamal. Suka Carnation putih konon! Aku akan semadikan mayat kau dengan Carnation putih tu nanti. Kau tengoklah nanti.

Mama... tadi Rin curi-curi ikut Kamal ke rumah Linda. Tapi Kamal tak tahu sebab Rin bawa motor besar ma. Motor yang abang Ezral teringin nak beli dulu. Rin sunyilah mama. Lepas mama tinggalkan Rin, Rin cuma ada abang Ezral je. Tapi sejak setahun lepas, sejak abang Ezral terlibat dalam kemalangan tu – Rin sunyi. Rin takde sesiapa. Rin nak ikut mama dengan abang Ezral jugak...
Tapikan mama, Rin nak bagi Linda jumpa mama dulu. Teruk tau Linda tu mama. Macam auntie Linda. Perampas! Kamal tu macam papa!

2 October 2009

Mama... Mama dah jumpa Linda? Cantik tak die mama? Mama tak dapat nampak muka die? Mestilah mama. Sebab Rin dah siat-siat muka die mama. Kalaulah Rin dapat siat muka auntie Linda macam tu mama. Mesti pihak polis akan cari Kamal kan mama? Sebab ada jiran yang nampak Kamal bergaduh dengan Linda hari tu.
Baru puas hati Rin mama. Tapi mama... Berdosa kan perbuatan Rin ni mama? Tuhan mesti marah Rin kan mama?

5 October 2009

Kamal... kenapa awak cari saya lagi? Kenapa? Sebab Linda dah takde? Hahahah! Mestilah Linda dah takde. Saya yang bunuh die! Saya yang bunuh die!

6 October 2009

Mama, tadi ada seorang wanita kena ragut. Rin kesiankan die, Rin pinjamkan die duit untuk die balik ke rumah sebab dia naik teksi untuk pulang ke rumah. Die berikan name card untuk Rin hubungi dia sebab die jemput Rin ke rumah dia nanti. Mula-mula Rin suka sangat dengan kakak tu mama sebab dia cantik, baik dan lemah lembut. Tapi entah kenapa lepas die kenalkan nama die sebagai Linda, Rin rasa benci sangat pada die mama...
Kenapa ye mama?

8 October 2009

Mama... Rin takut mama... Rin takut mama... Mesti suami Kak Linda sedih mama. Kesian baby dalam perut kak Linda mama.
Mama... Rin dah bunuh kak Linda mama...
Rin dah bunuh kak Linda mama...

9 October 2009

Mama... mama ingat tak Haikal yang Rin pernah ceritakan 6 tahun lepas? Rin jumpa die tadi mama... Tak sangka kan mama? Kalaulah Haikal tahu yang Rin pernah menaruh hati padanya dulu... Mesti die gelakkan Rin kan mama?
Rin seronok sangat hari ni mama... Haikal semakin segak...

11 October 2009

Haikal... kenapa baru sekarang awak muncul dalam hidup saya? Haikal... Saya pun pernah sukakan awak satu ketika dahulu Haikal. Sebolehnya setiap hari saya ingin tatap wajah awak Haikal. Semenjak mama dengan papa sering berselisih faham dan melihat mama sering murung di rumah, wajah awak je yang dapat buat jiwa dan hati saya tenang Haikal.
Semenjak kita membawa haluan masing-masing selepas SPM, saya betul-betul rindukan awak Haikal. Tambah-tambahan bila arwah mama meninggal dunia. Waktu tu abang Ezral je yang ada menemani saya tapi... tak lama lepas tu, abang Ezral pun tinggalkan saya. Semenjak daripada tu, saya terus tak menyentuh sejadah lagi Haikal.
Haikal, kita bertemu kembali. Saat awak hulurkan cinta awak pada saya, saya adalah wanita yang paling gembira dalam hidup ni Haikal. Saya gembira sangat Haikal. Tapi mahukan awak memperisterikan seorang pembunuh? Apa akan jadi nanti kalau awak dan semua orang tahu yang saya ni seorang pembunuh? Mesti awak akan bencikan saya kan Haikal?
Saya dah lama tak menyentuh sejadah. Hati saya tersentuh apabila awak mengajak saya menunaikan solat di KLCC semalam. Hati saya terasa ingin menangis bila awak cakap “mengingati Allah itu memberi ketenangan kepada hati dan solat itu membawa kebahagiaan di dalam hidup awak” ...
Saya dah lama lupakan Allah, sebab itukah saya tidak tenang? Saya dah lama tak bersolat, sebab itukah saya tak bahagia?

12 October 2009

Haikal, saya sengaja ajak awak keluar. Sebab saya nak tatap wajah awak buat kali terakhir. Saya ingin sekali nak luahkan yang saya rasa sangat bahagia bila awak muncul dalam hidup saya walaupun cuma seketika.
Saya ingin sekali nak luahkan yang saya ingin sekali menjalani hidup ini dengan awak sehingga ke nafas terakhir saya tapi... Saya tahu, saya takkan dapat melaluinya...
Saya sengaja tinggalkan diari ini dalam kereta awak dan sengaja sms awak agar baca seluruh kandungan diari ini.
Saya sayang awak. Awak tak perlu cari saya lagi sebab, saya dah takde. Saya dah ikut jejak mama. Saya benci diri saya, saya benci Nur Ezrin Jaslinda. Saya sayang awak. Tolong sampaikan maaf saya kepada suami arwah Kak Azlinda.

Selamat tinggal Haikal...


_____________________________________________________________________________________

“Astaghfirullah hal’azim...” bagaikan kehilangan tulang lututnya, Haikal jatuh melutut ke lantai hotel murah yang terletak di tengah kota Kuala Lumpur.
Fadhil tergamam seketika melihat mayat Ezrin yang dipercayai membunuh dirinya sendiri dengan menggantung dirinya menggunakan tali.
Haikal mengaup mukanya dengan kedua belah tangannya sambil mengetap kuat bibirnya.
“Haikal... Bawa-bawa bersabar Haikal...” Fadhil memegang lembut bahu Haikal yang sedang menahan sebak di dada.
“Rin... bukan ini caranya Rin....” Haikal mula mengalirkan air matanya. Cuba ditahan namun air mata lelakinya tetap mengalir.
“Ezrin...”

************************************************************************************

Hasil Nukilan :
Vee Violet

10 comments:

besi said...

hebat ceritanya........
walaupun plot2nya berbeza...
vee masih berjaya menjalinkan
cerita ini dengan baik.........
caya la vee

Anonymous said...

Interesting..u got a talent vee..but why..?emm tkpelah mungkin kebetulan je..pakcik bg 5 bintang

joegrimjow said...

ahaa
carpen datang lagi
erkk
xsempat baca lagi vee
nanti ku baca ya
;)

IT'S Me N.a.N.a said...

vee..sedih nya nana baca cerita nie.T_T

speckurosaklagi said...

panjang nye...nati arr baca...

♥ Juliana Violet ♥ said...

besi,
thank you soo much. thanks sebab sudi baca and komen.. :) percubaan pertama untuk cerita thriller... :)

Pakcik,
thanks sebab baca.. :) 5 bintang? weee... byknyee... ;)

joe,
ya! cerpen datang lagi... ok np.. anytime.. :)

Nana,
alaaa... takmo sedih2... cerita rekaan semata2.. :)

speckurosaklagi,
okeh! :)

eddie dewanaga said...

I am speechless...

creepy and twisted.
Vee masih yg terbaik.
good job wahai gadis manis..!

♥ Juliana Violet ♥ said...

Eddie,
thanks for your time baca cerpen vee... :)
and thanks cuz dari awal support vee...
:)

Lady E said...

Vee..Ieda mmg suka cerita thriller mcm nie..
Sbb tu selalu beli Novel RAM..
Vee..hanya bencikan seseorang yg b'nama Linda,habis semua Linda dibunuh 'Rin' & lastly she hanged herself plk..Menakutkan!Lepas nie klu nmpk Bunga Carnation mau Ieda rs seram!Ngaiii!
Ape pun kn Vee..cerpen Vee mmg best!
Vee sngt talented!Bakat Vee klu diasah selalu
InsyaALLAH..akn bertambah mantap lg..Bak kata pepatah,"Belakang Parang di asah lagikan tajam",kn apatah lg bakat menulis cerpen yg Allah kurniakan kpd Vee..Teruskan ekk! :)

syidaz cdot zainal said...

menarik...walau byk watak n sumtimes plot berubah2..tp menarik...congrates!...n gudluck 4 next stories..