Wednesday, March 31, 2010

Jom! Teh Tarik dengan Abang Eq... *sila click di sini ye... =) *

Abang Eq? Siapakah? Artis ke? Penyanyi yang berduet dengan Dayang Nurfaizah ke? Cikgu fizik ke? Pememang pertandingan memancing peringkat Kampung Pening Lalat ke?
Hehehe... Nak berkenalan? http://eqbalzack.blogspot.com/

Thanks to Adik Eq nak kasi award pada Vee... 2 cawan aje ke? Hihihi...
EKSKLUSIF ni... =D Bukan senang nak dapat award. Lebih2 lagi award dari seorang cikgu tuisyen fizik yang berjaya (waahhh... ayat...) dan ramai peminat (follower) macam Adik Eq ni... :)


P/S : Sedap ni minum waktu hujan sambil mendengar irama hujan dari tepi balkoni rumah *tiba-tiba aje.... =p*

With Love,

Tuesday, March 30, 2010

Wisdom...

Tik tok tik tok!

Most of the shadows of this life are caused by our standing in our own sunshine.
~Ralph Waldo Emerson~




Come on Vee! May the dreams of your past be the reality of your future! Knowledge talks, wisdom listens!

With Love,

Songs for today... Bryan Adams



Hari ni Vee layan ;

- Have You Ever Really Love A Woman
- Please Forgive Me
- Heaven
- (Everything I Do) I Do It For You

Yang lain-lain tu, kureng sikit... hihihi

P/S : Masih mencari mood nak ber'blog'ging...

Love,

Wednesday, March 24, 2010

Selamat Hari Jadi Mak... =)

Hari ni hari jadi emak Vee.
Emak, ibu, ummi, mama, bonda, mummy… Setiap orang punya gelaran masing kepada ibu masing2.
Vee yakin, semua atau kebanyakan orang menyanjungi ibu masing2 termasuklah Vee sendiri.
*Embun, Vee yakin kasih sayang yang nenenk Embun berikan pada Embun menyamai/melebihi kasih sayang yang seorang emak berikan kepada anaknya*

Vee dibesarkan di FELDA Pahang. So, obviously Vee adalah gadis kampung. Cuma ketika Vee berumur 9 tahun, Vee berpindah ke Penang.
Kehidupan di Pahang sangat bahagia walaupun agak susah.
Bertambah susah sewaktu ayah Vee terkena buatan orang, 'santau'.
Hampir 2 tahun lumpuh.
Waktu tu, abang Vee yang banyak jaga Vee dan adik2 yang lain disebabkan emak Vee terpaksa ke ladang kelapa sawit.
Bayangkanlah kudrat seorang wanita bekerja keras mengangkat kelapa sawit dari pagi sampai ke petang.
Waktu tu Vee berusia 4-6 tahun.
Vee sangat manja sebab waktu masih tiada adik.
*tiba-tiba rasa nak menangis* hihihi.

Kehidupan kami sekeluarga tetap bahagia walaupun ayah lumpuh dan seringkali cepat2 marah dan mengamuk disebabkan santau tersebut, tapi mak Vee tabah dan langsung tak berputus asa bekerja keras di ladang and berikhtiar mengubati ayah.
3,4 pagi emak terpaksa bangun masak untuk ayah disebabkan ayah Vee nak makan makanan yang panas2 dan lauk ayam atau daging. Emak tak salahkan ayah, sebab emak tahu apa yang 'sedang terjadi'.
Bermacam-macam cara yang emak dan ayah ikhtiarkan sehinggalah akhirnya ayah pulih seperti biasa.

Setelah berpindah ke Penang, Vee selalu rasa emak lebih sayangkan adik Vee. Semuanya sebab cemburu. =) Ve biasa dapat perhatian semua abang dan kakak termasuklah emak dan ayah. Sampai satu ketika, Vee dapat adik, Vee rasa cemburu sangat. Tapi sehinggalah satu malam, waktu tu Vee masih tak tidur dan emak sangkakan Vee dah tidur. Vee sedar emak masuk dalam bilik Vee, Vee cepat-cepat pura2 tidur. Sewaktu emak sampai dekat pada Vee, Vee dapat rasa emak kucup lembut dahi Vee dan ucapkan, "mak sayangkan semua anak-anak mak. Selamat malam sayang"

Sebaik sahaja emak keluar bilik, Vee terus menangis tanpa henti.

Sewaktu Vee berusia 14 tahun, Vee dah mula bekerja pada waktu cuti sekolah. Dan ketika Vee berusia 16 tahun, Vee dah mula beli baju raya sendiri. Duit raya pun Vee dah tak dapat sebab Vee dah mula cari duit poket sendiri. :)

Tapi, satu perkara tentang Vee, sampai sekarang Vee masih berebut dengan adik bongsu, Vee nakkan title anak bongsu… Hehehe...

Semenjak dari Vee mula bekerja ketika berusia 18 tahun sehinggalah sekarang, Vee tak pernah lupa beri duit belanja pada emak Vee… Sebab Vee tahu, sampai ke akhir nafas Vee sekalipun, Vee takkan mampu membalas jasa emak Vee.

=)

Buat emak, Anna sayangkan emak. Anna akan cuba sedaya upaya membalas jasa emak dan cuba buat emak gembira.
Anna akan berjaya dan membuatkan emak tersenyum bangga dengan anak mak yang paling manja dan mengada2 nie satu hari nanti… :)

Selamat Hari Jadi Emak…
Semoga dipanjangkan umur, sihat selalu dan dimurahkan rezekia…
Anna sayangkan emak...

*Bawah nie pic parents Vee dengan kesemua adik beradik Vee, and pic Vee dgn mak.. Vee pernah chubby dulu. Pic Vee pakai baju hijau tu, waktu tu teman emak ke hospital. Time tu memang sedih sebab tengok mak asyik merintih sakit*


Tuesday, March 23, 2010

Don't Worry - Be Happy... =)


BestFreeDesign.Com border=

BestFreeDesign.Com border=

BestFreeDesign.Com border=

BestFreeDesign.Com border=

BestFreeDesign.Com border=

BestFreeDesign.Com border=

BestFreeDesign.Com border=

BestFreeDesign.Com border=

BestFreeDesign.Com border=

*mood tak ok sangat actually... sedang cuba menyenangkan hati sendiri and hati you all semua jugak... =) *

Monday, March 22, 2010

After Midnight... =))

Jatuh cinta lagi... :) Pada lagu yang Vee gunakan untuk blog Vee now... "After Midnight" - by Yuna...

After midnight I shall kidnap you from the world
And I'll keep you in my room
Hush now my love and hold my hand
After midnight I shall take you to a place
Where no one else should know of
Hush now my love and hold my hand

You are exactly where you supposed to be
And if they come for you
They would have to find me

Stay
Keep me awake
Keep me amazed
Only for today
Keep me dazed
My love is yours only

After midnight
I shall stay awake
And if you chose to close your eyes now
Hush now my love
I'll watch you sleep

You are exactly where you supposed to be
And if they come for you
They would have to find me

Stay
Keep me awake
Keep me amazed
Only for today
Keep me dazed
My love is yours only



*saje je kan nak enterframe... =)*

Sharing is Caring...

Vee just nak share pada sesiapa yang berminat... Bukan dari company yang Vee kerja/kawan Vee minta tolong iklankan... Just nak share pada sesiapa yang berminat...

Ujibakat Watak Utama untuk Siri Realiti Online Baru

Kami sedang menjalankan ujibakat untuk siri reality online baru kami. Pencarian kami adalah untuk watak utama perempuan.

Kriteria:
Jantina : Perempuan sahaja
Umur: 18-28 tahun
Bangsa : Melayu/ Kacukan Melayu
Harus selesa depan kamera, dan juga mempunyai bakat dalam menyanyi lagu Melayu/International terkini
Harus mempunyai pengetahuan dalam lagu-lagu terkini (tempatan and luar negara)

Maklumat Tambahan:
Skop : Watak Utama untuk Siri Online Reality baru
Budget : RM 300 sehari
Penerbit : Capxion Media

Calon-calon yang dipilih akan dihubungi untuk hadir ujibakat.

Sila hantar profile anda secara online kepada http://playthat.tv/castingcall/blog/2010/03/casting-lead-female-role-for-online-reality-series/

Atau secara e-mail terus kepada edmund@capxion.com
Posted By : Edmund Chaw
Phone : 0166020909
Email : edmund@capxion.com

Talents Needed for TVC

Guys age between 25-40 is needed for Pocari (bottled drinks) tv commercial.
Budget: RM300 on the spot after shoot
Shoot date: 26-29 March 2010 (either 1day)
Location: Kuala Lumpur
Interested candidates pls email profile to orangetalents@gmail.com
Posted By : Orange Talents
Fax : NIL
Email : orangetalents@gmail.com

Sunday, March 21, 2010

Thanks to LotsOfLove-Pearls...

Assalamu'alaikum & happy Sunday to all bloggers...
Jarang sangat update blog on weekend. :)

Kalau you all notice, layout Vee dah berubah. Finally, Vee dapat jugak template yg kena dengan jiwa Vee... :) Nampak soft, feminin & sophisticated. Thanks to LotsOfLove yang tolong Vee downloadkan html & tukarkan untuk Vee. Sorry ye sayang sebab susahkan. Vee tak dapat nak upload html code tue. Big hugs for you! \(^^)/

Amacam weekend you all? Weekend Vee, ok lah... 'Si dia' baru je belikan Vee dua ekor "kuye-kuye" (kura-kura), so weekend ni banyak habiskan masa dengan meow meow, kuye-kuye & hamster... :) ... Kuye-kuye Vee nama "Papaya & Banana" ... :) ... Mula-mula nak letak nama Brad Pitt or The Rock tapi nama tu macam macho sangat. Hihihi...


Wednesday, March 17, 2010

Tralalaaa....

Semalam

Tertinggal rantai dekat dalam locker dekat gym.
Patah balik ke gym lepas dinner, selamat masih ade… Pheww…
Dah sampai rumah, salam & cium tangan 'si dia'…

Vee : Errr… awak, pinjam RM 1.20, nak buat tambang bas gi keje esok. Wallet tertinggal dekat office.
Si dia : Tahniah. Apa lagi yang awak tak tinggal?

*blush*

Hihihi… Vee memang selalu tertinggal barang.

Pagi ni

Dapat job jadi pelakon extra (berdialog) tapi terpaksa tolak…
Lain kali je lah kot... =)


With Love,

Monday, March 15, 2010

8th Contestant - LotsOfLove-Pearls

New entry... :)
Finally 'gadis kesayangan' Vee dah pun join contest yang Vee anjurkan ni. Thanks sayang!!! =)
*takde pilih kasih ye... :)*
LotsOfLove-Pearls adalah seorang yang sweet & cool yang sangat gemarkan warna merah.

Bagi follower LotsOfLove-Pearls, memang dah tahu sangat favourite color LotsOfLove-Pearls ni.
Nak berkenalan dengan gadis yang penuh dengan LOVE ini, http://lotsoflove-pearls.blogspot.com/2010/03/apakah-gaya-warna-diriku.html

Sentuh mengenai entry LotsOfLove-Pearls, first entry yang menyelitkan dialog dalam entry contest ini. Creative. Jom, baca entry LotsOfLove-Pearls… :)

____________________________________________________________________________________

APAKAH GAYA & WARNA DIRIKU
ALOHA semuanya..
Harap semuanya baik-baik saja k.
Entry ni merupakan n3 khas untuk Contest Vee - Apakah Gaya & Warna Diriku.
Jom layan je k.

::::::::::::::::::::

Hazel: Yoo Pearls..
Pearls: Yooo Hazel.. Hows life..?
HAzel: Okey je. Sihat. You?
Pearls: Sihat..
Hazel: Mmm.. Nak tanya nie?
Pearls: Silakan..
Hazel: Pearls suka color apa ek..?
Pearls: Directnyer soalan.. Hehe.. Mmm.. Merah.
Hazel: Napa Merah?
Pearls: Mmm.. Hot kot.. Hehehe..
Hazel: Hot.. Thts very hot.. Jelaskan ar naper u suka merah.
Pearls: Merah.. Mmm.. Merah.. Coz I rasa selamat kot kalau pakai merah. Lebih2 lagi kalau I pakai jacket keselamatan gua yang color merah tue. Hehe. Dan, bila bersama merah, I rasa ada satu kekuatan yang tak dapat didefinisikan melalui kata-kata. Cheeewah.. Kalau I nak beli sesuatu, kekadang warna memainkan peranan yang penting dan selalunya MERAH akan menang.
Hazel: Mmm.. Hebatnya merah..
Pearls: Yeaaah.. Kekadang I tertanya, kalau I beli sesuatu barang tu kerana I memang tertarik dengn benda tue atau kerana benda tu merah. Dan, I lebih suka kalau sesuatu barang / benda itu ader imej LOVE dan berwarna merah.

Hazel: Hebatnya kuasa MERAH.
Pearls: Yeah Babe.. Kawan2 pown selalu beri benda berunsur MERAH berLOVE. Asal merah pun jadilah.

Hazel: Lagi babe..?
Pearls: Mmm.. Citer Elektra.. Lakonan Jeniffer Garner tue. Power Ranger dan pelakon citer Smallville tue. Mr. hensem - Clark.. Michael Jackson.. Mmm.. Cukup?

Hazel: Mmm.. Nak minta sesuatu boleh tak?
Pearls: Silakan sayang. Anything..
Hazel: Nak nengok pict u in RED boleh tak?
Pearls: Errrrk.. Untuk aper?
Hazel: Saja. Suka-suka..
Pearls: Mmm.. Kalau I kata tak leh?
Hazel: Nak juga!
Pearls: Waaaah.. Lawan tokey nie.. Ok ar.. Jap I amik.. (giler ganas Hazel gua nie)

::::::::::::::
PESANAN PENTING:
Kepada teman-teman, silalah ke blog Vee untuk mengundi aku untuk peraduan Apakah Warna Gaya & Diriku. Undi tau. Ku sungguh-sungguh nie. Hahaha.. Kalau korang tak undi, aku akan bercuti dari blogging ni 102 jam. Jadi, silalah undi aku k. Hahaha. Gurau jek. Ada beberapa peserta lain kat blog Vee. Untuk mengenali mereka dengan lebih dekat, silalah terjah ke blog Vee. Dan jangan lupa undi tau. Tunaikan kewajiban anda sebelum 7th April 2010.
Kepada Vee, harap Vee berpuas hati ya. Maaf kerana terlalu lewat menghantar penyertaan.
Nota:
Dialog di atas hanya rekaan semata-mata bersama Hazel.. Thanks to Hazel.


____________________________________________________________________________________

Nah! Penuh dengan warna merah. Sesuai dengan nama Dearie Red Ranger ni. :) Bagi sesiapa yang ingin mengundi, sila jalankan tugas anda dengan meninggalkan undian anda pada comment box Vee ok… :)

Apakah warna anda?



MERAH
Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepatkan pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

1. Merah Terang :
Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Garang. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh gairah, dominasi, kejantanan.

2. Merah Jambu :
Warna ini melambangkan romantik, feminim. Warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan, keayuan dan kesantunan.

Apakah Gaya & Warna Diri Anda?

Salam Sayang,
~Vee Violet~

Thursday, March 11, 2010

7th Contestant - Beito Othman

Sepertimana yang Vee katakan tadi, peserta contest Vee kali ni lain dari yang lain sikit sebab gadis manis ini berasal dari Brunei Darulsalam... *agak terharu sebab ada jugak orang jauh nak join contest Vee - thanks sweetie* =) ...
Bagi Vee, Beito seorang gadi yang berani bereksperimentasi dengan fesyen. Kenapa Vee cakap macam tu? Tengoklah entry & gambar si manis ini... :)

_____________________________________________________________________________________

"Apakah Gaya & Warnaku"

*jan kamu muntah ah aku cakap standard ni hehehe*

aku lepas saja klik 1 blog ke blog yang lain, & tiba-tiba aku tertarik dengan 1 blog yang mengadakan contest, & hatiku teringin untuk ikut serta, & akhirnya ku cuba untuk menghubungi owner blognya Miss Vee *ouh, 1st visitku ke blognya ;) & ouh ouh Very Friendly blogger!! *, selain dari hadiah yang ditawarnya berupa hadiah misteri (ahaha, mungkin aku tertarik, huhuhu materialistik, walaupun tiada hati untuk menang!) Aku suka-suka, for Fun since aku selalu berdepan dengan A-one ku, why not kan? & aku bawa sekali adik-adikku as a bloggers too untuk ikut serta miss Vee contest. (cehh!! aku sempat promote kepada adik-adik i & yeah mereka interested dengan contest From Miss Vee!!)
ok.ok. enough said.

What is Your Style & Color ?

Gaya ? Simple & Neat! Ikut keadaan & masa, tapi saya lebih suka, Longsleeves & Jeans!
Saya boleh jadi gaya Budak Brunei (menggunakan tudong yang silk bercorak), Budak Malaysia (memakai tudong yang 1 warna saja) sekaligus Budak Indonesia (kalau saya memakai shawl atau tudong Indonesia & saya selalu difikir budak Indonesia Lah.).Hehehe.
Apa yang anda lihat digambar-gambar bawah itulah gaya saya. An ordinary& simple!!
Seorang budak perempuan dengan Jeans Birunya & baju longsleeves nya.
Selama mana ya nya selesa & menutup.

Baju Kurung, ya saya juga pakai untuk pergi kemana-mana yang sesuai & yang memerlukan saya memakainya ;)!
saya seorang yang mudah & mudahlah.
*ahahahah, apa punya bahasa lah*

Selain Jeans & legging, saya juga pakai Skirt yang membuat hati saya terpikat untuk memakainya!

Warna? Tiada warna tertentu, semua saya sambar & pakai, mana yang cantik dibadan itulah saya pakai. *OMG, apa punya penulisan?*

Warna ku? You name it, i akan pakai! hehehe. Tiada kod warna untuk diri saya sendiri.

& Semua warna ada cerita mesterinya tersendiri.
So, apa lagi? Vote Untuk Saya Okeh? =p
*ahahahahahaha, eh bet you fikir ini Af kah?*

::The End::

♥ Beito Othman


_____________________________________________________________________________________

Waahhh.. bukan main cik kak kite sorang ni... Pada follower Ms Beito, anada boleh mengundi dengan meninggalkan undian anda pada comment box Vee ye? AFUNDI Beito... :)
Hmm... nampaknye Ms Beito kita ni sukakan warna-warni... :)

Jom kita tengok maksud di sebalik warna primer ni... :)

Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada 4 warna primer :

MERAH
HIJAU
KUNING
BIRU

MERAH
Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepatkan pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

1. Merah Terang :
Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Garang. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh gairah, dominasi, kejantanan.

2. Merah Jambu :
Warna ini melambangkan romantik, feminim. Warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan, keayuan dan kesantunan.

BIRU
Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyutan nadi, dan tarikan nafas.

1. Biru Tua :
Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, kejujuran dan patriotik.
Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.

2. Biru Muda :
Warna ini melambangkan kesungguhan cita-cita dan penuh keazaman. Sifatnya : Bertahan, Pelindung, Tidak Berubah Fikiran.
Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.

KUNING
Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : Selamba, Santai, Tenang dan tidak terkesan dengan masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.

1. Kuning Terang :
Warna ini melambangkan sifat yang boleh berubah dengan mendadak. Sifatnya sederhana tetapi unik. Sifatnya : Bertolak ansur, Berhati-hati, Menonjol.
Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berwawasan, dermawan, tidak mudah percaya pada orang.

HIJAU
Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keteguhan hati. Mempunyai keperibadian yang tegas, berprinsip dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih hebat dan mengatasi orang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya suka dipuji, mudah menasihati orang lain.

KELABU & HITAM

1. KELABU :
Warna ini tidak menunjukkan makna yang jelas. Tidak terang dan ia dikategorikan sebagai unik dan sukar dikaitkan kepada kecenderungan psikologi. Warna ini sifatnya lebih kepada NEUTRAL.

2. HITAM :
Warna ini melambangkan kesedihan dan keseorangan. Ianya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.

COKLAT & UNGU

1. COKLAT :
Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka persaingan, tidak suka beralah, kurang toleran, sukar bertolak ansur, dan mempunyai prasangka terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.

2. UNGU :
Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua sifat warna tersebut. Perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan positif.

Apakah Warna & Gaya Anda pula?

Love,
~Vee~

Wednesday, March 10, 2010

Tag dari Starlover...

Vee telah di tag oleh sweetie Starlover... Soalan bab2 nangis aje... hihihi... Soalannya sangat merbahaya. Selepas beberapa hari, tadaaa... For you Starlover... Sayang, baca tau... kalau tak baca Vee nangis nanti... ~wink~

Adakah anda suka menangis?

Errr…Siapa yang suka nangis eh? Jawapannya tak suka kot… Hihihi

Bilakah anda akan menangis?

Semestinya waktu sedih… ada juga waktu sakit yang terlalu sakit… Ada juga waktu di tempat awam kalau nampak pakcik dan makcik tua yang sakit kaki dan berusaha jalan, memang kalau tak fikirkan itu tempat awam dah menangis sedih.

Kenapa anda menangis?

Sebab sedih… =) Kadang2 sebab terharu...

Bila kali terakhir anda menangis?

2 malam lepas… Ops! Hihihi

Mengapa?

Errr… sebab terlalu rindukan seseorang tapi tak boleh buat ape2. Tak dapat jumpa, dengar suara or contact… Tralalalaaa… =D … And at the same time pressure dengan banyak beban & masalah...

Siapa anda cari bila menangis?

Sekarang lebih suka menangis sendiri...

Time menangis apa yang perlu ada dengan anda?

Kalau dalam bilik, bantal strawberry, teddy bear kesayangan & tissue banyak2. Kalau berada di luar, spek mata, mp3 (sebab nak dengar lagu yang boleh cuba alihkan perasaan sedih) & tissue… =)

Adakah anda perlu seseorang untuk memujuk?

Kalau ikutkan lebih gemarkan pelukan dan belaian, tanpa sebarang kata-kata… Lebih menenangkan bukan? :) But now depends. Pernah bergantung pada kawan or seseorang sebab dulu terlalu manja dan lembut. Sekarang lebih tegas dan keras hati, so selalunya bersendiri.

Adakah anda akan menangis di tempat awam?

Kalau boleh dielakkan tapi pernah jugak. Hehehe

Saya tag:

Banyak yang nak di tag nie… :)
Pada semua yang baca entry nie kena tag. Hehehe… Errr… Bab2 nangis nie mesti lelaki tanak jawab kan? So Vee nak sebut namalah (Perempuan kena tag semuanya), lelaki pulak ;
Eddie Dewanaga
Besi (Besi jarang online so Vee tak sure Besi baca ke tak entry nie)
Embun
Ezam
Abang Eq
Spec &

tertinggal lagi sorang...
FRODO BAGGINS
... =P ... Anda tak terlepas ye... :)

P/S : Tiada paksaan actually, suka2 aje - kalau rajin you all jawablah eh… :)

Tuesday, March 9, 2010

Now I'm a fat house cat... Nursing my sore blunt tongue...



I was a quick wet boy, diving too deep for coins
All of your street light eyes wide on my plastic toys
Then when the cops closed the fair, I cut my long baby hair
Stole me a dog-eared map and called for you everywhere

Have I found you
Flightless bird, jealous, weeping or lost you, american mouth
Big pill looming

Now I'm a fat house cat
Nursing my sore blunt tongue
Watching the warm poison rats curl through the wide fence cracks
Pissing on magazine photos
Those fishing lures thrown in the cold
And clean blood of Christ mountain stream

Have I found you
Flightless bird, grounded, bleeding or lost you, american mouth
Big pill stuck going down


:Twilight Soundtrack:

P/S : Nanti Vee update contest ye. Agak sibuk. :)

Ti Amo,
~Vee~

Monday, March 8, 2010

6th Contestant - Ieda the Rainbow Princess

Assalamu'alaikum semua…
Baiklah - the nest contestant… Cik Ieda the Rainbow Princess… Cik Ieda ni adalah follower Vee sendiri yang selalu support Vee dalam setiap ape pun yang Vee buat. Thanks sweetie. And Ieda, thanks for joining this contest ye honey? :) Even dou terlalu busy pun Ieda still meluangkan masa untuk join contest yang tak seberapa nie… :) Thanks you so much darling.

Bagi yang nak berkenalan dan menerjah blog Ieda the Rainbow Princess, silakan... :)
http://ieda2009.blogspot.com/2010/03/what-style-color-i-am-contest-by-mizz.html

Taknak bebel panjang2, jom baca entry cik kak kite yang comel, gebu & manis nie… :)


_____________________________________________________________________________________

Bismillahhirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum & Hello to all..

'What style & color I am / Apakah gaya & warna diriku'..Ape yang ''style & color tu??Nak tahu,ape die tu..Mari baca sampai habis..'What style & color I am / Apakah gaya & warna diriku' adalah contest yang dianjurkan oleh Cik Vee..Ini 1st contest organized by Cik Vee..Betul ye,Cik Vee Violet??Kalau macam tu congrats to Cik Vee becoz finally Cik Vee berjaya menjadi organizer contest yang stylo vogue da vass ini!Wink2x.. ^__*

Actually, contest ini bermula daripada 1st of March lagi tapi saya yang kesuntukan masa nak publish entry tentang contest nie..Kalau ada masa tu blog pulak buat hal,tak pun line internet tak okey.. :-( Nie,mujur Cik Vee kasi chance prolong contest untill April depan..Kalau tidak deadline nya semalam lagi..TERIMA KASIH to Cik Vee kerana amat memahami..

So,kepada kawan2 or sesiapa yang memiliki blog & rasa nak join contest nie boleh semak syarat2 contest di belog Miss Vee..Oleh yang demikian,harus lah saya men'join'kan diri dalam contest ini..Since last week lagi tau saya create pix gaya saya yang tak berapa nak bergaya tu but baru hari nie dapat published..To Cik Vee,SORRY coz I tak pandai bergaya seperti U..Dakoo hanya lah seorang gadis pingitan.. (-.-) Cik Vee,sila reviewww belog I,ye..Thank U!! ( Kepada kawan2 sila visits blog Mizz Vee Violet & harap anda sudi vote untuk saya..TRIMAS! ^__^

My favorite color is brown,ice blue & pink..But the color I like the most ofcoz lah brown color..Why I like brown,ice blue & pink color?Bila saya tengok building yang bercat coklat,harus mata akan terbuntang & memandang building itu tanpa berkelip2x..

Brown building..Cantik kan..

Andaikata saya ini Superman,ade laser eye with heat radiant energy tu humm..bayangkan la ape akan jadi dengan bangunan berkenaan..

Superman with laser eyes..Ini lah akibatnya.......

Drp pakaian hingga ke warna langsir rumah pun warna coklat!
Kalau tak kaler background baju yang berwarna coklat,corak2 dekat baju pun mesti mau ada warna coklat!Obses ke saya dengan warna coklat??Heee..tak kut sebab masih ada pakaian saya yang berwarna lain selain dari brown color..Tapi kadangkala pemilihan warna juga bergantung pada mood..Ada hari nya saya suka warna coklat,ada hari yang lain pula saya suka warna merah menyala semangat waja!Ikut mood saya pada hari tu lah kut..Hummm..saya pun tak faham kenapa macam gitu..!?

Okay,sekarang saya nak cerita kenapa saya suka ice blue color..Apa sebabnya saya suka ice blue color?Kerana warnanya yang lembut,tenang & teduh gitu..Bila terpandang warna nie,terasa ala2 berada di pantai pula kaedahnya..

The beautiful blue water beach
How about pink color?Warna pink,1 warna yang lembut & feminin yang memang sinonim dengan wanita..Tapi jika ada kaum adam yang obses dengan warna pink macamane??Humm..begini agaknya jadi..Hihiiiiii..

Pix 'Sutun' ihsan gugel
p/s: Sori..taim pakai baju pink tak pulak snap pix..Ganti pix nie,boleh Vee?? :-p


My fashion style!OMG..malunya nak cakap tentang my fashion style coz fesyen & gaya saya nie tak sechumel & sestylo Cik Vee bergaya bak gaya model tersohor itu..Mungkin gaya saya,biasa2 & kasual muslimah..Walaupun hakikatnya nampak lebih kepada gaya ala2 rojak buah!Humm..hantam saja lah ye..Asalkan jangan jadi macam dalam gambar di bawah nie sudah..

Fashion style ape kah ini???Kasihan dia..fashion victim!

p/s: Pls vote for me,yekk!Thank You so much!Mmwwahh!


_____________________________________________________________________________________

Padat sungguh entry Princess Rainbow nie. ^^ Jadi bagi follower/'peminat' Ieda yang nak Ieda menang, undilah Princess Rainbow yang menggemari warna brown,ice blue & pink ini. :)
Apakah warna anda?

COKLAT
Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka persaingan, tidak suka beralah, kurang toleran, sukar bertolak ansur, dan mempunyai prasangka terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.

BIRU
Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyutan nadi, dan tarikan nafas.

1. Biru Tua :
Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, kejujuran dan patriotik.
Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.

2. Biru Muda :
Warna ini melambangkan kesungguhan cita-cita dan penuh keazaman. Sifatnya : Bertahan, Pelindung, Tidak Berubah Fikiran.
Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.

MERAH JAMBU
Warna ini melambangkan romantik, feminim. Warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan, keayuan dan kesantunan.

Apakah Gaya & Warna Diri anda pula?
:)


With Love,
~Vee~

Friday, March 5, 2010

Alice Wonderland...

Shuzana : Bila nak ambik gambar alice wonderland ni?

Latifah : Haaaaa... Camni.. Juliana!! Sila amik perhatian.. Effa igt nak amik gamba kat alice wonderland.. Nak tak..?? Jadi makan tu tak kisah nak makan kat ne..
Nasi goreng nie leh makan bile2 mase.. So..??

Juliana : Alice wonderland katne?

Owhhh... Rupa2nya ada Alice Wonderland dekat KLCC... Betul ke? Betul.... :)

ALICE WONDERLAND... =)

VEE SEDANG BERLAKON... HIHIHI...

BEAUTY & THE 'MUSANG'... HAHAHA... VEE LAH MUSANG ITU...

TERLIUR TENGOK CAKE PLASTIK... AHAKS!

"HUDUH"??? OOHH... VEE MEMANG BEGINI. SEBAB TU TIADA LELAKI YANG NAKKAN VEE... HIHIHI

VEE DENGAN CIK SHUZANA YANG SANGAT SWEET AND LAWA...


PINKY FLOWER GIRL...



SHUZANA... LATIFAH... JULIANA a.k.a VEE...



P/S : Kebetulan kitorang pakai pink, tak berjanji... :)