Hari ni hari jadi emak Vee.
Emak, ibu, ummi, mama, bonda, mummy… Setiap orang punya gelaran masing kepada ibu masing2.
Vee yakin, semua atau kebanyakan orang menyanjungi ibu masing2 termasuklah Vee sendiri.
*Embun, Vee yakin kasih sayang yang nenenk Embun berikan pada Embun menyamai/melebihi kasih sayang yang seorang emak berikan kepada anaknya*
Vee dibesarkan di FELDA Pahang. So, obviously Vee adalah gadis kampung. Cuma ketika Vee berumur 9 tahun, Vee berpindah ke Penang.
Kehidupan di Pahang sangat bahagia walaupun agak susah.
Bertambah susah sewaktu ayah Vee terkena buatan orang, 'santau'.
Hampir 2 tahun lumpuh.
Waktu tu, abang Vee yang banyak jaga Vee dan adik2 yang lain disebabkan emak Vee terpaksa ke ladang kelapa sawit.
Bayangkanlah kudrat seorang wanita bekerja keras mengangkat kelapa sawit dari pagi sampai ke petang.
Waktu tu Vee berusia 4-6 tahun.
Vee sangat manja sebab waktu masih tiada adik.
*tiba-tiba rasa nak menangis* hihihi.
Kehidupan kami sekeluarga tetap bahagia walaupun ayah lumpuh dan seringkali cepat2 marah dan mengamuk disebabkan santau tersebut, tapi mak Vee tabah dan langsung tak berputus asa bekerja keras di ladang and berikhtiar mengubati ayah.
3,4 pagi emak terpaksa bangun masak untuk ayah disebabkan ayah Vee nak makan makanan yang panas2 dan lauk ayam atau daging. Emak tak salahkan ayah, sebab emak tahu apa yang 'sedang terjadi'.
Bermacam-macam cara yang emak dan ayah ikhtiarkan sehinggalah akhirnya ayah pulih seperti biasa.
Setelah berpindah ke Penang, Vee selalu rasa emak lebih sayangkan adik Vee. Semuanya sebab cemburu. =) Ve biasa dapat perhatian semua abang dan kakak termasuklah emak dan ayah. Sampai satu ketika, Vee dapat adik, Vee rasa cemburu sangat. Tapi sehinggalah satu malam, waktu tu Vee masih tak tidur dan emak sangkakan Vee dah tidur. Vee sedar emak masuk dalam bilik Vee, Vee cepat-cepat pura2 tidur. Sewaktu emak sampai dekat pada Vee, Vee dapat rasa emak kucup lembut dahi Vee dan ucapkan, "mak sayangkan semua anak-anak mak. Selamat malam sayang"
Sebaik sahaja emak keluar bilik, Vee terus menangis tanpa henti.
Sewaktu Vee berusia 14 tahun, Vee dah mula bekerja pada waktu cuti sekolah. Dan ketika Vee berusia 16 tahun, Vee dah mula beli baju raya sendiri. Duit raya pun Vee dah tak dapat sebab Vee dah mula cari duit poket sendiri. :)
Tapi, satu perkara tentang Vee, sampai sekarang Vee masih berebut dengan adik bongsu, Vee nakkan title anak bongsu… Hehehe...
Semenjak dari Vee mula bekerja ketika berusia 18 tahun sehinggalah sekarang, Vee tak pernah lupa beri duit belanja pada emak Vee… Sebab Vee tahu, sampai ke akhir nafas Vee sekalipun, Vee takkan mampu membalas jasa emak Vee.
=)
Buat emak, Anna sayangkan emak. Anna akan cuba sedaya upaya membalas jasa emak dan cuba buat emak gembira.
Anna akan berjaya dan membuatkan emak tersenyum bangga dengan anak mak yang paling manja dan mengada2 nie satu hari nanti… :)
Selamat Hari Jadi Emak…
Semoga dipanjangkan umur, sihat selalu dan dimurahkan rezekia…
Anna sayangkan emak...
*Bawah nie pic parents Vee dengan kesemua adik beradik Vee, and pic Vee dgn mak.. Vee pernah chubby dulu. Pic Vee pakai baju hijau tu, waktu tu teman emak ke hospital. Time tu memang sedih sebab tengok mak asyik merintih sakit*

